You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

KERTAS KERJA
PROGRAM REKREASI
UNIT PPISMP SEMESTER 2 AMBILAN JUN 2010

TEMA :
REKREASI MENCERGASKAN FIZIKAL MENCERDASKAN INTELEKTUAL

TEMPAT :
PANTAI CAHAYA NEGERI, BATU 4 JALAN PANTAI,
PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN

TARIKH:
26, 27 & 28 APRIL 2011

1
1.0 RASIONAL

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bertanggungjawab melaksanakan segala


program kurikulum dan kokurikulum yang diamanahkan oleh Bahagian Pendidikan Guru untuk
mewujudkan guru permulaan yang seimbang dan harmonis daripada segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial yang berilmu pengetahuan, berketerampilan dan beriltizam;
berpandangan progresif serta saintifik, berkemahiran kreatif serta kritis, berakhlak mulia dan
berbudaya maju untuk menjadi lebih produktif.

Program Rekreasi merupakan salah satu tajuk bagi memenuhi keperluan kurikulum
dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Teras. Program rekreasi ini merupakan salah satu
pelaksanaan dalam komponen rekreasi dan kesenggangan. Melalui program ini semua
komponen dalam mata pelajaran ini dapat diaplikasikan. Justeru, guru pelatih yang terlibat
dalam aktiviti ini dapat beriadah serta diberi pendedahan secara langsung bagi memantapkan
pemahaman terhadap Pendidikan Jasmani Asas. Ini secara tidak langsung mampu melahirkan
bakal guru yang bukan sahaja mempunyai intelektual yang tinggi tetapi cergas dari segi fizikal.

2.0 MATLAMAT
Program Rekreasi ini bertujuan memastikan kecemerlangan Institut Pendidikan Guru (IPG)
bersinambungan bagi melahirkan guru pelatih yang gemilang dalam bidang akademik dan
sukan. Program ini diharap dapat membantu guru pelatih memperolehi pengalaman dan demi
memanfaatkan segala ilmu yang diperoleh apabila menjadi guru yang berupaya serta dapat
melatih murid-murid di sekolah menjalankan aktiviti rekreasi secara selamat dengan latihan
yang berkualiti.

3.0 OBJEKTIF
Pada akhir program ini guru pelatih dapat :-
3.1 Memantapkan kemahiran serta kefahaman guru pelatih dalam matapelajaran Pendidikan
Jasmani Asas.
3.2 Komponen-komponen dalam Pendidikan Jasmani Asas dapat diaplikasikan oleh guru
pelatih.
3.3 Meningkatkan kecergasan fizikal serta kecerdasan mental guru pelatih agar dapat
menjadi guru yang cemerlang pada masa akan datang.
3.4 Memupuk kesedaran diri tentang pentingnya kesihatan serta kecergasan fizikal dalam
diri setiap guru pelatih yang terlibat.
2
4.0 KONSEP PENGELOLAAN
Seramai 257 orang guru pelatih PPISMP akan terlibat dalam program ini dan akan
dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan A, B, dan C.
 Kumpulan A : Hari Selasa iaitu pada 26/4/2011
 Kumpulan B : Hari Rabu iaitu pada 27/4/2011
 Kumpulan C : Hari Khamis iaitu pada 28/4/2011
 Merujuk kepada lampiran 2.

5.0 JAWATANKUASA PENGELOLA PROGRAM


Merujuk kepada lampiran 1.

6.0 TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN:


Masa : 26 hingga 28 APRIL 2011 (8.00 pagi - 6.00 petang)
Tempat : Pantai Cahaya Negeri Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson Negeri Sembilan.

7.0 PESERTA PROGRAM


Merujuk kepada lampiran 2.

8.0 TENTATIF PROGRAM


Merujuk kepada lampiran 3.

7. BELANJAWAN
Merujuk kepada lampiran 4.

3
8. PENUTUP
Kegemilangan guru-guru pelatih melalui kecemerlangan dalam Program Rekreasi adalah
wahana penting demi memanifestasikan misi Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melawar melatih guru permulaan yang berwibawa,
mempertingkatkan jati diri serta mengekalkan kecergasan diri, dan dapat menguasai kemahiran
Rekreasi Luar agar berupaya mendidik murid-murid, membentuk sahsiah, disiplin diri dan
melakukan aktiviti rekreasi sebagai rutin harian.
Adalah diharapkan Program Rekreasi dapat dilaksanakan sewajarnya dengan mencapai
matlamat dan objektif. Penggemblengan sumber modal dan tenaga warga Institut Pendidikan
Guru Kampus Raja Melewar amat diperlukan bagi merealisasikan hasrat ini. Atas perhatian,
pertimbangan, sokongan, iltizam dan kerjasama semua pihak, saya dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(MOHAMAD KHAIRUL IZWAN) (PN. HAIDATULLAILA BINTI KHALID)


Setiausaha Jawatankuasa Program Rekreasi Pensyarah Penasihat Program Rekreasi
Unit PPISMP PAI / BI / BA AMBILAN JUN 2011 Jabatan Pendidikan jasmani dan Kesihatan
Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar

You might also like