You are on page 1of 32

PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 1

UNIT
UNIT 11

OBJEKTIF

Objektif am : Mempelajari dan menjelaskan maksud


undang-undang dan sistem perundangan di
Malaysia

Objektif khusus : Di akhir unit ini, anda sepatutnya dapat :

a. Mentakrifkan undang-undang dan sistem perundangan


Malaysia.
b. Menjelaskan pengaruh undang-undang Inggeris ke atas
perundangan Malaysia.
c. Menyenaraikan sumber undang-undang di Malaysia yang
merangkumi sumber bertulis dan tidak bertulis.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 2

d. Menerangkan institusi undang-undang yang terdapat di


Malaysia.

1.0 Pengenalan

Secara amnya tiada satu definisi khusus yang diterima umum berkenaan dengan
definisi undang-undang. Walau bagaimanapun, perkataan undang-undang
didefinasikan oleh Webster’s Dictionary sebagai semua peraturan yang berkaitan
dengan tingkah laku yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu kaum. Menurut
Yaqin (1996), kesemua pihak bersetuju jika dikatakan bahawa undang-undang adalah
satu set peraturan yang mentadbir tingkah laku dalam masyarakat.

Mesej utama perundangan ialah untuk keadilan dan kepastian bahawa undang-undang
tersebut adalah bersesuaian, diterimapakai dan dihargai oleh kita semua pada setiap
waktu.

1.1 Sistem Perundangan Malaysia

Secara asasnya, undang-undang boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu undang-
undang awam (public law) dan undang-undang persendirian (private law).

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 3

 Undang-undang Awam – Undang-undang awam adalah undang-undang yang


mentadbir tentang perhubungan di antara individu dan negeri. Undang-undang ini
dibahagikan kepada dua iaitu undang-undang perlembagaan yang
membincangkan tentang hak individu dalam negeri dan juga undang-undang
jenayah yang membincangkan tentang berbagai jenis jenayah oleh individu
terhadap negeri. Contoh undang-undang awam ialah undang-undang jenayah dan
undang-undang perlembagaan.

 Undang-undang Persendirian – Undang-undang persendirian ialah undang-


undang yang berkaitan dengan penguatkuasaan hubungan antara individu seperti
hak-hak dan tugas sesama mereka. Undang-undang persendirian bertujuan untuk
memberi pampasan kepada pihak yang teraniaya, agar harta dapat diperolehi
semula daripada pihak yang melakukan kesalahan dan untuk melaksanakan
tanggungjawab. Contoh undang-undang persendirian ialah undang-undang
kontrak dan juga undang-undang tort.

Segai kesimpulannya anda boleh merujuk Rajah 1.1 di bawah.


Perlembagaan
Undang-undang
Awam
Jenayah

Perkongsian

Hartabenda

Syarikat
Undang-undang
Persendirian
Keluarga

Amanah

Tort

Komersil

Kontrak Agensi Jualan Insurans Perbankan Sewabeli


Barang dan
Perbankan
POLITEKNIK KEMENTERIAN
-barang PENDIDIKAN MALAYSIA
Suratcara
Jualan dan
Bolehniaga
Suratcara
Barang-
Kontrak Ajensi barang Insurans Bolehniaga Sewabeli
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 4

Rajah 1.1 : Sistem perundangan Malaysia

Contoh 1.1 :
Mesej utama undang-undang yang paling lengkap adalah :
Keadilan sesebuah negara.
Keadilan, kesesuaian, diterimapakai dan dihargai oleh semua.
Keseragaman perjalanan urusan pentadbiran sesebuah negara.

Penyelesaian : (B)

Contoh 1.2 :
Isikan tempat kosong berikut :
Pembahagian perundangan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua iaitu undang-
undang awam dan ________________________.

Penyelesaian : Undang-undang persendirian

Contoh 1.3:
Lengkapkan tempat kosong berikut :

Undang-undang
Awam

Penyelesaian : Perlembagaan
Jenayah
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 5

AKTIVITI
AKTIVITI1a
1a

NILAI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM KE INPUT SETERUSNYA….!


SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

1. Berikan satu definisi undang-undang yang anda ketahui.

2. Berapa jeniskah pembahagian undang-undang yang terdapat di Malaysia dan


nyatakannya.

3. Apakah jenis undang-undang yang terkandung di dalam komersil.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 6

MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS1a
1a

1. Undang-undang didefinasikan oleh Webster’s Dictionary sebagai semua peraturan


yang berkaitan dengan tingkah laku yang dibentuk dengan autoriti atau adat sesuatu
kaum. Menurut Yaqin (1996), kesemua pihak bersetuju jika dikatakan bahawa
undang-undang adalah satu set peraturan yang mentadbir tingkah laku dalam
masyarakat.

2. Terbahagi kepada dua :

 Undang-undang awam
 Undang-undang persendirian

3. Pembahagian undang-undang di bawah komersil :

Undang-undang Komersil

Kontrak Ajensi Jualan Insurans Perbankan Sewabeli


Barang- dan
barang Suratcara
Bolehniaga

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 7

1.2 PENGARUH UNDANG-UNDANG INGGERIS

Pemakaian Undang-Undang Inggeris


Dengan adanya sek.3 dan Sek.5 Akta Undang-undang Sivil 1956
Sek.3 (1)(a) Di Malaysia Barat, mahkamah hendaklah memakai Common Law of
England dan kaedah-kaedah ekuiti seperti yang ditadbirkan di
England pada 7hb. April 1956
Sek.3 (1)(b) Di Sabah, hendaklah memakai Common Law of England dan
kaedah-kaedah ekuiti bersama dengan statut-statut pemakaian am
ditadbirkan atau berkuatkuasa di England pada 1hb. Disember 1951
Sek.3 (1)( c ) Di Sarawak, herndaklah memakai Common Law of England,
kaedah-kaedah ekuiti bersama dengan statut-statut pemakaian am
ditadbirkan atau berkuatkuasa di England pada 12hb. Disember 1949

Sek.5 – Penerimaan Undang-undang Inggeris dalam hal-hal persaudagaran


Sek.5 (1) Di Malaysia Barat, pemakaian terhad kepada undang-undang yang
ditadbirkan di England pada 7hb. April 1956

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 8

Sek.5 (2) Di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, undang-undang yang
terpakai ialah undang-undang yang di England pada masa sesuatu
kes itu diputuskan

Kes-kes terpakai :
1. MOKHTAR V.MURUGAM
- Isu tentang ketidakseragaman penggunaan Common Law, ekuiti dan statut
- Statut tidak terpakai di Malaysia Barat
2. A) LEONG BEE V LIANG NAM WORKS
b) LEE KEE CHOONG V EMPAT NO. EKOR
- Isu kedua-dua kes tentang ketidakseragaman tarikh dalam sek.3
- Prinsip apa-apa perkembangan selepas tarikh-tarikh yang dinyatakan itu tidak
terpakai
3. COMMONWEALTH OF AUSTRALIA V MIDFOR(M) S.B (1990)
Keputusan Mahkamah Agung : Perkembangan undang-undang selepas tarikh-
tarikh tersebut adalah di terimapakai (import decision)
a) SENG DJIT V NAGURDAS PURSHOTOMDAS (1923) AC 444
b) SHAIK SAHID ABDULLAH V SOCKALINGAM (1933) MLJ 81
- Isu kedua-dua kes tentang pemakaian sek.5 Akta Sivil 1956 iaitu tafsiran
perkataan ‘undang-undang’ samada ia merujuk kepada undang-undang
persaudagaran sahaja atau semua undang-undang yang ditadbirkan di England
- Prinsip : hanya rujuk pada isu-isu persaudagaran sahaja.

Contoh 1.4 :
Sebutkan undang-undang Inggeris yang masih diterimapakai di Malaysia.
Penyelesaian : Sek 3(1) (a), Sek 3(1) (b), Sek 3(1)( c ) & Seksyen 5

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 / 9

AKTIVITI
AKTIVITI1b
1b

1. Nyatakan undang-undang Inggeris yang masih diterimapakai di Malaysia.

2. Terangkan Seksyen 5 akta undang-undang sivil 1956 yang menerimapakai undang-


undang Inggeris.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
10

MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS1b
1b

1. Sek 3(1), Sek 3(2), Sek 3(3)


Sek 5(1) & Sek 5(2)

2. Sek.5 (1) Di Malaysia Barat, pemakaian terhad kepada undang-undang yang


ditadbirkan di England pada 7hb. April 1956
Sek.5 (2) Di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, undang-undang yang
terpakai ialah undang-undang yang di England pada masa sesuatu
kes itu diputuskan

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
11

1.3 SUMBER UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

1.3.1 Sumber bertulis

 Sumber utama
 Secara spesifiknya dinyatakan, ditulis dan dibukukan
 Pembahagian:

1. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
 Sumber undang-undang tertinggi- sebarang undang-undang yang tidak
konsisten dengan perlembagaan adalah tidak sah
 Termasuk undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan DUN
 Terdapat 16 perkara :
- Nama negeri dan daerah
- Agama persekutuan

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
12

- Supreme Law of Federation


- Kebebasan asasi
- Kewarganegaraan
- Pihak berkuasa persekutuan
- Perhubungan antara persekutuan dan negeri
- Pembahagian kuasa kewangan
- Pengundian
- Kehakiman
- Perkhidmatan awam
- Darurat
- Bahasa kebangsaan
- Hak perundangan terhadap Sabah dan Sarawak
- Peruntukan sementara dan peralihan
- Saving for rulers sovereingty

2. PERLEMBAGAAN NEGERI
 13 negeri mempunyai perlembagaan sendiri [Fasal(4) Perkara71– Perlembagaan
persekutuan]
 Boleh dipinda atau dimansuhkan oleh Majlis Perundangan negeri atas
persetujuan Sultan atau Raja
 Raja atau Sultan mempunyai hak-hak menjalankan perlembagaan berdasarkan
jaminan perlembagaan persekutuan

3. UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN / AKTA


 Digubal oleh Parlimen
 Persetujuan 2/3 ahli Dewan Perundangan Negeri- diluluskan oleh Yang
DiPertuan Agong
 Undang-undang yang telah diperkenan akan diwarta

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
13

4. UNDANG-UNDANG NEGERI / ENAKMEN


 Digubal di peringkat negeri oleh DUN
 1946-1956 => ‘ordinan’
 Selepas 1957 => ‘akta’
 Sumber undang-undang yang penting daripada kes undang-undang atau
kejadian

5. UNDANG-UNDANG SUBSIDIARI
 Kuasa undang-undang diturunkan kepada satu badan tertentu untuk mencipta,
memansuh, melaksanakan undang-undang kepada situasinya
 Contoh : Kementerian melalui Suruhanjaya

1.3.2 Sumber Tidak Bertulis


 Tidak digubal oleh Parlimen, DUN dan tidak terdapat di dalam perlembagaan
1. UNDANG-UNDANG INGGERIS
 Digunakan apabila bersesuaian dengan adat resam dan budaya masyarakat
 Untuk mengisi kekosongan yang terdapat dalam undang-undang Malaysia (bila
perlu sahaja)
 3 sumber dalam Common Law Inggeris :
a) Common Law itu sendiri
b) Keadilan- keputusan berdasarkan Lord Counselor
c) Statut (akta)

2. ADAT RESAM
 Perkahwinan, penceraian dan pembahagian harta pusaka
 Berbeza ikut kaum dan keputusan dibuat oleh ketua-ketua kaum
 Di Sabah dan Sarawak- Mahkamah Anak Negeri

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
14

 Cina dan India- telah diubahsuai apabila kedatangan Inggeris dalam berbagai
enakmen undang-undang sivil

3. UNDANG-UNDANG ISLAM
 Berdasarkan Mazhab Shafie
 Ketua bagi melaksanakan undang-undang Raja/Sultan, tetapi bsgi negeri
Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan- Yang
DiPertuan Agong
 Majlis Penasihat- Majlis Fatwa
 Mahkamah Syariah- soal-soal perkahwinan, penceraian, talak, nafkah hak
keatas kanak-kanak dan wasiat

4. KEPUTUSAN MAHKAMAH
 Daripada keputusan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan
Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy
 Prinsip ‘duluan mengikat’
 Tanpa ‘duluan mengikat’- keadilan budi bicara => ‘duluan asal’

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
15

Sebagai kesimpulan untuk sumber undang-undang, sila rujuk Rajah 1.2 di bawah .

Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Negeri

Sumber bertulis Akta/Undang-undang Persekutuan

Enakmen/Undang-undang Negeri

Sumber undang-
undang Undang-undang Subsidiari

Undang-undang Inggeris

Sumber Tidak
Undang-undang Syariah
Bertulis

Adat Resam

Keputusan mahkamah / hakim

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
16

Rajah 1.2 : Sumber undang-undang

Contoh 1.5 :

Nyatakan sumber undang-undang di Malaysia.

Penyelesaian : Sumber bertulis & tidak bertulis

Contoh 1.6 :
Apakah yang dimaksudkan dengan sumber bertulis?

Penyelesaian :
Sumber utama
Secara spesifiknya dinyatakan, ditulis dan dibukukan

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
17

Contoh 1.7 :
Sumber tidak bertulis dapat dibahagikan kepada 4. Nyatakan.

Penyelesaian :
UNDANG-UNDANG INGGERIS
ADAT RESAM
UNDANG-UNDANG ISLAM
KEPUTUSAN MAHKAMAH

AKTIVITI
AKTIVITI1c
1c

1. Apakah yang anda faham dengan sumber tidak bertulis dan terangkan dua
daripadanya.

2. Terangkan berkenaan undang-undang negeri/enakmen dan undang-undang


subsidiari.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
18

3. Sebutkan 10 daripada 16 perkara yang terkandung dalam perlembagaan


persekutuan

MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS1c
1c

1. Tidak digubal oleh Parlimen, DUN dan tidak terdapat di dalam perlembagaan

2. UNDANG-UNDANG NEGERI / ENAKMEN


 Digubal di peringkat negeri oleh DUN
 1946-1956 => ‘ordinan’
 Selepas 1957 => ‘akta’
 Sumber undang-undang yang penting daripada kes undang-undang atau
kejadian
UNDANG-UNDANG SUBSIDIARI

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
19

 Kuasa undang-undang diturunkan kepada satu badan tertentu untuk mencipta,


memansuh, melaksanakan undang-undang kepada situasinya
Contoh : Kementerian melalui Suruhanjaya

3. Ianya terdiri daripada nama negeri dan daerah, agama persekutuan, Supreme Law of
Federation, kebebasan asasi, kewarganegaraan, pihak berkuasa persekutuan,
perhubungan antara persekutuan dan negeri, pembahagian kuasa kewangan,
pengundian, kehakiman.

1.4 INSTITUSI UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA


1. Undang-undang yang dinyatakan diatas digunakan dalam memutuskan kes-kes di
mahkamah yang wujud di Malaysia. Terdapat lima jenis mahkamah iaitu Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan
Mahkamah Majistret.
a) Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan
 Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan mempunyai bidang kuasa
untuk mendengar rayuan daripada Mahkamah Tinggi dan mendengar kes buat
pertama kalinya, selain daripada itu, mahkamah-mahkamah ini juga boleh
memutuskan sama aa undang-undang Persekutuan atau Negeri itu sah atau tidak
dalam penyelesaian pertikaian antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri atau
antara negeri-negeri itu sendiri. Mahkamah-mahkamah ini juga boleh
menyelesaikan kemusykilan berkenaan dengan interpretasi peruntukan undang-
undang dalam Perlembagaan Persekutuan.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
20

b) Mahkamah Tinggi
 Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes sivil dan
jenayah. Kes sivil yang didengar disini adalah yang melibatkan tuntutan yang
melebihi RM280 000. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan segala jenis
hukuman termasuk hukuman mati. Bidang kuasa lainnya termasuklah hal-hal
kebangkrapan, hak penjagaan, harta sepencarian dan sebagainya.
c) Mahkamah Sesyen
 Mahkamah Sesyen boleh mendengar kes-kes sivil yang mana tuntutannya
adalah sehingga RM25 000 dan RM280 000. Hukuman penjara bagi tuntutan
sivil ialah 10 tahun tetapi tidak sehingga menjatuhkan hukuman mati.
Bidangkuasa untuk kes-kes jenayah ialah merangkumi kes yang hukuman
penjaranya melebihi 10 tahun.
d) Mahkamah majistret
 Mahkamah Majistret boleh mendengar kes-kes sivil yang mana tuntutannya
adalah sehingga RM25 000 dan hukuman penjaranya tidak melebihi 10 tahun.
Rayuan ke atas keputusan kes sivil dan jenayah yang dibuat oleh Majistert boleh
dibuat ke Mahkamah Tinggi. Bagi rayuan kes jenayah, keputusan Mahkamah
Tinggi adalah muktamad tetapi tidak didalam kes sivil. Majistert hanya boleh
membicarakan kes0kes jenayah yang hukumannya tidak melebihi 10 tahun.
Majistret juga cuma boleh menjatuhkan hukuman maksimum penjara sehingga
5 tahun sahaja dan denda sehingga RM10 000.

1. Kebarangkalian kes yang diputuskan di mahkamah adalah mengikut Doktrin Duluan


Mengikat. Doktrin Duluan Mengikat bermakna, sekiranya terdapat peruntukan undang-
undang bertulis mengenai satu-satu perkara, mahkamah hendaklah memakai keputusan
mahkamah yang lebih tinggi kedudukannya sebagai prinsip undang-undang terpakai.

2. Terdapat satu kes yang menyokong pemakaian doktrin tersebut . Dalam kes PP V
Datuk Tan Cheng Swee & Anor (1980) 2 MLJ 276, mahkamah telah memutuskan
bahawa apabila terdapat keputusan mahkamah menganai satu perkara prinsip, adalah

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
21

tidak wajar bagi seseorang hakim untuk menyimpang daripada keputusan tersebut.
Walaubagaimanapun, hanya ratio decedendi yang membentuk duluan mengikat tetapi
tidak obiter dictum. Ratio decidendi ialah prinsip undang-undang yang dugunakan oleh
mahkamah untuk mencapai keputusannya manakala obiter dictum adalah merujuk
kepada perkataan-perkataan hakim yang tidak penting sewaktu membuat keputusanya.

3. RINGKASAN HIERARKI MAHKAMAH

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah rayuan

Mahkamah Tinggi

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret
Contoh 1.8 :
Nyatakan lima jenis mahkamah yang terdapat di Malaysia.

Penyelesaian : Mahkamah Persekutuan


Mahkamah Rayuan
Mahkamah Tinggi
Mahkamah Sesyen
POLITEKNIKMajistret
Mahkamah KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
22

Contoh 1.9 :
Apakah yang dimaksudkan dengan Mahkamah Tinggi?

Penyelesaian :
Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa untuk mendengar kes sivil dan
jenayah. Kes sivil yang didengar disini adalah yang melibatkan tuntutan yang
melebihi RM280 000. Mahkamah ini juga boleh menjatuhkan segala jenis
hukuman termasuk hukuman mati. Bidang kuasa lainnya termasuklah hal-hal
kebangkrapan, hak penjagaan, harta sepencarian dan sebagainya.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
23

AKTIVITI
AKTIVITI1d
1d

1. Nyatakan hiraki mahkamah di Malaysia.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
24

MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS1d
1d

1. Ringkasan hiraki mahkamah.

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah rayuan

Mahkamah Tinggi

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
25

Mahkamah Sesyen

Mahkamah Majistret

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan
semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan.

SOALAN 1
Nyatakan sumber undang-undang di Malaysia.

SOALAN 2
Terangkan 4 jenis sumber undang-undang bertulis.

SOALAN 3
Apakah yang anda faham dengan maksud sumber tidak bertulis dan terangkan.

SOALAN 1-4
Lakarkan sistem hiraki mahkamah yang terdapat di Malaysia dan nyatakan jenis mahkamah
yang tertinggi

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
26

MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI

ADAKAH ANDA TELAH MENCUBA DAHULU ? JIKA YA, SILA SEMAK JAWAPAN ANDA…

JAWAPAN 1
Sumber undang-undang di Malaysia ialah:
1. Sumber bertulis
2. Sumber tidak bertulis

JAWAPAN 2
4 jenis sumber undang-undang bertulis :
1. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
27

 Sumber undang-undang tertinggi- sebarang undang-undang yang tidak


konsisten dengan perlembagaan adalah tidak sah
 Termasuk undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dan DUN
 Terdapat 16 perkara :
- Nama negeri dan daerah -Peruntukan sementara dan peralihan
- Agama persekutuan -Saving for rulers sovereingty
- Supreme Law of Federation
- Kebebasan asasi
- Kewarganegaraan
- Pihak berkuasa persekutuan
- Perhubungan antara persekutuan dan negeri
- Pembahagian kuasa kewangan
- Pengundian
- Kehakiman
- Perkhidmatan awam
- Darurat
- Bahasa kebangsaan
- Hak perundangan terhadap Sabah dan Sarawak
2. PERLEMBAGAAN NEGERI
 13 negeri mempunyai perlembagaan sendiri [Fasal(4) Perkara71– Perlembagaan
persekutuan]
 Boleh dipinda atau dimansuhkan oleh Majlis Perundangan negeri atas
persetujuan Sultan atau Raja
 Raja atau Sultan mempunyai hak-hak menjalankan perlembagaan berdasarkan
jaminan perlembagaan persekutuan

3. UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN / AKTA


 Digubal oleh Parlimen
 Persetujuan 2/3 ahli Dewan Perundangan Negeri- diluluskan oleh Yang
DiPertuan Agong

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
28

 Undang-undang yang telah diperkenan akan diwarta

4. UNDANG-UNDANG NEGERI / ENAKMEN


 Digubal di peringkat negeri oleh DUN
 1946-1956 => ‘ordinan’
 Selepas 1957 => ‘akta’
 Sumber undang-undang yang penting daripada kes undang-undang atau
kejadian

5. UNDANG-UNDANG SUBSIDIARI
 Kuasa undang-undang diturunkan kepada satu badan tertentu untuk mencipta,
memansuh, melaksanakan undang-undang kepada situasinya
 Eg: Kementerian melalui Suruhanjaya

JAWAPAN 3
Sumber Tidak Bertulis ialah tidak digubal oleh Parlimen, DUN dan tidak terdapat di dalam
perlembagaan dan ianya terbahagi kepada 4 jenis :
1. UNDANG-UNDANG INGGERIS
 Digunakan apabila bersesuaian dengan adat resam dan budaya masyarakat
 Untuk mengisi kekosongan yang terdapat dalam undang-undang Malaysia (bila
perlu sahaja)
 3 sumber dalam Common Law Inggeris :
d) Common Law itu sendiri
e) Keadilan- keputusan berdasarkan Lord Counselor
f) Statut (akta)

2. ADAT RESAM
 Perkahwinan, penceraian dan pembahagian harta pusaka
 Berbeza ikut kaum dan keputusan dibuat oleh ketua-ketua kaum

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
29

 Di Sabah dan Sarawak- Mahkamah Anak Negeri


 Cina dan India- telah diubahsuai apabila kedatangan Inggeris dalam berbagai
enakmen undang-undang sivil

3. UNDANG-UNDANG ISLAM
 Berdasarkan Mazhab Shafie
 Ketua bagi melaksanakan undang-undang Raja/Sultan, tetapi bsgi negeri
Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan- Yang
DiPertuan Agong
 Majlis Penasihat- Majlis Fatwa
 Mahkamah Syariah- soal-soal perkahwinan, penceraian, talak, nafkah hak
keatas kanak-kanak dan wasiat

4. KEPUTUSAN MAHKAMAH
 Daripada keputusan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi dan
Jawatankuasa Kehakiman Majlis Privy
 Prinsip ‘duluan mengikat’
 Tanpa ‘duluan mengikat’- keadilan budi bicara => ‘duluan asal’

JAWAPAN 4
Ringkasan hiraki mahkamah.

Mahkamah Persekutuan

Mahkamah rayuan

Mahkamah Tinggi

Mahkamah Sesyen

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
30

Mahkamah Majistret

Mahkamah yang tertinggi ialah Mahkamah Persekutuan.

ANDA BOLEH KE UNIT SETERUSNYA….

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
31

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


PENGENALAN SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA P2114 / UNIT 1 /
32

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

You might also like