You are on page 1of 8

PELANCONGAN

A. Sepintas Lalu
• Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang
maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta
memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta
orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang
menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada
pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan
6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga
merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur -
selepas China dan Hong Kong.
• Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat
berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa
tetapi juga menawan warga tempatan.
• Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu
pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan
sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju
dalam abad ini.
• Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat
direalisasikan jika usaha-usaha memajukan dan membangunkan industri
pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan
eko, alam sekitar, visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran,
sistem pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya menyumbang
secara positif dan negatif kepada jumlah pelancong yang melawat Malaysia.
• Kejayaan industri pelancongan tidak semata-mata bergantung kepada kempen
dan promosi galakan (melalui pengiklanan yang melibatkan perbelanjaan
berjuta-juta ringgit) di dalam dan luar negara. Kejayaan ini juga sedikit
sebanyak bergantung kepada `cerita-cerita' (pengalaman-pengalaman) para
pelancong yang sudah melawat Malaysia. Pelancong-pelancong yang mempunyai
pengalaman yang baik melancong di Malaysia, tentunya akan datang semula
dan juga akan memberitahu rakan-rakan mereka. Inilah kempen dan promosi
galakan yang terbaik.
• Jika diperhalus, banyak yang perlu dibaiki dan dibetulkan. Insiden-insiden
pelancong ditipu oleh pemandu teksi, kekotoran pusat-pusat makanan,
kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran sungai dan kawasan
rekreasi, harga tidak berpatutan dan seumpamanya tidak menyumbang kepada
pengalaman yang baik kepada para pelancong.
• Aduan-aduan daripada para pelancong mesti dilihat sebagai cara terbaik untuk
memajukan industri pelancongan kita lagi. Satu anjakan sikap perlu berlaku
dalam memberi layanan terbaik kepada pelancong.
• Siri-siri dialog dan pertemuan lebih kerap perlu diadakan dengan semua
kementerian, jabatan, agensi dan sektor swasta bagi merangka perancangan
dan program bersepadu bagi memajukan industri pelancongan tempatan.
Usaha-usaha menggalakkan pelancongan tidak akan membuahkan hasil jika
setiap pihak di dalam industri berkenaan tidak menjalankan peranan mereka
dengan sebaik-baiknya.
• Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzil, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan
mengatakan bahawa fungsi dan tanggungjawab memajukan industri
pelancongan negara tidak terletak pada bahu kementeriannya sahaja. Namun,
kementeriannya sewajarnya memainkan peranan yang lebih besar dan penting
dalam memastikan para pelancong pulang dengan `cerita-cerita' yang menarik
dan menggembirakan dari Malaysia.
• Pelbagai kegiatan dalam usaha mencari jalan memajukan industri pelancongan
di negara ini dijalankan. Persatuan Pengembaraan Asia Pasifik (PATA) yang
mempunyai pengaruh besar dalam industri pelancongan di rantau ini telah
mengadakan persidangan tahunannya di sini. Forum Pelancongan Majlis
Ekonomi Asia Pasifik (APEC) Kedua turut diadakan. Begitu juga dengan Pesta
Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Antarabangsa Malaysia (MATTA)
2001 telah dianjurkan di sini.
• Atas kesedaran ini juga, kerajaan telah mengadakan pelbagai program untuk
memajukan industri pelancongan. Kejayaan industri ini bergantung kepada
usaha pacuan sektor swasta dengan sokongan sektor awam. Usaha sektor awam
atau kerajaan ini tidak akan berjaya tanpa digerakkan dan didorong oleh sektor
swasta. Sektor swastalah yang menggerakkan perniagaan pelancongan sama
ada daripada kalangan ejen pelancongan, pengangkutan, perhotelan, rekreasi,
penyusun acara, ataupun pusat-pusat membeli-belah.
• Pihak kerajaan boleh menggalakkan perniagaan industri-industri ini seperti
mengadakan pelbagai kempen serta menyediakan dan mencekapkan
infrastruktur.
• Namun begitu, pada keseluruhannya, kita percaya bahawa kejayaan sebenar
industri pelancongan memerlukan kesedaran dan kerjasama rakyat Malaysia
sendiri. Selain pihak kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk
memajukan pelancongan, rakyat juga harus bersedia untuk memiliki sikap
menyumbang kepada industri ini.
• Contohnya, bermula daripada kesedaran memelihara kebersihan di tempat-
tempat awam hinggalah kepada mengambil kira soal pelancongan negara dalam
membuat sebarang keputusan semasa menjalankan kerja-kerja seharian.Untuk
lebih memahami keperluan pelancong, rakyat negara ini juga harus sendiri
menjadi pelancong dalam negeri.
• Dengan menjadi pelancong dalam negeri, bukan saja boleh meningkatkan
kualiti hidup diri sendiri dan keluarga melalui rekreasi pelancongan, tetapi juga
dapat mengukuhkan kekuatan ekonomi industri itu.
• Apabila tempat-tempat pelancongan di dalam negeri menjadi lebih kukuh,
maka ini dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatannya yang akan
memudahkannya menerima pelancong luar negara. Selain itu, dengan sering
kali melakukan perjalanan, seseorang itu akan memperoleh idea-idea baru
bagaimana hendak meningkatkan industri pelancongan di negara ini.
• Selain dari sudut komersial pelancongan, peningkatan kunjungan pendatang
luar ke negara ini dengan sendirinya akan memasyhurkan kemakmuran Malaysia
di mata dunia.Pelancongan berasaskan pertanian untuk memberi pengalaman
kepada pengguna merasai hidup kampung dan merasai nikmat alam semula jadi
melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran, ternakan ikan dan
sebagainya.
B. Pelancongan Desa (Homestay).
• Pelancongan Desa atau 'Homestay' merupakan salah satu aktiviti pelancongan
yang dapat menghasilkan pendapatan kepada penduduk kampung. 'Homestay'
diperkenalkan sebagai usaha menggalakkan aktiviti ekonomi tersebut di
kalangan penduduk kampung. Pelancongan desa dapat memajukan pelancongan
eko(eco-tourism) dan pelancongan tani (agro-tourism) di kawasan-kawasan
desa bagi membawa manfaat ekonomi kepada kumpulan sasaran tempatan
Pelancongan desa yang berasaskan pertanian misalnya, dapat memberi
pengalaman kepada pelancong merasai hidup kampung dan merasai nikmat
alam semula jadi dengan melawat ladang buah-buahan, ladang sayur-sayuran,
ternakan ikan dan sebagainya.
• Projek ini secara tidak langsung memberi pendedahan kepada pemimpin
masyarakat, individu dan warga desa tentang pendapatan sampingan yang
boleh diperoleh daripada aktiviti ‘homestay’ di tempat mereka.
• Untuk menggalakkan pelancong datang dan mendiami kawasan luar bandar,
penduduk luar bandar perlu diberi panduan atau orientasi dan persiapan mental
untuk sedia menerima pengunjung luar secara yang lebih professional dan
sistematik. Secara tidak langsung, pelancongan desa mewujudkan kesedaran
mengenai pentingnya pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar.

Persediaan Ke Arah Menjalankan Projek ‘Homestay’


• Menyediakan kemudahan infrastruktur kawasan seperti rumah penginapan,
kantin, bekalan air bersih, elektrik, jambatan gantung dan kemudahan-
kemudahan asas yang lain.
• Menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi seperti mendaki bukit dan gunung,
memancing, berkhemah, melawat gua, merentas hutan, memerhati burung,
melawat ladang, kebun buah-buahan, berbasikal dan aktiviti-aktiviti lain yang
menarik.
• Mempromosikan kawasan pelancongan di desa kepada para pelawat daripada
dalam dan luar negeri melalui kerjasama agensi-agensi kerajaan dan swasta
(agensi pelancongan).
• Membangunkan kawasan-kawasan desa yang sesuai untuk tujuan pelancongan
dengan menyediakan penginapan dan kawasan menjamu selera.
• Projek Homestay adalah satu konsep penginapan yang unik dan sangat sesuai
bagi mereka yang ingin merasai pengalaman menjalani cara hidup masyarakat
Melayu.
• Kampung-kampung yang terlibat di dalam projek ini sangat komited dalam
memberikan gambaran sebenar cara hidup masyarakat Melayu. Di samping itu.
projek ini memastikan setiap pengujung yang memilih penginapan secara
'Homestay' memperoleh pengalaman yang menggembirakan selain dapat
meningkatkan pemahaman mengenai budaya Melayu.

Contoh Projek ‘Homestay’ : Banghuris


• Banghuris' adalah ringkasan kepada cantuman 3 buah kampung iaitu Kg. Bukit
Bangkong, Kg. Ulu Chuchoh dan Kg. Ulu Teris. Banghuris merupakan program
‘homestay’ pertama bagi Daerah Sepang. Setiap kampung mempunyai jentera
pentadbiran yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Keselamatan dan
Kemajuan Kampung (JKKK) yang berasingan. Nama 'Banghuris' mula diiktiraf
pada 14 Mac 1997 dengan Jawatankuasanya terdiri daripada wakil setiap
kampung yang bertanggungjawab mengendalikan program bersama dalam aspek
yang lebih menyeluruh bagi ketiga-tiga kampung. Projek ini terletak di dalam
Mukim Sepang dengan jarak 50 minit perjalanan daripada Kuala Lumpur dan 30
minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
• Keseluruhan jumlah penduduk Banghuris adalah seramai lebih kurang 6,500
orang dengan keluasan tanah lebih kurang 1,200 hektar (3,000 ekar).
Kampung-kampung ini telah dilengkapkan dengan kemudahan asas seperti
bekalan elektrik, air paip, klinik, rangkaian jalan kampung, sekolah rendah dan
sekolah menengah, sekolah agama, masjid, klinik kerajaan, balairaya, tadika
dan sebagainya. Hampir 90% tanah di Banghuris digunakan untuk projek-projek
pertanian, dusun buah-buahan, kelapa sawit, getah, kelapa dan kopi. Sumber
pencarian penduduk di sini ialah sektor pertanian, kerajaan, kontraktor,
pekerja kilang, nelayan, industri kecil dan perniagaan runcit.

• Banghuris merupakan pengeluar


terbesar industri makanan ringan di daerah Sepang dengan pengeluaran seperti
kerepek ubi, pisang, keledek, tempe, cakar ayam serta kuih tradisional. Pada
masa ini, projek pelancongan "Homestay Banghuris" adalah lebih menonjol
dengan pelbagai promosi telah diadakan di dalam dan luar negeri bagi menarik
lebih ramai pelancong menyertai program ini untuk menikmati suasana
kehidupan kampung serta adat istiadat. Buat masa ini, purata kehadiran
pelancong dalam dan luar negara melawat dan tinggal di ‘homestay’ lebih
kurang 2,500 orang pada tahun 2000.
C. Pelancongan Eko
• Pelancongan eko merupakan pelancongan yang berasaskan alam semula jadi,
seperti menjelajah hutan, melihat hidupan liar dan aktiviti penerjunan. Tarikan
kepada pelawat adalah interaksi dengan alam semula jadi. Pelancongan
berasaskan alam semula jadi mewujudkan insentif yang jelas untuk melindungi
alam sekitar kerana hasil keuntungan negara bergantung kepadanya.
• Namun demikian, pembangunan pelancongan berasaskan alam semula jadi juga
boleh bercanggah dengan sasaran pemuliharaan. Cabaran dasar adalah untuk
mendapatkan imbangan yang betul, iaitu, pelancongan eko yang diurus dengan
rapi dapat membantu melindungi sumber alam semula jadi dan pada masa yang
sama mendapat pulangan kewangan yang besar hasil daripada perlindungan
tersebut. Profesor Kennedy menjelaskan bahawa rangka kerja dasar
pelancongan seharusnya suatu yang berasaskan relatif kos dan faedah. Objektif
dasar seharusnya bukan untuk mengelakkan semua jenis impak alam semula
jadi. Oleh itu, dasar harus mendapatkan imbangan sewajarnya antara faedah
pembangunan pelancongan dan akibat daripada sebarang kesan yang berkaitan
dengan alam semulajadi. Dasar juga tidak digalak mengambil tempat kuasa
pasaran di dalam industri pelancongan tetapi untuk campurtangan dalam
mewujudkan hasil pencapaian pasaran yang lebih baik.
• Industri pelancongan eko menawarkan pelbagai produk kepada pelancong eko.
Produk ini berbeza berdasarkan kaitannya dengan alam semula jadi dan kesan
alam sekitar berkenaan.

D. Pelancongan Sambil Belajar (Edutourism)


• Pembelajaran secara sambil belajar atau bersifat kontekstual memerlukan
pelajar berfikir secara tabii, melihat perkara yang konkrit, bukan abstrak.
Seorang guru perlu bijak memanfaatkan perkara-perkara yang ada, atau yang
berlaku di sekelilingnya, dan seterusnya menuntut satu kemahiran supaya
pelajar dapat berfikir melalui pengalaman, atau memaksimumkan tujuh
kecerdasan.
• Konsep pembelajaran secara edutourism telah lama dipraktikkan di negara-
negara maju seperti Amerika Syarikat (AS) dan Jepun. Di AS suasana
pembelajaran pakej bermodul dikenali dengan beberapa nama, misalnya
Summer Camp atau perkhemahan musim panas. Terdapat pelbagai definisi
untuk pelancongan pelajar ini, bergantung kepada kemudahan yang sedia ada
atau keperluan-keperluan pengajaran dan pembelajaran sesuatu komuniti. Di
negara-negara yang lebih maju, yang kaya dengan aktiviti - yang kemudian
dimajukan sehingga menjadi sumber alam yang menjana pendapatan - konsep
pelancongan pelajar telah dipecahkan kepada beberapa subbahagian.
• Ini selaras dengan banyaknya subbidang ilmu yang terdapat di negara-negara
maju. Di mana-mana bahagian dunia pun, setiap bentuk pelancongan pelajar
yang diajar pasti akan cuba menyelitkan nilai-nilai murni di dalam pakejnya.
Misalnya, kesan memfitnah dan tindakan menghukum secara membuta tuli yang
berlaku pada Mahsuri.
• Edutourism ialah pelancongan berasaskan tarikan semula jadi sesuatu kawasan.
Matlamatnya adalah untuk menempuh pengalaman dan mempelajari keunikan
flora dan fauna serta budaya yang menjurus kepada pertanggungjawaban
ekologi, ekonomi yang mapan, menjana kemakmuran dan pendapatan kepada
komuniti setempat. Sekaligus, program-program yang akan diatur oleh guru
boleh mengembangkan konsep pelbagai kecerdasan dan kemahiran berfikir. Di
sini, sekali lagi kreativiti guru memupuk pendidikan alam sekitar amat
diperlukan.
• Pelancongan ini juga ditakrifkan sebagai satu cara bersiar-siar untuk tujuan
pendidikan dan latihan training) di sesuatu kawasan yang mempunyai keunikan
alam semula jadinya dan penduduknya pula berbilang bangsa. Banyak program
yang boleh diatur bermula dengan program survival sehinggalah santai.
Program-program yang boleh diatur oleh guru-guru perlulah bebas dan
menyeronokkan, berkisar kepada pelbagai aspek .
• Aktiviti-aktiviti di bawah topik ini boleh menjangkaui penerokaan taman lautan
atau batu karang di Pulau Payar (sekiranya melawat Pulau langkawi)
sehinggalah ke Makam Mahsuri dengan dipandu oleh guru-guru yang
menterjemahkan sifat-sifat semula jadi serta budaya dalam persekitaran hutan
hujan.

D. Info Ringkas

FAKTOR-FAKTOR YANG MENJADIKAN SESUATU KAWASAN BERPOTENSI


SEBAGAI KAWASAN PELANCONGAN

Bentuk muka bumi:


Bergunung ganang; Aktiviti mendaki gunung / tracking+cth gunung.
Udara yang nyaman dengan suhu yang rendah dan tumbuhan semulajadi yang
menghijau.
Jeram dan air terjun untuk mandi manda + cth lokasi.
Gizar / kawah gunung berapi + cth gunung berapi.
Pantai yang berpasir sesuai untuk bersantai + cth lokasi.
Pulau / Laut yang jernih dan mempunyai terumbu karang sesuai untuk selam skuba
+cth lokasi.
Kawasan paya yang kaya dengan reptilia spt buaya.
Tasik buatan manusia / semula jadi sesuai untuk memancing/ berperahu+ cth tasik.
Sungai yang sesuai untuk berkayak / memancing + cth sungai.
Iklim:
Suhu 27 0C dan panas sepanjang tahun sesuai untuk mandi-manda +cth nama
pantai.
Suhu bawah 0° C pada musim dingin menyebabkan salji turun dan sesuai untuk ski.
Pemandangan yang menarik:
Tumbuhan semula jadi yang menghijau dan menyamankan spt terdapat bunga
reflesia.
Pandangan batu kapur spt stalaktit dan stalakmit.
Gua yang menarik + cth gua.
Kesan sejarah + cth lokasi.
Haiwan spt penyu bertelur +cth pantai.
Zoo yang menarik minat pelajar sekolah; muzium + cth.
Pusat Sains spt roket ke angkasa, astronomi + ctli lokasi.
Kemudahan-kemudahan asas yang mencukupi spt hotel bertaraf
lima bintang + cth, padang golf,pusat membeli-belah + cth; penukar wang asing.
Ketersampaian - kawasan pelancongan dihubungi dengan jalan raya keretapi /
jalan laut:, feri / lapangan terbang +cth lapangan terbang / pelabuhan.
Sikap rakyat yang peramah dan masyarakat majmuk menarik pelancong.
Peranan agensi + (nama agensi + peranan).
Peranan kerajaan spt intensif cukai dari kerajaan, persidangan antarabangsa.
Kerjasama serantau spt Tahun Melawat ASEAN .
Kedudukan yang strategik / laluan perdagangan timur-barat.
Modal mencukupi untuk membina hotel, chalet dari pelabur tempatan / swasta +
Kebudayaan tempatan / seni, budaya,perayaan+cth.
Harga barangan yang murah/ dikecualikan cukai menarik pelancong.
Keselamatan terjamin/ pelancong merasa selamat/keselamatan pelancong.

KEPENTINGAN PELANCONGAN
Pendapatan negara + RM? .
Memajukan bandar-bandar pelancongan spt Melaka, Kuala Kangsar.
Peluang pekerjaan bagi penduduk sekitar +cth.
Pemangkin kepada pembangunan kawasan pelancongan spt infrastruktur /
kemudahan asas.
Memajukan / menaikkan taraf jalan raya / keretapi / pelabuhan / lapangan
terbang.
Menggalakkan industri kraftangan / desa.
Memajukan bekas lombong spt dijadikan padang golf, rekreasi +cth.
Hubungan dua hala dengan negara asal pelancong.

KESAN PELANCONGAN TERHADAP ALAM SEKITAR


Penebangan hutan untuk membuka kawasan pelancongan spt membina hotel, jalan
raya, taman rekreasi padang golf telah mengakibatkan pelbagai.
Kepupusan pokok berharga + cth pokok.
Peningkatan kadar suhu kerana kurangnya proses fotosintesis yang menyebabkan
bertambahnya kandungan karbon dioksida, kurangnya proses sejat peluhan; muka
bumi terdedah kepada sinaran matahari.
Habitat haiwan terganggu rantaian makanan haiwan terganggu -haiwan pupus + cth
haiwan.
Kemusnahan kawasan tadahan hujan.
Tanah terdedah kepada hakisan hujan dan matahari; berlaku tanah runtuh gelangsar
tanah.
Bahan terhakis dialirkan ke sungai menyebabkan sungai keruh, sungai cetek, banjir
kilat mudah berlaku.
Sungai/pantai tercemar kerana pembuangan sampah oleh pelancong / hotel + cth
sungai / pantai.
Pembinaan hotel di tepi pantai telah menyebabkan laut tercemar dengan bahan
hakisan.
Kumbahan dari hotel dan chalet yang dialirkan ke sungai dan laut telah
mencemarkan sungai dan laut berkenaan + cth lokasi / sungai.
Terumbu karang pupus kerana diambil sebagai cenderamata.
Kenderaan yang membawa pelancong mengeluarkan karbon monoksida yang
mencemarkan udara; menyumbang kepada kesan rumah hijau; bunyi bising.
Pelancongan di kawasan gua / kawasan batu kapur telah mengganggu hidupan spt
kelawar.

USAHA MEMAJUKAN INDUSTRI PERLANCONGAN


Membanyakkan kawasan pelancongan spt pulau-pulau yang airnya jernih dan
berbatu karang + cth.
Membina banyak hotel yang bertaraf lima bintang, padang golf + cth.
Menambah lesen agensi pelancongan.
Pemuliharaan kawasan-kawasan bEsejarah, kawasan pelancongan sedia ada+cth.
Membuka kawasan hutan simpan untuk trekking + cth
Membuka kawasan tasik untuk aktiviti memancing,bermain bot + cth tasik.
Membina chalet yang sewanya rendah untuk menarik pelancong.
Promosi oleh agensi kerajaan (agensi + usaha).
Mengadakan persidangan / pameran antarabangsa + cth.
Membaiki jalan raya / keretapi / lapangan terbang / pelabuhan supaya kawasan
pelanconan mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi spt keretapi Express
Langkawi penerbangan MAS ke destinasi antarabangsa.
Memberi pengurangan cukai kepada syarikat pelancongan untuk memajukan
kawasan baru / membina hotel kos sederhana.
Mengadakan kedai bebas cukai + cth lokasi, polis pelancong untuk menjamin
keselamatan pelancong.
Kerjasama serantau.

You might also like