You are on page 1of 33

SEMANGAT KEJIRANAN

@Rakyat Malaysia keseluruhannya perlu mensyukuri, menghayati dan menghargai keamanan


yang dinikmati di negara ini. Mereka perlu meningkatkan semangat kejiranan dan
persaudaraan, kerana konsep kejiranan mampu membawa dan mengekalkan keamanan,
keselamatan dan ketenteraman di negara ini.

@Keselamatan dan keamanan yang terdapat di negara kita ini telah diusahakan oleh
pemerintah dengan penuh tanggungjawab. Sistem pentadbiran kita itu menjadikan negara
kita ini selamat, dan aman. Keamanan dan ketenteraman ini pula menjadikan negara kita
lebih maju jika dibandingkan dengan sesetengah negara sedang membangun.

@Keamanan dan ketenteraman inilah yang hendak kita pertahankan. Kalau kita tidak
berusaha mempertahankan keamanan, negara akan menjadi kacau bilau dan huru hara.
Keamanan tidak akan tercapai kalau kita tidak mempunyai suasana yang baik dan jika tidak
wujud perpaduan. @Rakyat harus menghargai dan mensyukuri keamanan. Sekiranya negara
menjadi huru hara, pemulihan untuk menjadi aman semula bukan suatu perkara yang mudah
untuk dilaksanakan.Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 merupakan contoh ampuh untuk
dijadikan iktibar.

@Konsep kejiranan serta konsep persaudaraan memang cukup menarik dan mesti dikekalkan.
Konsep kejiranan dan persaudaraan ini adalah sebahagian daripada perkara yang dianjurkan
oleh Islam. Suatu nilai yang paling utama dianjurkan oleh Islam ialah persaudaraan dan
kejiranan ada hubung kaitnya dengan dengan persaudaraan, atau ukhuwah. Melalui
persaudaraan dan semangat kejiranan, dapat diwujudkan rasa kasih , sayang menyayangi,
bantu membantu, hingga timbul suatu kekuatan dalam kalangan rakyat untuk tolong-
menolong, ingat-mengingati, tegur-menegur, sehinggakan seseorang itu merasakan dirinya
begitu lemah jika tanpa berjiran.

@Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga akan dapat menghilangkan
perasaan iri hati, berdengki, bermusuh-musuhan dan sifat-sifat negatif lain yang boleh
membawa kepada perpecahan. Jika kita dapat benar-benar mengamalkan semangat kejiranan
akan timbullah sifat bersih hati dalam kalangan masyarakat.

@Jiran ialah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Kerana itu,jiran ialah orang
yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau
musibah. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa kecemasan sementara
menunggu bantuan pihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Mempunyai jiran yang berbeza
latar belakang akan menambahkan pengetahuan dan memberi manfaat kepada kita.

@Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat
daripada ancaman kecurian, samseng dan sebagainya. Ini dapat dilakukan sama ada melalui
Rukun Tetangga dan Jawatankuasa Keselamatan Kawasan. Gejala-gejala sosial seperti
bersekedudukan, berkhalwat dan sumbang mahram dapat dibendung jika jiran memainkan
peranan dan mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berwajib setiap kali menyedari
berlaku perkara- perkara yang meragukan.

@Jiran yang baik adalah jiran yang berjaya memupuk semangat tolenrasi, percaya
mempercayai dan perkongsian bijak antara mereka. Kita hendaklah membiasakan diri
bertanya khabar dan kesihatan diri serta anak-anak jiran dapat menjadi penghubung kepada
amalan bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman sesama jiran apabila ditimpa
masalah atau kesulitan yang akhirnya memberi jalan penyelesaian kepada kesejahteraan dan
kebahagiaan hidup.
@Kita perlu meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan
menghidupkan semangat hidup berjiran.Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung
atau menziarahinya.Kemuncak hubungan kejiranan yang baik adalah apabila kita atau mereka
sanggup mengetepikan kesenangan dan kerehatan diri semata-mata untuk membantu jiran
pada masa diperlukan. Aktiviti bergotong-royong membersihkan kawasan kampung dan
sebagainya sememangnya dapat memupuk dan meyemai hubungan baik dan semangat
kejiranan.

@Peranan jiran amat penting dalam menentukan kemakmuran dan kesejahteraan sesebuah
negara. Impian mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksana sekiranya kita sendiri belum
menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Walau sebesar mana sekalipun gelombang
perubahan yang melanda masyarakat kita namun semangat kejiranan tetap menjadi
keutamaan. Kekuatan hubungan kejiranan yang sempurna dan harmoni mengukuhkan ikatan
kasih sayang yang kadangkala melebihi daripada keluarga sendiri. Kehidupan yang mendapat
keberkatan adalah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan
serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan.

REMAJA : PENGISIAN & PENGHAYATAN KEMERDEKAAN


Pengenalan

PATRIOTISME sering kali dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan seseorang terhadap
negaranya sendiri. Seseorang itu dianggap patriot apabila tindakan dan amalannya menepati
ciri-ciri patriotisme yang berteraskan kecintaan dan kesetiaan kepada negara. Dalam dunia
globalisasi dan ledakan era teknologi maklumat, semangat patriotisme amat penting seperti
yang sering disebut melalui sabda Rasulullah, `kasihkan watan itu sebahagian daripada iman'.
Syeikh Daud Abdullah al-Fatani, seorang ulama besar Patani pernah mengingatkan kita
bahawa mempertahankan negara daripada penjajahan ataupun tekanan kuasa asing adalah
fardu ain.

Membebaskan Diri Daripada Belenggu Masalah Sosial

Walaupun telah 51 tahun kita merdeka dengan pelbagai kejayaan gemilang yang kita peroleh,
dengan kemajuan yang semakin pesat serta kemakmuran yang semakin melata, kita sering
kali dibelenggu oleh pelbagai isu nasional termasuklah masalah sosial yang tidak putus-putus.
Kemelut sosial ini yang menjadi ’barah’ besar rakyat di negara ini harus dihadapi dengan
penuh persediaan . Apabila negara semakin maju serta mencapai segala bentuk kemajuan
material, kekangan besar mereka adalah modus operandi untuk memimpin golongan muda
terutama golongan pelajar agar menghargai kemerdekaan. Penghargaan ini adalah satu
perkara yang sangat penting kerana tanpa diberi pemahaman yang jelas pasti kemerdekaan
ini akan tinggal sejarah.

Anak-anak muda alaf baru hanya mengenal merdeka dari kaca mata sejarah. Kemerdekaan
yang dicapai tidak dilihat daripada perspektif pengorbanan, maruah diri dan perpaduan.
Kefahaman tentang merdeka itu hanya diberi sekadar kulit dan material. Budaya kasih akan
negara, cinta akan kedamaian dan keazaman untuk menghancurkan segala anasir buruk yang
hendak menghancurkan negara pasti tidak berlaku, sekiranya erti merdeka tidak ditanam
sedalam-dalamnyaPemahaman dan falsafah merdeka harus diterjemah dengan makna dan
interpretasi yang jelas khususnya dalam memimpin generasi muda. Mereka harus dididik
dengan jelas tentang rasionalnya mereka harus memahami makna merdeka dan bagaimana
mereka harus membuktikan kesetiaan dan kasih mereka akan negara secara jelas dan benar.
Golongan lama boleh memikirkan metodologi yang berkesan supaya anak-anak
pascamerdeka ini tidak akan hanya pandai menyebut merdeka tetapi tidak langsung menjiwai
erti kemerdekaan sebenarnya.Kecintaan kepada negara ini haruslah disemai pertamanya,
sejak di bangku sekolah lagi melalui aktiviti-aktiviti persekolahan yang memfokuskan program
dan aktiviti menanam sikap kasih akan negara. Sikap sebegini tidak perlu tunggu semata-
mata ketika hampirnya saat merayakan kemerdekaan tetapi sebaliknya haruslah secara
berterusan.Konteks kecintaan ini ada hubung kaitnya dengan agama dan iman seseorang.
Sebab itu program-program patriotisme dan aktiviti harus digiatkan sama ada di dalam atau
di luar sekolah agar budaya ini tidak hanya jadi siulan semata-mata.

Kedua, kita perlu mengajar erti kemerdekaan ini bukan dari aspek konteks sejarahnya sahaja,
seperti kita hanya mengenal siapa dia Tunku Abdul Rahman, Tun Abd. Razak, siapa dia Datuk
Bahaman, Datuk Maharajalela, (sekadar menyebut beberapa nama). Dasar perjuangan
mereka yang sebenarnya perlu disemat dalam dada para remaja terutama pelajar-pelajar
sekolah. Episod-episod perjuangan dari segi susur galur yang berlaku pada ketika itu, punca
penentangannya, cara penentangan berlaku dan alasan-alasan penentangan perlu kita
telusuri. Ini merupakan kaedah yang harus disentuh untuk dijelaskan kepada anak muda.
Kepercayaan kita akan perjuangan mereka ini bukan sahaja dari aspek personaliti semata-
mata tetapi lebih daripada itu. Ini adalah landasan perjuangan yang tidak putus-putus yang
akhirnya membawa kepada hasil yang amat besar dan berkesan.

Ketiga, kefahaman remaja bahawa kemerdekaan yang paling utama pada ketika dan saat ini
idalah merdeka jiwa daripada segala bentuk penjajahan sama ada material atau spiritual.
Merdeka jiwa maknanya satu proses kebebasan daripada belenggu serta anasir yang
mengongkong pemikiran, budaya kerja dan segala yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan.
Jiwa yang merdeka adalah jiwa yang sentiasa subur dengan elemen-elemen positif yang
mampu untuk membentuk gambaran kehidupan secara lebih baik.

Manusia yang merdeka jiwanya adalah orang yang mempunyai akal fikiran yang positif, gerak
kerja yang pantas serta melakukan tindakan mengikut tatasusila yang berlandaskan nilai-nilai
yang baik. Orang seperti ini yang ingin kita lahirkan. Mempunyai jiwa dan akal yang bersih
hasil daripada pendidikan serta tarbiah yang sebenar-benarnya.

Jiwa merdeka juga ada hubung kaitnya dengan membebaskan diri daripada belenggu
kebendaan. Maknanya golongan yang merdeka jiwa adalah mereka yang tidak mudah dibeli
dengan wang ringgit dan tidak semudahnya dibuai dengan nilai dan kemewahan dunia.

Kejayaan negara dan bangsa disambut dengan penuh rasa insaf dan yakin melalui usaha dan
pengorbanan serta gerak kerja yang sebenarnya. Golongan yang merdeka jiwanya juga
adalah mereka yang sentiasa positif dalam melakukan kerjanya demi kemajuan dan
kemakmuran negara.

PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH


Pengenalan

Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan
kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Keceriaan dan
kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan .Mempunyai
iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting ke arah tercapainya visi dan misi sekolah
serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Suasana dan persekitaran sekolah yang bersih, ceria,
tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar bagi melahirkan insan yang
seimbang dari segi emosi, rohani ,jasmani dan intelek.
Program keceriaan sekolah mempunyai matlamat untuk mewujudkan sebuah sekolah yang
mempunyai persekitaran yang bersih, ceria, cantik, dan mempunyai kemudahan yang
mencukupi untuk pelajar iaitu selaras dengan visi kebanyakan sekolah iaitu bagi mencapai
kegemilangan akademik, kokurikulum dan sahsiah warganya yang berteraskan ilmu, iman dan
amal. Objektif Program Keceriaan Sekolah

#Mewujudkan kawasan sekolah yang lebih ceria dan harmonis.

#Meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pelbagai kemudahan dan prasarana di


kawasan sekolah.

#Memupuk sikap bertanggungjawab pelajar dan seluruh warga sekolah terhadap kewujudan
#institusi pendidikan mereka.

#Mewujudkan kerjasama antara warga sekolah.

#Menjadikan kawasan sekolah selesa dan kondusif hingga mendorong sikap dan motivasi
positif pembelajaran dalam kalangan pelajar.

Perancangan Strategik Program Keceriaan

#Mengenal pasti kawasan sekolah dan kelas yang perlu diperindah dan diceriakan.

#Memberi tumpuan terhadap taman yang kurang ceria .

#Membahagikan tugas menceriakan kawasan dan taman kepada persatuan dan badan
beruniform.

#Menceriakan kawasan persekitaran sekolah dengan menambahkan pokok-pokok hiasan.

#Menyediakan kemudahan kepada pelajar terutama pondok ilmu, tempat istirahat , wakaf
diskusi dan laluan pelajar dengan lebih banyak.

#Mewujudkan dana keceriaan sekolah daripada pelbagai pihak.

#Memberi tumpuan kepada kawasan padang yang perlu diceriakan dan meningkatkan
kemudahan untuk keselesaan pelajar.

#Meminta nasihat dan bantuan daripada konsultan atau pihak luar yang lain yang
berpengalaman bagi meningkatkan keceriaan landskap kawasan sekolah.

#Memberi tumpuan kebersihan kawasan sekolah dengan menanam sikap atau menghayati
slogan seperti “Sekolahku Rumahku” , “Cintailah Sekolah Kita” dan sebagainya dalam
kalangan warga sekolah.

#Membaiki dan menceriakan kawasan pembuangan sampah , tapak pelupusan dan kawasan
pembersihan dengan lebih baik.

#Menambahkan bilangan pokok bunga yang sesuai untuk memperindah kawasan sekolah.

#Menambah kerusi batu di tempat-tempat yang sesuai bagi tempat rehat pelajar.

#Menjaga kesuburan pokok bunga supaya kelihatan segar.

#Mengadakan kempen keceriaan secara berterusan termasuk aktiviti gotong royong


membersih kawasan sekolah dalam kalangan warga sekolah seperti kempen sumbangan
pokok dalam kalangan warga sekolah,membina papan kenyataan berinformasi di setiap
taman, mengecat pasu bunga, tiang larit dan sebagainya di kawasan sekolah, membina arca
di kawasan taman,membina menara jam, membina kolam dan air terjun dan membina laluan
berbumbung di kawasan taman dan membina taman herba baru.

Keceriaan Bilik Darjah Atau Kelas

#Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan
iklim dan suasana dalam bilik darjah. Untuk mencapai kecemerlangan , sekolah mestilah
memastikan bahawa bilik darjah atau kelas sentiasa dalam keadaan yang bersih dan ceria.

#Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari
masa ke masa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat
sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada dalam keadaan
yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik.

#Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan
pertandingan yang sihat antara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam
akademik dan disiplin pelajar . Ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.

PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH

1. Program 3K atau Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam


Sekitar Sekolah telah diadakan selama lebih 18 tahun sejak tahun 1991. Program ini telah
memberi impak yang besar terhadap pembangunan pendidikan di sekolah-sekolah di seluruh
negara.

2. Sekolah-sekolah lebih ceria dan selamat malah kadar kemalangan di kawasan sekolah juga
amat berkurangan.

3. Program ini telah mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada
budaya yang lebih baik apabila kadar ponteng sekolah menurun, kes vandalisme berkurang
dan prestasi akademik meningkat.

4. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kepimpinan pengetua telah
membuahkan hasil dengan meningkatnya prestasi kecemerlangan pendidikan di sekolah-
sekolah berkenaan.

5. Terdapat sekolah yang memberi tumpuan kepada aspek keselamatan sebagai komponen
utama Program 3K. Rasional polisi keselamatan diperkenalkan ialah untuk memberi
pendedahan kepada warga sekolah mengenai keselamatan fizikal, emosi, sosial dan teknikal.

6. Program ini dapat menjana keinginan pihak sekolah untuk terus meningkatkan kemajuan
sekolah kerana melalui 3K, mereka berpeluang menilai kedudukan dan pencapaian sekolah
berkenaan.

7. 3K juga memberikan ruang kepada para pelajar untuk berinteraksi sesama mereka melalui
kerja-kerja yang dilakukan di luar bilik darjah menyediakan taman dan landskap di kawasan
sekitar sekolah.Melaluinya para pelajar dapat mengenal pasti potensi dan keupayaan mereka
sebagai pemimpin selain membentuk disiplin diri apabila dilantik mengetuai sesuatu projek.

8. Melalui 3K , pelajar, guru dan guru besar dapat berinteraksi dalam suasana yang lebih
mesra sekali gus menjalin hubungan baik antara mereka dan memudahkan pelaksanaan
segala urusan berkaitan pendidikan di sekolah itu.
Sumber : Blog Cikgu Shuhaimi Sulaiman.

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 21:38 0 ulasan

Kejadian Buli Satu Fenomena Sosial


Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin
gusar. Huraikan punca-punca tercetusnya masalah ini dan langkah-langkah untuk
menanganinya.

Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti
memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan
oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini,
kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai
satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak
sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan
pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”.
Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca
yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang
sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk
mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka
semakin ketandusan nilai kemanusiaan.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak
juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit
dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk
pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya
merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya
dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi
puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian
mereka terhadap pelajar lain.

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah
drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.Antaranya
ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus
menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran
tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan
itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar
juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan
membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti-buli juga boleh diadakan secara
berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar
menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh
dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.
Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap
pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang
sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai
keinginan untuk membuli mangsanya.

Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah
Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak
pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi
pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh
itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar
biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika
kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca
bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam
kes buli di sekolah.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha
untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi
mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan
segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus
berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan
menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes
buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi.

Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan
juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan
mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal
kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan
sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung
kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka
supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak
mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa
berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek,
menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam
mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’.

Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu
bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di
sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya
mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak
kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati
dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan
satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan
sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai
angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara
yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu
‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir
semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita
terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha
yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan
mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

Sumber : Blog Cikgu Azman

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 16:31 0 ulasan

DISIPLIN PELAJAR
Sumber : Blog Cikgu Azman

Masalah disiplin pelajar semakin meruncing. Masyarakat semakin kecewa dengan kegagalan
pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jelaskan punca-punca dan langkah
mengatasinya.

Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi
peraturan yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran
kegagalan golongan pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar. Jadi, apakah faktor yang
mendorong masalah ini berlaku dan apakah peranan yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dan
kerajaan?

Masalah ini semakin meruncing ekoran kurangnya kasih sayang dan perhatian ibu bapa era
globalisasi ini. Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tanggungjawab
mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Akibatnya, pelajar terbabit
mencari jalan keluar dengan melakukan tindakan-tindakan disiplin yang bertujuan untuk
menarik perhatian ibubapa mereka. Sesungguhnya, kelalaian ibubapalah yang menyebabkan
masalah disiplin menjadi-jadi.

Sementara itu kemunculan media massa turut mendorong masalah ini memuncak dengan
drastik. Kelakuan yang tidak senonoh yang mereka saksikan telah menimbulkan rasa untuk
mencuba pula dalam hati pelajar. Kebanyakan masalah disiplin dikatakan satu cubaan meniru
kelakuan yang telah mereka tonton sebelum ini. Jadi, disiplin mempunyai kaitan rapat dengan
kejadian disiplin pelajar yang terus merosot itu.

Rakan sebaya turut menjadi punca masalah disiplin pelajar menjadi-jadi. Pelajar sering
menganggap rakan sebaya mereka sebagai rakan yang sebenar. Rakan yang mendengar dan
sanggup berkorban untuk mereka berbanding ibubapa yang gagal menjalankan tanggung
jawab mereka. Ringkasnya, rakan sebaya yang negatif akan memastikan disiplin pelajar itu
akan turut merosot dengan drastiknya.

Tambahan pula, kegagalan pihak sekolah bertindak pantas dan telus dalam isu ini turut
menjadi faktor yang mendorong meluasnya masalah ini. Ada pihak sekolah yang merahsiakan
masalah disiplin sekolah mereka kerana tidak mahu nama sekolah terjejas. Tindakan ini
menyebabkan ada pelajar yang beranggapan tindakan mereka melanggar disiplin tidak akan
dilaporkan oleh pihak sekolah. Sikap acuh tak acuh sekolah yang turut kekurangan guru
disiplin ini menyebakan pelajar semakin berani melakukan kesalahan disiplin. Oleh itu, cara
pihak sekolah menangani masalah disiplin turut menentukan peningkatan masalah disiplin
pelajar.

Malah, ketiadaan program selepas sekolah yang sesuai dengan pelajar turut menjadi punca
masalah ini terus berleluasa. Program yang menarik dapat menghalang pelajar menghabiskan
masa mereka di pusat-pusat beli-belah dan terjemurus ke dalam aktiviti menyalahi disiplin.
Masa yang mereka habiskan untuk menjalankan aktiviti ini menyebabkan mereka lebih
berdisiplin.

Kemelut ini mudah dibendung jika ibu bapa terlebih dahulu sanggup menngorbankan masa
mereka. Ibu bapa hendaklah mengutamakan masa depan anak mereka daripada kejayaan
peribadi mereka dalam kerjaya. Ibu bapa harus memberi ruang kepada anak untuk menjadi
manusia yang berhemah tinggi. Ringkasnya, ibubapa penting dalam membanteras isu disiplin
ini.

Kesimpulannya, kemelut disiplin ini sudah lama diperkatakan oleh masyarakat. Saban hari
kita disogokkan dengan pelbagai cadangan yang tinggal cadangan sahaja. Mungkin kali ini
kita perlu bertegas dan berpijak di bumi nyata.

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 16:04 0 ulasan

KARANGAN RESPONS TERBUKA


Karangan Semangat Kejiranan Terhakis Dalam Masyarakat Kita? Semangat kejiranan sudah
longgar dalam masyarakat kita kalau kita lihat sejak akhi-akhir ini. Keadaan ini menimbulkan
pelbagai spekulasi kepentingan semangat ini diamalkan. Pada pendapat anda, apakah
langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya.

Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran


bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini
semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi,
ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan
kerana memang ada kepentingannya.

Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan
perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan
perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak
tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan
bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini
mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak
setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan
semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama
lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan
subur berdasarkan majlis sebegini.

Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran


semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik
sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula
mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta
meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting
dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini.

Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah
memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan
bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin
dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat
kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.
Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat perpaduan. Dalam
masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan konsep perpaduan amat
strategik. sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk daripada individu yang saling
berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh itu, semangat kejiranan menjadi titik
tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang
dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus
diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri
"siapakah jiran kita?

Novel sudah menjadi satu perkara penting dalam kehidupan remaja. Biasanya remaja suka
membaca novel yang berunsur cinta.Jelaskan kebaikan-kebaikan dan keburukan membaca
novel.

Novel merujuk bentuk penulisan yang panjang dan memaparkan pelbagai ragam kehidupan
manusia. Novel memang menjadi aspek penting dalam kehidupan remaja terutama novel
berunsur cinta yang mengasyikkan jiwa remaja. Cuma membaca novel mampu membawa
impak positif dan negatif yang harus diberi perhatian oleh semua pihak.

Aktiviti membaca sudah pasti membuka minda remaja terhadap sesuatu isu yang dipaparkan
dalam novel yang dibaca.Tema yang digarap oleh penulis itu sememangnya berkaitan dengan
isu semasa realiti dan ini memberi satu bentuk pemahaman yang mudah kepada remaja.
Novel menjadi isu semasa itu sesuatu yang mudah difahami tetapi dibentangkan dalam
bentuk cerita yang lebih bersesuaian dengan diri remaja. Oleh itu, semakin banyak novel
yang dibaca semakin luaslah minda remaja.

Amalan membaca novel ini turut menjadikan seseorang itu lebih memahami konsep sastera
dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang diksi oleh penulis sudah pasti akan memberi
satu rangsangan kepada pembacanya. Kesantunan bahasa yang digunakan mencungkil naluri
pembaca untuk mengetahui maksud perkataan yang dipilih oleh penulis novel itu. Sudah pasti
tindakan ini akan memastikan pembaca mempunyai koleksi kosa kata yang banyak.

Malah, aktiviti membaca novel membolehkan seseorang itu menghabiskan masa


senggangnya dengan lebih berfaedah. Pembacaan novel memerlukan seseorang itu
menumpukan perhatian yang jitu untuk satu masa yang panjang. Biasanya sehari atau
mungkin beberapa hari diperlukan untuk menghabiskan sesebuah novel itu. Jadi, membaca
novel menyebabkan masa remaja dihabiskan dengan baik tanpa melibatkan kegiatan yang
tidak baik.

Namun, pembacaan genre sastera ini turut membawa kesan buruk iaitu mengabaikan tugas
sebagai pelajar. Masa yang panjang untuk membaca novel menyebabkan pelajar akan
melupakan tanggungjawabnya untuk belajar atau membuat kerja sekolah yang penting itu.
Masalah ini semakin kronik apabila remaja itu membaca lebih banyak novel dalam tempoh
yang lama. Kesannya, pencapaian pelajar terbabit mungkin akan terus merosot terutama
ketika peperiksaan utama umum diambil oleh mereka.

Kesimpulannya, membaca novel memang baik tetapi impak buruknya turut wujud. Seseorang
remaja itu perlulah pandai menilai dan memilih jenis novel yang sesuai dengan usia
mereka.Pembacaan yang meluas dalam kalangan remaja turut membina satu kelompok
remaja negara yang berpengetahuan luas dan memiliki pemikiran yang kritis.

Posted by Noor Azman Mahat at 8:11 PM 0 comments Links to this post

Saturday, March 07, 2009

Karangan Internet Menyebarkan Informasi Masyarakat?


Internet mampu menyebarkan maklumat dengan meluas dan murah. Namun, menyebar
luaskan maklumat melalui internet boleh menjadi ancaman kepada adat, norma, dan nilai
masyarakat sesebuah negara. Ulaskan pernyataan di atas.

Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan
manusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah
kehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam
zaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaran
maklumat menjadi lebih meluas dan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepada
kehidupan manusia.

Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada internet
iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal ini
amat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara.
Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yang
meluas dan mudah terutama di kalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem
penapisan yang ketara atau berkesan seperti media massa yang lain.

Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi mengamalkan
aktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat. Hubungan
“siber” (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program dalam internet yang
memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya.
Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkan
berlakunya penipuan dan perkara yang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang
jelas.

Malah yang mengejutkan sekarang ialah sudah wujud budaya mengirim kad melalui internet
dan bukan melalui kad yang dipenuhi dengan tulisan tangan seseorang. Budaya menulis dan
menghantar kad akan semakin hilang ditelan zaman dan diambil oleh kad elektronik yang
lebih canggih dan mengikut peredaran masa. Kemungkinan hilangnya budaya menghantar
kad ketika menyambut hari lembaran tidak dapat dinafikan lagi.

Internet merupakan tempat tumpuan manusia mendapatkan bahan yang berunsur lucah.
Penggunaan internet dalam aspek ini amat memalukan dan memang bertentangan dengan
budaya manusia sejagat. Cuma yang menyedihkan ialah semakin ramai golongan remaja
malah kanak-kanak yang melihat bahan lucah ini atau terlibat sama dalam penyebarannya.
Penggunaan internet bukan sahaja setakat menyebarkan bahan lucah tetapi penggunaan imej
digital internet turut meningkatkan gejala ini dengan menggunakan muka orang lain dan
badan orang yang lain pula.
Kerajaan mengawal pembacaan beberapa buah buku dan majalah serta berita di negara ini
demi menjaga keamanan negara. Namun dengan adanya internet semua buku, bahan atau
berita yang diterbitkan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan kerana internet tidak
mempunyai sempadan dan sukar untuk dikawal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat
mudah disogok dengan buku dan berita yang tidak tepat atau kurang sesuai dengan
peringkat umur mereka sehingga boleh menimbulkan satu keadaan yang mengancam
keselamatan negara.

Berkaitan dengan penerbitan buku di atas, internet secara tidak langsung turut melanggar
undang-undang harta intelek iaitu penulis buku atau syarikat penerbit buku. Penerbitan buku
dalam internet biasanya dibuat tanpa kawalan dan ini boleh menyebabkan kerugian terutama
kepada penulis dan penerbit buku tersebut. Keadaan ini jika tidak dikawal akan menyebabkan
tiada lagi penulis atau penerbit yang mahu menerbitkan buku mereka untuk tatapan pembaca
biasa.

Bukan sahaja buku dan berita yang tidak sihat boleh ditemui dalam internet tetapi penyiaran
iklan yang tidak sesuai turut ada di dalam sistem canggih itu. Penyebaran iklan yang tidak
sihat atau tidak dikawal oleh pihak berkuasa boleh membawa kesan buruk kepada
masyarakat. Bagaimana perkara atau iklan ini boleh membawa kesan negatif kepada
masyarakat? Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat terutama remaja suka meniru
sesuatu terutama yang mereka nampak atau dengar. Jadi di sinilah peranan iklan yang tidak
sesuai di internet berlaku.

Kesimpulannya, masalah penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu dikawal oleh kerajaan
dengan bersungguh-sungguh. Keengganan kerajaan bertindak tegas dalam persoalan ini
boleh membawa kesan buruk kepada negara dalam jangka masa panjang. Masyarakat pula
perlu lebih pandai menapis dan memilih bahan dalam internet agar mereka tidak terpedaya
dengan golongan tertentu yang cuba menghancurkan keamanan negara kita.

Posted by Noor Azman Mahat at 8:55 PM 1 comments Links to this post

Sunday, March 01, 2009

Karangan Pengangguran Semakin Meruncing


Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan
siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan
siswazah tetapi golongan lain juga. Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan
apakah cara-cara mengatasinya.

Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini.
Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah
untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan
menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen
sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku

Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi
ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang
pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh
kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi
dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang
lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.
Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran.
Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di
universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu,
berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan
masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai
keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer.

Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup
ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat.
Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka
menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah.
Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan
menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar.

Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar
rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia.
Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup
menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa
projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek
Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan
pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai.

Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia
seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut
kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu
sumber manusia yang mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi.
Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama
pelabur asing kelak.

Kerajaan turut memudahkan urusan pembiayaan perniagaan terutamanya kepada golongan


belia. Pihak bank sendiri telah memudahkan urusan untuk mendapatkan pinjaman peribadi
untuk membantu belia memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan. Langkah drastik
ini memastikan lebih banyak industri kecil dan sederhana mampu diwujudkan dan
menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik dalam tempoh terdekat ini. Belia yang tidak
bekerja akan mengambil peluang ini untuk mencuba nasib mereka sebagai ahli perniagaan.

Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus
berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering
berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu
duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak
seribu dalIH

Sumber : Blog Cikgu Azman

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 12:53 0 ulasan

LARANGAN PENGGUNAAN TELEFON BIMBIT DI SEKOLAH


Contoh Karangan Pelajar : Kewajaran Larangan Penggunaan Telefon Bimbit di Sekolah

Januari 23, 2009 — mindabahasa


Teknologi yang canggih telah membantu manusia untuk melaksanakan pelbagai urusan dan
menjadikan negara kita semakin maju. Ringkasnya, peralatan teknologi yang canggih dapat
membantu manusia membuat sesuatu kerja yang tidak termampu dilakukan oleh manusia.
Sehubungan itu, pelbagai alat teknologi seperti komputer, telefon bimbit, satelit dan
sebagainya telah dicipta dari semasa ke semasa untuk kemudahan kita.

Antara alat canggih yang telah dicipta oleh manusia, telefon bimbitlah yang paling biasa
digunakan. Dengan adanya telefon bimbit, kita dapat menghubungi sesiapa sahaja walau di
mana-mana pun hatta berada di tempat yang sangat jauh. Selain itu, pengendali telefon
bimbit juga memperkenalkan perkhidmatan mesej pendek. Oleh itu, kita dapat menghantar
berita dengan telefon bimbit, bukan lagi menggunakan perkhidmatan pos yang lambat dan
berkos tinggi. Perkhidmatan ini lebih menjimatkan masa dan wang. Oleh itu, banyak orang
menggunakan telefon untuk perkhidmatan ini. Selain itu, kamera serta pemain muzik juga
telah dipasangkan pada telefon bimbit. Telefon bimbit juga semakin canggih hingga boleh
melayari laman web dan juga menggunakan perkhidmatan 3G.

Kebanyakan ibu bapa membeli telefon bimbit untuk anak-anak mereka kerana mudah
dihubungi. Oleh itu, kita dapat melihat banyak murid yang mempunyai telefon bimbit
termasuklah murid-murid sekolah rendah. Setelah mempunyai telefon bimbit, mereka dapat
membuat apa-apa sahaja serta dapat pergi ke mana-mana sahaja kerana dengan kemudahan
telefon bimbit, mudah sahaja hendak menghubungi mereka. Sebagai akibatnya, banyak
murid akan membawa telefon bimbit ke sekolah walaupun tidak dibenarkan.

Langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di sekolah
memang tepat. Apabila pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, mereka akan
mengakibatkan banyak masalah disiplin. Mereka akan menunjuk-nunjukkan telefon yang
dibelikan oleh ibu bapa mereka. Maka, sikap materialistik wujud dalam diri pelajar yang masih
berusia muda itu. Pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit juga akan berasa tersisih
kerana tidak ada teman berbual seperti kawan lain yang mempunyai telefon bimbit. Mereka
berasa rendah diri dan tidak puas hati dan akhirnya mereka mungkin mencuri telefon bimbit
orang lain. Kesannya, pihak sekolah pula terpaksa menguruskan kes kecurian sehingga
menyebabkan proses pembelajaran terganggu. Soalnya, adakah patut kita membebankan
guru dengan beban baharu, iaitu menjadi pegawai penyiasat kecurian telefon bimbit?

Selain itu, pelajar tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru sedang mengajar kerana
mereka akan bermain dengan telefon bimbit. Seterusnya, apabila terdapat deringan telefon
bimbit, proses pembelajaran dan pengajaran akan mengalami gangguan. Semasa ujian,
pelajar juga boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghantar mesej berbentuk jawapan
kepada rakan yang lain. Perkara ini adalah amat tidak berakhlak dan tidak adil terhadap
pelajar lain. Dengan telefon bimbit yang canggih, mereka dapat mengambil gambar serta
mendengar lagu kegemaran mereka. Gejala seperti ini tidak patut berlaku di sesebuah
sekolah. Selain itu, dengan menggunakan telefon bimbit, pelajar-pelajar dapat memuat turun
gambar-gambar atau klip-klip video yang tidak senonoh. Mereka akan berkongsi gambar atau
klip video tersebut dengan rakan. Maka, pelajar akan mudah tepengaruh dengan gejala tidak
sihat.

Mengikut kajian, telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis gelombang bunyi yang akan
menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kini para pelajar masih dalam proses tumbesaran.
Telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh murid-murid yang berusia muda kerana akan
menjejaskan kesihatan mereka. Hakikat ini haruslah diberikan perhatian oleh setiap pihak.
Mencegah itu lebih daripada merawat. Janganlah apabila kesihatan sudah terjejas, pihak lain
pula dipersalahkan sedangkan mereka sudah diingatkan berkali-kali tentang kesan gelombang
telefon itu.
Tuntasnya, langkah kerajaan melarang penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar di
sekolah sememangnya merupakan langkah yang bijak. Melalui perbincangan saya di atas,
kita dapat mengetahui impak penggunaan sebuah alat yang canggih ini terhadap para
pelajar. Bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut berlaku, adalah lebih baik para pelajar
menggunakan telefon bimbit apabila dewasa nanti kerana telefon bimbit memerlukan kos
penggunaan yang tinggi.

Dipetik daripada : Blog Minda bahasa

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 20:38 0 ulasan

ISU PENGANGKUTAN AWAM


Contoh Karangan Pelajar : Isu Pengangkutan Awam

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita meliputi pengangkutan bas, teksi, Sistem
Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan
untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu,
pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami
untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan
awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh
masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan
itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak
kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam
hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika
mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang
tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh
diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk
merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan
bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang
tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan
pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga
tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi
masalah untuk menukar sistem pengangkutan. Contohnya, antara monorel dengan LRT atau
antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu
kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain
pula.

Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap
merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan
oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.

Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti
pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat
mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh
meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin
mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem
pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus
diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci
oleh pelanggan.

Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak tetapi rumit untuk
diselesaikan. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan
awam, pihak kerajaan harus membuat tindakan drastik menangani isu ini. Mungkin sudah
sampai masanya kerajaan bertindak tegas bagi mengatasi kemelut ini.

Dipetik daripada : Blog Mindabahasa

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 20:36 0 ulasan

SISTEM MAKLUMAT RINGKAS (SMS)


Artikel asal milik Tuan Hj Samat Buang

KECANGGIHAN dan kemajuan dalam teknologi komunikasi hari ini telah banyak mengubah
gaya hidup dengan memanfaatkan kemudahan yang tidak wujud sebelum ini. Revolusi
teknologi komunikasi sudah menjadi kebiasaan bagi segenap masyarakat Malaysia sehingga
evolusi senyap yang berlaku kadangkala langsung tidak kita sedari. Itulah hakikat yang
terpaksa diterima apabila dewasa ini pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba¬lumba
menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka. Antaranya termasuk
perkhidmatan SMS (khidmat pesanan ringkas), MMS (khidmat pesanan multimedia), Bluetooth
(teknologi tanpa wayar), dan bermacam-macam lagi.

Tidak cukup dengan perkhidmatan yang ditawarkan, malah syarikat pengeluar telefon jugs
tidak ketinggalan mewarnai kemajuan teknologi dengan menawarkan paparan skrin besar dan
kualiti gambar, perakam video kamera, nada dering, PDA (telefon pembantu peribadi digital),
dan lain-lain lagi. Lantaran itu, golongan remaja begitu alpa dan tertarik dengan
perkembangan ini yang dilihat sebagai suatu budaya dan trend anak muda yang sudah
semestinya harus dimiliki.

Sistem pesanan ringkas ataupun SMS (Short Message Service) kini bukan lagi sekadar
perkhidmatan yang ditawarkan melalui telefon bimbit untuk mengirim atau menerima
pesanan pendek, malah fungsi perkhidmatan ini semakin meluas. Sejak beberapa tahun
belakangan ini, pelbagai jenis program televisyen (TV) realiti muncul dalam dunia hiburan
tempatan. Fenomena ini bukan setakat bertumpu kepada bidang nyanyian semata-mata,
tetapi juga melarat hingga soal mencari menantu. Selain itu, program TV realiti turut
diperluas dalam usaha bagi melahirkan usahawan dan gari serta gariah membaca al-Quran.

Tidak dinafikan bukan semua program TV realiti hanya menghidangkan persembahan hiburan.
Tetapi ada antaranya yang boleh memberi manfaatkepada para penonton. Cuma yang kurang
elok apabila kebanyakan program TV realiti di negara kita menggunakan SMS bagi
menentukan pemenangnya. Dalam hal ini, para pengundi SMS secara implisit telah
dipergunakan. Mereka terpaksa membayar SMS pada kadar harga yang tinggi untuk
menentukan pemenang program itu. Jika SMS biasa mengenakan caj sekitar 20 sen melalui
sekali kiriman, tetapi ada dalam kalangan stesen TV yang mengenakan caj bayaran hingga 65
sen bagi setiap kiriman atau undian yang dilakukan.

Fenomena penggunaan SMS dalam program-program TV realiti dilihat semakin meluas dan
hal ini amat menggawatkan. Peningkatan penggunaan SMS turut diluahkan oleh Ketua
Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad pada Perhimpunan Agung parti itu pada tahun
lalu. Difahamkan dari Januari hingga Mac 2007, rakyat negara ini khususnya pengguna telefon
bimbit menghantar lebih 11.7 bilion SMS yang menyaksikan peningkatan sebanyak 4.3
peratus untuk tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Tegasnya, rakyat Malaysia berbelanja berbilion ringgit untuk menghantar khidmat pesanan
ringkas (SMS) terutamanya yang melibatkan rancangan televisyen berbentuk hiburan
bukannya satu permasalahan yang boleh dipandang enteng oleh semua pihak. Kerajaan harus
mengekang permasalahan ini sebelum menjadi parah kerana secara langsung unsur-unsur
penghantaran SMS ini menggalakkan pembaziran dan pemborosan secara keterlaluan.
Kecanggihan teknologi pada masa kini sebenarnya mampu menyumbangkan sesuatu yang
SMS hari ini digunakan bukan sekadar untuk berhubung dengan rakan-rakan, tetapi
merupakan teknologi maklumat yang mempunyai faedah yang lebih besar mungkin tidak
pernah anda fikirkan selama ini.

Kenyataan yang biasa anda dengari seperti "segalanya di hujung jari anda" membuktikan
hakikat ini. Kepentingan SMS hari ini digunakan bukan sekadar untuk berhubung
denganrakan¬rakan, tetapi merupakan teknologi maklumat yang mempunyai faedah yang
lebih besar. Hal ini demikian kerana sekiranya dimanfaat sepenuhnya, boleh menjadi alat
berkesan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang paling selamat untuk didiami.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu orang ramai menggunakan SMS
bagi melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai masalah sosial seperti kes rogol dan
jenayah. SMS merupakan alat komunikasi yang paling cepat dan cekap untuk memaklumkan
kepada agensi-agensi penguat kuasa seperti polis mengenai kejadian jenayah. Hal ini amat
mudah kerana mereka cuma perlu menghantarkan SMS kepada polis dan tidak perlu lagi
untuk membuat panggilan atau ke balai polis untuk membuat aduan. Kalau mereka
ternampak kejadian jenayah seperti mencuri, penderaan kanak-kanak,dan rogol mereka terus
membuat laporan melalui SMS yang dikenal sebagai "DAPAT" atau talian 32728 yang
merupakan nombor SMS berpusat sebagai mata dan telinga polis. Itulah antara konsep yang
diamalkan menerusi Rakan Cop atau Rakan Potis yang berorientasikan masyarakat menerusi
perkongsian bijak dan memberi peluang orang ramai agar memainkan peranan aktif dan
positif dalam memerangi jenayah bersama-sama pihak polis. Tetapi, kini Rakan Cop setelah
diperluas ke seluruh negara semakin ketara peranannya dalam membanteras jenayah. Indeks
jenayah berjaya mengalami penurunan daripada 24,571 pada 2003 kepada 21,241 pada 2004
dan menurun lagi kepada 19,695 pada 2005.

Budaya penggunaan SMS turut tempias di peringkat sekolah. Sekolah-sekolah diseluruh


negara dipelawa untuk menggunakan aplikasi SMS Sekolah yang dibangunkan oleh
MyPressto. com Sdn. Bhd. Aplikasi yang menggunakan teknologi SMS itu akan dapat
memudahkan komunikasi antara pihak sekolah dan ibu bapa. Pada masa kini ramai ibu bapa
mempunyai telefon bimbit masing¬masing. Ibu dan bapa terutamanya yang sibuk bekerja
mungkin tidak mempunyai masa yang banyak untuk mengikuti perkembangan anak-anak
mereka di sekolah. Melalui sistem berkenaan, maklumat peribadi murid akan dapat diakses
dengan mudah oleh guru melalui komputer dan segala urusan menyampaikan maklumat
kepada ibu bapa dapat diselesaikan dalam masa beberapa minit melalui telefon mudah alih
mereka. Aplikasi itu merupakan satu langkah ke hadapan dalam pembestarian sekolah kerana
merupakan sebahagian daripada sistem pengurusan sekolah. Caj yang dikenakan kepada ibu
bapa untuk menggunakan SMS Sekolah adalah minimum iaitu cuma RM3 sebulan. Projek
perkhidmatan SMS Sekolah oleh MyPressto dilaksanakan dalam dua fasa. Fasa pertama
melibatkan data-data daripada tiga aplikasi, iaitu Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM),
Sistem Maklumat Murid (SMM), dan Sistem Maklumat Pengurusan Pendidikan (EMIS). Data
daripada tiga aplikasi tersebut akan membolehkan sistem menyalurkan maklumat melalui
SMS kepada penjaga berkaitan kehadiran, disiplin, dan latihan pelajar, serta memo. Fasa
kedua pula melibatkan sistem SSDM, Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (SSMS), Sistem
Maklumat Integrasi Pelajar (ISIS), EMIS dan SMM. Dalam fasa itu, maklumat yang dihantar
ialah kehadiran, disiplin, latihan, memo, keputusan peperiksaan, dan takwim aktiviti.
Sepanjang tempoh pelaksanaan fasa kedua, penambahbaikan antara muka juga telah
dilakukan oleh MyPressto. Beberapa fungsi sistem telah bertambah menjadikan sistem itu
lebih mesra pengguna dan dimanfaat sepenuhnya oleh pelanggan. SMS Sekolah mampu
memberikan jawatan dan mengisi keperluan tersebut dengan membolehkan mereka
mendapat maklumat terus daripada pihak Sekolah tentang status kehadiran anak-anak ke
Sekolah, keputusan ujian, aktiviti kokurikulum dan makluman penting yang lain daripada
pihak Sekolah.

Selain itu, Kementerian Sumber Manusia telah pun melancarkan perkhidmatan mencari
pekerjaan menggunakan SMS yang membolehkan orang ramai mengetahui maklumat
mengenai jawatan kosong dalam tempoh yang singkat. Perkhidmatan yang dikendalikan oleh
Bursa Buruh Elektronik(ELX),Jabatan Tenaga Kerja kementerian itu menyediakan pelbagai
maklumat jawatan kosong sama ada di sektor awam mahupun swasta. Pelancaran
perkhidmatan berkenaan dilakukan oleh Menteri Sumber Manusia ketika itu, Datuk Seri Dr.
Fong Chan Onn. Untuk menggunakan perkhidmatan itu, orang ramai hanya perlu menaip ELX
MENU dan hantar kepada 32255 sebagai pendaftaran. Selepas itu, pengguna akan menerima
satu set data maklumat peribadi, jenis jawatan yang dicari, kelayakan yang ada, serta lokasi
untuk diisi, sebelum dihantar semula ke nombor berkenaan. Orang ramai akan dimaklumkan
menerusi SMS sekiranya ada kekosongan jawatan yang sesuai dengan maklumat permohonan
yang telah dihantar sebelum ini. Berdasarkan maklumat dalam laman web ELX, setiap SMS
akan dikenakan caj kepada syarikat telekomunikasi sebanyak RM0.15 sen dan caj premium
sebanyak RM0.30. Perkhidmatan itu merupakan antara usaha kerajaan untuk
mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga manusia, di samping merupakan satu
mekanisme bagi mengatasi masalah pengangguran, dan mengurangkan pergantungan
negara kepada pekerja asing. Bagi golongan pencari pekerjaan, mereka boleh melayari laman
web ELX iaitu www.elx.gov.my atau laman web kementerian iaitu www.mohr.gov. my untuk
keterangan lanjut.

Dalam dunia era globalisasi kini amat malang bagi kita sekiranya kemajuan teknologi
disalahgunakan. Hal ini kerana jika kita perhatikan penyebaran maklumat melalui SMS amat
mudah untuk dijadikan alat penyebar maklumat yang menyangkut pelbagai isu hangat
termasuk isu agama, berbaur perkauman, perhimpunan haram, khabar angin atau berita
palsu, dan sebagainya yang semakin berleluasa dan membimbangkan. Penyebaran mesej
yang menyentuh sensitiviti agama misalnya boleh mencetuskan perbalahan antara kaum dan
ketegangan, serta kegelisahan rakyat di dalam negara. Isu agama ialah isu sensitif dan tidak
boleh dipermainkan kerana mudah mendapat perhatian orang ramai untuk disebarkan kepada
penerima lain.

Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas ke atas individu terbabit yang menyebarkan mesej
tersebut melalui SMS kerana perbuatan mereka amat berbahaya. Sehubungan dengan halitu,
Datuk Seri Najib mengarahkan pihak polis supaya menjalankan Siasatan untuk mengenal
pasti pihak yang bertanggungjawab menyebar mesej melalui SMS itu. Selain itu, Ketua Polis
Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan turut memberi amaran dan mengenakan tindakan
terhadap mereka yang cuba menggugat keselamatan dan ketenteraman negara menerusi
penyebaran SMS palsu. Mana-mana individu yang didapati bertanggungjawab menyebarkan
SMS berunsur fitnah, khabar angin dan palsu boleh ditahan di bawah Seksyen 28 Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Oleh itu, penerima SMS juga perlu memastikan kesahihan
sesuatu berita yang diterima agar tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah sekali
gus turut memanjangkan berita yang diragr. kebenarannya.

Sejak akhir-akhir ini, ada bang kes penipunan melalui penyebarai SMS yang tidak diundang
datang k telefon pengguna. Dalam kes yanf terdahulu, sebanyak 49 penduduk Kuala
Terengganu mengalami kerugian kira-kira RM200,000 akibat tertipu dengan tawaran hadiah
bernilai berpuluh-puluh ribu ringgit yang diterima melalui SMS Sepanjang tahun lepas. Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Komersi Negeri, Supritendan Mohd. Adnan Abdullah berkata, jumlah
kes berkenaan yang dilaporkan pads tahun lepas meningkat sebanyak 3 kes berbanding
tahun sebelumnya, Kebanyakan mangsa yang ditipu melibatkan peraduan Akademi Fantasia 4
(AF4) dan penipuan war menggunakan nama kerajaan Honf Kong.

Pelbagai cara digunakan oleh penjenayah berkenaan yang mendakwa kononnya mereka
daripada syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Celcom dan Maxis, serta tidak ketinggalan
syarikat gergasi seperti Petronas. Sebanyak 16 kes dilaporkan oleh mangsa yang ditipu
melalui SMS daripada AF4, Maxis (tujuh) dan CELCOM empat. Penipuan menggunakan nama
Petronas pula sebanyak 21 kes manakala satu kes SMS berkaitan kerajaan Hong Kong. Modus
operandi penjenayah terbabit cukup mudah, iaitu dengan menghantar SMS mendakwa
penerima memenangi hadiah yang bernilai ribuan ringgit. Suspek kemudian mengarahkan
mangsa memasukkan sejumlah wang ke dalam satu nombor akaun sebelum menunggu
panggilan daripada Suspek bagi menuntut wang yang dimenangi.

Kesimpulan

Secara tuntas, budaya SMS mahupun MMS kini merupakan cars berkomunikasi yang paling
mudah, ringkas, dan efektif, serta lebih menjimatkan untuk berhubung antara satu sama yang
lain. Sebagai pengguna kits perlu bijak menggunakan apa¬apa sahaja kecanggihan yang ada
dalam industri teknologi komunikasi dan maklumat berdasarkan kepentingannya dan bukan
untuk hiburan semata-mata bagi mengelakkan pembaziran. Walau bagaimanapun
syarikat¬syarikat telekomunikasi di negara ini diminta supaya membantu kerajaan memantau
kegiatan pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan teknologi komunikasi
bagi tujuan membendung aktiviti tidak bermoral.

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 23:36 0 ulasan

PEMBANGUNAN USAHAWAN : USAHA DAN PELUANG


Artikel asal milik Tuan Hj Samat Buang

MENURUT Kamus Dewan, keusahawanan berasal daripada kata dasar "usaha" yang merujuk
kepada inisiatif, ikhtiar, kegiatan, dan kerja, serta memikul tanggungjawab untuk mencapai
sesuatu matlamat. Sementara itu, usahawan pula ialah orang yang melibatkan diri dalam
sesuatu perniagaan atau perusahaan. Usahawan bertanggungjawab dalam mengusahakan
sesuatu perusahaan sama ada dalam bidang pertanian, penternakan, pengeluaran, atau
perkhidmatan. Dengan kata lain, usahawan ialah orang yang berusaha membuat sesuatu
yang baru (kreatif), merancang, dan mencipta sesuatu yang lebih baik (inovatif), mengatur,
dan mewujudkan pasaran, serta sanggup menghadapi risiko, sekali gus mempertahankan
daya maju perniagaan yang telah diterokainya. Bidang keusahawanan bukan sahaja bidang
yang amat dituntut oleh Islam, bahkan merupakan sunnah para nabi dan sahabat Rasulullah
s.a.w. dan juga merupakan fardu kifayah bagi umat Islam.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan menyasarkan untuk membudayakan


semangat keusahawanan dalam kalangan 1.5 juta warga Malaysia. Oleh itu, pihak kerajaan
sentiasa memberi penekanan terhadap aspek Pembangunan usahawan semata-mata untuk
melahirkan lebih banyak golongan usahawan dalam pelbagai bidang agar mereka dapat
memajukan diri tanpa batasan. Hal ini selaras dengan pendekatan Islam Hadhari yang
menjadi dasar Pembangunan negara dalam era pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi. Antaranya kerajaan menyediakan banyak bantuan seperti Yayasan
Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia, Bank Pembangunan, serta Industri Kecil dan
Sederhana, di samping membimbing mereka yang ingin memuakan perniagaan. Dasar
kerajaan ialah menggalakkan rakyat berdikari dan menerajui perniagaan kerana dapat
membantu menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat. Secara tidak
langsung, dasar itu memerlukan kesediaan rakyat untuk berubah, iaitu bekerja sendiri dan
tidak mengharapkan pekerjaan sama ada dengan kerajaan atau swasta. Rakyat tidak boleh
terus mengharapkan majikan menyediakan pekerjaan kerana pada masa ini terlalu banyak
orang yang memiliki kelulusan tinggi. Kita mahu mereka juga menjadi bos dan tidak sekadar
kuli. Lantaran itu, kerajaan akan terus menggalakkan masyarakat supaya menceburi bidang
ini kerana pada masa yang sama mereka membantu negara dalam mengurangkan kadar
pengangguran dan membangunkan negara.

Selain itu, pemimpin nombor dua negara, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak,turut menyeru rakyat negara ini terus terlibat secara aktif dalam bidang ekonomi
termasuk meningkatkan budaya wiraswasta sejak di bangku sekolah dan menara gading lagi.
Konsep wiraswasta yang bermaksud orang bijak dan berkebolehan dalam mengusahakan
perniagaan serta perdagangan secara profesional merupakan langkah yang dapat
merapatkan jurang ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu. Sehubungan dengan itu, beliau
berharap semua pihak khususnya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan terns melaksanakan
tanggungjawab sosial bagi membantu menggandakan usahawan Melayu termasuklah
wiraswasta wanita yang berdaya saing dan berdaya tahan. Dengan adanya budaya
wiraswasta ini juga telah membuatkan 50 GLC yang majoritinya diterajui pengurusan dan
profesional bumiputera berjaya menempa kejayaan. Oleh itu, para usahawan tempatan dapat
merebut peluang keemasan ini untuk memberanikan diri meneroka bidang-bidang perniagaan
baharu termasuk pengeluaran produk halal, bidang perubatan, logistik, bioteknologi, dan
pertanian moden. Mereka juga boleh menceburkan diri dalam bidang kewangan Islam,
aeroangkasa, minyak dan gas, pelancongan, dan animasi.

Ribuan siswazah lulusan universiti atau yang makan gaji dengan syarikat, wajar menjadi
usahawan yang mampu meneroka bidang-bidang ini setelah mendapat ilmu dan latihan yang
cukup. Di samping itu, kerajaan juga amat memandang serius bidang pertanian sebagai
Industri yang penting dan mempunyai impak, serta potensi yang besar kepada pembangunan
ekonomi negara. Hal ini sinonim dan bertepatan dengan slogan yang Bering diuar¬uarkan
kerajaan melalui media massa iaitu 'Pertanian adalah Perniagaan'.Sebagaicontoh, dalam
bidang usahawan tani kerajaan menjangkakan lebih 10,000 usahawan tani baharu dapat
dilahirkan dalam RMK-9 berikutan sambutan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakat
petani, penternak, dan nelayan untuk menjadi usahawan tani. Menteri Pertanian dan Industri
Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada tahun 2007 sahaja pihaknya telah
meluluskan permohonan sebanyak 3,400 pengusaha kecil untuk mengusahakan pelbagai
aktiviti asas tani bagi menambah pendapatan masing-masing. Keadaan ini berlaku berikutan
terdapat kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat tani yang menyedari bidang itu
berpotensi besar untuk berkembang dan memberikan pulangan lumayan. Bagi tujuan itu,
pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM34 juta bagi membantu
pengusaha¬pengusaha kecil di luar Bandar mengembangkan perniagaan masing¬masing
agar terns berkembang dan berdaya saing. Kesemua pemohon telah menjadi usahawan tani
yang berdaya saing hingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Bagi membuktikan kesungguhan dan komitmen yang berterusan, kerajaan menawarkan pakej
bernilai RM2 bilion kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menjadi usahawan
akuakultur. Menterinya berkata, melalui pakej tersebut kerajaan akan menyediakan tapak
penternakan, infrastruktur asas, pinjaman kewangan, dan peluang pasaran ke luar atau dalam
negara. Mereka yang berminat hanya perlu mengusahakannya dengan kepakaran serta
teknologi yang dimiliki masing-masing. Sebanyak 39 kawasan disediakan di bawah konsep
Zon Industri Akuakultur (AIZ) untuk tujuan berkenaan yang dimulakan penghujung tahun
2007. Infrastruktur asas dalam pakej ini termasuk jalan raya, cumber air, dan talian
komunikasi manakala pinjaman disediakan oleh Bank Pertanian dengan kerjasama beberapa
institusi kewangan lain. Pihak swasta yang berminat mengusahakannya hanya perlu
menyuntik kepakaran teknologi yang mereka miliki.

Industri akuakultur di negara ini menghasilkan keluaran sebanyak 203,000 tan metrik bernilai
RM1.3 bilion tahun lalu. Menurutnya, penyumbang terbesar hash pengeluaran tersebutialah
kerang¬kerangan, ikan air tawar, dan udang. Pada 2010 sasaran jumlah pengeluaran
akuakultur adalah sebanyak 662,000 tan metrik dengan nilai kira-kira RM6.3 bilion. Bagi segi
pengeluarannya pula, dijangka berkembang sebanyak 21.5 peratus setahun bermula 2006.
Kawasan-kawasan berpotensi untuk dibangunkan dengan akuakultur ialah seluas 330,200
hektar dengan 35,000 hektar dijangka dibangunkan menjelang 2010. Penternakan ikan tilapia
dilihat mempunyai potensi besar untuk dimajukan di negara ini berdasarkan permintaan yang
semakin meningkat. Tilapia merupakan ternakan ikan air tawar kedua popular selepas kap
dengan pengeluaran sedunia sebanyak 2.3 juta tan metrik pada tahun 2005. Amerika Utara,
iaitu Amerika Syarikatdan Kanada merupakan pengimport terbesar tilapia diikuti negara
Eropah seperti United Kingdom, Belgium, Perancis, serta Kanada manakala negara Timur
Tengah antaranya ialah Arab Saudi, Kuwait, Jordan, dan Emiriah Arab Bersatu. China pula ialah
pengeksportdan pengeluarterbesar tilapia dengan hash keluaran sebanyak sejuta tan metrik
pada 2005.

Penganjuran Gerak Usahawan yang konsisten sejak tahun 2005 merupakan terjemahan hasrat
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia (MeCD) untuk memberi galakan
kepada orang ramai menjadikan bidang keusahawanan sebagai satu kerjaya pilihan. Hal ini
selari dengan visi kerajaan untuk melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB) yang berdaya wing dan mampu meneroka kekayaan-kekayaan baru.
Melalui Gerak Usahawan berpuluh¬puluh ribu usahawan baru berjaya dibangunkan dalam
pelbagai bidang daripada pemakanan dan minuman, kosmetik, jualan langsung, insurans,
perkhidmatan, telekomunikasi, teknologi, pertanian, francais, tekstil, sehinggalah kepada
sektor automotif. Program murni ini turutsokongan padu daripada semua agensi McCD
terutama UDA Holdings, Bank Rakyat, Mara, Bank SME, Bank Pembangunan, Perbadanan
Nasional Berhad (PNS), dan Yayasan Tekun Nasional. Penternakan ikan tilapia dilihat
mempunyai potensi besar untuk dimajukan di negara ini berdasarkan permintaan yang
semakin meningkat. Tilapia merupakan ternakan ikan air tawar kedua popular selepas kap
dengan pengeluaran sedunia sebanyak 2.3 juta tan metrik pada tahun 2005.

Tidak cukup dengan itu, setiap agensi menawarkan perkhidmatan terbaik untuk bakal
usahawan dengan menyediakan pusat serenti yang meliputi khidmat bimbingan, peluang
pembiayaan, dan pinjaman, serta sokongan berterusan dalam pelbagai aspek yang lain.
Kejayaan McCD sebagai kementerian yang bertanggungjawab membudayakan bidang
keusahawanan, menyediakan bimbingan dan sokongan berterusan dapat diukur melalui minat
rakyat terutama golongan muda dan siswazah yang kini tidak lagi teruja untuk "makan gaji"
tetapi sudah bersedia menjadi "tuan" untuk diri sendiri.
Selain itu, mulai semester Julai tahun lalu, semua pelajar baharu yang mendaftar di institusi
pengajian tinggi awam (IPTA) diwajibkan mengambil mata pelajaran keusahawanan. Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, melalui mata pelajaran itu, para pelajar
akan didedahkan dengan asas-asas untuk menjadi usahawan. Mata pelajaran tersebut
mempunyai dua jam kredit, iaitu 25 peratus merupakan teori manakala selebihnya latihan
amali di beberapa syarikat dalam pelbagai bidang khususnya industri kecil dan sederhana.
Mata pelajaran ini hanya asas dan diwajibkan kepada semua pelajar IPTA supaya minda
mereka terbuka untuk berdikari dengan meneroka setiap peluang yang ada. Melalui
pendedahan sebegini mereka tidak lagi terlalu bergantung kepada kerajaan untuk mencari
pekerjaan. Semasa latihan amali keusahawanan, para pelajar dikehendaki menyediakan serta
membentangkan kertas kerja dan membuat permohonan dengan syarikat-syarikat terlibat
tentang jenis atau bentuk perniagaan yang hendak mereka jalankan. Kerajaan
berkemungkinan mempertimbangkan untuk membantu pelajar yang dilihat berpotensi
menjadi usahawan supaya mereka mampu mencapai kejayaan cemerlang datam bidang itu.

Bidang keusahawanan kini diceburi bukan sahaja lelaki, tetapi juga wanita malah ada antara
mereka yang muncul sebagai usahawan berjaya. Kaum wanita merupakan tulang belakang
kepada pembangunan keluarga dan negara, serta pembabitan mereka semakin ketara dalam
bidang ekonomi, profesional, dan korporat. Semakin banyak kaum wanita yang melibatkan
diri dalam bidang keusahawanan dan menjalankan perniagaan, baik secara kecil-kecilan
mahupun besar¬besaran di dalam negeri dan di luar negara. Perkembangan sihat ini
merupakan satu tanda positif dan jelas menunjukkan wanita semakin prihatin dengan
kemajuan diri. Usahawan wanita digesa bersikap lebih agresif memajukan perniagaan dengan
meletakkan matlamat memasarkan produk mereka sehingga peringkat antarabangsa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz berkata, mereka
perlu memikirkan agar pelbagai barangan termasuk kraf tangan, pakaian, dan makanan
keluaran mereka dapat memasuki pasaran lebih luas. Malah, mereka juga perlu memastikan
setiap produk yang dikeluarkan bermutu dan mampu mendapat Sijil Piawaian Antarabangsa
(ISO). Bagi memudahkan mendapat sokongan dan bantuan mereka juga perlu membuat
rangkaian dan hubungan perniagaan yang strategik dengan pelbagai agensi berkaitan.
Langkah itu penting kerana kerajaan sentiasa berusaha ke arah meningkatkan taraf dan
kedudukan wanita supaya bukan sahaja dihormati, malah setanding dengan kaum lelaki
termasuk bidang keusahawanan. menembusi pasaran peringkat antarabangsa.

Secara tuntas, keinginan untuk berniaga semakin hari semakin banyak, tapi peluang yang
dapat disediakan oleh kerajaan amat terhad. Oleh itu, Selain kerajaan para usahawan yang
telah berjaya diharap dapat membantu kerajaan dengan memberi peluang kepada mereka
yang ingin menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Mudah-mudahan dengan usaha
untuk menjanakan pembangunan usahawan di negara kita dapat mewujudkan lebih banyak
peluang pekerjaan, meningkatkan kemakmuran ekonomi negara, sekali gus memanfaatkan
sumber manusia secara optimum. Manakala, Bagi para usahawan pula mereka pula sentiasa
meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, terus berusaha, dan mementingkan
kualiti barangan atau perkhidmatan yang dipasarkan, di samping mempunyai visi dan misi
untuk

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 23:30 0 ulasan

KEMALANGAN JALAN RAYA


Artikel Asal Milik Tuan Hj Samat Buang
ISU nahas atau kemalangan dan kematian di jalan raya sudah menjadi masalah negara yang
Bering menghantui kits setiap hari. Kemalangan jalan raya yang banyak berlaku pada musim
perayaan khususnya bukan sahaja satu kerugian kepada keluarga mangsa dan
rakan¬rakannya, tetapi kerugian modal insan yang besar kepada negara Setiap nyawa yang
hilang akibat kemalangan jalan raya merupakan kerugian kepada negara kerana banyak wang
dan perbelanjaan telah dikeluarkan ke atas mereka bagi tujuan persekolahan, peperiksaan,
serta latihan pekerjaan.

Sebenarnya pelbagai modus operandi telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam usaha
untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya pada musim perayaan. Ops
Pacak, Ops Sikap, Ops Statik, penggunaan helikopter untuk memantau pergerakan kenderaan,
pengedaran poster, kempen kesedaran dan termasuk penguatkuasaan dijalankan merupakan
antara prakarsa kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa selamat ketika berada
di jalan raya. Ops Sikap yang telah diadakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini misalnya
lebih menumpukan kepada Sikap pengguna jalan raya yang menjadi faktor kemalangan dan
peningkatan kadar kematian di jalan raya terutamanya pada musim perayaan. Namun, apa
yang dilihat ialah masih banyak jumlah kemalangan dicatatkan dan nahas jalan raya kini
menjadi ancaman nombor satu di Malaysia yang semakin menggawatkan lebih-lebih lagi
dengan penambahan jumlah kenderaan saban tahun. Angka kematian bukan sahaja tidak
pernah menurun malah pemandu-pemandu semakin rakus menjadikan jalan raya sebagai
tempat untuk benumbs, selain mengambil kesempatan menguji kemampuan kenderaan
masing-masing memecut.

Usaha mensifarkan kemalangan jalan raya bukanlah impian pihak kerajaan semata-mata.
"Tiada apa yang mustahil di dalam dunia ini." Pepatah Melayu ini sangat sinonim dengan
sesiapa sahaja yang bertekad untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan. Hal ini jugs
seolah¬olahnya merupakan kenyataan beramaran bahawa sekiranya seseorang mahukan
sesuatu, mereka akan melakukan apa¬apa sahaja. Manusia, sekiranya dalam keadaan
terpaksa boleh melakukan sesuatu yang luar biasa. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi berkata, kerajaan tiada mahu langsung kemalangan jalan raya pada musim
perayaan walaupun ramai menganggapnya mustahil. Menurutnya,keadaan "nahas sifar" ini
boleh dicapai kerana kajian menunjukkan kebanyakan kemalangan jalan raya disebabkan oleh
faktor manusia dan bukannya faktor kenderaan atau jalan tidak elok. Memang Ops Sikap itu
membantu kerana tanpa Ops Sikap, kita tidak dapat membayangkan betapa banyak lagi yang
akan mati di atasjalan raya. Persoalannya takkan sehingga kita terpaksa mengharapkan Ops
Sikap sepanjang tahun, tetapi pemandu itu sendiri tidak mahu mengubah sikap mereka
sendiri. Slogan "Anda Mampu Mengubahnya" memang tepat sebagai peringatan kepada
semua pengguna jalan raya.

Menara tinjau polis

Enam belas menara pemerhati polis beroperasi di seluruh negara bermula penghujung Jun
tahun ini dalam usaha pihak berkuasa untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya
terutama kemalangan maut. Dengan kehadiran polis trafik yang dapat dilihat dari jarak jauh
oleh pengguna jalan raya di semua menara berkenaan akan memberi kesedaran dan
mengingatkan pengguna supaya memandu dengan lebih berhemah dan bertimbang rasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, tiga buah menara itu yang dibina oleh
Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Berhad sebelum ini telah terbukti Program
Pendidikan Keselamatan lalan Raya (PPK1R) dapat membantu memberi kesedaran dan panda
arah uMuk menjadi pemandu yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi berkesan
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Berdasarkan itu, cawangan trafik Polis Diraja
Malaysia (PDRM) memanjangkan idea pembinaannya yang dicetuskan Perdana Menteri dan
diluluskan Kabinet ke jalan Persekutuan berdasarkan statistik kadar kemalangan yang agak
tinggi di situ. Senarai lokasi menara pemerhati polis selain di Ayer Keroh ialah di Km. 33 Jalan
Kuala Terengganu¬Kuantan, Km. 81 Jalan Jerangau¬Jabor, Km. 51 Jalan Alor
Star¬Butterworth, Km. 85.5 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Km. 29.3 Jalan Klang¬Teluk Intan, Km.
15 Jalan Tampin¬Segamat, Km. 36 Jalan Kuantan¬Kemaman, Seksyen 57 Jalan Kota Tinggi-
Sungai Rengit, Km. 184 Jalan Johor Baharu-Seremban, Km. 83 Jalan Gua Musang-Kuala Krai,
Km. 62 Jalan Gua Musang- Kuala Krai, Jelutong Expressway; Km. 40 Jalan Sibu-Bintulu, Km. 30
Jalan Kuching¬Serian, dan Km. 4.8 Jalan Tuaran, Sabah. Laluan motosikal di seluruh negara
Tidak dinafikan bahawa setiap kali Ops Sikap diadakan, tumpuan yang lebih diberikan kepada
penunggang dan pembonceng motosikal kerana peratusnya sangat tinggi, iaitu sebanyak 60
peratus daripada keseluruhan jumlah kes kemalangan yang direkodkan. Lantaran itu, pihak
kerajaan akan membina lorong khas motosikal dijalan-jalan Persekutuan di seluruh negara
termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya yang
banyak melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri
S. Samy Vellu berkata, projek yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun itu membabitkan
pembinaan lorong motosikal sejauh 323 kilometer dengan kos kira¬kira RM140 juta. Projek ini
akan dibina di jalan-jalan Persekutuan, iaitu jalan raya yang dibina dan diselenggarakan oleh
Kerajaan Persekutuan. Tumpuan projek pembinaan lorong khas itu akan diberikan kepada
jalan raya yang dikenal pasti sebagai kawasan Bering berlaku kemalangan. Perangkaan
nahasjalan raya pada tahun lepas menunjukkan sebanyak 3,693 penunggang dan
pembonceng motosikal meninggal dunia dengan jumlah kes kematian paling tinggi berlaku di
jalan-jalan Persekutuan, iaitu sebanyak 1,316 kes. Kerajaan yakin dengan adanya lorong khas
itu dapat mengurangkan kadar nahas di negara ini khususnya kes-kes kemalangan maut.

Selain usaha pihak kerajaan mengekang kemalangan jalan raya, langkah yang paling tepat
untuk dilaksanakan ialah melalui pendidikan. Tidak ada yang tidak kena dengan kempen atau
ops yang dilancarkan setakat ini, cuma pemandu di Malaysia ini perlu diberikan pendidikan,
barangkali seawal mungkin. Melalui pendidikan sahaja, sikap pemandu di Malaysia ini
berupaya diperbetul.

Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PPKJR) yang telah diperkenalkan di 7,601
sekolah rendah terpilih akan dapat membantu memberi kesedaran dan pandu arah untuk
menjadi pemandu yang berhemah di peringkat yang lebih awal lagi. Begitu juga dengan
terlaksananya program keselamatan jalan raya melalui komuniti yang membabitkan majikan,
pemimpin, ahli politik, ketua agama, pendidik, badan profesional, sukarelawan dan belia juga
diharapkan akan menjadi pemangkin bagi merealisasikan hasrat murni kerajaan dan seluruh
warganegara.

Analisis dalam beberapa Ops Sikap sebelum ini mendapati, sikap pemandu yang tidak
mematuhi undang-undang jalan raya dan tidak mempedulikan kenderaan lain merupakan
punca peningkatan kemalangan. Dengan kata lain, pemandu secara umumnya hanya
mematuhi peraturan atau bersikap hipokrit apabila ada kelibat polis dan bukan kerana sikap
untuk keselamatan jalan raya. Peraturan jalan raya sepatutnya dipatuhiatas
dasarsedartentang kebaikannya dan bukan takut daripada disaman pihak berkuasa.
Sebenarnya, kesediaan untuk mematuhi peraturan, arahan, dan barisan tidak memerlukan
kita berpendidikan tinggi dan tidak pula menjatuhkan apa-apa juga nilai baik yang ada dalam
diri kita. Kempen Keselamatan Jalan Raya bukanlah untuk menyusahkan,tetapi memberi
faedah kepada pengguna. Segala peraturan jalan raya, serta papan-papan tanda amaran
adalah sebagai panduan bagi memelihara keselamatan jalan raya untuk semua pemandu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan baru-baru ini mahu kaedah pemberian mata
'demerit' kepada pesalah jalan raya dihidupkan semula bagi memastikan pemandu kenderaan
yang banyak menerima saman disenaraihitamkan. Sistem tersebut berupaya beroperasi
dengan baik sekiranya diselenggarakan dengan betul. Malah, kaedah pemberian mata
'demerit' itu mampu mengurangkan masalah kemalangan jalan raya kerana lesen pemandu
yang kerap melakukan kesalahan jalan raya tidak dibenarkan diperbaharui. Pada awal tahun
ini, PDRM meminta supaya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menghidupkan kembali kaedah
pemberian mata "demerit" kepada pesalah jalan raya bagi membendung jumlah kemalangan
maut yang semakin serius sehingga mencecah 6,000 kematian setiap tahun dan
mengakibatkan negara kerugian kira-kira RM9 bilion setiap tahun. Ketua Trafik Pasukan Bukit
Aman ketika itu, Senior Asisten Komisioner (SAC) II Nooryah Md. Anvar memberitahu, sistem
pemberian mata demerit bagi setiap kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pemandu itu
terbukti mampu mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya. Melalui kaedah yang
diperkenalkan di bawah Sistem Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) pada 1997 itu, rekod
pesalah diwujudkan melalui notis saman berkaitan dengan kesalahan terjadual dan mata
'demerit' akan dikira. Selagi JPJ tidak menghidupkan semula sistem itu, pihaknya tidak dapat
menguatkuasakan penggunaan kaedah berkenaan yang dilihat sebagai kaedah terbaik
menangani masalah peningkatan kemalangan jalan raya. Menurutnya di Paris, jumlah
kematian akibat kemalangan hanya 50 orang setahun dan hal ini amat memeranjatkan, serta
terbukti sistem demerit berkesan dalam mengurangkan

jumlah kemalangan jalan raya pada musim perayaan.

Pemasangan Kamera Sistem Penguatkuasaan Autotmatik

Automatik (AES) yang antaranya berfungsi sebagai perangkap had laju dan merakam
pelbagai kesalahan trafik akan dipasang di sepanjang Lebuh Raya Utara Selatan dan sekitar
Kuala Lumpur, serta Shah Alam. Pemasangan kamera itu yang akan dilaksanakan dalam tiga
fasa sehingga 2010. Di bawah fasa pertama dan kedua, Unit Kamera Pengawasan Bergerak
telah diwujudkan untuk memantau pemandu dan pengguna jalan raya yang memandu
dengan laju dan tidak mematuhi lampu isyarat. Di bawah fasa ketiga, kamera pengawasan
akan mengawasi aspek kesalahan lalu limas yang lain seperti memotong di garisan
berkembar dan menggunakan lorong kecemasan. Pemasangan sistem yang dilaksanakan oleh
JPJ itu bertujuan memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang lalu
limas dan sebagai bukti pendakwaan. AES ialah antara empat projek yang dicadangkan
kementerian itu di bawah Pelan Induk Keselamatan Jalan Raya selama lima tahun (2006-
2010). Projek lain pula membabitkan program dalam pendidikan, Penguatkuasaan,
kejuruteraan, dan perlindungan alam sekitar. Pengarah Penguat Kuala JPJ, Salim Parlan
berkata, beberapa kawasan dipilih untuk fasa pertama AES sebelum diperluas ke seluruh
negara. Fasa pertama AES akan mula digunakan menjelang musim perayaan tahun ini. AES
akan diletakkan di lorong-lorong kenderaan awam di Kuala Lumpur, lampu-lampu isyarat di
seluruh Shah Alam dan juga di kawalan perangkap had laju di Lebuh Raya Utara Selatan.
Melalui AES, kamera mengawasi setiap pergerakan kenderaan dan mencatat kelajuan dan
maklumat itu dihubungkan ke pusat kawalan untuk mengenal pasti kenderaan yang
melakukan kesalahan lain lintas. Anggota JPJ yang bertugas di pusat kawalan itu nanti akan
memproses gambar yang diterima itu bagi mengenal pasti identiti dan alamat pemandu.
Sistem itu terbukti berkesan dalam mendisiplinkan pemandu dan pengguna jalan raya, sekali
gus mengurangkan kemalangan jalan raya dan kematian akibat nahas itu. Negara-negara
seperti Australia, Amerika Syarikat, Eropah, China, dan Korea Selatan telah lama
menggunakan sistem ini dalam usaha mendisiplinkan pemandu dan pengguna.

Secara tuntas, pihak polis atau penguat kuasa memang sentiasa berusaha sedaya-upaya
untuk mengekang kemalangan daripada terns bertambah. Namun, soal keselamatan di jalan
rays adalah tanggungjawab setiap individu sebagai pengguna jalan raya dan bukannya
tanggungjawab pihak berkuasa atau kerajaan semata-mata. Pengguna perlu menganggap
sasaran menurunkan statistik kemalangan jalan raya ke peringkat sifar merupakan satu
tuntutan sosial. Usaha mensifarkan nahas jalan raya tidak kira sama ada sempena perayaan
mahupun di luar musim perayaan bukanlah suatu perkara yang mustahil. Tegasnya, setiap
pengguna haruslah mempunyai komitmen yang perlu ditunaikan setiap kali berada di jalan
raya.

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 23:25 0 ulasan

TELEFON BIMBIT
Telefon bimbit merupakan alat komunikasi penting dalam era globalisasi ini terutama kepada
golongan remaja. Penggunaan telefon bimbit yang begitu meluas ini telah membuktikan
bahawa teknologi ini penting kepada remaja dan impak negatif yang timbul. Jelaskan.

Telefon bimbit sudah menjadi satu bentuk perhiasan diri yang harus dimiliki oleh semua
remaja. Kecanggihan telefon bimbit sering menarik minat remaja sehingga ada yang sanggup
menahan lapar atau bekerja ketika cuti sekolah semata-mata untuk mendapat telefon bimbit
yang lebih baik. Keadaan ini menyebabkan ramai yang menganggap telefon bimbit sudah
menjadi satu pembaziran tetapi ada yang masih menyanjung kepentingan telefon bimbit ini.
Lantaran itu, apakah kebaikan-kebaikan telefon bimbit kepada remaja?

Satu kebaikan memiliki telefon bimbit ini ialah kemudahan untuk berkomunikasi. Hubungan
antaa ibu bapa, adik, kakak, abang, kawan, guru dan sebagainya menjadi lebih akrab kerana
telefon bimbit mempunyai kelebihan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh perbualan tradisi
kita. Konsep sistem pesanan ringkas (SMS) yang unik bersama-sama dengan ikon dan lagu
atau irama menjadikan penggunaan teknologi ini untuk berinteraksi begitu romantik.
Kemudahan berhubung juga mengelakkan pelbagai masalah seperti aspek keselamatan, tidak
membuang masa untuk menunggu dan mendapat ketepatan tentang sesuatu perkara yang
sering menimbulkan masaalah kepada remaja kini. Jadi, telefon bimbit memang membawa
kebaikan kepada remaja dalam aspek komunikasi.

Kebaikan kedua ialah telefon bimbit ini menjadi satu bentuk penyampaian informasi yang
pelbagai dan menarik. Teknologi ini memudahkan pelbagai maklumat disalurkan seperti
berita, lagu dan data peribadi. Maklumat ini berguna kepada remaja kerana melalui
penggunaan yang betul semua maklumat ini dapat memastikan remaja memahami sesuatu
atau melakukan sesuatu dengan betul. Jelaslah, telefon bimbit yang mempunyai pelbagai
guna ini penting dalam memastikan remaja kita menjadi remaja berinformasi.

Sudah pasti impak yang paling banyak dipaparkan ialah penggunaan telefon bimbit ini
menyebabkan kos hidup remaja bertambah. Sikap suka menggunakan telefon ini untuk
berhubung memastikan kos turut bertambah dan penggunaan telefon yang sebegini
menyebabkan remaja tidak nampak penggunaan kosnya sehinggalah mereka terpaksa
membayar bil telefon itu. Keadaan ini mungkin membawa mereka terpaksa mencari wang dan
ada yang terpaksa beralih ke arah cara yang negatif seperti mencuri. Lantaran itu, telefon
bimbit mampu menyebabkan remaja mengalami masaah kewangan yang serius.

Tambahan pula, penggunaan telefon bimbit menyebabkan remaja tidak memberi tumpuan
dalam aspek pendidikan mereka. Ada remaja terutama yang masih belajar menggunakan
telefon bimbit di dalam kelas ketika guru mengajar tanpa segan silu. Mereka juga sering
menghabiskan masa dengan membuat SMS atau berbual sehingga melupakan tanggung
jawab mereka sebagai pelajar iaitu belajar. Akibatnya, banyak pelajar akan terjejas prestasi
pelajarannya kerana penggunaan telefon bimbit.

Konklusinya, telefon bimbit harus dikawal penggunaannya terutama kepada remaja. Ibu bapa
harus menegur dan memarahi anak mereka yang keterlaluan menggunakan teknologi ini.
Namun dalam masa yang sama penggunaan telefon bimbit in turut memberi sat dimensi baru
kepada hubungan keluarga. Mungkin remaja harus lebih bijak dalam kemelut ini supaya
mereka terus dihormati oleh masyarakat

Dipetik daripada : Blog Cikgu Azman

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 23:21 0 ulasan

RASUAH : PUNCA DAN CARA MENGATASI


Karangan Rasuah. Faktor-faktor penyebab dan langkah-langkah mengatasinya

Fenomena rasuah sering dikaitkan dengan istilah tumbuk rusuk atau makan suap dan
konotasi ini membawa maksud yang negatif kepada imej sesebuah masyarakat itu. Semakin
tinggi kadar rasuah di sesebuah negara itu maka semakin rendahkan persepsi masyarakat
luar terhada kemampuan rakyat negara terbabit untuk melakukan sesuatu terutama dalam
aspek ekonomi. Media massaa turut menyiarkan pelbagai kes yang melibatkan pegawai
kerajaan berprofil tinggi yang terlibat dalam amalan rasuah ini sebagai bukti betapa masalah
ini semakin menular dalam masyarakat kita. Jelaslah, fenomena sosial ini mempunyai
pelbagai imlikasi, punca dan langkah yang efektif untuk menanganinya.

Punca yang ketara tentang gejala ini sering dikaitkan dengan masalah ketelusan sistem
pentadbiran kerajaan kita. Masyarakat menganggap masaah rasuah ini bermaharajalela
kerana kerajaan tidak memiliki satu sistem yang telus terutama dalam aspek pemberian
tender dan projek lain yang menyebabkan ramai pekerja awam mengambil kesempatan
daripada kelemahan itu untuk mengambil wang secara haram ini. Ketiadaan sistem
pemantauan yang berkesan telah menyebabkan ramai kaki tangan awam yang terangsang
untuk melakukan jenayah yang keji ini. Jelaslah, masalah ini berleluasa apabila tiadanya satu
ketelusan dalam sistem tadbiran awam negara kita.

Selain itu, masalah jenayah kolar putih ini turut merebak lantaran sikap masyarakat kita yang
tidak peka dengan polemik masalah ini secara terperinci. Ada kalangan masyarakat yang
menganggap masalah ini merupakan asam garam kehidupan yang harus dan telah dialami
oleh semua negara di dunia ini. Persepsi sedemikian menyebabkan mereka menganggap
tindakan mengambil rasuah dan memberi rasuah itu sudah menjadi satu kebiasaan yang
tidak pernah dimalukan oleh sesiapa sahaja. Maka, kurangnya pemahaman masyarakat
terhadap masalah rasuah ini menyebabkan masalah ini menular secara pantas dalam
masyarakat kita terutama yang tinggal di bandar-bandar besar.

Bukan sahaja kurangnya pemahaman tentang masalah ini yang membawa penularan gejala
sosial ini tetapi masalah ini turut mempunyai kaitan dengan penguatkuasaan undang-undang
yang dikatakan lemah dalam sistem perundangan negara kita tentang isu rasuah ini.
Tindakan mahkamah mengenakan hukuman yang dianggap ringan kepada pesalah-pesalah
rasuah berbanding dengan jumlah rasuah yang diambil oleh mereka telah memberikan satu
pandangan negatif terhadap keupayaan sistem kehakiman kita untuk menangani isu ini.
Hukuman yang ringan ini dikatakan menjadi motivasi kepada pihak-pihak tertentu untuk
mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar mereka masih mampu menikmati
hasil rasuah yang mereka ambil itu setelah keluar dari penjara. Sesungguhnya, kelemahan
dalam sistem kehakiman menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan rasuah di
negara ini telah memberi satu pandangan salah tentang rasuah ini kepada masyarakat kita.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah rasuah ini? Sudah
pasti tindakan awal ialah kerajaan membuktikan kesungguhan mereka dalam menangani
kemelut ini dengan menahan, mendakwa dan menghukum pesalah-pesalah rasuah tanpa
mengira kedudukan mereka. Rakyat masih beranggapan bahawa masih ada pihak-pihak
tertentu yang mengambil rasuah tetapi mereka tidak di bawa ke muka pengadilan yang
menimbulkan rasa tidak ppercaya rakyat akan keikhlasan kerajaan menangani isu ini.
Kesungguhan kerajaan mendakwa atau menyeret mereka ini ke mahkamah akan memberi
satu peringatan agar mereka tidak mengambil rasuah pada peringkat awalnya.
Sesungguhnya, tindakan tegas kerajaan mendakwa semua pihak yang terlibat tanpa memilih
bulu akan memberi petanda bahawa pengamal rasuah akan menerima hukuman yang
setimpal dan menakutkan mereka untuk melakukan jenayah ini.

Usaha kerajaan untuk menakutkan pesalah rasuah dan masyarakat boleh dicapai menerusi
satu kempen iklan yang efektif. Kempen yang dilancarkan itu mestilah menggunakan media
massa secara holistik iaitu daripada akhbar hinggalah ke internet untuk memastikan semua
khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. Semua imej atau aksi yang dipaparkan
melalui iklan itu mestilah berupaya meninggalkan kesan atau menjadikan masyarakat berfikir
dua kali sebelum mereka menerima rasuah. Jadi, kempen yang begitu mudah tetapi berkesan
menjadi satu wahana yang baik dalam peperangan memerangi amalan rasuah ini.

Seterusnya, penerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor
pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan
konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya
mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya
mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah
ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak
sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan.

Konklusinya, semua faktor dan langkah mengatasi kemelut sosial ini harus diteliti dan
dipantau oleh semua pihak dengan berkesan. Perubahan paradigm masyarakat terhadap
rasuah perlu berlaku terlibat dahulu jika masalah ini hendak diatasi hingga ke akar umbinya.
Kelewatan untuk mengatasi masalah ini mampu menjadikan negara kita satu negara yang
begitu sukar untuk dipercayai dan diuruskan pada masa hadapan. Mungkin konsep mencegah
daripada mengubatinya lebih berkesan dalam memastikan rasuah terus berkubur dalam
tempat yang sepatutnya.

Dipetik daripada : Blog Cikgu Azman


Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 22:27 0 ulasan

CARA-CARA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL


Permainan tradisional semakin dipinggirkan pada zaman ini. Pada pendapat anda, perlukan
usaha-usaha dilakukan untuk mempertahankan permainan-permainan tradisional?

Apakah definisi permainan tradisional? Sebenarnya menurut Kamus Dewan, permainan


tradisional merujuk permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu
untuk satu tempoh yang tertentu seperti dalam kes masyarakat kita permainan gasing, wau
dan dam menjadi permainan tradisional. Masyarakat kita masih lagi memainkan permainan ini
tetapi semakin lama semakin dipinggirkan terutama oleh masyarakat muda di negara ini yang
terlalu mengutamakan permainan moden. Peminggiran permainan tradisional ini turut
diketengahkan oleh media massa yang sering menyiarkan rungutan penggiat budaya yang
menganggap masyarakat belia di negara ini sudah tidak lagi memandang tinggi permainan
budaya sendiri. Oleh itu, ada banyak tindakan yang boleh dilaksanakan untuk memastikan
permainan ini terus wujud dalam minda masyarakat kita.

Langkah awal yang boleh dilakukan dalam menangani isu ini ialah kerajaan menyediakan
lebih banyak tempat-tempat atau gelanggang untuk memudahkan rakyat memainkan
permainan ini. Kewujudan gelanggang ini memberi peluang kepada semua lapisan
masyarakat untuk bersama-sama menikmati permainan ini. Kekerapan bermain permainan ini
berupaya untuk mewujudkan satu kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya mereka
ini. Oleh itu, pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak berwenang mampu memberi
nafas baru kepada keseinambungan permainan warisan budaya ini.

Berkaitan dengan pembinaan gelanggang, pihak kerajaan boleh memajukan permainan ini
dengan turut menyediakan jurulatih yang terlatih di setiap gelanggang yang telah disediakan
itu. Kewujudan jurulatih ini memastikan masyarakat menerima latihan yang tepat tentang
sesuatu permainan itu dan berupaya mengajarkan ilmu itu kepada anak-anak mereka pula.
Langkah ini memastikan berlakunya keseinambungan dalam memainkan permainan yang
semakin dilupakan lantaran tiadanya tunjuk ajar yang tepat tentang permainan tersebut.
Jelaslah, permainan warisan budaya ini akan terus dimainkan jika ada jurulatih yang
bertauliah untuk mengajar masyarakat kita.

Selain itu, pihak sekolah boleh menjadikan permainan tradisional ni sebagai salah satu bentuk
aktiviti kokurikulum yang disertai oleh pelajar. Tindakan ini memastikan pelajar kita terdedah
dengan jenis-jenis permainan tradisiona sejak muda lagi dan memahami kepentingan
mengekalkan permainan ini. Kesedaran yang dipupuk sejak awal in mampu memberi impak
yang mendalam dalam jiwa seseorang pelajar sehinggalah mereka memasuki alam dewasa.
Jadi, pihak sekolah wajib menjadikan permainan ini sebagai satu aktiviti sekolah yang penting
untuk disertai oleh pelajar.

Malah, permainan tradisional ini boleh dikekalkan jika pihak berkuasa mengadakan promosi
yang berkesan tentangnya menerusi media massa. Penayangan iklan yang bersesuaian
seperti menjelaskan aspek kepentingan permainan ini boleh menimbulkan kesedaran dalam
diri masyarakat. Pemahaman ini kemudiannya akan dijelmakan dalam bentuk masyarakat
cuba mengekalkan dan memainkan permainan ini sekerap mungkin dalam hidup mereka.
Sesungguhnya, promosi yang sesuai dan kena kepada sasaran memberi satu dimensi baru
pada permainan ini untuk terus hidup dan berkembang dalam masyarakat moden kita.

Konklusinya, permainan tradisional boleh dikekalkan jika semua langkah-langkah yang


dijelaskan di atas itu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Masalah yang timbul ialah pihak
berkuasa tidak mempunyai keinginan politik yang bersungguh-sungguh untuk menjayakan
projek sebegini. Kelesuan minat pihak berkuasa dalam aspek ini bakal menyaksikan
permainan tradisional ini semakin dilupakan. Peribahan 'tepuk dada tanya selera' sesuai
menjadi renungan kita semua kerana jika kita masih leka mungkin permainan ini akan terus
terkubur.

Dipetik daripada : Blog Cikgu Azman

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 22:07 1 ulasan

CARA-CARA MENJADI PENULIS YANG BAIK


Nyatakan cara-cara untuk menjadi seorang penulis yang baik.

Penulis sering dianggap manusia yang bijak dan unik kerana berupaya menerangkan sesuatu
aspek kehidupan, perkara, peristiwa atau apa-apa dengan mudah tetapi berkesan. Kerjaya
sebagai penulis dikatakan satu kerjaya yang glamor terutama kalau hasil penulisannya
berupaya dijual dengan banyak. Sikap media massa yang sering menayangkan kejayaan
seseorang penulis turut menjadikan kehidupan penulis menjadi buruan media massa
terutama akhbar yang mementingkan berita sensasi. Lantaran itu, apakah perkara yang harus
dimiliki oleh seseorang untuk menjadi penulis yang berjaya?

Untuk menjadi penulis yang berjaya sudah pasti seseeorang itu perlu banyak menulis
terutama aspek penulisan yang diminatinya. Penulis juga seperti kerjaya lain yang
memerlukan seseorang itu untuk selalu berlatih sebelum berupaya menguasai aspek
penulisan dengan baik. Latihan demi latihan ini memberikan penulis satu gambaran sebenar
tentang cara menulis, cara pembaca memahami karya dan mungkin cara mendapatkan ilham
untuk menulis. Jadi, seseorang yang ingin menjadi penulis perlulah banyak menulis tanpa ada
perasaan jemu.

Selain itu, penulis juga harus memiliki sikap suka berbincang dengan orang lain tentang
sesuatu perkara terutama bahan yang akan dijadikan asas penulisan mereka. Perbincangan
ini berupaya menghasilkan satu kefahaman yang sejati tentang tajuk yang sedang ditulis oleh
penulis itu. Sikap menerima pandangan membina atau kritikan orang lain menjadikan penulis
itu lebih berjaya dan matang dalam penulisannya. Oleh itu, sikap suka berdiskusi memastikan
penulis itu mampu untuk melihat sesuatu tajuk penulisan mereka dengan lebih baik.

Malah, sikap penulis yang baik juga banyak bergantung kepada sikap yang suka mengembara
atau berjalan. Keadaan ini membolehkan penulis memiliki banyak pengalaman tentang
kehidupan terutama perkara yang boleh menjadi topik penulisan mereka.Pengalaman yang
diperoleh menerusi aktiviti berjalan atau mengembara ini berupaya menjadikan penulis lebih
matang dan faham tindakan manusia terhadap sesuatu masalah yang timbul. Maka, penulis
yang suka berjalan sudah pasti mempunyai banyak ilham untuk menulis terutama tentang
kehidupan kemanusiaan.

Tambahan pula, penulis juga harus banyak membaca terutama pembacaan yang berbentuk
akademik atau bersesuaian dengan penulisan mereka. Pembacaan memberikan mereka lebih
banyak kefahaman tentang teknik penulisan penulis lain dan juga menajamkan minda mereka
terhadap sesuatu topik itu. Membaca dan penulis merupakan satu ikatan yang tidak boleh
ditukar ganti. Jelasah, penulis perlu membaca dengan banyak terutama ketika mereka sedang
mencari bahan penulisan mereka.

Kesimpulannya, penulis yang berjaya ialah penulis yang rajin, suka membaca dan membuat
renungan tentang kehidupan dengan lebih kritis. Sikap penulis yang peka terhadap sesuatu
perkara menjadikan diri mereka begitu unik. Namun, masih ramai yang menganggap kerja
menulis mudah dan tidak perlu satu masa yang panjang untuk menguasainya. Peribahasa
'sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain” membuktikan bahawa untuk menjadi
penulis yang berjaya, seseorang itu memerlukan masa yang panjang untuk menguasainya.

Dipetik daripada : Blog Cikgu Azman

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 22:05 0 ulasan

Tema 7 - Biolembangan ( Buku Teks T5)


Hutan negara kita semakin pupus lantaran sikap sesetengah masyarakat yang menjalankan
aktiviti pembalakan terutama secara haram. Pelbagai usaha telah dilakukan tetapi masih
gagal. Jelaskan langkah-langkah yang mampu diambil oleh kerajaan dalam menangani
kemelut ini.

Sememangnya hutan negara sedang mengalami proses kemusnahan yang mahu hebat.
Setiap hari akhbar akan menyiarkan kemusnahan hutan, hidupannya dan impak
sampingannya seperti kejadian banjir serta tanah runtuh. Cuma, masyarakat masih belum
menyedari dan mengambil pengajaran daripada berita-berita yang menyedihkan ini. Kerajaan
pula memang mempunyai tanggung jawab besar untuk memastikan hutan negara terus
wujud dalam tempoh 100 tahun akan datang dengan melakukan pelbagai langkah drastik.

Sebenarnya, tindakan yang paling mudah ialah kerajaan mewartakan semua kawasan hutan
sebagai Taman Negara dan Hutan Simpan Kekal. Tindakan secara undang-undang ini
memastikan kawasan hutan itu akan terus terpelihara tanpa ada usaha untuk menebangnya
demi mengaut keuntungan jangka pendek. Peruntukan undang-undang turut memberi satu
peringatan yang jelas bahawa kerajaan memang serius dalam usahanya untuk mengawal
kemusnahan hutan yang merupakan khazanah tidak ternilai negara itu.

Tindakan ini dipanjangkan terhadap hukuman kepada pesalah yang memusnahkan hutan
negara. Hukuman yang dikenakan haruslah lebih berat yang melibatkan hukuman penjara
dan denda. Pesalah turut dimaklumkan kesalahannya di dalam media massa untuk memberi
peringatan kepada masyarakat. Sikap tegas dan telus kerajaan dalam melaksanakan undang-
undang memberi impak yang ketara dalam usaha menangani kemusnahan hutan.

Malah, kerajaan boleh mewajibkan semua pokok yang ditebang atas sebarang aktiviti
ekonomi seperti projek perumahan, pembalakan, dan pembinaan empangan diganti secepat
mungkin dalam kuantiti yang tertentu. Kerajaan boleh mengenakan syarat bahawa setiap
pokok yang ditebang harus diganti dengan dua atau tiga batang pokok. Langkah ini akan
menyebabkan semua ahli perniagaan berfikir dua kali sebelum bersetuju untuk menjalankan
sebarang projek atau berhati-hati dalam tindakan mereka menebang pokok yang berada di
dalam kawasan projek mereka.

Langkah ini boleh dilanjutkan dengan menjalankan kempen kesedaran terutama dalam
kalangan remaja. Pihak kerajaan seharusnya menjalakan kempen di sekolah-sekolah dengan
menerangkan peri pentingnya hutan dalam ekosistem kita terutama ketika dunia sedang
mengalami perubahan cuaca global ini. Remaja yang sudah memahaminya akan lebih bijak
bertindak apabila mereka menjadi dewasa atau terlibat dalam projek pembangunan yang
memerlukan satu kawasan hutan dimusnahkan. Lagipun, remajalah yang akan menjadi
warisan hutan negara kita.

Selain itu, pasukan penguatkuasa terutama renjer hutan harus ditambah jumlahnya. Kawasan
hutan yang terlalu luas agak sukar untuk dipantau oleh kaki tangan yang kecil bilangannya.
Penggunaan teknologi seperti kapal terbang, satelit dan helikopter untuk tujuan pengawasan
turut memudahkan kerja kerana kawasan hutan negara memang luas. Pengawasan yang
cekap mampu memastikan kawasan hutan belantara kita tidak dicerobohi begitu mudah.

Kesimpulannya, masalah hutan negara memang serius dan semua pihak harus
bertanggungjawab. Usah kita semua menuding jari tanpa mahu menerima atau mengakui
kesilapan yang telah berlaku. Semua pihak harus duduk semeja dan mencari jalan untuk
menyelesaikan kemelut yang memang sukar diatasi ini. Tanpa kerjasama semua terutama
masyarakat, hutan kita pasti akan lenyap.

Dipetik daripada : Blog Cikgu Azman

http://azman-duniaku.blogspot.com/

Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 21:59 0 ulasan

USAHA MENGHARGAI WARGA TUA

Warga tua semakin ramai di negara ini ekoran tahap kesihatan negara yang semakin baik.
Cuma jumlah yang banyak ini telah menimbulkan pelbagai masalah pula. Nyatakan langkah-
langkah yang patut dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan kehidupan warga tua semakin
baik.

Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan
negara yang semakin baik. Jadi tidak hairanlah kalau kita sering ternampak warga emas ini.
Namun, keadaan ini turut menyebabkan kita terdesak untuk mencari jalan membantu
golongan ini semakin ramai supaya mereka mampu menikmati kehidupan dengan lebih baik.
Apakah langkah-langkah yang mampu kita lakukan dalam isu ini?

Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan
harian. Tambang separuh harga untuk pengangkutan awam negara merupakan satu langkah
awal. Begitu juga dengan pengangkutan udara dan kereta api. Dalam perkhidmatan
kesihatan, kerajaan seharusnya memberikan potongan harga atau rawatan percuma kepada
golongan ini dalam penyakit-penyakit tertentu. Maka, langkah ini mampu memberi
keselesaan hidup kepada warga emas ini.

Malah, kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas untuk warga tua ini. Rumah
yang dibina mestilah sesuai dengan mereka yang memerlukan kawasan yang luas,
berhampiran taman, laut atau dilengkapi kemudahan kesihatan yang lengkap. Rumah yang
disediakan ini harus secara percuma dan didiami oleh beberapa warga tua yang lain untuk
menjadikan suasana di rumah itu lebih ceria dan menarik. Reka bentuk rumah tersebut
haruslah moden dan tidak nampak membosankan.

Selain itu, kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas ini.
Pada hari yang sudah diumumkan cuti umum itu, kerajaan perlulah mengadakan pelbagai
aktiviti yang bercorak warga emas. Aktiviti beramah mesra dengan generasi muda harus
dijalankan terutama untuk memberi kesedaran betapa warga emas dan muda saling
memerlukan antara mereka. Interaksi ini turut memberi remaja satu peluang mendengar
pengalaman yang dialami oleh warga emas.

Lantaran itu, kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana
pendapatan kepada warga emas ini. Pendapatan itu pula boleh disalurkan untuk kepentingan
warga tersebut. Semua aktiviti yang dijalankan mestilah bersesuaian dengan keadaan fizikal
warga emas. Langkah ini turut menjadikan kehidupan mereka lebih menarik dan tidak
membosankan. Warga emas turut berpeluang untuk menggunakan idea mereka ke arah
sesuatu yang lebih bermakna.

Jadi, warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga
emas mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas
mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana
mereka telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat. Kita harus
menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita selama ini.

Dipetik daripada blog Cikgu Azman

http://azman-duniaku.blogspot.com/

You might also like