Professional Documents
Culture Documents
Lukis pola seperti dalam gambar di atas. 2cm adalah untuk bahagian belakang leher. 2.5
cm adalah untuk bahagian hadapan leher. 6.5cm itu hanyalah sebagai contoh. Bagaimana
saya dapat 6.5cm?? Ukur lilit leher dibahagikan dengan 6, maka dapatlah ukuran itu.
sebagai contoh, ukur lilit leher anda adalah 42cm. maka 42 dibahagikan dengan 6. Oleh
itu,
42/6= 7cm
Gantikan 6.5cm kepada 7cm. 2cm dan 2.5cm adalah formula untuk bulan dan tak
perlu ditukar. Bila pola dah siap dilukis, gunting pola mengikut bentuk yang telah
dilukis, buang bahagian yang berlorek. Terpulang kepada anda nak buat pola
bentuk macam mana.. bulat boleh, nak bersegi pun boleh. ikut citarasa masing2.
Kalau tak faham boleh tanya saya.
Kali ni, saya nak ajar tentang cara membuat lubang leher baju kurung. Ini cara saya buat
lubang leher. Perlu diingatkan saya bukan professional tapi saya ikut pengalaman saya
yang tak seberapa. Sesiapa yang Pro dan nak tambah atau nak tegur, silakan. Penerangan
berserta rajah.
Ambil bahagian badan baju yang telah dipotong dan telah dijahit tepi kemudian lipatkan
dan penitikan supaya tetap. Tetapkan pola leher tadi pada bahagian tengah baju dan
penitikan. Ukur 10cm ke bawah untuk belahan leher dan tandakan dengan kapur.
Potong ikut bentuk.
Kemudian jahit mesin mengikut garisan yang telah dilukis. Jangan lupa tanggalkan
jahitan jelujur tadi.
'Snap'kan di sekeliling bahagian basi.
Guntingkan belahan sehingga rapat ke jahitan yang tajam (jangan sampai tegunting
jahitan) supaya bila diterbalikkan lapik, bentuk V tajam akan terserlah.
Terbalikkan lapik dan seterikakan.
Jadi camni...
Cara saya, saya menggunakan kain gam lapik leher. Siapa yang ada soalan atau tak faham
boleh tanya saya.. Siapa yang tak tahu buat 'bulan' atau lapik leher, boleh tanya juga.
InshaAllah kalau ada kesempatan, saya akan ajar cara buat bulan dan lapik leher bagi
mereka yang tak tahu. Selamat mencuba!
Maklumat ni saya dapat daripada nota MyGfl Baju Melayu Cekak Musang tentang
Balkrum, Stafflex dan Interfacing.
Balkrum
Interfacing
Rupa dan warna interfacing adalah sama seperti stafflex tetapi teksturnya lebih
lembut.
Dilekatkan di antara pakaian dan lapik untuk mengeraskan.
Kain gam yang saya selalu maksudkan adalah yang ini
Kain gam yang saya selalu gunakan sebagai lapik leher baju kurung tidaklah saya tahu
nak disebut sebagai apa. Menurut maklumat di atas, balkrum dan stafflex adalah seperti
benda yang sama. Sekiranya ada pengunjung blog saya yang tahu apa beza kedua benda
ni, sila kongsikan di sini. Saya amat menghargai maklum balas anda.
Assalamualaikum,
Kali ni saya akan beri nota baju kurung pesak gantung kerana ramai yang mencari nota
ni. Saya harap anda semua berjaya membuat baju kurung pesak gantung daripada nota ni.
Sila tinggalkan komen anda =)
Lengan
6-0 = Ukuran labuh lengan ditolak ukuran 5-0
7-6 = 1/3 ukuran pangkal lengan dicampur 3cm atau mengikut suka
Gariskan untuk mendapat 8 dan 9
Pesak atas
10-9 = 1/4 keliling dada dicampur 4.5 cm atau mengikut suka
12-11 = dinaikkan 3cm dari garis pinggang
13-12 = 4cm
14-13 = dinaikkan 2cm
Sambungkan 14-12. Bentukkan 10-14
Pesak bawah
15-2 = 1/4 keliling punggung dicampur 4.5cm atau mengikut suka.
Sambungkan 14-15 untuk mendapatkan 16.
Leher
(seperti membuat leher baju kurung biasa)
Cara menjahit baju kurung pesak gantung
Beginilah hasilnya.. anda punya tak lawa? CUBA LAGI! jangan putus asa.. bukan buat
sekali je terus elok.. teruskan usaha
Posted by Solehah at 6:55 PM 22 comments
Labels: baju kurung pesak gantung, nota jahitan, Nota Jahitan Solehah
Assalamualaikum...
Ada sorang mak cik tanya kat saya, "macam mana kamu buat kat bawah leher baju elok
je tajamnya? Mak cik buat tak mau tajam". Saya pun bagitau la caranya. Pastu mak cik tu
kata "Baiknye budak ni.. kalau tanya tukang jahit lain diorang tak nak bagitau caranya".
LOLLL!! Tak sangka pulak beliau cakap sampai camtu sekali. Bagi saya, saya tak kisah
untuk berkongsi dengan orang tips dan teknik menjahit baju. Kalau saya tahu, saya akan
bagitau.
Sebenarnya simple je caranya. Kalau lapik leher, saya lebih suka guna kain gam. Cuba
tengok gambar kat bawah ni..
Lepas potong lubang leher, tetapkan lapik leher dan lubang leher yang telah dipotong.
Sematkan dengan jarum peniti.
Sebelum menjelujur, lukiskan dulu garisan di atas lapik leher seperti dalam gambar degan
jaraknya lebih kurang 0.5 cm dari tepi.
Lukis bentuk V kat bawah supaya waktu jahit mesin nanti mudah untuk ikut garisan tu.
Perhatian, bentuk V tu mestilah SEIMBANG.
Pastu, jelujurkan.
Lepas jelujur, jahit mesin mengikut garisan yang dibuat sebelum ni. Ikut betul-betul
bentuk 'V' yang telah dibuat.
Bila dah siap jahit mesin, tanggalkan jahitan jelujur, alihkan lapik leher dan seterikakan
bahagian leher.
***** Pastikan kedua-dua bahagian bucu atas tajam waktu alih lapik leher.
Dari kain yang buat baju , 2 m utk baju, 2 m lagi untuk kain
Kain dilipat 2
Biasanya , ukuran dalam 30 - 33 inci
1. Mula-mula kain dilipat 2
3. Ukur labuh dari bawah labuh kain + 1/2 inci (untuk lipat bawah)
5. ukur Zip (Zip 8 inci, atau terpulang kepada anda), 1 inci dibawah dari tanda kapur (no.
4)
tadi., kemudian tanda kapur dibawah tempat zip.
6. Jahitkan dengan mesin (garisan hijau) , dari tempat ukur zip ke bawah)
7. Kemudian, lipatkan 1/2 inci dibahagian kaki, dan jahit dengan mesin ( garisan oren),
jahit 2
kali, mulakan bahagian atas dan kemudian, baru bawah kaki
10.
A - Ukuran lebar (30 - 33 inci)
B- Ukuran Ponggong (23 inci)
C - Baki dari lebar kain dengan ponggong
14. Kemudian, baru dicantumkan dengan zip. Jahit dalam jarak 1 - 1 1/2 cm dari tepi/
dari zip
Gambarajah Y
15. Buat satu jahitan serong seperti gambarajah Y.
16. Dari tanda kapor di atas, ukur dalam 1 1/2 inci atau 2 inci.
18. Jahit tepi bahagian atas yang dipotong itu, atau biarkan.
gambarajah X
19. Kemudian, bahagian 1 1/2 inci (atau 2 inci) di LIPAT ke dalam. Sekiranya telah
dijahit tepi, anda hanya perlu lipat. Jika tidak, lipat sorokkan bahagian tepi ke dalam
agar tidak berbulu. (camno nak cakap ye...)
20. Dah lipat ke dalam, jahitkan dalam anggaran 1 1/4 inci daripada atas, 1 inci ni
bergantung kepada lebar getah pinggang elastik yang akan dimasukkan.
(ada jugak getah yang berukuran 3/4 inci .. sesuai untuk kain budak)
MASUKKAN GETAH.
(saya guna getah semua, senang sikit!)
= 31 inci.
21. Kemudian buatkan satu lebihan kain dalam ukuran seperti rajah berikut. kain ini
diambil dari kain perca, dan buat 2 - 3 lapis biar tebal sikit.
Gambarajah Z
22. Kemudian, masukkan getah dalam kain (gambarajah X) tadi. Masukkan dari
bahagian
getah yang dilekatkan PIN. dan dimulakan pada kain, yang ada kain lipatan tadi.
23. Tarik sikit-sikit sehingga sampai penghujung. Kemudian Sematkan dengan jarum
peniti
kedua2 hujung supaya tak Terlepas masuk semula getah tersebut.
24. Ingat tak bahagian yang dijahit serong dalam gambarajah Y?. Pastikan jahitan
tersebut
di tengah2, tarik getah bagi balance.