You are on page 1of 9

SIFAT MAHMUDAH DAN SIFAT MAZMUMAH

SIFAT MAHMUDAH Sifat mahmudah adalah salah satu tajuk dibawah akhlak islam.Akhlak ialah merupakan budi pekerti yang baik.Akhlak islam pula ialah akhlak yang di tonjolkan oleh Nabi Muhammad saw.Akhlak Rasulullah ialah akhlak yang terpuji ataupun akhlak mahmudah. Kehebatan akhlak Nabi tiada tandingannya dengan manusia lain. Ilmuan barat mengiktiraf Nabi sebagai manusia no 1 paling berjaya merubah peradaban manusia dari zaman kegelapan kepada zaman cahaya Islam. Jadi cara untuk berakhlak dengan sifat mahmudah ini adalah dengan mencontohi and menjadikan Rasulullah contoh,ikutan,idola kita semua dalam kehidupan harian kita. Firman Allah SWT ..

Jadi telah terbukti dengan ayat ini bahawa Rasulullah merupakan ikutan yang terbaik.Dengan mencontohi Rasulullah,kita secara langsung akan mempunyai sifat mahmudah dalam akhlak kita. Apabila Siti Aisyah di tanya oleh seorang Arab Badawi mengenai akhlak baginda, maka beliau menjawab : Akhlak Rasulullah saw adalah seperti Al-Quran. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Jelas di sini, bahawa akhlak Nabi adalah sepertimana yang dikehendaki Al-Quran. Maka di sini, dinamakan orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah adalah orang yang menjadikan Al-Quran dan Sunnah Nabi sebagai panduan hidupnya dan inilah yang dinamakan akhlak mahmudah (terpuji). Bagi sesiapa yang tidak menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidupnya, maka inilah yang dinamakan sebagai akhlak mazmumah (tercela). Sesiapa yang tidak berpegang kepada syariat Islam atau tidak berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, orang itu aka nada dalam kesesatan yang nyata. Firman Allah yang bermaksud : Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan Segala malaikat, dan Segala kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang Yang terlantar Dalam perjalanan, dan kepada orang-orang Yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang Yang menyempurnakan

janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang Yang sabar Dalam masa kesempitan, dan Dalam masa kesakitan, dan juga Dalam masa bertempur Dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang Yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang Yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang Yang bertaqwa. (Al-Baqarah : 177)

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: Awasilah diri kamu daripada berburuk sangka kerana perbuatan itu adalahsatu pembohongan besar. Janganlah mencari berita buruk, berhasaddengki, bermasam muka dan marah, sebaliknya jadikanlah diri kamusemua bersaudara mara. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Dalam hadis itu, Baginda mengingatkan umatnya agar sentiasa menjauhidiri daripada terjerumus ke dalam perbuatan keji. Kesan perbuatan itu membawakepada berlakunya budaya penyebaran surat layang dan fitnah memfitnah

dalammasyarakat. Perbuatan bersangka buruk terhadap orang lain timbul daripada

perasaantidak puas hati dan dengki khianat. Ia melambangkan betapa rendahnya moral sipelaku. Mereka sanggup menghancurkan maruah orang lain dengan menolaksegala pertimbangan dan rasional akal yang dianugerahkan Allah kerana diridikuasai nafsu marah dan dengki khianat berpanjangan. Kalau pun sesuatu tuduhan itu ada kebenarannya, orang yang mengambil kesempatan berbuat demikian perlu mengadakan bukti kukuh dan munasabahbagi membuktikan kebenarannya. Ia bukan dengan mengada-adakan cerita yangdibawa dari mulut ke mulut untuk dijadikan modal menyebarkan wasangka burukdan tuduhan palsu kepada seseorang. Akibat daripada perbuatan itu, perasaan dendam akan terus berpanjangan antara yang menuduh dan yang kena tuduh. Mereka ingin membuktikan tuduhan yang dibuat adalah benar dan orang kena fitnah pula ingin membuktikan dia tidak bersalah. Dalam hal ini, kesabaran menjadi asas utama bagi mengelakkan hal yang lebih besar melanda manusia.Oleh itu perlunya kita semua beramal dengan sifat mahmudah ini.

Terdapat banyak sifat mahmudah yang perlu diamalkan oleh manusia.Namun Imam Al-Ghazali telah menggariskan beberapa sifat utama sifat mahmudah ini dalam kitabnya Arbain Fi Usuluddin.
Sifat yang pertama ialah

AKHLAK ISLAMIYYAH Pengertian Akhlak Perkataan akhlak berasal daripada perkataan al-akhlaaku iaitu kata jama daripada perkataan masdar(kata dasar)al-khuluqu bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri.

Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan. Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat pada diri Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam keran sifat-sifat dan perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan merupakan uswah hasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh kaum Muslimin. Allah subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana firmanNya: Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak agung. (AlQalam:4). Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang meliputi semua aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya, orang lain atau yang berkaitan dengan perseorangan atau kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada suatu pun perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam.

Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah.iatu : Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan

mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah. Akhlak boleh dibahagikan kepada dua iaitu yang mahmudah(terpuji) dan mazmumah(tercela).

MAHMUDAH AKHLAK MAZMUMAH

SIFAT MAHMUDAH
Imam Al-Ghazali r.a. telah menggariskan sepuluh sifat Mahmudah / terpuji di dalam kitab Arbain Fi Usuluddin iaitu :

1) Taubat . 2) Khauf ( Takut ) 3) Zuhud 4) Sabar. 5) Syukur. 6) Ikhlas. 7) Tawakkal. 8)Mahabbah ( Kasih Sayang ) 9) Redha. 10) Zikrul Maut ( Mengingati Mati )

1.Khauf(takut) Khauf bererti takut akan Allah S.W.T, iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah S.W.T. serta takutkan kemurkaan-Nya dengan mengerjakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala laranganNya.Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah S.W.T. jika tidak mengenal-Nya. Mengenal Allah S.W.T. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zat-Nya.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain.( Surah Al-Baqarah Ayat 40 ).

2.Redha Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah S.W.T.Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah S.W.T. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada atau sesuatu ketentuan daripada Allah S.W.T. Redha terhadap Allah S.W.T terbahagi kepada dua : Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah S.W.T. yang dibebankan kepada manusia. Redha menerima ketentuan Allah S.W.T. tentang nasib yang mengenai diri.

Redha menerima hukum-hukum Allah S.W.T. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa. . Firman Allah S.W.T. :

Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh sungguh . ( Surah An-Nisaa : Ayat 65 )

3. Sabar Iaitu menahan diri daripada sesuatu yang tidak disukai.Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut: 1. Menahan diri kepada Allah ketika berlaku sesuatu dugaan atau cabaran 2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintahNya 3. Menahan diri dalam meninggalkan segala laranganNya

Sifat sabar itu dipuji pada syara kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah S.W.T, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.

4. Syukur Iaitu mengaku dan memuji Allah S.W.T atas nikmat yang diberi dan menggunakan segala nikmat itu untuk berbuat taat kepada Allah S.W.T..Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah kepada makhluk-Nya adalah dengan limpah kurnia-Nya sematamata,nikmat yang tidak ternilai iaitu nikmat iman dan islam . Oleh hal yang demikian, bersyukur atas nikmat-nikmat tersebut merupakan suatu kewajipan kepada Allah bagi hambanya.Setiap nikmat juga hendaklah disyukuri kerana orang yang tidak berterima kasih adalah orang yang tidak mengenang budi dan digelar kufur nikmat.Jika kita bersyukur nescaya Allah akan tambahkan lagi sesuatu nikmat tersebut.

5.Tawakal Iaitu menetapkan hati dan berserah kepada Allah S.W.T pada segala perkara yang berlaku serta jazam (putus) pada i`tiqad bahawa Allah S/W.T yang mengadakan dan memerintahkan tiap-tiap sesuatu.Berserah kepada Allah S.W.T pada segala perkara itu hendaklah disertakan dengan ikhtiar dan usaha kerana Allah S.W.T menjadikan sesuatu mengikut sebab-sebabnya. 6.Mahabbah Iaitu kasihkan Allah dengan mengingati-Nya pada setiap masa dan keadaan.Kasihkan Allah S.W.T ialah dengan segera melakukan segala perintah-Nya dan berusaha mendampingkan diri kepada Allah S.W.T dengan menambah ibadahibadah sunat dan istiqamah menghindari maksiat serta perkara-perkara yang membawa kemurkaan-Nya.Kasihkan sesuatu kerana Allah tidak salah asalakn bertepatan dengan syara.

7.Dzikrulmaut Iaitu senantiasa mengingati mati.Oleh sebab itu manusia yang bergelar muslim hendaklah sentiasa muhassabah diri sentiasa kerana ajal itu siapa yang tahu.Setiap yang hidup pasti menemui mati.

8.Ikhlas Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah S.W.T. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya , ujub atau inginkan pujian manusia. Ikhlas juga syarat untuk sesuatu perbuatan itu menjadi ibadah.Dalam meninggalkan larangan Allah S.W.T. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya. 9.Taubat Iaitu kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan beberapa syarat yang tertentu.Ia juga merupakan salah satu jihad.Firman Allah yang berbunyi : Maksudnya: Dan mohonlah ampun kepada Allah , sesungguhnya ia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani .( Surah Al Muzammil Ayat 20 ) Untuk taubat Allah telah menetapkan syarat-syarat taubat,adalah seperti berikut : 1.Meninggalkan maksiat atau perkara dosa tersebut. 2.Menyesal atas maksiat atau dosa yang telah dilakukan. 3.Bercita-cita tidak akan mengulanginya lagi. 4.Mengembalikan hak-hak makhluk yang telah dizalimi. 10. Zuhud Dunia adalah sebagai tempat berbuat kebaikan dan amal soleh untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.

SIFAT MAZMUMAH

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah : 1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..) 2. Pendendam Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.

Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..) 3. Hasad dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..) 4. Bakhil Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk. 5. Tamak Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugaklagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah&nbs p; rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. 6. Tidak sabar Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..) 7. Ego Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut 8. Riak Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada 9. Cinta dunia Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah ** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

You might also like