You are on page 1of 24

1

Yang Dihormati Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan,


Yang Dikasihi Dato Dr. Siddiq Fadzil, Presiden Wadah Pencerdasan Umat
Malaysia (WADAH),
Yang Dikasihi Adinda Mohammad Fazril Bin Salleh, Presiden Persatuan
Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
Pimpinan dan Ahli Jawatankuasa ABIM peringkat Pusat, Negeri dan Daerah,
Ketua-ketua Agensi ABIM,
Para petugas Muktamar dan Simposium Hari Malaysia 2014.
Salam muktamar saya hulurkan bagi semua warga muktamar sama ada
perwakilan, pemerhati dan juga urus setia.Tidak lupa juga kepada para jemputan
dari jauh dan dekat yang sudi hadir bagi memeriahkan Muktamar Sanawi ABIM
kali ke-43.Semoga kehadiran kita dikira bukti terhadap ikrar untuk memartabat
ummah dan tanda kasih dan setia kita kepada gerakan tercinta ini.
Bahagia menusuk jiwa tatkala mata bertentang mata, rasa rindu
membungkam di dada melihat pejuang muda yang gigih dan bersemangat
perwira. Tangan bersalam erat genggaman, pelukan melerai kerinduan agar
kita semua terpilih sebagai Jundullah dan Ansarullah yang dinaungi di bawah
naungan rahmat-Nya. Di Sabah ini di negeri di bawah bayu kita berkumpul buat
julung kalinya, yang menyambut kedatangan kita dengan penuh takzim, ramah
dan mesra.
Keramahan dan kemesraan merupakan ciri terpenting umat Islam di rantau
ini. Rantau yang menerima Islam sebagai penyuluh kehidupan secara subtle
dan gradual. Islam menyerap ke seluruh umat dan membekas di hati dan
sanubari diterima penuh redha.
2
Kemajmukan masyarakat tidak dilihat sebagai halangan kepada
perkembangan dakwah. Pendakwah gigih mengharungi cabaran kemajmukan
ini. Rantau ini dilihat sebagai sebuah ladang yang subur untuk menuai pahala
di kemudian hari nanti.
Rantau Nusantara merupakan kepulauan yang meliputi puluhan ribu
pulau dengan kepelbagaian budaya. Kepelbagaian budaya ini diperkayakan
apabila interaksi dengan pemerintah China dan India terutamanya dari sudut
perdagangan dan diplomatik. Akan tetapi, lewat kurun yang ke-15 kehadiran
kuasa asing seperti Portugis, Belanda dan Inggeris yang mempunyai misi yang
tersendiri menyebabkan landskap keramahan ini berubah.
Di Tanah Melayu, kaum India dan Cina dibawa masuk secara besar-besaran
bagi menjayakan perniagaan kerajaan Inggeris tanpa memikirkan kesan terhadap
sosio-politik dan ekonomi secara keseluruhan. Fragmentasi antara kaum mula
berlaku mengikut polar geograf dan aktiviti ekonomi dan kesannya dirasai
sehinggalah ke hari ini. Kita melihat dikotomi antara hasrat dan kesungguhan bagi
menyatukan rakyat semakin nyata hari ini. Situasi ini menuntut kita menggerakkan
wacana pembinaan bangsa Malaysia secara mendasar.
Dalam perbahasan berkenaan topik pembinaan Bangsa Malaysia, nilai
akomodasi dan kebijaksanaan pentadbir dilihat sebagai kunci bagi menanggapi
maslahah menyeluruh yang melibatkan komposisi pluraliti masyarakat. Ini
dapat dijelaskan menerusi pandangan Sheikh Muhammad Imarah dalam buku
Islam dan Pluraliti: Perbezaan dan Kepelbagaian dalam Bingkai Kesatuan yang
meletakkan pluraliti dalam masyarakat memerlukan kesungguhan pentadbir
untuk mengendalikannya.
Sejarah negara menunjukkan nenek monyang kita telah pun menerima
konsep negara Malaysia dengan kepelbagaian kaum. Sejarah di ambang
Merdeka, telah tercatit fakta bahawa pemimpin kita terdahulu dengan tangan
terbuka menerima konsep Jus Soli apabila menerima sesiapa sahaja yang
lahir di Tanah Melayu sebagai warganegara Malaysia tanpa mengambil kira
negara mana keturunannya dilahirkan.
Senario ini berbeza dengan undang-undang berdasarkan keturunan
darah atau lebih dikenali sebagai Jus Sanguinis yang digunapakai oleh
seluruh negara membangun di dunia ketika mencapai kemerdekaan. Jika bapa
3
seseorang itu dilahirkan di luar Persekutuan Tanah Melayu, secara automatik
seseorang itu tidak akan dianggap sebagai warganegara dan akan dihantar
pulang ke negara asal keturunan.
Begitu juga dengan sejarah kemasukan Sabah dan Sarawak pada tanggal
16 September 1963 secara tuntas membawa maksud Malaysia ini adalah
negara yang terdiri daripada pelbagai entiti.
Berlandaskan sandaran sejarah jelas sekali kewujudan pluraliti kaum, latar
dan agama adalah dilihat oleh pemimpin terdahulu sebagai aset kekuatan demi
penggembelingan kelebihan antara satu sama lain dan jauh sekali ia ditanggapi
sebagai sumber konfik ditambah dengan sentimen dan provokasi.
Adakah pembentukan Malaysia, yang telah dimulakan oleh pemimpin
terdahulu dengan mudah ingin kita hancurkan, menerusi pelbagai dakwaan
liar termasuk menghukum bangsa lain sebagai penceroboh dan pendatang?
Justeru, sifat berlapang dada dan saling menghormati serta memahami latar
sejarah negara sahaja yang mampu untuk meletakkan kepelbagaian dan
keragaman dalam bingkai kesatuan.
SEMANGAT KEBANGSAAN
Semangat kebangsaan yang hanya dikaitkan kepada identiti sesebuah
bangsa perlu dinilai semula. Takrifan bangsa yang cuba menyempitkan ruang
perbincangan kepada rupa, warna kulit, budaya dan keturunan perlu diluaskan
agar kita benar-benar memahami apakah yang dinamakan sebagai bangsa.
Jika bangsa disandarkan kepada bahasa komunikasi yang mengehadkan
satu bangsa kepada satu bahasa apakah yang akan terjadi kepada orang Zuid
Limburg dan orang Fries yang bahasa pertuturannya berbeza daripada bangsa
Belanda? Begitu juga dengan bangsa Switzerland yang mempunyai dua ras
dan bertutur menggunakan tiga bahasa.
Jika bangsa disandarkan kepada penguasaan politik dan sistem bernegara,
bagaimana pula dengan penduduk daerah Elzas-Lotharinger yang dikuasai
silih berganti oleh negara Perancis dan Jerman? Andai bangsa dikaitkan
dengan asal keturunan, bagaimana pula dengan bangsa Walen (berketurunan
Perancis) dan Flamingen (berketurunan Belanda) di negara Belgium yang
susur galurnya berbeza antara satu sama lain.
4
Inilah yang perlu diperhatikan jika kita mahu berbicara persoalan bangsa
dan semangat kebangsaan. Kita tidak mahu terperangkap dalam satu situasi
yang boleh menjerumuskan kita ke dalam kancah perpecahan.
Sememangnya apabila kita memerhatikan di sekitar, sudah tentu akan kita
dapati bahawa wujud pelbagai ras dan kecenderungan dengan kerencaman cita
rasa. Di sinilah Bapak M. Natsir mengusulkan agar semangat kebangsaan diertikan
sebagai penyatuan terhadap aspirasi, hasrat dan tujuan yang menggerakkan
kita ke arah yang serupa. Bukannya perjuangan yang menonjolkan supremacy
kaum sehingga menimbulkan keresahan kaum yang lain.
Beliau melihat keragaman ras dan kelompok di Indonesia yang tidak
mungkin dapat disatukan jika setiap dari kelompok itu berpegang dengan
semangat kebangsaan atau kekelompokan masing-masing. Malah jika tidak
diatur dengan sebaiknya, semangat kebangsaan ini akan menjadi faktor
kepada perpecahan dan permusuhan.
Maka persoalannya di sini, apakah semangat kebangsaan Malaysia? Apakah
matlamat yang boleh dikongsi oleh semua warganegara yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dan keturunan? Matlamat tersebut mestilah berupaya untuk
menyatukan seluruh warga Malaysia, mengerah usaha sedaya mungkin bagi
mencapai hasrat tersebut.
Kekhuatiran kita semakin membarah apabila semangat perkauman sempit mula
mendapat tempat dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini. Masing-masing
meluahkan rasa kurang selamat dengan kehadiran kaum lain yang dilihat sebagai
ancaman kepada kelangsungan bangsa masing-masing pada masa hadapan.
Kita seolah-olah dilepaskan dari ikatan penyatuan apabila setiap kelompok
tidak mampu berkongsi fokus yang seimbang dengan wajar dan saksama.
Maka tercetuslah ungkapan-ungkapan yang melukakan dan kelihatan seperti
tidak boleh disembuhkan lagi.
Al-Quran menegaskan bahawa setiap individu bermula dari keturunan Nabi
Adam a.s. Pernyataan ini walaupun ringkas, namun mengandungi erti yang
mendalam, iaitu dari sudut persaudaraan, ia mengisytiharkan bahawa setiap
daripada kita ini mempunyai perkaitan darah dan genetik.
Takrifan nationalisme atau semangat kebangsaan yang didokong oleh
pendokong primodialis pada peringkat awal semakin tidak relevan.Tambahan
pula dengan fenomena perkampungan sejagat (global village) lewat era teknologi
5
maklumat dan komunikasi, perhubungan rentas etnik semakin menjadi mudah.
Jika ditinjau dari sudut sosialisasi, manusia secara global sedang melalui fasa-
fasa integrasi kaum mengikut tempohnya yang tersendiri.
Begitu juga di Malaysia, kita semakin melepasi fasa akomodasi dan kini
sedang menjengah fasa asimilasi. Akomodasi yang ditandai sebahagian
besarnya dengan toleransi dan penyesuaian antara kaum kini bergerak ke arah
kelangsungan identiti bangsa.Kelangsungan identiti ini menimbulkan perdebatan
antara kaum yang kadangkala menerbitkan bibit rasisme dan ekstremisme.
Sudah tentu yang menerima kesan dari perdebatan ini adalah generasi
muda.Persoalannya di sini adalah; ke manakah pengakhirannya fasa asimilasi
dalam masyarakat Malaysia ini? Adakah nanti akan terjelma pula budaya dan
identiti bangsa yang baru yang menjadi ciri fasa akulturasi seperti yang terlihat
pada masyarakat Amerika Syarikat yang bangga dengan istilah kawah perlakuran
(melting pot). Fenomena ini bukanlah sesuatu yang asing di negara kita.Masyarakat
Baba dan Nyonya misalnya, telah melalui tranformasi budaya dan identiti yang unik,
hasil interaksi dengan pelbagai kaum di Malaysia atau secara khususnya di Melaka.
Kita juga tidak mahu menafkan esok atau lusa, proses asimilasi ini disekat
lalu melontar kita kembali ke belakang dengan memaksa kita melalui keperitan
perpecahan sebuah negara.
Oleh yang demikian, kita perlu menangani fasa ini dengan cermat dan
bijaksana. Allah mahu kita merenung pembentukan masyarakat di Makkah dan
Madinah. Allah menitahkan agar Makkah tidak dihuni oleh kaum Musyrikin, tetapi
tidak di Madinah.Madinah terus kekal hingga ke hari ini dengan kepelbagaian
kaum dan kerencaman budayanya.
Ia seolah-olah satu mesej bahawa, dakwah Islamiah meraikan jamak budaya
dan agama, serta mampu berkembang, sesuai dengan naluri manusia dan
kemasyarakatan. Kejayaan dakwah Rasulullah s.a.w. bukanlah mengislamkan
seluruh penduduk Madinah, tetapi memelihara kepelbagaian agama dan budaya
serta mampu mengembangkan Islam secara mesra dan harmoni.
KESEDERHANAAN ISLAM
Sikap kesederhanaan Islam yang kita cuba hayati dan amalkan sejak sekian
lama bukan satu pilihan. Ia adalah sikap yang amat dituntut oleh Islam. Mesej
Islam hanya akan berjaya sampai dengan utuh apabila ia disampaikan dengan
penuh kesederhanaan.
6
Sebagai pendokong risalah dakwah kita seharusnya berpendirian dengan
teguh dan sepenuh hati agar kita tidak terjebak dengan kejelekan ekstremisme.
Marilah kita berhati-hati mengelakkan simptom-simptom penyakit ini kerana ia boleh
melumpuhkan dakwah kita dan kita kehilangan seri selaku penyebar risalah.
Ketaksuban terhadap satu-satu pendapat merupakan salah satu daripada
manifestasi gejala ekstremisme. Ketaksuban sehingga gagal meraikan
kepelbagaian pandangan kelak akan menjurus kepada kebekuan pemikiran dan
kejumudan tindakan. Setiap pendapat sudah tentu dilatari oleh sejarah, budaya
dan ilmu pengetahuan yang rencam.Begitu juga dengan kecenderungan selera
dan cita rasa yang tidak memungkinkan keseragaman pandangan.Keadaan
sebegini diburukkan lagi apabila diri diangkat keujuban yang melampau
sehingga mencanang, hanya dirinyalah yang berada di landasan kebenaran.
Kecenderungan untuk mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan syariat
juga merupakan gejala ekstremisme. Apatah lagi ia disertai oleh perilaku yang
keras dan kasar bagi memastikan seruannya diikuti. Setiap perkara yang
diwajibkan itu menjurus kepada satu tema, iaitu yang lebih sukar dan lebih
susah itulah yang lebih afdhal (utama). Sikap sebegini meragut sifat kasih
sayang dan kedamaian yang seiring dengan risalah Islam.Islam mahukan agar
manusia itu senang dan lapang dibelai kesejahteraan dalam kehidupan.
Lewat sebuah pesanan daripada Baginda Rasulullah s.a.w. apabila
mengirimkan Muaz ibn Jabal ke Yaman:
Engkau akan mendatangi kaum dari ahli kitab, maka serulah mereka
kepada syahadah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku
adalah Rasulullah. Jika mereka mentaati engkau akan yang demikian,
maka ajarkan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan ke atas
mereka sembahyang lima kali sehari semalam. Jika mereka mentaati
engkau pada yang demikian, maka ajarkan kepada mereka bahawa
Allah telah mewajibkan ke atas mereka sedekah (zakat) yang diambil
dari orang-orang kaya untuk diberi kepada orang-orang miskin.
(Riwayat Muttafaq alaih)
Dalam menghuraikan hadith ini, Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyorot tertib
dakwah yang bermula dengan perkara yang mudah, iaitu kalimah tayyibah kepada
yang lebih sukar, iaitu solat dan zakat.Ia mengisyaratkan bahawa ftrah manusia
perlu diperkirakan tatkala menyampaikan dakwah. Kita amat bimbang dengan
7
gejala ekstremisme yang memperkenalkan kepada generasi muda tingkah laku
yang keras dan kata-kata yang kesat yang bertopengkan jihad menegakkan Islam.
Aksi-aksi provokasi melampau daripada kedua-dua pihak sama ada Muslim
ataupun tidak mempamerkan perilaku yang memualkan. Ungkapan menghalau
dan menghina yang semakin popular sejak akhir-akhir ini meningkatkan lagi
keresahan dalam kalangan masyarakat. Adakah pintu untuk berdialog telah
tertutup? Ruang untuk berdakwah telah dinafkan? Dan pintu interaksi telah
dikunci? Sehingga mengizinkan untuk kita meluahkan kata-kata nista yang
merendahkan martabat akhlak kita sendiri.
Sikap tegas dan keras hanya diizinkan ketika peperangan dan ketika
melaksanakan hukum Allah terhadap pesalah syariah, namun itu pun jangan
menyingkapi tirai penghinaan martabat insani.
Apa yang kita bimbangi ialah sikap sebegini menjauhkan mereka dari
seruan Islamiah sebagaimana frman Allah S.W.T.:
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap
mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka
menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah
ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu.
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada
Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.
(Surah ali-Imran 3:159)
Kesegaran husn ud-dzan (bersangka baik) dimamah gejala ekstrem dengan
rakusnya. Ia merebak dengan pantas apabila kita mula memandang kelompok
lain dengan pandangan hitam lalu menyembunyikan kebaikan-kebaikan mereka
dan diperbesarkan kesalahannya. Sekecil-kecil kesalahan akan dikutuk habis-
habisan tanpa perasaan kasih sayang atau memberi ruang terhadap pembetulan.
Perilaku ini juga diiringi dengan menafkan sebarang bentuk penjelasan daripada
kelompok yang tidak bersama mereka dan kelompok tersebut akan dilabel
dengan pelbagai tuduhan yang bukan-bukan. Sabda Nabi s.a.w.:
8
Jauhilah prasangka, kerana prasangka itu adalah pembicaraan yang
paling dusta.
(Muttafaqun alaih)
Gejala ekstrem ini akan menjunamkan kita ke lembah takfr apabila
terperangkap dalam rasa ujub terhadap diri yang melampau. Firman Allah S.W.T.:
(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang
selain daripada kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha
luas ampunan-Nya. Dan Dia lebih mengetahui (tentang keadaan)mu ketika Dia
menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu;
maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui
tentang orang yang bertakwa.
(Surah an-Najm 53:32)
Musa a.s diperintahkan untuk terus mempertahankan akhlak tutur bicara
dengan kata-kata yang sopan apabila berhadapan dengan Firaun.Firaun yang
mewakili golongan yang zalim dan berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan
legasi kekuasaannya perlu dihadapi dengan tenang dan berhikmah.

Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui
batas.Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang
lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut
(Surah Taaha 20:43-44)
ABIM selaku gerakan dakwah yang mempunyai pengaruh yang tersendiri
perlu mempertahankan posisi daie dengan sepenuh hati.Sikap ekstrem yang
kelihatan dalam nyalaan semangat perkauman yang sempit, pendekatan yang
berlebihan dalam beragama (al-ghuluw) dan ketaksuban terhadap pemimpin
dan kelompok perlu dijauhi oleh penggerak-penggerak dakwah.
9
Justeru, amalan kesederhanaan atau wasatiyyah bukanlah suatu pilihan.
Sebaliknya ia adalah satu kemestian. Mesej kesejahteraan Islam hanya dapat
disampaikan dengan makna yang setepatnya menerusi kesederhanaan ini. Tanpa
sikap ini, inti risalah akan terlindung di balik bayangan ekstremisme yang hodoh.
POLITIK ADILUHUNG
Politik adiluhung adalah politik yang mengutamakan kepentingan sejagat.
Ia mengurus interaksi antara kepentingan diri dan kepentingan awam secara
seimbang dan saksama. Interaksi ini penting bagi melahirkan satu suasana
yang mengarah kepada kebahagiaan.
Dalam membahaskan topik ini, Dr Jasser Auda memberi penekanan
bahawa identiti yang terpenting bagi semua Muslim yang membezakannya
dengan puak atau tamadun yang lain adalah al-Shariah al-Islamiyah. Dengan
kepelbagaian rupa bentuk dan budaya, shariat Islam membina Muslim di atas
asas akidah Islamiah yang membawa manusia untuk tunduk dan patuh kepada
segala titah perintah Allah.
Kepelbagaian identiti dilihat bukan punca kepada pertentangan, malah
saling menyempurnakan dan melengkapi bagi membina identiti Muslim.
Komponen asas yang thubut (kekal) perlu jelas dan mendapat tempat yang
sewajarnya, juga perkara mutaghaiyirat (berubah/dinamik) perlu menempati di
posisi yang setepatnya.
Rasulullah s.a.w dalam memainkan peran Imamah, sentiasa mengutamakan
maslahah ammah (kepentingan umum). Baginda sentiasa mempertimbang
segala ruang dan kemungkinan agar keputusan yang bakal dibuat memberikan
manfaat bagi mencapai objektif syariat. Baginda amat marah sekiranya sikap
perkauman sempit (Assabiyyah) dijadikan asas untuk bertindak sehingga
menafkan kebenaran. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah,
berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan)
assabiyyah
(Hadith Riwayat Abu Dawud)
Dikisahkan Baginda berbangga dilahirkan dari kaum Quraisy apabila
Baginda pernah bersabda :
10
Allah telah menganugerahi suku Quraisy dengan 7 perkara yang
tidak diberikan kepada seseorang sebelum dan setelah mereka.
Pertama, Allah menganugerahi Quraisy dengan keberadaanku yang
dari golongan mereka.Kedua, kenabian muncul dalam kalangan
mereka. Ketiga, jabatan hijabah (penyimpan kunci sekaligus pengurus
Kaabah) berada pada mereka. Keempat jabatan siqayah (menjaga
minuman para hujaj atau air zam-zam) juga berada pada mereka.
Kelima, Allah telah menolong mereka mengalahkan pasukan gajah.
Keenam, mereka menyembah Allah selama 10 tahun (awal) yang
mana selain mereka masih belum menyembah Allah. Ketujuh, Allah
menurunkan satu surah tentang mereka dan al-Quran yang tidak
diturunkan kepada selain mereka. (Kemudian Rasulullah membacakan
surah al-Quraisy sehingga selesai.)
(Hadith riwayat at-Thabrani dan al-Hakim)
Namun, kebanggaan terhadap bangsa itu tidak pernah membuatkan
Baginda terlanjur mengunjur ke lorong gelap perkauman sempit bahkan
Baginda tetap teguh memelihara kebenaran dan keadilan.
Dr. Muhammad Imarah merumuskan politik Islam mestilah mampu menjamin
kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat serta terlaksana di atas landasan
maqasid syariah. Fungsi ini terangkum dalam takrifan yang beliau senaraikan iaitu:
1. Mengupayakan manusia dengan memandu mereka ke arah jalan yang
selamat dalam jangka waktu yang dekat atau panjang, dan menguruskan
kehidupan bersama orang awam mengikut peraturan yang adil dan istiqamah.
2. Apa-apa sahaja perbuatan yang menjadikan manusia lebih hampir kepada
kebaikan dan lebih jauh daripada kerosakan.
3. Siasah agama yang memberi manfaat dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Ia juga bermakna pengurusan ke atas masyarakat manusia berasaskan
manhaj agama.
Jelas sekali jika politik adiluhung menjadi identiti politik Malaysia, kita
mampu menapak lebih jauh bersama kesatuan masyarakat yang luhur dan
penuh kejujuran. Ini juga sekali gus menjanjikan masa depan yang lebih cerah
buat warga Malaysia keseluruhannya.
Kita sudah jemu dan berasa muak dengan karenah politik yang hanya
menonjolkan perjuangan terhadap kelompok kecil bagi merebut kuasa. Kuasa
11
menjadi satu macam penyembahan yang perlu dipertahankan tanpa mengira risiko
dan kesan sampingan, walau menyebabkan kekeliruan dan kehancuran ummah.
Politik kebencian, politik adu domba, politik rasuah, politik ftnah dan pelbagai
lagi kehodohan politik terjelma atas kerakusan nafsu yang menggila.Mungkin
inilah yang dinamakan jaman edan oleh pujangga Ronggorwarsito yang
dinafkan hak menduduki jawatan yang lebih tinggi lantaran mempertahankan
moral dan akhlak dari diratah kegilaan nafsu.
Kita semakin gerun apabila permainan politik edan ini menerobos
sempadan keagamaan. Kepalsuan dipakaikan dengan pakaian agama,
kebobrokan juga bertopengkan agama, kebencian dan ftnah turut sama
bercitrakan agama. Maka nanti umat akan terdidik bahawa dalam kehidupan
bahawa yang terpenting adalah bijak mengendalikan hujah agar kita sentiasa
kelihatan berada pada landasan yang betul walau hidup berselimutkan maksiat.
NASIONALISME DAN PATRIOTISME
Allahyarham Rustam A. Sani menyatakan .. Malaysia is just a state
without nation or, at least, a state with several competing nation seharusnya
mencemaskan kita. Melewati 57 tahun kemerdekaan serta ulang tahun ke-51
pembentukan Malaysia, negara yang dicintai ini masih dijajah prasangka
perkauman yang menebal.
Untuk membicarakan pembinaan bangsa Malaysia secara tuntas; kita
tidak boleh terus dibuai dengan emosi nasionalisme yang ekstrem.Semangat
nasionalisme ataupun kebangsaan merupakan manifestasi daripada ftrah
peradaban manusia. Namun ia seharusnya didirikan berdasarkan kepada asas
yang diketengahkan menerusi,
Wahai umat manusia!Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku
puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.
(Surah al-Hujuraat 49:13)
12
Ketika menggagaskan negara Islam Madinah, Rasullulah s.a.w. bertindak
mempersaudarakan di antara kaum Ansar dan Muhajirin. Rasullulah s.a.w.
juga telah menggagaskan Piagam Madinah sebagai rujukan untuk menjamin
kestabilan politik serta sosial pelbagai suku kaum di kota tersebut.
Namun ancaman perpecahan sentiasa wujud. Musuh sentiasa mengintai
peluang untuk memecahkan ikatan perpaduan. Pada suatu ketika berlaku
perselisihan faham dalam kalangan kaum Ansar (suku Aus dan Khazraj) akibat
daripada ftnah Syas Bin Qais yang membangkitkan sentimen permusuhan
silam antara kedua-dua suku itu dalam peperangan Buats. Pergaduhan
hampir tercetus apabila emosi kemarahan disemarakkan.Perkara ini sampai
ke pengetahuan Rasulullah. Dari peristiwa ini, Allah S.W.T telah mewahyukan
peringatan pada ayat 103 Surah ali-Imran:
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah
kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu
bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu
kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi
jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah
menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.
Justeru pembinaan bangsa Malaysia seharusnya digagaskan kepada
sentimen patriotisme; yakni kecintaan terhadap tanah air tercinta.Istilah tanah air
merupakan manifestasi mendalamnya perasaan cinta seseorang itu terhadap
negaranya (membabitkan elemen tanah dan lautan).Bukan sahaja kesetiaan ke
atas negara ini yang perlu ditagih, Bangsa Malaysia seharusnya dididik untuk
menyintai tanah air dengan penuh rasa tanggungjawab terhadap negara ini.
Wacana pembinaan Bangsa Malaysia seharusnya mengambil kira latar
kemajmukan yang telah terbentuk di negara ini.Bangsa Malaysia tidak dapat
13
dibentuk tanpa interaksi yang positif membabitkan pelbagai latar agama serta
kaum yang berbeza. Rasa hormat serta saling memahami perlu dibudayakan
sepanjang interaksi ini. Justeru, runtuhkan dinding prasangka terhadap satu sama
lain bagi memelihara keamanan serta kemakmuran negara yang tercinta ini.
Inilah asas-asas pembinaan bangsa Malaysia yang berteraskan semangat
patriotisme yang tinggi yang dipandu oleh kesatuan Adicita. Menerima
kemajmukan kaum sebagai latarnya, diuruskan dengan penuh tanggungjawab
merentasi kepentingan sempit kelompok di bawah kepimpinan politik adiluhung
yang berasaskan keadilan den kesederhanaan.
MENGANGKAT PERLEMBAGAAN
Kita menyambut 57 tahun kemerdekaan pada tahun ini. Kemerdekaan secara
geografnya meliputi kemerdekaan Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo, iaitu
Sabah dan Sarawak. Kemerdekaan ditandai oleh suatu dokumen yang diangkat
dan dianggap sebagai suatu passport atau kad pengenalan kepada negara ini
iaitu Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ketika kemerdekaan negara
pada 31 Ogos 1957 dan diperkenalkan sebagai Perlembagaan Persekutuan
Malaysia pada Hari Malaysia, iaitu pada 16 September 1963, yang mengandungi
183 Perkara termasuk 13 Jadual. Dokumen ini didokong oleh rakyat
Malaysia sebagai lambang kemerdekaan dari penjajahan, pengiktirafan kepada
pemerintahan serta geograf sempadannya sendiri, lambang kedaulatan negara
dan pengiktirafan kepada wujudnya bangsa Malaysia.
Perlembagaan ini mengangkat dan memperkukuhkan pelbagai elemen
yang disebut sebagai unsur-unsur tradisi Perlembagaan. Antara unsur tradisi
ini ialah kedaulatan Raja dan Sultan sebagai pemerintah. Institusi Raja adalah
institusi yang kita pertahankan sejak sebelum merdeka. Ia adalah institusi penting
sebagai suara akhir yang menjamin kepentingan tertentu dalam Perlembagaan.
Dalam melaksanakan tanggungjawab ini institusi Raja perlu mengikut asas
yang digariskan dalam perlembagaan, konsep inilah yang membawa kepada
konsep Raja Berperlembagaan. Justeru, institusi pemerintahan tertinggi negara
termasuk kuasa eksekutif haruslah menjalankan fungsi dan peranannya
berasaskan kepada lunas-lunas syariat. Menarik untuk menelosori sejarah
pada tahun 1946 ketika institusi Beraja masih dalam pelaksanaan konsep
tradisinya yang sakral, ketika Malayan Union hendak diperkenalkan, institusi ini
dikritik secara halus dalam pantun berikut:
14
Ampun Tuanku duli Mahkota
Fikirlah kepada rakyat jelata
Teriti dibaharui elok sekata
Supaya tidak putih mata
Jika lebih memandang dunia
Rakyat kelak teraniaya
Tuanku semayam di atas bahaya
Hilang kelak taat setia
Harimau terjumlah binatang gagah
Kerana kuku ada berceranggah
Hilang kuku tiada semenggah
Belang sahaja tidakkan megah
Patik semua menunggu rahmat
Mengubah teriti biar cermat
Siasat selidik dengan jimat
Supaya rakyat jadi selamat
Pejuang bangsa, Datuk Zainal Abdin Abdul Wahid (semoga Allah beri
kesembuhan padanya) mengungkapkan bahawa pantun ini ditulis sebagai satu
appealing atau rayuan rakyat kepada Sultan untuk melaksanakan sesuatu
yang terbaik yang menyokong rakyat kebanyakan bagi mengelakkan hilangnya
sokongan dan keyakinan rakyat. Justeru dalam kemelut siasah yang berlaku
dalam negara khususnya Selangor ia harus diselesaikan dengan penuh hikmah.
Mereka yang ditampok kuasa politik (pemerintah atau kuasa eksekutif)
harus memikirkan juga untuk kepentingan rakyat kebanyakan kerana, rakyat
juga mempunyai kedaulatannya yang tersendiri. Dalam suasa demokrasi kini,
kepimpinan diangkat oleh rakyat. Pengiktirafan kepada kedaulatan rakyat tidak pula
beerti penggantian hakimiyyatu Lllah (kuasa Allah) dengan hakimiyyatu l-bashar
(kuasa manusia) kerana kuasa tetap tidak mengatasi kedaulatan syariat. Oleh yang
demikian, sebarang pertikaian administratif dalaman politik harus diselesaikan
segera dengan penuh hikmah untuk kepentingan rakyat. Muhammad Hatta dan
S.Sjahir mengungkapkan dalam pendahuluan terbitan sulung Majalah Rajat pada
20 September 1931 bahawa: ... Bagi kita rakyat itu yang utama, rakyat umum
yang mempunyai kedaulatan, kekuasaan. Kerana rakyat itu jantung hati bangsa.
Dan rakyat itulah yang menjadi ukuran tinggi rendah derjat kita. Dengan rakyat itu
kita akan naik dan dengan rakyat itu kita akan turun .....
15
KONSEP FEDERALISME DALAM PERLEMBAGAAN
Perlembagaan mengiktiraf wujudnya kesalingan utuh hubungan antara
kerajaan Pusat dan negeri di bawah makna konsep federalisme perlembagaan
kesan darpada unsur tradisi perlembagaan yang dipertahankan. Konsep
ini memenifestasikan wujudnya dua wilayah kuasa kerajaan, iaitu kerajaan
persekutuan (kerajaan pusat) dan kerajaan negeri. Justeru sejak 57 tahun
Merdeka, nikmat membangunkan negara digerakkan oleh negeri-negeri di
Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak. Sabah menerima kesan ini sebagai
sebuah negeri yang ada citra tersendiri. Justeru ABIM menolak sikap mana-
mana pihak yang membawa cetusan idea untuk mengeluarkan Sabah dari
Malaysia. Semangat hasrat rakyat dalam pemilihan suara Suruhanjaya Cobbold
harus dipertahankan kerana itu adalah hasrat generasi awal yang kenal erti
perit perjuangan awal mendapat kemerdekaan daripada penjajah. Generasi
awal diungkapkan oleh Ibn Khaldum dalam al-Muqaddimah sebagai generasi
perintis yang mengharungi onak duri gelombang kehidupan. Kemerdekaan harus
dilihat dalam konteks yang lebih luas dan jangka panjang bukan hanya dengan
momentum ruang litigasi dan dokumen semata-mata. Datuk Nicholas Fung Ngit
Chung dalam satu makalah The Constitutional Position of Sabah menyebut
bahawa dalam konklusinya,
However the skilfully drafted a constitution may be, it is useless if it is
placed in unworthy hands and no amount of guarantee spelled out in the Sacred
Document will be useful unless the Document is operated by men with good
judgement, common sense, fairness dan good will.
Keperluan untuk rakyat Sabah berada dalam Malaysia adalah untuk kestabilan,
perpaduan dan menjujung semangat ummah yang harus dipertahankan. Namun
demikian golongan ulul amriy harus mendengar rintihan masyarakat dengan lebih
tuntas. Sabah harus dibantu dari pelbagai sudut dan dipertingkatkan kemampuan
mandirinya dibidang ekonomi, politik, pendidikan dan kesejahteraan sosial. Institusi
Islam di Sabah juga harus diperkasakan untuk membantu saudara-saudara baru di
kawasan pendalaman mendapat pendidikan Islam yang sempurna. Perlu dilahirkan
golongan agamawan dan ulama dari kalangan pelbagai suku masyarakat Borneo
itu sendiri yang pastinya lebih berhikmah dan mendasar dalam dakwahnya dan
didikannya untuk anak bangsa.
KEBOBROKAN POLITIK KERANA PENYAKIT HATI
Hati atau jiwa ada punca kuasa bagi seorang insan. Kebanyakan manusia
rosak ahklak minda dan jiwanya berpunca dari hati. Justeru Amir Shakib Arsalan
16
dalam satu surat panjang jawapannya kepada persoalan yang ditanyakan
kepadanya oleh seorang yang berasal dari Nusantara, hinggakan persoalan itu
terungkap menjadi sebuah makalah bertajuk Limadha Taakhkhara al-Muslimun
wa Limadha Taqadda Ghyarahum? (Mengapa Mundur dan Keterbelakangnya
Kaum Muslimun). Hasil daripada catatannya, beliau membuat konklusi bahawa
masalah umat kini adalah disebabkan penyakit dalaman dan kerosakan
hati yang semakin parah. Politik gila untuk kuasa. Tiada lagi insan seperti
Khalid al-Walid yang berkarismatik dan berprinsip tinggi mampu untuk turun
jawatan sebagai panglima perang hanya kerana arahan Khalifah ketika itu.
Kemampuannya adalah kerana hatinya ikhlas berjuang kepada Allah. Ramai
players politik ketika ini kadangkala kurang menitik beratkan soal akhlak kerana
hatinya musnah dengan politik ala Machiavelli. Laman sosial, twitter dan media
massa dijadikan saluran bercakaran sesama sendiri hingga hilang jati diri dan
keperibadian tinggi seorang statesman. Sheikh Hamza Yusoff seorang ulama
tersohor aliran tradisi di barat menyatakan dalam bukunya Purifcation of the
Heart bahawa dunia akademia dan sains barat menganggap bahawa otak atau
brain yakni akal adalah centre of consciousness. Namun dalam dunia Sains
Islam, beliau menyebut bahawa Heart is viewed as a centre of our being.
Justeru dalam banyak ayat al-Quran Allah S.W.T. merefeksi umat manusia
untuk mendidik jiwa dan hati dengan jiwa tauhid dan ketuhanan. Rasulullah
juga membawa misi profetis mengangkat jiwa tauhid sebagai sandaran
dalam kehidupan. Justeru itu, selain hati masyarakat yang perlu diubati, hati
memimpin politik perlu dibersihkan dari sifat-sifat mazmumah kepada sifat-
sifat mahmudah. Hatinya perlu memasakkan perjuangan politik dengan
kerangka politik Islam berpandukan kepada al-Quran dan as-Sunnah dengan
mengamalkan semangat Syura sebagai teras dalam mentadbir dan memimpin.
PENDIDIKAN
Kekecohan dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sedikit masa lalu
menunjukkan wujud percanggahan antara konsep dan pelaksanaan dalam
pendidikan negara. Hasrat untuk mengangkat martabat guru agar diberikan ruang
yang sewajarnya dalam mentaksir pelajar perlu menjadi keutamaan pada masa kini.
Membetulkan persepsi bahawa pendidikan itu peperiksaan atau sekolah itu
peperiksaan perlu diikhtiarkan. Ini kerana generasi muda akan dipasakkan satu
tanggapan bahawa kejayaan hidup adalah mengejar keputusan peperiksaan
yang baik bukan memenuhi fungsi sebagai khalifah dan hamba Allah. Justeru
segala usaha baik bersifat individu, keluarga dan warga sekolah adalah
menjurus kepada mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan semata-mata.
17
PBS yang menekankan Kemahiran Berfkir Aras Tinggi (KBAT) mahukan
para pelajar menyelesaikan masalah secara kreatif menerusi analisa yang
kritikal. Dalam proses ini pelajar perlu menjana idea yang bebas dari bingkai
konservatif dan mampu melahirkan inovasi baru dalam penyelesaian masalah.
Namun tatkala para pelajar di peringkat sekolah diarah untuk menguasai
KBAT kenapa pula pihak kerajaan cukup takut dengan dapatan statistik yang
dilihat mampu menjadi ancaman terhadap kelangsungan penguasaan politik
pihak-pihak tertentu. Penamatan Prof Dato Dr. Mohamad Ridzuan Othman
dari menjadi Pengarah UMCEDEL lebih awal jelas menunjukkan bahawa
percanggahan antara konsep dan pelaksanaan. Pelaksanaan KBAT akan
terencat dengan ketakutan tehadap kebebasan akademik.
Keselarian hanya akan terhasil daripada kejujuran, keikhlasan dan
kesabaran. Pendidikan hari ini perlu disegarkan dengan elemen ini yang jauh
dari virus kemunafkan yang akhirnya menyuburkan benih-benih kekeliruan.
EKONOMI
Harga sekilogram getah buku sekarang adalah di sekitar RM1.80/kg.Berbeza
pada bulan Febuari yang yang merekodkan harga pada RM2.50/kg. Trend yang
sama pada harga minyak sawit yang mencatatkan penurunan dari kira-kira
RM2600/tan pada bulan Januari dan kini hanya RM2000/tan.
Tinjauan yang dilakukan oleh sebuah portal berita baru-baru ini,
mendedahkan wujud kecenderungan untuk mengurangkan pengambilan
protein dalam gizi pemakanan khususnya masyarakat di bandar. Pengambilan
makanan seperti daging, ayam dan ikan dikurangkan semata-mata kerana tidak
mampu menampung kenaikan harga atau mahu berjimat bagi membolehkan
kos kehidupan yang lebih penting dapat dibiayai.
Pengalaman kita mendekati kelompok gelandangan di ibu kota Kuala Lumpur,
turut mendedahkan antara sebab mereka sanggup tidur beralaskan simen dan
berbumbungkan langit adalah kerana mahu menjimatkan wang sewaan tempat
tinggal yang boleh digunakan bagi keperluan keluarga di kampung.
Perakuan bahawa wujud peningkatan infasi disebabkan pelaksanaan
GST turut menambah beban derita rakyat menjelang 2015. Walaupun
peningkatan infasi dikatakan hanya bersifat jangka pendek dan akan dapat
18
diatasi menjelang 2020, ia tetap sesuatu yang memeritkan. Andaian tersebut
dibuat setelah negara mendapat lebihan dalam pendapatan.
Lebihan hanya mampu memberikan manfaat kepada rakyat jika dapat
diuruskan dan digunakan secara berhemah. Ketirisan dalam perbelanjaan,
rasuah, penyelewengan dan salah laku yang melibatkan kewangan perlu
dikekang agar derita rakyat dapat ditamatkan secepat mungkin.
Kedudukan negara di tangga 53 bagi Indeks Persepsi Rasuah bagi tahun
2013 jauh ketinggalan dengan negara Bhutan (31), Brunei (38) dan Singapura
(5). Ia juga masih belum setara dengan kedudukan kita pada tahun 2001 di
tangga 36/91, 2002 (33/102) dan 2008 (47/180).
Satu lagi kajian yang dilakukan oleh Transparency International terhadap
keperluan merasuah bagi mendapatkan kontrak di Malaysia berada pada tahap
50% berbanding Indonesia 47%.Tinjauan ini dilakukan kepada 3000 eksekutif
di seluruh dunia. Jelas defsit dalam pendapatan negara bukan berpunca dari
kekurangan sumber ekonomi, tetapi berpunca dari sifat tamak dan haloba
segelintir warga Malaysia.
Kita perlu keluar daripada sumpahan kehancuran ini dengan strategi
yang dipelopori oleh Umar Abdul Aziz dalam memelihara hak serta amanah
perbendaharaan negara. Dalam satu kisah, di suatu hari, anak-anak
perempuannya lari menjauhi Umar Abdul Aziz dengan menutup mulut. Mereka
berpelakuan sedemikian kerana bau mulut yang busuk disebabkan memakan
bawang putih. Hanya itulah makanan yang mampu disediakan oleh Umar Abdul
Aziz kepada keluarganya. Lalu berkatalah Umar Abdul Aziz, Wahai puteri-
puteriku, apakah manfaatnya bagi kamu memakan makanan yang enak dan
bermacam-macam jika hal itu menyeret ayahmu ke neraka! Menerusi satu
kisah lain pula, Umar Abd Aziz telah menginfakkan kalung perhiasan isterinya
untuk dimanfaatkan Baitulmal. Walaupun Umar Abd Aziz telah meninggal dunia,
isterinya tetap tidak mahu menerima kembali perhiasan tersebut (walaupun
ditawarkan oleh pegawai Baitulmal).
CABARAN PERKAUMAN SEMPIT
Ketika kita membicarakan mengenai pembinaan bangsa Malaysia, persoalan
mengenai Islam serta hak istimewa Melayu perlu dikupas secara teliti.Sejarah
mencatatkan pada suatu ketika dahulu kehebatan bangsa Melayu tidak semata-
mata diwarnai dengan latar bangsanya.Orang Melayu menjadi bangsa yang
dihormati kerana akal budi mereka didasari dengan ajaran Islam.Islam dihayati
sebagai Ad Din yang menyempurnakan tatacara hidup manusia. Akan tetapi, ia
19
tidak seharusnya membuai bangsa Melayu dengan dogma keistimewaan dan
kemuliaan dibandingkan bangsa lain. Bangsa Melayu seharusnya menginsaf
bahawa akar keislaman yang diwarisi memerlukan mereka tampil ke hadapan
sebagai suri teladan.
Kepimpinan yang diterajui bangsa Melayu perlu diyakini kualiti
kepimpinannya. Keyakinan ini akan mengundang kepercayaan yang
tidak berbelah bagi daripada bangsa-bangsa lain. Itulah pernyataan serta
keistimewaan perlu sempurnakan.Ungkapan dan kiasan yang sering disebut
oleh sebilangan kalangan cendekiawan Islam, apakah ini hak istimewa orang
Melayu atau hak Melayu istimewa. Mari kita renung peringatan Allah dalam
al-Quran, Surah Al-Maidah ayat 8 yang menegaskan tentang berlaku adil dan
ihsan kepada semua insan tidak kira Islam atau bukan Islam:
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi
orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan
kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku
adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan
bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Surah al-Maidah 5:8)
Untuk menerajui pembinaan bangsa Malaysia, gerakan Islam di negara ini
perlu berhenti membicarakan fenomena kemajmukan (yang ada di Malaysia)
ruang Kafr Harbi atau Kafr Zimmi semata-mata! Dr. Muhammad Imarah
dalam bukunya Al-Islam wa al-Ta`addudiyyah: al-Ikhtilaf wa al-Tanawwu` f Itar
al-Wihdah (Islam dan Pluraliti: Perbezaan dan Kepelbagaian dalam Bingkai
Kesatuan) mengupas persoalan tema bangsa yang berjaya dalam konteks
pluraliti dan kepelbagaian. Ianya menjadi satu formula yang digagaskan lewat
kepelbagaian dalam satu kawah kehidupan berteraskan Islam sebagai Ad Din
dan matlamatnya membentuk negara madani yang selari dengan Islam.
20
CABARAN ANTARABANGSA
Perkembangan politik global pada tahun-tahun kebelakangan ini amat dekat dan
signifkan dengan peranan ABIM sebagai sebuah gerakan Islam antarabangsa.
Tahun 2013 dan 2014 khususnya merupakan tempoh yang amat menarik dari
kaca mata penganalisis geo-strategik dan isu antarabangsa. Konfik demi konfik
yang mewarnai politik dunia menyerlahkan kepincangan orde pasca-kolonialisme
Dunia Barat yang bertunjangkan demokrasi terpilih. Persoalan Whats gone
wrong with Democracy? yang diutarakan majalah The Economist edisi Mac
2014 perlu dijawab, tatkala masyarakat dunia hari menghadapi krisis keyakinan
terhadap kemampuan negara-bangsa dan segala instrumen antarabangsa untuk
menyelesaikan pelbagai konfik serta tragedi kemanusiaan.
Bagi rangkaian gerakan Islam pula, rentetan peristiwa pasca Arab Spring
menyaksikan rangkaian besar gerakan Ikhwanul Muslimin dan Jamaat-e Islami
menjadi sasaran pemerintah kuku besi. Turki dan Tunisia hanyalah sekelumit
kisah kejayaan demokrat Islam yang bertahan meneruskan agenda politik
Islam yang syumul di sebalik segala makar global politics yang telah tercabut
dari akar humaniti dan moraliti.
Rantau Asia Tenggara juga sedang melewati detik penting perubahan
landskap politik dan sosio-ekonomi dengan terbentuknya Komuniti ASEAN
pada tahun 2015. Peristiwa ini bakal membawa pelbagai impak terhadap negara
ini menjelang tahun-tahun mendatang.Keadaan ini berlaku taTkala Malaysia
mendapat perhatian meluas masyarakat dunia akibat daripada rentetan tragedi
MH 370 dan MH17.Pendirian tegas rakyat Malaysia dalam memperjuangkan isu
Gaza turut mengundang reaksi rejim Zionis-Israel. Keadaan ini telah mengheret
Malaysia ke kancah permainan politik dunia. Dalam kaitan dan lingkaran inilah
sikap, pendirian dan perancangan Agenda Antarabangsa ABIM direkayasa.
Cabaran dan kerencaman isu global yang diperhalusi sewaktu World
Conference On Islamic Resurgence dan Himpunan Solidariti Kemanusiaan
anjuran ABIM tahun lalu menuntut agar advokasi dan pembelaan umat Islam
tidak dilakukan secara bersendirian. ABIM harus memanfaatkan segala potensi
dan kekuatan Jamaah melalui peranan aktif Majlis Antarabangsa Jamaah.
Penggal pertama Agenda Antarangsa telah menumpukan kepada tiga aspek
utama, iaitu Advokasi, Kemanusiaan dan Diplomasi.
Dengan landasan kukuh yang dibentuk sepanjang tahun ini, penggal
kedua sesi ini akan memberikan fokus kepada aspek latihan, pembinaan,
21
dan pengukuhan aktivis serta sukarelawan antarabangsa Jamaah. Koordinasi
di peringkat negeri dan agensi juga bakal ditingkatkan. Justeru lebih banyak
bengkel serta latihan, siri penerangan isu antarabangsa dan wacana
antarabangsa akan diadakan. Program-program ini diadakan untuk memastikan
ABIM terus kekal relevan selaku main player dalam arena antarabangsa.
DILEMA PERUNDANGAN SYARIAH
Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Pelaksanaan Undang-undang Syariah
di antara Kerajaan negeri Kelantan dan Kerajaan Persekutuan adalah satu
perkembangan yang menarik dan perlu disambut baik. Ia perlu dilaksanakan
dengan penuh kejujuran dan keikhlasan atas semangat fastabiq ul-khaiyrat
bagi menjunjung titah perintah Allah.
Namun kita masih belum boleh menarik nafas lega apabila kita melihat
kemelut status Mahkamah Syariah masih belum dapat disempurnakan.
Cadangan daripada YAB Perdana Menteri agar pertikaian hak penjagaan anak
yang sudah Islam dibawa ke mahkamah sivil amat-amat membimbangkan.
Ia jelas bercanggah dengan Fasal 121(A) Perlembagaan persekutuan yang
dengan tegas menyatakan bahawa keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh
dipertikaikan oleh Mahkamah Sivil.
Saranan seperti ini boleh membuka ruang perkelahian antara penganut
berbeza agama. Kita perlu mengangkat martabat Mahkamah Syariah dengan
memperkemas proses dan accessibility penganut agama selain Islam bagi
menyelesaikan kes-kes yang berkenaan. Ia penting bagi menghapuskan
prasangka terhadap Perundangan Syariah dan sekali gus boleh mempromosi
keadilan Islam secara langsung.
Keghairahan memberikan sebab beralaskan maqasid us-syariah dalam
pelaksanaan perundangan Islam perlu dicermati dengan teliti. Mana mungkin
hifz ud-din dicapai apabila pendidikan Islam masih ketinggalan, mana mungkin
hifz al-aql dimanifetasikan sekiranya penipuan fakta dan pembodohan masih
berleluasa, mana mungkin hifz an-nafs terselamat jika kereta polis hilang di
laut, mana mungkin hifz an-nasl terlaksana jika pesta seks masih berleluasa,
mana mungkin hifz al-mal dapat diterjemah jika rasuah masih menggila.
SELAMATKAN MALAYSIA DENGAN DAKWAH
Cabaran dalam memastikan negara kita Malaysia yang tercinta ini terus berada pada
landasan yang perpaduan yang kukuh perlu dihadapi dengan bijaksana. Kesatuan
22
hati bukan tuags yang boleh dilaksanakan oleh manusia. Hati yang dimiliki secara
mutlak oleh Ilahi perlu disiram dengan ilmu dan pengetahuan yang hakiki.
Perpaduan hanya dapat diperolehi dari kesediaan mengorbankan keinginan
dan kehendak peribadi. Keunikan setiap warga adalah ketentuan Allah dan
perlu digerakkan ke arah kebaikan. Segala perjuangan yang menjurus kepada
kepentingan peribadi dan mampu menggugat kemaslahatan masyarakat
terbanyak perlu ditentang.
Dalam sisi yang lain gerakan dakwah perlu berupaya memberikan jawapan
dan penyelesaian yang praktikal bagi permasalahan kehidupan masyarakat.
Kegagalan memberikan jawapan akan menyebabkan masyarakat mencari
penyelesaian yang jauh daripada roh Islam yang murni. Kita akan mendapati
hujah-hujah logik yang condong kepada sekularisme akan kembali memenangi
pentas-pentas perdebatan masyarakat.
Sebagai gerakan dakwah jangan kita tinggalkan umat dalam keadaan
hampa dan kecewa. Keadaan seumpama ini akan menyebabkan hilangnya
kepercayaan dan keyakinan umat terhadap gerakan dakwah. Kita mesti
mampu menyantuni dengan segenap kesungguhan untuk membantu sekali
gus mengangkat martabat umat.
Tiada maknanya menang perbicaraan kalimah Allah, jika kita tewas
menegakkan titah perintah Allah di tengah-tengah masyarakat. Tiada gunanya
kemerdekaan bersuara jika kita masih dijajah nafsu.Tiada ertinya kita
memperjuangkan nilai-nilai demokrasi jika pemain politiknya masih mabuk
kuasa.Tiada makna keunggulan pendidikan jika pesta pemujaan keseronokan
masih berleluasa.
Dengan penuh sedar kita menghayati pesanan Allah S.W.T. dalam al-Quran:
Alif Laam Miim. Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja)
mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan
sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya
Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(Surah al-Ankabut 29:1-2)
Kerana kita meyakini bahawa kebenaran akan menghancurkan kebatilan
dan hanya yang bermanfaat akan terus kekal:
23
Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah
menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari
apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat,
ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan
(bagi) yang benar dan yang batil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang
tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di
bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan.
(Surah ar-Rad 13:17)
Kita mendambakan keredhaan Allah moga kemenangan abadi menjadi
milik kita semua :
Dalam beberapa tahun lagi. Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah
(mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah
orang-orang yang beriman. Kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa
yang dikehendaki-Nya. Dan Dialah Maha Perkasa lagi Penyayang.
(Surah ar-Rum 30:4-5)
Sekali berdakwah terus berdakwah. Moga kita terus gagah memikul
amanah ini.Moga Allah terus menetapkan hati kita pada jalan ini.
Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Walillahilhamd.
Dewan Amil Jaya,
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah,
Kota Kinabalu.
13 September 2014/18 Zulkaedah 1435
24
BIBLIOGRAFI PILIHAN
1. Muhamad Natsir, Agama Dan Negara: Dalam Perspektif Islam, Media
Dakwah, Jakarta, 2001.
2. Dr. Muhammad Imarah, Al-Islam wa al-Ta`addudiyyah: al-Ikhtilaf wa al-
Tanawwu` f Itar al-Wihdah (Islam dan Pluraliti: Perbezaan dan Kepelbagaian
dalam Bingkai Kesatuan).
3. Zainal Abidin Abd Wahid, Glimpses of Malaysian History, Dewan Bahasa
dan Pustaka, 1970.
4. FA Trindade & HP Lee, The Constitution of Malaysia Further Perspectives and
Development; Essays in Honour of Tun Mohamed Suffan, Fajar Bakti KL,1986.
5. Al-amir Shakib Arsalan Limadha Taakhkhara al-Muslimun wa Limadha
Taqadda Ghyarahum? Dar Maktabat al-Hayah, Beirut, 1986
6. Hamza Yusuf, Purifcation of the Heart: Signs, Symptoms and Cures of the
Spritual Disease of the Heart, Sandala lnc. USA, 2012.
7. Rustam A. Sani, Failed Nation? Concerns of A Malaysian Nationalist,
Strategic Information and Research Development Centre, 2008.
8. Siddiq Fadzil, Islam Dan Melayu: Martabat Umat dan Daulat Rakyat,
Akademi Kajian Ketamadunan, 2008.

You might also like