You are on page 1of 14

BAB 5

Nilai Berkaitan Dengan Hak Asasi Manusia

Hak asasi manusia adalah salah satu perkara penting


yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.
Antara nilai-nilai yang berkaitan dengan hak asasi
manusia ialah melindungi hak kanak-kanak,
menghormati hak wanita, melindungi hak pekerja,
menghormati hak golongan kurang berupaya dan
melindungi hak pengguna.
Semua hak asasi ini perlu dijaga dan dihormati. Ia
adalah penting bagi menghindarkan masyarakat
daripada bertindak melampaui batas tatasusila.
5.1 Melindungi Hak Kanak-kanak
Definisi
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi
menjamin kehidupan mereka yang sempurna.
Ciri-ciri
1. Semua kanak-kanak di dunia ini mempunyai hak yang sama tidak
mengira agama, bangsa, jantina dan warna kulit.
2. Orang dewasa pula bertanggungjawab untuk melindungi hak
kanak-kanak. Sesungguhnya masa depan kanak-kanak bergantung
kepada orang dewasa untuk mencorakkan kehidupannya.
3. Masyarakat tidak boleh bertindak melampaui batas terhadap
kanak-kanak.
4. Kita juga perlu memberi pengiktirafan kepada kanak-kanak.
5. Sikap melindungi kanak-kanak perlu ada dalam diri individu.
5.2 Menghormati Hak Wanita
Definisi
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh
memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat
dan negara.

Ciri-ciri
1. Menghormati kaum wanita.
2. Memberikan layanan yang baik dan sama rata kepada kaum
wanita.
3. Memberikan galakan kepada golongan wanita agar melibatkan
diri dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, perniagaan, sukan,
teknologi dan lain-lain.
4. Mengiktiraf golongan wanita di atas sumbangan yang mereka
berikan.
5.3 Melindungi Hak Pekerja
Definisi
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan
sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

Ciri-ciri
1. Menghormati hak-hak pekerja seperti hak mendapat cuti sakit,
perlindungan KWSP, caruman PERKESO dan lain-lain.
2. Pihak majikan tidak boleh bertindak melampaui batas ke atas
pekerja.
3. Memastikan suasana di tempat kerja adalah selesa agar pekerja
dapat bekerja dengan baik.
4. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada golongan pekerja.
5. Memastikan semua pekerja mendapat hak yang sama rata tanpa
mengira pangkat dan jantina.
5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya
Definisi
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya
supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan
ciptaan Tuhan.

Ciri-ciri
1. Menghormati golongan kuran gupaya kerana mereka juga adlaah
sebahagian daripada masyarakat.
2. Tidak menyisihkan golongan kurang upaya.
3. Memberikan bantuan dan pertolongan kepada golongan kurang
upaya.
4. Memberikan layanan yang istimewa dan mengiktiraf mereka
sebagai insan ciptaan Tuhan.
5. Kita perlu memupuk di dalam jiwa kita bahawa tiada seorang pun
dilahirkan dengan penuh kesempurnaan.
5.5 Melindungi Hak Pengguna
Definisi
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang
berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti
dan tidak mudah dieksploitasi.
Ciri-ciri
1. Sebagai pengguna, kita perlu mengetahui hak untuk mendapatkan
keperluan asas.
2. Pengguna berhak untuk mempertahankan hak-hak mereka.
3. Pengguna berhak mendapat perlindungan undang-undang agar
tidak ditipu oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
4. Kita juga perlu mendapatkan pelbagai maklumat dan ilmu
pengetahuan mengenai kepenggunaan bagi mempertahankan hak
sebagai pengguna.
5. Pihak pengeluar dan peniaga mesti memberikan maklumat yang
tepat dan benar kepada pengguna.
1.6 Toleransi
Definisi
Kesanggupan bertolah ansur, sabar dan mengawal diri bagi
mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham
demi kesejahteraan hidup.

Ciri-ciri
1. Tidak bersikap mementingkan diri sendiri
2. Sentiasa mengutamakan perasaan orang lain
3. Berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara
4. Menghormati dan saling memahami dalam berkomunikasi
5. Bersedia menerima kekurangan dan kelebihan setiap manusia
1.7 Berdikari
Definisi
Kebolehan dan kesanggupan malakukan sesuatu perkara tanpa
bergantung kepada orang lain

Ciri-ciri
1. Melakukan sesuatu tugasan tanpa meminta bantuan orang lain
2. Tidak bergantung kepada orang lain semata-mata dan yakin
degnan kebolehan diri
3. Mempunyai pendirian tetap
4. Dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk
5. Berusaha sendiri untuk menyelesaikan sesuatu masalah tanpa
berputus asa
1.8 Kerajinan
Definisi
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan,
kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu
perkara

Ciri-ciri
1. Bersifat cekal iaitu tabah hati dalam menghadapi pelbagai
rintangan dan halangan
2. Sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk mencapai cita-cita
3. Sanggup memikul tanggungjawab dengan sempurna
4. Tidak putus asa atau lemah semangat apabila mengalami
kegagalan
5. Bersabar, tabah dan bertanggungjawab
1.9 Kasih Sayang
Definisi
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang
lahir dari hati yang ikhlas

Ciri-ciri
1. Menjaga keselamatan dan kesihatan tubuh badan
2. Membenci penganiayaan dan penyeksaan
3. Tidak menganiayai semua makhluk yang bernyawa
4. Sanggup membantu untuk menyelamatkan nyawa orang lain
5. Mempunyai sikap perikemanusiaan dan prihatin yang mendalam
1.10 Keadilan
Definisi
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

Ciri-ciri
1. Menyiasat dan meneliti terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum
membuat sebarang tindakan
2. Berfikir secara teliti dan menyeluruh berdasarkan bukti yang
kukuh
3. Menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan
4. Segala tindakan dan keputusan mempunyai objektif yang jelas
untuk kebaikan
1.11 Rasional
Definisi
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan akan
mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar

Ciri-ciri
1. Boleh memikirkan kesan baik dan buruk sesuatu tindakan yang
akan dibuat
2. Mampu membuat analisis terhadap sesuatu tugas yang dihadapi
3. Tenang dan sabar dalam menghadapi sebarang masalah
4. Tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu tindakan
5. Tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kesan
buruk
6. Dapat menerima sebarang kritikan dan teguran dengan fikiran
yang terbuka
1.12 Kesederhanaan
Definisi
Bersikap tidak

Ciri-ciri
1. Menyiasat dan meneliti terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum
membuat sebarang tindakan
2. Berfikir secara teliti dan menyeluruh berdasarkan bukti yang
kukuh
3. Menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang
dilakukan
4. Segala tindakan dan keputusan mempunyai objektif yang jelas
untuk kebaikan
SMK Perempuan Likas
Sabah

You might also like