You are on page 1of 9

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2011

HBPE2203 UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGENALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

MOHD FADZIL BIN MUSTAFA 790330035791002 790330035791 0137671588 fadzilmustafa@gmail.com IPG SULTAN MIZAN, 22200 BESUT, TERENGGANU

1.0 PENGENALAN Istilah pengukuran dan penilaian kerap digunakan. Namun istilah ini selalu disalah gunakan. Untuk memahami istilah pengukuran dan penilaian, kita harus faham dahulu tentang pengujian dan seterusnya pengukuran dan penilaian. Ini kerana apabila konsepnya telah difahami, proses proses penilaian dapat dijalankan dengan baik dan keputusan dapat dibuat. Ujian boleh didefinisikan sebagai alat atau instrumen yang digunakan untuk memperolehi maklumat tentang individu atau sesuatu objek. Instrumen boleh wujud dalam bentuk soalan yang ditanya dalam kertas atau temuduga, pemerhatian tentang aktiviti fizikal yang dijalankan atau pemerhatian tingkahlaku dengan menggunakan senarai semak. Dalam Pendidikan Jasmani, ujian boleh dijalankan untuk menentukan tahap kecergasan, kemahiran motor, tingkahlaku dan perasaan yang berkenaan aktiviti fizikal. Contohnya ujian larian 12 minit biasanya digunakan untuk menguji daya tahan kardiovaskular. Walau apa bentuk ujian digunakan, ia harus mempunyai kesahan dan kebolehpercayaannya Apabila sesuatu ujian telah ditentukan atau dibentuk maka langkah seterusnya adalah menjalankan atau mentadbir ujian tersebut. Ia disebut sebagai pengukuran. Pengukuran adalah proses pengumpulan maklumat. Pengukuran yang dijalankan haruslah tepat dan boleh dipercayai. Proses pengukuran ini harus dilakukan oleh individu yang telah dilatih terlebih dahulu. Keputusan pengukuran boleh ditunjukkan dari segi perkiraan (quantifiable) seperti masa, jarak, bilangan atau bilangan tugasan yang dilakukan secara betul. Ukuran yang dibuat haruslah betul. Sebagai contoh kita tidak seharusnya menyebut masa yang dicatatkan untuk larian 50 meter dapat mengukur kepantasan seseorang pelari. Ia adalah lebih tepat sekiranya kita menyatakan: mentadbir larian 50 meter adalah prosedur pengukuran yang dapat menghasilkan skor ujian yang dapat menentukan kelajuan seseorang individu.

Penilaian (evaluation) pula adalah proses menentukan nilai terhadap data yang telah diperolehi. Penilaian juga merujuk kepada penterjemahan keputusan ujian kepada informasi yang bermakna. Ia akan digunakan dalam membuat pertimbangan atau keputusan yang tidak berat sebelah. Tanpa proses penilaian, data yang diperolehi adalah tidak bermakna. Kejayaan proses penilaian bergantung kepada kualiti data yang diperolehi. Sekiranya keputusan ujian tiada kesahan dan kebolehpercayaan, maka penilaian yang tepat tidak dapat dilakukan. Pengukuran yang berkesan akan membawa kepada penilaian yang tepat. Penilaian adalah proses yang dinamik dalam membuat keputusan. Ia melibatkan pengumpulan data yang bersesuaian (pengukuran), menilai data berdasarkan standard yang telah ditetapkan dan membuat keputusan berdasarkan data tersebut. Oleh itu boleh dikatakan bahawa pengujian, pengukuran dan penilaian berhubung kait diantara satu sama lain. 2.0 MAKSUD UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN 2.1 Ujian Ujian ialah suatu instrumen yang digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkenaan prestasi individu. Ia boleh mengambil beberapa bentuksoalan yang dicetak, soalan dalam bentuk temu duga, pemerhatian berkenaanprestasi fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semaka atau rekonanekdot. 2.2 Pengukuran Pengukuran ialah suatu proses mengutip maklumat. Melaksanakan ujian kepada pelajar ialah sebahagian daripada proses pengukuran. 2.3 Penilaian Penilaian ialah suatu proses menentukan nilai maklumat atau data yang dikutip. Ia meliputi ujian dan pengukuran.

2.0 TUJUAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI Penilaian adalah bertujuan : 1. Memfokuskan kepada setiap orang murid Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentangkelebihan dan kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapatmengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani membangun untuk meningkatkanlagi prestasi murid. 2. Menentukan status semasa murid Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi : a) Pemberian gred b)Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti c)Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi d)Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan e)Menentu aktiviti tertentu. 3. Memilih wakil sekolah Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuanmemilih wakil sekolah. Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentumembolehkan proses pemilihan dilaksanakan dengan lebih saksama. 4. Memotivasikan murid Penilaian memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapatmemberi kesan positif kepada murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusanpenilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan timbul dan ini akanmenyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa. 5. Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani Penilaian boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif programpendidikan jasmani dan kesihatan. Penilaian memberi maklum balas samaada program tertentu berkesan. Ini

memberi peluang kepada guru dan pihakpentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yangdiharapkan tercapai. 6. Membekalkan maklumat untuk kajian lain Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain 3.0 MENGKRITIK DAN MERUMUS PENDEKATAN TENTANG UJIAN

KECERGASAN Setelah menjalani pelbagai latihan bagi meningkatkan tahap kecergasan, seseorang itu perlu dinilai untuk mengetahui tahap pencapaian, kemajuan dan potensinya. Guru hendaklah menjadi penilai dengan menggunakan instrumen-instrumen ujian yang mempunyai kebolehpercayaan dan memberi keputusan-keputusan yang relevan. Pelbagai ujian boleh dijalankan bagi mengukur tahap kecergasan seseorang individu. Biasanya pemilihan sesuatu jenis ujian adalah berdasarkan kepada kebolehan mengukur apa yang sepatutnya diukur. Selain daripada itu, ujian-ujian yang hendak dijalankan perlulah sesuai dengan kebolehan murid dan ia juga perlu mengambil kira faktor peralatan yang akan digunakan dan tempat yang sesuai bagi menjalankan ujian-ujian tersebut. Ujian yang bakal dilaksanakan perlulah bersifat mudah dan senang untuk dijalankan. Untuk membina dan membentuk tubuh badan yang sihat, murid perlulah aktif melakukan aktiviti fizikal dan senaman setiap hari. Melalui ujian kecergasan yang digunakan, ia dapat meningkatkan pendidikan muridmurid dan membantu mereka memahami tentang aktiviti fizikal serta dapat memupuk sikap positif tentang sukan. Ujian kecergasan ini juga dapat memberi pengalaman dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pendidikan serta dapat memahami pedagogi pendidikan jamani. Terdapat 4 konsep asas dalam ujian dan penilaian, iaitu kesahan, kebolehpercayaan, objektiviti dan norma-norma. Kesahan adalah kriteria yang perlu dipertimbangkan apabila melakukan penilaian dalam ujian. Secara tradisionalnya, kesahan merujuk kepada apa yang hendak dinilai dalam ujian. Kebolehpercayaan pula merujuk kepada konsistensi sesuatu ujian.

Kecergasan fizikal terbahagi kepada dua iaitu kecergasan fizikal untuk kesihatan dan kecergasan fizikal untuk prestasi. Kecergasan fizikal untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dan ancaman penyakit hypokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya. Terdapat 5 kriteria penting untuk memilih ujian dalam penilaian iaitu mudah ditadbir, kos pentadbiran ujian, sumber manusia dan peralatan, memenuhi objektif serta mencabar dan bermakna. Terdapat 2 jenis penilaian dalam pendidikan jasmani iaitu penilaian sumatif dan penilaian formatif. Penilaian jenis sumatif adalah penilaian yang dijalankan selepas selesainya satu unit, satu kursus, satu semester atau setahun. Penilaian ini berdasarkan pengumpulan maklumat dalam jangka masa yang agak panjang. Penilaian jenis formatif adalah penilaian yang memberi maklumat untuk setiap hari atau setiap sub-unit yang diajar. Penilaian ini dianggap lebih penting berbanding dengan penilaian sumatif kerana ia memberi maklum balas serta-merta. Ini membolehkan pembetulan dilakukan di peringkat individu atau peringkat program dalam jangka masa yang pendek. Dalam keadaan di sekolah, jika polisi sekolah berkehendakkan seseorang guru memberi gred kepada pelajar maka seseorang guru itu haruslah menjalankan tugasnya untuk memberi gred seperti yang dikehendaki. Jika sebaliknya seorang guru tidak bersetuju dengan polisi tersebut, guru hendaklah mencari jalan untuk mengatasi masalah yang timbul. Objektif sesuatu program perlu dinyatakan secara eksplisit supaya ia boleh diukur. Objektif yang dinyatakan pula seharusnya boleh dinilai. Selepas penilaian dilaksanakan maklumat-maklumat itu mesti dianalisakan untuk mendapat nilai penilaian tersebut. Maklumat yang dikumpul seharusnya digunakan untuk memperbaiki program atau memberi maklum balas tentang penilaian ujian.

Guru bukan sahaja mesti berkemampuan melaksanakan penilaian tetapi juga mesti mahir dalam menginterprestasikan maklumat yang dikumpul melalui penilaian yang dijalankan. Pengetahuan yang mendalam tentang ujian adalah penting supaya maklumat yang diperolehi boleh digunakan sebaik mungkin. Walaupun penilaian boleh dilakukan secara subjektif, namun begitu keputusan itu sering menimbulkan tanda tanya. Untuk membuat keputusan secara profesional penilaian perlu digunakan untuk menjelaskan keputusn yang dibuat. Guru perlulah memastikan murid sentiasa berada dalam keadaan cergas dan mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani dengan lebih berkesan. Dengan memiliki tahap kecergasan fizikal yang baik, guru seharusnya boleh mendidik murid bagi memilih jenis sukan yang digemari untuk aktiviti kokurikulum, sukan dan riadah bagi mendapatkan kepuasan, keseronokan, kecergasan dan memenuhi masa lapang. Pendekatan pembelajaran dan pengajaran yang mantap perlu melalui proses pengujian dan pengukuran kecergasan fizikal yang piawai dan berterusan. Penggunaan prosedur ujian yang piawai secara berterusan bagi mengukur komponen kekuatan otot, daya tahan otot, daya tahan kardiovaskular, kelembutan, dan komposisi lemak dalam badan. Oleh kerana pengukuran dan penilaian komponen tersebut adalah penting, maka prosedur ujian dan norma kecergasan fizikal yang piawai berpandukan persekitaran murid perlu dilaksanakan. Bagi mendapatkan norma kecergasan fizikal murid, penyelidik telah menggunakan bateri ujian yang telah digunakan secara meluas di seluruh dunia. FITNESSGRAM digunakan secara menyeluruh dalam program kecergasan remaja kebangsaan yang telah diambil dan dipakai oleh semua peringkat. Melalui ujian kecergasan yang dilakukan, kita akan memperoleh manfaat yang berkesan dan baik daripada murid, secara tidak langsung, murid akan lebih terlatih didalam pembentukan wataknya dan disiplin di sekolah. Sukan memainkan peranan yang penting untuk melahirkan dan

membentuk perwatakan invididu yang positif. Murid akan memperolehi imej kendiri yang positif dengan menyertai pelbagai aktiviti kesukanan dan kecergasan. Seterusnya, ujian kecergasan ini membawa kesan positif di sekolah kerana dapat melahirka murid-murid yang cergas, cerdas dan mempunyai tahap kesihatan yang tinggi dapat dicapai secara keseluruhannya. Beberapa nilai positif lain yang dapat diamalkan dan membawa kebaikan di sekolah adalah seperti menghormati peraturan, memiliki sifat bekerjasama, bertoleransi dan mempunyai nilai-nilai murni yang lain.

RUJUKAN
http://www.scribd.com/doc/14660780/Pendidikan-Jasmani-Kajian-ujian-penilaiandan-pengukuran http://www.scribd.com/doc/30852916/penilaian-dalam-PJ http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/2009/05/pengertian-pengujianpengukuran-dan.html

You might also like