You are on page 1of 48

TAJUK TUGASAN : KAJI SELIDIK PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN MELIPUTI ASPEK : i. LATAR BELAKANG ii.

PROSES DIAGNOSIS/PENTAKSIRAN PELAJAR YANG DILAKUKAN OLEH PIHAK-PIHAK BERKENAAN iii. CIRI-CIRI DAN KEPERLUAN PELAJAR iv. CADANGAN INTERVENSI AKADEMIK DAN TINGKAHLAKU v. PROGRAM PENDIDIKAN INDIVIDU YANG DICADANGKAN KEPADA PELAJAR

DISEDIAKAN OLEH :

MOHD KHUSAIRI BIN MASUKIDAR

109679

Isi Kandungan 1. 2. 3. 4. Sejarah Masalah Pembelajaran ............................................................................ m/s 3 Pengenalan ............................................................................................................ m/s 4 Lawatan Kajian ..................................................................................................... m/s 7 Kajian .................................................................................................................... m/s 7 4.1 Tujuan Kajian .................................................................................................. m/s 7 4.2 Lokasi Kajian .................................................................................................. m/s 7 4.3 Sasaran Kajian ................................................................................................. m/s 8 4.4 Instrumen Kajian ............................................................................................. m/s 9 4.4.1 Soal Selidik ......................................................................................... m/s 9 4.4.2 Pemerhatian ......................................................................................... m/s 9 4.4.3 Temubual ............................................................................................. m/s 9 4.5 Latar Belakang Murid .................................................................................... m/s 10 5. Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) ............................................. m/s 11 5.1 Apakah ADHD ............................................................................................... m/s 11 5.2 Ciri-ciri ADHD .............................................................................................. m/s 11 6. Proses Pengumpulan Maklumat ........................................................................... m/s 13 6.1 Proses Diagnosis ............................................................................................ m/s 13 6.2 Sebelum Kelahiran ......................................................................................... m/s 13 6.3 Semasa Kelahiran ........................................................................................... m/s 14 6.4 Selepas Kelahiran ........................................................................................... m/s 14 7. Kepentigan Penilaian Diagnostik ......................................................................... m/s 15 8. Penilaian Perkembangan ...................................................................................... m/s 15 8.1 Emosi Sosial ................................................................................................... m/s 15 8.2 Bahasa dan Komunikasi ................................................................................. m/s 16 8.3 Jagaan Diri ...................................................................................................... m/s 17 9. Intervensi .............................................................................................................. m/s 18 9.1 Intervensi Awal .............................................................................................. m/s 18 9.2 Intervensi Akademik ...................................................................................... m/s 19 9.3 Cadangan Intervensi Bagi Sosial dan Emosi ................................................. m/s 20 9.4 Cadangan Intervensi Bagi Kemahiran Motor ................................................. m/s 22 9.5 Cadangan Intervensi Bagi Aspek Bahasa, Komunikasi dan Pertuturan ......... m/s 23 9.6 Cadangan Intervensi Bagi Jagaan Diri ........................................................... m/s 24 10. Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ................................................................ m/s 25 10.1 Objektif RPI ................................................................................................. m/s 25 11. Kriteria Penilaian .................................................................................................. m/s 26 12. Strategi Pengajaran ............................................................................................... m/s 26 13. Kesimpulan ........................................................................................................... m/s 28 14. Rujukan ................................................................................................................ m/s 29 15. Lampiran .............................................................................................................. m/s 30

2011/2012

Page 2

1. Sejarah Masalah Pembelajaran Istilah masalah pembelajaran telah diperkenalkan sekitar tahun 1980 an dan dikenali sebagai cacat akal. Istilah ini kemudiannya telah ditukar kepada masalah pembelajaran melalui Laporan Warnock yang merujuk kepada jenis kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh itu beberapa kriteria kanak-kanak telah disenaraikan termasuk dalam kategori berkeperluan khas ini. Di antaranya ialah sindrom down, autism, celebral palsy, masalah pertuturan dan komunikasi, ADD/ADHD, keupayaan mental yang rendah dan kanakkanak pintar cerdas. Kecacatan dan ketidaksempurnaan yang dimiliki oleh mereka ini akhirnya memerlukan satu bentuk sistem bantuan berupa sokongan daripada pelbagai pihak supaya mereka juga boleh terus hidup bersama-sama kanak-kanak yang normal.

2011/2012

Page 3

2. Pengenalan Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (p & p) yang bermakna itu akan dapat diketahui sekiranya elemen penilaian dilakukan dengan betul dan teliti bagi memperoleh dan membezakan tahap kemampuan murid seterusnya diambil tindakan selanjutnya. Ini dapat menentukan status semasa murid seterusnya guru dapat merancang satu langkah penambahbaikan khususnya bagi murid yang mengalami masalah yang menghalang pembelajaran mereka kerana sesuatu objektif dan strategi pengajaran itu kadangkala tidak bersesuaian dengan tahap kebolehan dan kesediaan murid. Secara umumnya penilaian boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah atau sistem yang digunakan untuk membuat sesuatu perancangan baru yang lebih berkesan berdasarkan keputusan daripada pengumpulan maklumat yang diperoleh. Idea ini telah disokong oleh D. Stufflebeam yang menjelaskan penilaian sebagai satu proses menentukan, mendapatkan dan memberi maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan yang akan diambil selanjutnya. Bagi mengukuhkan sesuatu penilaian, maka proses diagnosis amat dititikberatkan bagi menentukan jenis-jenis kelainan dan ketidakupayaan murid lebih awal secara saintifik. Diagnostik berasal daripada perkataan Greek iaiti gnosis yang bermaksud pengetahuan. Justeru itu, penilaian diagnosis telah ditakrifkan sebagai satu proses untuk mengenal pasti akan penyakit atau ketidakupayaan dan kelainan daripada keadaan yang sepatutnya terhadap seseorang individu itu. Penilaian diagnosis ini dibuat sebagai satu proses lanjutan daripada penilaian pengesanan yang dilakukan secara teliti bagi mengesahkan kewujudan sekatan dan ketidaakupayaan yang boleh menghalang tahap perkembangan pelajar. Hal ini turut disokong oleh beberapa tokoh seperti Terry Everton yang berpendapat penilaian diagnostik untuk ketidakupayaan adalah satu kemahiran yang spesifik dan khusus yang diperlukan untuk merancang matlamat pendidikan yang berkesan. John J. Venn pula telah menegaskan bahawa wujudnya perbezaan ketara penilaian diagnostik dengan penilaian pengesanan kerana penilaian diagnostik memerlukan penyediaan pengukuran yang lebih mendalam dan komprehensif terhadap tahap keupayaan pelajar sekaligus memerlukan guru menggunakan dapatan maklumat tersebut untuk merancang intervensi yang sesuai.

2011/2012

Page 4

Bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pula mendefinisikan penilaian diagnosis sebagai satu usaha bagi megumpul data tertentu yang menjejaskan dan menyulitkan pembelajaran dengan memfokuskan kebolehan murid dalam beberapa bidang. Penekanan ini juga dilihat dari skop pendidikan kanak-kanak khas yang mengkategorikan sebagai penilaian secara spesifik yang hanya boleh dilakukan oleh pakar psikiatris dan psikologis. Perlaksanaan penilaian diagnosis perlu dititikberatkan bagi menentukan jenis-jenis ketidakupayaan kanak-kanak lebih awal dan spesifik. Berbeza dengan kanak-kanak yang tampak jelas mempunyai masalah ketidakupayaannya seperti selebral palsi dan sindrom down contohnya, pengamatan dan pemerhatian yang tepat sangat diperlukan bagi

mengesan masalah berkaitan dengan kognitif, emosi, sosial dan yang berkaitan. Justeru itu, pengetahuan masalah kesulitan pembelajaran ini akhirnya memudahkan guru untuk menggunakan pendekatan pengajaran yang sesuai untuk mengatasi masalah murid tersebut. Guru juga akan dapat menjadikan maklumat tersebut sebagai unjuran bagi melaksanakan jenis bimbingan kepada murid yang lemah dan memperkayakan kemahiran bagi murid yang sebaliknya mengikut jenis-jenis ketidakupayaan murid. Hasil dapatan diagnosis yang dibuat ini turut memudahkan guru untuk merancang dan melaksanakan program intervensi awal bagi meningkatkan kemahiran dan nilai potensi murid bersesuaian dengan tahap kemampuan mereka. Program intervensi awal ini adalah turut meliputi jenis penempatan yang lebih tepat untuk murid, merancang kaedah rawatan yang berdasarkan keperluan perubatan, terapi serta bimbingan yang bersesuaian mengikut keperluan. Perolehan diagnosis ini juga dapat membolehkan guru dan ibu bapa untuk lebih memahami akan keperluan dan masalah sebenar kanak-kanak dari pelbagai aspek. Keperluan ini sebenarnya sangat penting bagi mewujudkan kolaborasi didikan yang sesuai secara berterusan di antara ibu bapa di rumah dengan guru di sekolah sekaligus dapat melihat perkembangan kanak-kanak berdasarkan jenis ketidakupayaan mereka dari masa ke semasa. Penilaian diagnosis bukan sahaja bertujuan untuk mengenalpasti jenis ketidakupayaan kanak-kanak lebih awal dan spesifik jenis halangannya tetapi ianya lebih bersifat menyeluruh dan memerlukan tindakan lanjut secara berterusan. Bagi sesetengah ibu bapa yang langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang jenis kehilangan keupayaan anak mereka, ini adalah ruang yang dapat membatu pemahaman mereka tentang tahap
2011/2012 Page 5

perkembangan anak mereka secara mendalam. Fenomena ini membolehkan ibu bapa berikhtiar, meluangkan lebih tumpuan dan mencari khidmat pakar-pakar tertentu sebagai tindakan susulan bagi membantu anak mereka sendiri. Ini sekaligus dapat mengurangkan bebanan harapan yang tinggi kanak-kanak tersebut daripada ibu bapanya sementara guru pula dapat merancang dan melaksanakan program yang bersesuaian supaya murid tidak keciciran dalam akademik dan mampu hidup berdikari. Ini mengukuhkan lagi tanggapan betapa pentingnya ujian diagnostik dalam mengukur kemahiran khusus, kekuatan dan ketidakupayaan murid itu dan keperluan perubahan sistem pembelajaran bertepatan dengan tahap mereka. Melalui pengujian dan penilaian yang dilakukan oleh pakar-pakar yang bertauliah, maka adalah wajar bagi murid tersebut mengikuti jenis perkhidmatan pendidikan dipanggil Pendidikan Khas dengan meletakkan satu kumpulan murid yang bermasalah pembelajaran sebagai penempatan baru. Hal ini dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan dengan meletakkan objektif sesuatu slot pengajaran itu di aras yang sesuai dengan tahap keupayaan mereka sendiri dan membolehkan murid berasa lebih selesa mengikuti pembelajaran.

2011/2012

Page 6

3. Lawatan Kajian Bagi memudahkan proses kaji selidik ini dibuat, saya telah melakukan satu lawatan kajian secara individu pada tarikh 28 Oktober 2011 bersamaan hari Jumaat di Sekolah Kebangsaan Batu 38, Sabak Bernam, Selangor. Lawatan ini telah saya jalankan bermula dari jam 9 pagi hingga ke 12 tengah hari dan mendapat layanan dan kerjasama yang sangat positif daripada guru besar sekolah, pihak pengurusan sekolah, panitia Pendidikan Khas sekolah, guru-guru dan juga murid kelas Pendidikan Khas itu sendiri. Semasa proses lawatan itu, pihak sekolah melalui guru besarnya telah memperkenalkan guru kanan kelas Pendidikan Khas, Cikgu Norizah bt. Sani untuk memudahkan proses pengumpulan maklumat yang dikehendaki. Di awal proses pengumpulan maklumat, Cikgu Norizah telah memberi penerangan serba sedikit tentang kelas Pendidikan Khas Integrasi di sekolah itu. Beliau menjelaskan bahawa kelas Pendidikan Khas SK Batu 38 baru sahaja beroperasi di tahun yang pertama dengan mempunyai jumlah murid seramai 20 orang yang terdiri dari jenis kategori

kecacatan fizikal seorang, kecacatan telinga seorang dan bermasalah pembelajaran 18 orang dan mempunyai 4 orang tenaga pengajar dan 2 orang pembantu pengurusan murid. Sebagai langkah supaya saya dapat menjalankan proses kaji selidik ini dengan lebih mudah, Cikgu Norizah telah mencadangkan muridnya yang bernama Ahmad Husaini bin Mabahwi yang berumur 8 tahun sebagai sampel kajian. Berdasarkan keterangan Cikgu Fadzilah, Ahmad Husaini atau lebih digelar dengan nama Mat oleh rakan-rakannya telah disahkan sebagai murid yang tergolong dalam jenis-jenis keperluan khas yang dikenali Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik oleh pegawai perubatan yang menjalankan pengesahan.

2011/2012

Page 7

4. Kajian 4.1 Tujuan Kajian Objektif kajian ini pada dasarnya ialah bertujuan untuk mengenal pasti ciri-ciri masalah pembelajaran yang mencakupi jenis permasalahan ADHD terhadap sampel (individu) dalam kajian. Melalui dapatan hasil kajian ini, ianya dapat meransang kepelbagaian teknik dan cara untuk meningkatkan dan mengembangkan pencapaian dan potensi murid secara spesifik melalui penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan di masa akan datang. Selain itu, kajian ini dapat memberi gambaran sebenar terutamanya berkenaan jenis gangguan-gangguan yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mendapat pendidikan kelas normal. Melalui kajian penilaian ini, ianya dapat memberi penjelasan tentang tahap pencapaian murid serta mengenal pasti aspek-aspek yang perlu diberi penekanan dan sokongan yang berterusan supaya kehadiran mereka di dunia ini tidak disisihkan oleh ibu bapa dan masyarakat sekeliling.

4.2 Lokasi Kajian Lokasi kajian ini dijalankan di dalam kelas Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan Batu 38, Sabak Bernam, Selangor. Sampel kajian (murid yang terlibat) sudah hampir dua tahun mengikuti sistem pembelajaran berorientasikan kurikulum Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

4.3 Sasaran Kajian Sasaran atau sample kajian yang dijalankan kaji selidik ialah melibatkan seorang murid bermasalah pembelajaran bernama Ahmad Husaini bin Mabahwi, 10 tahun yang menjalani pembelajaran di kelas Pendidikan Khas SK. Batu 38, Sabak Bernam. Dia telah disahkan sebagai murid yang mempunyai keperluan khas dalam pembelajaran oleh Doktor Gevanathankumar, iaitu pegawai perubatan di Hospital Tengku Ampuan Jamaah, Sabak Bernam pada tarikh 28 September 2010. Pada ketika itu dia mendapat pendidikan di SK. Kg. Baru dan berkuatkuasa tarikh tersebut dia

2011/2012

Page 8

telah ditukarkan ke SK Batu 38 bagi mengikuti sesi pembelajaran di kelas Pendidikan Khas.

4.4 Instrumen Kajian Bagi mengenalpasti jenis masalah pembelajaran sampel kajian (Ahmad Husaini) dengan lebih jelas dan terperinci, saya telah menggunakan beberapa instrumen yang difikirkan sesuai dalam usaha mengumpulkan data dan maklumat dengan tepat dan lengkap seperti di bawah : 4.4.1 Soal selidik Pengumpulan data melalui soal selidik diberi kepada murid bertujuan mendapatkan gambaran awal berkenaan pencapaian murid tersebut dari aspek tahap kebolehupayaan dan kekurangan bagi memghalusi matlamat kajian. Soal selidik ini dijalankan dalam bentuk lisan dan tulisan juga turut cuba mengesan kebolehan pengurusan diri sampel dari aspek tingkahlaku, sosioemosi, kognitif dan lain-lain.

4.4.2

Pemerhatian Proses pengumpulan data diteruskan dengan pemerhatian jangka pendek yang telah saya lakukan sepanjang berada di dalam kelas tersebut. Instrumen pemerhatian ini sangat penting dalam mengkaji perubahan tingkahlaku sampel semasa mengikuti sesi p & p yang dijalankan. Dapatan pemerhatian ini dapat direkodkan untuk mengenal pasti corak perubahan sikap dan tingkahlaku sampel semasa bersama guru dan rakan-sekelas untuk dijadikan sumber penelitian yang akan ditekankan nanti.

4.4.3

Temubual Data pengumpulan maklumat juga dibuat berdasarkan instrumen temubual yang dijalankan melibatkan guru-guru kelas khas dan ibu bapa sample bagi mendapatkan bayangan sebenar berkenaan tingkahlakunya. Pemilihan

instrumen temubual ini dibuat berasaskan usaha mengumpulkan maklumat secara terperinci khasnya bagi individu yang sudah mengenali sample dengan tempoh yang lama dan sebagai sumber yang rapat dengannya.
2011/2012 Page 9

4.6 Latar Belakang Murid

Nama Tarikh Lahir Tempat Lahir No Sijil Lahir Umur Bangsa Agama Warganegara Bil. Adik beradik Kategori Masalah Bahasa Pertuturan

: Ahmad Husaini bin Mabahwi : 28 Julai 2002 : Hospital Selayang : BA 11043 : 10 Tahun : Melayu : Islam : Malaysia : Anak tunggal : ADHD : Bahasa Melayu

2011/2012

Page 10

5. Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) 5.1 Apakah ADHD Jenis ketidakupayaan Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) adalah di antara jenis ketidakupayaan yang tegolong dalam kumpulan masalah

permbelajaran. Menurut Jamilah (2005), hiperaktif ialah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkahlaku yang terlampau aktif dan mengganggu selain masalah tumpuan yang sangat singkat. Istilah ini telah pun digunapakai dalam bidang perubatan bagi melambangkan gangguan hiperkinetik yang serius dan

berpanjangan seperti menurut Kasmini Kassim (1992), yang menyifatkan sindrom ini menyebabkan kanak-kanak tidak boleh duduk diam, terlalu lasak, impulsif, resah, suka merosakkan harta benda dan kemudahalihan perhatian. Terdapat empat jenis kelainan tingkahlaku yag dikategorikan dalam ADHD ini iaitu: -

a) ADD (Attention Deficit Disorder) b) ADD dengan impulsif c) ADHD (Attention Deficit Hyperactive Disorder) d) ADHD dengan impulsif ADHD dikategorikan gangguan pembelajaran dari sudut tumpuan dan perhatian yang mudah terganggu dan berlaku secara berterusan serta berulang-ulang jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal lain.

5.2 Ciri-Ciri ADHD Bagi tujuan mengklasifikasikan seseorang kanak-kanak itu adalah tergolong dalam pengidap ADHD, beberapa ciri-ciri telah dikenalpasti sebagai rujukan awalan dalam proses penilaian diagnosis. Terdapat beberapa simptom utama yang boleh dilihat secara pemerhatian tingkahlaku terhadap kanak-kanak ini Kanak-kanak penghidap ADHD pada kebiasaannya gagal untuk memberi tumpuan kepada sesuatu situasi dan sering gagal dan lalai ketika melakukan sesuatu aktiviti.oleh kerana kelalaian ini, maka risiko kekerapan mereka untuk melakukan kesilapan terhadap sesuatu aktiviti yang sedang dilakukan sering berlaku akibat kecuaian mereka.
2011/2012 Page 11

Mudah hilang tumpuan merupakan gejala yang nyata dan terserlah bagi kanakkanak yang disahkan mengidap gejala ADHD. Masalah ini dapat dilihat melalui tumpuan mereka dalam pengajaran terutama semasa aktiviti yang memerlukan murid berfikir berbanding aktiviti yang melibatkan penggunaan visual. Hal ini disebabkan oleh kecelaruan otak kanak-kanak untuk memberi tumpuan dan berfikir pada sesuatu masa. Berikutan dengan masalah mudah hilang tumpuan itu, murid sukar untuk mendengar dan menerima arahan yang diberikan. Ini menyukarkan sesi pembelajaran jika situasi ini berlaku di dalam kelas normal dan tanpa perhatian yang khusus, menyebabkan murid keciciran dalam pelajaran. Kesan daripada mudah hilang tumpuan itu menyebabkan kanak-kanak mudah lupa dan seterusnya pelbagai masalah mungkin terjadi jika tiada tindakan susulan yang sewajarnya diambil. Contohnya, mereka mudah lupa untuk mengingat sesuatu pembelajaran dan tidak dapat mengikut dan melakukan arahan yang diberikan dengan betul kerana sikap mudah lupa yang murid ini miliki. Lebih malang lagi, mereka juga mudah kehilangan alat tulis dan buku kerana sikap mudah lupa ini dan sikap pelupa ini memang sukar diubah kerana daya ingatan mereka sangat lemah. Kesukaran kanak-kanak ADHD ini juga menyebabkan mereka agak sukar untuk menguruskan diri terutamanya untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Keperluan masalah ini memaksa guru memberi tumpuan yang lebih kepada murid tersebut dengan mengawasi dan sebagai pemudahcara semasa murid dalam proses menyiapkan tugasan. Ketidakkonsisten emosi kanak-kanak ADHD sangat ketara jika dibandingkan dengan murid lain. Kanak-kanak ini selalu ketawa, benci atau enggan mendengar arahan dan memberi komtmen terhadap arahan dan tugasan yang diberi menyukarkan aktiviti yang dijalankan. Mereka juga agak sukar mengawal pergerakan tubuh mereka dari berdiam diri dan oleh sebab sikap ini, mereka dianggap pengacau utama dalam sesi p & p yang dijalankan. Kecelaruan otak untuk berfikir juga menyebabkan mereka mudah untuk diganggu oleh unsur luar dan ini sebenarnya mempunyai hubungkaitnya dengan tahap tumpuan mereka yang pendek itu. Gangguan luar itu seterusnya besar kemungkinan

2011/2012

Page 12

menjadi halangan kepada kepada murid untuk mengikuti aktiviti yang sedang dirancang oleh guru jika tidak dikawal dan diawasi oleh guru yang sedang mengajar.

6. Proses Pengumpulan Maklumat 6.1 Proses Diagnosis Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat lagi berkenaan latar belakang sampel, saya telah bertindak memilih dan menemubual ibu sampel sebagai sumber yang paling rapat dengan sampel itu sendiri. Pentingnya proses temubual bersama ibu sampel ini disebabkan ianya salah satu cara mengenali jenis gaya hidup sampel bermula dari sebelum, semasa dan selepas kelahirannya. Temubual ini dijalankan di dalam kelas Pendidikan Khas dengan izin ketua panitia Pendidikan Khas, Cikgu Norizah selesai sahaja sesi persekolahan tamat. Puan Darwina (ibu sampel) merupakan suri rumah sepenuh masa.

6.2 Sebelum Kelahiran Berdasarkan sesi temubual tersebut, ibu sampel mengaku bahawa semasa tempoh beliau mengandung, beliau tidak mengalami sebarang masalah yang rumit seperti kebiasaanya yang ibu mengandung rasa contohnya rasa mual dan loya keterlaluan, demam dan sebagainya. Dia juga tidak mengalami sebarang alahan dan tidak pernah sekali mengambil ubat-ubatan dan datang membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Sabak Bernam mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh doktor yang merawatnya. Beliau juga tidak pernah dimaklumkan akan kebarangkalian kandungannya mengalami risiko atau masalah oleh doktor yang membuat rawatan serta mengikut nasihat doktor bagi memastikan keselamatan kandungannya terjamin.

2011/2012

Page 13

6.3 Semasa Kelahiran Melalui temubual ini, ibu sampel telah memaklumkan bahawa sampel telah dilahirkan dengan cara pembedahan. Ini terpaksa dilakukan kerana secara tiba-tiba ibu sample mengalami pendarahan (tumpah darah). Walaubagaimanapun, sampel akhirnya selamat dilahirkan dengan cukup sifat pada jam 3.07 minit pagi di Hospital Selayang, Selangor.

6.4 Selepas Kelahiran Seperti bayi yang lain, sampel telah menerima beberapa rawatan dan suntikan imunisasi untuk menghindarkan diri dari risiko serangan jangkitan penyakit. Bagaimanapun, selesai saja ibu sampel selamat melahirkan bayinya melalui teknik pembedahan, sampel terpaksa ditahan di dalam wad untuk tempoh yang panjang iaitu sekitar 2 ke 3 minggu. Ini kerana sampel disyaki mengidap jangkitan demam kuning yang agak teruk dan suhu badannya dikatakan tidak sekata. Untuk suatu tempoh yang tertentu sehinggalah sample berumur 2 ke 4 tahun, sample dikatakan sebagai kanakkanak yang aktif dan sukar untuk dikawal pergerakannya. Tingkahlaku yang dianggap perkara normal bagi kanak-kanak oleh ibu bapa sample ini akhirnya dapat dikesan kelainannya oleh guru yang mengajar sampel sewaktu sampel bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru semasa berada di tahun 2. Melalui pemerhatian gurunya, sampel telah disyorkan untuk dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jammah, Sabak Bernam, bagi mengenal pasti secara spesifik mengikut pandangan perubatan berkenaan kesukaran mengawal tingkahlaku yang dilakukan oleh sampel. Melalui beberapa pengujian dan didiagnosis oleh pakar yang berkenaan, sampel telah disahkan mempunyai gejala ADHD dan bermasalah pembelajaran.

2011/2012

Page 14

7. Kepentingan Penilaian Diagnostik Penialaian diagnostik merupakan suatu alat pengukuran yang digunakan untuk menilai sejauh mana sesuatu kemahiran tertentu, kekuatan dan ketidakupayaan pelajar dan diharapkan melalui dapatan pengukuran itu, guru dapat merancang beberapa aktiviti dan program yang sesuai. Penilaian ini sangat bermakna bagi mengenalpasti kelebihan dan keupayaan kanak-kanak terlibat selain dapat dimanfaatkan oleh guru untuk membuat penambahbaikan terhadap sistem pengajaran bagi manfaat dan keperluan yang diperlukan oleh murid terlibat. Melalui proses ini, guru dapat merancang program intervensi awal khasnya untuk murid tersebut keupayaan mereka sendiri. dan membuat cadangan penempatan berdasarkan

8. Penilaian Perkembangan Menurut Abdul Rahim M. Ali (2007), perkembangan merupakan perubahan secara kuantitatif yang berlaku secara berterusan hingga ke akhir hayat. Ianya juga dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran. Kenyataan ini menjelaskan kepada kita bahawa faktor baka dan persekitaran amat mempengaruhi kadar pertumbuhan dan perkembangan kanakkanak. Kesan ini dapat dilihat di mana melalui faktor baka dan persekitaran, potensi kanak-kanak itu memberi impak besar terutamanyanya dari segi saiz fizikal, aspek mental, sosial dan emosi mereka. Oleh itu, penilaian aspek perkembangan individu itu dilihat berdasarkan skop perkembangan mereka seperti fizikal, kognitif, emosi, sosial, peengurusan diri, bahasa dan komunikasi.

8.1 Emosi dan Sosial Penilaian ini dilakukan melalui pemerhatian dan perubahan tingkahlaku sampel semasa proses lawatan berlangsung. Seperti yang kita ketahui, kanak-kanak ADHD mempunyai tahap emosi yang tidak menentu samada menjadi aktif dan kadangkala menjadi pasif. Ini menjelaskan kepada kita bahawa kecelaruan otak untuk berfungsi dengan baik menghalang kanak-kanak ini daripada mengawal tingkahlakunya sendiri. Impaknya, murid akan sering diabaikan oleh ibu bapa kerana tidak mampu lagi mengawal kelakuan kanak-kanak di rumah sementara di sekolah pula, mereka dilihat

2011/2012

Page 15

sebagai pengacau jika dibiarkan duduk belajar di kelas bersama kanak-kanak yang normal. Sampel memperlihatkan tingkahlaku mengganggu dengan bertindak

mengganggu rakannya yang lain untuk menyiapkan tugasa yang diberi selain kerap membuat bising di dalam kelas. Namun begitu, sekiranya gurunya memberi amaran dengan nada yang tinggi, sampel akan menangis dan menjerit dengan suara yang kuat dan masih lagi dalam situasi yang mengganggu sesi p & p. Sikap sampel yang suka mengganggu rakan-rakannya semasa menyiapkan tugasan yang diberi ternyata berbeza bila diberi arahan oleh guru untuk menyiapkan tugasannya sendiri. Perubahan ini dilihat apabila sampel telah bertindak untuk duduk secara berasingan dan sedikit jauh dari rakan-rakannya yang lain, tetapi masih lagi dalam keadaan membuat gangguan dengan bercakap tanpa henti. Sampel cuma akan mendiamkan diri dalam tempoh tidak kurang daripada 5 minit dan berdasarkan penerangan gurunya ketika saya ajukan perubahan sikap ini, gurunya menjelaskan bahawa tingkahlaku itu menunjukkan sampel tidak tahu untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Sampel semakin sukar dikawal terutamanya jika melibatkan aktiviti kumpulan dengan bertindak mengganggu rakannya di dalam kelas. Sampel juga gagal memberi kerjasama kepada guru dan rakan-rakannya terutama apabila diminta untuk melakukan aktiviti pergerakan dan lebih suka melakukan aktiviti pergerakan sendiri tanpa menghiraukan arahan guru. Bagaimanapun, dari segi sosial, sampel dilihat sangat peramah dan sepanjang beberapa tempoh berada di kelas tersebut, sampel selalu mencuri-curi peluang untuk berkomunikasi dengan saya tanpa berasa segan silu dan asing. Sampel juga mempunyai sikap yang peramah dengan rakan-rakannya meskipun kadangkala bertindak kasar dengan mereka. Hal ini dilihat apabila sampel asyik memuji-muji rakannya yang dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan hasil kerja yang menarik.

8.2 Bahasa dan Komunikasi Bahasa merupakan satu unit alat pertuturan bagi seseorang individu itu menyampaikan sesuatu maksud berupa maklumat arahan, permintaan, ayat penyata, pertanyaan dan sebagainya. Komunikasi pula merupakan jenis penyampaian bagi

2011/2012

Page 16

menyampaikan maksud sesuatu yang ingin dinyatakan kepada individu atau kumpulan lain samada secara lisan, bertulis, memek muka, bahasa isyarat dan sebagainya. Berdasarkan pemerhatian dan senarai semak yang dibuat, sampel didapati mempunyai masalah komunikasi yang agak ketara dengan tahap penguasaan bahasa yang lemah. Ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan kanak-kanak normal lain atau pun rakanrakannya yang sama-sama mengikuti kelas pendidikan khas itu kerana pada tahap umur 10 tahun, sampel masih gagal untuk menguasai perkataan yang mempunyai imbuhan dan kadangkala tidak tahu untuk meyatakan sesuatu perkataan yang ingin dia sampaikan. Aspek ini dapat dilihat apabila situasi sampel cuba bertanya tempoh waktu yang sedang berlaku ketika itu dengan tidak dapat menyebut perkataan jam (objek) dan bertindak menunjukkan isyarat pergelangan tangan.

8.3 Jagaan diri Bagi aspek penjagaan dan pengurusan diri, sampel telah berjaya membuktikan dia tidak memerlukan pengawasan dan bantuan individu lain contohnya ibu bapanya dalam melakukan aktiviti rutin kebersihan diri seperti mandi, membuang air kecil dan besar serta menyikat rambut. Sampel juga boleh melakukan aktiviti sama seperti kanak-kanak lain seperti membeli makanan di kantin tetapi masih memerlukan pengawasan gurunya dalam melakukan aktiviti luar contohnya aktiviti berkebun dan senaman fizikal. Ini kerana aktiviti tersebut memerlukan sampel melakukan aktiviti fizikal yang agak keras dengan penggunaan alatan pertukangan yang agak berbahaya dan dikhuatiri tanpa pengawasan yang betul, sampel mungkin akan mendatangkan kecederaan kepada murid yang lain.

2011/2012

Page 17

9. Intervensi 9.1 Intervensi Awal Intervensi awal atau rancangan pemulihan merupakan satu pelan tindakan yang dilakukan bagi mengatasi serba sedikit masalah ketidakupayaan kanak-kanak terhadap sesuatu objektif secara lebih terperinci serta memperkayakan kemampuan dan

kelebihan kanak-kanak secara maksimum. Rancangan intervensi ini boleh boleh dilaksanakan oleh guru dengan menyesuaikan jenis ketidakupayaan murid dengan menekankan dua faktor dalam aktiviti iaitu mengenalpasti kelainan dan kecacatan seawal mungkin dan menjalankan intervensi awal mengikut jenis masalah yang dihadapi. Pentingnya dua faktor ini dititikberatkan kerana kadar pembesaran dan sikap ingin tahu kanak-kanak di peringkat ini sangat tinggi dan perubahan ini sangat penting bagi memastikan matlamat pendidikan dapat dicapai. Enam garis panduan dan peranan pihak sekolah dari segi pengesanan awal seperti yang dinyakan oleh Aminah Bee (2000), sangat menekankan aspek kepentingan dan keperluan murid secara total. Guru kelas dilihat sebagai agen yang sensitif dan peka untuk mengenalpasti kanak-kanak yang tidak dan kurang memberi perhatian semasa proses p & p supaya langkah dan tindakan susulan yang sepatutnya dapat dilakukan. Kepelbagaian jenis sikap dan masalah murid juga perlu diambil kira terutamanya melibatkan kanak-kanak normal kerana berkemungkinan sikap negatif mereka itu berlaku disebabkan masalah kelainan atau kecelaruan dalam otak. Justeru itu, sebagai tindakan susulan awalan, adalah wajar bagi guru tersebut merujuk kepada guru yang mempunyai latihan khusus dalam pendidikan khas bagi mengenalpasti masalah sebenar murid. Keperluan untuk melakukan pengujian dan saringan terhadap murid-murid seawal dari tahun satu merupakan langkah asas bagi menentukan kebolehupayaan untuk mengenal masalah pembelajaran murid. Hal ini mempunyai kaitan dengan program KIA2M yang dijalankan sehingga setakat ini oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi pengesanan awal secara berekod tentang kemampuan murid dalam aspek menulis dan membaca. Oleh itu program intervensi yang sesuai dapat dijalankan bagi mengelakkan implikasi yang lebih buruk lagi berlaku jika tiada langkah pengesanan awal dibuat.

2011/2012

Page 18

Melalui intervensi awalan ini juga, ianya dapat memperlihatkan kerjasama di antara guru di sekolah dan ibu bapa di rumah khususnyakesedaran dan penerangan terperinci bagi mengendalikan anak-anak yang berkeperrluan khas ini. Ini kerana kebanyakan ibu bapa bersikap lepas tangan dan menganggap kelainan tingkahlaku anak itu sesuatu perkara yang normal dan kepercayaan sikap inilah perlu dihakis bagi membantu kanak-kanak itu sendiri

9.2 Intervensi Akademik Ibu bapa merupakan pihak yang sangat penting bagi melaksanakan dan melancarkan rancangan intervensi yang berfokuskan kepada perkembangan mental kanak-kanak. Ini termasuklah dengan keperluan ibu bapa membawa anak mereka didiagnosis oleh pakar perubatan saperti doktor, agar mengetahui jenis dan tahap perkembangan anak mereka selain memperoleh maklumat bermakna berkenaan penjagaan anak yang berlainan keupayaan ini. Dengan adanya kerjasama daripada ibu bapa dan guru ini, maka beberapa jenis sumber aktiviti terutamanya melibatkan terknik meransang daya ingatan, hafalan, pengamatan dan latihan dapat dilakukan secara berterusan. Aktiviti yang

menggalakkan murid untuk berfikir seperti sesi soal jawab dan kepelbagaian aktiviti berfokuskan kemahiran 3 M (membaca, menulis dan mengira) perlu ditekankan berdasarkan tahap kemampuan murid agar perkembangan mental murid tidak kekal rendah. Penjelasan ini menunjukkan betapa keperluan yang khusus sangat diperlukan terhadap kanak-kanak yang terlibat bagi mengelakkan murid dapat mengikuti modul pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan mereka.

2011/2012

Page 19

9.3 Cadangan Intevensi Bagi Sosial dan Emosi Proses interaksi sangat penting bagi menggalakkan perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak denga positif. Keperluan itu memerlukan guru mempelbagaikan jenis dan teknik perbualan terhadap kanak-kanak secara terkawal untuk melihat tindak balas atau respon murid terhadap sesuatu interaksi itu. Beberapa langkah seperti mewujudkan kumpulan kecil boleh dilaksanakan bagi menggalakkan proses komunikasi semasa proses p & p sekaligus dapat mengawal sikap mengasingkan diri kerana malu dengan ketidakupayaan diri mereka sendiri. Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam mewujudkan nilai sosial anak yang positif. Galakan ini dapat dilaksanakan melalui menjemput rakanrakan anaknya datang berkunjung ke rumah supaya proses interaksi itu kekal berterusan. Pun begitu, jenis interaksi yang melibatkan sample diperhatikan dan dirancang bagi mengelakkan proses interaksi itu sukar dikawal terutaanya bagi mengelakkan jenis komunikasi yang negatif seperti makian, ejekan dan seumpamanya. Dari sudut emosi, guru boleh memberikan pelbagai jenis peneguhan seperti ganjaran dan pujian bagi tingkahlaku yang positif manakala teguran dan dendaan bagi tingkahlaku yang negatif. Peneguhan ini sangat penting bagi menggalakkan murid lebih bersemangat dan bersikap positif berdasarkan tingkahlaku mereka. Ganjaran berupa hadiah, pujian atau tepukan boleh merangsang situasi yang bermakna kepada murid jika dapat melakukan sesuatu dengan betul manakala peringatan dan dendaan pula sebagai proses pengajaran kepada murid untuk tidak melakukan sesuatu tingkahlaku yang bersifat negatif. Dengan cara ini, sampel akan berasa lebih dihargai dan meransang mereka untuk melakukan sesuatu perkara dengan betul serta tidak mahu melakukan kesalahan secara berulang. Bagaimanapun untuk peneguhan bersikap

2011/2012

Page 20

teguran dan dendaan sewajarnya murid diterangkan mengapa sesuatu dendaan itu terpaksa dilakukan supaya murid faham akan konsep sebenar dari tindakan guru itu. Bagi mengurangkan gangguan dari masalah mungkin ditimbulkan oleh murid, guru sangat memainkan peranan yang penting dalam proses kawalan kelas dengan mewujudkan campur tangan bagi beberapa sitauasi. Ini dapat meransang hubungan dan nilai emosi yag positif dan sampel akan faham akan konsep penghargaan dan dendaan itu dengan lebih berhati-hati terhadap setiap tindak tanduk yang ingin dilakukan bukan sahaja di sekolah, malahan di rumah. Guru juga perlu lebih berperanan bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan mempunyai elemen kasih sayang yang tinggi. Sehubungan dengan itu, guru sendiri perlu lebih bersedia mempunyai nilai emosi dan mental yang bersifat kasih sayang dan oleh mengadaptasikannya melalui proses p & p yang dijalankan. Usaha mewujudkan hubungan yang erat di antara guru dengan murid sangat penting bagi membantu proses kesedaran murid sendiri agar mengetahui adanya nilai kasih sayang dari guru tersebut sekaligus meransang sikap yang lebih positif di dalam kelas.

2011/2012

Page 21

9.4 Cadangan Intervensi Bagi Kemahiran Motor Pergerakan otor kasar yang lancar sangat penting bagi membantu murid

melakukan aktiviti yang bersifat memerlukan sedikit kerahan tenaga yang lebih. Ini boleh dilakukan terutamanya semasa menjalankan aktiviti Pendidikan Jasmani di mana pergerakan lokomotor kasar perlu dirancang dan dimaksimumkan oleh guru. Konsep ini perlu ditekankan selain dapat mewujudkan pembelajaran yang berkesan, menarik dan menyeronokkan murid itu sendiri. Aktiviti berupa sukaneka dan permainan kecil ini menggalakkan sample memaksimumkan lebihan tenaganya (berdasarkan kes penghidap ADHD) dengan membuat aktiviti larian dan lompatan secara bersungguh-sungguh. Bagi skop pembelajaran motor halus pula, guru perlu lebih kreatif terutamanya memilih teknik yang mudah supaya objektif kemahiran yang mahu dicapai dapat dilaksanakan dengan mudah dan dikuasai sepenuhnya. Aktiviti ini memerlukan koordinasi mata dan tangan yang selari dan serentak dan ianya boleh dilakukan terutama semasa aktiviti berpusatkan kreativiti dan estetika. Aktiviti berupa melukis, mewarna, mengikut garis dot dot, melipat dan membentuk origami, menampal dan seumpamanya merupakan sokongan awal dalam membentuk kemahiran lokomotor halus murid. Bagaimanapun bagi aktiviti yang memerlukan sampel memegang peralatan tajam dan berbahaya seperti menggunting perlu dikawal dengan lebih ketat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku. Bagaimanapun, sokongan yang berterusan daripada pihak ibu bapa sangat perlu bagi memastikan proses kemahiran ini dapat diperbaiki dari semasa ke semasa oleh murid dan dapat dikekalkan kemahiran tersebut. Keperluan ini boleh dilaksanakan melalui aktiviti kesinambungan murid iaitu dari aktiviti di dalam kelas hingga ke rumah dan pengekalan ini memerlukan sokongan yang sepenuhnya dari ibu bapa.

2011/2012

Page 22

9.5 Cadangan Intervensi Bagi Aspek Bahasa, Komunikasi dan Pertuturan Komunikasi merupakan medium penting dalam menyampaikan sesuatu itu agar lebih mudah dan dapat difahami. Berdasarkan kes kajian, cadangan intervensi awal ini perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap komunikasi dan aspek pengayaan bahasa selain memastikan pertuturan mudah dan lancar tanpa sekatan dan halanagan. Oleh itu, keperluan kerjasama di antara guru di sekolah dan ibu bapa di rumah perlu ditingkatkan bagi menggalakkan perkembangan bahasa sampel ke tahap yang optimum dan mengelakkan sampel terus mengekalkan sesuatu penggunaan bahasa yang tidak tepat kekal berterusan. Justeru itu, diharapkan dengan penggabungjalinan matlamat di antara guru dan ibu bapa ini dapat memperbaiki tahap bahasa murid agar lebih bermakna dan memperkayakan jenis penggunaan bahasa supaya murid dapat berkomunikasi dengan lebih baik lagi. Ransangan berterusan ini juga boleh dilakukan dengan mewujudkan kumpulan kecil semasa aktiviti dilakukan supaya proses komunikasi ini dapat digalakkan melalui penglibatan murid lain melalui perbincangan dalam kumpulan. Secara tidak langsung, sampel akan dapat menghakis rasa rendah dirinya kerana tidak dapat menguasai bahasa dengan betul dan membantu sampel untuk melakukan dan menyiapkan aktiviti yang diberi dengan mudah. Bagi menggalakkan pertuturan secara formal di antara sampel, murid-murid lain dengan guru, sistem penggiliran untuk menjadi ketua kelas boleh dilaksanakan. Ini bermaksud semua murid berpeluang untuk menjadi ketua kelas dan proses ini menggalakkan penggunaan ucapan dan bahasa yang sopan selain menimbulkan rasa hormat dan berkeyakinan semasa bertutur.

2011/2012

Page 23

9.6 Cadangan Intervensi Bagi Jagaan Diri Untuk memastikan kejayaan aspek ini mencapai objektif yang diinginkan, ianya sangat memerlukan kerjasama yang sepenuhnya daripada ibu bapa murid sendiri kerana tugas pengurusan diri ini kebanyakannya dilakukan di rumah. Penekanan ini boleh dilakukan dengan menggalakkan sampel melakukan aktiviti secara sendirian tetapi di bawah kawalan ibu bapa sekaligus mewujudkan semangat ingin berdikari murid. Latihan penjagaan kesihatan dan kebersihan berupa mandi, memberus gigi, mengguna dan membersihkan sangat penting bagi pemupukan nilai berdikari sampel. Konsep latihan ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan diperkayakan lagi dengan aktiviti lain seperti membasuh pinggan selepas makan sendiri, melipat baju sehinggalah kepada penggunaan peralatan yang tajam seperti pisau, gunting dan sebagainya.

2011/2012

Page 24

10. Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Rancangan pendidikan individu (RPI) merupakan satu bentuk dokumen bertulis yang dirancang terlebih dahulu oleh guru untuk seorang murid yang berkeperluan khas yang dibuat pemerhatian berdasarkan jenis-jenis objektifnya sendiri. Ianya merupakan sejenis alat dokumentasi keperluan murid. Sistem pendidikan di Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2000 juga telah menggariskan kepentingan RPI sebagai modul penilaian konsisten untuk seseorang sebagai teras perancangan pendidikan dalam program pendidikan khas. Mengikut pandangan Daniel et al. (1997), menyifatkan RPI sebagai satu kontrak perjanjian tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan oleh guru untuk murid semasa murid berada di sekolah. Ringkasnya di sini, RPI ialah perjanjian dan persetujuan bertulis secara bersama di antar guru dan ibu bapa murid bagi menentukan jenis, cara dan bagaimana keperluan yang termaktub dalam terma yang terkandung dipenuhi. bagi jenis pengubahsuaian dan penerapan yang ditumpukan untuk

10.1 Objektif Rancangan Pendidikan Individu (RPI) Pengenalan modul RPI di dalam kelas pendidikan khas ialah untuk menguji tahap pencapaian seseorang pelajar itu untuk mencapai objektif atau hasil pembelajaran yang ditentukan terlebih dahulu oleh guru semasa p & p berlangsung. Untuk mencapai matlamat tersebut, ianya telah dibuat secara berperingkat-peringkat di mana sasaran objektif sesuatu yang ingin dinilai itu ditetapkan tempoh masanya secara beransuransur. Dapatan itu akan direkod secara terperinci supaya penambahbaikan dapat dibuat mengikut tertibnya.

2011/2012

Page 25

11. Kriteria Penilaian Bagi menetapkan sesuatu pencapaian objektif yang hendak dicapai oleh murid dalam sesuatu sesi pengajaran, guru perlu menetapkan terlebih dahulu kriteria tersebut bersesuaian dengan murid atau sebaliknya. Ini memudahkan sesuatu rekod itu dibuat berdasarkan aras perkembangan yang betul dan tepat.

12. Starategi Pengajaran Berbeza dengan kelas pendidikan bagi kanak-kanak normal, strategi pengajaran dalam kelas pendidikan khas tidak mempunyai keseragaman yang khusus kerana tahap kognitif dan penaakulan murid di dalam kelas berbeza-beza. Hal ini memberi impak kepada guru untuk terus mengikuti tahap perkembangan murid secara berterusan supaya penilaian dan rekod dapat diperhatikan perkembangannya. Oleh itu, tidak menghairankan jika dewasa ini peralatan elektronik berupa radio, televisyen, pemain dvd dan lcd telah dibekalkan dan guru-guru telah mengaplikasikan sebagai medium utama dalam pengajaran dan pembelajaran murid-murid khas. Ini merupakan satu langkah dalam bentuk psikologi bagi menarik dan mengekalkan perhatian dan tumpuan murid untuk terus mengikuti pembelajaran. Perkembangan teknologi telah banyak diadaptasikan ke dalam slot sesuatu pengajaran supaya murid berminat untuk mengikuti pembelajaran dalam suasana yang ceria dan kondusif. Sokongan peralatan bantu mengajar merupakan salah satu cabang pilihan bagi guru untuk memastikan sesi p & p mencapai objektif dan memberi makna kepada murid. Pun begitu, penggunaan bahan bantu mengajar yang lain seperti kad perkataan, carta, puzzle, bongkah dan sebagainya masih diperlukan bagi mewujudkan kepelbagaian jenis pembelajaran murid supaya lebih mencabar. Keperluan bahan bantu mengajar seumpama ini boleh membantu murid mengadaptasikan ke dalam kehidupan secara beransur-ansur.

2011/2012

Page 26

Kepelbagaian jenis aktiviti bagi meransang lokomotor halus dan kasar juga boleh dipraktikkan sepenuhnya di dalam dan di luar kelas. Jelasnya di sini, aktiviti pergerakan jari sangat diperlukan khasnya bagi membiasakan murid mempunyai daya menyelesaikan sesuatu itu secara sendirian. Ini boleh dilihat melalui penggunaan bongkah, tali dan doh sebagai medium utama dalam memperkuatkan lagi lokomotor halus jari kanak-kanak agar lebih terbiasa dan kuat. Meskipun sistem pembelajaran ini lebih bersifat kepada bermain, tetapi secara tidak langsung murid ini dapat mempraktikkan kebiasaan latihan aktiviti ini sekaligus dapat mencapai objektif pengajaran yang dikehendaki oleh guru.

2011/2012

Page 27

13. Kesimpulan Melalui kajian ini, dapatlah dinyatakan bahawa kecelaruan tingkahlaku yang melibatkan kanak-kanak ADHD memang sukar dikawal. Masalah-masalah yang boleh dipertontonkan untuk pemerhatian ini ialah meliputi sikap tidak boleh duduk diam, kurang memberi tumpuan, lasak, tidak dapat mengawal emosi, dan mudahnya tumpuan beralih ke arah lain. Gangguan berupa ini sebenarnya perlu diberikan perhatian sepenuh oleh guru dan ibu bapa dengan memberi bantuan berupa skongan tumpuan dan bimbingan secara beransur-ansur bagi mengawal tingkahlaku mereka bagi mengelakkan mereka lebih sukar dikawal. Sehubungan dengan itu, keperluan untuk mendiagnosis kanak-kanak ini secara terperinci perlu dilakukan seterusnya memudahkan guru sendiri untuk menempatkan mereka di persekitaran kelas yang lebih sesuai berserta sistem pendidikan yang lebih teratur dan khusus untuk kemampuan mereka sendiri. Oleh itu, guru perlu lebih peka dengan kelainan sikap yang ditunjukkan murid walaupun pada dasarnya jika dilihat secara mata kasar, kanak-kanak itu dilihat normal secara fizikal. Penglibatan ibu bapa juga perlu dititikberatkan bagi memastikan usaha membantu kanak-kanak tersebut dapat dicapai. Ini menjelaskan kepada kita bahawa keperluan kerjasama di antara seseorang guru dengan murid itu amat penting dalam usaha mengawal dan mengubah tingkahlaku kanak-kanak ini menjadi lebih terkawal. Kajian ini juga menunjukkan proses intervensi awal sangat penting terhadap seseorang murid itu bukan sahaja untuk memperbaiki amalan dan tingkahlaku yang negatif kepada positif secara beransur-ansur, tetapi bagi meneguhkan dan memperkayakan jenis kekuatan dan nilai positif ke arah yang lebih sempurna. Kesimpulannya, keperluan kerjasama erat dan berterusan di antara guru, pihak sekolah, pakar perubatan dan pihak ibu bapa sendiri secara berterusan sahaja yang dapat membantu mengubah proses tingkahlaku murid ini agar lebih bermakna. Tanpa usahasama dari pihak yang telah disebutkan, secara tidak langsung akan menjejaskan tahap perkembangan kognitif, emosi, sosial, mental, bahasa dan komunikasi serta fizikal sehingga menjejaskan kehidupan kanak-kanak itu setelah dewasa kelak.

2011/2012

Page 28

14. Rujukan

Buku

1. Jamila KA. (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak Istimewa. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 2. K.A Razhiyah. (2005). Mengapa Kanak-Kanak Sukar Belajar. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. 3. Martin L. Kutscher. (2002). The ADHD. New York Medical College. White Plains : New York. 4. M. Shahroni. (2004). Mengurus Kanak-Kanak Yang Susah Belajar. PTS Professional Publishig Sdn. Bhd. Jurnal 1. Jurnal Bahasa 2. Jurnal Kementerian Pelajaran Malaysia Majalah 1. ADHD Parents Medication Guide by American Academy of Child and Adolescent Psychiatry and American Psychiatric Association
www.parentsmedguide.org/ParentGuide_English.pdf

Laman Web
1. http://cikguhaidi.wordpress.com/2009/07/21/strategi-mengesan-masalah-pembelajaranmurid/ 2. http://medicastore.com/penyakit/3319/Attention_DeficitHyperactivity_Disorder_ADD_ADH D.html 3. http://pemulihankhascikgucam.blogspot.com/2010/08/tujuan-penilaian.html 4. http://www.upkkl.com/2011/04/pendidikan-khas-bermasalah-pembelajaran.html 5. http://www.authorstream.com/Presentation/aSGuest107249-1124556-test-strabalalearning-disabilities-mini-lecture/ 6. http://www.authorstream.com/Presentation/joeythibault-79257-Causes-ADHD-StudentsLearning-Disabilities-of-Education-ppt-powerpoint/ 2011/2012 Page 29

5. Lampiran

2011/2012

Page 30

2011/2012

Page 31

2011/2012

Page 32

2011/2012

Page 33

Adik Ahmad Husaini (baju belang) di sebelah paling kanan

Adik Ahmad Husaini (duduk di kerusi) setelah diberi peneguhan negatif oleh gurunya.

2011/2012

Page 34

Kelihatan adik Ahmad (berbaju belang) sukar dikawal tingkahlakunya

Tingkahlaku Ahmad mula mendapat perhatian gurunya

2011/2012

Page 35

Fail kerja milik AhmadHusaini

Hasil kerja Ahmad yang telah ditampal di dinding oleh gurunya

2011/2012

Page 36

Hasil kerja Ahmad

Contoh senarai semak yang ingin diperhatikan

2011/2012

Page 37

2011/2012

Page 38

2011/2012

Page 39

2011/2012

Page 40

2011/2012

Page 41

2011/2012

Page 42

2011/2012

Page 43

2011/2012

Page 44

2011/2012

Page 45

2011/2012

Page 46

2011/2012

Page 47

2011/2012

Page 48

You might also like