You are on page 1of 14

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Sebelum kedatangan kuasa penjajah pendidikan di Tanah Melayu berbentuk


bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif pe1ajar-
pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa
dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik,
pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah
pelajaran awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang
pertanian, perikanan dan perburuan. Pada peringkat lebih teratur terdapat
satu sistem pendidikan agama yang disebut 'sekolah pondok ' yang
ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang terkenal. Pelajar-
pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di bina di
sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di
Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris (1824-1957). Pada
peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan,
dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai
satu falsafah yang konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan. Pentadbiran
pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu
"pecah dan perintah” serta dasar terbuka dan tiada campurtangan tentang
pendidikan vernacular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah
semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi
membolehkan sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan
ekonomi. Dengan itu, Inggeris mula memberi tumpuan besar kepada
pelajaran Inggeris 1816. Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar
melayu hanya sekadar melepas ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan
kepada anak watan sesuai dengan perjanjian Inggeris dengan pembesar -
pembesar tempatan. Pendidikan pada peringkat ini telah berjalan secara ad
hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan atau batasan-batasan yang
konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak menggangap pendidikan
sebagai satu pelaburan di 'periphery'nya untuk meningkatkan kemahiran
dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka
mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen (benovelent
welfare policy). Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak
mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan
keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya,
pendidikan pada zaman ini berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa
satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk unsur- unsur
kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut maka
wujudlah sistem pendidikan plural (plural educatin al system) sesuai dengan
keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu
bahasa Cina, Melayu, Arab dan Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak
dapat menyemai serta memupuk semangat Kebangsaan dikalangan
penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan yang Sumbang ini
telah menekan dan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang
kepada negara asal mereka.

2. PENDIDIKAN AWAL

Pendidikan Melayu

Pendidikan Melayu yang awal menekankan pengajaran Quran dan


pengetahuan asas membaca, menulis dan mengira (3M). Pendidikan Melayu
diadakan hanya diperingkat rendah sahaja. Anak-anak Melayu yang bercita-
cita tinggi dan ingin melanjutkan pelajaran terpaksa memasuki sekolah
menengah Inggeris di bandar. Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu
diasaskan pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 ialah untuk membolehkan
anak-anak Melayu terus kekal di desa, mewarisi kemiskinan keluarga. Oleh
itu pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa melayu dihadkan
kepada empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad.
Pendidikan Melayu tidak dapat mengubah cara hidup orang Melayu atau
menyumbangkan kepada mobiliti menegak di kalangan masyarakat melayu.
Pada awal abad ke 20), bagi menampung permintaan yang bertambah
terhadap Pendidikan menengah, Maktab Melayu Kuala Kangsar diasaskan
mengikut model English Grammar School pada tahun 1905. Akan tetapi,
sekolah ini adalah khas untuk golongan bangsawan sahaja. Latihan guru-
guru melayu dimulakan pada tahun 1984 di Teluk Belanga, Singapura. Pada
tahun 1922, bagi memenuhi permintaan yang bertambah terhadap guru-
guru sekolah melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan Sultan Idris telah
ditubuhkan. Kemudian penubuhan terhadap Maktab Perguruan Perempuan
Melayu di Melaka pad a tahun 1935. Jelaslah di sini, dasar pentadbiran
Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Orang-orang
Melayu tidak digalakkan ke Bandar, cuba memisahkan orang melayu
daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian.
Pendidikan Arab Dan Agama

Satu lagi jurusan persekolahan untuk menampung persekolahan anak-anak


melayu ialah sekolah Arab dan Agama. Sekolah ini dikendalikan secara tidak
formal dan kurikulumnya menekankan pengajaran Quran serta pendidikan
moral dan kerohanian. Selepas perang Dunia Pertama, sekolah-sekolah Arab
dan Agama telah muncul di merata-rata tempat di semenanjung Tanah
Melayu terutama di negeri Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.

Pendidikan Cina

Dasar terbuka dan tidak campurtangan Inggeris dalam hal ehwal social kaum
pendatang menyebabkan wujudnya sekolah-sekolah cina dan tamil. Sekolah-
sekolah ini dikendalikan oleh masyarakat masing.masing tanpa bantuan
daripada lnggeris hinggalah tahun 1920-an se1aras dengan tradisi
mengutamakan pelajaran dan mengekalkan kebudayaan serta identiti
bangsa masyarakat Cina mula bergiat menubuhkan sekolah Cina sejak awal
abad ke 19. Keadaan ini serupa di Sabah dan Serawak. Dasar tidak campur
tangan lnggeris dalam pendidikan vernakular menyebabkan perkembangan
politik dan ekonomi negeri Cina mempengaruhi sistem pendidikan
masyarakat Cina di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah Dan Sarawak.
Kurikulumnya berorientasikan negeri Cina, dan buku-buku teks serta guru-
guru juga dibawa masuk dari sana. Isi kurikulumnya menegaskan
pengetahuan dalam bidanrg 3M iaitu membaca, mengira dan menulis serta
lukisan, Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan
am. Pada tahun 1920-an pengaruh kuat sekolah Cina telah menyedarkan
Kerajaan Inggeris tentang bahaya pertumbuhan sekolah Cina tanpa kawalan.
Oleh itu pentadbiran lnggeris mula memperkenalkan satu undang- undang
pada tahun 1920 iaitu Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuannya
untuk mengelakkan sekolah ini daripada terasing serta mengawal aktiviti
sekolah ini. Bermula tahun 1924, sebahagian sekolah-sekolah cina ini
menerima bantuan kewangan daripada kerajaan. Pada amnya, guru-ruru di
sekolah ini tidak ada latihan formal sehinggalah selepas perang Dunia Kedua
apabila program latihan kelas formal telah diadakan. Dasar pentadbiran
Inggeris ini secara langsung atau tidak langsung mewujudkan jurang
pendidikan di antara anak-anak Melayu dan Cina.

Pendidikan Tamil

Sekolah-sekolah Tamil didirikan di lading-ladang getah yang sebahagian


besar kaum keturunan India ditempatkan, seperti sekolah- sekolah Cina,
sekolah Tamil juga didirikan dan dikelolakan oleh masyarakat India sendiri.
Pihak Kerajaan atau majikan ladang getah tidak memberi bantuan sama ada
dari segi fizikal, kewangan dan pedagogi. Oleh itu sekolah - sekolah Tamil
yang didirikan di ladang - ladang getah menghadapi beberapa kekurangan
dari segi isi kandungan kurikulum, tenaga pengajar dan pedagogi. Sekolah
ini adalah tidak berfungsi dan bersifat cul- de- suc iaitu sebahagian besar
pelajarnya akan kekal di ladang getah menjadi buruh kasar. Pada tahun
1923, negeri-negeri Melayu Bersekutu telah meluluskan satu rang undang-
undang. Satu peruntukan telah dimasukkan ke dalam ordinan ini iaitu
majikan ladang getah diwajibkan membina sekolah bagi anak-anak pekerja
mereka. Mubaligh kristian juga banyak memberi sumbangan kepada
perkembangan pendidikan Tamil. Kurikulum di sekolah-sekolah Tamil ini
disesuaikan mengikut negeri India, begitu juga kebanyakan guru serta buku
-buku teks telah dibawa masuk dari India. Kurikulumnya nya menegaskan
pengetahuan dalam kemahiran asas 3 M membaca, mengira,dan menulis
karangan,ilmu alam dan kebersihan diri (personal hygiene)sebelum perang
dunia kedua, program latihan guru kelas normal, selama 3 tahun telah
dimulakan untuk guru-guru sekolah Tamil. Pendidikan di sekolah Tamil juga
terhad di peringkat rendah sahaja.. Dasar pemerintahan Inggeris terhadap
perkembangan pembangunan sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang
pendidikan di antara tiga kaum utama di negara kita iaitu Melayu, Cina,dan
India.

Pendidikan Inggeris

Pendidikan Inggeris mula diperkenalkan di tanah Melayu apabila Penang Free


School ditubuhkan pada tahun 1816. Pada pertengahan abad ke 19,
mubaligh kristian membantu menubuhkan beberapa buah sekolah Inggeris.
Kebanyakan sekolah ini ditubuhkan di kawasan - kawasan bandar dengan
bantuan kerajaan Inggeris. Kurikulumnya bercorak Kurikulum School of Great
Britain dengan tujuan mengeluarkan pegawai - pegawai tadbir rendah bagi
memenuhi keperluan kuasa, metropolitan British. Pendidikan di sekolah-
sekolah Inggeris diadakan pada peringkat rendah dan menengah. Bagi
memenuhi keperluan guru pelatih, program latihan guru kelas normal
dimulakan di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun
I907. Kursus-kursus pendidikan peringkat diploma kemudiannya ditawarkan
di Raffles College, Singapura. Manakala pembelajaran tinggi bermula dengan
penubuhan Medical School di Singapura pada tahun 1905, dan pada tahun
1912, namanya telah ditukar menjadi King Edward VII Medical College.
Raffles College yang ditubuhkan pada tahun 1928, menawarkan kursus-
kursus dalam bidang Sastera dan Sains.

Pendidikan Zaman Jepun.

Semasa perang Dunia Kedua (l941-1945), negeri-negeri yang menganggotai


Malaysia telah diduduki oleh tentera Jepun. Perkembangan ini memberi
perubahan kepada sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia. Dasar
pelajaran di bawah pemerintahan tentera Jepun, ialah sekolah-sekolah
venakular Melayu dan Tamil diteruskan seperti sebelumnya tetapi
menambahkan bahasa Jepun dalam kokurikulum serta berorientasikan negeri
Jepun. Pemerintahan Jepun juga menubuhkan Sekolah Nippon-Go bagi
mengantikan sekolah-sekolah Cina dan Inggeris. Pengajaran Nippon-Go, lagu
rakyat Jepun dan cara hidup mereka ditekankan di dalam kurikulum sekolah
rendah. Pendidikan menengah telah diberhentikan dan sebagai gantinya
telah ditubuhkan beberapa sekolah teknik dan maktab teknik untuk
pengajian telekomunikasi, "maritim", perikanan, pertanian dan pembinaan.
Beberapa bangunan sekolah di Bandar-bandar digunakan sebagai berek,
setor, pusat perniagaan dan ibu pejabat pentadbiran tentera Jepun. Guru-
guru tempatan diberi latihan tambahan untuk mengajar bahasa Jepun.Kelas-
kelas bahasa Jepun juga diadakan untuk orang dewasa di beberapa tempat
seperti di kelab dan persatuan. Surat khabar juga mempunyai ruangan khas
bagi pengajaran Bahasa Jepun. Pendidikan pactazaman pemerintahan Jepun
tidak mempunyai satu falsafah untuk tujuan perpaduan rakyat dan
membentuk identiti Kebangsaan.

Perkembangan pembangunan pendidikan awal merdeka

Selepas perang dunia kedua perkembangan politik negeri China, India , dan
negara jiran banyak berubah , Masyarakat pendatang menganggap Tanah
Melayu sebagai tempat kediaman mereka dan kebangkitan nasionalisme
Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan kaum tentang pendidikan.

Orang Melayu mula mendesak ,supaya Kerajaan membaiki mutu pendidikan


di sekolah - sekolah Melayu serta menambahkan peluang bagi melanjutkan
pelajaran, Sebuah jawatan kuasa ditubuhkan iaitu sebuahjawatankuasa
Barnes, Laporan Barnes ini diterbitkan pada awal tahun 1951,dan
mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan dari bahasa
berbilang kaum sama ada menggunakan bahasa Inggeris atau bahasa
Melayu sebagai pengantar utamanya. Sekolah cina dan Tamil akan ditukar
secara beransur- ansur kepada sekolah Kebangsaan dengan
memperkenalkan aliran Kebangsaan. Cadangan tersebut ditentang hebat
oleh orang Cina.

Laporan Fen Wu, memperakukan untuk mengekalkan serta pembaikan


Sekolah Cina telah memburukkan lagi pertikaian yang hangat tentang
pendidikan di Tanah Melayu, Laporan Jawatankuasa Fen Wu telah
mengemukakan cadangan-cadangan yang pada asasnya menyokong konsep
penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa Inggeris, dan bahasa
Cina dijadikan bahasa pengantar.

Laporan Pendidikan

Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukan


ke arah pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini
ialah:-

a) Laporan Razak (1957)

Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957, batu asas bagi Dasar
Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan
Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan
Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan ini
ialah:-

# Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan. # Pengakuan matlamat


akhir bahawa bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama. #
Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam persekitaran Malaysia.
Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan
masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di
semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk
menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini bertujuan
untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang mengandungi
pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang berlandaskan alam
Malaysia.

b) Laporan Rahman Talib (1960)

Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah


mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan
menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat
sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan ini iaitu:-

# Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai


bahasa pengantar utama dan proses penukaran bahasa pengantar. #
Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang sarna walaupun
berlainan bahasa di peringkat rendah, menengah, dan menengah atas #
Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan vokasional untuk
keperluan tenaga mahir. # Memberi penekanan kepada pendidikan moral
dan keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.

c) Laporan Kabinet (1979)

Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan


Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji
pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi
Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek
penting yang perlu diberi perhatian ialah:-

# Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia. # Penegasan


kepada pendidikan asas dalam 3M (membaca, menulis dan mengira) dan
pengajaran pemulihan. # Pelajaran menengah atas melalui saluran
akademik dan vokasional. # Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun
# Pendidikan kerohanian yang kukuh. # Peningkatan keseluruhan mutu
pelajaran.

PERKEMBANGAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN TERKINI

DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN DAN MATLAMAT DASAR EKONOMI


BARU

Ketiga-tiga laporan tersebut adalah di orientasikan ke arah pencapaian


matlamat dasar ekonomi baru. Dua matlamat DEB iaitu:-. Membasmi
kemiskinan. Menyusun semula masyarakat Malaysia.

Peranan Kementerian pendidikan dalam usaha membantu Kerajaan


mencapai matlamat serampang dua mata Dasar Ekonomi Baru itu adalah
amat penting kerana pendidikan mernpakan alat yang paling berkesan untuk
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.

TEORI OPERASI DASAR EKONOMI BARU.

Dirumuskan dalam carta 2.1 (Lihat lampiran carta 2.1 di bawah)

Objektif pelajaran mengikut DEB:-

- Mengadakan satu sistem pendidikan untuk mengintegrasi perpaduan


kaum.- Menyediakan pelajaran dan latihan untuk mendapatkan tenaga
rakyat yang berguna bagi pembangunan negara. - Meninggikan mutu
pelajaran dalam usaha membentuk masyarakat yang progresif
berorientasikan sains dan teknologi. - Menyediakan peluang - peluang
pendidikan yang saksama (equality of educational opportunities) kepada
semua pelajar dari pelbagai peringkat. - Memperbaiki usaha penyelidikan,
perancangan dan kebolehan pelaksanaannya untuk mencapai objektifnya.

Carta 2.1
Objektif-objektif Pendidikan jangka Panjang yang terkandung di dalam
Rancangan Malaysia di Bawah dasar Ekonomi Baru.

Rancangan Malaysia pertama (1956-1970)

Di bawah Rancangan ini, konsep pendidikan telah berubah dari sekolah


rendah ke sekolah menengah. Selain itu Kerajaan telah menyusun semula
bentuk pelajaran mengekalkan Menengah dengan mengekalkan pendidikan
aneka Jurusan. Pendidikan yang berkesan dapat mencapai perkembangan
yang lebih baik diantara pelajar, ilmiah umum dengan pelajar vokasional,
teknik dan seni.
Rancangan Malaysia Kedua (1971- 1975)

Tujuan Rancangan pelajaran dalam Rancangan kedua antaranya ialah


menyatukan sistem pelajaran bagi menggalakkan penyatuan dan perpaduan
negara. Rancangan pelajaran harus disusuri dan diperluaskan serta latihan
perlu diperbanyakkan bagi mencapai keperluan negara mengenai tenaga
rakyat. Kerajaan pula membaiki mutu pelajaran untuk membentuk satu
masyarakat yang maju berasaskan sains dan teknologi. Selain itu membaiki
keupayaan penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai
tujuan rukun negara.

Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980)

Berteraskan tiga matlamat, iaitu membasmi kemiskinan, meneruskan usaha


untuk menyusun semula masyarakat, dan memperkukuhkan lagi
keselamatan negara. Tujuan -tujuan pelajaran di bawah Rancangan Malaysia
Ketiga ialah:-

1) - Pelaksanaan seterusnya Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar


utama di semua peringkat pelajaran dengan cara berperingkat-peringkat. -
Pembentukan keperibadian, perwatakan dan kewarganegaraan yang baik
serta meninggikan akhlak melalui sukatan pelajaran dan kegiatan luar bilik
darjah. - Usaha untuk merapatkan jurang perbezaan dalam peluang-peluang
pelajaran di antara kaya dengan miskin serta di antara Wilayah dan antara
kaum melalui pembahagian sumber-sumber dan kemudahan negara dengan
lebih saksama. - Penyatuan sistem pelajaran Sabah dan Serawak dengan
sistem pelajaran Kebangsaan secara beransur.

2) Menyesuaikan dan memperluaskan sistem pelajaran dan latihan ke arah


memenuhi keperluan negara terutamanya dalam bidang sains dan teknologi.

3) Membaiki mutu pelajaran untuk mengurangkan keciciran dan


menambahkan kesannya untuk pembangunan negara.

4) Meninggikan kebolehan penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan


untuk mencapai matlamat tersebut.

6 ) Perkembangan Pembangunan Pendidikan Terkini Malaysia kini telah maju


, perkembangan pendidikan terkini telah berubah. Perkembangan pendidikan
sekarang harus dititik beratkan agar ia dapat menerapkan unsu-unsur
pembaharuan dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Perkembangan era teknologi maklumat, kerajaan telah mengubah
pembangunan pendidikan dengan lebih maju lagi. Kerajaan kini telah
memulakan sekolah Bestari. Negara Malaysia kini terdapat sekolah
ekspatariat yang mengikuti kurikulum sekolah Antarabangsa. Jenis
Ekspatariat yang terdapat di negara Malaysia adalah seperti berikut:-

a)Sekolah ekspatariat yang mengikut kurikulum British yang menyediakan


para pelajar untuk peperiksaan 0 level dan A level.

b ) Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Amerika untuk para

pelajar yang akan menduduki peperiksaan International Baccalcureate.

c) Sekolah ekspatariat yang mengikuti kurikulum Khas negara masing-


masing supaya para pelajar dapat menyambung pelajaran ketika mereka
kembali ke negara masing - masing. Antara contohnya negara Arab,
Indonesia, Perancis dan Taiwan. Pelajar asing yang mana Ibu bapa mereka
bekerja di negara kita dibenarkan menuntut di Sekolah tersebut.Kini, selain
daripada Institusi Awam, banyak juga terdapat pendidikan tinggi swasta
yang menawarkan kursus untuk para pelajar, lepasan SPM / SPMV Senior
Middle III / STPM bagi mendapatkan sijil , diploma, dan ijazah. Kumpulan
Institusi pendidikan tinggi yang didaftarkan dengan Kementerian Pendidikan
ialah:-

* Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

* Universiti dan Kolej Universiti Swasta.

* Kampus Cawangan universiti luar negara

* Pusat Pengajian Jarak Jauh.

Institusi Pendidikan tinggi Swasta boleh dibahagikan kepada dua kategori


iaitu Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti / Kolej
Universiti dan Institusi pendidikan tinggi swasta dengan status universiti /
Kolej universiti.

Institusi pendidikan tinggi swasta tanpa status universiti menawarkan


program-program berikut;-

Program dalaman seperti perniagaan clan perdagangan, kejuruteraan,


perhubungan, pengajian kreatif, teknikal, atau vokasional, pelancongan,
Teknologi maklumat, seni bila dan program berteknologi tinggi.

Kursus peringkat sarjana muda, melalui kerjasama antara kolej swasta dan
institusi tinggi luar negeri. Kursus -kursus ini adalah seperti program
berkembar, program pindahan kredit, program advanced setanding, program
jarak jauh dan program bersama.

Kursus yang membawa kepada kelayakan oleh Badan Peperiksaan luar


seperti ACCA, CIMA, ICSA, AIA, ABG, AAT. Selain itu lnstitusi swasta juga
menjalankan kursus menengak / pra universiti seperti STPM, GCE, A- Level,
Lcci SAM (Australia) dan BTECHNO (UK). Pada tahun 1998, kerajaan
jugamembenarkan Monash University, Australia membuka cawangan di
negara kita kampus cawangan kita terletak di Kampus Sunway College.

Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dengan status universiti @ kolej universiti.


Institusi dalam kategori ini telah mendapat status universiti dari kementerian
pendidikan di bawah akta Institusi pendidikan tinggi swasta 1996.

Pada tahun 1997, universiti berikut telah ditubuhkan:-


I) Universiti Telekom di Melaka dan Cyberjaya, Selangor.

2) Universiti Tenaga Nasional di Bangi, Selangor.

3) Universiti Teknologi Petronas di Tronoh, Perak

4) Universiti Sains Dan Teknologi Malaya di Ulu Bemam, Selangor. Selain


universiti tersebut, beberapa universiti dalam perancangan ialah Universiti
Komenwel, Universiti Multimedia, dan Universiti Teknologi Islam Malaysia.

Sekolah Bestari. Pendidikan untuk: sebuah Masyarakat Bestari.

Satu lagi perkembangan terbaru dalam sistem pendidikan kita ialah


penubuhan Sekolah Bestari. Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak,
menteripendidikan (ketika itu) . Sekolah Bestari ditubuhkan bukan sahaja
ditubuhkan untuk memenuhi kehendak Koridor Raya Multimedia, malahan
untuk melahirkan satu genarasi rakyat Malaysia yang akan menjadi kreatif
serta inovatif dalam pemikiran. Disamping itu, mereka diharapkan
dapatmemperolehkan teknologi barn serta berupaya menguruskan ledakan
maklumat. Mulai Januari 1999, konsep sekolah Bestari akan dilaksanakan di
90 buah sekolah. Lima tujuan Sekolah Bestari ialah;-

I) Menggalakkan perkembangan menyeluruh sesorang individu dari segi


intelek, rohani ,emosi dan jasmani .

II) Menyediakan peluang- peluang untuk seseorang individu


memperkembangkan kekuatan dan kebolehannya.

III) Menyediakan satu kumpulan tenaga kerja yang berfikiran kreatif serta
berilmu dalam bidang teknologi

IV) Mendekmorasikan pendidikan agar etiap kanak-kanak berpeluang untuk


belajar.

V) Membolehkan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta menyertai proses


pendidikan .Teknologi maklumat merupakan unsur utama dalam
pelaksanaan kesemua strategi serta didokong oleh individu, kemahiran
dasar, dan proses yang bersesuaian. Teknologi maklumat akan dapat
mewujudkan infrastruktur untuk proses pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan yang baru dan network pendidikan untuk menghubungkan
semua sekolah Bestari.

You might also like