You are on page 1of 5

Biodata Ibn Jarir Al-Tabari

Nama sebenar beliau ialah Muhammad Ibn Jarir Ibn Yazid Ibn Khalid Ibn Ghalib Abu Jaafar al-Tabari Berbangsa Tabaristan dan dikatakan berasal dari daerah Amol . Dilahirkan di wilayah Tabaristan pada tahun 224 Hijrah. Meninggal dunia di Baghdad pada malam Isnin 27 Syawal tahun 310 Hijrah.

Latar Belakang Ibn Jarir Al-Tabari

Seorang lelaki yang memiliki wajah yang tampan, berbadan sederhana tinggi, mempunyai dua biji mata yang hitam, berbadan tegap serta fasih berbicara dan lancar lidahnya. Sentiasa menghormati orang dan beliau juga dihormati oleh segenap masyarakat. Memiliki sikap warak, zuhud, taqwa dan mudah tersenyum. Merupakan seorang ulama yang unggul dan terkemuka dalam jurusan ilmu pengetahuan.

Ibn Jarir adalah pusat peredaran segala ilmu seperti tafsir, fiqh, usul, bahasa arab, maani, balaghah, hadis dan sejarah. Pendidikan

Menerima pendidikan awal di Tabaristan Ibn Jarir telah mengembara meniggalkan kampong halamannya untuk melanjutkan pelajaran di Mesir, Syam, Iraq dan seterusnya beliau menamatkan pengembaraannya yang terakhir di Baghdad pada ketika usia 12 tahun. Mampu mengajar dan menjadi ulama yang disegani dalam usia muda. Dikenali sebagai Ensiklopedia Ilmu. Beliau telah sampai kepada ulama mujtahid disebabkan oleh ilmunya yang mendalam. Seorang ahli tafsir yang terkenal. Mempelajari fiqh imam syafie di Mesir manakala fiqh imam Maliki di Iraq. Namun beliau tidak menjadi pengikut mazhab tersebut bahkan menjadi seorang imam mazhab yang mempunyai pengikutnya.

Sejarah Perkembangan Mazhab Ibn Jarir

Seorang mujtahid yang terikat pada dalil sahaja. Mazhab ini mendapat pengaruh serta tersebar di Baghdad, Iraq. Mempunyai pengikut tetapi mazhabnya lenyap dan pupus selepas kematiannya pada pertengahan kurun kelima hijrah. Dalam kitab tafsirnya, banyak merumuskan hukumhukum fiqh daripada ayat al-Quran. Banyak menceritakan pendapat fuqaha dalam kitab tersebut. Mempunyai sebuah kitab yang bertajuk Ikhtilaf Fuqaha yang menyentuh tentang perselisihan pendapat para fuqaha dalam beberapa masalah seperti hukum jihad, jizyah, kafir dhimmi dan sebagainya. Guru Ibn Jarir Al-Tabari

Bani Abdul Hakam Abu Muqatil

Abu Abdillah Muhammad ibn Humayd al-Razi Ubaydallah b. Yahya b. Khaqan al-Abbas b. al-Walid b. Mazyad al-'Udhri al-Bayruti

Anak murid Ibn Jarir Al-Tabari

Ali ibn Abdul Aziz Abu Bakar Muhammad ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Abu al-Thalj al-Khatib Abu Bakar bin Khuzaimah Pendekatan hukum Ibn Jarir Al-Tabari

Harus bagi wanita menjadi kadi secara mutlak yang hanya boleh melibatkan kes yang berkaitan dengan harta sahaja. Pendapat tentang pengurusan zakat : Dalam hal ini Ibn Jarir al-Tabari berkata: Pada pandanganku, pendapat yang betul dalam hal ini ialah: Allah telah menjadikan zakat itu dalam dua tujuan: Pertama: menolak kecacatan (kelemahan, kesulitan dan

sebagainya) yang berlaku pada orang Islam. Kedua: menolong agama Islam dan menguatkannya.

Kitab-kitab Ibn Jarir Al-Tabari

Jami al-Bayan Fi Tafsir al-Quran Tarikh al-Umam Wa al-Muluk Wa Akbaruhum Kitab al-Khaliq Kitab al-Taharah Kitab Tarikh al-Rijal Tahzib al-Athar al-Tabsir Fi al-Usul Ikhtilaf al-Fuqaha al-Jami Fi al-Qiraat

You might also like