You are on page 1of 11

Kepentingan unit piawai dalam kehidupan seharian

Banyak masalah yang mungkin timbul sekiranya unit piawai tidak digunakan. Sebagai contohnya di beberapa buah negara, rakyat mereka menyukat barang dengan menggunakan tahil dan kati. Manakala bagi negara lain pula, ada yang menggunakan paun dan auns. Sudah tentu ini akan mengelirukan. Lebihlebih lagi jika berlaku pertukaran maklumat antara 2 negara tersebut.

Berat sebenar satu kilogram sesuatu bahan adalah dirujuk pada prototaip kilogram antarabangsa di atas
Maka bagi menyelesaikan masalah tersebut, unit piawai atau pun juga dikenali sebagai Unit S.I diperkenallkan pada tahun 1960. Penggunaan unit ukuran yang sama ini juga memudahkan saintis untuk berkomunikasi di peringkat antarabangsa.

Kepentingan unit piawai


1) Memahami dan menyeragamkan unit yang berbeza bagi kuantiti fizikal yang digunakan di negara berbeza

Kepentingan unit piawai


2) Lebih mudah membuat perbandingan bagi perkara yang melibatkan pengukuran

Kepentingan unit piawai


3) Memperbaiki komunikasi

Kepentingan unit piawai


4) Memahami kajian dan eksperimen saintifik di negara lain

Kepentingan unit piawai


5) Memudahkan perkongsian maklumat dan pemindahan ilmu dan teknologi

Masalah Yang Mungkin Timbul Sekiranya Unit Piawai Tidak Digunakan

Masalah Yang Mungkin Timbul Sekiranya Unit Piawai Tidak Digunakan


Situasi 2 Mak Timah menyuruh anaknya, Khadijah untuk membeli kain langsir sepanjang 3 depa. Tibanya di kedai, Khadijah membeli kain langsir tersebut seperti yang disuruh ibunya. Bila kembali ke rumah, didapati kain yang dibeli tersebut tidak mencukupi untuk digunakan sebagai langsir disebabkan ukurannya yang lebih pendek.

Masalah Yang Mungkin Timbul Sekiranya Unit Piawai Tidak Digunakan

Situasi 1 Ramli diminta oleh cikgunya untuk membuat ukuran padang sekolah dengan menggunakan unit ukuran kaki. Pada keesokan hari, Stephanie pula disuruh oleh cikgunya untuk mengukur padang yang sama juga dengan menggunakan unit ukuran kaki. Stephanie dan Ramli mendapat ukuran yang berbeza. Ini kerana saiz badan Stephanie lebih kecil berbanding Ramli dengan langkah yang lebih besar.

Situasi 3 Pak Samad mahu menjual padinya kepada Pak Ali. Walaubagaimanapun, ukuran yang diberikan kepada Pak Ali adalah menggunakan unit guni. Persetujuan dicapai dengan Pak Samad akan menyerahkan 3 guni beras untuk ditukarkan dengan 2 ekor kambing Pak Ali. Pada hari yang dijanjikan, Pak Ali tidak mahu meneruskan urusniaga kerana mendapati guni beras yang digunakan oleh Pak Samad jauh lebih kecil daripada yang dibayangkan olehnya.

You might also like