You are on page 1of 35

HBHE1103

KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN

MUKA SURAT 2

2.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 4 3.0 SET PENILAIAN 1 DAN 2 4.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 2 : GAYA HIDUP SIHAT 5.0 SET PENILAIAN 3 DAN 4 12 - 13 14 20 - 21

6.0 TUNJANG PEMBELAJARAN 3 : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 7.0 SET PENILAIAN 5 DAN 6 8.0 RUJUKAN 22 31 - 32 33

HBHE1103

1.0 PENGENALAN PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan merupakan salah satu mata pelajaran yang diajar di semua sekolah di seluruh Malaysia. Mata pelajaran Pendidikan Kesihatan ini merupakan satu mata pelajaran yang kebiasaan digabungkan di bawah satu nama mata pelajaran iaitu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Walau bagaimanapun, Pendidikan Kesihatan diajar secara berasingan dengan Pendidikan Jasmani. Waktu yang diperuntukkan kepada Pendidikan Kesihatan juga berbeza berbanding Pendidikan jasmani. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental dan sosial dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja. Ini boleh dikatakan sebagai kesihatan adalah kualiti hidup yang melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran.( Dubos R., 1968 ). Pendidikan Kesihatan merupakan suatu proses membekalkan atau menggunakan pengalaman untuk mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan kesihatan individu, keluarga dan komuniti. Falsafah pendidikan kesihatan ialah pendidikan untuk kesihatan bukan hanya pengetahuan untuk kesihatan. Matlamat pendidikan kesihatan diajar di sekolah adalah bertujuan untuk membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Pendidikan Kesihatan merupakan salah satu mata pelajaran yang penting. Terdapat beberapa kepentingan pendidikan kesihatan yang perlu dititikberatkan dalam membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak di sekolah. Pendidikan Kesihatan penting dalam membentuk perubahan dan juga merupakan keperluan individu bagi proses perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi dan rohani. Sebagai contoh, pendidikan kesihatan dapat memupuk sikap bertanggungjawab pada kesihatan dan mengembangkan ilmu. Perubahan tingkah laku dan sikap diharapkan berlaku dalam usaha meningkatkan kualiti kesihatan. Selain itu, pendidikan kesihatan penting bagi melahirkan insan yang berpelajaran dan berpengalaman tentang kesihatan. Di samping itu, Pendidikan Kesihatan dapat membentuk hubungan dan perlakuan mesra serta melahirkan rasa empati terhadap 2

HBHE1103

masalah kesihatan yang dialami. Melalui Pendidikan Kesihatan ini juga kemahiran bagi menghadapi dan menangani masalah dan isu berkaitan dengan kesihatan dapat dikuasai. Hal ini secara tidak langsung menjadikan gaya hidup sihat sebagai rutin harian dan berperanan aktif dalam meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat secara keseluruhan. Secara ringkas, kepentingan mata pelajaran Pendidikan Kesihatan ialah: i. ii. iii. iv. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengenali diri sendiri dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri. Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada kanak-kanak untuk membolehkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat. Memberi kefahaman kepada kanak-kanak tentang keselamatan diri dan orang lain, alatan dan tempat aktiviti. Mengetahui isu-isu pendidikan kesihatan yang mempengaruhi hidup seharian. Sukatan pelajaran bagi Pendidikan Kesihatan boleh dibahagikan kepada 3 tunjang utama seperti di bawah: 1. Kesihatan Diri dan Keluarga Konsep tunjang ini adalah penjagaan asas kesihatan diri, keluarga dan masyarakat secara proses berterusan. Tumpuan diberi kepada kesihatan diri, seksualiti, kekeluargaan, perkahwinan dan keibubapaan. 2. Gaya Hidup Sihat Konsep tunjang ini adalah pengalaman aktiviti kehidupan harian yang sihat dan menjauhi tingkah laku berisiko secara berterusan. Tumpuan diberi kepada penyelesaian konflik, pengurusan stres, kemahiran merancang, pemakanan, penyalahgunaan bahan dan pencegahan penyakit. 3. Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran Konsep tunjang ini adalah pemeliharaan kebersihan dan keselamatan persekitaran secara berkesan untuk meningkatkan taraf kesihatan. Tumpuan diberi kepada pencegahan penyakit berjangkit, keselamatan persekitaran dan pertolongan cemas.

HBHE1103

TUNJANG PEMBELAJARAN 1 : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA 1. SISTEM PEMBIAKAN MANUSIA Definisi: Satu proses bagi manusia untuk mengembangkan zuriat Sistem pembiakan manusia berbeza bagi lelaki dan perempuan. Gambarajah di bawah menunjukkan perbezaan tersebut.

SISTEM PEMBIAKAN LELAKI

SISTEM PEMBIAKAN PEREMPUAN

FUNGSI ORGAN PEMBIAKAN LELAKI

HBHE1103

FUNGSI ORGAN PEMBIAKAN PEREMPUAN

2. AKIL BALIGH Definisi: satu peringkat di dalm hidup di mana tubuh badan berubah daripada seorang kanak-kanak kepada seorang dewasa. Pada peringkat akil baligh ini, terdapat tanda-tanda yang akan berlaku kepada lelaki dan perempuan. Lelaki akan mengalami IHTILAM manakala perempuan akan mengalami HAID. IHTILAM: Satu fenomena di mana air mani lelaki terkeluar semasa tidur atau mimpi basah. HAID: proses pengeluaran darah dan cairan melalui faraj perempuan yang mengandungi sel-sel mati daripada lapisan rahim.

HBHE1103

3. PERUBAHAN FIZIKAL LELAKI DAN PEREMPUAN LELAKI Ketinggian meningkat Berat badan bertambah Tubuh bulu ari dan bulu ketiak suara menjadi garau Kadar berpeluh meningkat Jerawat Dada dan bahu melebar Bulu tumbuh di muka dan badan bentuk badan berubah menjadi seperti lelaki dewasa kekuatan dan daya tahan fizikal bertambah PEREMPUAN Ketinggian meningkat Berat badan bertambah Payu dara membesar Tubuh bulu ari dan bulu ketiak suara keanak-anakan berubah menjadi suara matang Kadar berpeluh meningkat Jerawat Punggung melebar Paha berbentuk corong Bentuk badan berubah menjadi seperti perempuan dewasa

4. PENGURUSAN KESIHATAN DIRI Pengurusan kesihatan diri penting untuk memastikan kesihatan sentiasa baik. Ianya bermula dengan penjagaan kebersihan diri. Penjagaan kebersihan diri perlu supaya: a) badan sihat b) tiada jangkitan kulit c) sentiasa cergas dan ceria Langkah-langkah menjaga kebersihan diri adalah: a) Cuci muka supaya kelihatan segar dan tiada jerawat. b) Selalu mandi menggunakan air bersih dan sabun. c) Gunakan tuala bersih untuk mengeringkan badan selepas mandi. d) Selalu mencuci rambut menggunakan syampu. e) Pakai pakaian yang bersih. f) Cuci tangan sebelum dan selepas makan. g) Selalu memberus gigi untuk mengelakkan kerosakan gigi dan mulut berbau busuk. h) Sentiasa memakai pakaian dan stokin yang bersih. i) Selalu memotong kuku yang panjang.

HBHE1103

j) Bersihkan diri termasuk membasuh tangan selepas ke tandas. k) Selalu membasuh celah-celah jari kaki menggunakan sabun. Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sekurang-kurang SEKALI SETAHUN.

5. SISTEM PENCERNAAN Fungsi: memecahkan makanan kepada saiz kecil untuk membolehkan badan menyerap dan menggunakannya. Bahagian-bahagian yang terlibat dengan sistem pencernaan adalah seperti di bawah:

Mulut ( mouth ) Esofagus ( esophagus ) Perut ( stomach ) Hati ( liver ) Hempedu ( gallbladder ) 6. PENYAKIT TIDAK BERJANGKIT

Pankreas ( pancreas ) Usus kecil ( small intestine ) Usus besar ( large intestine ) Rektum ( rectum )

Penyakit tidak berjangkit boleh disebabkan oleh keturunan dan gaya hidup. 7

HBHE1103

Contoh jenis penyakit 1. Karies gigi 2. Penyakit jantung 3. Diabetes 4. Asma 5. Penyakit buah pinggang

Cara mencegah 1. Bersenam 2. Bersukan 3. Makan makanan seimbang 4. Mengamalkan gaya hidup sihat

7. PERASAAN Mengenal pasti perasaan: gembira malu bangga kasih sedih syukur gelisah sayang marah bimbang selamat hairan kecewa tersinggung puas dihargai

Perasaan negatif ialah perasaan yang tidak sihat yang boleh memberi kesan yang tidak baik. Contoh perasaan negatif adalah seperti marah, tertekan dan rasa bersalah. Perasaan negatif ini boleh dikawal melalui: perbincangan bersama ahli keluarga, rakan baik dan pihak yang bersesuaian. berjumpa dengan kaunselor untuk melakukan kaunseling beriadah untuk menghilangkan perasaan negatif tersebut

8. PERANAN KELUARGA Setiap ahli keluarga mempunyai peranan untuk mengeratkan perhubungan keluarga dan mencegah berlakunya gejala sosial. a) peranan ibu bapa Memberikan didikan agama dan moral yang teguh 8

HBHE1103

Memantau pergerakan anak-anak Memahami dan berusaha untuk menyelesaikan masalah anak-anak Mengenali rakan-rakan anak b) peranan anak-anak menuruti ajaran ibu bapa harus belajar bersungguh-sungguh memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya mengenang jasa ibu bapa c) peranan ahli keluarga saling menghormati dan memahami bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai, saling membantu dan bekerjasama 9. REMAJA Definisi: golongan manusia yang berumur di antara 12 hingga 21 tahun. Beberapa perubahan berlaku semasa zaman remaja ini. Perubahan tersebut ialah: perubahan fizikal ( perubahan akibat akil baligh ) perubahan perasaan - cuba mencari identiti diri - sentiasa bimbang paras muka 10. MASALAH DI AWAL REMAJA Perubahan fizikal dan emosi di awal remaja membawa beberapa masalah yang perlu dihadapi dan diatasi oleh remaja. - mementingkan rakan daripada keluarga - emosi tidak stabil

HBHE1103

Contoh masalah di awal remaja: konflik keluarga perubahan emosi perasaan ingin mencuba mudah terpengaruh ingin bertindak seperti orang dewasa

Cara menangani masalah remaja: remaja perlu mengenal pasti dan menetapkan hala tuju sebenar mereka supaya mereka tidak mengalami krisis identiti ibu bapa perlu menggunakan pendekatan baru untuk mendidik anak-anak remaja masa kini yang terdedah kepada banyak perkara pihak sekolah memberikan kaunseling kepada remaja yang bermasalah untuk mengenal pasti punca dan mencari langkah-langkah untuk menangani masalah yang dihadapi kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan remaja dengan lebih tegas untuk memberikan keinsafan kepada mereka Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang proaktif dengan merancang pelbagai program bersama-sama dengan pihak sekolah Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai baik berasaskan pendidikan moral dan agama supaya remaja kukuh dari segi jati diri dan keagamaan ibu bapa perlu sentiasa berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui hal anak-anak mereka ibu bapa perlu memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak dengan memperuntukkan masa kepada anak-anak supaya mereka dapat meluahkan masalah yang dihadapi

10

HBHE1103

pihak sekolah tidak hanya mementingkan keputusan akademik pelajar semata-mata dalam pengurusan pelajar sebaliknya banyak memberikan penekanan dalam membentuk sahsiah pelajar media massa perlu melaporkan dengan lebih kerap kepincangan yang dilakukan oleh remaja untuk meberi kesedaran kepada mereka kerajaan perlu memberi peluang kepada remaja meluahkan perasaan mereka dengan menyediakan tempat-tempat untuk remaja melakukan aktiviti berfaedah kerajaan perlu membuat penambahbaikan dalam sistem pendidikan supaya pembinaan jati diri remaja yang kukuh dapat dibina di peringkat sekolah masyarakat perlu memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dengan melaporkan kegiatan pelajar yang ponteng sekolah

SET PENILAIAN 1 1. Berikan definisi sistem pembiakan manusia. 11

HBHE1103

_____________________________________________________________________ 2. Berikan definisi ihtilam dan haid. _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 3. Berikan 3 perubahan fizikal yang dialami oleh lelaki selepas akil baligh. _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 4. Senaraikan 5 langkah penjagaan kebersihan diri. _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 5. Apakah fungsi sistem pencernaan kepada manusia? 12

HBHE1103

_____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _

SET PENILAIAN 2 1. Berikan 2 jenis penyakit tidak berjangkit. _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 2. Apakah yang dimaksudkan dengan perasaan negatif? _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 3. Apakah peranan anak-anak dalam sebuah keluaraga? _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 13

HBHE1103

_____________________________________________________________________ _ 4. Berikan beberapa ciri perubahan perasaan yang dialami oleh remaja? _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 5. Berikan 2 cara menangani masalah remaja. _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _

TUNJANG PEMBELAJARAN 2 : GAYA HIDUP SIHAT 1. PIRAMID MAKANAN Definisi: Satu Carta yang membantu kita untuk merancang pengambilan jenisjenis makanan dan sukatan makanan yang sesuai untuk kita setiap hari.

14

HBHE1103

Kelas Makanan Karbohidrat Vitamin Protein Lemak

Contoh Makanan Nasi, roti, mi Buah-buahan, sayur-sayuran Ikan, daging, susu Keju, minyak

Kadar Pengambilan Lebih banyak Banyak Sederhana Sedikit

Amalan pemakanan sihat boleh diamalkan dengan cara yang berikut: memilih jenis makanan yang sesuai makan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan elakkan daripada mengambil pelbagai makanan dalam satu hidangan

2. LABEL KANDUNGAN MAKANAN Definisi: keterangan mengenai akuan yang benar mengenai tahap atau kandungan nutrien yang terdapat pada label makanan mengenai kualiti pemakanan bahan makanan tersebut. Label kandungan pada bahan makanan mengandungi maklumat yang amat berguna kepada pengguna. Label ini melambangkan status barangan dari segi mutu dan tempoh penggunaan. Contoh maklumat yang ada pada label kandungan makanan: Jenama makanan Isipadu (bilangan/berat bersih) 15

HBHE1103

Arahan penyimpanan Senarai ramuan Nama dan alamat pengilang Komposisi khasiat makanan Pengawet dan pewarna Tarikh sah digunakan Tanda `halal' Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Kepentingan label kandungan makanan ialah: o Untuk menyediakan satu cara penyampaian maklumat mengenai kandungan nutrien (zat makanan) o dapat membantu pengguna membuat pemilihan makanan yang bijak. o untuk memberitahu pengguna mengenai kualiti pemakanan sesuatu bahan makanan. o menyokong aktiviti pendidikan pemakanan o menggalakkan penggunaan prinsip pemakanan yang kukuh dalam pemilihan makanan dan penyediaan hidangan.

3. PENYALAHGUNAAN BAHAN Definisi: 1. Ubat: sesuatu bahan yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit atau menyihatkan badan. 2. Racun: sesuatu bahan yang jika diserap oleh organisma hidup akan menyebabkan kematian. 3. Dadah: sejenis bahan kimia yang memberi kesan kemudaratan kepada pemikiran, fizikal, emosi dan tingkah laku. 16

HBHE1103

UBAT

RACUN

DADAH

Kesan buruk merokok: Menjejaskan kesihatan Menjejaskan ekonomi keluarga Mencemarkan alam sekitar Menjejaskan keterampilan diri Meningkatkan kadar kematian Meningkatkan perbelanjaan negara

17

HBHE1103

Kesan buruk alkohol: Tidak sedar apa yang dicakapkan Mengabaikan keluarga Hilang pertimbangan diri Mudah marah Boleh mendera / mencederakan ahli keluarga Menjejaskan kesihatan Tekanan mental Menjejaskan kewangan diri dan keluarga

Kesan buruk dadah: Menjejaskan kesihatan Jangkitan AIDS / HIV Kehilangan kerjaya Keluarga musnah Peningkatan jenayah Mengganggu ketenteraman masyarakat Diri tidak terurus Hilang maruah diri

4. PENGURUSAN KONFLIK DAN STRES Penghargaan Kendiri Definisi: Penghormatan kepada diri sendiri yang mencakupi keseluruhan maksud maruah diri Cara meningkatkan penghargaan kendiri: 18

Dapatkan sokongan dan kepercayaan diri Memaafkan dan melupakan perkara yang sudah lepas Tingkatkan pengetahuan diri Bicara hati Memotivasikan diri dan belajar dari kesilapan Menjalin perhubungan jujur Elakkan perbandingan Merangka strategi kejayaan Proaktif & Responsif kepada Perubahan Bina Matlamat Baru Definisi: 1. Konflik: wujudnya perbezaan fahaman dan ideologi di kalangan individu Punca berlaku konflik: perbezaan individu perbezaan latar belakang budaya perbezaan kepentingan perubahan sosial

HBHE1103

Cara mengatasi konflik: berkomunikasi secara jelas dengar dengan teliti dan berada dalam jarak yang sesuai perlu menyesuaikan minda dan sikap terhadap sesuatu menyelesaikan masalah secara bersama

Definisi: 2. Stres: gangguan emosi, proses pemikiran dan keadaan fizikal seseorang. Punca berlaku stres: 19

HBHE1103

Terlalu inginkan kemenangan Bersikap terlalu mementingkan kesempurnaan Sifat terlalu mengharapkan yang terbaik Suka mendesak Risau keterlaluan Tidak mahu menerima teguran Berprasangka buruk dan berdendam. Cemburu dengan kejayaan orang lain Kerja yang membosankan, tekanan pekerjaan Masalah kewangan

Cara mengatasi stres: elakkan stres yang tidak perlu terima kenyataan sesuaikan diri dengan situasi cari masa untuk bergembira dan berehat amalkan cara hidup sihat sesuaikan diri dengan penyebab stres

SET PENILAIAN 3 1. Berikan definisi piramid makanan. _____________________________________________________________________ _

20

HBHE1103

2. Tuliskan 2 amalan pemakanan yang boleh diamalkan. _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 3. Berikan 2 maklumat yang ada pada label kandungan makanan. _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 4. Berikan 2 sebab kepentingan label kandungan makanan. _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _

21

HBHE1103

SET PENILAIAN 4 1. Apakah maksud dadah? _____________________________________________________________________ _ 2. Senaraikan 3 kesan buruk pengambilan alkohol. _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 3. Tuliskan 2 cara meningkatkan penghargaan kendiri. _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 4. Berikan 2 sebab berlakunya konflik. _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 5. Berikan 3 cara mengatasi stres. _____________________________________________________________________ _

22

HBHE1103

_____________________________________________________________________ _

TUNJANG PEMBELAJARAN 3 : KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN 1. KESELAMATAN Langkah-langkah keselamatan di jalan raya: mengenal pasti dan mematuhi tanda keselamatan yang ditunjukkan mematuhi peraturan jalan raya sepanjang masa

Langkah-langkah keselamatan di air 23

HBHE1103

1. Banjir Persediaan menghadapi banjir

Dapatkan maklumat tentang banjir seperti sistem amaran banjir dan lokasi pusat pemindahan Periksa dan bersihkan semua lubang air samada longkang atau saluran perparitan Pastikan seluruh ahli keluarga mengetahui cara-cara bertindak semasa kecemasan

Tindakan semasa banjir Di dalam rumah


Dengar pengumuman dari radio dan televisyen Simpan air bersih Bawa masuk perabut dari luar rumah Simpan dokumen penting di tempat yang selamat Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan Ikut laluan yang ditentukan

Di luar rumah

Berpindah awal dan semasa hari siang, ianya lebih mudah dan selamat Pergi ke tempat tinggi dan selamat Jangan bersiar-siar di kawasan banjir Jangan sentuh kabel atau wayar yang jatuh Jangan minum air yang tercemar Jika diarahkan keluar dan berpindah, segera lakukan Awasi kanak-kanak

Tindakan selepas banjir

Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan 24

HBHE1103

Beri bantuan kepada jiran atau orang kurang upaya Jangan terus memasuki rumah. Periksa kerosakan dinding, lantai, siling, pintu dan tingkap. Lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan di lantai rumah. Periksa kehadiran binatang atau serangga berbisa dan berbahaya Periksa paip saluran gas, kabel elektrik, peralatan elektrik dan bahan-bahan mudah terbakar. Periksa kerosakan tangki septik Buang bahan-bahan makanan dan minuman yang terendam Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak berkuasa

Langkah keselamatan api: 1. Punca kebakaran: Elektrik Puntung Rokok Percikan Api Mercun/Bunga Api Ubat Nyamuk/Lilin/Colok Dapur Gas/Minyak Reaksi Spontan Sengaja di bakar Tindak Balas Kimia Mancis api 2. Cara mencegah kebakaran: 1. Keselamatan Di Dapur Semasa memasak hendaklah memberi tumpuan sepenuhnya. Pastikan keadaan 25

HBHE1103

dapur bersih dan tidak berminyak. Jangan memasak dalam keadaan yang letih atau mengantuk. 2. Ruang Alat Pemanas Letakkan alat pemanas pada jarak tiga (3) kaki atau satu (1) meter daripada sebarang sebarang benda yang mudah terbakar. 3. Perkakas Merokok Pastikan bekas abu rokkok yang digunakan besar dan lebar. Basahkan bekas tersebut sebelum digunakan kemudian jangan merokok ketika hendak tidur. 4. Mancis dan Pemetik Api Pastikan bahan seperti mancis dan pemetik api disimpan ditempat yang selamat supaya dapat dielak daripada kanak-kanak. 5. Elektrik Gantikan wayar yang telah rosak atau terpintal. Sentiasa peka terhadap barangan elektrik yang digunakan seperti peralatan yang berbau, berasap dan terlampau panas. 6. Lilin Semasa menggunakan lilin pastikan ia jauh daripada benda yang mudah terbakar dan daripada tiupan angin. Keracunan makanan Termakan makanan yang beracun boleh mengakibatkan penyakit. Punca keracunan makanan: makanan tercemar makanan luput tarikh makanan bertin yang kemek

2. PENYAKIT BERJANGKIT penyakit yang boleh merebak kepada orang lain dengan pelbagai cara. Penyakit bawaan makanan dan air 26

HBHE1103

Penyakit yang disebabkan oleh kuman penyebab yang terdapat di dalam makanan dan air tercemar. Contoh penyakit: tifoid kolera (taun) keracunan makanan Infeksi titisan Penyakit yang menular melalui udara. Infeksi ini disebabkan oleh kuman yang dikeluarkan melalui rembesan saluran pernafasan seperti air liur dan kahak. Contoh penyakit: selesema campak tibi Penyakit bawaan vektor Penyakit yang dibawa oleh pembawa kuman penyakit seperti lalat dan nyamuk. Contoh penyakit: demam denggi malaria demam kuning

Penyakit melalui pelbagai cara Penyakit yang boleh merebak dengan menggunakan pelbagai cara. Contoh penyakit: polio infeksi titisan, sentuhan terus, bawaan makanan dan air tetanus sentuhan terus, udara AIDS hubungan jenis, pemindahan darah, suntikan, cecair badan rubella sentuhan terus, titisan Hepatitis B hubungan jenis, pemindahan darah, jarum suntikan 27

HBHE1103

Penyakit hubungan jantina Penyakit yang menular melalui hubungan seks Contoh penyakit: AIDS Gonorea Sifilis Hepatitis B Herpes

LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN PENYAKIT a. Pendidikan Kesihatan b. Kebersihan diri, alam sekitar, air dan makanan c. Tabiat yang sihat d. Elakkan hubungan seks sejenis dan hubungan seks sebarangan e. Melaporkan kepada pihak berkuasa jika terdapat penyakit berjangkit f. Imunisasi g. Pengesanan dan rawatan awal h. Pengasingan pesakit i. Kuarantin j. Kawalan vektor k. Memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa 3. PERTOLONGAN CEMAS Definisi: Bantuan sementara yang diberikan serta merta kepada mangsa yang tercedera atau sakit sebelum menerima rawatan dari pihak doktor atau ketibaan ambulans. Peti pertolongan cemas Peti yang mengandungi alatan dan bahan asas untuk rawatan awal kecederaan Kandungan peti pertolongan cemas adalah seperti berikut: 28

HBHE1103

1. pembalut tiga segi ( kain anduh ) 2. pembalut gulung pelbagai saiz 3. kapas 4. kertas nipis 5. pin penyemat 6. gunting 7. plaster 8. thermometer 9. penyepit 10. krim luka antiseptic 11. ubat kuning 12. ubat mata 13. pisau kecil 14. sarung tangan getah 15. panadol 16. minyak sapu 17. buku manual pertolongan cemas 18. nombor talian kecemasan Kecederaan ringan Definisi: kecederaan yang tidak membahayakan nyawa mangsa yang tercedera. Jenis kecederaan ringan dan rawatan awal yang boleh diberikan. Kecederaan ringan Luka kecil Rawatan awal 1. Cuci luka dan buang kotoran dengan sabun dan air bersih 2. Jika luka calar biarkan kering sahaja dan jika perlu tutup dengan plaster 3. Pastikan pendarahan telah berhenti dan perhatikan jika ada kecederaan 29

HBHE1103

Patah

lain. 1. Buat penilaian keadaan pesakit 2. Pulihkan nafas pesakit jika perlu 3. Hentikan pendarahan jika terdapat luka atau patah terbuka 4. Pastikan pergerakan paling minimum kepada anggota tercedera 5. Ampu bahagian patah dengan secepat mungkin dengan menggunakan kayu belat atau sebagainya 6. Hantar pesakit dengan kadar segera ke hospital 1. Berhentikan kebakaran dan sejukkan kawasan terbakar dengan kadar segera 2. Longgarkan pakaian yang ketat, cincin atau jam sebelum bengkak bermula (jika perlu) 3. Potong dengan cermat kain yang terkena cecair panas (jika perlu) 4. Tutup kawasan terbakar dengan kain pembalut bersih 5. Bawa berjumpa doktor

Melecur

Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) Tujuan: menyatupadukan dan menyelaras semua aktiviti berkaitan kesihatan sekolah mampu meningkatkan taraf kesihatan warga sekolah. Program terancang dan bersepadu, fleksibel, inovatif dan kreatif berlandaskan keperluan semasa. Enam teras utama PBSS - Polisi Kesihatan Sekolah, 30

HBHE1103

- Persekitaran Fizikal Sekolah, - Persekitaran Sosial Sekolah, - Penglibatan Komuniti, - Kemahiran Kesihatan Diri, - Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. Kerjasama sekolah dengan masyarakat - tujuan untuk mengintegrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan sekolah dan masyarakat. satu proses dua hala - sekolah dan masyarakat memikul tanggungjawab bersama untuk mengawasi dan mempertingkatkan lagi status/taraf kesihatan kanak-kanak. sumbangan terhadap masyarakat dan sebaliknya menilai status kesihatan murid, - memberi khidmat rawatan dan rujukan, - memberi bimbingan dan kaunseling, - memberi penjagaan rawatan/kecemasan, - mencegah dan mengawal kejadian penyakit mendiagnosis - membantu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas. program berkaitan kesihatan - Perkhidmatan Kesihatan Sekolah, - Perkhidmatan Pergigian, - Rancangan Makanan Tambahan (RMT), - Program Susu Sekolah (PSS), - Pendidikan Pencegahan Denggi, - menjadikan sekolah kawasan larangan merokok, - menyediakan pertolongan cemas dan bilik khas kesihatan - mengadakan program bebas dadah - kempen cara hidup sihat. Perkhidmatan kesihatan dan keselamatan Pusat kesihatan kecil Klinik kerajaan 31

HBHE1103

Klinik swasta Hospital Polis Jabatan Bomba dan Penyelamat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM)

SET PENILAIAN 5 1. Senaraikan persediaan menghadapi banjir. _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 2. Berikan 2 tindakan yang perlu dilakukan selepas banjir. _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 3. Berikan 3 punca kebakaran. _____________________________________________________________________ _

32

HBHE1103

_____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 4. Tuliskan 4 langkah mencegah kebakaran. _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _ 5. Senaraikan 2 punca keracunan makanan. _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _

SET PENILAIAN 6 1. Berikan definisi penyakit bawaan makanan dan air. _____________________________________________________________________

33

HBHE1103

2. Namakan 2 penyakit disebabkan infeksi titisan. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 3. Senaraikan kandungan peti pertolongan cemas. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 4. Jelaskan bagaimana rawatan awal diberikan untuk luka kecil. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ 5. Apakah tujuan Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diadakan? _____________________________________________________________________ _ _____________________________________________________________________ _

RUJUKAN Dubos, R. (1968). So Human and Animal. New York: Scribners. 34

HBHE1103

Kee Bee Suan. et. al. (2011). Focus SPM Form 4 & 5 Biology. Bandar Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (Tiada Tahun). Pendidikan Kesihatan Keluarga/ Seksualiti. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. PBSM. (Tiada Tahun). Pertolongan Cemas Asas. Kuala Lumpur: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. PBSM. (Tiada Tahun). Pendidikan Kesihatan Asas. Kuala Lumpur: Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. PBSM. (1999). Pertolongan Cemas Manual Pelajar. Kuala Lumpur: Federal Publications Sdn. Bhd. Zarina Law Abdullah. et. al. (2011). HBHE1103 Pengenalan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: OUM. RUJUKAN INTERNET Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). [online] http://www.who.int/en/ http://notakuliahpismp.blogspot.com/ http://sktuaridtaud.forumotion.com/t341-penjagaan-kebersihan-diri anelyza.blogspot.com http://online.mdpekan.gov.my/online/esumber/kesihatan/piramid_makanan_malaysia.pdf fsq.moh.gov.my http://sakinahsalleh.blogspot.com/2011/11/penghargaan-kendiri-self-esteem.html http://www.utem.edu.my/pusat_komputer/index2.php? option=com_docman&task=doc_view&gid=102&Itemid=58 http://www.takaful.biz/takaful-am/panduan-keselamatan-hujan-lebat-dan-banjir/ http://pjk.ipgkti.edu.my/nota/Jenis-Jenis%20Penyakit%20Berjangkit.pdf

35

You might also like