You are on page 1of 3

Maksud Etika

2.Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa &
Pustaka, 1995)

3.Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994).

4.Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap


masyarakat.

5.Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran
dan ketakwaan kepada Allah.

Maksud Etika Profesional

Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin
dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan
dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam
masyarakat.

Skop Etika Profesional

2.Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-
benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll.

3.Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam
keseluruhan hidupnya.

Etika Perguruan

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan
negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar.
Kepentingan Etika Guru

Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod
etika dianggap penting kerana:

2.Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru.

3.Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru


terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. – Guru lebih faham dan jelas
tentang tanggungjawab mereka.

4.Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan
perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. – Guru dapat melihat keunikan
etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain.

5.Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat
dilakukan. – Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod
etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.

6.Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam
putih dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang
luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

7.Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan
etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas,
serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam
organisasi (INTAN, 1991).

http://www.scribd.com/doc/15783634/Etika-Keguruan

You might also like