You are on page 1of 7

TAJUK:ISU KERUNTUHAN AKHLAK DAN

MORAL DI KALANGAN REMAJA (SAMSENG


JALANAN, BULI, SEKS BEBAS).
1.0 Pengenalan
Zaman beredar terlalu cepat.
Kadangkala kita alpa tentang persekitaran sekeliling yang telah mengalami banyak perubahan ke arah
kemajuan seiring dengan kemajuan di negara-negara maju.
Bagi negara membangun seperti Malaysia perubahan-perubahan yang besar ini telah memberi banyak impak
positif dari segi ekonomi, pembangunan, perindustrian, pelaburan, perbankan, pertanian dan sebagainya.
Tetapi bagaimana pula dengan tahap sosial masyarakat negara terutama remaja di mana mereka inilah yang
akan memacu pembangunan negara pada masa akan datang. Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu
yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja.
Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan.
Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas
kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-
nilai murni kemanusiaan serta agama

2.0 Pengertian keruntuhan akhlak dan moral, remaja


Secara umumnya keruntuhan akhlak dan moral merangkumi pelbagai perlakuan negatif anggota masyarakat
yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang
diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.Secara perundangan tidak terdapat definisi yang khusus
bagi mengkategorikan remaja. Akta Pekerjaan Kanak-Kanak dan Orang Muda 1996 mentakrifkan seorang kanak-
kanak adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur 10 hingga 14 tahun. Dalam Akta Pengangkatan
1952, kanak-kanak didefinisikan mereka yang berumur 21 tahun ke bawah. Walaupun setiap akta ini tidak
menjelaskan peringkat umur tertentu, secara umumnya dalam membicarakan masalah remaja, golongan
remaja yang perlu ditumpukan adalah yang berumur di bawah 21 tahun dan sebahagian besar daripada
mereka masih dalam alam persekolahan.Di antara tajuk yang dikupas di bawah keruntuhan akhlak dan
moral remaja pada masa ini adalah isu-isu yang berkaitan dengan isu samseng jalanan, isu buli dan juga isu
seks bebas. Isu ini sudah menjadi isu yang hangat diperkatakan di media-media masa dan media elektronik. Isu
berkaitan remaja ini juga perlu diberi penekanan kerana bangun dan jatuhnya sesebuah negara adalah bergantung
kepada bagaimana badan-badan kerajaan dan juga bukan kerajaan memainkan peranan mereka dalam cara
mengatasi masalah keruntuhan akhlak dan moral di kalangan remajaama.

3.0 Isu-isu Keruntuhan Akhlak Remaja


3.1 Isu Samseng Jalanan
Masalah kebejatan sosial seperti aktiviti pelumbaan motosikal haram oleh penunggang motosikal yang tidak
bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ bukanlah merupakan satu isu yang baru
memandangkan gejala sebegini telah wujud sekian lama di jalan-jalan raya di negara ini. Menurut kamus
Dewan Bahasa dan Pustaka, rempit bermaksud menyesah atau memukul sesuatu contohnya dengan
menggunakan rotan. Sebutan rempit itu sendiri sebenarnya adalah berasal daripada perkataan rampit iaitu
menggambarkan pelumba memeras minyak di jalan raya (litar).'Samseng jalanan' akan menggantikan istilah
Mat Rempit bagi mengelak publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Ketua Trafik Pasukan
Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof menyatakan bahawa keputusan tersebut dicapai oleh Polis Diraja
Malaysia (PDRM) pada mesyuarat pasukan itu di Pulau Pinang baru-baru ini. Beliau turut meminta pihak
media dan pengeluar filem agar tidak mengagung-agungkan golongan berkenaan dengan memberi publisiti
keterlaluan. Pihak Polis tidak mahu mempopularkan istilah Mat Rempit kerana tidak mahu golongan itu
mempunyai identiti sendiri dan bangga dengan istilah tersebut. Penggunaan istilah dan penghasilan filem aktiviti
Samseng Jalanan pada pendapatnya dapat menggalakkan lagi kegiatan tidak bermoral di kalangan belia
negara ini.Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram,
biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter.
Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan
seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit.Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat
Rempit tidak memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak
mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi. Kini, taman perumahan turut
telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000
Mat Rempit. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan yang sama.Mereka
beraksi pada waktu senja, malam atau selepas ibu bapa pulang daripada bekerja. Remaja ini mencuri
kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa
tidak sedar anaknya boleh pergi jauh sehingga ke Kuala Lumpur.Mereka beraksi di celah-celah kereta yang
penuh sesak di Kuala Lumpur untuk mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular
ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas di
Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja belasan tahun.Menurut penulis
Al-Islam (Erwanz, 2009) “Aksi-aksi yang ditunjukkan oleh mereka tidak ubah seperti aksi yang ditayangkan
di dalam drama dan filem. Mengapa remaja kita memilih jalan ini? Tidakkah mereka fikir, perbuatan mereka
hanyalah sia-sia?” Trend menunjukkan aksi menunggang motosikal di jalanraya dengan pelbagai bentuk
gaya oleh remaja dan belia khususnya sehingga mendatangkan kecelakaan perlu dikawal dan dihapuskan
segera secara menyeluruh kerana ia akan menjadi gejala sosial yang sukar dirawat. Ia bukan sahaja
berleluasa di kawasan bandar, malah di kampung, aksi mat rempit sentiasa mendapat perhatian murid sekolah
rendah yang kemudian mencuba aksi berbahaya dengan basikalnya. Antara aksi-aksi berbahaya yang biasanya
dilakukan oleh golongan mat rempit ini lalah:
•Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian depan.
•Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian belakang.
•Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di bahagian atas.
•Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi superhero, Superman.
•Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya ketika menunggang di selekoh.Remaja merempit
untuk mencari keseronokan, kepuasan, kemasyhuran, wang dan perempuan. Kepuasan dan keseronokan
untuk melepaskan diri sementara dari tekanan hidup. Mengecapi bentuk hiburan yang murah dengan hanya
berbekalkan RM4 untuk minyak dan keberanian untuk beraksi. Ada yang mendapat habuan lumayan berupa
wang dan perempuan. Bukan semua berani mati begitu tapi wang taruhan dikumpul dalam kalangan mereka,
menyuburkan lagi gejala ini. Mengikut statistik PDRM, sejak 2001 sehingga Mei 2008, sebanyak 3,182
penunggang motosikal ditahan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas, dan 2,970 daripadanya berusia antara
16 tahun dan 25 tahun. Kegilaan anak-anak muda ini bukan sahaja berbahaya tetapi menambahkan lagi
kadar kemalangan dan kematian penuggang motosikal dijalan raya. Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM)
mendapati kes kematian di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal di negara ini dalam
tempoh tujuh tahun kian meningkat. Pada tahun 2005, sebanyak 3,175 kematian dicatat bagi kelompok itu,
berbanding 3,088 (2004), 3,166 (2003), 3,034 (2002), 2,972 (2001), 3,118 (2000) dan 2,960 (1999). Daripada
Januari 2007 hingga Julai 2007, didapati bahawa sebanyak 242 tangkapan dilakukan, 200 daripadanya di sekitar
Kuala Lumpur. Statistik keseluruhannya menunjukkan 2005 hingga Julai tahun ini (2008) sebanyak 1,557 pelumba
haram berjaya ditangkap di bawah Sekyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.Kaum Melayu mendahului jumlah
tangkapan, iaitu 1,436 tangkapan, Cina (51 tangkapan), India (63 tangkapan) dan kaum-kaum lain (tujuh
tangkapan). Daripada statistik itu juga, mereka yang bekerja sendiri paling ramai terlibat iaitu 269 orang, diikuti
pengganggur 256 orang dan pelajar 238 orang. Mereka yang bekerja sebagai buruh turut ditangkap seramai
186 orang, pekerja kilang 174 orang, penghantar surat 161 orang, mekanik 59 orang, dan lain-lain 214 orang.
Golongan mat rempit yang berumur lingkungan 16 hingga 20 tahun paling ramai ditangkap iaitu 913 orang,
diikuti umur 21 hingga 25 tahun seramai 550 orang, 26 hingga 30 tahun seramai 63 orang, bawah 15 tahun
seramai 26 orang dan lebih 31 tahun seramai lima orang 3.2 Isu Buli
Apakah yang dikatakan pelakuan buli? Pelakuan buli merupakan satu fenomena yang kompleks (Collins et
al., 2004). Tingkah laku buli boleh ditunjukkan dalam pelbagai bentuk dan cara tanpa mengira jantina.
Terdapat pelbagai definisi tentang pelakuan buli diberikan oleh para sarjana. Definisi pelakuan buli ini pula
bergantung kepada budaya sesuatu masyarakat. Mungkin satu pelakuan itu dikatakan pelakuan buli oleh satu
masyarakat dan bagi masyarakat lain ianya bukan pelakuan buli. Bagi masyarakat melayu, penggilan nama
atau gelaran yang tidak baik misalnya bukan satu pelakuan buli, sebaliknya sebagai pelakuan yang bersifat
gurauan. Definisi pelakuan buli yang paling banyak diterima pakai oleh para sarjana ialah definisi pelakuan buli
yang diberikan oleh Olweus (1993a) yang mengatakan pelakuan buli ialah tingkah laku agresif yang dilakukan
secara berulang kali terhadap orang lain secara individu atau secara berkumpulan. Pelakuan buli merupakan
juga satu bentuk interaksi sosial dimana individu yang lebih dominan (pembuli) akan menunjukkan tingkah laku
aggresif yang cenderung menyebabkan ketidak selesaan kepada individu yang kurang dominan atau lemah
(mangsa buli). Menurut Rigby (1996) pula, tingkah laku buli ialah perbuatan menekan atau menindas sama ada
secara fizikal atau psikologi oleh seseorang yang lebih berkuasa terhadap seseorang yang tidak berkuasa. Apa
yang penting dalam mendefinisikan pelakuan buli ialah wujudnya ketidak imbangan kuasa antara pembuli dan
mangsa buliMenurut Wikipedia, Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau
maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang
lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud
tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas
mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara
keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain
boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.
Pembuli
Terdiri daripada pelajar menengah atas iaitu tingkatan empat, lima, dan enam.
•Bertubuh besar, tegap, dan tinggi.
•Melibatkan sekumpulan pelajar dan biasanya usia mereka adalah sebaya.
•Membuli satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan di sekolah.
•Kejayaan membuli pelajar junior akan menunjukkan mereka kuat, berkuasa, dan tidak mudah digertak.
Dibuli
Di Malaysia, pelajar-pelajar yang sering menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu,
dua, dan tiga serta pelajar sekolah rendah.
•Bertubuh kecil.
•Pelajar yang kerap dipuji oleh guru akan menjadi sasaran.
•Pelajar baru di sekolah.
Sebenarnya terdapat banyak sebab kenapa mereka suka membuli. Antara sebabnya adalah:
•Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
•Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
•Mereka pernah menjadi mangsa buli.
•Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
•Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak
hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang
lain.
•Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
•Akibat perceraian ibu bapa.
•Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
•Sekadar mahu berseronok.
•Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan
perasaan bosan.
•Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.
•Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
•Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang
memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi
ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.

3.3 Isu Seks Bebas


Remaja dan seks bebas adalah dua perkara yang boleh dikatakan tidak boleh terlepas dari digandingkan
bersama. Perkara seperti ini sudah menjadi trend dan jika ada remaja yang tidak tahu dan pernah melakukan
seks dikatakan kolot dan jumud. Kajian yang dilakukan oleh Universiti Pensylvania menunjukkan terdapat
lebih kurang 400,000 remaja dibawah umur di Amerika yang berkerja sebagai pelacur, dan menurut The
Washington Post yang bertarikh 11 Februari 2000 melaporkan 80% daripada bahan-bahan lucah yang
melibatkan kanak-kanak atau dikenali dengan istilah Child Pornography adalah datangnya dari asia iaitu Negara
Jepun. Dan baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan kajian seorang penyelidik yang mengatakan bahawa
boleh dikatakan 1 remaja wanita dalam 10 wanita melakukan seks secara bebas. Ada juga remaja yang
mengaitkan cinta dengan seks, dan jika ada cinta yang tidak menyediakan seks maka ia bukan dinamakan
cinta. MasyaAllah begitu bahaya dan dangkal pemikiran sebegini, dan menakutkan bagi masyarakat Malaysia
khususnya. Remaja kini beranggapan bahawa seks ini adalah satu perkara yang enteng dan tidak perlu
diperbesarkan. Memang nyatalah apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad dalam sebuah hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari dalam sahihnya “Akan muncul daripada umatku yang menghalalkan Zina, sutera bagi
lelaki, minuman arak dan lagu-lagu yang melalaikan”. Zina adalah perlakuan seks diantara berlainan jantina
tanpa apa-apa ikatan yang menghalalkannya, dan memang kini sudah berlambak dan menjadi barah dikalangan
remaja kita. Apa yang menyedihkan ialah tiada sesiapa yang peduli mengenai isu ini dengan serius. Sedangkan
zina ini amatlah dilarang dalam Islam, sesungguhnya Zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan satu
jalan yang buruk” (Al-Israk:32) Memanglah kita katakan bahawa gelora seks ini adalah satu fitrah tapi kita perlu
sedar bahawa gelora seks ini perlu disalurkan berdasarkan petunjuk yang telah digariskan Islam itu sendiri bukan
berdasarkan hawa nafsu kita. Antara jalan yang paling tepat untuk menyalurkan keinginan nafsu ini ialah
dengan pernikahan.
Sabda Nabi Muhammad “Wahai pemuda, siapa di antara kalian sanggup untuk bernikah maka nikahlah.
Sesungguhnya dengan pernikahan, penglihatan akan lebih terpelihara dan kemaluan akan lebih terjaga.” (hadis
Ibnu Mas’ud yang diriwayatkan oleh Bukhari, muslim At-Tirmidzi, dan an-Nasai. Penyataan dalam hadis
tersebut bermakna berkemampuan untuk membiayai pernikahan dan memberi nafkah (al-muntaqa min kitab
at-tarhib wa targib, al-Qardhawi: 2/549 no 1095)Dan Nabi juga bersabda tentang adanya bentuk ibadah
dalam perlakuan seks yang halal diantara suami dan isteri iaitu “Dalam perhubungan badan terdapat nilai
sedekah”. Sahabat bertanya “Wahai RasulAllah, apakah jika salah seorang diantara kami menyalurkan
shawatnya akan mendapat pahala?”. Sabda Nabi “Bukankah apabila hubungan itu dilakukan dalam bingkai
haram ia berdosa? Maka, jika dilakukan dalam bingkai halal ia akan mendapat pahala”.Antara komplikasi atau
kesan seks bebas menurut perubatan moden antaranya ialah penyakit jangkitan seksual atau dikenali
sebagai STD. STD bermaksud sexually transmitted disease,dan penyakit ini kerap menjangkiti individu melalui
seks bebas. Lebih kurang dua puluh jenis penyakit daripada kumpulan ini sudah dikenal pasti antaranya
ialah syphilis, gonorrhea, genital herpes, genital wart, trichomoniasis, bacterial vaginosis, ifeksi cytomegalovirus,
infeksi Chlamydia dan yang paling berbahaya ialah AIDS.
11 malahan untuk mendekatinya pun Islam melarang sepertimana Allah berfirman “Janganlah kamu
mendekati kepada zina, Di Amerika sahaja ia menjangkiti 13 juta manusia setahun dan majoritinya ialah
kaum wanita (sumber perubatan islam dan bukti sains moden). Dan kos yang diperlukan bagi merawat dan
mencegahnya menjangkau $10 Billion.
Antara komplilasi yang timbul melalui penyakit-penyakit ini ialah:
•mengandung diluar rahim atau dikenali sebagai ectopic pregnancy
•barah kemandulan
•sakit jantung
•infeksi dan sakit puanDan bagi bayi yang dilahirkan pula akan mengalami:
•penyakit radang paru-paru
•terencat akal
•ganguan sistem saraf dan sakit mataMenurut Institusi Alahan dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NAID)
Amerika, jumlah kes penyakit jangkitan seksual semakin meningkat pada hari ini. Ini disebabkan ramai
remaja terlibat dengan hubungan seks tanpa perkahwinan disamping berleluasa seks bebas di dalam
masyarakat

4.0 Statistik Gejala Sosial Remaja


Di Malaysia, remaja merangkumi lebih daripada separuh keseluruhan penduduk. Oleh kerana bilangannya
yang ramai, maka masalah yang berkaitan dengan kelompok ini juga banyak.Statistik pembabitan kanak-kanak
dalam jenayah dari Januari hingga Disember 2003 yang dilaporkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu
Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan kanak-kanak lelaki dan perempuan Melayu di seluruh negara adalah
yang paling ramai ditangkap iaitu seramai 3,617 orang (3,541 lelaki dan 76 perempuan). Pembabitan mereka yang
paling tinggi adalah dalam kes jenayah harta benda iaitu mencuri kenderaan (Seksyen 379A) bagi tempoh
sepanjang tiga tahun terakhir (2001-2003). Statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan dan Sistem
Maklumat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula mencatatkan sehingga September 2003, seramai 113
pesalah kanak-kanak menjalani cubaan akhlak berbanding 98 pada 2002 dan 95 pada 2001.Pesalah kanak-kanak
yang diperintahkan mahkamah supaya ditempatkan di sekolah akhlak adalah 198 sehingga September
2003, berbanding 401 pada 2002 dan 317 pada 2001. Manakala kanak-kanak yang diperintahkan ditempatkan di
Sekolah Henry Gurney pula seramai 67 sehingga September 2003, berbanding 154 pada 2002 dan 147 pada
2001.
Selain pembabitan jenayah harta benda, samun bersenjata api dan penyalahgunaan dadah juga mencetuskan
kebimbangan. Seramai 91,447 penagih dadah dikesan di seluruh negara antara 2001 hingga Oktober 2003
dengan hampir 70 peratus daripadanya Melayu. Statistik Agensi Dadah Kebangsaan menunjukkan 31,556 penagih
dikesan pada 2001, 31,893 (2002) dan 27,998 dalam tempoh Januari hingga Oktober 2003.Kesan
penyalahgunaan dadah di Malaysia kini dirasai apabila generasi muda tidak lagi mampu menyumbang tenaga
untuk memajukan negara malah menjadi golongan perosak. Timbul pertanyaan adakah mereka sanggup
kehilangan negara dan menjadi seperti China yang terbabit dalam Perang Candu (1840-42) serta musnah akibat
penyalahgunaan dadah. Pada 1838, China mencatatkan 12 juta penagih candu yang memberi peluang
kepada Barat untuk mengubah idea politik dan struktur sosial negara itu. Bayangkan kuasa besar seperti China
boleh ditawan mudah hanya dengan menggunakan dadah dan apa pula nasib negara ini di tangan generasi
muda kita. Semua senario itu menjelaskan kepada kita betapa rapuhnya jiwa remaja dan belia yang kita
harapkan suatu hari nanti menggalas tanggungjawab memimpin negara.

5.0 Punca Keruntuhan Akhlak


Daripada data dan statistik yang dibentangkan, terbukti isu keruntuhan ahklak di kalangan remaja masih
pada tahap yang tinggi. Keruntuhan ahklak ini dapat dilihat dari pelbagai sudut. Antara punca yang dikenal
pasti adalah seperti berikut;
5.1 Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba
Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan
ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka akan
mengundang perasaan ingin tahu dalam kalangan remaja.Secara tidak langsung membuatkan mereka
terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara yang yang tidak sepatutnya. Jika perasaan ingin
tahu dan ingin mencuba ke arah kebaikan seperti aktiviti membina teknologi automotif yang baru dan
berfaedah ini perlulah diberi penekanan yang tinggi. Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja,
namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya,
umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong
mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut.
5.2 Pengaruh Rakan Sebaya
Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka
kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-
perkarayang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini
terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat
dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka
lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke
dalam gejala sosial.Pengaruh di sekolah juga penting dalam pembentukkan akhlak remaja. Tekanan yang
dihadapi pelajar semasa di sekolah kerana tumpuan terpaksa diberikan dalam akademik serta guru yang
kurang profesional dalam menangani masalah pelajar yang bermasalah akhirnya menyebabkan pelajar
mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah itu dengan terlibat dengan kegiatan-kegiatan yang
kurang sihat. Situasi ini didorong oleh kurang perhatian daripada ibu bapa di rumah.
5.3 Pengaruh Media Massa
Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial dalam kalangan para remaja hari ini.
Tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada
segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas dalam kalangan remaja,
program-program realiti televisyen, serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata
mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh
dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat. Terdapat
juga unsur-unsur lucah dan mengghairahkan terdapat dengan mudah dipasaran sama ada dalam bentuk
bercetak, CD, atau lain-lain selain dari itu bahan media ini mudah diperolehi.
5.4 Sikap Keluarga
Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling
penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan
sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat
penting, terutamanya sebagai model kepada anak-anak. Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu
bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan
masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan
mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi
rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai
rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa
hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum.
Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik. Ibu bapa juga digalakkan merancang
aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Para ibu bapa juga perlu sentiasa memantau keadaan
anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian
menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibu bapa perlu mengenali rakan
anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke
rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Ibu bapa harus sentiasa berdoa agar
anaperkara-perkara yang tidak diingini. Mereka harus sedar bahawa doa ibubapa sangat penting untuk
kesejahteraan hidup anak-anak.Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang
utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga.
Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain
menyebabkan ibu bapa dan anak kurang kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu
sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup
sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa. Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan
dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa,
pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah
tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-
anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral.Justeru, sebagai ibu bapa dan anggota
masyarakat yang bertanggungjawab, kita seharusnya menjalankan kewajipan dengan merancang aktiviti,
mengenal pasti masalah anak, memberi nasihat, pedoman, memberikan kemudahan-kemudahan serta
mengawal selia anak sepanjang masak-anak mereka terhindar dari
6.0 Cara Mengatasi Masalah
Perbincangan mengenai keruntuhan ahklak remaja adalah berkisar isu pelajar remaja. Justeru, strategi mengatasi
masalah seharusnya ditumpukan pada golongan remaja ini. Berikut beberapa saranan:
6.1 Peranan ibu bapa
Peranan Ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak
mereka. Ibu bapa mestilah memerhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa
hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta
sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga seharusnya mengetahui rakan-
rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anak-anak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang
mempunyai kedudukkan moral yang baik.Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada
masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan, keberanian, mewujudkan sikap
positif terhadap masalah, emosi dan keputusan. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama,
nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan,
menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi
anak. Ibu bapa hendaklah menjadi
role model
kepada anak.
6.2 Pendekatan akademik
Pendekatan ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan akademik dan separa
akademik seperti kegiatanko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan perubahan-perubahan teknik-teknik
pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.
6.3 Penguatkuasaan Undang-Undang
Mewujudkan sistem perundangan di sekolah. Peruntukan undang-undang di peringkat sekolah boleh
menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar sekolah, di samping mengurangkan beban dan tanggungjawab
pihak sekolah dan pihak ibu bapa dalam pengawasan disiplin.Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak
berkuasa seperti polis amatlah berkesan sekiranya pemantauan dilakukan secara berterusan. Bidang kuasa
polis yang sedia ada perlu digunakan oleh pihak pentadbir sekolah dalam mendisiplinkan pelajar-pelajar. Pihak
pentadbir hendaklah mengambil kesempatan dengan merujuk masalah pelajar ini kepada pihak polis.Langkah-
langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan seperti kaunseling di peringkat sekolah.
Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka.
Program ini akan lebih bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman
dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
6.4 Peranan PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan yang penting. Pertemuan yang lebih kerap
antara ibu bapa, penjaga dan guru perlu diadakan khasnya bagi pelajar-pelajar yang bermasalah. Ibu bapa
seharusnya menerima teguran daripada guru dengan sikap terbuka dan positif. PIBG jangan lah jadi umpama
“KUCING TAK BERGIGI, TIKUS LOMPAT TINGGI-TINGGI”

7.0 Kesimpulan
Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada hari ini akan memberikan kesan dan impak yang begitu besar
dalam masyarakat. Remaja merupakan aset utama negara pada masa akan datang, memainkan peranan
yang sangat penting dalam pembangunan negara. Kesan jangka panjang dan jangka pendek pasti akan berlaku
seandainya remaja pada hari ini tidak tahu bagaimana untuk membentuk dan memuliakan akhlak mereka.
Akhlak merupakan peribadi dan cermin diri bagi seseorang individu. Kiranya individu itu mempunyai akhlak
yang buruk, maka secara automatiknya peribadi individu itu juga akan menjadi buruk. Remaja yang mempunyai
akhlak yang buruk boleh memberi kesan kepada diri sendiri, keluarga,masyarakat, dan negara.Pelbagai langkah
boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan dan
tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau
apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini
sukar diatasi.

http://www.scribd.com/doc/20990974/ISU-KERUNTUHAN-AKHLAK-DAN-MORAL-DI-KALANGAN-REMAJA-
SAMSENG-JALANAN-BULI-SEKS-BEBAS

You might also like