You are on page 1of 1

Natalia Amima,

Lot 455, Taman


Indah,
96400 Mukah,
Sarawak,
Malaysia.

14 Mac 2010

Menemui saudari Rossa yang berada di Surabaya. Apa khabar saudari dan keluarga di sana ?
Saya dan keluarga, sihat walafiat sentiasa. Surat saudari telah selamat saya terima semalam. Terima
kasih kerana sudi mengutus surat kepada saya.

Untuk pengetahuan saudari, sekarang saya sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan
Three Rivers, dalam Tingkatan Satu. Saya berasa sangat seronok kerana telah mendapat ramai teman
baru.

Dalam surat saudari yang lepas, saudari ada menyatakan keinginan saudari dan keluarga untuk
melancong ke Malaysia pada cuti pertengahan tahun ini. Saya rasa pilihan saudari sangat tepat. Malaysia
ialah negara yang indah dan unik. Banyak tempat menarik yang boleh saudari dan keluarga kunjungi di
Malaysia. Di Sarawak terdapat tempat-tempat yang menarik seperti Kampung Budaya, Gua Niah, dan
Gua Mulu. Kampung Budaya terletak 40 km dari Bandar raya Kuching. Saudari boleh menginap di hotel
dan chalet yang berdekatan iaitu Pusat Peranginan Damai dan Santubung. Di Kampung Budaya, saudari
boleh melihat rumah-rumah kaum etnik yang berada di Sarawak. Saudari juga dapat merasai sendiri
budaya dan adat resam setiap kaum etnik ini.Selain itu, saudari boleh pergi ke bahagian utara negeri
Sarawak dengan menaiki kapal terbang atau pengangkutan darat. Di situ ada, Gua Mulu dan Gua Niah.
Di Gua Mulu saudari dapat melihat keindahan alam semula jadi serta unsur-unsur pembentukan batu
kapur yang sungguh menakjubkan. Di Gua Niah pula, saudari dapat melihat artifak peninggalan manusia
kuno yang hidup pada zaman Paleolitik. Selain itu, saudari dapat menyaksikan pemungut sarang burung
layang-layang memungut sarang burung untuk diproses.

Saudari,
Selain Sarawak, negeri Terengganu juga mempunyai tempat menarik untuk dikunjungi. Di sana
terdapat Pantai Rantau Abang yang popular sebagai tempat penyu mendarat dan bertelur.Pengunjung
berpeluang mendapat pengalaman menyaksikan penyu-penyu mendarat pada waktu senja untuk
bertelur.Pulau Redang juga terdapat di Terengganu. Di situ, pengunjung dapat lari daripada kesibukan
kota dengan merasai ketenangan dan menikmati keindahan alam semula jadi. Taman Hidupan Air di
Pulau Redang menyajikan keseronokan luar biasa kepada pengunjungnya.

Saudari,
Sekiranya saudari berminat tentang sejarah Tanah Melayu, saudari boleh berkunjung ke Melaka.
Di situ masih terdapat bangunan-bangunan lama peninggalan Portugis dan Belanda termasuk kota A
Famosa. Saya pasti saudari tertarik mendengar keindahan serta keunikan tempat-tempat menarik yang
telah saya ceritakan tadi. Saudari juga boleh melayari internet untuk lebih mengetahuinya.

Sampai di sini sahaja pertemuan kita untuk kali ini. Saya harap kita dapat berjumpa di lain
lembaran. Sampaikan salam saya kepada keluarga saudari. Sekian.

Sahabatmu,
natalia

You might also like