You are on page 1of 9

KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PENDIDIKAN MORAL WM022


FOLIO 08/09

PATRIOTISME

PENSYARAH: EN.ROSLAN

DISEDIAKAN OLEH:
AMANDA LIBBIE KELEBIT MS0815513122
NELLEY JUEE PHILLIP MS0815534363
FELICIA BAHUNDAL MS0811513664
SELVINDARREN A/L S.SELVADURAI MS0815515153

TUTORIAL: F1T5

PENGENALAN dan DEFINISI

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap


'tanah air' oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' atau 'ibu
pertiwi' itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini memaksudkan
bangsa dan/atau negara.
Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti bangga akan pencapaian dan budaya bangsa,
kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan
ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan
istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain.
Patriotisme mengandungi konotasi etika. Contohnya 'tanah air' ini sendirinya
adalah satu taraf moral atau nilai moral. Patriotisme juga membayangkan bahawa
seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan
kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur
dalam pertempuran demi tanah air merupakan contoh tipikal bagi patrotisme ekstrem.

ISI- ISI
Jenis patriotisme
Nilai patriotisme boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
(i) Patriotisme peribadi
(ii) Patritisme rasmi
Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai
patriotik tertentu, seperti menghormati bendera.
Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya.
Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh
kesahan dari menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu negara dan
Hari Bekas Perajurit dan upacara peringatan merupakan contoh-contoh tipikal bagi
jenis patriotisme ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan
kaedah-kaedah tertentu untuk mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan
kesetiaan tertentu.
Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan
bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan
pelekat bampar patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk
menyatakan kesetiaan kepada negara di peringkat umum. Patriotisme simbolik ketika
perang dijangka menaikkan semangat yang pula menyumbang kepada usaha perang.
Patriotisme masa aman tidak boleh dikaitkan begitu mudah kepada faedah yang boleh
diukur untuk negeri, namun patriot tidak merendah-rendahkannya.
UNSUR PATRIOTISME
Sifat patriotism ini mempunyai beberapa unsur, iaitu:
1. Bersatu dalam kepelbagaian
berbangga dengan kepelbagaian komposisi penduduk negara Malaysia.
berbangga dengan perpaduan penduduk negara Malaysia dan bertanggungjawab
untuk mengekalkannya.
menghargai dan menghormati keharmonian dan kerjasama di antara kaum.
2. Berusaha membangunkan negara Malaysia
berbangga dan bersyukur terhadap tahap kemajuan pembandaran negara Malaysia.

berbangga dan bersyukur terhadap kemajuan petempatan di Malaysia.


berbangga dengan kepelbagaian aktiviti ekonomi dan eksport Negara
Malaysia.
berbangga dengan pembangunan ekonomi negara Malaysia.
berbangga dengan tahap kemajuan kegiatan ekonomi negara Malaysia.
berbangga dengan tahap kemajuan kegiatan ekonomi setempat.
bersyukur dengan sumbangan bentuk muka bumi kepada pembangunan negara
Malaysia.
bertanggungjawab dan berkeupayaan membangunkan petempatan negara Malaysia.
bertanggungjawab dan bersedia memberi sumbangan terhadap pembangunan negara
Malaysia.
menghargai peranan kerajaan dalam mempengaruhi petempatan negara Malaysia.
menghargai peranan kerajaan dalam mempengaruhi petempatan di Malaysia.
menghargai usaha kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara.
menghargai usaha-usaha yang diambil untuk memajukan sumber tenaga negara
Malaysia.
3. Mempertahankan negara Malaysia
bertanggungjawab memelihara alam sekitar negara Malaysia.
bertanggungjawab memelihara alam sekitar negara Malaysia.
bertanggungjawab memelihara dan memulihara tumbuh-tumbuhan semula jadi dan
hidupan liar negara Malaysia.
bertanggungjawab menjaga kemudahan yang ada.
prihatin terhadap kesan penerokaan sumber.
4. Mencintai negara Malaysia
berbangga dan bersyukur terhadap kesesuaian cuaca dan iklim di Malaysia ke
atas penduduk dan alam sekitar.
berbangga dan bertanggungjawab terhadap flora dan fauna di Malaysia.
berbangga dengan kepelbagaian jenis tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan
liar negara Malaysia.
berbangga dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar
negara Malaysia.
berbangga dengan tahap kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan di
Malaysia.
berbangga dengan tahap kemajuan sistem pengangkutan dan perhubungan negara
Malaysia.
berbangga terhadap keindahan alam semula jadi negara Malaysia.
berbangga terhadap keindahan dan keistimewaan pinggir laut negara Malaysia.
berbangga terhadap kepelbagaian ciri-ciri pandang darat fizikal dan budaya
negara Malaysia.
berbangga terhadap kepelbagaian sumber negara Malaysia.
bersyukur kerana dianugerahi iklim dan cuaca yang tidak melampau.
bersyukur kerana negara Malaysia bebas daripada kejadian gunung berapi dan
gempa bumi.
bersyukur kerana negara Malaysia boleh menjalankan pelbagai kegiatan
ekonomi.
bersyukur kerana negara Malaysia mempunyai banyak sungai, tasik dan air
terjun yang unik.
bersyukur terhadap kepelbagaian sumber negara Malaysia.
bersyukur terhadap kepelbagaian sumber mineral.
bersyukur terhadap kepelbagaian sumber hutan.
bersyukur terhadap keunikan ciri-ciri fizikal dan budaya di kawasan
persekitaran.
bertanggungjawab memelihara alam sekitar.
bertanggungjawab memelihara dan memulihara alam sekitar negara Malaysia.
bertanggungjawab memelihara tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar di
Malaysia.
menghargai keadaaan cuaca dan iklim yang sesuai terhadap kegiatan manusia di
Malaysia.
Menghargai peranan kerajaan dalam mempengaruhi kemajuan pengangkutan dan
perhubungan negara Malaysia.
menghargai sumbangan sumber di kawasan kajian.
menghargai sumbangan sumber kepada pembangunan negara Malaysia.
peka terhadap kegiatan penduduk yang boleh memberi kesan ke atas cuaca dan
iklim negara Malaysia.
prihatin terhadap penjagaan alam sekitar.
bertanggungjawab dan bersama-sama menyelesaikan masalah kependudukan demi
kesejahteraan negara Malaysia.

Sebab- sebab
Berikut merupakan sebab- sebab kita perlu mengamalkan sikap patriotisme:
a) Menanamkan semangat cinta akan Raja dan Negara kepada masyarakat khususnya
kepada generasi muda.
- Semangat patriotisme penting untuk melahirkan generasi muda yang cinta akan
negara sebagai pelapis untuk pemimpin negara.
- Semangat patriotisme adalah penting untuk mengekalkan keamanan dan
keharmonian negara.
b) Menjamin keamanan, kemakmuran dan keselamatan serta bangsa.
- Semangat patriotisme adalah penting dalam kalangan pemimpin negara agar
dapat memimpin negara dengan lebih teratur dan sistematik.
- Semangat patriotisme juga penting bagi melahirkan insan yang sanggup
mempertahankan negara. Contohnya, para perajurit sanggup mengorbankan nyawa bagi
mempertahankan negara kerana adanya semangat patriotism dalam diri mereka.
c) Untuk mengawal masyarakat
- Rakyat yang mempunyai semangat patriotism lebih cenderung untuk mematuhi
peraturan dan undang- undang yang telah ditetapkan oleh negara. Dengan demikian,
masyarakat dapat dikawal dan kes- kes jenayah dapat dibanteras dengan mudah.

Cara- cara
Cara-cara menunjukkan rasa cinta akan negara dan melahirkan nilai patriotisme:

Telah banyak kemajuan yang kita dapat lihat, sejak zaman kemerdekaan sehinggalah
ke hari ini. Sebagai rakyat, kita harus berbangga dengan kemajuan ini. Kita perlu
mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan, serta kemajuan yang kita kecapi ini.
Masyarakat pada zaman penjajahan sanggup dan rela berkorban nyawa dan harta benda
demi negara. Contohnya, pejuang-pejuang negara yang bangun menentang penjajahan
British. Mereka tabah, gigih dan sanggup melakukan apa-apa sahaja demi negara.
Begitu juga dengan pasukan keselamatan negara yang terpaksa berhadapan dengan
pengganas komunis pada zaman selepas kemerdekaan. Mereka sanggup menggadai nyawa
bagi mempertahan negara daripada ditawan musuh. Banyak nyawa yang terkorban dan
ramai yang tercedera, tetapi semangat juang mereka tidak pernah luntur. Mereka
meneruskan perjuangan sehingga ke titisan darah yang terakhir demi negara yang
tercinta ini. Sanggupkah kita berkorban seperti pejuang-pejuang sebelum ini?
Bagaimanakah kita menunjukkan rasa cinta akan negara?
Dalam arus globalisasi hari ini, kita perlu bersatu untuk mengekalkan
keamanan dan keharmonian negara. Sebagai rakyat, kita perlu menangkis sebarang
bentuk ancaman terhadap bangsa dan negara yang boleh menggugat kestabilan politik,
ekonomi dan sosial.
Kita perlu membuka minda dan fikiran supaya sedar bahawa kita perlu menghadapi
saingan globilasasi dalam semua aspek. Kita perlu rela melakukan apa-apa sahaja
untuk menghadapi saingan ini. Salah satu cara adalah dengan meningkatkan
pengetahuan kita dalam pelbagai bidang. Dengan ilmu, kita akan lebih bersedia
menghadapi cabaran dan ancaman masa depan. Kita juga dapat membantu mempertahan
masyarakat, bangsa dan negara. Oleh itu, kita mestilah sanggup menuntut ilmu walau
di mana-mana jua.
Kemajuan dalam teknologi maklumat telah mendedahkan kita dengan pelbagai maklumat
dari dalam dan luar negara. Kemajuan teknologi inilah yang digunakan oleh kuasa-
kuasa luar untuk menjajah pemikiran kita. Mereka yang mahir dengan teknologi
maklumat menggunakan pelbagai media komunikasi untuk memenuhi hasrat menjajah
pemikiran kita. Oleh itu, sebagai bangsa yang merdeka, kita perlu pandai
membezakan antara yang baik dengan buruk. Kita mesti mempertahan sistem sosial dan
budaya hidup masyarakat kita daripada pelbagai ancaman budaya negatif. Sebagai
rakyat, kita mestilah bijak menangkis pengaruh-pengaruh negatif tersebut dan tidak
membiarkan mereka mempermainkan maruah bangsa dan kedaulatan negara kita.
Kita juga janganlah memberi peluang kepada sesiapa pun untuk memecahbelahkan
masyarakat kita. Kita mestilah sanggup berkorban untuk memastikan keamanan negara
terjamin. Perpecahan dan huru-hara dalam negara akan mengundang campur tangan
kuasa asing. Kita mestilah sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memastikan tiada
campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran negara kita. Maka, kita perlu bertolak
ansur dan bersatu untuk menyelesaikan sendiri masalah dalaman negara.
Pada tahun 1997, negara kita dilanda kemelesetan ekonomi. Dana Kewangan
Antarabangsa (IMF) menawarkan bantuan kewangan untuk membolehkan kerajaan
menjalankan program pemulihan ekonomi. Walau bagaimanapun, mereka mengenakan
syarat pinjaman yang ketat. Jika tawaran tersebut diterima, bermakna kita terpaksa
bergantung pada kuasa asing dan terikat dengan syarat yang dikenakan oleh mereka.
Di sinilah perlunya pengorbanan harta dan wang ringgit daripada rakyat, supaya
negara kita tidak perlu meminta bantuan luar. Kita perlu mengamalkan sikap
berjimat cermat dalam perbelanjaan dan membantu kerajaan meneruskan program
pembangunan ekonomi negara.
Kesimpulannya, rakyat Malaysia haruslah sentiasa sedar tentang cabaran dan ancaman
yang menanti. Janganlah leka dengan kemewahan yang kita nikmati kini. Jika
masyarakat pada zaman penjajahan sanggup melakukan apa-apa sahaja dan berkorban
nyawa dan harta, apatah lagi kita pada zaman ini. Sesungguhnya perjuangan kita
belum selesai.
Kesan- kesan
Berikut merupakan kesan- kesan daripada sikap patriotisme:
a) Gelak ketawa masyarakat
Dengan wujudnya semangat patriotisme ini, negara kita telah mencapai kemerdekaan
yang ke- 51 dan melalui sambutan hari kemerdekaan ini, kita dapat melihat betapa
aman dan harmoninya negara kita melalui gelak ketawa masyarakat.
b) Lima prinsip Rukun Negara
Melalui semangat patriotisme juga, setiap lapisan masyarakat dapat menyahut dan
mampu mengamalkan prinsip- prinsip Rukun Negara, iaitu:
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang- undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Melalui prinsip- prinsip ini, pemimpin dapat memimpin negara dengan lebih
berdisiplin dan berdaya maju.
c) Proses permodenan negara berjalan dengan lancar
Proses pemodenan ini hanya akan dapat dilaksanakan jika adanya respond an
kerjasama dalam kalangan rakyat. Oleh itu, dengan adanya semangat patriotisme,
masyarakat akan lebih mementingkan hal- hal untuk memajukan negara daripada diri
sendiri agar negara mampu “Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah” dengan negara-
negara maju yang lain seperti Jepun dan China. Kereta- kereta dan barangan buatan
Malaysia, jaringan pengangkutan jalan yang lebih canggih dan teratur, bangunan-
bangunan pencakar langit seperti Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas
adalah bukti hasil titik peluh masyarakat dalam memodenkan negara.
d) Mudah berlakunya konflik
Namun semangat patriotism yang melampaui batas akan menyebabkan negara berselisih
faham dengan negara- negara lain. Contohnya, apabila seseorang itu menghadapi
perselisihan faham dengan negara lain, dia akan mencuba sedaya upaya untuk
mempertahankan negara dengan pelbagai cara apa sekalipun sehingga perkara yang
kecil menjadi masalah yang terlalu besar untuk diselesaikan.
e) Tidak akan mengkhianati negara
Para pemimpin yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi tidak akan membuat
sesuatu perkara yang boleh menjatuhkan negara. Contohnya, menjual rahsia dan
dokumen penting negara. Jika pemimpin tidak mempunyai semangat patriotism dan
menjual dokumen- dokumen negara, pasti negara akan jatuh ke dalam tangan negara
lain.

LAMPIRAN

Patung di laman dalam Ecole polytechniques, Paris memperingati penglibatan para


penuntut dalam mempertahankan Perancis daripada serangan Kerajaan Campuran tahun
1814.

02 September 2006 : Harian Metro


SKOP PATRIOTISME FILEM LUAS

FILEM Sarjan Hassan dan Leftnan Adnan dianggap dua filem tempatan yang menyemai
semangat nasionalisme kepada penonton.
Namun, watak Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan itu sendiri bersekongkol dengan
penjajah British ketika menentang Jepun. Justeru, dimanakah nilai patriotisme
dalam kedua-dua filem ini?
Pengarah Filem & Pensyarah Fakulti Teknologi Filem dan Artistik, Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya A Razak Mohaideen berkata, hakikatnya,
setiap filem kita ada nilai patriotismenya.
"Jika kita faham apakah maksud sebenar patriotisme itu, kita boleh sampaikan
mesejnya kepada penonton. Nilai patriotisme bukan terhad kepada filem perang
semata-mata sebaliknya skopnya jauh lebih luas dari itu.
"Sebagai contoh, nilai patriotisme ada dalam filem tempatan menerusi penggunaan
bahasa Melayu dalam filem, sekali gus melambangkan filem itu ada unsur kecintaan
kepada negara," katanya mengulas isu yang dibincangkan dalam program bual bicara,
Fenomena Seni (saluran RTM) 26 Ogos lalu: Perlukah Patriotisme dan Nasionalisme
dalam filem Malaysia.
Mengenai filemnya yang dikatakan tidak ada nilai patriotik dan hanya memikirkan
keuntungan semata-mata, Razak berkata, dia percaya orang bercakap seperti itu
tidak cukup ilmu.
"Orang yang ada ilmu tidak akan cepat melatah. Sebagai contoh, kita tunjuk nilai
murni dalam filem juga ada nilai patriotismenya sendiri.
"Begitu juga penggunaan bahasa Melayu dalam filem. Sebagai pembikin filem, saya
percaya, lebih banyak mesej disampaikan kepada penonton jika filem itu ditonton
ramai orang.
"Setiap filem juga ada mesej yang tersirat. Janganlah kita pandang ia dari sudut
yang sempit," katanya.
Selain Razak, barisan panel Fenomena Seni kali ini adalah pelakon Zul Huzaimy
Marzuki dan wartawan Hiburan Harian Metro, Ellyna Ali. Perantara program ialah
Rosyam Nor. Manakala penerbit program pula ialah Mohd Zamani Ibrahim.

Bercakap mengenai filem patriotik, kata Razak, filem moden juga ada unsur
patriotismenya.
"Melawan pengaruh dadah juga ada nilai patriotismenya. Patriotisme juga perlu
dilihat dari sudut global. Contohnya menerusi filem Armageddon yang menonjolkan
Amerika Syarikat seolah-olah ingin menyelamatkan dunia.
Itulah nilai patriotisme yang ingin ditonjolkan mereka kepada dunia. "Contoh lain,
ketika saya buat pengambaran filem di Bangkok, Thailand, tidak lama dulu. Saya
tergamam bila pada setiap pawagam yang dikunjungi, mereka akan menyanyikan lagu
negara mereka sebelum tayangan dimulakan.
"Saya percaya, kita boleh menyemai nilai patriotisme di kalangan remaja yang
memenuhi pawagam jika kita mempraktikkan perkara yang sama di sini," katanya.
Namun, kata Razak, apa yang menjadi halangan ialah setiap akhbar di sini
memberikan pujian melambung kepada filem Barat dan sering mencari kesalahan filem
tempatan.
"Publisiti untuk filem luar juga banyak dan mencurah-curah berbanding filem kita.
Pemilik panggung juga minta bayaran lebih untuk tayang filem tempatan, berbanding
filem luar negara," katanya.
Bagi Ellyna pula, penggunaan bahasa Melayu dan loghat yang digunakan dalam filem
tempatan menunjukkan filem kita ada nilai patriotismenya.
Pembikin filem kita perlu diketengahkan dalam filem mereka. Contoh lain nilai
patriotisme ialah memaparkan Menara Kuala Lumpur yang juga mercutanda Malaysia
seperti dalam Filem KL Menjerit 1.
"Orang sering kaitkan patriotisme dengan filem berunsur peperangan saja, sedangkan
penggunaan bahasa Melayu itu ada nilai patriotismenya.
Antara filem yang ada nilai jati diri kita ialah Perempuan Melayu Terakhir, Sayang
Salmah, Embun, Paloh dan Bukit Kepong.
"Bagi menghasilkan filem epik perang pula kita perlu meletakkan soal itu kepada
kerajaan. Bagi menghasilkan filem sedemikian, kita perlu ada dana yang besar.
Sebagai contoh filem perang Korea yang meraih anugerah tidak lama dulu.
"Filem itu mendapat dana dari kerajaan mereka kerana bajetnya besar iaitu tiga
atau empat kali ganda dari filem Puteri Gunung Ledang sendiri. Justeru, bagaimana
kita ingin buat filem yang hebat oleh produser yang biasa saja?" katanya.
Kata Ellyna lagi, soal patriotisme itu juga bukan perkara yang boleh dibuat-buat.
"Setiap pembikin filem kita harus ada nilai moral dan pemikiran yang bagaimanakah
boleh diangkat dalam filem mereka," katanya.
Selain itu, mengulas mengenai liputan meluas untuk artis luar, kata Ellyna, 70
peratus pengisian akhbar Harian Metro berkaitan dunia artis tempatan. Pada masa
sama, akhbar ini juga mengkritik artis luar yang berkunjung ke negara ini, sebagai
contoh, jika mereka datang lewat dari dijadualkan penganjur.

28 July 2008 : Utusan Malaysia


FILEM TERBAIK FFM21 HARUS ADA NILAI PATRIOTISME

Oleh ABD. AZIZ ITAR


SABAN tahun Festival Filem Malaysia (FFM) yang dianjurkan dengan kerjasama
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) tidak pernah lekang daripada
mencetuskan polemik.
Polemik paling ketara ialah soal bagaimana kaedah untuk mengangkat sesebuah filem
yang dipertandingkan pada FFM sebelum ia diiktiraf sebagai Filem Terbaik secara
keseluruhannya.
Justeru, Jawatankuasa Penjurian FFM sentiasa mencari pelbagai formula dan
pendekatan bagi menyelesaikan masalah itu termasuklah pada FFM kali ke-21 (FFM21)
yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 9 Ogos ini,
pukul 8.30 malam.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Penjurian FFM21, Nancie Foo, jawatankuasa itu telah
bersetuju untuk meneruskan kebanyakan formula penilaian yang telah diperkenalkan
oleh Dr. Naim Ahmad sebelum ini.
“Kita akan menggunakan formula-formula yang telah dibentangkan oleh beliau
menerusi buku bertajuk Kaedah Penjurian Festival Filem - Pandangan dan Kaedah yang
ditulisnya sekitar tahun 1984.
“Cara itu lebih efektif dan berkesan dalam menilai ketelusan dan proses penjurian
mengikut kaedah-kaedah tertentu yang beliau telah cadangkan itu,” katanya ketika
dihubungi bagi mengulas tentang kaedah penjurian FFM21 di Kuala Lumpur, baru-baru
ini.
Kaedah penjurian yang telah dikaji oleh pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM) itu sejak awal tahun 1980-an dikatakan antara kaedah terbaik setakat ini
bagi memantapkan proses penjurian FFM21.
Jelas Nancie, pihak Jawatankuasa Penjurian FFM21 turut bersetuju untuk menambah
baik kaedah-kaedah yang telah dikemukakan oleh Dr. Naim itu berdasarkan matlamat
festival tersebut yang bertujuan mengangkat martabat industri perfileman tanah
air.
“Antaranya, kami akan masukkan lima elemen penting yang akan diguna pakai oleh
juri sebelum mereka sebulat suara mengangkat sesebuah filem mengungguli kategori
Filem Terbaik.
“Elemen patriotisme, kasih sayang, nilai budaya setempat dan unsur pengajaran
adalah diwajibkan dalam sesebuah filem itu sebelum ia diangkat sebagai Filem
Terbaik festival kali ini,” ujarnya.
Kategori Filem Terbaik yang menawarkan hadiah wang tunai lebih RM25,000 itu
tentunya memperlihatkan persaingan yang mungkin agak kurang setara kerana ada
sesetengah filem tidak banyak mengetengahkan elemen-elemen tersebut.
Sebagai contohnya, filem Wayang arahan Prof. Dr. Hatta Azad Khan dikatakan
mempunyai banyak unsur pengajaran, nilai-nilai seni serta budaya, kasih sayang dan
unsur patriotisme terhadap penjagaan persembahan wayang kulit daripada pupus di
negara ini.
Namun, bagaimana pula halnya dengan filem-filem lain yang cuma sekadar memaparkan
kegilaan muda-mudi terhadap trend kehidupan semasa ataupun filem-filem hantu dan
komedi yang cuma sekadar membawakan unsur-unsur ringan?
Beliau mengakui terlalu susah untuk memuaskan hati semua orang dalam satu masa.
Cuma dengan adanya kaedah penjurian yang lebih spesifik serta konsep tertentu maka
matlamat untuk mencari Filem Terbaik akan lebih jelas.
“Minggu depan, kami akan menjemput wakil-wakil media ke Finas di mana kami akan
menerangkan kepada anda semua kaedah penjurian termasuklah elemen-elemen terbaru
yang akan diperkenalkan dalam penjurian FFM21.
“Penerangan itu amat penting supaya semua orang tahu secara lebih dekat dan telus
bagaimana penjurian FFM21 dibuat,” katanya lagi yang akan mengumumkan panel juri
sebelum festival itu berlangsung kelak.

Rujukan
1. Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
2. Buku Patriotisme Malaysia Penangkis Neoimperimperialisme karya Ruhanie
Ahmad, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
3. Artikel dari Utusan Malaysia bertarikh 28 Julai 2008.
4. Artikel dari Harian Metro bertarikh 02 September 2006.
5. http://www.scribd.com

PENUTUP dan CADANGAN

Secara kesimpulannya, penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme


Malaysia bukan untuk menyiapkan bangsa Malaysia bertempur di medan perang.
Tetapi, untuk menjadikan bangsa Malaysia bersedia untuk berjuang, berkorban dan
bertempur di seluruh medan kehidupan, termasuk bidang-bidang kritikal seperti
keilmuan, keagamaan, ekonomi, perdagangan, siasah dan diplomasi antarabangsa.
Oleh itu, proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme Malaysia
hendaklah dilaksanakan menerusi proses pendidikan serta penguasaan ilmu dan
pengetahuan, di peringkat yang paling rendah dan asas, hinggalah ke peringkat yang
setinggi-tingginya. Proses penerapan, penyuburan dan penyemarakan patriotisme
Malaysia perlulah didukungi oleh seluruh bangsa Malaysia.
Patriotisme Malaysia bukan sekadar tindakan mengibarkan Jalur Gemilang sewaktu
sambutan Hari Kemerdekaan. Ia juga bukan sekadar pendendangan Lagu Kebangsaan,
mengikrarkan Rukun Negara atau mengetahui cabaran-cabaran strategik Wawasan 2020.

Perkara ini penting untuk diinsafi, dikaji dan dihalusi secara komprehensif dan
segera oleh semua pihak supaya seluruh strategi dan dasar ke arah mewujudkan
patriotisme dan pembinaan ketahanan nasional di Malaysia benar-benar selaras
dengan kedudukan dunia yang sedang dihambat ledakan ICT.

Oleh itu, bangsa Malaysia perlu dituntut memahami, menghayati dan mengamalkan
kebijaksanaan bahawa “Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. “ Biar
putih tulang, jangan putih mata”. “Kalau roboh kota Melaka, papan di Jawa jadi
gantinya, bila musuh datang melanda, patriotisme Malaysia jadi penangkisnya”!

You might also like