You are on page 1of 2

JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN (UNIT NAIK PANGKAT) TINGKAT 5, RUMAH PERSEKUTUAN JALAN MAT SALLEH 88604 KOTA KINABALU SABAH, MALAYSIA

Rujukan Kami : JP(SB) / 900 (08 )/100/32/02/08(08) Tarikh SEGERA Semua Ketua Sektor, Semua Pegawai Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Tuan / Puan PERAKUAN KENAIKAN PANGKAT PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPPLD) GRED DGA32 DAN DGA34 YANG TELAH BERKHIDMATSELAMA LAPAN TAHUN DAN LIMA TAHUN PADA TAHUN 2012 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Dengan segala hormatnya saya adalah diarah menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas dan surat KPM rujukan KP(PP)SULIT.0063/1/1/Jld.14(33) bertarikh 4 April 2012 adalah berkaitan. 2. Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM). Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang melaksanakan urusan kenaikan pangkat secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan bagi PPPLD pada tahun 2012 seperti berikut : 2.1 PPPLD yang berada di Gred DGA32 sekurang-kurangnya 8 tahun ( telah dinaikkan pangkat ke Gred DGA32 pada tahun 2004 dan sebelum ) PPPLD yang berada di Gred DGA34 sekurang-kurangnya 5 tahun ( telah dinaikkan pangkat ke Gred DGA34 pada tahun 2007 dan sebelum ) : 9 April 2012

2.2

3. Oleh yang demikian, kerjasama daripada pihak tuan/puan adalah dipohon agar memaklumkan pegawai-pegawai di bawah pentadbiran tuan yang memenuhi syarat seperti di para 2.1 dan 2.2 di atas supaya mengemukakan dokumen-dokumen seperti dalam senarai semak yang dilampirkan ke Unit Naik Pangkat, Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, JPN Sabah pada atau selewat-lewatnya 20 April 2012. 4. Sekiranya tuan / puan mempunyai sebarang pertanyaan atau keraguan berhubung perkara ini, tuan / puan boleh berhubung terus di talian 088-256251 / 088-513559 / 088-513557 / 088-513561 / 088-253215 5. Di atas segala kerjasama tuan / puan berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

( DATUK DR .HAJI MUHIDDIN BIN YUSIN ) Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.
FHT/ Sila catatkan nombor rujukan apabila berurusan dengan kami ) 1 MALAYSIA: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN ( Pabx No : 088-256251/088-256250 /Fax : 088-255495 /Email : naikpangkst_sabah@yahoo.com )

You might also like