You are on page 1of 29

CARA-CARA MEMAJUKAN

INDUSTRI PELANCONGAN DI
MALAYSIA

a. memperbanyak tempat
pelancongan yang baru / mengenal
pasti tempat-tempat menarik yang
baru
b. memajukan kemudahan
pengangkutan
c. menyediakan kemudahan asas
untuk para pelancong
d. mengekalkan keamanan negara
( rakyat Malaysia mesti mengamalkan
nilai-nilai murni: jujur, bersopan santun
mesra )
e. menjalankan promosi secara besar-
besaran untuk memperkenalkan
negara Malaysia kepada dunia luar

Karangan:
Malaysia merupakan sesuatu
negara tropika yang indah, aman dan
sedang bergerak ke arah mencapai status
negara perindustrian yang maju. Lantaran
itu, tidak hairanlah jika negara ini menjadi
tumpuan para pelancong dari seluruh
pelosok dunia / seantero dunia sejak
belakangan ini. Di Malaysia, industri
pelancongan menjadi suatu bidang
pelaburan bijak yang dapat memacu
pertumbuhan industri-industri berkaitan
yang lain yang kesemuanya berperanan
sebagai wahana dalam pembangunan
mega Malaysia menuju negara maju
dalam abad. Memandangkan Malaysia
mempunyai potensi yang besar dalam
bidang pelancongan, inisiatif yang efisien
perlulah diambil untuk memajukan
industri pelancongan di tanah air kita.

Langkah yang primer ialah


pihak kerajaan perlulah memperbanyak
tempat pelancongan di negara ini untuk
menggalakkan lebih banyak pelancong
antarabangsa datang ke negara kita.
Kerajaan Malaysia juga perlulah mengenal
pasti tempat-tempat pelancongan yang
baru dan menarik di negara ini dan
berusaha untuk memajukannya. Dalam
kondisi ini, para pelancong akan
mempunyai banyak alternatif tempat-
tempat untuk dilawati. Oleh itu, mereka
tidak akan berasa bosan kerana melawat
tempat yang berlainan. Sebaliknya, para
pelancong akan lebih meluaskan ilmu
pengetahuan seseorang pelancong itu.
Contohnya, bangunan bersejarah di
Malaysia, Kota A Famosa tugu-tugu lama
peninggalan penjajah, Muzium Negara dan
lain-lain perlulah dijaga dan akan menjadi
tarikan pelancong dari negara asing.
Bangunan itu telah membuktikan peristiwa
bersejarah bahawa negara kita pernah
dijajah oleh negara asing. Dengan ini,
dapat memajukan industri pelancangon di
Malaysia.

Sistem pengangkutan perlu


dimajukan juga merupakan salah satu
langkah yang efektif untuk memajukan
industri pelancongan di ibu pertiwi ini.
Dengan ini, sistem pengankutan yang
sistematik akan memudahkan pelancong
asing pergi dari satu destinasi ke satu
destinasi yang lain. Dengan adanya sistem
pengangkutan yang mengenakan tambang
pada harga yang berpatutan, selamat,
selesa, cekap dan mengikut jadual yang
ditetapkan, para pelancong mudah pergi ke
sesebuah tempat tanpa perlu menghadapi
banyak masalah. Antara contoh
pengangkutan moden yang terdapat di
Malaysia ialah monorel, komuter, kapal
laut, bas, teksi dan sebagainya. Mereka
tidak lagi berhadapan dengan masalah
pengangkutan untuk pergi ke kawasan
pulau dan tanah tinggi. Sebagai contoh,
para pelancong boleh menggunakan
perkhidmatan feri atau kapal terbang untuk
pergi ke Pulau Langkawi. Terbukti bahawa
pengangkutan awam memainkan peranan
penting dalam memajukan ekonomi di
Malaysia.

Di samping itu, industri


pelancongan akan dapat berkembang
dengan cepat dan dimajukan sekiranya
terdapat kemudahan-kemudahan asas.
Kemudahan-kemudahan asas yang penting
seperti kemudahan jalan raya, sistem
pengangkutan, tempat-tempat penginapan
yang mencukupi ( chalet dan hotel ) ,
tempat makan, tandas awam dan
sebagainya perlu disediakan kepada para
pelancong. Contohnya, pihak kerajaan
boleh mengurangkan kadar cukai membina
chalet atau hotel kepada syarikat yang
berkaitan. Dengan ini, chalet yang
sewanya rendah dapat menarik para
pelancong. Selain itu, tempat-tempat
pelancongan yang sedia ada perlulah
dijaga dengan sempurna agar bersih dan
selamat. Kebersihan patutlah diberi
keutamaan kerana kondisi ini juga
merupakan suatu daya tarikan kepada para
pelancong.

Seterusnya, tidak dapat


dinafikan bahawa sesebuah tempat atau
negara itu akan mudah dikenali sekiranya
kita berusaha untuk
mempromosikannya. Pihak kerajaan
melalui agensi iaitu Kementerian Kesenian
dan Pelancongan mestilah menjalankan
promosi secara besar-besaran untuk
memperkenalkan negara Malaysia kepada
dunia luar. Promosi ini dapat dilakukan
melalui media massa di dalam negara dan
di luar negara. Pameran-pameran, kempen
dan besta kebudayaan juga perlu sentiasa
diadakan di negara ini untuk
memperkenalkan cara-cara hidup,
pemakanan, adat resam berbilang kaum di
Malaysia. Kini, perkembangan teknologi
maklumat yang luas dan tiada batasnya.
Oleh itu, kita boleh mengaplikasikan
kemudahan ini untuk memperkenalkan
negara kita ke seluruh dunia. Selain itu,
pihak kerajaan juga boleh menganjurkan
pelbagai program seperti Tahun Melawat
Malaysia, Pesta Flora Malaysia, program
Cinta Warna dan sebagainya untuk
menarik lebih banyak pelancong melawat
tanah air kita.

Seperkara lagi, pihak kerajaan


perlulah menguatkusakan undang-
undang untuk menjamin masyarakat
sering berada dalam keadaan yang aman
dan harmoni. Hal ini demikian, dalam era
globalisasi ini, sikap pemandu kenderaan-
kenderaan awam dan para pengusaha di
negara ini yang mementingkan diri sendiri
dan sikap tidak mempedulikan orang lain
semakin menebal seperti yang terkandung
dalam pepatah Melayu “bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing”. Insiden-insiden para
pelancong ditipu oleh pemandu teksi,
kekotoran pusat-pusat makanan,
pencemaran sungai dan kawasan rekreasi,
harga tidak berpatutan dan seumpamanya
telah menjejaskan imej negara Malaysia
dalam hati para pelancong. Oleh itu, pihak
kerajaan haruslah mengenakan hukuman
yang berat kepada pemandu atau para
pengusaha yang melanggarkan peraturan-
peraturan yang ditetapkan. Contohnya,
pesalah-pesalah akan dikenakan denda
atau dipenjarakan. Dengan ini, dapat
mengekalkan keamanan negara dan juga
memajukan industri pelancongan.
Malaysia mampu menjadi sebuah
negara destinasi pelancongan tropika indah
yang popular ( tersohor ) dan berpotensi di
rantau Asia ini dan di dunia dengan
keistimewaan yg dimiliki oleh negara ini.
Pepatah Melayu juga ada mengatakan
bahawa hati gajah sama dilapah, hati
kuman sama dicecah. Oleh itu, semua
pihak perlu berkotmitmen untuk
memajukan indusri pelancongan di negara
kita kerana industri ini membawa
pulangan yang lumayan kepada
masyarakat dan negara. Oleh itu, rakyat
Malaysia harus memberikan sokongan
kepada kerajaan dan pihak swasta dalam
usaha memajukan industri pelancongan
agar negara dapat “duduk sama rendah
dan berdiri sama tinggi” dengan negara-
negara maju. Tindakan ini penting bagi
membantu negara mencapai tahap
negara maju pada tahun 2020.
Semangat kejiranan

Dalam kehidupan bermasyarakat, jiran


adalah orang atau golongan yang tinggal
berhampiran dengan kita. Malahan, tidak
keterhaluan kalau dikatakan pembentukan
sebuah masyarakat adalah berperanan
daripada wujudnya jiran, iaitu orang yang
tinggal bersebelahan, berhadapan, di
belakang atau 40 buah rumah sekeliling
kita. Pendek kata, setiap individu yang
berada dalam masyarakat akan hidup
dikelilingi oleh jiran.

Untuk hidup berjiran, kita perlu


memiliki semangat kejiranan. Semangat
ini lahir daripada kesedaran dan inisiatif
kita untuk mewujudkannya. Sekiranya ahli
masyarakat tidak mempunyai kesedaran
terhadap masalah kejiranan ini, akan
pincanglah perhubungan antara ahli
masyarkat yang akhirnya membawa
perpecahan, perbalahan dan huru-hara.
Soal siapa yang harus membentuknya
tidak penting, tetapi rasa kemesraan dalam
pergaulan, sikap berbudi bahasa, bertolak
ansur, dan rasa persahabatan itu
sebenarnya yang akan mewujudkan
semangat kejiranan ini secara tidak
langsung.

Semangat kejiranan ini sangat penting


kerana perhubungan erat sebagaimana ''aur
dengan tebing'' akan dijalinkan. Sikap
seperti ''enau dalam belukar'' yang hanya
mementingkan diri sendiri tidak patutlah
ditunjuk dalam kehidupan bermasyarakat.
Sampai bila kita boleh menunjukkan sikap
bongkak, jika pada suatu hari nanti kita
sendiri memerlukan pertolongan orang
lain. Tidak ada orang yang boleh hidup
bersendirian dalam dunia ini. Sekiranya
kita ditimpa bencana atau musibah,
pertolongan jiran tetangga amat diperlukan
pada masa kecemasan sementara
menunggu bantuan pihak-pihak berwajib
atau sanak saudara. Jika semangat
kejiranan diamalkan, perpaduan
masyarakat akan dicapai. Secara tidak
langsung, semangat ini juga mampu
membawa dan mengekalkan keamanan,
keselamatan dan ketenteraman di negara
ini.

Semangat kejiranan akan membawa


banyak kemaslahatan kepada kita semua.
Kita perlulah meluangkan masa untuk
berkunjung ke rumah jiran dapat
mengeratkan dan menghidupkan semangat
hidup berjiran. Jiran kita terdiri daripada
berbeza latar belakang dan bangsa dan
akan menambahkan ilmu pengetahuan
tentang sesuatu semasa berkunjung atau
menziarahi mereka. Sebagai contoh, jika
berjirankan seorang guru, kita dapat
menanyakan soalan yang berkaitan dengan
pelajaran dan akan meyelesaikan masalah
kita dengan senang. Contoh kedua, jika
berjirankan seorang yang tidak sama kaum
dengan kita, kita akan mengetahui adat
resam dan cara hidup mereka.
Jiran yang sepakat dan bersatu padu
mampu menjamin keselamatan kawasan
setempat daripada ancaman kecurian,
samseng dan sebagainya. Ini dapat
dilakukan sama ada melalui Rukun
Tetangga dan Jawatankuasa Keselamatan
Kawasan. Gejala-gejala sosial seperti
bersekedudukan, berkhalwat dan sumbang
mahram dapat dibendung jika jiran
tetangga memainkan peranan dan
mengambil inisiatif yang efiesien
melaporkan kepada pihak berwajib setiap
kali menyedari berlaku perkara- perkara
yang meragukan.

Dengan adanya semangat kejiranan


ini diamalkan, sesuatu masalah akan dapat
diatasi dengan segera. Contohnya, keduri-
kendura dapat senang dijalankan. Gotong-
royong membersihkan tanah perkuburan,
balai raya, membuat jambatan dan
sebagainya juga dapat dilakukan tanpa
mengeluarkan belanja kerana semua ini
dilakukan secara sukarela. Secara tidak
langsung, kita dapat menjimat wang.

Hidup berjiran boleh membentuk


perpaduan. Negara yang maju memerlukan
rakyat yang bersatu agar tenaga dapat
digembleng bersama seperti bersatu teguh,
bercerai roboh untuk mencapai kemajuan.
Sesuatu masalah dapat diselesaikan segera
jika ada persefahaman dan tolenrasi dalam
membuat sesuatu keputusan.
Kebaikan Menabung
Wang
Pada zaman globalisasi dan
modenisasi ini, kehidupan adiwangsa
Malaysia menjadi semakin maju dan
memerlukan penggunaan kos hidup yang
tinggi. Untuk mencapai keselesaan dalam
kehidupan ini, kita bukan sahaja perlu
bersedia secara mental dan fizikal malah
aspek kewangan juga tidak boleh
dipinggirkan. Oleh yang demikian, sebagai
langkah persediaan untuk masa depan,
amalan perlulah bermula dari awal iaitu
kita kecil lagi kerana pepatah Melayu juga
mengatakan bahawa melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Wang ini boleh
disimpan di dalam bank atau juga di dalam
tabung. Wang yang disimpan itu boleh
diibaratkan sebagai sedikit-sedikit lama-
lama menjadi bukit. Oleh yang demikian,
sudah pastilah amalan menabung wang
akan mendatang impak yang positif
terhadap kita pada masa hadapan.

Antara kemaslahatan menabung


wang adalah untuk persediaan masa depan
khususnya dalam pelajaran. Sebagai
seorang pelajar, wang amat penting untuk
menampung perbelanjaan persekolahan
seperti membeli buku-buku rujukan,
membeli alat-alat tulis, membayar uran
sekolah dan yuran kelas bimbingan luar.
Semua ini memerlukan wang yang banyak,
lebih-lebih lagi apabila pelajar itu berjaya
dalam peperiksaan, mereka akan
menyambung pelajaran di peringkat yang
lebih tinggi seperti di menara ganding, di
kolej dan di institusi pendidikan swasta
yang lain. Semakin tinggi pendidikan
seseorang itu, maka semakin banyaklah
wang yang diperlukan. Oleh hal yang
demikian, jika kita memiliki amalan
menyimpan wang sejak kecil lagi, sudah
pastilah masalah ini akan dapat diatasi
apabila kita bersiap sedia lebih awal lagi.

Di samping itu, wang yang telah


ditabung juga boleh dijadikan sebagai
persediaan untuk kegunaan segera apabila
berlaku sebarang kes kecemasan. Bak kata
pepatah malang tidak berbau, nasib buruk
seseorang itu sukar dijangkakan oleh
sesiapa. Oleh itu, inisiatif bersiap sedia
perlulah diambil jika perkara yang tidak
diingini itu menimpa diri kita atau ahli
keluarga yang lain. Antara contoh kes
kecemasan itu ialah gangguan kesihatan,
ditimpa bencana alam sepert banjir kilat,
gempa bumi dan tanah runtuh serta juga
tragedi kemalangan jalan raya. Oleh itu,
sekiranya kita sudah bersedia lebih awal
menyimpan wang ibarat sediakan payung
sebelum hujan, sudah pasti masalah ini
dapat diatasi.

Menabung wang juga mempunyai


kesan serampang dua mata iaitu kita dapat
memupuk nilai-nilai murni dalam sanubari
kita seperti berjimat-cermat dan
bertanggungjawab terhadap diri sendiri
dan masa depan kehidupan. Dalam kondisi
ini, apabila kita menabung wang, kita akan
mengelakkan diri kita daripada berbelanja
secara boros dan merugikan diri sendiri.
Dalam agama Islam ada menyatakan
bahawa sikap boros itu merupakan sahabat
syaitan. Oleh yang demikian, dengan
menabung wang kita akan belajar
menahan nafsu untuk berbelanja dan
menunjukkan obligasi terhadap diri kita
sendiri. Wang yang berlebihan mestilah
disimpan dan digunakan untuk perkara
yang boleh mendatangkan manfaat dan
membantu keluaga.

Seperkara lagi, menyimpan wang


juga dapat membantu mengurangkan
perbelanjaan ibu bapa dalam kos hidup
keluarga. Dalam hal ini, ibu bapa yang
mempunyai anak yang ramai, terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi
untuk pendidikan, pakaian dan
perbelanjaan lain demi membesarkan
anak-anak. Oleh itu, apabila anak-anak ada
menyimpan wang sejak kecil lagi, maka
wang ini dapat digunakan oleh keluarga
bagi mengurangkan bebanan kos hidup
yang semakin meningkat di negara ini.

Intihanya, sebagai anak adiwangsa


negara Malaysia ini, kita mestilah bijak
merancang kewangan hidup kita dengan
mengamalkan budaya menabung wang
sejak kecil lagi. Peribahasa Melayu iaitu
berjimat sebelum kena dan berjimat
sebelum habis juga etlah menjelaskan
kepada kita betapa pentingnya penggunaan
wang secara bijak agar kita tidak
membazir dan rugi pada masa hadapan.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama
menabung wang.
PUNCA
BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL
Punca:

(i) sikap ibu bapa...sibuk bekerja, tidak


peduli anak-anak, tidak memberi perhatian
...kurang didikan agama
(ii) pengaruh rakan sebaya...( banyak
menghabiskan masa dengan rakan sebaya
yang nakal )
(iii) pengaruh media massa ( terdapat
banyak kancah yang tidak sihat )
(iv) masyarakat yang mementingkan diri
sendiri
Marcapada, masalah sosial semakin
serius dalam kalangan remaja di Malaysia.
Fenomena ini sering diuar-uarkan melalui
media cetak dan media elektronik. Setiap
hari, ada sahaja kes baharu yang
disebarkan sama ada melalui televisyen
atau surat khabar tempatan. Namun begitu,
apakah yang dimaksudkan dengan sosial?
Secara generalnya, masalah sosial
dikonsepsi sebagai kes keruntuhan akhlak
yang dilakukan oleh para remaja pada
zaman modenisasi dan globalisasi ini.
Antara contoh masalah sosial ialah
menagih dadah, lari dari rumah, buli,
merokok, ponteng sekolah dan melepak.
Kondisi ini sangat membimbangkan
kerana kita sedar bahawa remaja inilah
ialah bakal pemimpin negara pada masa
hadapan.

Peribahasa Melayu ada menyatakan


bahawa masakan pokok bergoyang kalau
tiada angin bertiup. Ini menunjukkan
berlakunya masalah sosial pastilah ada
sebabya. Pertama ialah sikap ibu bapa
yang cuai semasa mendidik anak-anak
mereka. Kini, peluang pekerjaan yang
terbuka luas telah menggalakkan suami
isteri bekerja. Oleh itu, ibu bapa lebih
menumpukan perhatian untuk mencari
harta kekayaan. Mereka tidak peduli akan
anak-anak dan tidak mengambil berat
pendidikan agama di kalangan anak-anak
mereka. Nahtijahnya, keimanan tidak
wujud dalam diri anak-anak mereka lalu
mereka mudah dipengaruhi. Selain itu,
terdapat juga ibu bapa yang kurang
pegangan agama dan nilai-nilai murni dan
telah menjadi contoh yang tidak baik
kepada anak-anak mereka. Bak kata
pepatah ketam mengajar anaknya berjalan
lurus sedangkan dirinya berjalan senget.
Oleh itu, mana mungkin para remaja akan
beriman dan baik sekiranya ibu bapanya
tidak menjadi rol model kepada mereka.

Di samping itu, para remaja tersalah


memilih kawan juga akan menyebabkan
mereka terlibat dalam gejala sosial.
Pepatah Melayu juga ada menyatakan
bahawa jika kita berkawan dengan penjual
minyak wangi, sedikit sebanyak kita akan
kena wanginya, jika kita berkawan dengan
penjual arang, sedikit-sebanyak kita akan
terkena hitamnya. Hal ini telah
menjelaskan bahawa para remaja yang
masih berumur setahun jagung dan
berdarah setampuk pinang ini mudah
terpengaruh oleh ajakan kawan untuk
terlibat dalam masalah sosial. Sekiranya
mereka menolak ajakan, mereka akan
dianggapkan sebagai pengecut dan
dipulaukan. Lalu, mereka juga bergaul
dengan remaja yang berbeza latar
belakang pendidikan dan akhirnya terlibat
dalam pelbagai kegiatan yang tidak
bermoral. Bak kata pepatah ikut hati mati,
ikut rasa binasa. Walau bagaimanapun,
sebahagian para remaja tetap tidak suka
mendengar nasihat yang diberikan oleh
orang yang lebih tua seperti masuk telinga
kiri, keluar telinga kanan dan suka
mencuba sesuatu tanpa berfikir kesan baik
atau buruknya. Misalnya, mereka akan
mencuba merokok atau menagih dadah
yang akan menjejaskan kesihatan.

Seperkara lagi, media massa juga


patut dipersalahkan kerana banyak
memberi publisiti kepada golongan artis.
Ramai di kalangan artis ini tidak sesuai
dijadikan model kerana peribadi mereka
tidak elok. Ada antara mereka yang
berambut panjang, berpakaian selekeh,
menghisap najis dadah, berkhalwat, dan
sebagainya. Lantaran remaja mudah
dipengaruhi, maka mereka pun mengikut
perlakuan artis-artis pujaan mereka. Selain
itu, kemasukan filem-filem Barat juga
akan menyebabkan mereka melakukan
gejala sosial. Rata-rata filem Barat
menyelitkan unsur-unsur seks, ganas,
pergaulan bebas, pergaduhan, dan
sebagainya yang bertentangan dengan
budaya Timur. Filem-filem ini berupaya
mempengaruhi perlakuan dan pemikiran
para remaja sehingga membentuk sikap
menentang dan tidak suka dikongkong
dalam kalangan mereka.

Masyarakat yang mementingkan


sendiri seperti karam berdua basah seorang
juga merupakan salah satu faktor yang
menyebabkan gejala sosial semakin serius
dalam kalangan remaja. Mereka terlalu
sibuk mengejar kebendaan sehingga
kurang semangat kerjasama dan prihatin
untuk membendung masalah ini. Sebagai
contoh, apabila ahli masyarakat ternampak
sekumpulan remaja yang melakukan gejala
sosial seperti merosakkan benda-benda
awam atau ponteng sekolah. Mereka akan
menganggap perkara itu tidak berkaitan
dengan mereka dan tidak peduli. Secara
tidak langsung, masalah sosial ini akan
bertambah serius kerana ahli masyarakat
kurang memberi perhatian.

Secara tuntas, masalah sosial dalam


kalangan remaja di negara ini semakin
membimbangkan. Oleh itu, pelbagai
inisiatif yang drastik perlu diambil dan
semua pihak patutlah berobligasi untuk
memberi kotmitmen yang sepenuhnya
untuk membendung masalah sosial ini.

You might also like