You are on page 1of 10

Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Cik Normaria Binti Che Hussin

Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab


Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGEJA

KATA PINJAMAN BAHASA ARAB MENGGUNAKAN EJAAN JAWI

MELALUI KAEDAH LATIH TUBI

Oleh

Normaria Binti Che Hussin

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri,Jln Geroda,Larkin 80350 Johor Bahru

Abstrak

Kajian ini ini adalah hasil pemerhatian kepada kelemahan murid dalam mengeja Kata

Pinjaman Bahasa Arab Menggunakan Ejaan Jawi. Penggunaan kata pinjaman bahasa

arab ini memang agak sukar untuk dieja dan difahami kerana murid agak lemah dalam

penggunaan sistem ejaan jawi . Murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 10

orang murid pemulihan jawi dari kelas 3 Puteri 4, Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri,

Johor Bahru. Tinjauan awal untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid

dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan

menganalisis latihan yang dibuat oleh murid serta jawapan ujian PKSR bulan Mac 2009

berhubung dengan kemahiran itu. Berdasarkan pemerhatian dan analisis tersebut murid

didapati belum menguasai kemahiran mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan

ejaan jawi.. Langkah awal guru perlu mengajar murid dengan menggunakan kaedah latih

tubi iaitu:

Muka surat 1 daripada 10


Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Cik Normaria Binti Che Hussin

Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab


Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

1. Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran lalu

Saya mengajarkan mata pelajaran Pendidikan Islam (Pemulihan Jawi) 3 Puteri 4. Saya

dapati ramai daripada mereka kurang mahir dalam mengeja kata pinjaman bahasa arab

menggunakan sistem ejaan jawi. Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan guru

melalui buku aktiviti jawi sahaja kurang berkesan kerana murid tidak boleh menguasai

kemahiran mengeja sistem ejaan jawi. Keputusan ujian PKSR bulan Mac merosot dan

didapati bahawa murid tidak dapat menjawab soalan tentang tajuk ini dengan tepat.

Kesan daripada kelemahan mereka, saya membuat keputusan untuk cuba melakukan

sesuatu supaya dapat memberi kefahaman kepada mereka tentang penggunaan kata

pinjaman bahasa arab tersebut, seterusnya mengurangkan kelemahan mereka dalam

menggunakan sistem ejaan jawi.

2. Fokus Kajian

Daripada refleksi di atas didapati murid tidak dapat menjawab soalan di dalam kelas dan

markah ujian bulan Mac yang rendah kerana

a. Murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakan sistem ejaan jawi
menyebabkan mereka sukar untuk mengeja perkataan jawi dalam proses

pengajaran dan pembelajaran.

b. Murid masih tidak mengenali huruf-huruf jawi dan sukar untuk mengeja satu
persatu huruf-huruf tersebut sekiranya bersambung dengan huruf lain.

Masalah ini berlaku di kalangan murid kerana sikap murid yang malas untuk membuat

latihan dan tidak mengulangkaji pelajaran yang lepas. Sekiranya masalah ini tidak

Muka surat 2 daripada 10


Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Cik Normaria Binti Che Hussin

Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab


Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

ditangani, murid akan terus tidak memahami sistem ini lalu menyebabkan mereka akan

menghadapi masalah untuk mengeja perkataan jawi yang lebih sukar dan panjang.

3. OBJEKTIF KAJIAN

i. OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam penggunaan sistem ejaan jawi

dengan menggunakan persembahan powerpoint yang mudah, ringkas dan menarik. Oleh itu,

murid akan dapat memahami dengan lebih baik penggunaan sistem tersebut.

ii. OBJEKTIF KHUSUS

Objektif khusus kajian ini adalah supaya :

• Murid dapat memahami cara menggunakan sistem ejaan jawi.

• Murid dapat menjawab soalan yang diberikan.

• Murid dapat mengurangkan kesilapan dalam menjawab soalan peperikaan.

• Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran murid.

4. KUMPULAN SASARAN

Muka surat 3 daripada 10


Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Cik Normaria Binti Che Hussin

Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab


Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

Kumpulan sasaran terdiri daripada 10 orang murid murid Tahun 3 Puteri 4, Sekolah Kebangsaan

Tanjung Puteri yang terdiri daripada 7 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan. Murid-

murid ini mempunyai tahap penguasaan yang lemah dalam mata pelajaran Jawi iaitu tidak dapat

mengeja kata pinjaman bahasa arab menggunakan ejaan jawi dan kurang menguasai sistem

ejaan jawi.

5. Perlaksanaan Kajian

5.1 Tinjauan Masalah

i. Pemerhatian

Saya membuat kaedah pemerhatian untuk mengesan tahap penguasaan murid-murid

dalam menggunakan sistem ejaan jawi.

ii. Ujian Pengesanan

Melalui ujian pengesanan, tahap kecekapan dan kemahiran murid dapat dinilai dalam

menggunakan sistem ejaan jawi.

iii. Semakan Buku Latihan

Melalui kaedah semakan buku latihan, saya dapat menilai sejauh mana tahap

penguasaan murid-murid dalam penggunaan sistem ejaan jawi dari masa ke semasa.

Oleh yang demikian, saya dapat mengetahui adakah seseorang murid itu sudah mahir

atau belum.

Muka surat 4 daripada 10


Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Cik Normaria Binti Che Hussin

Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab


Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

5.2 Analisis Tinjauan masalah.

Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang di jalankan untuk meninjau masalah

yang menyebakan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi.

i. Analasis pemerhatian

Saya telah memantau hasil kerja murid mengeja perkataan pinjaman bahasa arab

menggunakan sistem ejaan jawi. Hasil daripada pemantauan itu, saya dapati masih

ramai murid-murid tidak dapat menguasai kemahiran mengeja kata pinjaman bahasa

arab menggunakan sistem ejaan jawi dengan betul dan tidak dapat menjawab soalan

yang berkaitan dengannya, didapati juga bahawa murid tidak boleh menceraikan

perkataan kata pinjaman menjadi huruf jawi tunggal. Apabila sesuatu aktiviti dilakukan,

murid masih lemah dalam mengenal dan membezakan huruf jawi sekiranya bersambung

dengan huruf lain.

ii. Analisis Ujian Pengesanan

Berdasarkan ujian pengesanan jawi, masalah yang sama sering berlaku. Ini

menyebabkan markah keseluruhan bagi ujian tersebut terjejas.

iii. Analis Semakan Buku Latihan

Saya telah membuat semakan buku latihan atau hasil kerja murid selepas

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Sewaktu sesi pengajaran dan

pembelajaran berjalan, saya akan mengajar murid cara mengenal dan mengeja

Muka surat 5 daripada 10


Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Cik Normaria Binti Che Hussin

Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab


Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

kata pinjaman bahasa arab menggunakan sistem ejaan jawi yang betul.

Berdasarkan semakan buku latihan yang telah dibuat, saya dapati murid-murid

tidak dapat membezakan huruf bersambung dengan huruf tunggal.

5.3 Tindakan yang dijalankan

Tindakan yang dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama

yang dijalankan ialah memberi galakan kepada murid terbabit untuk meningkatkan

penguasaan penggunaan sistem ejaan jawi. Tindakan seseterusnya ialah:

 Memberi pengenalan huruf-huruf jawi kepada murid-murid.

 Membaca kata pinjaman bahasa arab yang mudah dengan menggunakan cara
edaran kad atau slaid powerpoint.

 Memberi latihan kepada murid untuk menceraikan kata pinjaman bahasa arab

menjadi huruf-huruf tunggal.

 Latih tubi.

5.4 Perlaksanaan Tindakan

5.4.1 Pelaksanaan Aktiviti

Aktiviti meningkatkan dan memantapkan kemahiran penggunaan sistem ejaan

jawi pada kata pinjaman bahasa arab dijalankan mengikut masa dan jadual di

dalam kelas bagi matapelajaran Jawi.Semasa aktiviti latihan bahagian penulisan

berjalan, guru meminta murid untuk mengimbas kembali tentang penggunaan

sistem ejaan jawi dalam kata pinjaman bahasa arab dengan memilih murid secara

rawak dan maju ke hadapan untuk membetulkan huruf pada perkataan jawi

Muka surat 6 daripada 10


Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Cik Normaria Binti Che Hussin

Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab


Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

tersebut bagi meningkatkan daya ingatan sebelum memulakan aktiviti. Aktiviti

dijalankan seperti berikut :

 Aktiviti 1 (Item 1)

a. Mengeja perkataan yang mudah dan lengkap dengan

menggunakan sistem ejaan jawi.

b. Mengenal penggunaan huruf jawi pada perkataan tersebut.

c. Menceraikan perkataan kata pinjaman bahasa arab menjadi huruf

jawi tunggal.

Pemerhatian

Murid membuat aktiviti berkumpulan atau individu menceraikan kata pinjaman

bahasa arab menjadi huruf jawi tunggal. Selepas itu, mereka akan mencantum

semula huruf jawi tunggal tadi menjadi satu perkataan yang lengkap.

Refleksi

Setelah memantau hasil kerja murid, saya dapati murid yang menjalankan aktiviti

secara berkumpulan lebih mudah untuk mengenal dan menulis kata bahasa

arab. Melalui aktiviti berkumpulan sikap bekerjasama dapat dipupuk.

5.5 Refleksi Kajian

 Penilaian Pencapaian Murid

Selepas kajian dijalankan saya dapat melihat perubahan positif ke atas

murid-murid saya dan saya sendiri. Sebelum kaedah latih tubi dilakukan

pelbagai masalah timbul seperti murid-murid tidak dapat mengenal

Muka surat 7 daripada 10


Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Cik Normaria Binti Che Hussin

Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab


Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

huruf-huruf jawi. Mereka juga tidak tahu untuk menceraikan kata

pinjaman bahasa arab dalam ejaan jawi menjadi huruf jawi tunggal.

Setelah semua aktiviti dijalankan, saya dapati peningkatan dalam

menguasai penggunaan kata pinjaman bahasa arab dalam sistem ejaan

jawi amat memuaskan terutama untuk aktiviti 1.Kesemua aktiviti yang

dirancang telah berjalan dengan lancar, keyakinan diri murid juga

menunjukkan perubahan yang positif. Walaupun dalam seiap ujian

bulanan, markah yang diperolehi tidak semuanya cemerlang, tetapi

sekurang-kurangnya dapat membantu murid-murid yang lemah untuk

berusaha mendapatkan keputusan yang lebih baik.

 Rumusan Pemerhatian

Sikap kurang berminat, malas, kurang memberi tumpuan dan tidak

memiliki kemahiran menggunakan sistem ejaan jawi tampak

berkurangan. Secara tidak langsung murid-murid lebih mengenali ejaan

jawi. Ini melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran serta

memudahkan guru menyemak hasil kerja murid.

6. CADANGAN UNTUK SETERUSNYA

Saya mendapati kajian kesilapan penggunaan sistem ejaan jawi perlu diteruskan untuk

semua kelas kerana dengan ini kita dapat mengajar cara menceraikan kata pinjaman

bahasa arab dalam ejaan jawi dengan cara yang betul dan sistematik. Kesemua aktiviti

yang dijalankan banyak membantu menjayakan kajian tindakan yang saya jalankan ke

atas murid-muid berkenaan. Saya bercadang untuk meneruskan program ini dengan

meningkatkan penguasaan murid berkenaan dalam penggunaan sistem ejaan jawi.

Muka surat 8 daripada 10


Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Cik Normaria Binti Che Hussin

Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab


Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

Kajian ini juga menjadikan guru sentiasa fleksibal ke atas amalan pengajaran dan

pembelajaran yang lebih berkesan.

7. BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan- bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah seperti :

• Kad Manila - 2

• Marker Pen – 3

• Gunting, peb\mbaris, pensel warna,kertas A4

• Set Soalan Pendidikan Islam - 2

8. ANGGARAN KOS

Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan ialah :

Kad Manila – 2 x RM 0.50 = RM 1.00

Marker Pen - 3 x Rm 2.00 = Rm 6.00

2 Set Soalan Pendidikan Islam - 2 x RM 5.00 = RM 10.00

Muka surat 9 daripada 10


Kajian Tindakan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Tanjung Puteri, Johor Bahru

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


Cik Normaria Binti Che Hussin

Meningkatkan Kemahiran Mengeja Kata Pinjaman Bahasa Arab


Menggunakan Ejaan Jawi Melalui Kaedah Latih Tubi

9. CADANGAN PELAKSANAAN

BIL AKTIVITI TEMPOH PELAKSANAAN


1 MENGENAL PASTI MASALAH DAN PENGUMPULAN 1 MINGGU
DATA AWAL
2 MENULIS PROPOSAL 2 HARI

3 MERANCANG TINDAKAN-INDIVIDU 1 MINGGU


4 MELAKSANAKAN TINDAKAN-INDIVIDU 2 MINGGU
5 MEMBINCANGKAN MASALAH YANG TIMBUL 2 MINGGU
DALAM AKTIVITI 1
6 MELAKSANAKAN TINDAKAN –AKTIVITI 2 2 MINGGU
7 MEMBINCANGKAN MASALAH YANG TIMBUL 2 MINGGU
DALAM AKTIVITI 2
8 MELAKSANAKAN TINDAKAN-AKTIVITI 3 2 MINGGU
9 MEMBINCANGKAN MASALAH YANG TIMBUL 2 MINGGU
DALAM AKTIVITI 3
10 UJIAN PENGESANAN PERUBAHAN KLIEN 1 MINGGU
11 REFLEKDI KAJIAN 1 HARI
12 MENULIS LAPORAN KAJIAN 1 HARI
13 PERBENTANGAN DAPATAN KAJIAN 1 HARI

Muka surat 10 daripada 10

You might also like