You are on page 1of 14

CATUR CINA

Nama dalam Bahasa Cina : Xiangqi Bilangan pemain : 2 orang Alatan:

SEJARAH
Catur Xiangqi berasal dari zaman purba China, iaitu kirakira tahun569 sebelum Masihi, pada zaman masyarakat Feudal. Catur China ini mempunyai sejarah yang lama dan catatan yang rasmi tentangnya telah muncul di negeri-negeri pada Zaman Berperang di China. Catur berevolusi dari sejenis judi sebelum Dinasti Qin dan sejenis Catur Enam yang popular pada penghujung Zaman Berperang Chunqiu pada tahun 770 sebelum Masihi hingga tahun 476 sebelum Masihi.

Buku purba China dari zaman Dinasti Song mempunyai catatan mengenai catur Cina moden yang paling awal. Pada masa itu, catur Cina merupakan sejenis permainan dan tidak mempunyai peraturan yang terperinci. Ia berkembang bersama-sama perubahan zaman dan menggambarkan kebijaksanaan yang dihasilkan oleh rakyat China. Dengan kata lain, catur Xiangqi China bukan dicipta oleh seseorang, tetapi merupakan perkembangan sejarah dan budaya zaman purba China. Teori tradisional China berkait dengan Yin dan Yang dan ramalan yang menggunakan ilmu falak amat popular pada zaman dahalu. Inilah punca catur ini berkembang menjadi sejenis permainan yang mempunyai konsep peperangan. Catur ini sebagai permanian tradisional China masih popular dan digemari dalam kalangan rakyat China hingga sekarang. Kedudukannya yang sama dengan seni tradisional China yang lain, seperti alat muzik, kaligrafi dan lukisan dalam sejarah China dan menjadi mutiara dalam khazanah budaya zaman purba China. Persatuan Catur China pula telah ditubuhkan pada tahun 1962. Selepas itu, provinsi-provinsi di China turut menubuhkan cawangannya masing-masing.

CARA BERMAIN
Catur Cina merupakan sebuah permaian papan yang dimainkan oleh dua orang pemain dalam satu masa. Terdapat dua warna bagi buah catur Cina iaitu warna hitam/hijau dan merah. Setiap seorang pemain akan mengawal salah satu warna buah catur. Cara permainan catur Cina lebih kurang sama seperti catur iaitu pemain perlu mengerakkan buah catur untuk mengeluarkan buah catur pelawannya dengan cara pergerakan catur yang tertentu. Setiap jenis buah catur mempunyai pergerakan yang berbeza. Pemain yang berjaya mengeluarkan Raja dikira menang.

Jiang / Shuai (Jendral) berfungsi sebagai Raja Bidak Raja hanya bisa berjalan di dalam 4 kotak dengan garis miring yang saling bersilangan, dengan dilindungi oleh 2 penasihat Cara menggerakannya adalah hanya bisa digerakkan 1 langkah, baik itu ke kiri, kanan, atas, atau bawah, dan tidak bisa diagonal.

Shi (Penasihat) Bidak Penasihat sama halnya dengan bidak raja, hanya bisa berjalan di dalam lingkungan 4 kotak tersebut, dengan catatan cara menggerakannya adalah 1 langkah diagonal seperti dibawah ini

Xiang (Gajah / Mentri) Bidak Gajah ini pola geraknya juga mirip bidak Menteri pada catur biasa, iaitu berjalan secara diagonal. Bidak gajah ini hanya bisa berjalan 4 kotak saja secara diagonal dan tidak boleh melewati sungai(pembatas) / tidak boleh memasuki wilayah musuh.

Ma (Kuda) Bidak Kuda ini pola geraknya juga mirip bidak Kuda pada catur biasa, iaitu berjalan dengan langkah menyerupai huruf L. Tetapi ada perbezaan yang signifikan, iaitu bidak kuda pada xiang qi tidak bisa bergerak bila ada 1 bidak di depannya, seperti dibawah ini:

Ju (Benteng) Bidak Benteng ini pola geraknya sama dengan bidak Benteng yang ada pada catur biasa, iaitu bergerak dan membunuh musuh dengan langkah horizontal / vertikal.

Pao (Meriam) Bidak ini paling istimewa di Xiang Qi, kerana tidak ada pada catur biasa. Bidak ini digerakan menyerupai bidak benteng, iaitu bergerak dengan langkah horizontal / vertikal. Tetapi membunuh musuh dengan melompati 1 bidak lain(baik bidak kawan / lawan) dan menuju bidak target. Gerakanya seperti ini:

Ping/Zu (Prajurit) Bidak prajurit ini cara bergeraknya adalah satu langkah ke depan. Dan ketika memasuki kawasan musuh (setelah menyebrangi sungai), bidak prajurit ini bisa bergerak secara horizontal (ke kiri dan ke kanan). Cara membunuh sama juga dengan dengan cara bergeraknya.

You might also like