You are on page 1of 7

KHAZANAH CERITA

MELAYU LAMA
Ertinya Khazanah:-
Barang-barang kepunyaan, harta benda,
kumpulan (himpunan) sesuatu.

Tempat menyimpan harta benda


BATU BELAH BATU BERTANGKUP
Pada zaman dahulu,terdapat sebuah gua yang ajaib. Nama gua itu
digelar Batu Belah Bertangkup. Ramai penduduk tidak berani untuk
memasukki gua itu. Pintu gua itu boleh tertutup apabila diseru dan
sesiapa yang memasukki gua itu sebarangan tidak akan dapat keluar
lagi. Berdekatan dengan gua itu,tinggal seorang perempuan yang
bernama Mak Tanjung bersama-sama dengan dua orang anaknya,
Melur dan Mekan. Mak Tanjung asyik berasa sedih selepas kematian
suaminya. Pada suatu hari, Mak Tanjung teringin makan telur ikan.
Dia pergi untuk menangkap ikan dan menyuruh anaknya menyiang
ikan tersebut. Di dalam ikan itu ada telur ikan. Mak Tanjung menyuruh
anaknya menggoreng ikan itu dan memesannya untuk menyimpan
sedikit untuknya dan selebihnya boleh dimakan oleh anak-anaknya.
Anak lelaki yang bernama Pekan mahukan kesemua telur ikan itu
tetapi dilarang oleh kakaknya. Tanpa disedari oleh kakaknya, Pekan
telah mencuri telur ikan itu dan makan kesemuanya. Setelah
mendapat tahu yang anaknya, Pekan telah memakan semua telur
ikan itu, Mak Tanjung berasa sangat sedih terkilan kerana tidak dapat
makan telur ikan itu. Mak Tanjung berlari menuju ke gua dan terus
masuk ke dalamnya. Semenjak dari hari itu, Mak Tanjung tidak lagi
dapat keluar dari gua tersebut. Tinggallah anak-anaknya hidup tanpa
ibu mereka.
Nasib Si Labu-Labi
Sebuah cerita komedi berkisar tentang kehidupan Tuan Haji Bakhil,
anak perempuannya bernama Manisah serta dua orang gajinya,
Labu dan Labi.
Kisah bermula selepas kematian isteri Haji Bakhil. Semua ahli
keluarganya berasa sangat sedih termasuk Labu dan labi. Ketika
Haji Bakhil berasa kehilangan dan kesunyian selepas kematian
isterinya, datang seorang seorang guru bernama Cikgu Murn untuk
meminta derma. Bermula dari kejadian itu, Haji Bakhil mula berlagak
seperti orang muda dengan memakai pakaian moden dan membeli
kereta baru. Ini bertujuan untuk memikat Cikgu Murni. Dalam masa
yang sama, Labu dan Labi juga menyimpan perasaan terhadap anak
Haji Bakhil, Manisah. Labu dan Labi telah menganjurkan perlawanan
tinju sesama sendiri untuk menentukan siapa yang layak untuk
memiliki Manisah. Haji Bakhil pula telah meminta Labu dan Labi
berjumpa dengan kedua-dua ibu bapa Cikgu Murnii untuk
meminangnya tetapi telah ditolak oleh bapa Cikgu Murni sendiri.
Labu dan Labi telah mencadangkan kepada Haji Bakhil supaya
melarikan Cikgu Murn. Alangkah terperanjatnya Haji Bakhil apabila
dia mendapati yang diculiknya itu adalah bapa Cikgu Murni dan
bukannya Cikgu Murni.
BADANG
Badang adalah seorang hero lagenda. Dia menjadi mashyur
kerana dia mempunyai kuasa yang luar biasa. Badang adalah
seorang pemuda yang mulanya lemah tetapi kemudiannya
menjadi seorang yang gagah perkasa. Kegagahannya diperolehi
setelah memakan muntah jin.
Kisah ini bermula apabila pada suatu pagi, Badang mendapati
hanya tulang-tulang ikan sahaja di dalam perangkapnya itu. Dia
memasang perangkap ikan di dalam sebuah sungai. Badang
menjadi hairan lalu menyiasat hal yang sebenarnya. Akhirnya,
Badang mendapat tahu yang ikan-ikan tersebut telah dimakan
oleh jin. Dengan mengumpulkan seluruh keberaniannya, Badang
pun menangkap jin tersebut. Jin itu meminta Badang
melepaskannya dengan berjanji akan menunaikan sahaja
permintaan Badang. Badang meminta diberikan kegagahan lalu
dia mendapati dirinya sudah bertukar menjadi seorang yang
sangat gagah sehingga berita kegagahannya itu tersebar luas ke
negara lain. Di dalam peraduan menguji kegagahan dengan
seorang yang gagah dari negara lain, Badang telah memenangi
peraduan tersebut.
BATU DURHAKA
Cerita ini berkisah tentang seorang pemuda yang bernama Wira. Wira
tinggal di sebuah kampong bersama ibunya dan dua orang adiknya,
seorang lelaki dan seorang perempuan. Dikampung Wira, ada seorang
lelaki yang sangat kuat dan handal dalam seni silat. Nama lelaki itu ialah
Perkasa. Orang-orang kampung sangat takut kepadanya kerana dia
sering buat kacau di dalam kampung dan suka menculik gadis-gadis.
Pada suatu hari, adik perempuan Wira telah diculik oleh Perkasa. Wira
pergi untuk menyelamatkan adiknya tetapi telah dicederakan oleh
Perkasa. Wira telah diikat dan dihanyutkan di sungai. Wira telah
diselamatkan oleh seorang lelaki tua yang juga mengajarnya cara untuk
bersilat dengan baik. Sekembalinya Wira ke kampungnya, dia telah
berjaya membunuh Perkasa. Semenjak dari hari itu, Wira telah menjadi
seorang yang bongkak dan ganas. Dia juga langsung tidak pedulikan
ibunya yang tua itu. Adik lelaki Wira menjadi marah kerana Wira telah
berkelakuan jahat. Mereka berkelahi. Didalam perkelahian itu, Wira telah
tertikam ibunya sendirinya lalu ibunya meninggal. Wira sangat menyesal
diatas perbuatannya itu. Di pusara ibunya, Wira memohon maaf kepada
ibunya. Tiba-tiba, Wira bertukar menjadi batu.

Pelajaran yang diperolehi dari cerita di atas ialah kita sebagai anak tidak
boleh durhaka kepada kedua ibubapa. Kita harus sentiasa menghormati
mereka dan selalu mendengar kata-kata mereka.
.

Fakhrusy dan ahli


kumpulan.

You might also like