You are on page 1of 2

Alamat

Y.B. Dato’ XXXXXX


Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Aras 9, Blok D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya

1 Julai 2008

Yang Berhormat Dato’

Assalamualaikum wbh..

Rayuan Bantuan Dalam Permohononan Mengerjakan Ibadah Haji Musim XXXXH .

Dengan rahmat Allah SWT dan kemuliaanNYA, didoakan semoga Dato’ berada didalam
kesejahteraan dan perlindunganNYA.

Merujuk kepada perkara di atas, saya, Idrus xxxxxxxxxxxxxxxxxx serta isteri, Jara
xxxxxxxxxxxxxxxxxxx dengan rasa amat rendah hati, ingin memohon jasa baik Dato’ andai
dapat sekiranya Dato’ membantu dalam mempermudahkan permohononan kami kepada pihak
Lembaga Pengendalian dan Pengurusan Haji Malaysia yang dikirim xxxxxxxxx lalu.

Untuk makluman Dato’, mengikut jadual daftar giliran Tabung Haji Malaysia, saya dan isteri
hanya dijadualkan mengerjakan Ibadah Haji pada tahun 2013 nanti iaitu lima tahun dari sekarang.
Namun kami telah merayu agar giliran kami dapat dipercepatkan demi faktor-faktor tertentu yang
telah diterangkan di dalam surat rayuan kepada Lembaga Pengendalian dan Pengurusan Haji
Malaysia, Lembaga Tabung Haji Malaysia. Setelah beberapa kali susulan keatas rayuan kami kepada
lembaga tabung haji, setakat ini rayuan tersebut masih tidak berjaya.

Antara faktor-faktor tersebut adalah:

1. Faktor Umur :

Saya (x tahun) dan isteri (x tahun)


Saya dan isteri sama-sama telah lanjut usia dan sementara masih berkemampuan dan
berkesempatan untuk mengerjakan haji, kami berharap agar giliran melaksanakan haji dapat
dipercepatkan ke tahun ini.

2. Faktor Kesihatan:
Oleh kerana lanjut usia, keadaan kesihatan kami tidak menentu. Kedua-dua kami adalah
pengidap darah tinggi dan kencing Manis yang terkawal. Oleh itu sementara kesihatan kami
masih mengizinkan, kami ingin segera menjalani ibadah haji ini.

3. Wang Tabungan Ibadah Haji Telah mencukupi persyaratan Tabung Haji:


Jumlah simpanan wang di dalam kedua-dua akaun kami, setiap seorang telah pun mencukupi
jumlah yang diperlukan dan disyaratkan oleh Tabung Haji.

4. Ibadah Haji Pertama:


Kami berdua belum pernah mengerjakan haji sebelum ini, maka amat besar dan tinggi harapan
kami untuk melaksanakan ibadah haji untuk musim 1429H ini. Semoga diberi keutamaan untuk
mengerjakan ibadah ini.

Maklumat Pemohon

Nama Suami :
Umur :
K/P :
Ak Tabung Haji :

Nama Isteri :
Umur :
K/P :
Ak Tabung Haji :

Justeru itu, saya dan isteri benar-benar memohon jasa baik Dato’ agar dapat membantu
permohonan kami kepada pihak Lembaga Pengendalian dan Pengurusan Haji Malaysia serta
mendapat kelulusan dari pihak tersebut.

Sekian, saya dan bagi pihak isteri saya, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih kepada
Dato’ diatas perhatian dan pertolongan yang dapat Dato’ berikan. Moga-moga hasrat kami,
suami-isteri untuk menjadi TETAMU ALLAH pada musim ini dimakbulkan Allah SWT,
insyaalah.

Yang Benar,

xxxxx
(KP: xxxx)

You might also like