You are on page 1of 15

Ulasan Jurnal

Jurnal Pertama Sumber Jurnal: Prosiding Persatuan Teknologi Pendidikan, 2001. Teknologi Instruksi dan Pendidikan Bestari :Persediaan dan Cabaran Alaf Baru Tajuk: Penilaian Penggunaan Perisian Kursus Di Sekolah Bestari: Satu Kajian di Negeri Terengganu Penulis: Hee Jee Mee, Norashidah Mamat @ Abdul Rashid Universiti Teknologi Malaysia.. PENGENALAN: Jurnal ini menghuraikan kajian penilaian penggunaan perisian kursus untuk sekolah bestari di negeri Terengganu. Seramai 52 orang responden yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar matapelajaran Sains, Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di tingkatan satu dan tingkatan empat. Kajian dijalankan di tiga buah sekolah sekolah bestari. Kajian lebih ditumpukan dari aspek mutu perisian kursus, kesesuian perisian dan kemudahan komputer yang disediakan serta pendedahan yang secukupnya guru-guru dalam kemahiran komputer. Pengkaji menggunakan kaedah SPSS untuk menganalisa data bagi mendapatkan peratus, frekuensi dan min. Kajian rintis juga telah dijalankan. Hasil dari kajian, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan bagi mengoptimakan penggunaan perisian kursus dan komputer di sekolah bestari. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian tersebut adalah: 1. Mengenalpasti jenis-jenis perisian kursus yang digunakan di tiga buah sekolah bestari di negeri Terengganu. 2. Mengenalpasti kesediaan guru dalam penggunaan PBK dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Mengenalpasti kemudahan komputer yang disediakan untuk Pengajaran Perbantukan Komputer oleh guru. 4. Mengenalpasti mutu perisian kursus yang disediakan di sekolah bestari. 5. Mengenalpasti kesesuaian perisian kursus oleh para guru di sekolah bestari. 6. Mengenalpasti masalah masalah yang dihadapai para guru dalam pelaksanaan PBK. METODOLOGI DAN PENYELESAIAN MASALAH Kaedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan dengan menggunakan borang soalselidik . Kajian dijalankan di tiga buah sekolah di Terengganu dengan 52 guru telah dijadikan sampel . Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soalselidik yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A mengandungi 8 item soalan yang berkaitan maklumat diri guru, bahagian B terdiri 53 item berkaitan persoalan yang hendak dikaji manakala pada bahagian C terdapat satu item subjektif yang memerlukan responden menyatakan masalah-masalah lain dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer.

Kaedah pengukuran yang digunakan adalah dengan menggunakan Skala Likert. Data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan kaedah SPSS bagi mendapatkan kekerapan, peratusan dan min bagi setiap item serta persoalan kajian. Kebolehpercayaan soalselidik telah diuji menggunakan Alha Cronbach iaitu pengkali kebolehpercayaan yang menunjukkan bahawa itemitem kajian adalah saling berkaitan antara satu sama lain. Melalui penganalisaan data dan nilai min yang diperolehi pengkaji merumuskan bahawa guru-guru secara majoritinya mampu mengusai penggunaan komputer dan memberikan respon yang positif terhadap perkembangan pendidikan dan dan teknik pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Pengkaji juga mendapati bahawa tahap kemudahan komputer yang disediakan adalah mencukupi . Namun begitu pihak sekolah masih lagi memainkan peranan yang penting dalam usaha memantau keperluan komputer agar bersesuaian dengan keperluan. Daripada dapatan kajian, secara keseluruhannya didapati majoriti responden memperakukan bahawa perisian kursus disekolah bestari adalah bermutu tetapi masih terdapat kelemahan tertertentu yang perlu diberi perhatian. Perisian kursus yang disediakan juga didapati menepati tahap serta kebolehan para pelajar.Oleh itu pengkaji menyimpulkan bahawa penggunaan perisian kursus akan dapat membantu dalam peningkatan pengajaran dan pembelajaran, di samping meningkatkan motivasi para pelajar. CADANGAN KAJIAN: Beberapa cadangan kajian telah diutarakan oleh pengkaji diantaranya iaitu mengharapkan agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia lebih komited di dalam melaksanakan atau mengendalikan Latihan guru Sekolah Bestari agar peranan guru sebagai seorang pemudahcara, pembimbing dan pencetus inovasi para pelajar dapat dilaksanakan dengan lebih bekesan. Manakala pihak sekolah pula perlu menyediakan kemudahan peralatan komputer yang mencukupi untuk guru dan pelajar serta mewujudkan suasana yang lebih selesa dalam bilik komputer dari segi pencayaan, susun atur dan sebagainya. Pengkaji juga mencadangkan mutu perisian kursus dipertingkatkan agar bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang dihadapi adalah perisian kursus yang bermutu tinggi sukar dihasilkan kerana kurangnya tenaga mahir dalam bidang tersebut. Kesimpulan Sekolah Bestari merupakan salah satu aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia yang menekankan pengajaran dan pembelajaran dalam bentuk perisian kursus. Bagi menjamin keberkesanan penggunaan peisian kursus di sekolah bestari, penghasilan perisian kursus yang berkesan adalah penting . Penggunaan perisian kursus yang berkesan akan membimbing dan membentuk mental serta pemikiran pelajar supaya mereka lebih bersifat kreatif melalui gambaran yang lebih realistik. Di samping sifat keanjalan yang terkandung di sesuatu perisian kursus akan memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar mengikut tahap keupayaan mereka. ______________________________________________________________________________ ______ Jurnal Kedua: TAJUK:

Sistem Pendidikan Berasaskan Web ( Web-Based Education WBE) Penulis Jurnal: Salimah Mokhtar, Maizatul Akhmar Ismail & Ali Fauzi Ahmad Khan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sumber Jurnal: Prosiding Persatuan Teknologi Pendidikan, 2002. Intruksi Dan Pembelajaran Berasaskan Teknologi: Satu Penilaian Semula. PENDAHULUAN: Jurnal ini membincangkan penggunaan sistem berasaskan web dalam bidang pendidikan. Web sebagai satu fenomena baru yang kini kian rancak digunakan oleh para akademik bagi menyokong pengajaran sesuatu kursus yang dijalankan secara nyata ataupun secara maya. Penulis juga menyatakan contoh pelbagai perisian yang dihasilkan secara komersial seperti Blackboard, e-College.com, IntraLearn, LearningSpace (Lotus Corporation,1998) WebCT (Goldberg,1997), Virtual-U (Harasim & Calvert,1997) dan sebagainya. Perbandingan terhadap perisian perisian tersebut boleh didapati daripada laman web http://www.marshall.edu/it/cit/webct/compare/comparison.html. Bagi universiti pula dibangunkan perisian kursus persendirian untuk membolehkan pelajar dan pensyarah menempatkan nota kuliah dan mencapainya melalui laman web berkenaan. Contohnya Sistem laman Web Universiti Malaya dikenali dengan Kursus On-Line (KOL). PENYATAAN MASALAH Mengikut pengkaji terdapat banyak sistem berasaskan web yang dibangunkan samada secara persendirian atau pun yang dikormesialkan. Persoalan yang timbul dalam kajian ini ialah mengapa terdapat pertindihan usaha dalam membangunkan sistem yang sama. Hasil pemerhatian dan pengalaman, pengkaji menyimpulkan bahawa sistem yang digunapakai sekarang ini mempunyai beberapa kekurangan terutamanya dari segi kefungsian, tidak fleksibel, serta jarang beroperasi selama 24-7-365. OBJEKTIF DAN MATLAMAT KAJIAN Mengikut jurnal ini, WBE merujuk kepada satu sistem pengajaran dan pembelajaran berasaskan Web yang bermatlamat untuk melancarkan pengendalian kursus dengan menyajikan secara sistematik bagi menambah kecekapan tenaga pengajar serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran ketahap yang tertinggi. Sistem WBE juga bertujuan sebagai pelengkap berguna pengajar sebagai arena interaksi pelajar dengan ilmu diluar waktu kelas untuk mengulangkaji dan sebagainya. Bagi pelajar yang tidak mahir IT, capaian ke WBE akan menjadi wadah atau peluang untuk menjinakkan mereka dengan teknologimaklumat dan komunikasi.Di samping itu unsure-unsur yang tidak berkesempatan untuk ditampilkan oleh pengajar dalam kelas dapat digarapkan dalam WBE. METODOLOGI KAJIAN Mengikut pengkaji, pembangunan sistem WBE perlu berasaskan model konsepsual yang ideal dan mempertimbangkan beberapa criteria tertentu. Kajian yang meluas dan mendalam berkaitan proses pendidikan , aspek pedagogi dan andragogi, aspek teknologi maklumat dan komunikasi, pendekatan baru pengajaran serta perancangan rapi adalah pra-syarat dalammemodelkan suatu sistem WBE yang ideal.

Model konseptual WBE yang dihuraikan dalam jurnal ini adalah bersandarkan kepada dua entiti yang utama iaitu modul pengajar dan modul pelajar yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Modul pengajar mengandungi perkara-perkara berkaitan dengan tugas-tugas perancangan, persediaan, penyampaian dan pengurusan kursus. Bagi tujuan perancangan WBE menyediakan alatan kelendar dan templat yang boleh disesuaikan dengan mudah mengikut keperluan pengguna. Untuk tujuan penyediaan pula WBE menyediakan kemudahan untuk pengajar menyusun bahan-bahan pengajaran secara sistematik dan logikal, kemudahan simulasi serta satu templet yang mudah disesuaikan. Dalam penyampaian pengajaran WBE dapat menyediakan kuliah maya sebagai gantikepada kuliah yang tidak dapat dijalankan dan juga kemudahan kemudahan untuk berkongsi maklumat dan idea. Penilaian melalui WBE dibuat berdasarkan hasil pembelajaran, dimana kuiz, latihan dan ujian dijalankan secara dalam talian.WBE juga menyediakan kemudahan komunikasi, emel dan perbincangan e-kumpulan serta templet pemarkahan. Dalam modul pelajar pula terdiri dari hal-hal yang , melibatkan pendorongan, belajar serta ulangkaji, mendapat maklumbalas dan mencerna pengetahuan yang difahami bagi pembelajaran mendalam (deep learning). CABARAN KAJIAN: Mengikut pengkaji , penggunaan WBE bukan sekadar untuk menempatkan silibus dan melambakkan nota kuliah serta rujukan dilikasi web yang mudah dicapai oleh pelajar tetapi fungsinya adalah lebih meluas. Pengkaji merujuk kepada Daniel (1998) dalam tesisnya, menyatakan bahawa sistem WEB yang ideal mesti meraih sepenuhnya faedah-faedah yang terdapat pada WEB, dan pada masa yang sama mengelakkan kekurangannya. Sistem yang sempurna pastinya lengkap, informatif, sediaada (operasi 24-27-365), fleksibel, dijamin selamat,interaktif, umum,telus, senang digunakan dan adaptif. Pengkaji merumuskan bahawa matlamat utama sistem WBE ini adalah untuk mengadakan persekitaran tambahan (pertemuan siber) yang bermakna bagi menampung pesekitaran pembelajaran normal. Sistem WBE yang ideal mestilah memenuhi semua kriteria dan matlamat tersebut. KESIMPULAN Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan sistem WBE yang ideal akan memberikan impak dalam kejayaan pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan ICT. Namun demikian dalam usaha membangunkan sistem WBE yang lengkap lagi sempurna memerlukan kajian mendalam serta meluas untuk memahami keperluan pengguna serta memerlukan perancangan yang rapi. Model konseptual dan kriteria pembangunan yang disarankan oleh pengkaji dalam jurnal ini boleh dijadikan panduan dalam mewujudkan sistem tersebut. Di tambah pula dengan pendekatan rekayasa ulang (Business Process Reengineering BPR) digabungkan dengan pemprototaipan sesuai untuk digunakan sebagai metadologi pembangunan sistem ini. Pelbagai cabaran dalam pembangunan sistem WBE nanti haruslah ditangani dengan bijak dan terbuka. Pembangunan WBE diharapkan mencapai kejayaan sebagaimana matalamat dan objektif yang dicadangkan seterusnya dapat melahirkan sumber tenaga manusia yang berketrampilan, berkemahiran dan berkualiti. Sumber Jurnal: http://ww.acm.org.(12 Februari 2004) Tajuk: Using a Theoritical Multimedia Taxonomy Framework

Penulis: Rachelle S. Heller, C. Dianne Martin, Nuzi Haneef, and Sonja Gievska-Krliu The George Washington University PENGENALAN: Taxonomy multimedia adalah untuk menghasilkan satu pengurusan yang baik dan teratur untuk menghasilkan satu persembahan multimedia yang baik. Taxonomy ini membantu untuk mengklasifikasikan ruang untuk membangunkan multimedia dan mengatasi masalah yang rumit dalam pembangunan dan persembahan multimedia. Isu penting yang ditekankan ialah untuk interaktiviti asas kepada persembahan maklumat. Kajian telah dilakukan ke atas projek akhir pelajar-pelajar tahun akhir yang membangunkan projek sains komputer berasaskan multimedia. MASALAH KAJIAN Masalah dalam menghasilkan antara muka yang berasaskan konsep yang dinyatakan sebagai contoh apabila ia mengenai pendidikan maka fokus utama perlulah berkisarkan kepada pendidikan dan keefektifan persembahan multimedia akan diukur pada sejauh mana keberkesanan penyampaian maklumat melalui persembahannya. Sistem yang berkualiti sukar dibangunkan kerana masalah untuk menghasilkan frame rate yang sesuai, refresh dan untuk menghasilkan perwarnaan yang baik. Seterusnya menggabungkan elemen-elemen multimedia dengan maklumat untuk menghasilkan sistem serta menghidupkan persekitaran agar meklumat yang disampaikan jelas dan mudah difahami METODOLOGY DAN PENYELESAIAN: Model taxonomy Jenis pengurusan kandungan: Sequential/linear; hierarchical (i.e., tree structured); and Web structured (i.e., nonlinear,associatively structured information). Sistem boleh statik dan juga dinamik bagi kandungan variable. Taxonomy multimedia yang dicadangkan.adalah: a) Artistik- dianggap penting adakalanya terlampau difokus sehingga melebihkan fokus terhadap fungsi. b) Penonton/pengguna-bagaimana pengguna berinteraksi dengan media yang dibangunkan. Adakah persembahan memerlukan pengguna lebih membaca ataupun banyak animasi, grafik, videoklip dll untuk menghuraikan maklumat. c) disiplin -Adakah multimedia dibina mengikut keperluan dan kehendak pengguna berdasarkan urutan elemen yang telah dipilih.d) kualiti - bergantung kepada teknik, aspek reproduktif dan soalan yang disoal oleh pelajar sewaktu proses evolusi. e) kebolehgunaan merupakan nilai material yang dipersembahkan dan sejauh mana ia membantu pengguna. KESIMPULAN: Taxonomy multimedia merupakan satu pengurusan yang penting untuk menghasilkan satu perisian/sistem multimedia yang baik. Penulis percaya masih ada banyak ruang lagi untuk membaiki taxonomy yang dicadangkan. Taxonomy ini memudahkan pembangun sistem untuk memahami reka bentuk dan jugak kandungan teks. Diharapkan usaha ini berjaya menyediakan

satu kerangka teori yang praktikal dan mudah bagi menghasilkan suatu bentuk perisian yang interaktif seiring dengan perkembangan penggunaan multimedia yang semakin pesat. ______________________________________________________________________________ Jurnal Ke lima: Sumber Jurnal: http:// www.acm.org. ( 15 Januari 2004). Tajuk: Cooperative Inquiry: Developing New Technologies for Children with Chidren Penulis: Allison Druin Human Computer Interaction Lab University of Maryland 1.0 PENGENALAN: Dalam rumah dan sekolah kini kanak-kanak merupakan pengguna yang kerap dan berpengalaman dalam menggunakan teknologi. Oleh kerana perkara ini semakin berterusan maka menjadi semakin penting untuk mengetahui samaada kanak-kanak ini berasa puas hati dengan teknologi yang mereka gunakan. Satu kumpulan pembangunan kajian telah dibina bagi mengatasi serta memenuhi keperluan dan suara kanak-kanak dalam proses pembangunan sesuatu teknologi. 2.0 MASALAH KAJIAN: Teknologi mula digunakan secara rutin oleh kanak-kanak bermula dari aktiviti sekolah sehingga aktiviti selepas waktu sekolah iaitu untuk aktiviti bermain. Kini teknologi telah mengubah cara kanak-kanak bermain dan belajar. Malah kanak-kanak merupakan satu kumpulan pengguna yang baru dan besar dalam teknologi. Sejak beberapa tahun yang lepas metodologi pembangunan sesuatu perisian pasti akan melibatkan para pengguna dalam proses pembangunannya. Pengguna dikenalpasti sebagai rakan kongsi yang penting, inspektor dalam pengujian atau pengkaji yang terlibat dalam kajian untuk memerhati dan ditemu bual oleh pengkaji sebenar kajian. Input daripada pengguna sangat penting dalam pembangunan sesuatu program. Meskipun peranan pengguna diakui oleh para pengkaji dan pembangun sistem, penguna kanak-kanak terlibat secara tidak aktif dalam proses pembangunan berbanding dengan pengguna dewasa. Sejak kebelakangan ini, kajian yang dilakukan oleh penulis ini melibatkan kanak-kanak sebagai pembantu atau rakan pengkaji dalam kajian yang dilakukan. Namun ramai meragui kredibiliti kanak-kanak dalam menyampaikan pandangan terhadap kajian dan proses pembangunan. Perlu diketahui bahawa saintis komputer dan pendidik juga kurang pengalaman sama seperti kanakkanak. Tetapi tidak dapat dinafikan peranan masing-masing dalam menyumbang kepakaran masing-masing. 3.0 METODOLOGI DAN PENYELESAIAN MASALAH KAJIAN: Teori rangka kerja : Cooperative inquiry sangat unik dalam banyak aspek hasil daripada keterlibatan kanak-kanak ia juga menjadi dasar kepada teori kerjasama dalam rekabentuk, penglibatan dalam reka bentuk, teori aktiviti, contextual inquiry dan situasi tindakan. Cooperative merupakan kajian terhadap

tiga aspek utama iaitu multidisciplinary partnership dengan kanak-kanak, kajian yang akan mengetahui, memahami dan peka terhadap isi kandungan, aktiviti dan artifak yang ketiga pula ialah interaktiviti terhadap low-tech dan high-tech prototaip. Kajian multidisciplinary partnership dengan pengguna. Coorperative inquiry berasaskan kepercayaan bahawa perkongsian dengan pengguna adalah sangat penting bagi memahami keperluan dan kehendak pengguna dalam membangunkan teknologi baru. Kajian terhadap aktiviti, isi kandungan dan artifak. Maklumat yang berguna akan diperolehi melalui aktiviti dan artifak pengguna yang merupakan sebahagian daripada isi kandungan pengguna. Dengan ini satu kumpulan pengkaji melakukan kajian dan pemerhatian untuk menganalisis persekitaran pengguna untuk aktiviti yang berbeza, komunikasi, artifak dan budaya perhubungan. Interaktiviti low tech dan high tech prototyping Adalah untuk mengintegrasikan kumpulan reka bentuk untuk menggambarkan dan mempamerkan idea mereka melalui teknik prototaip. Ini kerana kanak-kanak mempunyai masalah dalam menyampaikan maksud dan idea mereka kepada orang dewasa maka teknik prototaip ini dapat mengatasi masalah ini. 4.0 KESIMPULAN: Cooperative inquiry telah dibangunkan untuk menyokong integrasi kumpulan pereka dalam membangunkan teknologi baru untuk kanak-kanak. Ini bagi mendapatkan hasil yang baik kerjasama daripada kanak-kanak diperlukan bukan hanya setelah teknologi hampir selesai tetapi sewaktu proses pembangunan teknologi. Usaha untuk membolehkan kanak-kanak terlibat secara aktif dalam proses pembangunan perlu diteruskan. ______________________________________________________________________________ _____ Jurnal Ke enam Sumber Jurnal: Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-13. 2000. Penggunaan Proses dan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran. Tajuk: Merekabentuk perisian multimedia mengenai pecahan: Kea rah pembelajaran bestari. Penulis: Zaleha Ismail. Universiti Teknologi Malaysia 1.0 PENGENALAN: Pengkaji merujuk kepada analisis 1996 ke atas pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah menunjukkan puratu prestasi pencapaian matematik bagi pelajar-pelajar sekolah rendah masih jauh daripada tahap kecemerlangan. Hanya 32.2% pelajar yang menjawab dengan betul soalansoalan yang melibatkan pecahan. Pelajar-pelajar dikehendaki mengusai konsep pecahan supaya mereka berkemampuan memahami konsep lanjutan daripadanya. Beberapa perisian berbantukan

computer telah menguatkan pendekatan pembelajaran pecahan yang mengaplikasi kemampuan computer seperti grafik,audio, animasi dan video. Banyak kajian barat telah menunjukkan pembelajaran berasaskan komputer menggunakan perisian berbantukkan komputer berpotensi dalam membantu meningkatkan kefahaman konsep dan kemampuan dalam menyelesaikan masalah matematik. Kementerian juga peka kepada perkembangan teknologi komputer dalam pendidikan dan justeru itu telah menyusun rancangan untuk melaksanakan program sekolah bestari yang menekankan aplikasi komputer. 2.0 PENYATAAN MASALAH DAN OBJEKTIF KAJIAN: Berdasarkan kajian-kajian yang lepas pengkaji mendapati bahawa pelajar-pelajar peringkar rendah hingga ke menengah menghadapi masalah dalam pembelajaran matematik terutamanya pecahan. Satu usaha membantu pembelajaran ialah dengan memberi peluang kepada pelajar menggunakan perisian komputer yang dibina berasaskan teori pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan menumpukan perhatian kepada : bagaimana menerapkan teori P&P dalam rekabentuk perisian totarial mengenai pecahan?, apakah aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam perisian supaya dapat memotivasikan pembelajaran serta meningkatkan penguasaan ke atas topik pecahan?, apakah soalan dianostik yang sesuai untuk mengukur penguasaan keatas pecahan?, adakah perisian yang dihasilkan berkualiti dan sesuai dilancarkan penggunaannya di sekolah? Bagi memecah persoalan tersebut, kajian dilaksanakan bagi menghasil dan menguji keberkesanan satu pendekatan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah khususnya pembinaan dan penggunaan perisian pecahan. Objektif kajian yang dijalainkan adalah: menkaji jenis-jenis kesilapan yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran pecahan, merekabentuk dan membina satu perisian P&P berbantukkan komputer bagi mengatasi jenis-jenis kesilapan yang telah dikesan, menganalisis proses pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar ketika menggunakan perisian dan meneliti pencapaian pelajar dalam penguasaan topik pecahan. 3.0 METODOLOGI DAN DAPATAN KAJIAN BAHAGIAN PERTAMA Sebelum perisian dibangunkan pengkaji menumpukan perhatian kepada usaha merekabentuk perisian dengan menggunakan model sistem pengajaran yang dikemukakan oleh Alessi dan Trollip(1991) bercirikan teori pemprosesan maklumat. Rekabentuk yang dikemukakan disesuaikan dengan peranan perisian yang hendak dibina sebagai alat diagnostik untuk mengesan jenis-jenis kesilapan yang dialami oleh pelajar dan seterusnya menyediakan aktiviti pemulihan. Sampel kajian yang digunakan terdiri daripada semua pelajar tahun enam di dua buah sekolah rendah. Kajian ditumpukan kepada jenis kesilapan yang dilakukan pelajar dengan pelbagai tahap pencapaian yang diukur mengikut gred. 4.0 KESIMPULAN: Pengkaji menumpukan perhatian ke arah menghasilkan perisian pendidikan yang memuatkan unsur-unsur yang dikemukakan dalam teori P & P. Dengan cara ini, perisian tidaklah sematamata berfungsi sebagai sebuah buku elektronik atau sistem latih tubi, tetapi berperanan sebagai alat yang membantu pelajar membina pengetahuan. Kajian ini merupakan satu usaha untuk menerapkan teori psikologi kognitif dalam pembinaan perisian yang bertujuan untuk membantu pelajar dalam pemahaman konsep matematik pecahan.

______________________________________________________________________________ _____ Jurnal Ke Tujuh Sumber Jurnal: Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-13. September 2000. m.s 17-32. Tajuk: Reka Bentuk Perisian Multimedia berasaskan Teori Pembelajaran, Pendapat Tenaga Pengajar dan pelajar serta Prinsip Reka Bentuk. Penulis: Zaidatun Tasir & Yap Sao Wen. Universiti Teknologi Malaysia PENGENALAN: Pengkaji berpendapat bahawa perisian-perisian pembelajaran yang sesuai dan menepati kehendak guru dan pelajar adalah amat berkurangan. Seharusnya sesuatu perisian yang dibangunkan mestilah bertepatan dengan kehendak pengguna iaitu pelajar dan pengajar. Justeru itu, kajian projek ini dibuat untuk menghasilkan satu rekabentuk perisian yang mengambil kira pendapat tenaga pengajar dan pelajar, teori pembelajaran dan prinsip rekabentuk yang terbahagi kepada rekabentuk berinformasi, reka bentuk antaramuka dan reka bentuk interaksi. PENYATAAN MASALAH DAN OBJEKTIF KAJIAN: Pengkaji berpendapat proses pembinaan perisian perlulah mengambilkira pendapat pelajar yang merupakan pengguna perisian yang telah siap dibangunkan. Isu pelajar sebagai perekabentuk perisian ditekankan oleh David H. Jonassen dalam artikelnya yang bertajuk Technology as Cognitive Tools:Learners as Designers. Dalam artikelnya, beliau menyatakan bahawa dalam proses merekabentuk perisian , perekabentuk akan dapat menguasai perisian dengan lebih mendalam jika dibandingkan dengan pelajar. Dengan itu, untuk menjadikan pelajar lebih faham tentang isi kandungan yang akan diajar, mereka seharusnya mengambil bahagian dalam proses mereka bentuk perisian. Ekoran daripada itu kajian dilakukan untuk menghasilkan satu reka bentuk perisian yang berasaskan kepada pendapat pelajar. Selain daripada itu, kajian ini dibuat adalah untuk menghasilkan satu pendekatan baru dalam mereka bentuk perisian yang berkualiti. METODOLOGI DAN DAPATAN KAJIAN BAHAGIAN PERTAMA Pengkaji menumpukkan kajian bagi mereka bentuk satu perisian yang berasaskan kepada pendapat tenaga pengajar dan pelajar, teori pembelajaran dan prinsip reka bentuk. Soal selidik dijalankan untuk mengumpul maklumat yang berbentuk pengumpulan pendapat. Ia bertujuan bagi mendapat pandangan daripada responden mengenai unsur-unsur perisian yang diharapkan oleh mereka. Sampel kajian yang digunakan terdiri daripada 50 orang pelajar Sarjana Muda Teknologi Pendidikan Kemahiran Hidup, Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu pengkaji juga mendapatkan maklumat yang pendapat dan pengalaman dan pensyarah yang mengajar mata pelajaran berkenaan. Instrumen kajian yang digunakan terbahagi kepada dua iaitu soal selidik dan temubual. Statistik yang digunakan adalah deskriptif. Semua data yang diperolehi dianalisa secara manual. Hasil daripada maklumbalas responden pengkaji telah mereka bentuk projek perisian . Projek

yang dihasilkan dibahagikan kepada 2 bahagian besar iaitu carta aliran struktur dan reka bentuk skrip.Mereka bentuk skrip merupakan satu proses yang penting bagi pengkaji kerana ia mengambilkira permintaan pengguna, ciri dalam rekabentuk dan teori pembelajaran.tiga faktor yang dititik beratkan oleh pengkaji iaitu reka bentuk strategi, reka bentuk antaramuka dan reka bentuk interaktif. CADANGAN KAJIAN LANJUTAN: Pengkaji berharap pada masa akan datang, kajian ini dapat diteruskan kepada topik-topik bagi matapelajaran yang lain untuk melihat keberkesanan kaedah mereka bentuk PBK berasaskan pendapat pengguna , tenaga pengajar, teori pembelajaran dan prinsip rekabentuk. KESIMPULAN: Mereka bentuk perisian merupakan satu proses yang memerlukan masa panjang kerana pereka perlu memastikan isi kandungan yang dibina itu adalah lengkap dan mempunyai maklumat tambahan untuk mereka yang ingin dan berminat untuk mengetahui perkembangan selanjutnya ataupun mengingat kembali pengetahuan yang sudah dilupai. Pembangunan perisian bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap remeh kerana ianya memerlukan pemerhatian kepada beberapa faktor yang penting iaitu citarasa dan permintaan pengguna, teori-teori pembelajaran, ciri-ciri multimedia, dan perkara-perkara yang dititikberatkan dalam reka bentuk perisian. Jika faktor ini diikuti dengan teliti, perisian yang dibangunkan kemudian akan merupakan sebuah perisian yang baik sahaja dari segi kekuatan perisian itu tetapi akan memudahkan proses pembelajaran para pengguna seterusnya mendapat yang baik ______________________________________________________________________________ ____ Jurnal Ke Lapan Sumber Jurnal: Seminar Prosiding Pendidikan Kebangsaan 2000. Tajuk: Pembangunan Perisian Kursus Bermultimedia Perlakuan Haiwan: Satu Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Di Alam Siber. Penulis: Norhayati Abdul Mukti, Idris Abd. Ghani & Siew Pei Hwa. Universiti Kebangsaan Malaysia. PENGENALAN: Mengikut pengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dijangkakan lebih berkesan daripada atau setanding dengan kaedah tradisional seperi buku teks, carta kad dan sebagainya. Strategi menggunakan komputer dan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran semakin berleluasan dalam bidang pendidikan . Melalui teknologi multimedia, pelbagai perisian kursus multimedia dapat dibangunkan dengan menyepadukan pelbagai elemen multimedia bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan perisian kursus bermultimedia dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran bukan sahaja lebih menarik minat pelajar dan menyeronokan, malah berkeupayaan untuk menangani masalah pelbagaian pelajar

seperti latar belakang pendidikan asas, tahap kefahaman, daya pemikiran dan perkembangan kognitif, umur, tahap penguasaan bahasa dan sebagainya. OBJEKTIF KAJIAN: Jurnal ini memberi tumpuan kepada pembangunan perisian kursus bermultimedia yang direka bentuk khas untuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Perisian kursus ini dibangunakan dalam Bahasa Melayu adalah bertujuan menjadi alat tutoran yang berkesan kepada pelajar untuk memahami dan mendalami keseluruhan kursus memandangkan kebanyakan bahan rujukan di perpustakaan adalah berbahasa Inggeris. Pembangunan perisian ini juga bertujuan untuk membantu menangani kepelbagaian pelajar, meningkatkan kefahaman dan keupayaan pelajar untuk mengingati fakta-fakta dan konsep-konsep kursus. METODOLOGI PEMBANGUNAN PERISIAN. Pembinaan model konsepsi yang teratur dan lengkap merupakan salah satu langkah yang penting dalam proses pembangunan perisian kursus multimedia. Model konsepsi yang ditonjolkan terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu objektif, media pengajaran dan pembelajaran serta kaedah pembangunan perisian yang kursus. Elemen-elemen yang dimasukkan dal perisian ini adalah hyperteks,hypermedia dan teori pembelajaran. Tiga teori pembelajaran yang digabungkan iaitu pelaziman klasik, pelaziman operan dan pembelajaran kognitif. Dalam perisian kursus ini pelajar disajikan dengan maklumat tentang topik-topik khusus untuk mengukuhkan kefahaman mereka . Perisian kursus multimedia ini berpengataraan Bahasa Melayu. Ciri ini dapat menafaat prasiswazah universiti yang mengikuti kursus ini dijangka boleh dijadikan alat totoran yang berkesan kepada pelajar untuk memahami dan mendalami keseluruhan mata pelajaran KH memandangkan kebanyakan buku rujukan buku diperpustakaaan dan perisian kursus di pasaran adalah dalam bahasa Inggeris. Antaramuka perisian ini adalah ramah pengguna. Butang navigasi, suara latar dan antaramuka lain digunakan untuk memberikan bimbingan dan panduan kepada pengguna untuk memudahkan mereka menggunakan perisian kursus KH ini. Ciri ini menimbulkan suasana pembelajaran yang mesra, menarik dan menyeronokan serta menambahkan kekratifan dan pemelajaran KH. Perisian kursus ini mudah diikuti, walaupun tahap literasi komputer pelajar adalah rendah kerana arahan pengguna disertakan dengan panduan pengguna. Jalinan maklumat dalam talian, membolehkan pengguna memilih URL laman web yang terdapat dalam perisian kursus ini dan pengguna akan memperolehi maklumat tambahan dalam laman web berkenaan. KESIMPULAN: Perisian kursus memainakan peranan yang penting dalam sebagai alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan dengan adanya gabunganelemen multimedia. Perisian kursus ini merupakan satu bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang penuh dengan maklumat dan pengetahuan KH. Pembangunan perisian kursus bermultimedia ini juga di harapkan dapat membantu menangani kepelbagaian pelajar, meningkatkan kefahaman dan keupayaan pelajar meningati fakta-fakta dan konsep-konsep kursus. ______________________________________________________________________________ ___

Jurnal Sembilan Sumber Jurnal: Prosiding Persatuan Teknologi Pendidikan, September 2001. ms 115 -125 Tajuk: Penggunaan Multimedia Dalam Pelajaran Geografi: Fokus Terhadap Pendidikan Khas. Penulis: Mohd Arif Ismail, Mohd Jasmy Abd Rahman & Chia Ti Boey. Universiti Kebangsaan Malaysia. 1.0 PENGENALAN: Pengkaji berpendapat bahawa pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang murid terutamanya murid-murid berkeperluan khas seperti murid-murid bermasalah pendengaran. Ini kerana murid-murid bermasalah pendengaran memerlukan kombinasi kesan alat pandang dengar dengan gabungan visual yang bergerak , animasi, teks, muzik dan grafik yang menarik untuk meningkatkan proses pembelajaran.Ini sejajar dengan peribahasa Cina yang berbunyi, I hear and I forgot, see and I remember, I do and I understand. (Hizamnuddin Awang, 1997 dalam Fadzilah,1998) 2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN Mengikut jurnal ini, pengkaji menjalankan kajian untuk melihat persepsi murid-murid bermasalah pendengaran terhadap penyampaian subjek Geografi melalui penggunaan kaedah PBK dan membantu mempertingkatkan kemahiran kognitif mereka secara individu. Perisian kursus yang dibina dalam kajian juga boleh dijadikan bahan bantu mengajar yang berkesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran Geografi bukan sahaja untuk golongan warga khas tetapi juga untuk mereka yang normal. Kaedah PBK ini membolehkan murid-murid bersesuaian dengan diri masing-masing. Objektif kajian Geografi ini adalah untuk: a) meninjau pesepsi murid-murid bermasalah pendengaran tahap Menengah Bawah terhadap subjek dengan menggunakan kaedah PBK b) mengenalpasti keberkesanan kaedah PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke atas murid-murid bermasalah pendengaran dan c) membangkitkan minat murid-murid bermasalah pendengaran terhadap pembelajaran subjek Geografi. 3.0 METODOLOGI DAN PENYELESAIAN: Penyelidik menggunakan pendekatan kaedah tinjauan untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar bermasalah pendengaran terhadap implementasi penggunaan kaedah PBK dalam subjek Geografi. Perisian kursus dibangunkan dengan menggunakan perisian Director 7.0 sebagai bahan kajian. Kaedah tinjauan yang digunakan dapat menilai persepsi murid-murid bermasalah pendengaran terhadap kaedah penggunaan PBK tanpa membandingkannya dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain. Seramai 30 orang pelajar bermasalah pendengaran dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad,

Petaling Jaya Dipilih sebagai responden kajian. Data yang diperolehi adalah berdasarkan sepenuhnya kepada maklumbalas yang diberikan murid-murid bermasalah melaui borang soal selidik. Data-data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan statistik diskriptif. Dapatan kajian ditabulasi dengan skor min dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi pejar-pelajar bermasalah pendengaran bersifat positif terhadap kaedah pembelajaran berbantukan komputer. Penggunaan multimedia ini bukan sekadar dapat mempelbagaikan kaedah pembelajaran tetapi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. KESIMPULAN: Kajian ini telah menjawab ketiga-tiga persoalan yang telah ditimbulkan oleh penyelidik. Tidak dapat disangkal lagi penggunaan teknologi dalam bentuk komputer memang dapat memperkayakan kehidupan dan produktiviti pelajar bukan sahaja permasalah pendengaran malah mereka berkeperluan khas yang lain. Ini dapat dibuktikan dengan pesepsi terhadap kaedah penggunan PBK dalam pengajran dan pembelajaran Geografi yang positif dan memberangsangkan. Perkembangan teknologi ini dapat memberi pengaruh kepada pengalaman pendidikan dan perkembangan seorang pelajar yang bekeperluan khas (Hagen 1984) Guru merupakan golongan profesional yang terlibat secara langsung dalam proses pendidikan. Jusreru itu, strategi, kaedah dan teknik pengajaran guru amat penting dalam menpengaruhi setiap insan yang dididik. Apabila guru mengaplikasikan kaedah PBK sebagai mod penyampaian pengajaran, ini tidak bermakna kaedah penyampaian lain tidak lagi berfungsi sebagai mod penyampaian isi pengajaran. Pada hakikatnya kaedah PBK merupakan salah satu pelengkap kepada kaedah pengajran di bilik darjah. Aspirasi negara akan menjadi kenyataan jika semua pelajar di Malaysia tanpa mengira kecacatannya telah diberipendedahan, tunjuk ajar dan latihan dengan kaedah PBK dalam proses pembelajaranya. ______________________________________________________________________________ _____ Jurnal Sepuluh Sumber Jurnal: Jurnal Proceedings of ICEFA 2002. Volune 1., Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk: Pengajaran Menggunakan Perisian Kursus Matematik Interaktif :Kajian Terhadap Kurikulum Pengajaran Berbantukan Komputer. Penulis: Mohd Arif Ismail, Mohd Jasmy Abd Rahman & Nor Aleywati Muhamad. 1.0 PENGENALAN: Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pengkaji menyatakan berlakunya anjakan paradigma dalam masyarakat Malaysia dalam pelbagai aspek terutamanya teknologi komputer dalam pendidikan. Kemunculan teknologi komputer dalam pendidikan khususnya makro komputer atau alat pamer grafik warna yang berelaian tinggi mampu memberi kesan yang lebih efektif dalam

proses pembelajaran. Menurut Gan Chia Leng (1998) tiga aspek penting ini dapat dilihat sebagai alat, pembimbing, dan pelajar yang merupakan peranan komputer dalam bidang pendidikan. Aspek peranan komputer sebagai pembimbing mengfokuskan kepada penggunaan perisian yang telah disediakan. 2.0 PENYATAAN MASALAH Pengkaji mendapati bahawa perisian pendidikan atau segala bentuk perisian yang kurang bermutu menyebabkan penggunaan PBK adalah rendah dan ini telah disahkan sendiri daripada perakuan laporan yang dibuat oleh SEAMEO (South-East Asian Miniter of Education Organisation) yang menyatakan PBK adalah rendah jika perisian yang digunakan adalah yang kurang bermutu. Maka penumpuan seharusnya diberi atas menghasilkan perisian PBK yang berkualiti (Yu sup Hashim, 1998) Namun begitu mengikut penulis perisian yang sedia ada mungkin tidak sesuai dan mengandungi beberapa kekurangan yang perlu dibaiki lagi. Kebanyakan pakej perisian yang ada dipasaran tidak dibina dan direka mengikut sukatan pelajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajar. Kebanyakan perekanya lazimnya seorang pakar dalam bidang komputer tetapi tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang pendidik. Kekurangan pengalaman dalam bidang pengajaran menyebabkan mereka tidak dapat membina suatu perisian yang bertepatan dengan keperluan pembelajaran. Faktor ini mendorong pengkaji menjalankan kajian ke atas penghasialan perisian pembelajaran dan pembelajaran. Manakala pemilihan topik Ungkapan dan Persamaan Kuadratik untuk Tingkatan 4 adalah disebabkan segelintir pelajar didapati cuai. 3.0 OBJEKTIF KAJIAN: Pengkaji menampilkan beberapa objektik bagi kajiannya: Mengenalpasti tahap keberkesanan perisian kursus yang dihasilkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengetahi tahap kefahaman pelajar menggunakan perisian yang dihasilkan. Mengetahui sejauh mana penggunaan perisian kursus ini dapat meningkatkan minat pelajar terutama sekali bagi matapelajaran matematik 3.0 METODOLOGI DAN PENYELESAIAN: Kaedah kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan Empat di SMK Jalan Dua, bandar baru Bangi , Selangor Darul Ehsan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dan perisian kursus dalam bentuk compact disc yang dianalisis dengan menggunakan program SPSS version 10. Data-data diperolehi dan dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan peratusan dan statistik deskriptif. Purata min bagi setiap item yang diperolehi dalam persembahan perisian adalah 4.33. Nilai min ini menunjukkan bahawa perisian yang dibangunkan berada pada tahap yang baik. Namun demikian perisian itu patut diperbaiki untuk menghasilkan perisian yang benar-benar bermutu dan mantap. Paparan pengguna yang baik membolehkan pelajar mempelajari subtopiksubtopik yang dikemukakan dengan mudah. Pengkaji mengharapkan penggunaan perisian PBK bagi tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik ini dapat memberi manafaaat kepada guru dan pelajar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di samping menjadi bahan pembelajaran kendiri di rumah. KESIMPULAN:

Keberkesanan penggunaan perisian kursus dalam kaedah PBK sebenarnya banyak bergantung kepada kesedaran guru untuk cuba mnegubah corak pendidikan yang telah mereka amalkan sebelum ini. Namun peranan guru sebagai fasilitator tidak boleh dipertikaikan. Perisian kursus perlulah dilihat sebagai bahan bantu mengajar yang boleh memangkin proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Home Subscribe to: Posts (Atom)

You might also like