You are on page 1of 2

Rujukan Kami : MOSC2013 / MOSCMY Kepada Sesiapa Yang Berkenaan 13 Ogos 2013

JEMPUTAN MENJADI PESERTA PERSIDANGAN SUMBER TERBUKA MALAYSIA 2013 (MOSCMY 2013)

Yang Berbahagia Tan Sri / Dato / Tuan / Puan Malaysia Open Source Developers Community (OSDC.my) dengan kerjasama IMS Asia SdnBhd dengan bangganya akan menganjurkan Persidangan Sumber Terbuka Malaysia 2013 atau Malaysia Open Source Conference 2013 (MOSC2013 atau MOSCMY 2013) buat tahun yang ke-5, yang akan diadakan dari 10 hingga 11 September 2013 di GTower Hotel, Kuala Lumpur. Tema tahun persidangan untuk MOSC 2013 adalah Boosting Mobility. Tema tahun ini bertujuan untuk berkongsi dan meneroka peluang-peluang bagaimana dan cara sistem penyelesaian dan .teknologi Open Source sebagai penyumbang tapak asas dan pemangkin untuk inisiatif mobiliti. MOSC2013 akan menjadi platfom perkongsian pengetahuan yang mengandungi tiga haluan perbincangan yang akan mewakili berbagai peringkat di dalam Sumber Terbuka; iaitu Strategic, Operational dan Devices & Solutions. Persidangan ini mensasarkan penyertaan daripada agensi kerajaan, swasta, pendidikan dan sektor SMEs dari Malaysia dan rantau Asia Pasifik. Kami menjemput Yang Berbahagia Tan Sri / Dato / Tuan/ Puan untuk menyertai lebih 400 pembangun perisian, perunding, pakar, dan pengguna perisian Sumber Terbuka yang akan membincangkan melalui lebih 20 sesi tentang topik-topik terkini Sumber Terbuka Mobiliti seperti Cloud Computing, Data and Analytics, Security and Governance, Internet Based Business Channel, Business Intelligence dan sebagainya. Kehadiran dan penyertaan didalam persidangan ini juga akan memberikan peluang untuk berinteraksi dengan komuniti dan pendahulu teknologi pembangunan perisian termasuk dari Microsoft, Oracle, LPI, Red Hat, Mozilla dan Novell. Pendaftaran boleh dibuat samada melalui laman web http://www.mosc.my. Bersama-sama memo ini, kami lampirkan brosur MOSC 2013 untuk rujukan pihak tuan. Oleh itu, kami amat berharap Tan Sri / Dato / Tuan / Puan dapat menyertai persidangan ini untuk berkongsi pengalaman dengan peserta dan pembentang berkenaan pembangunan Sumber Terbuka, sekaligus memberikan sokongan kepada komuniti dan pembangun

Email: secretariat@mosc.my

Website: www.mosc.my

perisian. Kehadiran dan penyertaan tuan puan di dalam persidangan ini juga akan memberikan peluang untuk Tan Sri / Dato / Tuan / Puan berinteraksi dengan komuniti dan pembangun perisian terbaik di rantau Asia Pasifik. Pendaftaran boleh dibuat di laman web http://www.mosc.my/register Sekiranya tuan/puan memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi emel registration@mosc.my. Sekian, Terima Kasih.

Harisfazillah Jamel Secretariat Malaysia Open Source Conference 2013

Email: secretariat@mosc.my

Website: www.mosc.my

You might also like