You are on page 1of 23

1

LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


PENDIDIKAN MORAL KERJA KURSUS
Kertas 2

1225/2

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL KERTAS 2 MULAI FEBRUARI TINGKATAN 4 HINGGA JULAI TINGKATAN 5

Peraturan pemarkahan ini mengandungi 23 halaman bercetak 1225/2


2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

2 KANDUNGAN Halaman 1.0 Pengenalan 2.0 Objektif Mata Pelajaran Pendidikan Moral 3.0 Objektif Penilaian Kerja Kursus Pendidikan Moral 4.0 Rasional Penilaian Kerja Kursus Pendidikan Moral 5.0 Maklumat Am 6.0 Arahan Kepada Guru 7.0 Arahan Kepada Calon 8.0 Elemen Dan Aspek Yang Dinilai 9.0 Penilaian 10.0 Pengoperasian Kerja Kursus Pendidikan Moral 11.0 Lampiran 3 3 4 4 5 5 6 6 7 14 15

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

3 1.0 PENGENALAN Peperiksaan mata pelajaran Pendidikan Moral (Kertas 1225) bagi peringkat Sijil Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui dua kertas ujian iaitu Kertas 1225/1 (Ujian Bertulis) dan Kertas 1225/2 (Kerja Kursus). Pentaksiran kerja kursus ini lebih bersifat formatif iaitu pentaksiran yang berterusan dengan tujuan untuk membimbing, memaju dan mengembangkan nilai moral dalam diri calon mengikut kemampuan mereka. Pentaksiran terhadap penghayatan dan amalan nilai memerlukan masa yang panjang dan dibuat secara berterusan melalui pemerhatian tingkah laku calon, pelaporan guru dan pendokumentasian hasil kerja. Proses pentaksiran ini dilakukan melalui dua elemen iaitu: Elemen Sahsiah : Penghayatan dan amalan nilai moral semasa berkomunikasi, membuat keputusan dan menyelesaikan sesuatu perkara. Elemen Iltizam : Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan kebertanggungjawaban calon dalam melaksanakan aktiviti Tugasan Harian dan Kerja Amal.

2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL Objektif kurikulum Pendidikan Moral membolehkan murid: 2.1 2.2 memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia; menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya; meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik; mengembangkan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral dan rohani dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan mempunyai iltizam untuk mengamalkan perlakuan yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat Malaysia.

2.3

2.4

2.5

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

4 3.0 OBJEKTIF PENILAIAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL Objektif penilaian Kerja Kursus Pendidikan Moral adalah untuk menilai kebolehan calon: 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7 mengetahui, memahami dan menghayati nilai-nilai untuk berakhlak mulia; menggunakan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral; berkomunikasi berasaskan nilai moral; membuat keputusan dengan berasaskan nilai moral; menyelesaikan masalah berasaskan nilai moral; menghayati keharmonian antara manusia dan alam sekitar; dan mengamalkan nilai-nilai yang murni dengan penuh iltizam.

4.0 RASIONAL PENILAIAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL Kerja kursus Pendidikan Moral dinilai berasaskan elemen, aspek dan kriteria penskoran untuk: 4.1 4.2 mengukur konstruk pengetahuan, kemahiran dan nilai; menilai pencapaian calon dalam mata pelajaran Pendidikan Moral dengan lebih menyeluruh, tersusun dan bermatlamat; membolehkan calon dinilai semasa pelaksanaan kerja kursus (Penilaian Proses) dan hasil akhir kerja kursus (Penilaian Produk); memupuk keperibadian calon ke arah berakhlak mulia; dan memberi peluang calon menunjukkan ketrampilan dan kemajuan.

4.3

4.4 4.5

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

5 5.0 MAKLUMAT AM 5.1 Tugasan kerja kursus ini hendaklah dimulakan dari Februari di Tingkatan 4 hingga Julai di Tingkatan 5. Guru Penilai adalah guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Penilaian kerja kursus merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian kerja kursus ini dilakukan secara berterusan mengikut format yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Elemen, aspek dan kriteria dalam Panduan Penilaian Kerja Kursus ini hendaklah dimaklumkan kepada calon. Tugasan kerja kursus Pendidikan Moral 1225/2 hendaklah disiapkan sebelum atau pada 15 Julai di Tingkatan 5.

5.2 5.3

5.4

5.5

5.6

6.0 ARAHAN KEPADA GURU 6.1 Guru Penilai mesti memberitahu calon arahan melaksanakan kerja kursus serta merancang proses dan aktiviti bagi semua calon. Guru Penilai hendaklah memberi taklimat kepada calon mengenai tugasan dan perinciannya. Guru Penilai mestilah memastikan calon melaksanakan kedua-dua elemen kerja kursus. Guru Penilai hendaklah membimbing calon untuk menghasilkan kerja yang terbaik. Guru Penilai hendaklah memaklumkan markah calon supaya mereka boleh memperbaiki hasil kerja. Guru Penilai hendaklah memaklumkan tahap pencapaian calon. Guru Penilai dikehendaki mengisi Borang Laporan Elemen Sahsiah (Lampiran 1) dan Borang Pencapaian Individu (Lampiran 5).

6.2

6.3

6.4

6.5

6.6 6.7

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

6 7.0 ARAHAN KEPADA CALON 7.1 Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral wajib melaksanakan kerja kursus. Calon SPM dikehendaki melaksanakan Kerja Kursus Pendidikan Moral dari Februari di Tingkatan 4 hingga Julai di Tingkatan 5. Calon dikehendaki melaksanakan kerja kursus yang ditetapkan dan disahkan oleh pihak pentadbir sekolah. Kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripada mana-mana pihak. Penilaian proses kerja calon akan dilakukan oleh guru penilai sepanjang masa kerja kursus dilaksanakan. Penilaian dan pemberian gred dilakukan selepas pelaksanaan setiap elemen. Penskoran hasil kerja calon dilakukan pada akhir bulan Julai di Tingkatan 5.

7.2

7.3

7.4

7.5

7.6 7.7

8.0 ELEMEN DAN ASPEK YANG DINILAI Elemen dan aspek yang dinilai berdasarkan jadual berikut: Elemen Sahsiah 1. 2. 3. Iltizam 1. 2. 3. 4. 5. Aspek Berkomunikasi Membuat Keputusan Menyelesaikan Masalah Aktiviti Penyedian Tugasan Kerja Amal

Penyediaan Folio Penglibatan dan Peranan Kesan Penyediaan Bahan Bukti

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

7 9.0 PENILAIAN 9.1 Penskoran Dan Pelaporan Penilaian Kerja Kursus Pendidikan Moral SPM memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan tahap Sahsiah dan Iltizam yang dihasratkan daripada Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral. Penskoran dan pelaporan kerja kursus ini dicatat dalam Borang Pencapaian Individu.(Lampiran 5) 9.2 Pelaksanaan Pentaksiran 9.2.1 Pentaksiran Elemen Sahsiah Pentaksiran elemen sahsiah bertujuan untuk menilai penghayatan amalan nilai murni serta keharmonian hidup calon mengikut norma masyarakat Malaysia. Ini adalah untuk merealisasikan hasrat Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral iaitu meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik. Pentaksiran elemen sahsiah dilakukan secara pemerhatian. Pemerhatian merupakan satu proses penilaian pelbagai aspek pembelajaran dan tingkah laku calon dengan menumpukan kepada bidang berikut: i. Perkembangan diri a) b) Calon mestilah mengamalkan kemahiran berkomunikasi dalam konteks penghayatan nilai moral. Calon hendaklah mengamalkan sikap persefahaman dan kerjasama dalam kerja kumpulan dan pergaulan.

ii.

Demokrasi a) b) Calon mestilah sentiasa mengamalkan dan menghayati nilai moral dalam membuat keputusan. Calon hendaklah sentiasa mengamalkan permuafakatan dalam menentukan sesuatu keputusan.

iii.

Keamanan dan keharmonian a) b) Calon mestilah menunjukkan kemahiran menyelesaikan masalah berasaskan penghayatan nilai moral. Calon mestilah mengutamakan aspek keamanan dan keharmonian dalam membuat penyelesaian tentang sesuatu isu.

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

8 Pertimbangan Yang Perlu Diambil Kira (a) (b) (c) (d) Pemerhatian dijalankan secara tidak formal. Pemerhatian tidak perlu dilakukan secara serentak untuk semua calon. Guru tidak perlu memerhatikan kesemua perlakuan setiap kali pemerhatian dilakukan. Kekerapan pemerhatian adalah bergantung kepada keperluan calon. Tumpuan yang lebih diberikan kepada calon yang masih belum dapat dikesan pemahaman, penghayatan dan amalannya terhadap sesuatu nilai.

Cara Menyediakan Laporan Elemen Sahsiah (a) Penilaian dilakukan ke atas semua pelajar Pendidikan Moral bermula dari Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5. Penilaian dilakukan oleh guru Pendidikan Moral dan sekiranya perlu guru tingkatan dan guru disiplin boleh membantu untuk melakukan pemerhatian. Pemerhatian dilakukan ke atas manifestasi perlakuan calon sama ada di dalam atau di luar bilik darjah termasuk aktiviti kerja amal. Elemen Sahsiah yang terdapat dalam Borang Laporan Elemen Sahsiah (Lampiran 1) menjadi panduan untuk guru menjalankan pemerhatian. Pemerhatian dan pentaksiran dijalankan secara berterusan tetapi hasil pemerhatian hendaklah direkodkan pada Mac, Jun, dan September di Tingkatan 4 serta pada Mac, Mei dan Julai di Tingkatan 5. Laporan akhir (Julai) akan dijadikan pelaporan bagi penskoran sahsiah. Laporan Sahsiah adalah sebagai evidence atau bukti terhadap sahsiah tingkah laku calon bagi mencapai hasrat meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik. Guru dikehendaki merujuk kepada Penskoran Elemen Sahsiah (Lampiran 2) untuk mendapatkan gred calon. Gred (n) bagi setiap aspek yang dinilai adalah berpandukan kepada bilangan (Ya) bagi setiap kriteria dan hendaklah ditanda (// ) dalam Borang Laporan Elemen Sahsiah. Gred (n) adalah berpandukan kepada Penskoran Elemen Sahsiah. Guru dikehendaki mengisi Borang Pencapaian Individu bagi pelaporan akhir.(Lampiran 5)

(b)

(c)

(d)

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

9 (e) Hasil aktiviti calon harus memenuhi penskoran elemen sahsiah yang telah ditetapkan dan kemudian diberi gred numerik 1, 2, 3 dan 4.(Lampiran 2) Numerik 1, 2, 3 dan 4 dijadikan Gred (n) untuk setiap aspek yang direkodkan dalam Borang Pencapaian Individu. (Lampiran 5) Gred (n) didarabkan dengan wajaran (w) iaitu [(n) x w)]. Jumlah [(n) x w] bagi keseluruhan aspek dibahagikan kepada wajaran (w) untuk mendapatkan purata. Jumlah [(n) x w ] = Purata (P ) Jumlah (w) (i) Perolehan purata (P) dilaporkan sebagai gred keseluruhan berpandukan kepada jadual Gred Keseluruhan Setiap Elemen.(Lampiran 4)

(f)

(g) (h)

9.2.2

Pentaksiran Elemen Iltizam Pentaksiran elemen iltizam dinilai berdasarkan: (i) Aktiviti Pentaksiran elemen iltizam dalam bentuk aktiviti bertujuan untuk mentaksir pengalaman, penghayatan dan keterlibatan yang bersungguh-sungguh calon dalam aktiviti yang dipertanggungjawabkan. Aktiviti 1 Tugasan Harian

Calon dikehendaki membuat tugasan seperti menulis karangan, menulis laporan hasil kerja amal, mendapatkan maklumat dari pusat sumber, membuat rencana tentang kegiatan sosial masyarakat dan lain-lain berhubung dengan pembelajaran Pendidikan Moral. Pertimbangan Yang Perlu Diambil Kira (a) (b) (c) Guru hendaklah merancangkan 8 hingga 10 tugasan yang berkaitan dengan pembelajaran Pendidikan Moral. Tugasan yang diberikan hendaklah berasaskan nilai yang hendak dikesan dan dikaitkan dengan isu-isu semasa. Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan moral.

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

10 (d) (e) (f) Penulisan untuk tugasan harian ini boleh dijalankan pada bila-bila masa. Setiap tugasan mestilah lebih kurang 250 patah perkataan dan ditulis pada kertas A4. Calon hendaklah mendokumentasikan sekurang-kurangnya 8 hasil tugasan harian yang terbaik dan dijadikan folio. Kerja Amal

Aktiviti 2

Calon dikehendaki melibatkan diri dalam empat aktiviti Kerja Amal yang berkaitan dengan tiga bidang pembelajaran Pendidikan Moral iaitu: BIDANG Perkembangan Diri Kekeluargaan Alam Sekitar BILANGAN AKTIVITI 1 aktiviti 1 aktiviti 2 aktiviti

Calon dikehendaki melampirkan bahan seperti sijil penghargaan, surat perakuan yang sah, gambar atau apa-apa bahan yang boleh dijadikan bukti penglibatan Kerja Amal yang telah dilakukan. Antara kerja amal yang boleh dijalankan ialah: Bergotong-royong membersihkan kawasan. Mengindahkan atau mencantikkan kawasan. Membimbing calon lain terutama yang lemah dalam pelajaran atau permainan. Menyediakan kemudahan sekolah seperti papan tanda dan peti surat. Membaikpulih perabot sekolah. Membersihkan taman rekreasi. Mengumpul bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan. Membuat kerja amal di rumah orang tua atau anak yatim. Membantu ibu bapa. Melakukan kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikan kepada masyarakat.

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

11 Pertimbangan Yang Perlu Diambil Kira (a) (b) (c) (d) (e) Jangka masa untuk sesuatu kerja amal hendaklah sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Kerja amal yang akan dibuat seharusnya tidak membebankan calon dari segi kewangan dan masa. Jenis kerja amal yang dipilih seharusnya sesuai dengan kemampuan dan keupayaan calon. Calon digalakkan untuk menyertai kerja amal lebih daripada syarat yang ditetapkan. Penilaian kerja amal seharusnya tertumpu kepada aspek penghayatan dan amalan nilai murni serta kekerapan melakukan kerja amal tersebut.

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

12 (ii) Folio Hasil tugasan harian dan laporan aktiviti dikumpulkan sebagai satu dokumen dalam bentuk folio sebagai evidence pentaksiran. Maklumat dan dokumen aktiviti-aktiviti yang disertai oleh calon seperti gambar, sijil, surat akuan, penghargaan dan bahan-bahan lain boleh dijadikan bahan bukti. Cara Menyediakan Penilaian Folio (a) (b) Pentaksiran dibuat oleh guru daripada hasil pendokumentasian pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh calon dalam bentuk folio. Pendokumentasian folio mesti mengikut cara berikut: BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 (c) Nama Nombor kad pengenalan Angka giliran Tajuk aktiviti Tajuk tugasan Pengumpulan tugasan yang bersistem Lampiran bukti Kekemasan PERKARA

Dua aktiviti utama yang mesti ditaksir ialah Tugasan Harian dan Kerja Amal. Guru boleh menggunakan aktiviti lain untuk mengukuhkan pentaksiran. Folio ditaksir berdasarkan evidence dan laporan yang terbaik daripada aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.(Lampiran 3) Aktiviti yang dilaksanakan oleh calon mesti memenuhi penskoran elemen iltizam yang telah ditetapkan dan diberi gred numerik 1, 2, 3 dan 4.(Lampiran 3) Numerik 1, 2, 3 dan 4 dijadikan Gred (n) untuk setiap aspek yang direkodkan dalam Borang Pencapaian Individu. (Lampiran 5)

(d) (e)

(f)

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

13 (g) (h) Gred (n) didarabkan dengan wajaran (w) iaitu [(n) x w]. Jumlah [(n) x w] bagi keseluruhan aspek dibahagikan kepada wajaran (w) untuk mendapatkan purata. Jumlah [(n) x w ] = Purata (P ) Jumlah (w) (i) Perolehan purata (P) dilaporkan sebagai gred keseluruhan berpandukan kepada jadual Gred Keseluruhan Setiap Elemen. (Lampiran 4)

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

14 10.0 PENGOPERASIAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORAL Selaras dengan konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), pengoperasian Kerja Kursus Pendidikan Moral (KKPM) akan dijalankan oleh pihak-pihak berikut: Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Melantik Pentaksir terdiri daripada guru / badan professional untuk menyetara markah di peringkat negeri dan daerah Menerima data, markah dan analisis KKPM dari setiap negeri

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Memantau pelaksanaan KKPM peringkat negeri Mengumpul data, markah dan analisis KKPM dari setiap daerah Membuat analisis KKPM peringkat negeri Menghantar data, markah dan analisis KKPM peringkat negeri ke LPM

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Memantau pelaksanaan KKPM peringkat daerah Mengumpul data dan markah KKPM peringkat daerah Membuat analisis KKPM peringkat daerah Menghantar data, markah dan analisis KKPM ke JPN

Pentadbiran Sekolah Memantau pelaksanaan KKPM di sekolah Menyimpan data calon yang mengambil KKPM Menghantar data, markah, dan analisis KKPM peringkat sekolah ke PPD Mengeluar dan mengesahkan maklumat dalam Borang Pencapaian Individu

Ketua Bidang Sains Sosial Mengumpul data dan skor calon Membuat analisis keseluruhan calon KKPM peringkat sekolah

Guru Mata Pelajaran Mentaksir hasil kerja calon (Penilai) Mengumpul markah calon Menyimpan data calon bagi setiap kelas yang diajar Mengemaskini maklumat dalam Borang Pencapaian Individu

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

15 Lampiran 1
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA BORANG LAPORAN ELEMEN SAHSIAH

NAMA
ARAHAN
BIDANG ASPEK

: .......................................................................................................
: Tandakan ( / ) pada skor yang berkenaan
NILAI
HARGA DIRI

ANGKA GILIRAN : .................................................................................................................

KRITERIA

YA TIDAK

Berkeyakinan diri Menjaga maruah diri Bercakap sopan Berbudi pekerti mulia Bertolak ansur Bersabar Berupaya mengawal diri Bersederhana dalam pertuturan Bersederhana dalam perlakuan Bebas berucap Bebas mengeluarkan fikiran Memberi dan menerima pandangan Memberi dan menerima kritikan Mengamalkan keharmonian dalam kehidupan Berusaha bersama SKOR

HEMAH TINGGI

P E R K E M B A N G A N

TOLERANSI

D I R I

BERKOMUNIKASI KESEDERHANAAN
KEBEBASAN BERSUARA SIKAP KETERBUKAAN HIDUP BERSAMA SECARA AMAN SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA

BERTANGGUNGJ AWA B

D E M O K R A S I

TOLERANSI

MEMBUAT KEPUTUSAN

MEMATUHI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG SIKAP KETERBUKAAN HIDUP BERSAMA SECARA AMAN

Sanggup memikul tugas Sanggup melaksanakan tugas Bertolak ansur Bersabar Berupaya mengawal diri Menerima peraturan Mematuhi peraturan Memberi pandangan / pembaharuan / kritikan Menerima pandangan / pembaharuan / kritikan Mengamalkan keharmonian dalam kehidupan SKOR

K E A M A N A N

D A 1225/2 N

K E H A R M O N I A N

TOLERANSI

Bertolak ansur Bersabar Berupaya mengawal diri

KEBEBASAN BERSUARA

Bebas mengeluarkan fikiran Memberi pandangan / pembaharuan / kritikan Menerima pandangan / pembaharuan / kritikan Mengamalkan keharmonian dalam kehidupan Berusaha bersama SKOR

MENYELESAIKAN SIKAP KETERBUKAAN MASALAH


HIDUP BERSAMA SECARA AMAN SALING MEMBANTU DAN BEKERJASAMA 2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

16 Lampiran 2 PENSKORAN ELEMEN SAHSIAH Berkomunikasi GRED 4 3 2 1 KRITERIA PENSKORAN Mencapai 10 15 kriteria Mencapai 06 09 kriteria Mencapai 03 05 kriteria Mencapai 01 02 kriteria

Membuat Keputusan GRED 4 3 2 1 KRITERIA PENSKORAN Mencapai 08 10 kriteria Mencapai 06 07 kriteria Mencapai 03 05 kriteria Mencapai 01 02 kriteria

Menyelesaikan Masalah GRED 4 3 2 1 KRITERIA PENSKORAN Mencapai 07 08 kriteria Mencapai 05 06 kriteria Mencapai 03 04 kriteria Mencapai 01 02 kriteria

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

17 Lampiran 3 PENSKORAN ELEMEN ILTIZAM 1. AKTIVITI 1.1 TUGASAN HARIAN GRED 4 3 2 1 KRITERIA PENSKORAN Melaksanakan 08 10 tugasan harian Melaksanakan 05 07 tugasan harian Melaksanakan 03 04 tugasan harian Melaksanakan 01 02 tugasan harian

1.2 KERJA AMAL

GRED 4 3

KRITERIA PENSKORAN 4 dan lebih aktiviti daripada bidang yang berbeza 3 aktiviti daripada 3 bidang yang berbeza ATAU 3 aktiviti daripada 2 bidang yang berbeza 2 aktiviti daripada 2 bidang yang berbeza 1 aktiviti daripada mana-mana bidang tersebut

2 1

Catatan

: Calon yang tidak melibatkan diri akan dilaporkan sebagai TIADA penglibatan.

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

18 2. PENYEDIAAN FOLIO BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 Nama Nombor kad pengenalan Angka giliran Tajuk aktiviti Tajuk tugasan Pengumpulan tugasan yang bersistem Lampiran bukti Kekemasan PERKARA

GRED 4 3 2 1

KRITERIA PENSKORAN Mencakupi 07 08 perkara Mencakupi 05 06 perkara Mencakupi 03 04 perkara Mencakupi 01 02 perkara

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

19 3. PENGLIBATAN DAN PERANAN (Daripada pemerhatian dan laporan aktiviti) BIL. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Menyumbang tenaga Menyumbang idea Meluangkan masa Bertanggungjawab Rajin Kerjasama Kepimpinan Toleransi Prihatin Mengawal keadaan PERKARA

GRED 4 3 2 1

KRITERIA PENSKORAN Mencakupi 10 perkara Mencakupi 07 09 perkara Mencakupi 04 06 perkara Mencakupi 01 03 perkara

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

20 4. KESAN (Pemerhatian dan laporan aktiviti) BIL. 1 2 3 4 Insaf Kesederhanaan Iktibar Perubahan sikap NILAI

GRED 4 3 2 1

KRITERIA PENSKORAN Mencakupi 4 nilai Mencakupi 3 nilai Mencakupi 2 nilai Mencakupi 1 nilai

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

21 5. PENYEDIAAN BAHAN BUKTI GRED 4 KRITERIA PENSKORAN Menyediakan gambar dan sijil penghargaan atau surat pengakuan bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Menyediakan gambar dan sijil penghargaan atau surat pengakuan bagi aktiviti yang dijalankan. Menyediakan sijil penghargaan atau surat pengakuan bagi aktiviti yang dijalankan. Menyediakan gambar bagi aktiviti yang dijalankan.

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

22 Lampiran 4

GRED KESELURUHAN SETIAP ELEMEN

GRED A B C D

KRITERIA PENSKORAN 34 2 2.9 1 1.9 0.1 0.9

1225/2

2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

23 Lampiran 5
LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA BORANG PENCAPAIAN INDIVIDU NAMA : ..................................................................................................................

ANGKA GILIRAN : ..................................................................................................................

Elemen 1 Bil.

Sahsiah Aspek Gred Wajaran (n) (w) 2 1 1 Jumlah (n) x (w)

1 2 3

Berkomunikasi Membuat keputusan Menyelesaikan masalah

Jumlah [(n) x w ] = Purata (P ) Jumlah (w) Elemen 2 Bil. Iltizam Aspek

Gred Keseluruhan

Gred Wajaran (n) (w) 1 1 1 2 1 1 Jumlah (n) x (w)

Aktiviti

Tugasan harian Kerja amal

2 3 4 5

Penyediaan folio Penglibatan dan peranan Kesan Penyediaan bahan bukti

Jumlah [(n) x w ] = Purata (P ) Jumlah (w)

Gred Keseluruhan

Pengesahan Dengan ini disahkan bahawa Gred Kerja Kursus ini berdasarkan kerja calon yang sebenar. Tandatangan Pengetua : .......................................... 1225/2
2008 Hak Cipta Kerajaan Malaysia

Tarikh : ......................

You might also like