You are on page 1of 11

Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

PENDAHULUAN

Tajuk ini membincangkan mengenai Pendidikan Islam di Tanah Melayu,


Pendidikan Islam zaman penjajah, Pendidikan Islam selepas merdeka dan sekolah-
sekolah agama Arab masa kini. Ia membolehkan kita memahami perkembangan
Pendidikan Islam di Tanah Melayu, peringkat pendidikan rumah Imam, institusi pondok,
instiusi madrasah dan pendidikan sekular. Perbahasan ini juga mendedahkan tentang
perkembangan Pendidikan Islam zaman penjajah dan perkembangan Pendidikan Islam
selepas merdeka.

1.0 DEFINISI PENDIDIKAN

Plato telah menakrifkan pendidikan sebagai latihan jasmani dan rohani bagi
(1)
mencapai kecantikan dan kesempurnaan. John Dewey mendefinisikan pendidikan
sebagai proses membentuk kecenderungan asasi yang berupa aqliah dan perasaan
terhadap alam serta sesama manusia. (2) Manakala Ibnu Jama'ah memandang pendidikan
dari kaca mata falsafah dan beliau mengatakan tujuan asas pendidikan ialah membina
akhlak dan jiwa.(3)

Kesimpulannya dapat dirumuskan bahawa pendidikan merupakan suatu proses


yang berterusan untuk membentuk manusia ke arah kehidupan bermakna di dunia dan di
akhirat.

_________________________
1. KUIS - .Tamadun Islam - m/s 64
2. .Ahmad Mohd Salleh- Pengajian Agama Islam & j-Qaf.- m.s 3
3. Mustafa Hj. Daud - Tamadun Islam -. m.s 271
1.1 DEFINISI PENDIDIKAN ISLAM MENGIKUT SARJANA PENDIDIKAN

Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 1


Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

ISLAM BERDASARKAN AL-QURAN DAN HADIS

1.1.1 Pendidikan dikenali sebagai tarbiah. Perkataan tarbiah berasal dari kata kerja (
‫ ) ربى _ يربى _ تربية‬yang membawa maksud tumbuh, berkembang dan memelihara.(1)
(2)
1.1.2 Ta'lim berasal dari kata dasar allama yang bererti mengajar. Ini disebut di
dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 31 yang bermaksud:
"Dan Dia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan
gunanya…"
1.1.3 Ta'dib juga digunakan dalam istilah pendidikan.
1.1.4 Mahmud Syed Sultan mengatakan: (3)

"‫أن التربية هي تنمية حسنه وعقلية ووجدانية وروحية تقوم على أصول وقواعد علمية‬
‫"لتحقيق أقصى نمو للفرد نمكنه منه قدراته واستعدادته‬
1.1.5. Al-Qardhawi mendifinisikan Pendidikan Islam sebagai pendidikan bagi
keseluruhan hidup termasuk akal dan hati, rohani, jasmani dan tingkah laku . (4)
Imam
Hassan Al-Bana berkata "ajaran Islam adalah menyeluruh mencakupi kesemua bidang
kehidupan". (5)
Umum mengetahui bahawa pendidikan Islam adalah pendidikan yang bersepadu
dalam konteks ilmu dan ianya dibahagikan kepada ilmu asas tentang agama dan ilmu
yang diperolehi hasil pemikiran dan penyelidikan.(6)
Kesimpulannya, Pendidikan Islam merupakan proses mendidik dan melatih
aqliah, jasmaniah dan rohaniah manusia berasaskan nilai-nilai Islamiah yang
bersumberkan wahyu al-Quran dan sunnah bagi melahirkan manusia yang bertakwa dan
mengabadikan diri kepada Allah.
______________________
1. 502 ‫ صفحه‬- ‫ تأليف جماعه من كبار اللغويين العراب‬- ‫المعجم العربي األساسي‬
2. KUIS - Tamadun Islam - m.s 65
3. Syed Mahmud Sultan - Mafahim Tarbiah Al-Islamiah - m.s 132
4. Ahmad Mohd Salleh - Pengajian Agama Islam & j-Qaf.- m.s: 7.
5. Dr. Danial Zainal Abidin - Quran Saintifik - m.s 2
6. Dr. Sidek Baba - UKM- Pengurusan Pendidikan Islam:Satu Pendekatan Sepadu - m.s. 74

Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 2


Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

2.0 PENDIDIKAN ISLAM AWAL DI TANAH MELAYU

Berdasarkan kenyataan yang disebutkan dalam dokumen Sejarah Melayu dan


Hikayat Abdullah, perkembangan Pendidikan Islam di Semenanjung Tanah Melayu telah
bermula sejak abad ke-5 lagi. Sejak ia diperkenalkan, Pendidikan Islam terus
berkembang. Kajian yang dibuat setakat ini menunjukkan bahawa Pendidikan Islam di
negara ini bermula dari rumah imam atau guru, kemudian berkembang menjadi pondok,
selepas itu madrasah dan akhirnya menjadi sekolah-sekolah agama. ( 1)
Menurut kumpulan pengarang buku Tamadun Islam keluaran KUIS mengatakan
perkembangan pendidikan agama di Tanah Melayu mengalami empat tahap iaitu Institusi
Rumah Imam, Institusi Pondok, Institusi Madrasah dan Sistem Sekular (2)

2.1 Institusi Rumah Imam atau Guru

Sebelum wujudnya sistem persekolahan, Pendidikan Islam berlangsung di rumah


guru. Guru-guru terdiri dari mereka yang datang daripada Parsi, Arab, India dan lain-lain.
Pendidikan rasmi untuk kanak-kanak Melayu bermula sejak ia berumur enam tahun di
kelas Al-Quran. Imam akan mengajar tentang cara bersopan santun, membaca doa dan
mengaji Al-Quran.
Selain Al-Quran, kitab-kitab agama juga dipelajari seperti Usul Fiqh dan hakikat-
hakikat yang mendatangkan pengajaran baik. Pembelajaran seperti ini dilakukan di
rumah ulama yang biasanya diberi kepada golongan dewasa (3).
Abdullah Munsyi dalam hikayatnya menyatakan, pada peringkat awal kana-kanak
diajar membaca dan menulis. Apabila sudah boleh membaca dan menulis, mereka
disuruh oleh ibu bapa belajar mengaji Al-quran daripada guru-guru yang berkelayakan .
Pengajian Al-Quran ini dilakukan di rumah guru itu sendiri.

_____________________
1. .Ahmad Mohd Salleh- Pengajian Agama Islam & j-Qaf.- m.s47
2. KUIS - Tamadun Islam - m.s 72
3. .Ahmad Mohd Salleh- Pengajian Agama Islam & j-Qaf.- m.s47

Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 3


Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

Kesimpulanya pengajian peringkat ini ditumpukan kepada perkara-perkara asas


dalam agama khususnya yang berkaitan fardu ain seperti cara-cara sembahyang, puasa,
cara bersuci, halal haram dan lain-lain.

2.2 Institusi Pondok

Pondok merupakan institusi pengajian dan pengajaran yang mula-mula di


tubuhkan dan berperanan untuk menerapkan ajaran Islam ke jiwa penganut-penganutnya .
(1)

Perkataan "pondok" berasal dari perkataan arab yang bermaksud tempat menginap
atau hotel. (2) Ia juga bermaksud sekumpulan rumah yang terletak di sekeliling masjid atau
rumah guru.(3) Maziah Yunus (1988) dalam kajiannya menyatakan, pendidikan pondok
merupakan satu pengajian agama berbentuk institusi yang terawal di Kelantan. (4)
Mohamad Redzuan dalam bukunya "Islam dan Masyakat Melayu" menyatakan bahawa
pondok yang terawal yang diwujudkan di Kelantan diasaskan pada tahun 1820 di Pulau
Condong oleh Haji Abdul Samad Abdullah. (5)
Struktur pendidikan dan pembelajaran pondok lebih berbentuk tradisional. Calon
pelajar tidak dihadkan umur dan kebolehan. Mereka diterima masuk jika boleh membaca
tulisan jawi dan Quran. Selain itu mata pelajaran yang diajar termasuklah Tauhid, Fiqh,
tasawuf dan lain-lain.Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada murid dan jangka masa
pengajian bergantung kepada kemajuan pelajar itu sendiri Pembelajaran di pondok
mempunyai jadual waktu yang hampir sama iaitu pagi, petang dan malam.
Kesimpulannya kurikulum institusi pondok Tanah Melayu tidak mempunyai
bentuk yang selaras yang dapat dijadikan panduan kepada pondok-pondok lain. Setiap
pondok mempunyai kurikulum tersendiri. (6)

________________________
1. Sabri Hj Said - Madrasah Al-Ulum Al-Syariah Perak - m.s 16
2. Ahmad Mohd Salleh - Pengajian Agama Islam & j-Qaf - m.s 49
3. Tamadun Islam - KUIS - m.s 72
4. Ahmad Mohd Salleh - Pengajian Agama Islam & j-Qaf- m.s 49
5. Muhamad Redzuan Othman - Islam dan Masyarakat Melayu -m.s 69.
6. Ahmad Mohd Salleh - Pengajian Agama Islam & j-Qaf m.s 50

Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 4


Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

2.3 Institusi Madrasah

Selain institusi pondok, satu lagi bentuk pendidikan agama dalam masyarakat
melayu iaitu Pendidikan Madrasah. Institusi Madrasah di dasarkan kepada konsep yang
secara relatifnya moden jika dibandingkan dengan institusi pondok. (1)
Institusi Madrasah lahir atas gerakan islah di Timur Tengah yang dipelopori oleh
Sayed Jamaluddin al-Afghani dan Muhammad Abduh. Gerakan ini di bawa masuk ke
Tanah Melayu oleh Syeikh Tahir Jalaluddin al-Falak (2) sebagai pelopornya. Ekoran
daripada itu beratus-ratus pelajar dari semenanjung telah belajar di Mekah dan al-Azhar
Mesir. Antara pelajar Melayu yang terawal ialah Syekh al-Hadi dan Syekh Tahir
Jalaluddin. Setelah kembali ke tanah air mereka berusaha untuk mengubah sikap orang
melayu supaya memahami Islam dalam bentuk yang lebih lengkap. (3)
Langkah pertama yang dilakukan oleh Syed al-Hadi ialah menerbitkan sebuah
majalah yang diberi nama al-Imam(4) pada tahun 1906. Antara saranan Al-Imam ialah
menyeru orang melayu berpegang kepada al-Quran dan hadis, menekankan pentingnya
ilmu pengetahuan untuk mencapai kemajuan disamping menasihati ibu bapa supaya
memberikan pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.(5). Hasil dari itu lahirlah
sebuah madrasah pada tahun 1906 di Bukit Mertajam yang diberi nama al-Madrasah al-
Misriyyah
Pada hakikatnya system pendidikan berbentuk madrasah lebih sistematik dan
formal. Menurut Syeikh Al-Hadi dalam majalah al-Imam "Sistem pendidikan Islam
haruslah merangkumi pelajaran yang bersifat agama dan moden".(6)

__________________________
1 Moamad Redzuan Othman - Islam dan Masyarakat Melayu - m.s 71

2. Syekh Muhammad Tahir Jalaluddin dilahirkan di Sumatra pada tahun 1869. Beliau mendapat pendidikan di Makkah
dan Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau telah menerbitkan majalah Al-Imam dan pernah dilantik sebagai
Mufti Negeri Perak

3. Tamadun Islam - KUIS - m.s 73

4. Akhbar al-Imam diterbitkan di Singapura pada tahun 1906. Al-Imam bermaksud pemimpin.
- Rujukan Sejarah Tingkatan 2 KBSM- KPM m.s 203

5. Sejarah Tingkatan 2 - KBSM - m.s 203


6. Sabri Haji Said - Satu Kajian Pendidikan Islam - m.s 96

Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 5


Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

Kurikulumnya meliputi fardu ain dan fardu kifayah seperti Bahasa Arab, Ilmu
Hisab dan lain-lain. Dalam tempoh 40 tahun, institusi madrasah berkembang dengan
pesatnya di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dengan jumlah yang menggalakkan..
Kesimpulannya sistem pendidikan madrasah telah memberi sumbangan yang amat besar
dalam perkembangan Islam tanah air di dalam bidang Pendidikan Islam.

2.4 Sistem Sekular.


Setelah merdeka, sekolah-sekolah agama atau madrasah menghadapi satu cabaran
yang belum pernah berlaku dalam sejarah perkembangannya di Semenanjung Tanah
Melayu iaitu kelahiran dasar pelajaran kerajaan Malaysia yang sekular, mengaakibatkan
akhirnya sekolah-sekolah agama atau madrasah menjadi lumpuh. Ini kerana dasar
pelajaran kerajaan ini ( Penyata Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman Talib 1960 )
memberi gambaran yang amat berbeza dari segi prospektif dan system pelajaran
madrasah, iaitu jaminan ekonomi yamg lebih jelas bagi pelajar yang lulus dari sekolah-
sekolah kerajaan.(1)
Sekolah-sekolah agama dianggap tidak mampu untuk membangun masyarakat ke
tingkat yang lebih baik. Tenaga pengajar dari pendidikan agama kononnya tidak sesuai
dengan keperluan tenaga buruh yang dikehendaki oleh sesebuah Negara yang sedang
membangun seperti Malay sia.(2)
Oleh sebab rakyat Malaysia menyedari bahawa ekonomi merupakan satu
daripada faktor asas dalam kehidupan manusia, maka tidak hairanlah jika ibu bapa lebih
banyak dan tertarik menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah kerajaan .
Sekolah-sekolah agama atau madrasah menjadi lumpuh kerana dua factor utama iaitu
kekurangan pelajar dan sumber kewangan. Pada peringkat inilah kerajaan mendapat
peluang untuk campur tangan dengan mengambil alih sekolah-sekolah agama atau
madrasah yang lumpuh dengan mengubahsuai kurikulum supaya lebih selari dengan
Dasar Kerajaan Malaysia.(3)
___________________________________

1. Ahmad Mohd Salleh - Pengajian Agama Islam & j-Qaf- m.s 52


2. Sabri Haji Said - Satu Kajian Pendidikan Islam - 98
3 Tamadun Islam - KUIS - m.s 73

Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 6


Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

3.0 PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN PENJAJAH

Penghakisan Pendidikan Islam oleh penjajah khususnya di Tanah Melayu dibuat


secara halus melalui pengenalan pendidikan sekular bermula sejak tahun 1618 dengan
penubuhan Penag Free School, seterusnya Raffle Institution (1823), Malacca Free School
(1878) dan lain-lain. Sekolah-sekolah Inggeris, sama ada dibuka oleh kerajaa atau
mubaligh telah membuka pintu seluas-luasnya kepada anak-anak melayu khususnya
anak-anak orang berada di Bandar.
Proses presekularisasai pendidikan anak-anak Melayu terus berlaku dengan pesat
dan redikal sekali. Dalam bidang pelajaran Melayu, Bahagian Vernakular Melayu telah
diwujudkan di bawah Malacca Free School. Begitu juga dengan pengajian agama dan al-
Quran di sekolah-sekolah Melayu telah diketepikan daripada jadual rasmi sekolah dan
diarah supaya diajar pada waktu petang. Bagi menjaga golongan elit Melayu pihak
penjajah telah menubuhkan sekolah untuk anak-anak raja dan anak-anak pembesar.
Akibat dari penubuhan sekolah tersebut dan penerimaan masyakat Melayu
terhadap pendidikan sekular maka telah wujud jurang pemisah antara golongan moden
dan golongan tradisional yang mana satu golongan meneruskan sistem pendidikan
sekular dan satu golongan lagi mempertahankan sistem pendidikan Islam.
Dalam situasi kemajuan sekolah sekular, kewujudan sekolah agama ( madrasah)
amat terbiar. Pihak penjajah dengan tektik hal agama adalah hak raja-raja negeri telah
melupakan sama sekali kewujudan madrasah-madrasah dan hiduplah sekolah ini melalui
biaya Majlis atau Jabatan Agama Islam negeri masing-masing.
Akibat daripada keadaan ini, kemudahan belajar menjadi terhad. Biasiswa
untuk melanjutkan pelajaran Islam di luar negara tidak disediakan. Kurikulum antara astu
negeri dengan negeri lain berbeza dan peperiksaan serta pengiktirafan sijilnya juga
berbeza-beza. Keadaan ini masih lagi wujud sehingga kini. Madrasah atau sekolah agama
masih lagi dibiayai oleh kerajaan negeri kecuali beberapa buah sekolah telah diambil alih
oleh kerajaan pusat di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia untuk dijadikan Sekolah
Kebangssan Agama.

Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 7


Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

4.0 PENDIDIKAN ISLAM SELEPAS MERDEKA

Menurut Zainal Abidin Abdul Kadir, Pendidikan Islam telah beroperasi di bawah
zaman penjajahan selama lebih 400 tahun sehinggalah wujudnya Penyata Razak 1956
dan Penyata Rahman Talib 1960(1) Dalam kedua-dua penyata tersebut, pendidikan
Islam telah dibicarakan untuk diletakkan bersama di dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan. Akta Pelajaran 1961 telah memasukkan mata pelajaran Agama Islam di
dalam jadual waktu dengan peruntukan masa belajarnya sebanyak 120 minit seminggu.
Pada akhir tahun 1960-an segolongan pelajar telah menuntut agar masa untuk
pelajaran agama Islam ditambah dan Pendidikan Islam perlu diajar di matab-maktab
perguruan. Subjek Agama Islam atau Tamadun Islam perlu diajar di pusat Pengajian
Tinggi. Universiti Islam hendaklah diwujudkan dan mata pelajaran Agama Islam wajib
diambil dalam peperiksaan awam.
Suara-suara meminta agar mata pelajaran agama ditambah, dimasukkan di
institusi pengajian tinggi dan seumpamanya lahir daripada pelajar-pelajar berpendidikan
sekolah menengah kebangsaan, khasnya pelajar-pelajar Islam yang terdidik di sekolah
berasrama penuh. Apatah lagi dengan adanya kegiatan ABIM pada masa itu, maka
cadangan untuk meletakkan Pendidikan Islam pada tempatnya yang asal dalam
masyarakat Melayu (Islam) semakin bersemarak, malahan pernah dijelmakan dalam
bentuk tindakan tunjuk perasaan di hadapan pintu menara gading.
Akhirnya, desakan anak-anak muda tersebut telah diterima oleh pemerintah. Pada
akhir tahun 1970-an dan awal tahun 1980-an, segalan tuntutan tersebut telah menjadi
kenyataan. Maktab perguruan Islam dan Universiti Islam ditubuhkan. Pengajian Islam
(Tamadun Islam ) telah dijadikan sebagai satu mata pelajaran yang mesti dipelajari oleh
semua pelajar dan akhirnya pada tahun 1988 mata pelajaran agama ( Pendidikan Islam )
telah ditambah dari 120 minit kepada 240 minit seminggu.
Pada akhir tahun 1980-an merupakan tahun-tahun reformasi dan penjelmaan
kembali pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Negara. Falsafah pendidikan Negara
( FPN ) dengan berani telah menjadikan " kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan "
______________________
1. Institut Tadbiran Awam Negara ( INTAN ) - Malaysia Kita - m.s 780 & 781

Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 8


Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

sebagai teras dan dasar penjurusan segala aktiviti pendidikan. Malahan tidak keterlaluan
jika FPN telah mendokong cita-cita dan hasrat Falsafah Pendidikan Islam. FPN telah
meletakkan pembinaan insan seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani ke
arah melahirkan insan sepadu yang tunduk dan patuh kepada Tuhan.
Bertolak dari FPN, keseluruhan Struktur Kurikulum Pendidikan Kebangsaan telah
diubahsuai agar setiap mata pelajaran sama-sama mendokong cita-cita FPN dengan
menerapkan nilai-nilai murni sejagat ( yang mana keseluruhan nilai-nilai tersebut ialah
nilai atau ajaran Islam ). Malahan dari segi pendekatan pengajarannya, terdapat beberapa
mata pelajaran ( Sains dan Geografi umpamanya ) telah diserapkan dengan akidah dan
syariat Islamiah.
Kewujudan dan perkembangan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA).
Kelas aliran agama di sekolah-sekolah menengah kebangsaan dan wujudnya mata
pelajaran elektif seperti Tasawwur Islam, Al-Quran dan Sunnah dan Syariah Islamiah di
peringkat pengajian menengah atas ( Tingkatan 4 dan 5 ) serta mata pelajaran Syariah dan
Usuluddin di peringkat menengah tinggi ( tingkatan 6 ) membuktikan bahawa Sistem
Pendidikan Kebangsaan telah mendokong pembangunan Pendidikan Islam.

4.1 SEKOLAH AGAMA ( ARAB ) MASA KINI

Kewujudan institusi pendidikan agama atau sekolah agama arab dibiayai oleh
pihak-pihak berkuasa yang berlainan. Dari segi pentadbiran ianya boleh dibahagikan
kepada tiga jenis, iaitu:
4.1.1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
4.1.2 Sekolah Agama Kerajaan Negeri (SAN)
4.1.3 Sekolah Agama Rakyat. (SAR)
Kesimpulannya boleh dikatakan bahawa perjalanan Sekolah Menengah Agama lebih
tersusun kerana ia dibawah pengawasan Kementerian Pendidikan. Manakala Sekolah
Agama Negeri lebih baik dari segi pengurusan jika dibandingkan dengan SEkolah Agama
Rakyat.Corak dan keupayaan pentadbiran yang berbeza-beza khususnya antara SAN
dengan SAR telah menimbulkan asas dan peluang pendidikan yang berbeza-beza kepada
pelajar di sekolah tersebut.

Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 9


Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

RUMUSAN

Perkembangan Pendidikan Islam di Semenanjung Tanah Melayu mengalami empat tahap,


iaitu:

1. Institusi rumah imam atau guru


2. Institusi pondok
3. Institusi madrasah
4. Sistem sekular

Pendidikan Islam di zaman penjajah di bawah kelolaan dan dibiayai oleh Majlis atau
Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Sementara pihak penjajah memperkenalkan
pendidikan sekular, d imana berlakunya penghakisan secara langsung terhadap
Pendidikan Islam. Pendidikan Islam selepas merdeka dibahagikan kepada tiga, iaitu:

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Agama


2. Sekolah Agama Kerajaan Negeri
3. Sekolah Agama Rakyat.

Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 10


Sejarah Perkembangan Pendidikan Islam Di Malaysia

RUJUKAN

1. Al-Quran dan Terjemahan - Jakarta 1971


2. Mukjam Al-Arabi Al-Asasi - Jamaah min Kibar Al-Lughawiyyin Al-Arab - Larus
3. Tamadun Islam - Penerbit Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
4. Siri Pendidikan Guru, Pengajian agama Islam & j-Qaf - Ahmad Salleh -
Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2008
5. Tamadun Islam - Mustafa Haji Daud - Kuala Lumpur: Utusan Publicatioan &
Distributors Sdn. Bhd. ( 1996 )
6. Sejarah Tingkatan 2 - KBSM - KPM & DBP 2008
7. Malaysia kita -Penerbit Institut Tadbiran Negara ( INTAN ) 1991
8. Pengurusan Pendidikan Islam: Satu Pendekatan Sepadu - Dr. Sidek Baba -
UKM (1993)
9. Madrasah Al-Ulum Al-Syariah - Sabri Haji Said - DBP-KPM 1983
10. Islam dan Masyarakat Melayu - Mohamad Redzuan Othman - UM
11. Mafahim Tarbiah Al-Islamiah - Syed Mahmud Sultan - Maktabah Al-Qahirah
12. Quran Saintifik - Dr. Danial Zainal Abidin -Penerbit PTS Millennia Sdn. BHD 2007

Diploma in education ( Islamic Studies ) - KUIS 11

You might also like