You are on page 1of 8

MAAHAD AL-SABIRIN AYER LANAS

17700, AYER LANAS


JELI, 2009

LAWATAN ILMIAH 2009

ANJURAN
KELAB REKREASI

DENGAN KERJASAMA

PERSATUAN GEOGRAFI

TARIKH

15 DIS HINGGA 17 DISEMBER 2009

TEMPAT

PULAU PINANG
&
KEDAH DARUL AMAN
KERTAS KERJA
LAWATAN ILMIAH 2009

KELAB REKREASI
MAAHAD AL-SABIRIN

DENGAN KERJASAMA
PERSATUAN GEOGRAFI
MAAHAD AL-SABIRIN

1.0 TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini dikemukakan adalah untuk memohon pertimbangan


dan kelulusan daripada Tuan Pengetua Maahad Al-Sabirin bagi mengadakan
lawatan ilmiah 2009
Kertas kerja ini juga dikemukakan untuk memohon peruntukan kewangan
bagi pelaksanaan program ini.

2.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Lawatan yang akan dilaksanakan ini merupakan satu program tahunan yang
dilaksanakan oleh kelab rekreasi Maas. Kelab ini akan memilih tempat-tempat
yang menarik untuk dilawati sama ada di dalam atau di luar negeri kelantan.
Projek lawatan ilmiah ini bertujuan membuka minda para pelajar dengan
pengalaman baru serta memperlihatkan keprihatinan tentang proses
pendidikan besifat dalaman dan luaran. Melalui lawatan ini para peserta diberi
peluang meneroka dan mengenali potensi diri sedia ada dan tahap yang perlu
dicapai bagi meneruskan perjuangan dalam kehidupan sebagai seorang
pelajar peringkat pengajian tinggi atau pun sebagai generasi baru penggerak
kemajuan ummah.

3.0 RASIONAL

Rasionalnya lawatan ini adalah memberi peluang kepada para pelajar untuk
melawat tempat-tempat yang menarik secara berkumpulan dibawah kawalan
pihak sekolah disamping kadar tambang dengan nilai kos yang
minimum.Hasil lawatan akan membolehkan para peserta memperolehi ilmu
atau pengetahuan yang jarang didapati iaitu berhadapan secara langsung
dengan organisasi atau institusi-institusi terkemuka. Sekiranya tidak dengan
lawatan rasmi seperti ini, peluang untuk menyaksikan arus pembangunan
perdana dan kemajuan teknologi yang dikecapi oleh negara kita pada masa
kini adalah sangat tipis.

1
4.0 MATLAMAT

Untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenali serta memahami


persekitaran, budaya dan sosio-ekonomi di luar negeri Kelantan .

5.0 OBJEKTIF

4.1 Memberi peluang kepada peserta untuk menyaksikan sendiri


perkembangan dan kepesatan negara yang kaya dengan tamaddun dan
tempat-tempat bersejarah yang cukup membanggakan.

4.2 Menambah kecenderungan peserta dalam usaha mempertingkatkan ilmu


pengetahuan berdasarkan pengalaman yang bakal diperolehi dan
menghubungkannya dengan pengajian di sekolah.

4.3 Memperlihatkan kepada masyarakat bahawa pelajar-pelajar Sekolah


Agama juga mementingkan kualiti pendidikan bertaraf tinggi dan komited
terhadap pembangunan kendiri, yang akan diterokai melalui aktiviti kembara
seperti ini.

6.0 TEMA

”PENEROKAAN MINDA DALAM MENJANA INSAN BERILMU,


CEMERLANG DAN BERPANDANGAN JAUH”

7.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 15 DIS HINGGA 17 DISEMBER 2009


Hari : KHAMIS HINGGA SABTU
Tempat :

Di Pulau Pinang.
- Sekitar Bukit Bendera.
- Tokong Ular.
- KOMTAR.
- Batu Feringgi.
- Taman Rama-rama.
- Universiti Sains Malaysia (USM )

Di Kedah Darul Aman.


- Di Universiti Utara Malaysia ( UUM )
- Di Tapak Bersejarah Lembah Bujang
- Lembaga Kemajuan Pertanian MUDA ( MADA )

8.0 PENGANJUR
KELAB REKREASI
9.0 PENYERTAAN (Rujuk Senarai Nama Pelajar yang dilampirkan)

2
10.0 GURU PENGIRING

1. Che Johari B Hussain


2. Mohd Azhan B Nordin
3. Jazlan B Mohamad
4. Cik Norzizani bt. Mat Jaiz
5. Norazma Bt Che Soh
11.0 PENGISIAN/ AKTIVITI:

Pelajar diminta untuk mencatat pengalaman yang diperoleh serta


memberikan pandangan, pendapat, komen terhadap tempat yang dilawati.

12.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH MASA LOKASI / AKTIVITI

15 Dis 8.00 pagi Pendaftaran dan persiapan peserta di


2009 MAAS
( Sabtu ) 8.30 pagi
Bertolak
4.00 petang
Dijangka tiba di tempat penginapan.
8.00 malam
Rehat dan Tidur

16 Dis 8.00 pagi -10.30 tengahari Bertolak ke Bukit Bendera


2009
( Ahad ) 10.30 petang 12.00 tgh Tokong Ular

12.00 tgh – 2.00 petang Pantai Batu Feringgi

2.00 petang – 4.30 petang Universiti Sains Malaysia ( USM )

4. 30 petang – 6.00 petang KOMTAR

17 Dis 9.00 pagi – 11.00 pagi Lembah Bujang


2009
( Isnin ) 11.30 tgh – 3.30 petang Universiti Utara Malaysia ( UUM )

3.30 petang – 5.30 malam Muzium Padi.

8.30 malam Bertolak pulang. Ke Kelantan

3
13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

13.1) PENDAPATAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM) CATATAN
1. YURAN PELAJAR 3,420.00 RM90.00 seorang peserta X 38 orang
PENAJAAN / Akan diusahakan dengan kerjasama
2. 3,072.00
SUMBANGAN individu-individu yang berkebolehan.
6,492.00

13.2) PERBELANJAAN
BIL PERKARA JUMLAH (RM) CATATAN
1. PENGANGKUTAN 3,000.00 Tambang bas RM900 sehari X 4 hari
2. PENGINAPAN 250.00 Anggaran kasar*
MAKANAN RM 13 seorang peserta sehari X 46
3. 2,392.00
orang X 4 hari**
URUSAN Kos surat-menyurat, dsbg.
4. 200.00
DOKUMENTASI
KOTENJENSI Item-item kecil seperti ‘first-aid kit’
5. 200.00 dan ‘petty cash’ untuk masa
kecemasan.
6. URUSAN BERTIKET 350.00 Anggaran kasar***
7. CENDERAHATI 100.00 Untuk lawatan rasmi sahaja
6,492.00

** Anggaran kos makanan peserta seperti berikut :


a) Sarapan Pagi RM 3.00
b) Makan Tengahari RM 5.00
c) Makan Malam RM 5.00
JUMLAH RM13.00

4
14.0 AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANA

i) PENAUNG
Al-Fadhil Ustaz Hj Mohd Razif b. Hj Othman.
Pengetua
Maahad Al-Sabirin, Ayer Lanas

ii) PENASIHAT
En. Ghazali b. Mamat.
Penolong Kanan ( Hal-Ehwal Pelajar)
Maahad Al-Sabirin, Ayer Lanas

iii) PENYELIA ROMBONGAN


En. Johari b. Husain
Setiausaha Kokurikulum

iv) SETIAUSAHA
Mohd Azhan B Nordin

v) PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN


Cik Norazma bt Soh.

vi) DISIPLIN DAN KESELAMATAN


Ust. Jazlan b. .Muhammad

vii) PENDAFTARAN DAN KEBAJIKAN


Cik Norzizani bt. Mat Jaiz

viii) IKLAN DAN PUBLISITI


Pn Rodhiah bt Dollah.

ix) PERHUBUNGAN AWAM DAN PENAJAAN


En. Mohd Nazim b. Mahmood

5
15.0 PENUTUP

Adalah diharapkan kertas kerja Lawatan Ilmiah 2009 ini akan mendapat
perhatian dan pertimbangan daripada pihak Yang Berusaha Tuan Pengetua
Maahad Al-Sabirin. Segala kerjasama daripada pihak Yang Berusaha Tuan
Pengetua amatlah dihargai serta didahului dengan ucapan ribuan terima
kasih. Kami juga sangat berharap agar Program Lawatan Ilmiah 2009 ini
akan berjaya mencapai matlamat dan objektifnya dan seterusnya
memberikan pengalaman serta pendedahan yang bernilai kepada para
pelajar Maahad Al-Sabirin khususnya kepada ahli kelab rekreasi.

Disediakan oleh:

..................................................
( MOHD AZHAN B NORDIN )
Setiausaha Lawatan Ilmiah
Badan Disiplin Maahad Al- Sabirin
Ayer Lanas, Jeli, Kelantan.

6
16.0 SOKONGAN PENGETUA MAAHAD AL-SABIRIN AYER LANAS JELI,
KELANTAN

Dengan ini saya menyokong / tidak menyokong "Kem Bina Sakhsiah"


anjuran Badan Disiplin Maahad Al- Sabirin dengan kerjasama Badan
Dakwah Maahad Al- Sabirin pada 15 hingga 18 disember 2009 ( Khamis
hingga Sabtu) La Hot Spring Jerteh Terengganu.

Ulasan:

______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________

............................................. ......................................................
Tandatangan Pengetua (Nama dan Cop Jawatan)
Maahad Al- Sabirin Ayer Lanas
Jeli, Kelantan

Tarikh :

You might also like