Discover millions of ebooks, audiobooks, and so much more with a free trial

Only $11.99/month after trial. Cancel anytime.

Azlan
Azlan
Azlan
Ebook113 pages1 hour

Azlan

Rating: 5 out of 5 stars

5/5

()

Read preview

About this ebook

Sebuah coretan tanpa prejudis. Kehidupan Azlan meniti hari. Sebelum noktah terakhir, membawa bertemu Yang Maha Pencipta.

LanguageBahasa indonesia
PublisherAzlan
Release dateMar 26, 2015
ISBN9781311556103
Azlan

Related to Azlan

Related ebooks

Prayer & Prayerbooks For You

View More

Related categories

Reviews for Azlan

Rating: 5 out of 5 stars
5/5

4 ratings2 reviews

What did you think?

Tap to rate

Review must be at least 10 words

  • Rating: 5 out of 5 stars
    5/5
    loved it... My Firts story book ever in word you know
  • Rating: 5 out of 5 stars
    5/5
    Subhanallah.secara tak sengaja terbuka buku ,gaya bahasa ringkas dan disertai dengan ayat Al-Quran dipenghujung hari.sekian lama ingin menulis diari seakan-akan seperti ,tapi diri ini malas dan tak meminati diari.Astaghfirullah.doakan diri ini menulis.jzkk :)

Book preview

Azlan - Azlan

Azlan

Hakcipta Terpelihara 2015 © Azlan

Segala Hakcipta Adalah Terpelihara

Sebuah coretan, tanpa prejudis;

Azlan ada dalam diri semua.

Kekadang kita hanya alpa dan lupa,

kerana kita hanya manusia.

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan

Safa

Kandungan

08 Mei

13 Mei

14 Mei

15 Mei

16 Mei

16 Mei (2)

17 Mei

18 Mei

19 Mei

20 Mei

21 Mei

25 Mei

26 Mei

27 Mei

27 Mei (2)

29 Mei

30 Mei

31 Mei

01 Jun

01 Jun (2)

02 Jun

03 Jun

04 Jun

05 Jun

06 Jun

07 Jun

08 Jun

09 Jun

10 Jun

11 Jun

13 Jun

17 Jun

18 Jun

20 Jun

22 Jun

23 Jun

24 Jun

26 Jun

27 Jun

28 Jun

29 Jun

30 Jun

01 Julai

02 Julai

03 Julai

04 Julai

05 Julai

06 Julai

07 Julai

09 Julai

20 Ogos

27 Ogos

30 Ogos

01 September

07 September

8 Mei

Azlan sedang solat sunat qabliah subuh bilamana lampu balai islam kesemuanya tiba tiba padam. Azlan terperanjat. Azlan takut. Azlan gelisah. Selang dua minit kemudian lampu menyala kembali. Azlan lega. Azlan gembira. Azlan teringat firman Allah,

Surah Al-Maeda, Ayat 16:

Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.

13 Mei

Azlan ada kawan bernama Abdul Halim. Abdul Halim kerja di kampung. Bukan di Kampung Baru Kuala Lumpur. Kampung biasa biasa jer. Satu hari Abdul Halim rasa sebak sebab rakan rakan Abdul Halim kerja gempak ajak lepak. Abdul Halim kerja kampung jer.

Azlan kerja gempak. Yazid pun kerja gempak. Yunus pun kerja gempak. Macam mana aku nak berborak dengan orang kerja gempak, detik hati kecil Abdul Halim.

Ada juga rakan Abdul Halim yang tak kerja ajak lepak. Tapi Abdul Halim tahu tu nak promote MLM la tu. Puiii. That is not my life, kata Abdul Halim dalam hati lagi.

Tiba tiba Abdul Halim dapat mesej yang berbunyi:

Surah Al-Hujraat, Ayat 13:

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

14 Mei

Azlan bangun pagi untuk solat subuh. Selesai solat Azlan baca mesej dari Abdul Halim. Abdul Halim marah. Abdul Halim bengang. Abdul Halim tak suka Azlan bagi mesej nasihat ayat Quran.

Pegi mampus sama lu, tulis Abdul Halim.

Astagfirullah.. Astagfirullah.. Astagfirullah.. Astagfirullah.. Astagfirullah.. Astagfirullah.. Astagfirullah.. , Azlan beristighfar. Azlan tahu banyak berkatnya beristighfar ni. Emak Azlan selalu pesan supaya Azlan banyakkan beristighfar dan sujud syukur.

Azlan kemudian tadah tangan mohon Allah bagi hidayah dan rahmat pada Abdul Halim dan seluruh umat manusia. Sebab hanya Allah berkuasa memberi hidayah. Azlan berazam nak lakukan lebih banyak kerja dakwah sebagai untuk jadi asbab untuk Allah bagi hidayah pada manusia lain. Insyallah.

Surah Al-Qasas, Ayat 56:

Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) tidak berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang engkau kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam).

15 Mei

Hari sudah semakin cerah. Azlan sedang menelaah buku bila Azlan dapat mesej Abdul Halim, Aku tak nak kawan dengan kau. Period.

Azlan beristigfar lagi. Dan lagi. Dan lagi. Azlan sedar dirinya bukanlah sesiapa. Azlan bukan Menteri Besar. Azlan bukan ex-Menteri Besar. Azlan tidak ada apa apa yang besar. Cuma yang Azlan tahu dan yakin, Allah Maha Besar.

Azlan teringat lagi pesan emak Azlan supaya banyak bersabar. Banyak masanya Allah hantar manusia lain untuk menguji kita nak. Kadang kadang dapat bos kepala batu. Kadang kadang dapat kawan macam hantu. Semuanya nak uji iman kita nak. Sabarlah dan solatlah.

Azlan terus insaf dan baca quran. Azlan jumpa ayat..

Surah Az-Zukhruf, Ayat 67:

Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).

16 Mei

Azlan solat Jumaat di Masjid Kampung Pandan. Syukur Azlan dapat solat tempat ada aircond. Rahmat sejuk Allah yang bagi. Azlan teringat kisah Nabi Ibrahim dapat duduk dalam api sejuk. Kuasa Allah Maha Besar.

Lepas solat Azlan tengok ramai orang kerumun van. Azlan ingat van jenazah.

Enjoying the preview?
Page 1 of 1