You are on page 1of 11

Penggunaan unit piawai dalam pengukuran boleh memudahkan komunikasi antarabangsa dan kehidupan seharian kita.

Masalah mungkin timbul jika unit piawai tidak digunakan. Sebagai contoh, harga sesuatu barang itu ditentukan berdasarkan berat atau isipadu barangan tersebut. Jika unit berat atau isipadu yang berbeza digunakan, ia akan menyebabkan kerumitan dalam meletakkan harga barang tersebut.

Satu kilogram unit piawai bagi jisim adalah kuantiti jirim dalam silinder aloi platinumIridium. Oleh itu, apabila kita mengatakan sesuatu objek itu mempunyai jisim 5 kg, sebenarnya ia merujuk kepada jumlah jisim objek tersebut dalam bentuk silinder piawai (standard cylinder). Sebelum Sistem Antarabangsa (International System, SI) diperkenalkan, sistem unit piawai yang digunakan adalah foot-pound-second (FPS). Dalam sistem unit ini, foot (kaki), pound (paun) dan second (saat) digunakan sebagai unit piawai untuk mengukur panjang, jisim dan masa.

Unit piawai (international system, SI) pengukuran digunakan untuk tujuan yang berikut, untuk membolehkan pengukuran yang diambil oleh ahli sains yang berbeza supaya lebih selaras. Untuk membolehkan pertukaran maklumat menjadi lebih mudah dan kurang mengelirukan, untuk memperbaiki koordinasi antara ahli sains dari tempat yang berbeza, untuk membolehkan analisis dan perbandingan data yang berbeza menjadi lebih mudah kerana unit yang sama digunakan untuk mengelakkan masalah yang berkaitan dengan penggunaan unit yang berbeza, seperti penukaran unit.

Antara masalah yang akan timbul jika unit piawai (SI) tidak diguna pakai antaranya adalah, timbul masalah kejituan dan kepersisan (accurate and precise) dalam pengukuran, manusia dari negara-negara berlainan akan menghadapi masalah komunikasi terutama dalam interaksi seperti perdagangan, pengangkutan dan pengkajian saintifik yang dijalankan oleh para saintis sukar dibandingkan.

Menimbulkan kekeliruan semasa pertukaran maklumat. Contohnya, semasa membeli barang di kedai runcit, sesetengah Negara menggunakan kati dan tahil, manakala sesetengah yang lain pula menggunakan paun dan auns. Menyukarkan perdagangan antarabangsa atau urusan jual beli. Contohnya, ketika hendak membeli kain di negara luar, peniaga menggunakan unit meter untuk mengukur, manakala pembeli menggunakan unit ela.

Menimbulkan rasa tidak puas hati di antara pembeli dan penjual. Contohnya, ketika hendak menjual surat khabar lama, sekiranya jengkal digunakan, jengkal bagi setiap individu adalah berbeza. Oleh itu, ia akan menguntungkan satu pihak sahaja.

Menyukarkan komunikasi antara rakan sebaya. Contohnya, ketika menganggarkan jarak antara sekolah ke rumah, ada pelajar menggunakan unit batu, kilometer atau masa perjalanan. Menghasilkan sukatan yang tidak tepat ketika penyukatan dibuat. Contohnya, ketika membuat kek, sesetengah orang menggunakan cawan dan sesetengahnya menggunakan auns.

Pada keseluruhannya, penggunaan unit piawai (international system, SI) adalah sangat penting untuk memudahkan urusan kita seharian. Menghitung adalah salah satu daripada kemahiran sains. Kita menghitung duit, jisim badan, jarak, masa, suhu, luas, isipadu dan kalori dalam makanan. Setiap kuantiti yang dihitung mempunyai unit yang berbeza. Contohnya, duit dihitung dalam unit ringgit manakala jarak diukur dalam unit meter.

Sekiranya setiap kuantiti dihitung dalam unit berbeza, akan menyebabkan kecelaruan. Bayangkan jika seorang peniaga menjual barang dalam urus niaga Ringgit Malaysia (RM) dan pembeli ingin membayar dalam urus niaga US Dollar (USD).

Bagi mengelakkan masalah yang mungkin timbul akibat daripada penggunaan unit yang berbeza, saintis telah menetapkan International System Unit (SI Unit). Semua penggiraan saintifik akan menggunakan SI Unit. Contoh SI unit adalah seperti berikut:

You might also like