Discover millions of ebooks, audiobooks, and so much more with a free trial

Only $11.99/month after trial. Cancel anytime.

Unavailable
Issues of Historiography: Essays in honor of Dr. R. Suntharalingam
Unavailable
Issues of Historiography: Essays in honor of Dr. R. Suntharalingam
Unavailable
Issues of Historiography: Essays in honor of Dr. R. Suntharalingam
Ebook506 pages4 hours

Issues of Historiography: Essays in honor of Dr. R. Suntharalingam

Rating: 4.5 out of 5 stars

4.5/5

()

Currently unavailable

Currently unavailable

About this ebook

Buku ini, yang merupakan satu koleksi 12 esei, ialah penghargaan kepada Profesor Madya Dr. R. Suntharalingam sempena persaraannya pada Oktober 1991 yang disumbangkan oleh rakan-rakan dari Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia dan semasa beliau menuntut di Universiti Malaya di Singapura serta bekas-bekas pelajarnya. Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pensejarahan dan nasionalisme, dua bidang yang sangat diminati oleh Dr. Suntharalingam dengan tumpuan kepada sejarah Malaysia. Sejarah Malaysia pula bukanlah satu bidang yang asing kepada Dr. Suntharalingam. Di samping mengendalikan penyeliaan latihan ilmiah (semuanya dalam bidang sejarah Malaysia) untuk pelajar tahun akhir, beliau juga kerap merujuk kepada sejarah Malaysia ketika mengendalikan kursus-kursus yang berkaitan dengan pensejarahan. Malah bagi seorang pakar sejarah India, pengetahuannya tentang sejarah Malaysia amat mengkagumkan. Bab pertama merupakan perbincangan Cheah Boon Kheng tentang feudalisme Melayu. Dengan menggariskan ciri-ciri feudalisme yang terdapat dalam sejarah Eropah Barat, beliau membincangkan dengan panjang lebar feudalisme Melayu di zaman prapenjajahan. Lebih menarik lagi beliau mengajukan persoalan apakah feudalisme Melayu itu satu ciptaan orang Inggeris atau merupakan satu hakikat yang benar-benar wujud. Di dalam bab berikutnya, Mohamad Isa Othman memberikan perhatian kepada sumber sejarah Kedah khususnya Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah yang diterbitkan buat pertama kalinya pada tahun 1928 dan ditulis oleh Muhammad Hassan bin Muhammad Arshad (Tok Kerani Rahsia al-marhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Syah). Menurut Mohamad Isa, apa juga kelemahannya sumber ini tetap penting bagi mengkaji sejarah Kedah Darul Aman. Di dalam bab ketiga, K. Anbalakan membincangkan objektiviti di dalam sejarah, yang menurutnya bukan merupakan satu impian, satu perkara yang semestinya boleh menarik perhatian setiap penuntut sejarah. Sementara itu Qasim Ahmad pula membincangkan persoalan pokok dalam ilmu sejarah seperti sumber (termasuk juga bukti), pengesahan fakta, pentafsiran dan objektiviti. Lebih menarik lagi perbincangan ini dibuat dengan merujuk kepada pendapat beberapa orang ahli sejarah termasuk Dr. Suntharalingam. Satu aliran baru dalam ilmu sejarah, aliran Pasca-Modenisme, disentuh dengan panjang lebar oleh Tan Liok Ee di dalam bab lima. Perbincangan menarik ini tentunya berguna kepada para pelajar yang mengikuti kursus Teori dan Kaedah, satu kursus yang pernah dikendalikan oleh Dr. Suntharalingam. Dengan merujuk kepada beberapa aspek teori ini, Tan Liok Ee menyoal apakah Pasca-Modenisme membawa satu haluan baru sejarah yang menyegarkan atau sebaliknya menyahstabilkan ilmu sejarah. Di dalam bab yang berikutnya, Tan Kim Hong membincangkan falsafah dan pendekatan Ssu-ma Ch’ien, seorang sejarawan ulung China tradisional terhadap penulisan sejarah sezaman (wangsa). Keobjektifan karya agung sejarawan Cina ini yang berjudul Shih Chi juga diuji dan seterusnya Tan Kim Hong membuat kesimpulan bahawa karya ini merupakan satu karya sejarah yang objektif dan sekaligus menaikkan mutu pensejarahan China tradisional. Esei Mahani Musa pula membincangkan satu dokumen menarik berkenaan sejarah sosial Pulau Pinang yang merupakan buku catatan harian (diari) Shaikh Omar Basheer, seorang tokoh Melayu Pulau Pinang pada abad ke-19. Antara lainnya, diari ini menyentuh kegiatan agama dan perdagangan Shaikh Omar dan juga penglibatan orang Melayu dalam kongsi gelap Bendera Putih dan Bendera Merah. Sumbangan penting Paul Kratoska, walaupun ditulis dalam bahasa Inggeris, merupakan satu tinjauan ringkas berkenaan sumber di dalam bahasa Inggeris, yang dikeluarkan oleh kerajaan Inggeris dan sebelumnya Syarikat Hindia Timur, berkaitan sejarah Malaysia. Walaupun sumber-sumber ini dalam bentuk asalnya disimpan di London (seperti di Public Record Office dan India Office Library), kebanyakannya boleh didapati dalam bentuk mikrofilem di perpustakaan
LanguageBahasa melayu
PublisherPenerbit USM
Release dateNov 25, 2014
ISBN9789838617598
Unavailable
Issues of Historiography: Essays in honor of Dr. R. Suntharalingam

Reviews for Issues of Historiography

Rating: 4.5 out of 5 stars
4.5/5

6 ratings2 reviews

What did you think?

Tap to rate

Review must be at least 10 words

  • Rating: 5 out of 5 stars
    5/5
    good

    1 person found this helpful

  • Rating: 5 out of 5 stars
    5/5
    i love this book. 바틴

    1 person found this helpful