You are on page 1of 1

Siti Masyitah Bt Abd Rashid

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia


Lemabaga Pertubuhan Peladang
Kuala Lumpur.

Pengarah,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Lembaga Pertubuhan Peladang
Kuala Lumpur.

Tuan,
MEMOHON BERTUKAR KE LPP NEGERI PULAU PINANG
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah di rujuk.
2. Saya seperti nama di atas bertugas sebagai Pembantu Tadbir (N17) di bahagian
Pengurusan Sumber Manusia Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang Kuala Lumpur
memohon jasa baik tuan untuk bertukar tempat bertugas ke Lembaga Pertubuhan Peladang
Negeri Pulau Pinang.
3.Pertukaran ini adalah kerana ibu saya yang tidak sihat yang memerlukan penjagaan
berterusan.Saya terpaksa berulang alik ke kampung untuk membantu menjaga beliau.
Memandangkan adik beradik saya yang lain tinggal berjauhan. Di sebabkan itu saya ingin
bertukar ke LPP Pulau Pinang supaya dapat memudahkan saya untuk menjaga beliau.
Sehubungan dengan itu juga saya akan melangsungkan perkahwinan saya pada bulan Mei ini dan
bakal suami saya bertugas di Pulau Pinang.
4.Oleh yang demikian, besar harapan saya sekiranya permohonan ini mendapat pertimbangan
sewajarnya daripada pihak tuan. Kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,

(SITI MASYITAH BINTI ABD RASHID)

You might also like