You are on page 1of 23

SAMPEL

Hak Cipta
Mohd Suhaimi B. Mohd Zain

GEOGRAFI 23/2
KERJA KURSUS

Nama Calon : MOHD SUHAIMI BIN MOHD ZAIN


Tingkatan : 3 Bestari
Nombor K/P : 791015-03-5657
Angka Giliran : AJ001 A001
Nama Dan Alamat : SMK. Seri Iskandar, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak.
Sekolah
Tajuk Kerja Kursus :Kajian Tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di FELCRA Nasaruddin, Bota,
Daerah Perak Tengah, Perak.

Guru Penilai : En. Mohd Suhaimi Bin Mohd Zain

Bil Aspek Markah Penuh Markah Diperoleh


1 Tajuk kajian 1
2 Senarai kandungan 1
3 Penghargaan 2
4 Pendahuluan 2
5 Objektif kajian 2
6 Kawasan kajian 8
7 Kaedah kajian 2
8 Dapatan kajian 25
9 Rumusan 2
10 Lampiran 2
11 Rujukan 2
12 Penilaian umum 1
Aspek 1 -7
25
Aspek 9 - 12
Aspek 8
25
Jumlah Markah
50
Tahap Pencapaian

.......................
( Tandatangan Guru )

Isi Kandungan
1.0 Penghargaan 3

2.0 Pendahuluan 3

3.0 Objektif Kajian 4

4.0 Kawasan Kajian 4


4.1 Peta Negeri Perak 5
4.2 Peta Daerah Perak Tengah 6
4.3 Peta Lakar Kawasan Kajian FELCRA Nasaruddin 7

5.0 Kaedah Kajian 8

6.0 Dapatan Kajian 8


6.1 Konsep migrasi penduduk 8
6.2 Pola migrasi penduduk 8
6.3 Faktor-faktor mempengaruhi migrasi dalaman 9
6.4 Kesan migrasi dalaman 11
6.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman 13

7.0 Rumusan 14

8.0 Lampiran
8.1 Lampiran 1 : Surat pengenalan diri murid 15
8.2 Lampiran 2 : Surat kebenaran melawat dan mendapatkan
maklumat 16
8.3 Lampiran 3 : Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga 17
8.4 Lampiran 4 : Surat kebenaran ibu bapa / penjaga 18
8.5 Lampiran 5 : Borang Soal Selidik 19
8.6 Lampiran 6 : Soalan Temu Bual 20
8.7 Lampiran 7 : Senarai Nama Responden 21

9.0 Rujukan 22

2
1.0 Penghargaan
Setelah bertungkus lumus selama dua bulan akhirnya saya dapat menyiapkkan Kerja Kursus
Geografi (KKG) seperti mana yang diarahkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia jayanya. Namun
disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samada secara langsung
mahupun tidak langsung. Oleh sebab itu, di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada Puan Mashitah Binti Ismail selaku Pengetua SMK. Seri Iskandar, yang memberi galakan dan
kebenaran kepada saya untuk melaksanakkan kajian yang menarik ini.
Tidak lupa juga kepada Encik Mohd Suhaimi Bin Mohd Zain sebagai guru geografi yang
banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian
ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pegawai pemetaan yang bertugas di Majlis Daerah Perak Tengah kerana telah banyak membantu saya
terutamanya dalam membekalkkan maklumat dan peta yang berkait dengan kawasan kajian saya.
Selain daripada itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung di
sekitar kawasan FELCRA Nasaruddin, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya
menjayakkan kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak
ketinggalan juga saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa tersayang iaitu
Mohd Zain Bin Awang Hamat Dan Mariam Binti Ismail serta rakan-rakan seperjuangan saya
seperti Mohd Azizul Bin Jabar dan Mohd Faizul Azri Bin Zainal yang banyak membantu dari segi
kewangan, moral dan idea kepada saya sepanjang menyiapkkan kajian ini.

Sekian, Wassalam.

2.0 Pendahuluan
Secara umumnya kajian ini dijalankan bagi memenuhi keperluan mata pelajaran Geografi
tingkatan tiga bagi tahun 2010. Kajian ini mengambil masa lebih kurang 3 bulan. Melalui kajian ini, saya
berharap dapat mengetahui dengan lebih lanjut tentang migrasi dalaman di kawasan FELCRA Nasaruddin
dan seterusnya mengenal pasti konsep migrasi di kawasan tersebut. Selain itu saya juga ingin melihat
jenis-jenis pola migrasi di kawasan kajian.selepas itu di dalam kajian ini juga saya akan melihat faktor

3
yang mempengaruhi mograsi dalaman serta kesan migradi dalaman terhadap kawasan kajian dan alam
sekitar. Akhir sekali saya akan mencadangkan langkah-langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman.
Rasional pemilihan FELCRA Nasaruddin adalah kerana ia merupakan salah satu kawasan tanah
rancangan yang terdiri dari tanah pamah yang rata dan beralun dan merupakan kawasan kelompok
pertanian di daerah Perak Tengah, Perak. Tanaman utama di kawasan ini ialah kelapa sawit. Sebahagian
besar penduduk kawasan ini turut terlibat dalam pekerja di dalam sektor pertanian. Namun begitu tidak
dapat dinafikan bahawa sebahagian penduduk di kawasan ini juga terlibat dengan pekerjaan di dalam
sektor lain seperti sektor perkilangan dan pembuatan, sektor perkhidmatan sama ada di dalam sektor
kerajaan ataupun swasta serta sektor perniagaan.
Dengan ini saya berpendapat kajian migrasi dalaman di kawasan FELCRA Nasaruddin
mempunyai pola migrasi dalaman yang unik serta faktor migrasi dalaman yang menarik. Mungkin kita
juga boleh melihat kesan dan juga langkah mengatasi dalam kajian ini nanti.

3.0 Objektif Kajian


Antara objektif kajian ini ialah:

1. Memahami konsep migrasi penduduk.


2. Mengenalpasti pola migrasi penduduk di FELCRA Nasaruddin.
3. Menjelaskan faktor migrasi dalaman penduduk di FELCRA Nasaruddin.
4. Menjelaskan kesan migrasi dalaman penduduk di FELCRA Nasaruddin.
5. Mencadangkan beberapa langkah mengurangkan kesan migrasi dalaman penduduk di FELCRA
Nasaruddin
6. Meningkatkan rasa kesyukuran dan perasaan bangga terhadap tempat tinggal.

4.0 Kawasan Kajian


Secara umumnya FELCRA Nasaruddin terletak di dalam Blok Perancangan Bota iaitu sejauh 15
kilometer dari Bota Kanan dan 35 kilometer Ipoh. Walau bagaimanapun FELCRA Nasaruddin 7
kilometer dari bandar baru Seri Iskandar. FELCRA Nasaruddin berada dalam laluan utama dari lebuh raya
Ipoh-Lumut. Selain daripada itu FELCRA Nasaruddin ini juga terletak berhampiran dengan RPA
Changkat Sodang dan Universiti Teknologi Mara. Guna tanah utaman kawasan Bota ialah pertanian
merangkumi 10 806 hektar atau 63.22%. kebanyakan kawasan pertanian melibatkan skim tanah kemajuan
oleh pihak FELCRA dan agensi serta pihak swasta seperti FELCRA Nasaruddin. Bentuk muka buminya
merupakan tanah pamah yang rata dan beralun amat sesuai untuk kegiatan penanaman kelapa sawit.

4
Namun kawasan kajian hanyalah tertumpu di kawasan Tengah FELCRA Nasaruddin dalam ukuran
lima kilometer persegi sahaja. Selain daripada kegiatan pertanian yang menjadi penyumbang terbesar, ada
juga sektor lain yang terlibat dalam pembangunan kawasan ini antaranya seperti jaringan pengangkutan
jalan raya, saliran paip air bersih, serta institusi kerajaan seperti Sekolah Kebangsaan FELCRA
Nasaruddin, Kilang Sawit dan Klinik Kesihatan Desa dan sebagainya.

4.1 Peta Negeri Perak


U

Tidak Mengikut Skala

5
4.2 Peta Daerah Perak Tengah

6
Kawasan kajian

4.3 Peta Lakar Kawasan kajian FELCRA Nasaruddin


7
(Peta kena lukis sendiri berdasarkan kawasan kajian anda)

Kg.Selat,
Kg.Paloh
Layang-Layang
Kg.Dusun
Kiri

Kg.Parit 4,5,6,7 dan 8

8
5.0 Kaedah Kajian
Dalam menjalankan kajian ini saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian antaranya ialah
pemerhatian, rujukan, temu bual dan soal selidik. Kaedah pemerhatian ialah kaedah yang dijalankan
dengan cara mengenalpasti kawasan serta memerhati keadaan disekitar kawasan kajian dan kemudiannya
mencatat maklumat yang dipeolehi ke dalam bentuk lakaran dan juga catatan ringkas.
Kemudiannya saya menggunakan kaedah rujukan bagi melengkapkan kajian saya. Dengan bantuan
pihak pemetaan Pejabat Daerah Perak Tengah, maka saya dapat gambaran yang lebih jelas dari aspek luas
kawasan, jenis kegiatan, potensi mengikut pandangan Pejabat Daerah serta peta daerah.
Selain daripada dua kaedah di atas, saya juga turut menjalankan kaedah temu bual seramai 5 orang
di sekitar kawasan kajian bagi mendapatkan penjelasan serta gambaran tentang kawasan kajian pada masa
dahulu serta perubahan sehingga masa kini. Melalui temu bual ini juga saya dapat menilai pendapat yang
diberikan tentang permasalahan yang wujud serta idea mengatasi berdasarkan masalah yang dihadapi oleh
mereka.
Di samping itu juga, soal selidik turut dibuat. Soal selidik akan dijalankan terhadap 20 responden,
dan ini bertujuan mengukuhkan lagi kajian saya terutama dalam hal yang berkaitan dengan potensi bentuk
muka bumi, halangan serta langkah mengatasi terhadap alam sekitar di kawasan kajian. Hasil gabungan
empat kaedah kajian ini maka sudah pasti menghasilkan kajian yang bermutu, tepat dan boleh dipercayai.

6.0 Dapatan Kajian


6.1 Konsep migrasi penduduk
Secara umumnya migrasi bermaksud penghijrahan atau perpindahan penduduk dari suatu kawasan
ke kawasan yang lain. Biasanya migrasi ini berlaku disebabkan oleh penduduk yang inginkan perubahan
hidup ke arah yang lebih baik. Misalnya penduduk di FELCRA Nasaruddin berhijrah ke Ipoh untuk
bekerja di sektor perindustrian. Tujuannya ialah untuk meningkatkan taraf hidup dengan gaji yang lebih
baik.

6.2 Pola migrasi penduduk di kawasan kajian


Pola migrasi penduduk di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada 2 iaitu:
a) Migrasi luar bandar ke bandar
Migrasi ini merujuk kepada penduduk di FELCRA yang berhijrah ke bandar-bandar seperti Ipoh,
Manjung, Kuala Lumpur dan sebagainya sama ada untuk mencari pekerjaan yang selesa dalam

9
perindustrian, mahupun menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi sama ada awam
mahupun swasta.
b) Migrasi bandar ke luar bandar
Migrasi ini merujuk kepada penduduk yang berhijrah untuk menyambung pelajaran di institusi
pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta ataupun yang telah bersara pulang ke tempat
asal. Misalnya ada sebahagian penduduk FELCRA Nasaruddin yang bekerja sebagai tentera di
Sungai Besi pulang semula ke FELCRA Nasaruddin selepas tamat perkhidmatan. Dan ada juga
segelintir yang menyambung belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, pulang ke
Kampung halaman setelah tamat belajar.

6.3 Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di


kawasan kajian
terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman di kawasan kajian antaranya ialah:
a) Melanjutkan pelajaran
Segelitntir anak-anak peneroka yang memperolehi keputusan peperiksaan SPM dan STPM
yang cemerlang akan menymabung pelajaran ke institusi pengajian tinggi seperti Universiti
Malaya Kuala Lumpur, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim dan sebagainya.
Oleh kerana di kawasan FELCRA tidak terdapat pusat pengajian tinggi maka mereka terpaksa
berhijrah untuk melanjutkan pelajaran.
b) Peluang Pekerjaan
Terdapat anak peneroka di FELCRA yang behijrah ke bandar-bandar seperti Shah Alam
Selangor, Bayan Lepas Pulau Pinang, Ipoh dan sebagainya untuk mencari peluang pekerjaan
yang lebih selesa dan gaji yang lebih tinggi di dalam sektor perindustrian, pembinaan dan
perkhidmatan. Ini kerana di kawasan FELCRA peluang pekerjaan yang ada amat terhad iaitu
bidang pertanian sahaja.
c) Bersara
Selain daripada faktor di atas terdapat juga faktor seperti bersara mempengaruhi migrasi
dalaman di kawasan FELCRA. Misalnya terdapat penduduk di kawasan kajian ini yang pernah
berkhidmatan sebagai polis, tentera dan guru akhirnya pulang semua ke kampung halaman
setelah tamat perkhidmatan (bersara). Misalnya ada yang pernah berkhidmat sebagai tentera di
negeri Sarawak selama 20 tahun dan akhirnya pulang semula ke FELCRA dan berehat ataupun
meneruskan perniagaan secara kecil-kecilan bagi mengisi masa lapang dan menampung hidup.

10
d) Kemudahan asas
Oleh kerana FELCRA merupakan kawasan tanah rancangan, kemudahan asas yang ada terhad
seperti sekolah, masjid, air elektrik dan lain-lain. Demi mendapatkan keselesaan hidup maka
mereka mengambil keputusan hidup untuk berpindah ke kawasan yang lebih maju dan selesa
seperti berpindah bandar-bandar seperti Ipoh dan Kuala Lumpur. Hal ini kerana di kawasan
yang dituju terdapat kemudahan yang lebih baik seperti jaringan pengangkutan yang cekap,
hospital, kolej, pasaraya dan sebagainya.
e) Nialai atau Patriotisme
kita patut bersyukur kerana dilahirkan dan dibesarkan di negara malaysia yang aman dan damai
di samping kestabilan ekonomi yang banyak memberi manfaat kepada kita semua.

Peta Minda 1: Faktor yang mempangaruhi migrasi di kawasan kajian

Melanjutkan
pelajaran di IPT
dan kolej

Faktor
mempengaruhi
Menikmati Mencari peluang
migrasi dalaman di
Kemudahan pekerjaan yang
FELCRA
Asas yang selesa terjamin
Nasaruddin

Bersara

11
6.4 Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian
Secara umumnya terdapat dua kesan utama migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian:

a) Kesan positif
a. Penduduk bertambah
i. Migrasi dalaman dari luar bandar ke bandar atau bandar ke luar bandar
menyebabkan penduduk bertambah. Hal ini secara tidak langsung menyumbang
kepada tenaga buruh yang lebih ramai. Contohnya dengan pembukaan tanah
rancangan FELCRA ini ramai penduduk di sekitar Kg. Layang-Layang Kiri,
Parit, Lambor, Tronoh dan lain-lain mengambil bahagian untuk membangunkan
kawasan ini. Pertambahan penduduk di bandar pula merancakkan lagi kegiatan
ekonomi.
b. Taraf hidup meningkat
i. Penduduk yang berhijrah ke bandar seperti Shah Alam untuk melanjutkan
pelajaran akhirnya pulang semula ke tempat asal iaitu di FELCRA dan
memperolehi pekerjaan yang lebih selesa sebagai guru, jururawat dan
sebagainya yang mana mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan selesa
serta mempu memiliki rumah yang lebih selesa.
c. Pasaran bertambah
i. Dengan pertambahan penduduk di kawasan yang dituju, secara tidak langsung
menyumbang kepada ekonomi iaitu pasaran bagi barangan siap semakin
bertambah.
b) Kesan negatif
a. Masalah pengangguran
i. Migrasi dalaman memberi kesan negatif kepada kawasan yang dituju. Misalnya
penghijrahan tenaga buruh tempatan dan warga asing seperti Nepal dan
Bangladesh ke FELCRA Nasaruddin telah menyebabkan lambakkan tenaga
buruh secara tidak langsung menyebabkan wujud persaingan pekerjaan dengan
penduduk tempatan yang sengit dalam mendapatkan peluang pekerjaan. Dengan
ini maka masalah pengangguran di kawasan kajian ini.
b. Masalah sosial
i. Ekoran daripada wujud masalah pengangguran di kawasan FELCRA ini, maka
wujud masalah sosial seperti pecah rumah dan masalah penagihan dadah di
kalangan penduduk tempatan di kawasan kajian. Hal ini kerana desakan hidup
12
dan kos sara hidup yang sentiasa meningkat adalah tinggi di samping tiada
pekerjaan.
c. Komposisi penduduk berubah
i. Kebanyakan mereka yang melakukan migrasi adalah terdiri daripada kaum
lelaki dan belia yang berusia diantara 18 – 40 tahun. Dengan ini komposisi
lelaki di kawasan kajian agak tidak stabil kerana penduduk perempuan dan
orang tua lebih ramai manakala golongan belia yang aktif adalah sedikit
keadaan ini secara tidak langsung menyebaban kadar kelahiran berkurang dan
dalam jangka masa yang panjang.
d. Nilai dan patriotisme
i. Saya berasa bersyukur kerana kawasan kajian di FELCRA mempunyai peluang
pekerjaan yang mencukupi serta taraf hidup penduduk yang selesa.

Peta Minda 2: Kesan migrasi dalaman di kawasan kajian

Penduduk
bertambah

Masalah
Pengangguran Taraf hidup
meningkat

Kesan positif
dan negatif
migrasi dalaman
di FELCRA
nasarudin

Pasaran
Masalah Sosial bertambah

Komposisi
penduduk
berubah

13
6.5 Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk di
kawasan kajian
a) Mewujudkan peluang pekerjaan
Bagi mengatasi masalah pengangguran di kawasan FELCRA pihak berwajib boleh mewujudkan
peluang pekerjaan di dalam perindustrian atau pun industri hiliran. Hal ini bertujuan mengelakkan
golongan belia menganggur dan membazir masa. Antara peluang pekerjaan yang boleh
diwujudkan adalah Seperti membuat kraftangan dan industri makanan ringan seperti kerepek dan
juga kuih karas dan sebagainya.
b) Rukun tetangga dan penguatkuasaan undang-undang
Dalam membanteras masalah sosial pihak pengurusan FELCRA dengan kerjasama penduduk
boleh mewujudkan Rukun Tetangga. Tujuan rukun tetangga ini diwujudkan bagi mengatasi
masalah pecah rumah dan penagihan dadah di kalangan belia di kawasan kajian. Pada masa yang
sama penduduk tempatan boleh bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan seperti polis dalam
menguatkuasakan undang-undang dalam membanteras jenayah yang berlaku.
c) Meningkatkan kemudahan kesihatan
Oleh kerana ramai golongan belia telah berhijrah dan hanya golongan tua yang tinggal, bagi
menjamin taraf kesihatan yang lebih baik, pihak berwajib boleh meningkatkan kesihatan penduduk
dengan menyediakan kemudahan kesihatan seperti klinik kesihatan dan klinik desa. Dengan
adanya kemudahan ini ia memudahkan proses medapatkan rawatan dengan lebih cepat. Dengan
mewujudkan peluang pekerjaan di kawasan kajian juga dapat mengelakkan golongan belia yang
aktif dari berhijrah sekali gus dapat menyeimbangkan komposisi penduduk di FELCRA
nasaruddin.
d) Saya bangga sebagai rakyat Malaysia kerana dapat tinggal di negara yang aman dan harmoni di
samping pemimpin yang peka dengan masalah rakyat.

14
Peta Minda 3: Cadangan mengatasi kesan migrasi dalaman penduduk
di kawasan kajian
Cadangan
mengatasi kesan
migrasi dalaman

Wujudkan rukun
Wujudkan Meningkatkan
tetangga dan
peluang kemudahan
kuatkuasa
pekerjaan kesihatan
undang-undang

7.0 Rumusan
Rumusan yang dapat saya katakan di sini ialah terdapat dua jenis migrasi dalaman yang ada di
FELCRA Nasaruddin iaitu migrasi dalaman luar bandar ke bandar dan migrasi bandar ke luar bandar.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman yang wujud di kawasan kajian antaranya
ialah melanjutkan pelajarandi IPT di bandar-bandar, mencari peluang pekerjaan di sektor industri, bersara
selepas berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta dan mendapatkan kemudahan asas yang selesa
seperti rumah teres dan pengangkutan yang cekap. Selain daripada faktor terdapat juga kesan positif dan
kesan negatif juga turut wujud antaranya ialah wujud pertambahan penduduk, taraf hidup penduduk
meningkat, pasaran bertambah, komposisi penduduk berubah, masalah sosial dan juga masalah
pengangguran. Seterusnya di dalam kajian ini juga saya mencadangkan langkah mengurangkan masalah
migrasi dalaman seperti mewujudkan peluang pekerjaan, wujudkan rukun tetangga dan kuatkuasa undang-
undang dan meningkatkan kemudahan kesihatan. Setelah melihat kajian ini dengan rasional saya
berbangga kerana dapat tinggal di Malaysia yang stabil dari segi politik, pembangunan yang pesat dan
mempunyai kepelbagaian ekonomi yang subur sekaligus menjadikan malaysia sebuah negara yang
terkenal di mata dunia.

8.0 Lampiran
15
LAMPIRAN 1

KEPADA YANG BERKENAAN Tarikh:………………

Tuan,

Pengenalan Diri Murid Bagi Tujuan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi (KKG)

Pembawa surat ini …………………………………………………… bernombor kad pengenalan


…………………………………… ialah seorang murid tingkatan ………… di SMK.Seri Iskandar ,
32610 Bandar Seri Iskandar, Perak. Pelajar ini sedang membuat Kerja Kursus Geografi untuk
memenuhi syarat Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seperti mana yang diwajibkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mata pelajaran Geografi KBSM.

2. Kerjasama dan bantuan tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………….....
(Mashitah Binti Ismail)
Pengetua,
Sek.Men.Keb. Seri Iskandar,
32610 Parit,
Perak Darul Ridzuan.

LAMPIRAN 2

16
Kepada Yang Berkenaan
…………………………
…………………………
…………………………
Tarikh:

Tuan,

Kebenaran Melawat Dan Mendapatkan Maklumat Bagi Tujuan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa murid-murid sekolah ini sedang menjalankan Kerja Kursus Geografi
sebagai sebahagian syarat menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

3. Kerja Kursus Geografi ini juga merupakan sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Geografi. Kajian ini melibatkan murid-murid sekolah mengumpul dan mendapatkan maklumat
tentang beberapa aspek geografi tempatan.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati jika pihak tuan dapat memberi kerjasama kepada
murid-murid untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan

5. kerjasama dan bantuan didahului dengan ucapan terima kasih

Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA:

Saya yang menurut perintah,

…………………………….....
(Mashitah Binti Ismail)
Pengetua,
Sek.Men.Keb. Seri Iskandar,
32610 Parit,
Perak Darul Ridzuan.

LAMPIRAN 3
17
Tarikh:

Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato’/Datin

Makluman Kepada Ibu Bapa Atau Penjaga Mengenai Kewajipan Melaksanakan Kerja Kursus
Geografi.

Merujuk perkara di atas, semua calon Penilaian Menengah Rendah bagi sesi 2010 yang bakal menduduki
Penilaian Menengah Rendah pada hujung tahun ini DIWAJIBKAN menjalankan SATU kerja kursus bagi
mata pelajaran Geografi seperti mana yang diarahkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

2. Selain daripada itu, perlaksanaan kerja kursus ini juga bertujuan memenuhi Sukatan mata pelajaran
Geografi tingkatan tiga.

3. Saya berharap tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada pihak sekolah dan membantu anak-anak
dalam melaksanakan Kerja Kursus Geografi.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

…………………………….....
(Mashitah Binti Ismail)
Pengetua,
Sek.Men.Keb. Seri Iskandar,
32610 Parit,
Perak Darul Ridzuan.

18
LAMPIRAN 4

Tarikh:

Tuan/Puan/Encik/Cik/Dato’/Datin

Surat Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga Bagi Tujuan Melaksanakan Kerja Kursus Geografi (KKG)

Merujuk perkara di atas, saya ……………………………………………….. membenarkan anak saya


…………………………………………… dari tingkatan………
Untuk menjalankan Kerja Kursus Geografi bagi memenuhi Sukatan Pelajaran Geografi Tingkatan Tiga
dan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi tahun 2010.

2. Saya faham bahawa semasa menjalankan kajian ini, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada
anak saya, saya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pihak sekolah.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

……………………………….
( )

Alamat:
………………………………..
……………………………….
……………………………….
……………………………….
No.Telefon:

LAMPIRAN 5
19
Borang Soal Selidik:
Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di FELCRA Nasaruddin, Bota, Daerah Perak Tengah, Perak

Sila Tandakan ( √ ) di petak berkenaan.

1. berapakah tempoh tinggal di kawasan kajian


Kurang 5
tahun
Lebih 10
tahun
Lebih 20
tahun

2. Sila pilih satu sahaja dan tandakan ( √ ) di kotak berkenaan. Nyatakan jika perlu di ruangan berkenaan.
Tandakan
Bilangan Jenis Kegiatan Yang terlibat
( ⁄ )
1 Kelapa Sawit
2 Padi Sawah
3 Penoreh Getah
4 Pembuatan / Perkilangan / Perindustrian
5 Lain-Lain (sila nyatakan):

3. Sila pilih satu sahaja dan tandakan ( √ ) di kotak berkenaan. Faktor mempengaruhi migrasi dalaman
Tandakan
Bilangan Jenis Kegiatan Yang terlibat
( ⁄ )
1 Arahan majikan
2 Ikut keluarga
3 Melanjutkan pelajaran
4 Peluang pekerjaan
5 bersara
6 perkahwinan
7 Bencana alam
8 Dasar governan
9 Kemudahan asas
10 Kadar upah
11 Petempatan baru
12 Meningkatkan taraf hidup
13 Darjah ketersampaian

4. Nyatakan kesan-kesan migrasi di kawasan kajian


...........................................................................................................................................................................

5. Nyatakan cadangan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan kajian.
...........................................................................................................................................................................
LAMPIRAN 6
20
Soalan Temu Bual
Kajian tentang Migrasi Dalaman Penduduk Di FELCRA Nasaruddin, Bota, Daerah Perak Tengah, Perak

1. Saudara berasal dari mana?

2. Berapa lama saudara tinggal di kawasan ini ?

3. Apakah sektor pekerjaan yang saudara ceburi ?

4. Berapakah jumlah ahli keluarga yang telah berhijrah ?

5. Pada pendapat saudara, apakah faktor yang menyebabkan berlakunya migrasi dalaman di kawasan

ini ?

6. Pada pendapat saudara, apakah kesan baik atau buruk migrasi dalaman di kawasan ini?

7. Boleh saudara jelaskan cadangan bagi mengatasi masalah migrasi di kawasan ini?

8. Apakah harapan saudara melalui kajian ini?

21
LAMPIRAN 7

Senarai Nama Responden

No.K/P
Bil Nama
1 WILDAN BIN MAUN 4707938
2 MOHD SAID BIN ZAR 630127085483
3 YUSSOF BIN ABDULLAH 610122085058
4 JAMALUDIN BIN TALIB 621018086079
5 HJ MOKHTARUDIN 521014085951
6 ISMAIL BIN ALI PIAH 520502085331
7 ABDUL RAHMAN BIN DIN 4542079
8 YAZID BIN YAHYA 650423085951
9 DAUD BIN KARIM 4338263
10 SAPIAN BIN AHMAD 640322085795
11 M. ZABIDI MAT TALIB 391014085203
12 MOHAMAD SIDI B YAHYA 521015085873
13 SARI BIN MAT YOB 2594302
14 SHUKUR BIN HASHIM 501009025067
15 DAUD ITMA LANI 450129085071
16 MANGSOR BIN AZIZ 370106095111
17 ANAS BIN ABDUL GHANI 520410086361
18 RAZALI BIN SALIM 9234375
19 SAID BIN WAHAB 530804025309
20 NASRUDIN BIN SAID 510422025383

22
9.0 Rujukan
1. Khaw Ah Seng, Habibah Binti Haji Lateh, Tan Koh Lim,2004. Buku Teks Geografi Tingkatan
Tiga. PTS Publicators Sdn Bhd, Pahang Darul Makmur.

2. Ismail Bin Ahmad, Prof.Madya Sulong Bin Mohamad, Chan Mee Lee,2003. Buku Teks Geografi
Tingkatan Lima. Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd. Malaysia, Selangor Darul Ehsan

3. Richardson H.W., 1993. Ekonomi Wilayah & Bandar.Percetakan Dewan Bahasa Dan Pustaka,
Kuala Lumpur.

4. Kamaruddin Ngah & Rahmat Azam Mustafa., 1991. Pengenalan Perancangan Pembangunan
Wilayah.Penerbitan Universiti Sains Malaysia. Pulau Pinang

5. Laporan Perancangan Daerah Perak Tengah 2002-2015. Peta guna tanah m/s 62 - 146.

Orang Sumber
1. ANAS BIN ABDUL GHANI, 43 tahun, orang awam, No 21. Lorong Bunga Raya, FELCRA Nasaruddin,
32610 Bandar Seri Iskandar, Perak
2. JAMALUDIN BIN TALIB, 38, orang awam, Batu 4 ¾ Lorong Kasimiah, FELCRA Nasaruddin , 32610
Bandar Seri Iskandar, Perak
3. GHAZALI BIN ISMAIL, 36, orang awam, No. 3 ¾ Lorong Bunga Cempaka, FELCRA Nasaruddin, 32610
Bandar Seri Iskandar, Perak
4. MOHAMAD SIDI B YAHYA, 51, orang awam, Lot 119, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri
Iskandar, Perak
5. Razak Bin Ahmad, 47 , orang awam, lot 43, FELCRA Nasaruddin, 32610 Bandar Seri Iskandar, Perak

23

You might also like