You are on page 1of 35

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] ISI KANDUNGAN

BIL. 1. PENGHARGAAN

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

2.

PENGENALAN

3.

BIODATA KANAK-KANAK

4.

PERKEMBANGAN FIZIKAL

5.

PERKEMBANGAN SOSIAL

6.

PERKEMBANGAN EMOSI

7.

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI

8.

PERKEMBANGAN KOGNITIF

9.

PERKEMBANGAN TINGKAH LAKU

10. KESIMPULAN SECARA MENYELURUH

11. RUJUKAN

12. LAMPIRAN

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] PENGHARGAAN ALHAMDULILLAH, setinggi-tinggi pujian ke hadrat Allah S.W.T di atas segala rahmatnya yang telah mengizinkan kajian ini diselesaikan dalam tempoh waktu yang ditetapkan.

Penghargaan khusus dan jutaan terima kasih ditujukan kepada pensyarah subjek Persekitaran Pembelajaran yang Responsif untuk Bayi dan Kanak-kanak (KAQ 1033), Cik Siti Nur Aishah di atas segala tunjuk ajar, teguran dan bimbingan yang telah diberikan.

Penghargaan juga dirakamkan kepada pihak keluarga adik Nur Najwa Zulaikha kerana membenarkan saya melakukan kajian terhadap tahap perkembangan dan pertumbuhan adik Nur Najwa Zulaikha. Tidak dilupakan jutaan terima kasih turut saya nyatakan atas segala maklumat serta bahan-bahan yang diberikan sepanjang saya melakukan kajian ini.

Tidak ketinggalan diucapkan jutaan terima kasih kepada rakan seperjuangan yang turut sama berjuang bersama dalam segenap aspek dalam bersama-sama menyiapkan tugasan berkenaan individu yang dipilih.

Ditujukan buat yang diingati dan dikasihi, Ayah dan bonda yang sentiasa memberikan galakan dan dorongan untuk terus berjaya.

Akhir sekali, terima kasih di atas kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh tugasan ini diselesaikan.

NORYUSMANIA BINTI JUNAIDI 920517-10-5238 E20101000826 Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] 1.0 PENGENALAN

Pertumbuhan dan perkembangan manusia adalah fokus utama kajian psikologi perkembangan. Ahli psikologi perkembangan mengkaji aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan manusia dan cuba mengaitkannya dengan factor-faktor yang mempengaruhinya, iaitu faktor baka dan persekitaran.

Pertumbuhan dianggap sebagai satu proses perubahan stuktur dan fisiologi yang berlaku di dalam diri seseorang individu. Ia juga simaksudkan sebagai suatu perubahan yang bersifat kuantitatif (dapat dilihat dan diukur) iaitu perubahan fizikal manusia dari aspek saiz dan kematangan dan perubahan ini akan terus berlaku sehingga ke satu tahap perubahan itu akan terhenti. Saiz otak dan organ-organ dalaman turut bertambah. Pertambahan saiz otak memberi kanak-kanak keupayaan yang lebih untuk menaakul dan mengingat. Oleh itu, pertumbuhan melibatkan aspek kognitif dan fizikal. Pertumbuhan dipengaruhi oleh baka atau keturunan, kematangan, kesihatan ibu bapa dan persekitaran individu tersebut. Kadar pertumbuhan berbeza daripada individu kepada individu dan ia berlaku secara berperingkat-peringkat.

Perkembangan pula merupakan pencapaian kematangan seseorang hasil daripada interaksi baka dan persekitaran. Ia merupakan satu perubahan kualitatif yang sistematik meliputi aspek biologi, kognitif dan sosioemosi dan berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran. Perubahan-perubahan ini adalah dari segi jasmani, emosi, mental dan sosial. Proses perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semulajadi. Perubahan tersebut adalah berterusan dalam mematangkan dan mendewasakan suatu benda hidup hingga ke akhir hayatnya.

Bagi menjayakan kajian terhadap perkembangan kanak-kanak ini, saya telah menjalankan kajian dan penyelidikan ke atas salah seorang kanak-kanak yang berusia 5 tahun. Kajian kes yang saya jalankan ini lebih berkisar tentang definisi bagi setiap aspek

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] perkembangan, perkembangan adik Nur Najwa Zulaikha, dan kaitan atau perbandingan teori atau konsep perkembangan yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh yang mengkaji mengenai perkembangan kanak-kanak dengan proses perkembangan yang dialami oleh adik Nur Najwa Zulaikha.

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] 2.0 BIODATA KANAK-KANAK

NAMA PENUH NAMA PANGGILAN TEMPAT LAHIR TARIKH LAHIR JANTINA KETURUNAN ANAK KE NAMA IBU NAMA BAPA NAMA ADIK YANG LAIN :

: : : : : : : : :

Nur Najwa Zulaikha binti Zulghafar Zulaikha Bachok Kelantan 03 Januari 2006 Perempuan Melayu Pertama daripada dua orang adik beradik Najmawati binti nawi Zulghafar bin Haji Nordin Muhammad Adam Haikal

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] 3.0 PERKEMBANGAN FIZIKAL 3.1. PENGENALAN DARI SEGI TEORI Perkembangan fizikal merujuk kepada kemahiran kanak-kanak untuk

menggunakan anggota badan. Hal ini merujuk kepada kemahiran asas motor. Terdapat banyak takrifan kemahiran dinyatakan serta dikemuka oleh para pengkaji, contohnya, menurut Singer (1980), kemahiran motor adalah pergerakan otot-otot atau pergerakan badan untuk melakukan sesuatu pergerakan yang diinggini, Maier (1989) pula berpendapat bahawa kemahiran ialah kebolehan mengeluarkan suatu corak perlakuan yang berhubung dengan persekitaran tertentu dalam arena sukan seperti permainan yang menggunakan raket, jaring, gelanggang dan bola. berdasarkan kedua-dua teori ini dapat lah disimpulkan bahawa kemahiran ialah suatu tindakan, tugas atau corak tindak balas yang tertentu.

Tingkah laku pergerakan manusia adalah penting dan merupakan satu keperluan untuk kehidupan yang sempurna. Pergerakan ini berkait rapat dengan kemahiran motor. Tingkah laku phylogenetic adalah sebahagian daripada warisan biologi dan mampu pula mempertingkatkan lagi potensi kehidupan manusia. Kanak-kanak mengenali akan kepentingan pergerakan sejak awal-awal kehidupan mereka lagi dan sedar bahawa keupayaan bergerak sempurna turut mempengaruhi penerimaan masyarakat serta persahabatan (Arasoo, 1989). Ini adalah kerana kemahiran motor yang baik selalunya dapat mendorong seseorang individu kekal aktif dan cergas.

Kanak-kanak perlu mempunyai kemahiran motor asas untuk menghasilkan pergerakan yang cekap. Kemahiran-kemahiran asas ini perlu untuk cara hidup yang aktif serta berjaya dalam permainan dan sukan. Dari segi psikososial, kemahiran asas ini turut mempengaruhi konsep diri yang positif dalam perhubungan rakan sebaya. Kanak-kanak yang mempunyai kemahiran motor yang rendah akan menghadapi masalah dalam menguasai kemahiran-kemahiran motor asas (Arasoo, 1989).

Menurut McCarthy (1979), kemahiran motor asas ini dipecahkan kepada dua bahagian iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Kemahiran motor kasar ialah pergerakan yang melibatkan otot-otot besar badan seperti otot

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] lengan dan kaki serta melibatkan perlakuan berjalan, berlari dan memukul. Kemahiran motor halus pula ialah perlakuan kecil seperti mengutip objek di antara celahan jari tangan sertamenguji rangsangan terhadap deria rasa. Keduadua kemahiran motor ini penting di dalam kehidupan seharian kanak-kanak untuk bergaul dan berinteraksi dengan persekitaran mereka.

3.2. HASIL PEMERHATI Hasil daripada pemerhatian dan soal selidik yang saya jalankan, dapat saya nyatakan perkembangan asas motor yang dimiliki oleh adik Zulaikha. Jadual berikut menunjukkan antara kemahiran asas motor yang dimiliki oleh adik Zulaikha : PERKARA Berjalan Menaiki kenderaan Memanjat dan meloncat. PERKEMBANGAN ASAS MOTOR berlari dengan laju tanpa jatuh. berjalan di atas beam balance. berjalan diatas satu garisan yang lurus. berlari dan berjalan dengan lancar. berlari sambil menendang bola. menunggang basikal roda tiga dengan mahir dan laju. boleh naik dan turun tangga. meloncat dengan sebelah kaki. melompat dengan menggunakan kaki secara berselang seli. melompat ke atas dan ke depan dengan terkawal dan lebih jauh. Koordinasi tangan dapat memegang pensil namun cara memegang atau menggenggam berubah-ubah. dapat menggunting mengikut garisan. makan tanpa bantuan orang lain. Menggunakan sudu ketika makan namun kemahiran itu masih perlu ditambah.

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK]

Berikut adalah antara contoh yeng menunjukkan kemahiran adik Zulaikha dalam mengawal pergerakan atau koordinasi tangannya ketika melukis atau mewarna masih harus diperbaiki.

3.3. KESIMPULAN Perkembangan pergerakan atau motor adalah erkembangan yang dapat dilihat dengan jelas. Perkembangan pergerakan kanak-kanak terjadi secara teratur iaitu bermula dengan pergerakan yang agak kasar dan diikuti dengan kebolehan berkoordinasi sehingga sempurna. perkembangan pada kanak-kanak akan menjadi lebih matang dengan cara latihan dan penggunaan angota yang berterusan.

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] 4.0 PERKEMBANGAN SOSIAL 4.1. PENGENALAN DARI SEGI TEORI Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan social. Melalui proses sosialisasi (proses perhubungan sosial) yang bermula sejak seseorang bayi dilahirkan, diharapkan kanak-kanak ini dapat membuta penyesuaian social mengikut pengharapan masyarakat apabila mereka besar.

Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan identiti kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Brooks-Gunn, 1979)

Perkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang
9

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan social melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku social atau melakukan penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti kongnisi proses peniruan dan

identifikasi,aktiviti

bermain,perkembangan

sosial,persahabatan,dan

perhubungan dengan rakan sebaya.

Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.Proses sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.Namun demikian,terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.

Perbincangan tentang perkembangan sosial tidak akan lengkap tanpa menyentuh konsep hubungan persahabatan dalam kalangan kanak-kanak. Robert Selman mengemukakan bahawa dalam perhubungan persahabatan kanak-kanak terdapat 3 tahap iaitu: Tahap Pertama berlaku semasa kanak-kanak pra sekolah di mana sahabat dianggap sebagai kawan sepermainan sahaja. Biasanya sahabat yang menjadi teman adalah kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah kanak-kanak tersebut. Pada tahap ini, persahabatn dieratkan lagi dengan perkongsian alat permainan dan kanak-kanak pada tahap ini tidak mementingkan nilai persahabatan. Tahap Kedua pula karakteristik pada permulaan persekolahan. Selman mengelarkan tahap ini sebagai one way assistance. Tahap ini berlaku kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun. Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai dan diharap untuk membantu mereka pada bila-bila masa.

10

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] Tahap Ketiga merupakan tahap yang membolehkan kanak-kanak akhir dan remaja awal mempunyai persahabatan yang dikenali oleh Selman sebagai intimate and mutually shared relationship. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah meningkat remaja dan persahabatan yang dijalinkan lebih mendalam dan nilai persahabatan sudah mula difahami.

4.2. HASIL PEMERHATIAN Berdasarkan pemerhatian saya ketika mengikutinya ke prasekolah, di rumah, dan ketika bermain dapat dinyatakan bahawa adik Zulaikha tidak mempunyai masalah dalam bersosial sama ada dengan rakan sebaya mahupun dengan orang dewasa. Berikut adalah beberapa perkembangan sosial yang telah dikuasai oleh adik Zulaikha: merasa seronok ketika bersama kawan-kawan dan memiliki ramai kawan. menyertai kumpulan bermain dan bermain dengan nilai kerjasama dan berkongsi permainan dengan kanak-kanak lain berkemampuan dalam meramal tindakan teman sepermainannya. lebih suka memilih kawan yang sama jantina. mula tidak memerlukan bantuan daripada orang dewasa namun berasa takut apabila berjauhan dengan ibunya. Sebagai contoh apabila adik Zulaikha bangun dari tidur, dia akan mencari ibunya terlebih dahulu. Apabila dia tidak dapt menemua ibunya dia akan menangis.

11

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] 4.3. KESIMPULAN Persahabatn membolehkan kanak-kanak mengembangkan dan mempraktiskan kemahiran sosial mereka. Melalui persahabatan, kanak-kanak akan mempelajari kemahiran sosial seperti bekerjasama, erkongsi, mengambil giliran,

menyelesaikan masalah dan juga membantu antara satu sama lain. Di sekolah guru boleh membantu kanak-kanak membentuk interaksi atau hubungan sosial yang positif melalui aktiviti yang melibatkan interaksi dan komunikasi antara pelajar.

12

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] 5.0 PERKEMBANGAN EMOSI 5.1. PENGENALAN DARI SEGI TEORI Perkataan emosi berasal daripada perkataan greek iaitu emovere yang membawa maksud untuk keluar. Santrock (1998) mendefinisikan emosi sebagai perasaan atau efek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi seperti degupan jantung yang laju dengan tingkahlaku yang nyata seperti senyum atau menyingai. Oleh itu, emosi merupakan tindak balas atau kebangkitan yang ditonjolkan keluar terhadap sesuatuperkara atau objek, orang atau keadaan yang bertindak balas sebagai rangsangan kepada perasaan emosi. Ahli fisiologi sependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan penyataan emosi.

Freud merupakan ahli psikologi pertama memberikan penekanan kepada peranan zaman bayi atau awal kanak-kanak dalam pembentukan emosi dan personaliti seseorang. Menurut Freud, personaliti seseorang telah terbentuk pada usia lima tahun dan perkembangan yang berlaku selepas ini merupakan pemantapan struktur personaliti yang telah wujud. Freud berpendapat bahawa perkembanagn emosi manusia adalah berkait rapat dengan perkembangan fizikalnya. Kajian beliau membolehkannya membahagikan perkembangan emosi setiap individu kepada lima peringkat pertambahan umur yang selaras dengan perkembangan fizikalnya. Freud mengenal pasti lima tahap perkembangan psikoseksual iaitu:

Peringkat Oral (0 - 1 tahun) Peringkat Anal (1 - 3 tahun) Peringkat Falik (3 - 5 tahun) Peringkat Latensi (6 - 11 tahun) Peringkat Genital (12 tahun ke atas - remaja)

13

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] Erik Erikson pula membentuk teori perkembangan emosi psikososial hasil pengalaman kehidupannya sendiri dan apa yang dipelajari melalui teori yang dikemukakan oleh Freud. Beliau menggabungkan 3 faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Teori Erikson adalah berdasarkan 5 prinsip iaitu: Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. Perkembangan manusia menurut tahap-tahap tertentu. Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya. Erikson membahagikan perkembangan emosi manusia kepada 8 tahap utama, iaitu: Percaya lawan Tidak Percaya 0 hingga 1 tahun Autonomi lawan Rasa Malu/Sangsi 1 hingga 2 tahun Inisiatif lawan Rasa Bersalah 3 hingga 5 tahun Industri lawan Rasa Rendah Diri 6 hingga 12 tahun Identiti lawan Kekeliruan 12 hingga 20 tahun Kemesraan lawan Pengasingan Diri 20 hingga 40 tahun Generativiti lawan Pemusatan 40 hingga 65 tahun Kesepaduan lawan Putus Asa 65 tahun dan ke atas

14

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] Berikut adalah dibincangkan perkembangan emosi bagi kanak-kanak berumur 0 hingga 8 tahun : a) Tahap Percaya lawan Tidak Percaya Tahap pertama teori perkembangan psikososial Erikson adalah di antara waktu kelahiran sehingga berusia 1 tahun. Ia adalah tahap pertama di dalam kehidupan. Oleh kerana bayi sepenuhnya bergantung pada orang lain, perkembangan rasa percaya dibentuk olehnya adalah berasaskan kepada keupayaan dan kuantiti penjaga kepada bayi tersebut. Apabila seorang bayi berjaya membangunkan perasaan percaya dia akan merasa selamat dan dilindungi di dalam dunia ini. Penjagaan yang tidak stabil, emosi terganggu atau rasa terasing akan menyebabkan bayi yang dijaga mempunyai perasaan tidak percaya kepada persekitarannya. Kegagalan mengembangkan rasa percaya akan melahirkan perasaan takut dan yakin bahawa dunia ini tidak tenteram dan tidak dapat diramal dan dipercayai.

b) Tahap Autonomi lawan Rasa Malu/Sangsi Tahap kedua teori perkembangan psikososial Erikson adlah sepanjang peringkat awal kanak-kanak dan ia tertumpu pada pembentukan perasaan keyakinan diri pada kanak-kanak tersebut. Sama seperti Freud, Erikson juga percaya latihan ke tandaz merupakan bahagian penting dalam proses ini. Namun alasan yang diberikan Erikson adalah berbeza dengan Freud. Erikson percaya bahawa pembelajaran untuk mengawal fungsi tubuh seseorang akan membawa kepada tindak balas terkawal dan kemahuan untuk berdikari. Kaedah lain yang penting termasuk memberi lebih banyak peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan makanan, permainan dan pakaian. Kanak-kanak yang berjaya melengkapkan tahap ini akan merasa selamat dan yaki, sementara mereka yang gagal akan mempunyai perasaan ketidakcukupan dan rasa sangsi

c) Tahap Inisiatif lawan Rasa Bersalah Kanak-kanak pada tahap ini mula beriteraksi dan terdedah kepada persekitaran. mereka cuba mengambil banyak inisiatif untuk melakukan sesuatu yang baru bagi memenuhi naluri ingin tahu mereka. Namun jika ibu

15

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] bapa mengkritik atau menggunakan kekerasan atau dendaan terhadap tingkah laku mereka, ini akan menyebabkan kanak-kanak tadi mempunyai perasaan bersalah pada diri sendiri dan tidak berinisiatif atau takut untuk melakukan sesuatu aktiviti.

5.2. HASIL PEMERHATIAN Adik Zulaikha adalah kanak-kanak yang ceria. Dia amat mudah menunjukkan perasaan sayang dengan perlakuan dan kata-kata. Apabila ditanyakan adakah dia menyayangi ibunya, dengan pantas dia menjawab Ika sayang mama dan memeluk ibunya.

Saya juga dapat mengesan adik Zulakha sudah mula menunjukkan rasa malu. Hal ini saya dapat kesan apabila membawanya ke taman permainan apabila kain gaunnya terselak dengan pantas dia menarik kain itu bagi menutup bahagian badannya yang terdedah. Apabla ditanyakan mengapa dia melakukan sedemikian, dia menjawab yang dia malu orang melihat dia begitu.

Selain itu, adik Zulaikha juga dapat mengenal emosi diri sendiri dan orang lain. Saya telah menunjukkan beberapa gambar yang menunjukkan pelbagai emosi dan menyuruhnya untuk meneka apakah perasaan orang yang ada di dalam gambar tersebut. Selepas itu saya bertanya bagaimana cara untuk atasi emosi negetif seperti marah dan sedih. Daripada apa yang dijawab saya dapat

16

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] merumuskan bahawa adik Zulaikha dapat mengenal emosi dan mengawal emosi sendiri.

Adik Zulaikha juga sudah mula menunjukkan perasaan yakin dan tidak takut atau bimbang apabila berhadapan dengan situasi yang baru. Sebagai contoh Zulakha tidak kekok atau takut apabila berhadapan dengan orang ramai. Dia masih aktif dan ceria dalam suasana persekitaran yang baru. Menurut guru di prasekolah Zulaikha, dia seorang pelajar yang ceria dan tidak mudah takut untuk berhadapan dengan semua orang.

Disamping itu adik Zulaikha juga mempunyai kemahiran dalam menzahirkan mood menerusi ekspresi dan mimik muka.

5.3. KESIMPULAN Emosi kanak-kanak berkembang menikut peringkat umur. Pada setiap peringkat ini ibu bapa dan guru boleh memainkan peranan dengan melaksanakan aktiviti yang dicadangkan untuk membantu perkembangan emosi mereka. Melalui pengetahuan tentang perkembangan emosi juga, ibu bapa dan guru boleh mengambil langkah untuk mengatasi gangguan emosi yang dialami oleh kanakkanak di bawah jagaan mereka.

17

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] 6.0 PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI 6.1. PENGENALAN DARI SEGI TEORI Menurut Sapir (1921:8), bahasa adalah semata-mata suatu kaedah yang bukan naluri untuk manusia menyampaikan idea, emosi dan keinginan melalui ciptaan simbol-simbol lahir secara sedar. Bahasa juga didefinisi kan oleh Bloch dan Trager dalam Outline of Linguistic Analysis (1982) sebagi sistem simbol arbitrari untuk sesuatukumpulan sosial berkerjasama. Dalam Essay of Language, Hall mendefinisikan bahasa sebagai institusi untuk manusia berkomunikasi dan berinteraksi melalui simbol-simbol lisan-pendengaran yang arbitrari mengikut tabiat. Bagi Crystal (1995) pula bahasa adalah satu penggunaan bunyi yang sistematik dan konversional (lambang atau simbol lisan) untuk tujuan komunikasi dan luahan perasaan.

Berdasarkan definisi yang dikemukakan diatas, dapat di simpulkan bahawa bahasa adalah suatu sistem lambang pertuturan yang terdiri daripada leretan bunyibunyian yang diucapkan dan digunakan untuk berhubung, ia merupakan suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan menyatakan idea atau pengalamannya. Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang tenteram dan selamat apabila bahasa yang dikaitkan dengan pengalaman yang mengembrakan.

Pemerolehan bahasa bermaksud penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari atau dipelajari secara langsung. Dengan itu seseorang itu tidak mendapat pendidikan secara formal untuk mempelajari sesuatu bahasa tetapi

memperolehnya daripada bahasa yang diucapkan oleh ahli-ahli masyarakat dipersekitarannya. Proses pemerolehan bahasa berlaku secara aktif pada kanakkanak dalam lingkungan umur dua hingga enam tahun. Kebanyakan hasil penyelidikan bahasa mendapati jangka masa pemerolehan bahasa yang paling kritikal dalam kalangan kanak-kanak ialah anara umur satu tahun hingga lima tahun. sekiranya jangka masa ini dilangkau, maka perkembangan bahasa akan terhalang.

18

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] Perkembangan bahasa kanak-kanak boleh diketegorikan atau dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:

Semantik

Sintaksis

Pragmatik

Kemahiran Lisan

a) Perkembangan Semantik Semantik adalah kebolehan memahami percakapan yang didengari. Dalam erti kata lain semantik merupakan satu proses memahami maksud bunyi perkataan, ayat dan cerita. Penguasaan bahasa oleh kanak-kanak akan bermula dengan memahami percakapan yang didengari dan diikuti pula dengan kemahiran bertutur. Bayi membentuk konsep sebelum tanda pertama muncul. Jadual berikut menunjukkan perkembangan semantik kanak-kanak: Umur 6 12 bulan 1 1 1/2 tahun 1 -2 tahun 23 tahun Kebolehan Semantik dapat memahami perkataan dan menunjukkan objek yang dinamakan. perbendaharaan kata bertambah 1 hingga 3 perkataan sebulan. perbendaharaan kata terdiri daripada orang dan benda maujud. memahami arahan mudah seperti bertepuk tangan. perbendaharaan kata bertambah 10 hingga 20 perkataan seminggu. perbendaharaan kata merangkumi perbuatan, tempat dan keadaan. perkembangan perbendaharaan kata diiringi dengan menyifat objek.

19

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] 46 tahun dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan atau sifat nama. lebih banyak perbendaharaan kata (1000 perkataan) dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikannya. berlaku cetusan perbendaharaan bahasa (10000 perkataan pada hujung peringkat prasekolah) memahami lawak, metafora, cerita lisan atau buku yang di bacakan. memahami dan mengafal seni kata lagu atau puisi.

b) Perkembangan Santaksis Sintaksis pula adalah peraturan di mana lebih daripada satu perkataan menjadi ungkapan atau ayat. Sebagai contoh kanak-kanak mula mencantum perkataan bagi membentuk ayat mudah. Susunan sintaksis paling awal dilihat pada usia seawal 18 bulan namun ada jugak kanakkanak yang agak lambat iaitu pada usia 1 tahun bahkan ada juga yang berusia 2 tahun. Perkembangan pemerolehan sintaksis meningkat dengan pesat ketika kanak-kanak berusia 2 tahun dan mencapai puncak perkembangan pada akhir usia 2 tahun.Pada akhir usia 3 tahun kanakkanak akan mula menanyakan hal-hal yang abstrak dengan kata tanya mengapa. penggunaan ayat kompleks bermula selepas kanak-kanak menguasai perkatan yang mempunyai empat patah perkataan sekitar usia 4 tahun. Jadual berikut menunjukkan perkembangan sintaksis kanak-kanak:

Umur 1 2 tahun

Perkembangan Sintaksis Menyebut ayat mudah melalui gabungan 2 perkataan seperti sedap roti untuk sedapnya roti ini

2 4 tahun

Membentuk ayat gabungan 3 perkataan seperti Adik nak ikut

20

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] untuk Adik nak ikut mak jalanjalan Berupaya menggunakan sifat

nama, kata bilangan, dan kata tempat dalam membentuk ayat. 4 6 tahun Menghasilkan ayat 3-6 perkataan seperti Kucing putih itu kucing kesayangan adik Menggunakan : Kata kerana), soalan bertag ( Aiskrim ini sedap, betul tak?) ayat pasif ( Pasu bunga itu dipecakan oleh Amin) ayat berlapis( Baju saya hubung ( sambil,

cantik & berwarna biru) Menghasilkan cerita pendek.

c) Perkembangan Pragmatik Perkembangan pragmatik merupakan perkembangan di mana kanak-kanak mempelajari mengikut peraturan budaya ketika berkomunikasi. Kebiasaan nya perkembangan ini pesat selepas kanak-kanak melangkah ke alam prasekolah kerana pada ketika itu kanak-kanak terdedah dengan budaya di persekitarannya. Antara peraturan budaya ketika berkomunikasi yang kanak-kanak pelajari adalah apabila ingin menyertai sesuatu perbualan mereka hendaklah pandai mengambil giliran bercakap atau

mengemukakan pendapat berdasarkan tajuk yang diperbualkan serta pandai menyampaikan mesej dengan jelas dan mengikut peraturan. Apabila kanak-kanak berkomunikasi, mereka perlu mengambil giliran untuk bercakap dan memahami bahasa badan atau isyarat dan tahu topik yang diperbualkan. . Prutting (1982) pula menganggap pragmatik sebagai kecekapan sosial dan perkembangan ini bergantung pada kebudayaan

21

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] masyarakat, di mana kanak-kanak itu membesar. Jadual berikut menunjukkan perkembangan pragmatik kanak-kanak: Umur 1 2 tahun 2 4 tahun 4 6 tahun Perkembangan Pragmatik mula mengambil giliran dalam perbualan. dapat menggunakan daftar bahasa yang mudah seperti bye-bye atau terima kasih dapat mengambil bahagian dalam perbualan dalam kumpulan kecil ketika bermain atau aktiviti kelas. berbual dengan rakan sebaya semasa aktiviti harian. dapat menggunakan daftar bahasa seperti selamat pagi. dapat mengambil bahagian dalam perbualan dalam kumpulan yang lebih besar. dapat menggunakan daftar bahasa seperti apa khabar atau tolong.. secara berkesan, mengikut keperluan budaya. mula memberi komen dan meminta tindak balas. dapat menanya balik apabila disoal.

Dua lagi kompenan yang terdapat dalam perkembangan pragmatik adalah:

Kesedaran Bahasa

Metaliguistik

Metaliguistik merujuk kepada hubungan keseluruhan sistem linguistik dengan sistem linguistik dengan sistem tingkah laku manusia dalam budaya berkenaan. Ia merupakan penelitian tentang hubungan antara

22

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] faktor bahasa dan faktor-faktor bukan bahasa dalam masyarakat. Kesedaran metalinguistik ini meningkatkan saat anak mempelajarinya di sekolah. Pada usia prasekolah, kanak-kanak belum mempunyai

ketrampilan bercerita secara sistematik. Kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun menghasilkan pelbagai cerita. Umumnya cerita-cerita tersebut tentang hal yang terjadi di sekitarnya, tentang sesuatu kejadian, pengalaman sendiri, dan cerita fiksyen. Cerita-cerita tersebut

mencerminkan budaya dan suasana. Kemampuan bercerita tersebut hendaklah diperkenalkan kepada kanak-kanak pada usia mereka di prasekolah.

Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui pelbagai bahasa antaranya dengan meniru bunyi yang didengari. Mereka belajar meniru orang dewasa dan rakannya bercakap. Mereka mendengar pertuturan daripada orang lain dan meluahkannya dengan cara tertentu. Bunyi perkataan adalah magik bagi kanak-kanak dan perkataan magik itu mula diperoleh apabila kanakkanak mula bermain dengan bahasa. Selepas menghafal dan menghasilkan semula perkataan mereka akan memanipulasikannya dalam pelbagai keadaan. Kanak-kanak akan membina perkataan yang lucu, mudah, mereka cerita khayalan daripada pengalaman sendiri. Semua proses ini merujuk kepada kesedaran bahasa dalam kalangan kanak-kanak.

d) Kemahiran Lisan Lisan merujuk kepada pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur ia bukan sahaja melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi turut melibatkan kemahiran mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes maslah pendengaran yang teruk iaitu pekak, kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikategorikan sebagai bisu.

23

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] Kemahiran Mendengar Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanakkanak dalam perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan. Pendengaran adalah proes fisiologi yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar dan membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan. Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehidupan kerana kemahiran mendengar adalah asas kepada proses

komunikasi. Interaksi dua hala akan terganggu apabila salah seorang gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebai sahaja organ pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam kandungan ibu mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengar ketika dalam kandungan ibunya. Lebih dari itu mendengar adalah asas kepada kemahiran bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran Bertutur Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang lahir daripada alat sebutan (artikulator). Ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia (Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang yang lebih dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang

diterimanya akan menggalakkannya mengulangi perkataan yang disebutnya sehinggalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanakkanak akan mula berinteraksi dengan orang disekelilingnya sebab itu orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik

24

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.

6.2. HASIL PEMERHATIAN Berikut adalah tahap perkembangan bahasa dan komunikasi yang dialami oleh adik Zulaikha sekarang iaitu ketika berumur 5 tahun : mula bertanya soalan- soalan kompleks seperti mengapa orang itu bersedih apabila menonton televisyen. suka mendengar cerita dari kanak-kanak lain dan orang dewasa dan mengemukakan pendapat, pengalaman yang dialaminya sendiri. seronok apabila mendengar lagu dimainkan. Apabila lagu yang digemarinya diputarnya dia akn menyanyikan lagu tersebut, namun sebutan dan seni kata yang dinyanyikan tidak semuanya betul. perbendaharaan kata bertambah kepada 1000 patah perkataan. boleh meluahkan kehendak, idea dan perasaan secara lisan. boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya dan orang yang lebih tuaa tentang objek dan peristiwa yang dialaminya. tutur biacara dan percakapannya jelas namun agak gagap. boleh mengambil bahagian dalam perbualan yang aktif. memahami lawak, metafora, cerita lisan atau buku yang di bacakan.

6.3. KESIMPULAN Bahasa merupakan satu bidang yang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan. Kebolehan kanak-kanak bertutur dan mengunakan bahasa bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah membolehkan kanak-kanak membina konsep tentang alam dan manusia di sekelilingnya

Perkembangan pengeluaran bahasa iaitu bertutur dan kebolehan memahami dengan lancar memungkinkan kakank-kanak itu dapat meggunakanbahasa yang
25

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] sesuai untuk berkomunikasi. Perkembangan bahasa dan penggunaannya merupakan tahap yang kompleks dan memerlukan penggunaan fungsi kognitif yang lain. Perkembangan dan pertumbuhan otak yang sihat dan normal memungkinkan proses ini. Kanak-kanak biasanya mempelajari apa yang didengar dan dialami dari keadaan sekeliling setiap hari.

26

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] 7.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF 7.1. PENGENALAN DARI SEGI TEORI Perkembang kognitif turut dikenali sebagai perkembangan intelek. Perkembangan ini adalah satu proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual di samping proses pembentukan pengetahuan serta pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilalui. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, dan menginagti perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkanaktiviti mental seperti mengingat, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lainlain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.

Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu perkembangan kepada yang seterusnya. Teori utama perkembangan kognitif telah dikemukan oleh Jean Piaget. Jean Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur. Tahap kanak-kanak berubah daripada organisma yang refleks kepada organisa Sensorimotor yang berfikir menggunakan bahasa, membezakan objek-objek dengan diri (deria motor) dan membuat klasifikasi. 0 hingga 2 tahun Mampu melakukan dan menyelaraskan maklumat yang diterima. pembelajaran bahasa berlaku dengan pesat dan kanak-kanak dapat Tahap Praoperasi menamakan benda-benda. 2 hingga 7 tahun Kanak-kanak bersifat egosentrik. Tahap Operasi Membentuk pemikiran logik namun terhad. Konkrit Berupaya memahami konsep dan hipotesis yang mudah. 7 hingga 12 tahun Tahap Operasi Formal 12 tahun hingga dewasa Mula berfikiran abstrak. Berupaya menyelesaikan masalah.

27

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] 7.2. HASIL PEMERHATIAN

Berdasarkan pemerhatian dan ujian yang saya jalankan ke atas adik Zulaikha saya mendapati adik Zulaikha telah memiliki perkembangan kognitif seperti berikut: dapat memahami konsep bentuk dan mengenali pelbagai jenis bentuk. boleh mengkategorikan objek yang sama bentuk, warna dan saiz. memahami konsep kuantiti. mengenal nombor 1 hingga 10. Namun apabila disuruh menyebut nombor mengikut urutan ada nombor yang tertinggal seperti nombor lima. dapat memahami konsep masa seperti contoh tahu waktu untuk ke sekolah apabila jarum jam yang pendek menunjukkan ke pukul 7. boleh mengenal hari dan memahami kegunaan kalender. Mengenal abjad. dapat menyanyikan lagu abjad A, B, C dengan lancar. Bersungguh-sungguh untuk mempelajari sesuatu yang baru. seperti cara manaip menggunakan komputer.

28

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] 7.3. KESIMPULAN Perkembangan kognitif merangkumi segala perkara yang berkaitan dengan pengetahuan dan aplikasinya dalam kehidupan seharian individu. Pengajian perkembangan kognitif kanak-kanak meneliti proses bagaimana maklumat dari persekitaran diterima, disimpan dalam ingatan dan bagaimana maklumat tersebut diingat semula apabila perlu. Perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan paras pengatahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengatahuan tersebut untuk memahami dunia persekitaran mereka.

29

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] 8.0 PERKEMBANGAN TINGKAH LAKU 8.1. PENGENALAN DARI SEGI TEORI Setiap ibubapa mahukan anak yg baik tingkahlakunya. Di peringkat awal kanakkanak, ketidaksempurnaan tingkahlaku itu adalah normal dan merupakan sebahagian daripada proses perkembangan. Namun, tingkahlaku yg merbahaya dan merosakkan perlu disekat. Masalah tingkahlaku dikalangan kanak-kanak ini disebabkan oleh pelbagai faktor dan peranan ibubapa dan guru adalah membimbing dan menguruskan tingkahlaku mereka.

Tingkah laku adalah apa saja yg dilakukan dan diucapkan oleh seseorang. Ia merupakan tindakbalas seseorang terhadap apa yang berlaku di dalam diri sendiri atau dari persekitaran mereka. Terdapat 2 jenis tingkah laku iaitu tingkahlaku yg boleh dilihat dan tingkahlaku yang tidak boleh dilihat.

JENIS TINGKAH LAKU

Tingkah laku Nyata (dapat dilihat)

Tingkah Laku Tersembunyi (tak dapat dilihat)

Tingkah Laku Verbal (percakapan)

Tingkah Laku Motor (pergerakan badan)

Proses Mental (pemikiran)

30

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] 8.2. HASIL PEMERHATIAN Berikut adalah beberapa perkembangan tingkah laku yang dilmiki oleh adik Zulaikha :

suka bermain permainan yang lasak dan yang kebiasaannya hanya kanakkanak lelaki suka. mula memahami adanya kuasa yang lebih besar dan agung iaitu tuhan.

mula menunjukkan sikap bertanggungjawa terhadap tugasan yang diberikan seperti menolong ibunya di dapur. pandai mengawal marah dengan tidak menunjukkan tingkah laku langsang. pandai menjaga harta benda dengan cermat. suka meniru dan mengajuk percakapan rakan atau orang dewasa.

31

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK]

8.3. KESIMPULAN Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan tingkah laku kanakkanak. Melalui peranan guru dan ibu bapa, sahsiah dan tingkah laku yang baik dapat dibentuk. Guru dan ibu bapa perlu mengenalpasti tingkah laku kanak-kanak yang langsang dan cuba mengawalnya supaya tingkahlaku tersebut tidak menjadi tabiat. Apabila guru dan ibu bapa memahami punca kanak-kanak berkelakuan langsang serta berusaha memodifikasikannya menggunakan prinsip-prinsip psikologi. Implikasinya modal insan dapat dibina dan masyarakat mempunyai kemahiran insaniah dapat direalisasikan.

32

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] KESIMPULAN SECARA MENYELURUH Kesimpulannya, perkembagan kanak-kanak merupakan satu proses perubahan yang berlaku akibat tindakan yang saling berkait antara perkembangan jasmani dengan pembelajaran. Peubahan-perubahan ini adalah dari segi fizikal, sosial, emosi, bahasa dan komunikasi, kognitif dan tingkah laku. Semua perubahan yang dinyatakan diatas adalah perubahan yang bersifat kualitatif dan perubahan dari segi fungsi. Proses perkembangan merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat seseorang individu. Peringkat-peringkat

perkembangan membawa kepada perubahan yang menuju ke arah yang tertentu serta dijangka. selain itu corak dan aturan perkembangan adalah hampir sama tetapi kadar perkembangan manusia berbeza untuk setiap individu.

33

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK] RUJUKAN Mohd Amin H.A. Shariff (1998). Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rohani Abdullah (2001). perkembangan Kanak-kanak : Penilaian Secara Portfolio. Serdang, Selangor : Universiti Putra Malaysia. K. Eileen Allen, Lynn R. Marotz (2007). developmental Profiles : Pre-birth through Twelve. New York, America : Thomson Delmar Learning. Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Lebai Nordin (2008). Kurikulum PERMATA Negara : Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak 0-4 tahun. Cybrhaya,. Selangor : Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Catherine Lee (1991). The Growth and Development of Children. America : Longman Inc.

34

[KAQ 1033 : PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG RESPONSIF UNTUK BAYI DAN KANAK-KANAK]

LAMPIRAN

35

You might also like