Professional Documents
Culture Documents
KERJA KURSUS
Tingkatan : 1 Pintar
Angka Giliran :
Nama dan Alamat Sekolah : Sekolah Menengah (P) Methodist, Jalan Raya Barat,
Klang
Tajuk Kerja Kursus : Bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang,
Klang dan perbandingannya dengan negara
Indonesia
....................................
(Tandatangan Guru)
GEOGRAFI 23/2
KERJA KURSUS
Tingkatan : 1 Pintar
Angka Giliran :
Nama dan Alamat Sekolah : Sekolah Menengah (P) Methodist, Jalan Raya Barat,
Klang
Tajuk Kerja Kursus : Bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang,
Klang dan perbandingannya dengan negara
Indonesia
....................................
(Tandatangan Guru)
Ulasan Guru:
...................................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................................
1.0 TAJUK KAJIAN
3.0 Penghargaan 1
4.0 Pendahuluhan 2
9.0 Rumusan 20
10.0 Lampiran 21
11.0 Rujukan 22
3.0 PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua
Sekolah yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian ini.
Setinggi tinggi penghargaan kepada guru Geografi saya iaitu Puan Nor Fazilah
kerana telah memberikan panduan, nasihat serta bimbingan sepanjang masa kajian
ini telah dijalankan.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ibu bapa saya
yang banyak memberi sokongan dan semangat yang kukuh kepada saya untuk
menyiapkan folio Geografi saya ini.
1|Mukasurat
4.0 PENDAHULUAN
Nama saya Vurmila A/P Venggadasamy. Saya adalah pelajar Tingkatan 1 Pintar di
Sekolah Menengah (P) Methodist, Klang. Sebagai memenuhi kehendak Sukatan
Pelajaran Geografi, saya dikehendaki menjalankan satu Kajian Geografi Tempatan.
Saya telah mengambil masa selama 1 bulan untuk menyiapkan kajian ini.
Saya telah memilih kajian yang bertajuk “Bentuk muka bumi di kawasan Taman
Sungai Pinang, Klang dan perbandingannya dengan negara Indonesia”. Taman
Sungai Pinang, Klang telah saya pilih sebagai kawasan kajian kerana saya telah
tinggal selama 11 tahun di sini, maka terdapat ramai orang yang saya kenal bagi
memudahkan saya memperolehi beberapa maklumat penting dalam kajian ini.
Kajian ini merupakan suatu pengalaman yang menarik dan menyeronokkan bagi
saya terutama sekali semasa proses pengumpulan data serta maklumat untuk
menyiapkan dengan sempurna kajian ini.
2|Mukasurat
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Mengenal pasti bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang, Klang,
Malaysia dan ciri-cirinya serta bentuk muka bumi di negara Indonesia dan ciri-
cirinya.
Mengenal pasti potensi bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang,
Klang, Malaysia kepada kegiatan manusia serta potensi bentuk muka bumi di
negara Indonesia kepada kegiatan manusia.
Mengenal pasti halangan bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai Pinang,
Klang, Malaysia terhadap kegiatan manusia serta halangan bentuk muka bumi di
negara Indonesia terhadap kegiatan manusia.
3|Mukasurat
6.0 KAWASAN KAJIAN
Keseluruhan daerah Klang berkeluasan 62,678 hektar dan merangkumi dua buah
mukim iaitu Mukim Klang dan Mukim Kapar. Dari segi pentadbiran, Daerah Klang
terbahagi kepada dua mukim dan empat kawasan pentadbiran iaitu Mukim Klang,
Mukim Kapar, Kawasan Bukit Raja, Kawasan Jalan Kebun, Kawasan Pulau Indah dan
Kawasan Rantau Panjang. Kawasan kajian saya iaitu Taman Sungai Pinang terletak
di Mukim Klang dalam daerah Klang. Kawasan ini terletak kira-kira 5 km dari pusat
bandar Klang dan dihubungkan melalui jalan raya ke bandar Klang.
Bilangan penduduk yang tinggal di kawasan ini adalah seramai 200 orang sahaja
yang terdiri daripada pelbagai kaum tetapi majoritinya ialah masyarakat Cina,
diikuti oleh masyarakat Melayu dan masyarakat India. Kegiatan utama
penduduknya ialah perniagaan. Kawasan ini mempunyai bentuk muka bumi tanah
pamah yang menjadikannya sesuai sebagai kawasan perumahan, perindustrian
kecil dan perniagaan. Ia juga sesuai untuk pembinaan jalinan jalan raya berturap.
Seterusnya, negara bandingan saya adalah negara Indonesia khasnya Pulau Jawa
di mana 60% penduduk Indonesia tinggal di sini. Negara Indonesia terletak di antara
benua Asia dengan benua Australia serta pada pertemuan dua banjaran, iaitu
Banjaran Pasifik dan Banjaran Mediterranean. Negara Indonesia mempunyai 18,018
buah pulau yang tersebar di sekitar khatulistiwa. Hanya sekitar 7,000 buah pulau
berpenghuni. Lima pulau yang terbesar ialah Pulau Jawa, Sumatra, Kalimantan,
Sulawesi dan Papua.
Indonesia berada di kedudukan yang sering mengalami gempa bumi dan tsunami.
Kedudukan ini juga menyebabkan Indonesia memiliki sekurang-kurangnya 66 buah
gunung berapi, termasuk Gunung Krakatau, sebuah gunung berapi yang terkenal di
antara Sumatera dan Jawa.
4|Mukasurat
Gunung berapi Krakatau yang terletak di kawasan negara bandingan.
Kawasan Kajian
5|Mukasurat
Bandar Klang
Negara Bandingan
6|Mukasurat
Peta topografi kawasan kajian iaituTaman Sungai Pinang
7|Mukasurat
7.0 KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan kaedah-kaedah berikut dalam kajian ini:
(a) Pemerhatian :
Saya telah memerhatikan jenis bentuk muka bumi di kawasan Taman Sungai
Pinang. Saya mendapati, pada keseluruhannya permukaan bumi kawasan
kajian saya adalah rata.
Kemudian kesemua data dikumpul, dirumus dalam bentuk jadual dan diproses
menjadi carta pai. Bilangan responden perlulah cukup iaitu 20 orang. Jika bilangan
responden kurang daripada 20, ia tidak dapat menggambarkan kegiatan manusia
yang sebenarnya di kawasan kajian dan jenis pengangkutan yang mereka guna.
8|Mukasurat
8.0 DAPATAN KAJIAN
Saya telah mengenal pasti ciri-ciri bentuk muka bumi negara bandingan iaitu
Negara Indonesia dengan menumpukan kajian saya terutamanya terhadap Pulau
Jawa kerana pulau ini adalah pulau terpadat di Indonesia walaupun luasnya hanya
7% dari seluruh wilayah Indonesia. Pulau Jawa terletak di Lingkaran Api Pasifik dan
merupakan gunung lipat muda yang tidak stabil. Sistem gunung lipat muda ini
berpunca dari Pusat Perbanjaran Pamir di pedalaman benua Asia merentasi
Banjaran Himalaya ke Tanah Tinggi Annam, Myanmar dan Banjaran Barisan,
Sumatera menganjur ke Pulau Jawa dan terus ke Sulawesi. Terdapat beberapa buah
gunung berapi di Pulau Jawa seperti Gunung Semeru dan Gunung Merapi. Aktiviti
gunung berapi di Pulau Jawa telah membentuk dataran lava bes yang subur seperti
Tanah Tinggi Preanger, Dataran Tinggi Diens dan Dataran Tinggi Rembang. Cerun-
cerun bukit di dataran ini ditereskan untuk kegiatan pertanian terutamanya
penanaman padi.
9|Mukasurat
Terdapat seramai 4 orang responden yang bekerja sebagai guru di mana 2
orang adalah kaum Cina dan 2 orang adalah kaum Melayu. Mereka terdiri
daripada golongan perempuan kesemuanya.
Jantina Jumlah
Jenis Pekerjaan
Lelaki Perempuan responden
Peniaga 5 3 8
Guru - 4 4
Staf bank 3 1 4
Pengurus 3 - 3
Jurutera 1 - 1
10 | M u k a s u r a t
Jurutera, 5%
Pengurus, 15%
Peniaga, 40%
Guru, 20%
11 | M u k a s u r a t
Selain daripada itu, penduduk di Taman Sungai Pinang juga terlibat di dalam
bidang pendidikan sebagai tenaga pengajar kerana berhampiran kawasan
ini terdapat Sekolah Tinggi Klang, Sekolah Kebangsaan Batu Belah , Tadika Sg
Pinang dan Tadika Batu Belah. Terdapat juga penduduk yang bekerja di
bank-bank dan syarikat-syarikat berdekatan atau di Pusat Bandar Klang
disebabkan sistem jalan raya yang baik dapat dibina dengan mudahnya di
kawasan tanah pamah. Ini ternyata benar berdasarkan soal selidik terhadap
20 responden yang kesemuanya menggunakan kenderaan mereka sendiri ke
tempat kerja dan ke tempat-tempat lain. Lihat Jadual 3.
15%
Kereta
30% 55%
Van
Motosikal
12 | M u k a s u r a t
di cerun bukit dengan menanam padi. Pulau Jawa juga mengandungi tidak
kurang dari tiga puluh lapan gunung berapi yang pernah aktif. Setelah
gunung berapi ini tidak aktif(selesai meletus), lava akan mengalir di setiap
lereng gunung dan menjadi kering.
13 | M u k a s u r a t
Yogyakarta merupakan pusat pelancongan di Pulau Jawa
Saya berasa amat bersyukur dan menyayangi tempat tinggal saya iaitu
Taman Sungai Pinang kerana ia bebas daripada sebarang bencana alam,
tidak seperti kawasan bandingan iaitu Pulau Jawa yang penuh dengan
gunung berapi dan cukup berbahaya pada bila-bila masa sahaja apabila
berlakunya letusan gunung berapi.
14 | M u k a s u r a t
8.2 Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan
manusia
Bagi Pulau Jawa pula, halangan utama bentuk muka bumi terhadap
kegiatan manusia ialah apabila berlakunya letusan gunung berapi. Ia bukan
sahaja mengancam nyawa manusia dan merosakkan harta benda, tetapi
memusnahkan tanaman di lereng-lereng gunung.
Bagi Pulau Jawa pula, kesan daripada kegiatan pertanian yang tidak diurus
dengan baik dan terancang di cerun-cerun bukit boleh menyebabkan
15 | M u k a s u r a t
hakisan tanah dan tanah runtuh berlaku. Hakisan tanah memusnahkan
tanaman dan tanah runtuh menyebabkan kerosakan harta benda,
kemudahan awam dan mengorbankan nyawa.
16 | M u k a s u r a t
Melalui aktiviti gotong-royong ini, hubungan antara masyarakat berbilang
kaum di kawasan ini dapat dieratkan terutamanya generasi muda. Saya
berpendapat bahawa setiap penduduk di Taman Sungai Pinang seharusnya
peka dengan isu-isu yang melibatkan alam sekitar bagi memastikan alam
sekitar kita terjaga dan terpelihara. Selain daripada itu, kita juga harus
menyokong usaha-usaha kerajaan dalam kempen-kempen penjagaan alam
sekitar dan sentiasa berganding bahu memastikan negara yang tercinta ini
kekal sebagai warisan alam selama-lamanya.
17 | M u k a s u r a t
LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP
Langkah Mengatasi:
1. Menyaman kilang-kilang
yang cuai
Masalah: 2. Meningkatkan tong sampah
Pencemaran kitar semula dan tapak
Air pelupusan sampah
3. Menambah tong sampah
dan kekerapan mengutip
sampah
LANGKAH-
LANGKAH
MENGURANGKAN
KESAN KEGIATAN Jenis Masalah Langkah
MANUSIA Mengatasi:
TERHADAP ALAM Masalah:
SEKITAR DI TAMAN Pencemaran Pihak kilang
SG PINANG menapis asap kotor
Udara
yang dikeluarkan
oleh mereka
Langkah
Masalah: Mengatasi:
Kesesakan 1. Berkongsi Kereta
lalulintas 2. mengguna
kenderaan awam
18 | M u k a s u r a t
Bagi hakisan tanah dan tanah runtuh yang berlaku di cerun-cerun bukit di
Pulau Jawa, Indonesia pula, langkah-langkah yang boleh diambil oleh
penduduk di situ untuk menangani masalah tersebut ialah menanam rumput
tutup bumi di lereng-lereng bukit. Selain daripada itu, parit takung, tembok
batu atau simen boleh dibina di cerun bukit yang curam untuk
mengurangkan masalah tersebut.
LANGKAH-LANGKAH
MENGURANGKAN Langkah Mengatasi:
Masalah:
KESAN KEGIATAN 1. Menanam rumput tutup bumi
MANUSIA TERHADAP Hakisan Tanah dan Tanah
Runtuh 2. Membina parit takung, tembok batu
ALAM SEKITAR DI Pulau atau simen
Jawa
19 | M u k a s u r a t
9.0 RUMUSAN
Sesungguhnya, kajian ini telah memberikan banyak kesan yang positif. Melalui kajian
ini, saya telah mengetahui dengan lebih mendalam tentang bentuk muka bumi di
kawasan kajian iaitu Taman Sungai Pinang, Malaysia serta di negara Indonesia.
Kajian ini juga memberi saya maklumat tentang potensi bentuk muka bumi yang
terdapat di kawasan Taman Sungai Pinang, Klang, Malaysia serta di negara
Indonesia kepada kegiatan manusia. Selain daripada itu, saya dapat mengetahui
halangan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan Taman Sungai Pinang,
Klang, Malaysia serta negara Indonesia terhadap kegiatan manusia . Akhir sekali,
saya dapat mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di
kawasan Taman Sungai Pinang, Klang, Malaysia serta di negara Indonesia dan
langkah-langkah mengurangkan kesan-kesan tersebut.
Hasil daripada kajian ini, menjadikan saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal di
kawasan yang serba lengkap dan maju dengan kemudahan – kemudahan asas dan
infrastruktur yang lengkap. Jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan yang
kurang bernasib baik seperti Pulau Jawa yang terlalu padat penduduknya dan
mengalami risiko bencana alam seperti letusan gunung berapi, kawasan tempat
tinggal saya serta negara kita adalah jauh lebih bertuah kerana mempunyai
kegiatan ekonomi yang amat baik serta kemudahan yang sempurna serta
penduduk yang harmoni. Oleh yang demikian kita seharusnya menghargai apa
yang ada dan menyayangi negara kita dengan sepenuh hati.
20 | M u k a s u r a t
10.0 LAMPIRAN
21 | M u k a s u r a t
11.0 RUJUKAN
1. Buku teks Geografi Tingkatan 1 (KBSM) Media Network Sdn Bhd (2002) Chong Yoon Choi.
3. http://www.google.com
4. http://www.google.com
5. http://www.kjri-johor.org
6. http://www.streetdirectory.com
7. http://maps.701panduan.com
8. http://wikimapia.org
22 | M u k a s u r a t