You are on page 1of 1

Alia Abdullah

No 34-, Taman Cempaka Biru, 49000 Sg. Buloh, Selangor


Tel : 017-1231234 email : alia_abdullah@mail.com

20 Julai 2007

Pengurus
[nama syarikat]
…….
…….

Tuan / Puan

Permohonan jawatan : [namakan jawatan dipohon]

Berhubung perkara diatas, merujuk keratan akhbar yang telah diiklankan, saya
Alia Abdullah ingin memohon kerja di syarikat tuan/puan bagi jawatan ……... Saya
merupakan graduan dari ………… dalam jurusan …………………..

Kini saya bekerja di BBB Solution S/B di Melaka sebagai eksekutif ICT/teknikal
dengan berpendapatan sebanyak RM 1’300.00 sebulan. Di sini saya bertanggungjawab
dalam memberikan perkhidmatan membaiki dan menyelenggara sistem komputer dan
perkakasan, “On-Site Service”dan memasang atau menyelenggara rangkaian LAN. Selain
itu saya juga mempunyai pengalaman dan telah diberi latihan serba sedikit tentang
rangkaian semasa saya bekerja di XYZ S/B, yang terkenal dalam bidang pembangunan
produk rangkaian.

Saya sangat berminat dalam bidang yang telah saya pelajari dan ceburi. Saya juga
seorang yang berdedikasi dan jujur dalam setiap pekerjaan yang telah diberi dan akan
sentiasa melakukan yang terbaik.

Oleh itu, mengikut kelulusan saya, saya memohon gaji sebanyak RM 1’500.00.

Berserta surat permohonan ini dilampirkan juga butiran peribadi terperinci (resume) serta
lampiran salinan sijil- sijil saya untuk rujukan tuan/puan. Sekian terima kasih saya
ucapkan atas perhatian yang tuan/puan telah berikan dan saya menunggu untuk
perkhabaran seterusnya.

Yang benar,
alia

You might also like