You are on page 1of 16

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA (SKPM)

Disediakan oleh:

NOR AIN NOR MUNIRAH NOR SYUHADA NURUL JANNAH NORHASIDALIANA


8 PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2008

PENGENALAN..
Akta Pendidikan 1996 subseksyen 117(a) memperuntukkan tanggungjawab kepada Ketua Nazir Sekolah (KNS) untuk memastikan taraf (standard) pengajaran yang memuaskan diwujudkan & dikekalkan di institusi pendidikan. 2001, Jemaah Nazir Sekolah telah memperkenalkan mekanisme yang lebih sistematik bagi meningkatkan kualiti pendidikan di institusi pendidikan secara berterusan kepada tahap tinggi. Mekanisme tersebut dinamakan Sistem Pemastian Peningkatan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SPPSTKP) atau Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (STKP)

STKP

Membolehkan sekolah membuat penarafan kendiri bagi mengenalpasti kekuatan & kelemahan sekolah. STKP terlalu teknikal & mengambil banyak masa untuk dilaksanakan. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) mengambil inisiatif untuk mengkaji & mengolah semula STKP. JNJK telah menghasilkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM-Sekolah) yang lebih ringkas & mudah pada tahun 2003.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Sekolah (SKPMSekolah)


Digunakan oleh JNJK & Bahagian lain Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memeriksa & menilai sekolah. Sekolah pula menggunakan SKPM-Sekolah untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan & isu yang dihadapi melalui Penarafan Kendiri Sekolah (PKS). Maklumat ini dijadikan asas untuk sekolah melakukan penambahbaikan secara berterusan.

Sambungan

Berdasarkan Hala Tuju JNJK 2010-2015 yang memberi penekanan kepada aspek kemenjadian murid, perubahan terkini dalam bidang pendidikan seperti Transformasi Pendidikan & Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) berkaitan pendidikan, penggunaan SKPM bertambah meluas & semakin penting. Oleh itu, SKPM-Sekolah dikaji semula & dimantapkan untuk memenuhi keperluan tersebut.

Tujuan Sistem Kualiti Pendidikan Negara

Satu nilai tara atau sukatan aras tahap kecemerlangan kepada sekolah Taraf atau standard pengajaran yang memuaskan dapat dinyatakan secara eksplisit Pengaplikasian sendiri sistem pemastian standard kualiti oleh sekolah dpt dijalankan Inisiatif bagi pemantapan profesonalisme tenaga pendidik bagi meningkatkan standard kualiti pendidikan dpt dilaksanakan

Cetuskan kesedaran dan pemeliharaan kualiti pendidikan

Memperkasakan sekolah bagi saingi perubahan dan perkembangan semasa

Memenuhi pembangunan modal insan dan wawasan 2020

Meningkatkan keberkesanan dan kecekapan pengurusan sekolah untuk tingkatkan pencapaian murid

Tingkatkan motivasi dan komitmen sekolah dalam penjagaan kualiti pendidikan

Budaya mementingkan kualiti disekolah ditingkatkan

Pemastian kualiti boleh diuruskan oleh pihak sekolah sendiri

SKPM diterima oleh sekolah sebagai gagasan profesional lebih daripada gagasan administratif

JNJK mempunyai hubungan terus dengan sekolah dan ini memudahkan pemantauan pelaksanaan PKS

Satu pakatan strategik pada peringkat JPN dan PPD dapat dilaksanakan.

SKPM 2

SKPM 1 SKPM 3

DOKUMEN SKPM

SKPM 1
Pernyataan Standard
Memerihalkan standard

SKPM 2
Panduan untuk sekolah mengukur pencapaian standard kualiti sekolah khususnya melalui penarafan kendiri. Instrumen induk yang disokong dengan instrumen iringan (annex) mata pelajaran, iklim sekolah, kepimpinan sekolah. Panduan sekolah untuk mengukur status, proses dan output.

Instrumen Pemastian Standard (IPS)

SKPM 3
Rancangan Pemajuan Sekolah (RPS)
Digunakan untuk sekolah membuat penambahbaikan selepas pengukuran dibuat. Proses bersepadu untuk pastikan pendidikan yang berkualiti dan menyeluruh diberi kepada murid. Satu proses yang berterusan.

Kesimpulan
SKPM

dibangunkan oleh JKNK adalah suatu untuk memastikan kualiti sekolah sentiasa dalam memainkan peranan untuk menjadikan hasrat kerajaan suatu realiti.

The End..

BUKAN AHLI

Terima Kasih

You might also like