You are on page 1of 6

3.

0 JENIS-JENIS KOMUNIKASI

Pada dasarnya komunikasi digunakan untuk mencipta atau meningkatkan


keaktifan hubungan antara manusia atau kelompok. Komunikasi boleh dibahagikan
kepada dua (2) kelompok iaitu komunikasi verbal iaitu komunikasi lisan melalui
pertuturan dan percakapan dan juga komunikasi non-verbal iaitu komunikasi bukan
lisan seperti gerak badan dan reaksi wajah.

3.1 KOMUNIKASI VERBAL (LISAN)


3.1.1 DEFINISI

Komunikasi verbal (lisan) boleh didefinisikan sebagai proses komunikasi yang


melibatkan maklumbalas menggunakan percakapan untuk menyampaikan maklumat
lengkap kepada penerima.

3.1.2 ASPEK KOMUNIKASI VERBAL

Komunikasi verbal ataupun lisan mencakupi beberapa aspek dan disiplin ilmu yang
penting iaitu ;

1. Vocabulary (perbendaharaan kata)


Komunikasi tidak akan efektif (berkesan) sekiranya disampaikan dengan kata-kata
yang tidak dapat difahami kerana kekurangan kosa kata. Kerana itu kosa kata
menjadi sesuatu yang penting dalam berkomunikasi dengan individu lain.
2. Racing (kecepatan)
Komunikasi akan lebih efektif dan berjaya apabila kelajuan berbicara dapat diaturkan
dengan baik, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat.
3. Intonasi suara
Akan mempengaruhi erti pesanan secara dramatik sehingga pesanan akan menjadi
lain ertinya apabila diucapkan dengan intonasi suara yang berbeza. Intonasi suara
yang tidak konstekstual merupakan masalah dalam komunikasi.
4. Humor (lawak)
Dapat meningkatkan kehidupan yang bahagia. Dungan (1989), telah menulis dalam
tulisannya bahawa ketawa dapat membantu menghilangkan stress. Ketawa
mempunyai hubungan fizik dan psikologi dan haruslah diingat bahawa lawak jenaka
adalah merupakan satu-satunya selingan dalam komunikasi.
5. Singkat dan jelas
Komunikasi berkesan disampaikan secara singkat dan jelas, terus kepada pokok
permasalahan sehinggakan mudah untuk difahami.
6. Timing (masa)
Masa merupakan sesuatu yang harus dijaga sewaktu berkomunikasi. Ini kerana
ianya dapat menyediakan ruangan yang cukup untuk berucap dengan padat, ringkas
dan jelas.

3.1.3 JENIS KOMUNIKASI VERBAL

Terdapat beberapa jenis komunikasi lisan yang dapat diamalkan iaitu :

1. Perbincangan
Iaitu proses perbincangan yang bertujuan untuk penyelesaian masalah dan
mengenalpasti kelemahan yang ada dalam diri.
2. Ucapan
Proses penyampaian melalui lisan seperti ceramah, pidato, pembacaan laporan
bertulis di hadapan sekumpulan pendengar dan sebagainya.
3. Pembentangan
Terdapat lima (5) jenis pembentangan iaitu pembentangan slaid, LCD, pita rakaman
telekonferens dan juga grafik. Melalui slaid adalah melalui negatif filem yang diambil
dengan kamera 35 mm. manakala paparan LCD pula ialah paparan pada skrin sama
ada warna hitam ataupun putih yang dicetak di atas kertas telus. Pita rakaman pula
merakam suara tanpa sebarang soal jawab. Grafik iaitu penggunaan bentuk
termudah seperti carta dalam pembentangan dan juga telekonferens iaitu siaran
langsung.
3.2 KOMUNIKASI NON-VERBAL
3.2.1 DEFINISI

Komunikasi non-verbal adalah proses komunikasi dimana pesanan disampaikan


tanpa menggunakan kata-kata. Contoh komunikasi non-verbal ialah menggunakan
gerak isyarat, bahasa tubuh, ekspresi wajah dan pandangan mata, penggunaan objek
seperti pakaian, potongan rambut, dan sebagainya, simbol-simbol, serta cara berbicara
seperti intonasi, penekanan, kualiti suara, gaya emosi, dan gaya berbicara.

Ahli dalam bidang komunikasi non-verbal biasanya menggunakan definisi "tidak


menggunakan kata" dengan ketat, dan tidak menyamakan komunikasi non-verbal
dengan komunikasi non-lisan. Contohnya, bahasa isyarat dan tulisan tidak dianggap
sebagai komunikasi non-verbal kerana menggunakan kata, sedangkan intonasi dan
gaya berbicara tergolong sebagai komunikasi non-verbal. Komunikasi non-verbal juga
berbeza dengan komunikasi bawah sedar, yang dapat wujud dalam bentuk komunikasi
verbal ataupun nonverbal

3.2.2 PRINSIP

Prinsip-prinsip komunikasi seperti fungsi dan definisi komunikasi mempunyai


huraian yang berbagai sesuai dengan konsep yang dikembangkan oleh setiap pakar.
Istilah prinsip oleh William B. Gudykunst disebut sebagai jumlah komunikasi. Larry
A.Samovar dan Richard E.Porter menyebutnya sifat komunikasi. Deddy Mulyana, Ph.D
membuat istilah baru iaitu prinsip-prinsip komunikasi. Terdapat 12 prinsip komunikasi
yang dikatakan sebagai penyebaran lebih jauh dari definisi dan hakikat komunikasi
iaitu:

Prinsip 1 : Komunikasi adalah suatu proses simbolik


Komunikasi adalah sesuatu yang bersifat dinamis dan tidak berakhir pada suatu titik,
tetapi terus berlanjutan.
Prinsip 2 : Setiap perilaku mempunyai potensi komunikasi
Setiap orang tidak bebas dari berkomunikasi, ketika orang tersebut tidak bermaksud
berbicara sesuatu, tetapi difahami oleh orang lain maka orang tersebut sudah terlibat
dalam proses berkomunikasi. Gerak tubuh, ekspresi wajah (komunikasi non verbal)
seseorang dapat difahami oleh orang lain.

Prinsip 3 : Komunikasi mempunyai dimensi isi dan hubungan


Setiap pesanan komunikasi mempunyai dimensi isi dimana dari dimensi isi tersebut
kita dapat menjangkakan dimensi hubungan yang ada diantara pihak-pihak yang
melakukan proses komunikasi. Percakapan diantara dua orang sahabat dan
mahasiswa di kelas berbeza memiliki dimensi isi percakapan yang berbeza.

Prinsip 4 : Komunikasi itu berlangsung dalam keadaan tidka sengaja


Setiap tindakan komunikasi yang dilakukan oleh seseorang boleh terjadi bermula dari
kesengajaan yang tidak dirancangkan (apa saja yang akan dikatakan atau apa saja
yang akan dilakukan secara terperinci), sampai pada tindakan komunikasi yang betul-
betul disengajakan.

Prinsip 5 : Komunikasi terjadi dalam konteks ruang dan waktu


Pesanan komunikasi yang dikirimkan oleh pihak penutur yang baik secara verbal
mahupun non-verbal disesuaikan dengan tempat, dimana proses komunikasi itu
berlangsung, kepada siapa pesanan itu dikirimkan dan bila komunikasi itu
berlangsung.

Prinsip 6 : Komunikasi melibatkan jangkaan pihak terlibat


Tidak dapat dibayangkan jika orang melakukan tindakan komunikasi di luar norma
yang berlaku di masyarakat. Jika kita tersenyum maka kita dapat menjangkakan
bahawa pihak penerima akan membalas dengan senyuman, jika kita menyapa
seseorang maka orang tersebut akan membalas sapaan kita. Jangkaan seperti itu
akan membuat seseorang menjadi tenang dalam melakukan proses komunikasi.
Prinsip 7 : Komunikasi itu bersifat sistemik
Dalam diri setiap orang, terdapat sifat dalaman yang dipengaruhi oleh latar belakang
budaya, nilai, adat, pengalaman dan pendidikan. Bagaimana seseorang berkomunikasi
dipengaruhi oleh hal dalaman tersebut. Hal dalaman seperti lingkungan keluarga dan
lingkungan dimana dia bersosial mempengaruhi bagaimana dia melakukan tindakan
komunikasi.

Prinsip 8 : Semakin sama latar belakang sosial semakin efektiflah komunikasi


Jika dua orang melakukan komunikasi berasal dari kaum yang sama, pendidikan yang
sama, maka ada kecenderungan dua pihak tersebut mempunyai bahan yang sama
untuk saling diperkatakan Kedua pihak mempunyai makna yang sama terhadap
simbol-simbol yang saling dipertukarkan.

Prinsip 9 : Komunikasi bersifat nonsekuensial


Proses komunikasi bersifat di dalam suatu ruang lingkup iaitu tidak berlangsung satu
arah. Melibatkan respon atau tanggapan sebagai bukti bahawa pesanan yang
dikirimkan itu diterima dan difahami.

Prinsip 10 : Komunikasi bersifat dinamis


Proses komunikasi ialah suatu proses yang dinamis dan luwes. Terdapat proses saling
memberi dan menerima informasi diantara pihak-pihak yang melakukan komunikasi.

Prinsip 11 : Komunikasi tidak boleh ditarik balik


Setiap orang yang melakukan proses komunikasi tidak dapat mengawal kesan yang
bakal timbulkan oleh perkataan yang dikeluarkan. Kata-kata tidak dapat ditarik
kembali, jika seseorang sudah berkata menyakiti orang lain, maka kesan sakit hati
tidak akan hilang begitu saja pada diri orang itu.

Prinsip 12 : Komunikasi alat menyelesaikan masalah secara menyeluruh


Komunikasi bukan satu-satunya penawar mujarab yang dapat digunakan untuk
menyelesaikan masalah.

3.2.3 JENIS KOMUNIKASI NON-VERBAL

1. Ekspresi wajah
Wajah merupakan sumber yang kaya dengan komunikasi, kerana ekspresi wajah
merupakan cerminan keadaan emosi seseorang.
2. Pandangan mata
Merupakan isyarat ilmiah untuk berkomunikasi. Dengan mengadakan pandangan
mata sewaktu berinterakasi atau soal jawab bererti orang tersebut terlibat dan
menghargai teman bicaranya dengan kemahuan untuk memperhatikan bukan
sekadar mendengar sahaja.
3. Sentuhan
Adalah bentuk komunikasi personal iaitu sentuhan lebih bersifat spontan daripada
komunikasi verbal. Beberapa informasi seperti perhatian yang sungguh-sungguh,
emosional, kasih sayang atau simpati dapat dilakukan melalui sentuhan.
4. Kedudukan tubuh dan gaya berjalan
Cara seseorang berjalan, duduk, berdiri dan bergerak memperlihatkan ekspresi
dirinya. Kedudukan tubuh dan gaya berjalan merefleksikan emosi, konsep diri, dan
tingkat kesihatannya.
5. Suara
Rintihan, menarik nafas panjang, tangisan juga salah satu ungkapan perasaan
dan pimikiran seseorang yang dapat dijadikan komunikasi. Apabila digabungkan
dengan semua bentuk komunikasi non-verbal yang lain sampai desis atau suara
dapat menjadi pesan yang sangat jelas.
6. Gerak isyarat
Untuk mempertegaskan pembicaraan. Menggunakan isyarat sebagai bahagian dari
komunikasi seperti menghentak kaki atau mengerakkan tangan selama berbicara
menunjukkan seseorang dalam keadaan gemuruh dan bingung atau sebagai
usaha untuk menghilangkan gemuruh.

You might also like