You are on page 1of 40

Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Di Sekolah PENGENALAN

Sesuatu pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik jika guru itu bermotivasi, kreatif dan inovatif dalam menjayakan pengajaran agar ianya dapat mencapai objektif-objektif yang hendak dicapai.

Antara kaedah-kaedah dan pendekatan yang boleh digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kaedah penerangan, sumbang saran, soal jawab, simulasi, lakonan, nyanyian, nasyid dan sebagainya. Ianya bergantung kepada jenis objektif yang hendak dicapai. Oleh kerana tajuk perbincangan kerja kusus Pengenalan Bahasa Arab adalah berkaitan dengan aplikasi permainan bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab komunikasi sekolah kebangsaan, maka perbincangan mengenai tajuk ini akan menjurus kepada pendekatan permainan bahasa sebagai wadah untuk mencapai matlamat dan objektif bahasa Arab komuniksi sekolah kebangsaan.

1.1

Konsep

dan

maksud

Permainan

Bahasa

Permainan bahasa berkonsepkan belajar sambil bermain (study and fun). Iaitu murid-murid didedahkan dengan kaedah permainan dalam proses pembelajaran mereka. Jelasnya bahan bantu mengajar (BBM) yang berbentuk permainan lebih banyak disediakan bagi tajuk-tajuk yang telah dipilih untuk dipraktikan dalam pengajaran. Pendekatan ini diharap akan dapat membantu muridmurid yang lemah dalam pelajaran BAKSK meningkatkan tahap kecerdasan dan keinterlektual mereka. Pendekatan ini akan menjadi lebih mudah diikuti walaupun pelajar tersebut memiliki tahap IQ yang lemah. Ini bermaksud melalui pendekatan permainan bahasa, guru akan menyediakan bahan BBM yang berbentuk set permainan dan ruang masa yang bersesuaian bagi menarik minat dan memotivasikan murid-murid yang lemah dalam pelajaran supaya bersedia menerima pengajaran dan agar dapat memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran yang hendak dicapai pada hari itu.

Michael berman (1981), dalam bukunya Playing And Working With Words menerangkan bahawa pelbagai aktiviti permainan bahasa yang digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran dapat merangsang suasana pembelajaran.[1] Ini akan mengekalkan tumpuan dan minat murid kepada proses pembelajaran yang sedang berlaku.

Terdapat beberapa pandangan positif, yang berkaitan dengan permainan bahasa yang telah dilontarkan oleh pakar-pakar bahasa seperti Sterling G. Callahan (1971), Midred Mc Closky (1971), Michael A. Lorter (1971), Herbert (1971), Herbert (1968), mereka banyak membicarakan tentang permainan bahasa. Mereka berpendapat, bahawa kesesuaian bahan permainan bahasa itu dapat digunakan di sekolah-sekolah untuk tujuan melatih pelajar secara praktikal dalam latihan membina stuktur perkataan, ayat, perbendaharan kata dan sebagainya[2]. Natijahnya murid akan dapat memperkembangkan potensi yang ada di dalam diri mereka.

Matlamat Seperti pendekatan-pendekatan atau kaedah yang lain, kaedah permainan bahasa juga mempunyai beberapa matlamat yang hendak dicapai dalam tempoh setahun atau tiga tahun, selepas kaedah tersebut dipraktikkan. Iaitu sejauhmanakah keberkesanan kaedah ini dapat mempertingkatkan prestasi penguasaan bahasa Arab dikalangan murid sekolah kebangsaan. Kaedah permainan bahasa merupakan salah satu instrument yang penting dalam menggarap matlamat pendidikan diantara tujuan permainan bahasa diadaptasikan dalam pengajaran dan pembelajarn adalah seperti berikut ;[3]

(a) Mewujudkan senario pembelajaran yang berlainan daripada Pengajaran dan pembelajaran biasa. (b) Murid diberi peluang untuk menggunakan bahasa sebagai alat perantaraan bertutur semasa bermain. (c ) Memberi peluang kepada murid untuk menambahkan lagi perbendaharaan kata mereka. (d) Mewujudkan suasana pembelajaran yang efisyen. Iaitu Murid dapat berinteraksi antara satu sama lain tanpa rasa malu atau segan dan menimbulkan minat untuk bekerjasama dalam satu kumpulan atau pasukan di dalam mana-mana aktiviti yang akan dijalankan.

(e) Guru mempelbagaikan teknik-teknik di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa supaya ia lebih menarik dan berkesan.

(f) Naluri ingin tahu dan bermain adalah sesuatu yang bersifat ( natural) semulajadi di kalangan murid. Jesteru itu, dengan pendekatan permainan bahasa diharap suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokan dan menyenangkan murid.

(g) Aktiviti bahasa akan dapat mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada murid mengapliksikannya di dalam situasi yang pelbagai.

(h) Guru dapat membentuk sikap positif yang sihat di klangan murid. Contohnya sikap hormatmenghormati, bantu-membantu, saling bekerjasama, patuh kepada arahan dan peraturan, berani mencuba sesuatu yang baru, mengakui kesilapan diri, menerima kenyataan (sama ada kalah atau menang) secara terbuka dan sebagainya.

(i) Aktiviti permainan merupakan salah satu contoh kepada guru untuk membentuk suasana pengajaran yang lebih mencabar.

(k) Membolehkan murid memperolehi ilmu pengetahuan (knowledge) melalui pelbagai instument seperti melalui proses pemerhatian, perbandingan dan pembinaan.

(l) Kaedah permainan bahasa juga dapat memudahkan tugas guru disamping tidak mengabaikan konsep pembelajaran Murid akan mempunyai daya kreatif, dan daya saing yang sihat disamping inisiatif yang kuat untuk belajar dan menguasai sesuatu permainan.

Objektif Pendekatan pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah permainan ini juga mempunyai beberapa (a) objektifnya yang tersendiri. Antara objektif tersebut ialah ; [4] Murid

Merangsang

Interaksi

Verbal

Di dalam permainan yang telah dipilih, murid akan diminta bercakap atau mempraktikkan ungkapan-ungkapan tertentu. Disamping itu, mereka juga diminta memberi kerjasama kepada guru di dalam menjayakan permainan bahasa yang akan dilaksanakan dalam Pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, semua pelajar perlulah terlibat secara aktif. Guru perlu memberi rangsangan dan dorongan kepada murid sehingga mereka terasa sumbangan mereka dihargai dan diperlukan di dalam kumpulan. Mereka juga akan bersedia apabila diminta bercakap mengenai sesuatu tajuk. Semua murid akan mengambil bahagian dan saling berkomunikasi antara satu sama lain di dalam kumpulan. Keadaan sedemikian akan menghasilkan suatu suasana pembelajaran yang lebih menarik dan berpusat kepada murid. Guru berperanan sebagai pemudahcara dan mengawal disiplin bilik darjah supaya proses pembelajaran

berjalan

dengan

lancar

dan

berkesan.

(b) Jenis

Menambah permainan yang dipilih

Kefasihan seharusnya mempunyai

dan matlamat dan

Kefahaman objektif iaitu

mempertingkatkan kelancaran dan kefasihan berbahasa serta menambahkan keyakinan diri. Bahasa yang digunakan di dalam sesuatu permainan itu tidak seharusnya terhad kepada beberapa struktur ayat sahaja, bahkan fungsi berbahasa juga boleh dijalankan dalam berbagai peringkat kerumitan berbahasa. Permainan yang mengandungi kegiatan-kegiatan yang memberi arahan misalnya boleh dimainkan kepada semua peringkat bergantung kepada pengetahuan berbahasa dan kefasihan tertentu murid. Murid biasanya akan menjadi lebih seronok apabila berhadapan dengan kaedah permainan yang mencabar. Secara tidak langsung mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka berbahasa dengan menggunakan bahasa yang telah mereka pelajari. Pada waktu yang sama, guru peranan sebagai pemberi maklumat bahasa.

(c)

Bertindak

sebagai

alat

mengikis

bosan

Perasaan bosan atau jemu adalah salah satu sifat yang normal bagi seorang guru. Begitu juga kepada murid. Mereka akan menjadi lekas bosan, jemu, mengantuk dan lapar apabila menjelangnya waktu tengahari. Apabila berada dalam situasi sebegini seorang guru yang cuba menyampaikan maklumat atau info terutamanya yang berkaitan dengan pengetahuan tatabahasa ataupun aspek berbahasa yang lain akan menghadapi masalah. Ini kerana suasana pada waktu itu amat menjemukan dan membosankan murid. Oleh yang demikian sebagai langkah altenatif kepada permasalahan ini, satu aktiviti pembelajaran yang berbentuk permainan amat sesuai sekali digunakan sebagai satu teknik pengajaran yang berkesan dan reliven pada waktu itu.

(d)

Alat

Pemulihan,

Pengukuhan

dan

Pengayaan

Pendekatan permainan amat sesuai sebagai instrument pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Jika dilihat kepada ciri-cirinya, pemainan bahasa dapat membantu kumpulan murid yang lemah dari aspek Intelligent Quality (IQ) untuk memahami pendekatan proses pembelajaran. Kumpulan murid yang bermasalah di dalam akademik juga boleh diatasi dengan pendekatan permainan bahasa. Mereka mungkin menghadapi masalah pengamatan, pendengaran, penangkulan atau

recall review dan hafazan akan dapat diatasi sedikit demi sedikit dengan melibatkan mereka di dalam aktiviti-aktiviti yang bercorak permainan.

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Rancangan Kurikulum Sekolah Menengah KBSM (1998)[5] juga telah menyenaraikan beberapa objektif permainan bahasa melalui pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ;

(i) Untuk mengukuhkan lagi kecekapan berbahasa dan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

(ii) Untuk membolehkan pelajar menguasai kemahiran berbahasa tertentu mengikut keupayaan mereka. (iii) Untuk mengukuhkan lagi isi pelajaran dan memberi peluang kepada pelajar menggunakan bahasa yang diajar.

(iv) Untuk memperluas dan memperkaya pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam bidang bahasa. (v) Untuk berinteraksi secara tidak formal melalui aktiviti-aktiviti yang telah disediakan sama ada (vi) melalui Memupuk perbicangan sikap bekerjasama, atau toleransi, perbualan berdisiplin, semasa sabar dan bermain. amanah.

2.

Ciri-ciri

Permainan

Bahasa.

Sebelum seseorang guru itu melaksanakan pendekatan permainan bahasa ini. Guru tersebut mestilah terlebih dahulu mengetahui tahap IQ dan EQ ( Emosional Quality ) murid yang akan diajarnya. Hal ini amat penting supaya set permainan bahasa yang bakal diajar nanti tidak membosankan atau menjemukan murid. Ini kerana tahap pemikiran dan penerimaan murid adalah berbeza antara satu sama lain. Bagi murid yang mempunyai tahap pemikiran cerdas dan pintar, (jenius) pemainan bahasa ini lebih merupakan proses pengukuhan dan pengayaan. Sebaliknya bagi murid-murid yang lemah IQ ianya merupakan satu teknik pemulihan untuk membantu mereka memahami proses pembelajaran.

Pastikan permainan bahasa ini dilaksanakan sebaik sahaja guru sudah memperkenalkan semua

perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh murid. Ia mesti dilaksanakan bagi mengukuhkan lagi ingatan dan memupuk minat murid terhadap pembelajaran tersebut.[6] Antara ciri-ciri permainan bahasa yang baik adalah seperti berikut;

2.1. (a) (b) Gambar-gambar Arahan dan untuk peraturan

Ciri-ciri permainan permainan hendaklah hendaklah terang jelas dan dan senang dapat

umum difahami. dipatuhi.

(c) Pelajar yang pandai dan berkebolehan akan membantu guru membaca arahan-arahan permainan. (d) Jika permainan itu mengunakan kad, sila pastikan ia senang dan mudah dikendalikan, dan perkataan yang tertulis hendaklah terang dan mudah difahami dan dibaca.

(e) Beri perhatian kepada pelajar yang sentiasa tewas dalam permainan. Beri peluang kepadanya sebagai (f) Pastikan pemerhati permainan untuk itu jangkamasa objektif yag yang hendak tertentu. dicapai.

mempunyai

(g) Sebaiknya alat BBM (Bahan Bantu Mengajar) disediakan sendiri oleh guru terbabit. Apa yang penting alat-alat tersebut memenuhi fungsi dan mencapai matlamat.

( h) Hentikan permainan anda ketika pelajar masih lagi terasa seronok dengan permainan itu. Ini penting supaya pelajar tidak jemu untuk permainan seterusnya.

2.2

Ciri-ciri

Khusus

(a) Dapat mengukuh dan meningkatkan penggunan bahasa seperti penguasaan empat kemahiran berbahasa (b) iaitu Mempunyai kemahiran mendengar, dan bertutur, membaca yang dan menulis. menarik.

rangsangan

bahan

(c) Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan (d) (e) (f) Dapat guru dan tindak pelajar secara arahan balas bertidak aktif sama dan balas ada pelajar secara dalam peraturan dengan aktif kumpulan yang dan atau bahan. positif. kelas. jelas.

merangsang pelajar

Melibatkan

Mempunyai

(g) Mencabar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis.

(h) Permainan bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap positif seperti bekerjasama,berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.

3.

Kesan-kesan

pengunaan

kaedah

Permainan

Bahasa

Kesan-kesan pengunaan kaedah permainan bahasa ke atas murid sekolah kebangsaan dilihat dari dua aspek. Pertama kesan positif dan kedua kesan negatif.

3.1. i) ii) Murid Lebih lebih

Kesan bermotivasi menyeronokkan untuk dan

Positif mengikuti topik yang lebih

; diajar. ceria.

pembelajaran

iii) Murid mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi dan berani mencuba sesuatu yang baru. iv) Empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dapat dilaksanakan dalam masa yang singkat.

v) Dapat memupuk nilai-nilai murni dan sikap-sikap positif seperti bekerjsama, berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.

3.2. Kesan negatif. i) Permainan memakan masa yang panjang. Guru sukar untuk melaksanakannya kerana peruntukan masa yang terhad.. ii) Murid terlalu leka dengan permainan dan pertandingan sehingga objektif tidak mencapai sasaran sepenuhnya. iii) Sukar mengawal kelas. Murid akan membuat bising dan mengganggu proses pembelajaran di bilik sebelah. Iv) Set permainan adakalanya tidak bersesuaian dengan tahap IQ murid. v) Sukar mendapat alat BBM yang menarik di pasaran kalau ada pun harga terlalu mahal. vi) Masalah kewangan untuk membeli bahan atau alat permainan yang siap di pasaran. vii) Alat BBM yang dibina hanya sesuai untuk satu permainan sahaja. viii) Kekurangan tempat untuk menyimpan alat permainan dengan selamat. 5. KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya. Dapatlah dirumuskan bahawa pendekatan permainan bahasa merupakan satu teknik yang baik. Hal ini kerana ia akan menjadikan proses pembelajaran di sekolah lebih menarik dan praktikal. Bagi guru yang inovatif dan kreatif ia akan mempelbagaikan proses pembelajaran supaya lebih nampak menarik dan menyeronokkan. Dengan kaedah yang digunakan ini akan dapat memberi motivasi kepada murid-murid yang lemah untuk memudahkan mereka mengingati tajuk yang telah diajar oleh guru. Kaedah permainan ini akan sentiasa dinanti-nantikan oleh murid kerana ia amat menyeronokkan dan menghilangkan kejemuan terutamanya di dalam penggajaran yang berbentuk penggunaan tatabahasa atau aspek berbahasa yang lain.
Email ThisBlogThis Bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran, bahasa al-Hadis dan bahasa antara bangsa kini banyak diperkenalkan di pelbagai jenis institusi pendidikan. Antaranya ialah Maahad Tahfiz, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT), Sekolah Menengah Kebangsaan Aliran Agama (SMK KAA), Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Kebangsaan (SK), sekolah-sekolah swasta, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan universiti. Walaupun demikian, kehadiran mata pelajaran tersebut seolah-olah begitu asing dan tidak mendapat tempat seperti mana yang dikehendaki. Hal yang sepatutnya ialah (a) Pencapaian Bahasa Arab yang cemerlang menjadi kelebihan utama berbanding sekolahsekolah lain yang tidak menawarkan subjek tersebut, (b) Komunikasi dalam Bahasa Arab Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR12) disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal, & Zainuddin Ismail Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi ISBN 978-9675478-49-9 http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm.2 samada secara lisan atau tulisan adalah sesuatu yang biasa dan lumrah bagi pelajar dan guru dan (c) Bahasa Arab dijadikan kunci utama untuk meneroka pelbagai ilmu pengetahuan termasuklah sains, matematik, sejarah, geografi, komunikasi dan lain-lain.

Berdasarkan beberapa kajian yang telah dijalankan samada oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran, Jamaah Nazir Jaminan Kualiti, penyelidik universiti tempatan dan beberapa orang pengkaji persendirian mendapati bahawa antara punca masalah ialah pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab yang kurang sesuai dan kurang berkesan. Sehubungan itu, pengkaji telah membuat percubaan dengan membina tiga bahan berwarna-warni berbentuk akhbar (mingguan), majalah (bulanan) dan buku motivasi (tahunan) dan memberikan khidmat bimbingan berbentuk bengkel secara percuma selama empat jam di pelbagai jenis institusi pendidikan. (Abd Razak Abu Chik 2009)

Refleksi

ke

atas

masalah/penambahbaikan

dalam

pengajaran

dan

pembelajaran.

Kaedah penyampaian yang kurang berkesan, misalnya membosankan, tidak menarik dan kurang bersesuaian dengan tahap pemikiran pelajar dan keadaan persekitaran. Misalnya pada waktu tengah hari perlu lebih banyakkan aktiviti dengan para pelajar Pelajar bagi menarik tidak para Keadaan konsep-konsep strategi/kaedah perhatian mereka dan mengelakkan perhatian mengenai yang ditekankan bagi dalam mengatasi mereka semasa topik tidak topik masalah tidur sewaktu guru sesi P&P. memberikan pelajar persekitaran yang pengajaran mengajar. tersebut. kondusif. tersebut. tersebut.

Tiada pengurusan masa yang efisien. Guru lebih menumpukan untuk menghabiskan sukatan mata pelajaran berbanding pemahaman memahami 2. Cadangan

Pelajar tidak melakukan bacaan awal mengenai tajuk yang dibincangkan pada hari itu. Ini menyukarkan mereka

Pendekatan pengajaran yang lebih menyeluruh dan berkesan perlulah dilaksanakan. Berikan contoh-contoh yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian agar mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan tersebut seterusnya menjadi suatu hikmah dalam kehidupan mereka. Gambarajah dan animasi video boleh dipaparkan semasa sesi P&P. Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan pengibatan mereka secara menyeluruh. Dengan membahagikan para pelajar kepada beberapa buah kumpulan kecil. Aktiviti-aktiviti permainan kecil atau penghasilan model yang menggunakan peralatan-peralatan atau bahan-bahan yang selamat dan mudah didapati. Pada akhir sesi P&P, mereka digalakkan atau dikehendaki membentangkan hasil kerja mereka di hadapan kelas. Guru haruslah melakukan rancangan pengajaran, iaitu rancangan harian yang lebih teliti dan tersusun agar segala matlamat dan objektif pengajaran dapat disampaikan dan diterapkan ke dalam diri setiap pelajar. Lakukan latihan mengajar terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam kelas bagi memastikan segala rancangan pengajaran dapat dilaksanakan. Kaitkan topik baru yang hendak diajar dengan topik yang telah dipelajari. Guru perlu memastikan agar suasana pembelajaran sentiasa menyeronokkan. Ini dipengaruhi oleh sikap pelajar dan keadaan persekitaran kelas. Keadaan kelas yang selesa membantu sesi P&P berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

Pemantauan dan penilaian perlulah dilakukan agar rancangan pengajaran tidak menyimpang jauh daripada matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ini juga bagi memastikan para pelajar dapat mengusai objektif pengajaran yang ditetapkan. Ini dapat dilakukan melalui sesi ujian bertulis dan soal jawab dengan para pelajar. Akhir sekali, guru perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah pengajaran yang dilaksanakan. Ini dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut, bukan dinilai dari segi sukatan mata pelajaran yang dapat dihabiskan.

KAEDAH OLEH: KAMARUDIN KANDUNGAN

MENGAJAR BIN

BAHASA

ARAB JAFFAR

Pengenalan

Di dalam mengkaji dan menganalisis pelbagai dimensi proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berdasarkan rujukan-rujukan, beberapa istilah khusus banyak diguna pakai bagi tujuan pemahaman kepada unsur-unsur dan proses pelaksnaan pengajaran tersebut. Antaranya ialah istilah pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan aktiviti. Pemahaman terhadap setiap unsur tersebut adalah amat penting bagi memastikan seseorang guru itu mengetahui dan memahami apa yang dilakukannya dan bagaimana untuk mencapai objektif sesuatu pengajaran dan seterusnya mencapai matlamat pendidikan yang dirancang.

Konsep

Pendekatan.

Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana untuk medekati sesuatu. Dalam konteks pengajaran, pendekatan lebih menjurus kepada pencapaian objektif jangka panjang sesuatu pelajaran itu. Daripada sudut ini, beberapa teori asas dalam pendididkan diguna pakai khususnya yang berkaitan dengan psikologi serta sifat semulajadi seseorang pelajar. Teori-teori tersebut yang didokong dan diamalkan secara berterusan akan menjadi

pegangan

para

guru

dalam

proses

pengajaran

dan

pembelajaran.

Pendekatan-pendekatan yang digunakan ini adalah lazimnya berdasar kepada teori-teori pendidikan yang dipelopori oleh tokoh tertentu dalam bidang psikologi dan pendidikan seperti Thorndike, Pavlov, Maslow , Skinner, Gestalt dan lain-lain lagi. Contohnya, Pendekatan Induktif dalam pengajaran adalah berdasarkan Model Pemikiran Induktif yang dicetuskan oleh Hilda Taba.

Model ini, umpamanya memberi penekanan kepada pembentukan konsep ,intrepetasi data serta aplikasi prinsip. Justeru itu, sesuatu pendekatan yang digunakan adalah bersifat aksiomatik atau dianggap betul sekalipun tanpa bukti tambahan sokongan.

Bagi tujuan mencapai objektif jangka panjang berdasarkan pendekatan tertentu inilah, maka pelbagai strategi pengajaran diperlukan termasuk kaedah yang diguna pakai, teknik dan aktiviti yang dirancang.

Sementara itu juga, konsep pendekatan menurut Edward M. Anthony boleh dirumus kepada satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik iaitu kenyataanya adalah dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan..Beliau juga merumuskan pendekatan harus berlandaskan model, prinsip atau teori pembelajaran tertentu. Pendek kata , pendekatan dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya.

Di dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam , sesuatu pendekatan itu wujud berasakan tanggapan-tanggapan dan pandangan yang berasaskan kepada falsafah pendidikan Islam itu sendiri.Ia menghuraikan sifat sesuatu mata pelajaran itu sendiri, selain pandangan, pendapat dan interpetasi terhadap falsafah pendidikan Islam.Ia juga tidak bergantung kepada pembuktian yang mutlak.

Pendekatan dalam pendidikan Islam haruslah mencerminkan satu pandangan tentang hakikat satu matlamat pelajaran.

Konsep

Strategi

Strategi merujuk kepada kemampuan dan kebijaksanaan dalam memilih pendekatan serta perancangan teknik untuk mencapai sesuatu objektif. Dalam konteks pendidikan ,

terdapat beberapa elemen yang mempengaruhi strategi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran iaitu kelas yang terlibat, kaedah yang diguna pakai oleh guru, alat-alat bantu pengajaran, pengetahuan sedia ada murid serta kepakaran guru terbabit.

Konsep

Kaedah

Kaedah merupakan satu tindakan atau beberapa jenis tindakan yang bersistem, tersusun dan spesifik untuk mencapai sesuatu objektif jangka masa pendek. Terdapat banyak kaedah yang popular diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk pembelajaran bahasa seperti kaedah penyelidikan, kaedah sokratik dan kaedah projek.

Konsep

Teknik

Teknik pula adalah unit-unit kecil yang terkandung di dalam kaedah atau tingkah laku guru tersebut. Sesuatu teknik dapat dikenal pasti melalui 3 aspek tingkahlaku guru iaitu aktiviti yang dijalankan, perlakuan guru itu sendiri serta kemahiran yang ada padanya. Sebagai contoh, dalam kaedah bercerita, seseorang guru itu mungkin menggunakan teknik menimbulkan minat sebagai motivasi dan daya tarikan terhadap isi pelajaran atau teknik menyoal yang sering digunakan dalam aspek kefahaman.

Selain itu, banyak lagi jenis teknik yang baik dan sesuai diguna pakai untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa arab seperti hafazan dan latih tubi, tunjuk cara , syarahan, soal jawab dan bercerita.

Pemilihan teknik yang sesuai juga berkait rapat dengan tahap atau aras kemahiran objektif pelajaran. Jadual berikut menunjukkan hubungan antara aras sesuatu kemahiran yang disesuaikan dengan teknik mengajar.

Aras Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis

kemahiran Latih tubi

Teknik dan

mengajar hafazan Syarahan

Tunjuk

cara

atau

demonstrasi Penyoalan Perbincangan

Penilaian Konsep

Sumbangsaran Aktiviti

Aktiviti pula adalah gabungan gerak kerja atau tindakan guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif yang ditentukan.

Secara kesimpulannya, hubungkait antara pendekatan ,strategi, kaedah dan aktiviti dapat dilihat berdasarkan rajah berikut :

Kaedah-kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran

Bahasa

Arab.

Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan dengan sistematik bagi mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran.Walaubagaimanapun , beberapa aspek penting perlu diambil kira dalam proses pembelajaran khususnya yang berkaitan dengan pendidikan Islam dan bahasa arab. Antaranya ialah kesesuaian aktiviti yang terkandung di dalamnya serta penerapan aspek nilai. Ini kerana dalam falsafah pendidikan Islam, pencapaian sesorang murid itu bukan hanya diukur berdasarkan keupayaan menguasai maklumat dan isi pelajaran yang terkandung dalam sukatan pembelajaran sahaja, sebaliknya pembangunan nilai sahsiah dalam diri dan aplikasi moral terhadap persekitaran mengikut acuan pendidikan Islam juga menjadi kriteria terhadap pencapaian seseorang pelajar.

Oleh yang demikian, tidak semua kaedah adalah sesuai dalam konteks pendidikan bahasa arab yang amat berkait rapat dengan nilai tarbiah Islam.

Aspek sejarah metodologi pengajaran dan penyebaran ilmu dalam Islam juga perlu diambil kira. Persoalan apakah kaedah yang digunapakai oleh para ulama salaf tidak relevan dengan suasana sekarang harus diteliti secara saksama dan jujur.Begitu juga dengan persoalan setakat mana tahap istiqamah, konsistensi dan konsentrasi pelajar dalam mempelajari bahasa Arab samada di peringkat awal, pertengahan mahupun di peringkat tinggi.

Persoalan kesesuaian kaedah pembelajaran moden serta susun atur fizikal sesebuah kelas pendidikan bahasa Arab era hari ini juga harus dikupas dengan jelas.

Harus difahami bahawa mempelajari bahasa Arab jauh sekali perbezaannya dengan mempelajari bahasa Inggeris.Salah satu elemen yang penting untuk menguasai sesuatu bahasa itu ialah kemampuan bagaimana untuk berfikir dalam bahasa tersebut. Antara beberapa kaedah yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran 1. Kaedah bahasa Tematik. Arab (Tariqah Al ialah : Mauduiyah)

Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan satu idea besar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil.Contohnya, dalam minggu pembelajaran tersebut, tema utama yang dipilih ialah berkaitan keluarga. Dalam satu slot pengajaran , ia boleh dipelbagaikan seperti nama anggota keluarga, aktiviti keluarga, perbualan bersama keluarga dan sebagainya.Bagi satu tajuk seperti keluarga ini, semua cabang pembelajaran Bahasa Arab boleh dipraktikkan melaluinya samada dari segi nahu (tatabahasa), maqal (penulisan) atau mutholaah.

Di samping itu ia juga boleh dikaitkan dengan kaedah-kaedah lain seperti perbualan dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah.

2.

Kaedah

Mengeja

(Tariqah

Al

Imlaiyah)

Kaedah ejaan atau imlai ini berdasarkan catatan sejarah adalah bentuk penyebaran ilmu yang paling penting.kaeddah ini berlaku sesudah kertas dan tulisan dihasilkan.Ia merupakan kaedah kedua selepas kaedah hafalan yang dia amalkan dalam perkembangan ilmu dalam sejarah umat Islam.Berdasarkan kaedah ini, murid akan menulis setiap kalimah dan ayat yang diungkapkan oleh guru mereka.

Dalam sejarah Islam, kaedah ini berkait rapat dengan ijtihad para ulama. Para ulama meyampaikan pandangan dan ijtihad mereka dan disalin oleh murid-masing-masing. Proses ini agak merosot menjelang abad ke-4 hijrah disebabkan merosotnya gerakan ijtihad para ulama. Tempoh itu seiap mazhab hanya bersandar kepada bahan bacaan dan rujukan mazhab masing-masing atau melakukan ilhaq berdasakan kefahaman dan pandangan mazhab mereka.

Menjelang abad ke 9 hijrah Imam Ibnu Hajar kembali mengembangkan kaedah ini dengan mengadakan muhadarat atau kuliah beliau dalam hampir 1000 majlis dan seterusnya diikuti oleh Imam As Suyuthi dan Syeikh Murtadha al Zubaidy

3.

Kaedah

soal

jawab

(Tariqah

Al

Munazharah)

Kaedah soal jawab ini amat sesuai dan praktikal dalam konteks pembelajaran bahasa. Ini kerana dalan kaedah ini proses pembelajaran berlangsung dengan semua pihak memainkan peranan termasuk guru dan murid, Bermula dengan penyediaan teks perbualan yang mudah seperti ucapan aluan, terima kasih, bertanya nama atau bertanya khabar. Frasa-frasa ringkas ini mudah untuk diingat dan sesuai untuk dipraktikkan di luar bilik darjah sebagai pengayaan.

Walau bagaimanapun , setiap murid perlu memahami maksud setiap frasa bagi menyesuaikan dengan konteks perbualan dan kesesuaian penggunaannya.

4.

Kaedah

Latih

Tubi

(Tariqah

al

Mulazamah)

Kaedah latih tubi ini juga adalah bersesuaian dengan bentuk pembelajaran bahasa kerana kemahiran berbahasa perlu kepada proses mengulangi apa yang diperlajari, disebut atau ditulis.Di dalam Islam, kaedah ini antara bentuk pengajaran yang awal di mana Malaikat Jibril menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad dengan mengulangi kalimah Iqra beberapa kali sehinggalah Nabi Muhammad dapat menyebutnya.

Membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam pengajaran berbentuk latih tubi ini. Ia amat baik terutamanya bagu tujuan meningkatkan kemahiran lisan dan kemahiran membaca . Kaedah pembelajaran al Quran secara tradisional lazimnya menggunakan kaedah ini sejak zaman berzaman dan ia amat berkesan untuk jangka masa yang panjang di samping mengukuhkan penguiasaan tajwid dan dalam kontek bahasa Arab ia penting dalam menjelaskan aspek nahu secara terperinci mengikut tahap pembelajaran.

5.

Kaedah

Perbandingan

(al

Qiyasiyah)

Kaedah ini dimulakan dengan memperkenalkan prinsip asas dan umum sebelum di huaraikan dengan contoh-contoh serta perincian yang mendalam. Kaedah ini adalah

kaedah

lazim

yang

diguna

pakai

dalam

sistem

pembelajaran

moden.

Sebagai contoh kaedah ini boleh diterapkan dalam pengajaran kaedah tatabahasa. Guru akan menjelaskan tajuk pelajaran dan kaedah seperti hukum Jamak Taksir. Sesudah memberi penjelasan berkenaan sifat jamak taksir dan bagaimana mengenalnya berdasarkan beberapa contoh, maka guru akan memberikan contoh tambahan untuk memudahkan murid dalam menghadapi latihan susulan.

6.

Kaedah

Induktif

Kaedah adalah berlawanan dengan kaedah perbandingan. Melalui kaedah ini , para pelajar didedahkan dengan pelbagai contoh dan situasi serta penghuraian sebelum pergi menuju konklusi dan kesimpulan atau merujuk sesuatu hukum.

Kaedah ini dapat mengalakkan murid untuk membuat kesimpulan dan rumusan sendiri sebelum dibandingkan dengan kesimpulan umum yang ditetapkan oleh guru. Kaedah ini banyak membantu murid untuk berfikir, merenung, menganalisa, dan berlatih membina kesimpulan dan prinsip

Contohnya dalam konteks pembelajaran bahasa Arab, kaedah ini turut sesuai dipraktikkan dalam pengajaran qawaid atau tatabahasa. Setelah diberikan contoh yang banyak dan murid membuat rumusan daripada apa yang boleh difaham berdasarkan contoh.

Rumusan Kesimpulannya , dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran itu, langkah pemilihan kaedah, strategi, teknik dan pendekatan yang dipilih adalah penting dan menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai. Sebagai seorang guru yang mengajar bahasa asing , persediaan amat penting untuk berhadapan dengan pelajar terutamanya bagaimana untuk melatih mereka berfikir dan bekerjasama atau interaksi dalam bahasa tersebut.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Mohd. Salleh , Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Methodologi, Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam , 1997.

Ee Ah Meng, Pedagogi ll Pelaksanaan Pengajaran , Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam , 1997 .

Mok Soon Sang & Lee Shok Mee, Pedagogi 3 ,Pengajaran dan Persediaan Mengajar, Bahagian A , Kumpulan Budiman Sdn Bhd. , Kuala Lumpur, 1991

Mok Soon Sang, Pedagogi 2 ,Pelaksanaan Pengajaran, Kumpulan Budiman Sdn Bhd., Kuala Lumpur 1996.

_________________, Pendedahan Kurikulum Semakan BAK & BAT , Unit Bahasa Arab Bahagaian Kurikulum Pendididkan Islam Dan Moral, Jab. Pendididkan Islam Dan Moral, Kem. Pendidikan Malaysia.

lampiran

. . .

1. 2.

. .

.1

. .

. .2 .

. .3 . . . .4 . . . .5 .6 .7 . . . . .

. .8 .

: . .1 .2 .3 . .5 . . . .

.4

.2 .3 .4 . .

. . . . .

: . . . . . .

. . . . .1

. .5

"PENDEKATAN BELAJAR BAHASA ARAB SECARA BERKESAN


PENDEKATAN BELAJAR BAHASA ARAB SECARA BERKESAN

.Bahasa Arab adalah Bahasa Internasional yang tidak asing lagi seantero dunia
Assalamu'alaikum. Bahasa Arab (BA) adalah bahasa al-Qur'an al-Karim. Al-Qur'an telah menegaskan bahwa bahasanya adalah mudah untuk dipelajari. Tetapi kita lihat pembelajaran BA tidak membuahkan hasil yang dicita-citakan. Berapa ramai yang telah belajar BA selama bertahuntahun, dari peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, dan seterusnya Universiti. Tidak

kurang yang menyambung pelajaran ke luar negara, terutama di Timur Tengah. Namun, tahap penguasaan BA amat mengecewakan. Keadaan ini disebabkan oleh dua faktor penting, iaitu: 1. Tidak memahami konsep pengajaran/pembelajaran. Kerap BA diajar tanpa mengetahui method yang betul. Ia seolah diajar tanpa mempunyai tujuan. Cara yang paling biasa digunakan ialah mengajar kaedah Nahu Arab sejak daripada tahap pertama dengan anggapan bahawa dengan mengetahui kaedah-kaedah ini pelajar akan mahir dalam BA. Tidak dinafikan bahawa kaedah nahu adalah penting dalam pembelajaran bahasa, tetapi memahami kaedah nahu sahaja tidak bermakna seseorang menguasai sesuatu bahasa. ramai yang tidak memahami bahawa kaedah bahasa berbeza daripada bahasa itu sendiri. Sebagai contoh, ramai orang yang telah hafal kaedah-kaedah nahu, tetapi tidak mahir dalam bercakap, menulis dan membaca. Di samping cara di atas, cara yang popular juga dalam pebgajaran BA ialah penterjemahan. Cara ini sekaligus memalingkan pelajar daripada memberi tumpuan kepada bahasa asal, sebaliknya memberikan tumpuan kepada terjemahan dalam bahasa kedua. Cara ini sebenarnya adalah pengaruh daripada pengajaran teks agama seperti fiqh, tafsir, hadith dan lain-lain. Dalam hal ini penterjemahan ke dalam bahasa kedua adalah penting kerana tujuan asas pengajaran teks-teks agama adalah pemahaman yang mendalam terhadap iasi kandungan yang disampaikan. Keadaan amat berbeza dalam hal pengajaran bahasa, kerana tujuan asasi daripadanya ialah bagaimana pelajar dapat mencapai suatu tahap kemahiran dalam penggunaan bahasa. 2. Tidak memberi penekanan kepada kemahiran bahasa. Pada asasnya, bahasa adalah suatu media yang digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Komunikasi ini akan melibatkan pancaindera telinga untuk mendengar, lisan untuk menutur, mata untuk membaca dan tangan untuk menulis. Kebolehan seseorang menggunakan beberapa atau semua pancaindera dalam komunikasinya itu dinamakan sebagai kemahiran bahasa. Namun, untuk mencapai tahap komunikasi yang berkesan, latihan terhadap kemahiran ini harus diberikan penekanan sejak dari peringkat awal lagi. Nampaknya inilah yang amat kekurangan dalam pengajaran BA di Malaysia khususnya. Satu Cadangan Terdapat banyak sekali method pengajaran bahasa yang dibahaskan oleh pakar-pakar pendidikan. Bagaimanapun, di antara method yang paling berkesan pada pendapat saya ialah Kaedah Terus (Direct Methode). Ini kerana pendekatan ini memberi pendedahan secara langsung kepada penggunaan bahasa sasaran. Pada asasnya guru tidak akan menggunakan kaedah terjemahan, malah dia hanya akan menggunakan bahasa sasaran. Secara saikoloji, guru berperanan sebagai contoh utama dalam menggunakan bahasa sasaran. Penggunaan bahasa sasaran secara langsung bertujuan melatih minda pelajar supaya berfikir dalam bahasa yang dipelajari. Ia juga menghampiri proses pembelajaran bahasa ibunda di kalangan kanak-kanak. Oleh kerana itu, methode ini juga kadang-kadang disebut juga sebagai Kaedah Semulajadi (Natural Methode). Berdasarkan ini,

semakin hampir pendekatan kita kepada proses kanak-kanak belajar bahasa ibunda, maka semakin mantap kemahiran yang dikuasai. Ciri-ciri penting Kaedah Terus ialah: 1. Ia memberi penekanan kepada kemahiran bahasa. Untuk peringkat permulaan, kemahiran mendengar dan bercakap diberi perhatian yang lebih.Ini kerana kedua kemahiran ini adalah asas penting untuk melancarkan proses pembelajaran yang seterusnya.Perkara ini juga selari dengan proses pembelajaran kanak-kanak. Sejak lahir, kanak-kanak terus belajar bahasa ibundanya daripada persekitaran. Pada tahap ini, pancaindera yang terlibat hanyalah pendengaran. Proses mendengar mungkin berjalan selama setahun atau lebih. Tahap ini diikuti oleh latihan bercakap yang juga mengambil masa yang agak lama di samping kemahiran mendengar yang berterusan. Boleh dikatakan bahawa kemantapan kemahiran bertutur bergantung sepenuhnya kepada kemahiran mendengar. Malah, setengah pakar mengesyorkan bahawa pada tahap permulaan, patut dikhususkan suatu period (6 bulan misalnya) hanya untuk melatih tubi kemahiran mendengar, persis cara kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda di peringkat permulaan. Latihan mendengar juga bertujuan membantu pelajar menguasai penyebutan huruf yang betul. 2. Ia menekankan kepada penggunakan bahasa yang paling kerap di dalam kehidupan seharian. Ia memberi fokus kepada perbualan yang berlaku sehari-hari; di rumah, di pasar, di sekolah dan lainlain. Kebolehan berbual adalah satu petanda kepada kebolehan bertindak balas terhadap apa yang didengar. Apabila seseorang berjaya sampai ke tahap ini, ia akan menjadi suatu pendorong yang berguna untuk mengembangkan penguasaan yang lebih bermakna dalam bahasa yang dipelajarinya. Sebaliknya seorang yang tidak dapat menguasai kemahiran ini, ia akan menjadi penghalang baginya daripada meneruskan proses pembelajaran. Kemungkinan besar dia akan merasa hampa dan putus asa. 3. Ia menekankan penggunaan bahasa yang mudah, tidak kompleks, perkara-perkara yang wujud secara fizikal. Pada peringkat permulaan, perkataan-perkataan dan tajuk-tajuk yang mempunyai makna yang abstrak dielakkan. 4. Ia mementingkan pengulangan atau latih-tubi. Seperti yang disebutkan di atas, method ini cuba mendekati proses pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak di mana pengulangan adalah satu daripada elemen yang sangat penting. Begitulah hendaknya seseorang yang belajar BA mesti mendengar dan berlatih bertutur sekerap yang mungkin. Selama mana pengulangan berlangsung, sebanyak itulah kemantapan yang dicapai oleh pelajar. 5. Ia mementingkan penggunaan bahasa. Oleh kerana itu perbendaharaan kata tidak diajar secara individu. Ketika mencatat perkataan yang baru misalnya, pelajar tidak mencatat perkataan itu sahaja, malah perkataan dan bagaimana ia digunakan di dalam ayat. 6. Ia tidak mengajar kaedah-kaedah nahu dan saraf secara langsung, sebaliknya, melatih pelajar memahami ciri-ciri bahasa melalui pemerhatiannya ketika menggunakannya. Kadang-kadang kaedah-kaedah nahu yang asas diterangkan secara ringkas, tetapi bukan dalam bentuk suatu teori yang mendalam. Tujuannya ialah supaya minda pelajar tidak dikongkong oleh kaedah-kaedah

nahu/saraf, dimana ini akan melambatkan proses pembelajaran kerana penekanan kepada kaedah nahu/saraf secara lansung pada peringkat permulaan biasanya boleh menyebabkan bahawa BA adalah sukar. Ia juga menimbulkan perasaan takut melakukan kesalahan. Belajar melalui kesalahan adalah suatu proses yang tabi'i dan bersahaja, tetapi akan meninggalkan kesan yang mendalam.Ianya

semakin popular Kaedah Penyelidikan Bahasa

1.0 PENDAHULUAN Latar Belakang Kajian

Lazimnya kita mengetahui bahawa penguasaan bahasa pertama berlaku secara semulajadi semenjak kecil lagi. Pada tahap ini, bahasa akan dipelajari secara berperingkat-peringkat. Seperti mana yang kita ketahui bahawa bayi belajar secara tidak formal Mereka dapat menguasai bahasa itu dengan cara memperoleh bukan melalui proses pembelajaran. Mereka hanya perlu didedahkan kepada bahasa ibunda mereka dan secara tidak disedari mereka akan pandai dengan sendirinya menggunakan bahasa itu.

Dalam kajian ini kita akan penyelidik dan cadangan tentang senario kelemahan murid sekolah rendah dalam menguasai bahasa kedua dalam proses pembelajaran. Penyelidikan ini berkisar di beberapa buah sekolah di Bahagian Sarikei di mana pelajarnya terdiri daripada pelbagai etnik. Mejoritinya mempunyai bahasa ibunda masing masing. Kita akan kaji mengapa masih ramai pelajar belum dapat menguasai bahasa kedua terutama sekali dari segi sebutannya kerana mereka masih lagi dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka masing masing. Beberapa faktor telah diambil kira seperti minat terhadap mempelajari bahsa kedua, latar belakang geografinya, kemudahan pasarana seperti telefon, termasuk radio dan televisyen, begitu juga dengan pendapatan ibubapa yang mempunyai taraf hidup yang rendah. Selain daripada itu kebanyakkan daripada ibu bapa masih lagi hidup dalam kehidupan yamg serba daif. Mereka mengangga bahawa pelajaran itu tidak penting bagi golongan ini.

Penyataan Masalah

Mempelajari bahasa kedua merupakan satu proses mempelajari lakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran, gangguan daripada bahasa ibu sering terjadi. Oleh itu, pengajaran bahasa kedua hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara semulajadi dan tidak terlalu formal.

Berbeza dengan pembelajaran bahasa kedua, bahasa mestilah dipelajari secara formal dan hanya

berkembang melalui latihan dan pengukuhan Oleh itu, dorongan yang kuat dan sikap yang baik adalah perlu untuk belajar.

Penekanan sebaiknya dilakukan dalam konteks kebudayaan dan sosial yang hidup yang membolehkan bahasa tersebut sering didengar dan dituturkan. Mungkin salah satu masalah yang besar ialah, bahasa Melayu yang diajar itu amat formal dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan hari-hari, sehingga murid-murid terpaksa mempelajari suatu dialek yang berlainan yang tidak boleh mereka tuturkan di luar kelas. Tambahan pula mempelajari bahasa kedua merupakan salah satu daripada proses pembelajaran di setiap sekolah di Malaysia. Para pelajar mesti bekerja keras untuk mempelajari bahasa kedua ini. Bahasa kedua menjadi salah satu daripada mata pelajaran yang mesti diajar walaupun sukar bagi pelajar untuk mempelajarinya. Untuk mempelajari Bahasa Kedua ini pelajar hendaklah perlu banyak membaca. Masalah yang dihadapi oleh murid zaman kini ialah mereka mempunyai pandangan yang negative

Dalam konteks pengajaran bahasa Melayu, pengajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kepada pelajar Melayu sendiri tidak banyak menimbulkan masalah tetapi mengajarnya sebagai bahasa kedua kepada pelajar bukan penutur jati memerlukan perhatian yang lebih teliti. Pelajar perlu melalui rancangan-rancangan dan aktiviti-aktiviti yang tersusun dengan kaedah-kaedah tertentu.

Adalah jelas, mempelajari bahasa kedua merupakan satu proses mempelajari lakuan baru. Justeru, dalam proses pembelajaran, gangguan daripada bahasa ibu sering terjadi. Lingkungan kebudayaan dan linguistik di kalangan pelajar sering mempengaruhi proses pembelajaran bahasa kedua mereka. Oleh itu, pengajaran bahasa kedua hendaklah dirancang dan dilaksanakan secara semulajadi dan tidak terlalu formal. Penekanan sebaiknya dilakukan dalam konteks kebudayaan dan sosial yang hidup yang membolehkan bahasa tersebut sering didengar dan dituturkan.

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut :

i. untuk persediaan para guru guru disekolah rendah tentang persediaan kanak kanak tentang

pembelajaran bahasa dan penguasaannya. ii. Untuk mengetahui tentang pembelajaran bahasa kedua bagi kanak kanak. iii. Mengetahui tentang perbezaan diantara penguasaan Bahasa Pertama dan pembelajaran bahasa kedua dan mempelajari penggunaan bahasa.

Rangka Konsepsual Tajuk Cadangan Mempelajari Bahasa Kedua adalah di kalangan pelajar sekolah rendah masa kini. Kajian Kes di SK Budu, Saratok, Sarawak Objektif Kajian Teori Kajian

Persempalan Tempat Kajian

Kaedah Kajian

Kerangka Teori

Teori Skema yang telah dikemukakan Rumelhart ( 1981 ) yang berkaitan dengan pengetahuan individu atau struktur data yang bagi mengambarkan konsep umum yang ada dalam ingatan manusia. Mengikut teori skema, pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang digambarkan dalam satu uni kotak yang dinamakan skemata . Skema merupakan pengetahuan seseorang tentang semua konsep objek, peristiwa, situasi, tingkah laku dan urutan urutan perlakuan dalam unit tersebut. Objek yang dimaksudkan mempunyai kaitan dengan pengatahuan. Menurut Abd. Rahman ( 1997 ), Teori mekanis cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara langsung atau secara fizikal. Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli ahli bahasa seperti Bloomfield, Sapir, Boas, Fries dan Brooks, Sarjana sarjana psikologi menyertai aliran ini ialah J.B Watson, E.r.Guthrie, edward L, Tondike, I.P. Pavlov dan B.F Skinner. Golongan ini beranggapan bahawa pemerolehan sesuatu lakuan terjadi melalui ulangan lakuan. Ini bermakna penguasaan bahasa adalah satu proses mekanis melalui latihan dan pengulangan. Rangsangan yang datang kepada seseorang adalah dari dalam dirinya, dan daripadanya timbul gerak balas terhadap orang lain untuk melahirkan pertuturan dan sebutan daripada simbol. Dalam konteks

pengajaan dan pembelajaran bahasa teori mekanis menegaskan latihan dan latih tubi pola bertujuan untuk membentuk satu kebiasaan baru bagi pelajar.

Teori mekanis juga menekan kemahiran lain seperti pertuturan lisan dan kemahiran mendengar kerana kedua dua kemahiran ini mempunayai hubungan yang rapat dan mudah untuk dikuasai berbanding dengan aktiviti membaca dan menulis. Kesemua kemahiran ini perlu diberi awal dalam pembelajaran yang berterusan di sekolah. Ujian kloz pula bertujuan untuk menentukan tahap kebolehan individu yang dikaitkan dengan beberapa kemahiran lain, iaitu kemahiran berfikir, kemahiran perbendaharaan kata, tatabahasa, kefahaman bacaan di samping kefasihan dan kelicinan sintaksis.

Kepentingan Kajian / Kesinifikanan

Hasil daripada cadangan kajian ini nanti bolehlah dimanfaatkan oleh guru guru sekolah rendah yang mengajar bahasa kedua kepada pelajar yang masih lagi mempunyai kepekatan diksi dalam bahasa ibunda mereka, disamping itu juga ianya boleh digunakan oleh pihak Pusat Perkembang Kurikulum untuk merobak huraian sukatan pelajaran dan di semak semula supaya ianya lebih berkesan untuk dgunakan oleh warga pendidik. Guru dan ibu bapa dapat menentukan bentuk keperluan dan penyediaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran bagi melaksanakan program pemulihan khas bagi mereka yang lemah. Ketidaksesuaiannya perlu diubah dan diganti dengan kaedah baru yang mungkin mampu memberi penyelesaian yang lebih baik. Kajian cadangan ini penting untuk membaiki tahap pancapaian akademik secara menyeluruh. Pihak yang berwajib dalam organisasi pendidik di Malaysia ( KPM ) perlu menyedari masalah pembelajaran bahasa kedua bagi murid murid yang tinggal jauh dipedalaman. Bagaimana cara hendak menbaiki itu terpulanh pada kretiviti seseorang guru tersebut Organisasi ini perlu merancang kurikulum khas bagi pelajar yang terbabit. Skop Kajian

Kajian ini akan meliputi beberapa orang guru dan pelajar telah sebuah sekolah di kawasan luar bandar Sarawak, yang terletak berhampiran dengan Pekan Kecil Daerah Saratok. Sekolah ini dipilih berdasarkan lokasinya yang jauh dari bandar dan latar belakang status sosioekonomi keluarga pelajar kebanyakanya terdiri daripada golongan sederhana, dimana mejoriti ibu bapa atau penjaga bekerja sebagai petani dan

penoreh getah.

Kaedah kajian yang menggunakan Ujian Kloz dan soal selidik kepada 10 orang responden ( pelajar ) sebagai sampel akan turut mengambil kira maklum balas guru bagi mencapai objektif kajian. Skop ujian dan soal selidik yang akan dijalankan adalah tertakluk kepada keperluan objektf kajian

Definisi Istilah

Definisi istilah yang digunakan dalam tajuk kajian cadangan ini adalah seperti berikut : Mempelajari Perkataan mempelajari adalah berasal dari kata dasar pelajar . Mempelajari merujuk kepada proses menimba ilmu dari seseorang ataupun institusi pendidikan. Bahasa Pertama Menurut Kamarudin Hj. Husin (1998) : Bahasa pertama ialah bahasa yang mula-mula sekali dikuasai oleh seseorang sejak dia masih kanan kanak iaitu iaitu sebelum dia mempelajari bahasa asing atau bahasa kedua. Bahasa pertama ini sering juga disebut bahasa kandung atau bahasa ibunda.

Dikalangan Menurut Kamus Dewan perkataan kalangan bermaksud lingkungan, golongan : di ~ orang Melayu:di ~ mahasiswa ; bahasa ~ bahasa ( kata kata ) yang biasa dipakai dalam sesuatu golongan tertentu; ~ atas golongan.

Pelajar Perkataan pelajar adalah pelaku kepada perbuatan belajar, iaitu individu yang sedang dalam jangka masa proses belajar, atau menimba ilmu dari seseorang atau institusi pendidikan. Sekolah rendah adalah satu institusi pendidikan di Malaysia yang mengendali kumpulan pelajar dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun berdasarkan syarat syarat tertentu. Menurut kajian Mohd Azmi ( 2001 ), Pendidikan di Malaysia menggunakan sistem 6-3-2-2, iaitu 6 tahun di sekolah rendah yang bermula pada usia kanak kanak 7 hingga 12 tahun ; 3 taun sekolah menegah rendah, yang bermula pada usia pelajar 13 hingga 15 tahun; 2 tahun di sekolah menegah atas, yang bermula pada usia 16 hingga 17 tahun; dan 2 tahun dalam tingkatan 6 di peringkat pra- universiti.

Dapatlah kita katakan di sini bahawa pengertian pelajar sekolah rendah bermakna individu yang dalam lingkungan usia 7 hingga 12 tahun dan masih belajar atau bersekolah di sekolah Kebangsaan di negara ini. Sekolah Kebangsaan yang dimaksudkan dalam kertas cadangan ini ialah SK Budu, Seratok, Sarawak. Masa Kini Masa kini pula membawa pengertian waktu sekarang. Waktu berlaku sesuatu peristiwa.Menurut Kamus Dewan ( 1996 ) masa bermaksud waktu atau ketika ini. Manakala perkataan Masa pula menurut Kamus Dewan ( 1996 ) kini bermaksud sekarang ini, waktu ini.

Kesimpulan Definisi Istilah

Kesimpulan defini istilah yang digunakan oleh penyelidik ialah bagaimana hendak mempelajari dan menguasai Bahasa Kedua di kalangan pelajar dalam lingkungan 7 hingga 12 tahun di Sekolah Kebangsaan Budu Seratok, Sarawak.Bagaimana cara hendak menguasai bahasa kedua tersebut.

Sorotan Kajian Beberapa Kemahiran Asas Bahasa

Penguasaan bahasa untuk tujuan komunikasi merupakan matlamat pengajaran bahasa di sekolah. Beberapa kemahiran asas lain yang harus diberi penekanan sama rata bagi meningkatkan kemahiran berbahasa dan komunikasi ialah mendengar, kemahiran menulis dan kemahiran bertutur. Semua kemahiran berbahsa dan komunikasi memerlukan proses yang kompleks

Penguasaan Bahasa Pertama Dan Pembelajaran Bahasa Kedua Ahli-ahli psikolinguistik berpendapat bahawa proses mempelajari bahasa pertama adalah secara terus tanpa sebarang aktiviti terjemahan daripada bahasa lain. Dalam hal ini, kanak-kanak hanya menguasai pertuturan sahaja secara sebarangan. Setelah beberapa lama melalui proses mendengar, memerhati kebiasaan, barulah mereka dapat bertukar mengikut kebiasaan bahasa itu. Pembelajaran yang diperolehi adalah secara tidak langsung tanpa sebarang kaedah. Bahasa dikuasai secara keseluruhan dan tidak sekerat-sekerat atau terpisah dalam bentuk berasingan.

Walaupun begitu dalam menguasai bahasa pertama atau bahasa ibunda beberapa proses dilalui oleh kanak-kanak. Dalam hal ini, Kamarudin (1988) membahagikan proses tersebut seperti berikut :

i. Peringkat fonologi Peringkat mengeluarkan bunyi-bunyi dan membiasakan diri dengan bunyi- bunyi yang didengar ii. Peringkat morfologi Peringkat menggabungkan unit-unit bunyi menjadi bunyi-bunyi yang bermakna. iii. Peringkat sintaksis Peringkat menggabungkan morfem-morfem menjadi ungkapan-ungkapan atau ayat-ayat yang bermakna.

Prinsip-prinsip Pengajaran Bahasa Pertama

i. Kemahiran bahasa dikuasai secara beransur-ansur

Penguasaan sesuatu kemahiran bahasa di kalangan kanak-kanak berlaku secara beransur-ansur. Mulamula mereka mengeluarkan bunyi-bunyi, kemudian mencantumkan unit-unit bunyi itu menjadi perkataan dan selepas itu mencantumkan pula perkataan-perkataan itu menjadi ungkapan atau ayat. Kanak-kanak memerhati dan menangkap sebarang kemahiran bahasa itu daripada penutur-penutur lain. Lamakelamaan mereka akan menjadi mahir dengan sendirinya. Proses kefahaman boleh wujud lebih awal daripada proses melahirkan ucapan.

ii. Banyak aspek bahasa dikuasai sekaligus

Lazimnya setiap kemahiran bahasa dikuasai dengan cara yang perlahan dan ini membolehkan beberapa aspek bahasa itu dapat dikuasai secara sekaligus. Sebagaimana yang diketahui, bahasa mempunyai banyak rumus dan peraturan dan semuanya ini dikuasai secara serentak. Kanak-kanak umpamanya dapat menguasai bunyi, perkataan, pengimbuhan, makna, dan penggunaannya dalam ayat secara sekaligus.

iii. Kanak-kanak mempelajari menggunakan bahasa tetapi tidak mengenainya

Prinsip ini menerangkan bahawa kanak-kanak tidak cuba mengkaji jalan bahasa dalam proses menguasai bahasa tersebut. Mereka belajar menggunakannya. Kanak-kanak tidak diminta menjelaskan kenapa sesuatu ayat itu betul atau salah tetapi mereka perlu tahu betul salahnya. Dalam aspek

tatabahasa misalnya, kanak-kanak tidak diminta mengkaji rumus-rumusnya tetapi cukup sekadar menggunakannya dalam ayat-ayat yang betul.

iv. Kanak-kanak menggunakan bahasa mengikut konteks makna

Kanak-kanak belajar menggunakan bahasa itu dengan memerhati atau mendengar dan kemudiannya menggunakan unsur yang sama dalam keadaan yang serupa bagi memberikan maknanya. Walaupun tidak memahami sistem tatabahasa, tetapi mereka amat mengetahui hubungan perkataan dengan perkataan dalam ayat dan antara ayat dengan ayat yang lain. Mereka menggunakan sesuatu perkataan itu dalam konteks makna, bukannya dalam konteks tatabahasa. Semasa mengajar, guru perlulah mencari konteks makna bagi menjelaskan makna perlatan itu. Pelajar diberi latihan dan latih tubi pemakaian perkataan yang betul.

v. Kanak-kanak mempunyai kebiasaan sendiri mempelajari bahasa dan pertuturan

Kanak-kanak mempelajari pertuturan menurut kebiasaan tertentu. Kebiasaan ini mungkin kebiasaan seseorang individu atau kelompok penutur. Mereka mempunyai kumpulan sendiri dan mempunyai habit dalam cara bertutur yang tersendiri. Jadi kanak-kanak tidak perlu dihalang mengembangkan kebolehan mereka berbahasa secara tersendiri.

Pembelajaran Bahasa Kedua

Pengajaran bahasa kedua berbeza dengan penguasaan bahasa pertama. Bahasa kedua diperolehi dan dikuasai melalui pembelajaran. Di mana pembelajaran tersebut adalah bersifat formal, menekankan banyak latihan dan pengulangan hingga membentuk satu tabiat. Ini dijelaskan oleh Rivers W.M (1964) yang menyatakan pembelajaran bahasa asing pada dasarnya adalah merupakan satu proses mekanikal yang membentuk tabiat

Oleh itu, cara penguasaannya adalah sama dengan proses pembentukan tabiat yang lain seperti belajar menaip, berenang, memamndu, dan lain-lain. Proses pembelajaran menetapkan jika sekali berjaya dilakukan dengan baik maka ia akan dapat diulangkan untuk seterusnya secara

automatik. Jika proses penguasaan di peringkat awal seorang kanak-kanak, berkemungkinan besar dia akan melalui proses-proses yang sama dengan proses penguasaan bahasa pertama, sementara proses penguasaan bahasa kedua selepas peringkat awal kanak-kanak akan melalui tahap dan cara yang agak berbeza dengan proses pemerolehan pengetahuan bahasa pertama. Hal ini pernah ditegaskan oleh Brown (1980) : Adult, more cognitively secure,appear to operate from the solid foundation of the first language and thus manifest more interference.

Seterusnya Rivers melalui teori pendekatan mengajar bahasa iaitu pendekatan dengar sebut menyatakan bahawa : a. a. Pembelajaran bahasa asing pada asasnya adalah merupakan satu proses yang mekanikal membentuk tabiat. b. b. Analogi memberi asas yang lebih kukuh terhadap pembelajaran bahasa asing daripada analisa.

Oleh itu, daripada kenyataan tersebut dapatlah diandaikan tabiat adalah disebabkan melalui peneguhan dan tabiat berbahasa kedua pula boleh dibentuk dengan berkesan bukan dengan membuat kesilapan-kesilapan tetapi mempelajari apa yang betul. Latih tubi memainkan peranan yang penting bagi menggalakkan kebolehan ini berfungsi.

Menurut pendekatan kognitif (Chomsky), mempelajari bahasa ialah satu proses menguasai dengan cara sedar akan pola-pola fonologi, sintaksis dan leksikal satu-satu bahasa itu. Teori ini menekankan kepentingan pemahaman murid akan struktur bahasa asing. Kesenangan mempelajari bahasa tersebut akan dapat berkembang secara mudah sekiranya murid-murid mempunyai penguasaan kognitif terhadap struktur-struktur bahasa tersebut.

Prinsip-prinsi Pengajaran Bahasa Kedua

i. Pembelajaran bahasa kedua ialah satu proses mekanis

Pembelajaran bahasa kedua adalah merupakan satu proses mekanis yang membentuk lakuan baru, iaitu lakuan kemahiran bahasa. Latihan-latihan yang diteguhkan dilakukan untuk membina habit bahasa yang

dipelajari itu.

ii. Bentuk bahasa pertuturan hendaklah dipelajari dahulu

Pengajaran bahasa kedua mestilah didahulukan dengan aktiviti lisan. Ini bermakna aktiviti pengajaran harus bermula daripada kemahiran mendengar, kemudia bertutur dan seterusnya kepada membaca dan menulis. Kanak-kanak diajar menyebut sesuatu kata itu dahulu sebelum bentuk-bentuk tulisan diajarkan. Cara ini akan menghasilkan satu pengajaran bahasa kedua yang berkesan.

vi. Pelajar belajar secara membuat analogi

Pembelajaran cara ini membolehkan pelajar-pelajar menerima pelajaran dengan cara melihat persamaan dan perkaitan di antara bentuk-bentuk yang diajar. Mereka dilatihtubi dalam pola-pola yang diajar. Analogi digunakan untuk menghasilkan penguasaan struktur bahasa tanpa menghabiskan masa dan tenaga untuk menjelaskan konsep-konsep tatabahasa.

iii. Makna dipelajari dalam konteks

Makna haruslah dipelajari dalam konteks yang dapat menerangkan makna itu sendiri. Misalnya makna perkataan perlulah di ajar dalam konteks kebudayaan yang penuh. Ini adalah cara yang difikirkan berkesan dalam memberikan makna.

METODOLOGI Reka Bentuk Kertas Cadangan Kaedah Kajian

Kertas cadangan ini dilakukan untuk mengenalpasti pembelajaran bahasa kedua menjadi lebih senang untuk mempelajari bahasa tersebut akan dapat berkembang secara mudah sekiranya murid-murid mempunyai penguasaan kognitif terhadap struktur-struktur bahasa tersebut.Kaedah kajian yan sesuai digunakan ialah yang berbentuk Kajian Ex Post Facto ( merupakan kajian yang sistematik dan emprikal ). Selain itu kaedah yang sesuai digunakan juga ialah berbentuk tinjaun diskritif, dimana beberapa bentuk ujian dilakukan iaitu Ujian Kloz yang diperkenalkan oleh Wilson Taylor pada 1953 untuk menentukan tahap kebolehanbacaan pelajar ( Khadijah Rohani,1987 ).

Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan kepada pelajar pelajar yang berbangsa Iban, di mana pelat dan tutur kata mereka masih lagi dipegaruhi oleh bahasa Ibunda.Pelajar pelajar sukar untuk mempelajari bahasa kedua. Sekolah Kebangsaan Budu menjadi lokasi kajian kerana di sini merupakan sebuah sekolah luar bandar ian terletak kira kira 45 kilometer dari pekan kecil Seratok. Kesemua pelajar berbangsa Iban.

Populasi Dan Persampelan

Populasi kajian terdiri daripada pelajar pelajar yang mempunyai masalah penguasaan Bahasa Kedua d Sekolah Kebangsaan Budu, Saratok, Sarawak. Jumlah populasi ialah 10 orang. Menurutr pendapat Ahmad Mahdzan Ayob ( 1991 ), rangka persempelan yang paling baik ialah sejumlah sampel yang menyamai populasi. Noor Aina Dani ( 2000 ), pula mengemukakan bahawa jumlah sampel yang dipilih hebdaklah munasabah dan jika populasi adalah sedikit, semua populasi bolehdipilih menjadi sampel. Oleh itu, semua 100% populasi telah dipilih sebagai sampe dalam kajian ini. Ini bertujuan untuk memastikan kesemua ahli dalam populasi dapat diuji sebagai subjek kajian dengan hasil yang lebih relevan.

Instrumen Kajian/ Cadangan

Model Ujian Diagnostik Baka diperkenalkan oleh Abd. Aziz Abd. Talib ( 1984 ). Keputusan ujian yang dijalankan akan dapat menentukan tahap kebolehbacaan pelajar yang diuji. Ujian dibahagikan kepada bahagian yang khusus untuk mengesan kemahiran atau kesukaran tertentu :

Ujian Kloz

Menurut Khatijah Abdul Hamid ( 1987 ), Ujian kloz diperkenalkan oleh Wilson Taylor pada 1953 untuk menentukan kecekapan berbahasa dari segi perbendaharaan kata ( makna, struktur dan imbuhan ), tatabahasa, kefahaman bacaan di samping menentukan tahap kebolehbacaan atau kefasihan dan kelicinan sintaksis semasa membaca.

Penskoran Ujian Baka Dan Ujian Kloz

Kaedah pemeringkatan peratus akan digunakan dalam Ujian Kloz. Menurut Abd. Aziz Abd Talib ( 2000 ), secara individu atau keseluruhan responden , peratus pencapaian yang diperolehi akan dapat menentukan kebolehbacaan pada tiga tahap berdxasarkan skala likert, iaitu tahap bebas atau tahap bersendirian , tahap bimbingan dan tahap kecewa .

dikalangan intelektual dan orang awam bukan sahaja untuk tujuan pertuturan bahkan lebih dari itu adalah sarana untuk menimba ilmu pengetahuan agama. Maka adalah dikesalkan jika orang Islam meninggalkan bahasa Arab yang juga dikenali sebagai Bahasa Syurga dan lebih menyedihkan mengangap bahasa Arab tidak relevan didalam kehidupan seseorang muslim. Kebanyakan insan yang mempelajari bahasa Arab adalah didorong oleh perasaan ingin tahu jauhar Bahasa Arab secara intensif dengan menghadiri pelbagai kursus dan mempelajari pelbagai method yang sering dipertingkatkan demi mamajukan keupayaan menguasai bahasa Arab dan kefahaman secara global.

Namun begitu, sejauh manakah keberkesanan yang dicapai oleh mereka melalui sistem atau kaedah yang sedia ada telah diguna pakai? Sungguh sukar untuk menjawab soalan yang abstrak ini, disamping kesuntukan masa yang terhad dan kesukaran untuk mendapatkan matlumat untuk dianalisa. Tetapi apa yang dapat dikongsi bersama dalam usaha mencari elemen-elemen pemangkin dan mampan untuk merealisasikan keberkesanan mempelajari Bahasa Arab ini adalah satu tanggungjawab yang murni kerana ia akan menyumbang kepada prasarana perkembangan bahasa tersebut disamping menanam sikap dan budaya mempejari bahasa-bahasa yang lain. Untuk tujuan ini tidaklah semudah yang kita perkatakan, seperti pepatah Melayu ada menyebut berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ini menunjukkan bahasa Arab ini adalah suatu bahasa yang amat sukar berbanding dengan bahasa yang lain. Ini sememangnya diakui sehingga ia dikenali dengan bahasa dha, disebabkan kesukaran bangsa lain menyebut huruf tersebut yang

tidak terdapat dalam mana-mana huruf konsonan yang dituturkan oleh sesuatu bangsa yang lain di atas muka bumi ini. Dalam perbincangan ini, beberapa method yang diakui meningkatkan potensi keberkesanan mempelajari bahasa Arab dengan mudah dan cepat kerana melalui beberapa modul sahaja mereka bukan sahaja sekadar boleh bertutur bahkan melalui proses yang sama mereka juga bijak menggunakan ( maharah) kemahiran dan ( khibrah) pengalaman untuk mengkaji dan mutalaah buku-buku dalam bahasa Arab secara ( mutalaah zatiah) bersendirian. Pemakaian method-method ini, boleh kita klasifikasikan kepada tiga method utama seperti di bawah ini : 1 Method Asasi ( al-Qaedah al-Asasiyyah ) : a . Pembacaan . b . Mendengar dan Visual. c . Menulis. d Bertutur. 2 Method Pengukuhan ( al-Qaedah al-Mukathafah ) : a . Pembacaan. b. c. d. e. Mendengar dan Visual. Menulis. Bertutur. Sosial intensif ( Aktiviti Luar ).

3 Method Pemantapan ( al-Qaedah ad-Dhabtiyyah) : a . Pembacaan. b . Mendengar dan Visual. c . Bertutur. d . Menulis. e. Sosial Intensif ( Aktiviti Luar ).

Insya Allah, melalui huraian terperinci setiap method-method ini dan peringkat perlaksanaan akan menjelaskan proses perkembangan luaran dan dalaman pengimplimentasian Bahasa Arab yang baik. Bagaimana method pembacaan dapat merealisasikan pembelajaran Bahasa Arab dengan mudah dan berkesan? Perlaksanaan method ini, seharusnya dijalankan secara berperingkat yang mana method yang sepatutnya didahulukan adalah diutamakan demi kelancaran dari segi kualiti dan mutu penguasaan yang baik.

Pendekatan Method Asas Peringkat Pertama a. Pembacaan ( Qira`ah ). Method di peringkat ini, adalah merupakan satu peringkat asas yang amat penting merangkumi pembacaan, mendengar, menulis dan bertutur. Pemakaian method dari perspektif pembacaan ( Qira`ah ) adalah bermula dari pembelajaran awal pengenalan dan perbezaan mengenai huruf-huruf Bahasa Arab, kaedah sebutan ( kaedah Iqra` ) dan lafaz dialek Arab. b. Mendengar ( Istima`) Pemakaian method ini, adalah pemangkin urutan yang pertama. Method ini merangkumi pendengaran menggunakan alat bantuan seperti kaset dialog dan perbualan harian. Proses ini dapat memberi peluang mengenalpasti sebutan dan lafaz yang betul semasa mengungkapkan perkataan ( kalimah ) dan menghindarkankan sebutan yang songsang dan tidak tepat. Pemakaian method ini perlu diulangi sehingga kesilapan dapat dibetulkan dan dalam masa yang sama jika perlu mencatit kesilapan yang telah dilakukan. Di dalam method ini juga, melibatkan penontonan filem dokumentari dan diikuti ulasan oleh fasilitator yang bertanggungjawab. Kepelbagaian method yang

dicerakinkan akan menambahkan minat audien dan ini akan menimbulkan tindakbalas yang positif.

c. Menulis (Kitabah ). Pemakaian method ini, adalah pemangkin yang memanpankan lagi urutan yang kedua di atas. Proses pemakaian method ini akan melancarkan perkembangan pembelajaran Bahasa Arab. Penulisan yang dimaksudkan melibatkan skop yang menjadi modul pembelajaran yang diambil. Ini perlu ditekankan untuk menjamin keselarasan dengan proses urutan yang telah ditetapkan. Namun begitu, penambahan bahan luaran juga digalakkan untuk mengembangkan lagi reputasi dan potensi Bahasa Arab aidien. d. Bertutur ( Muhadathah ). Pemakaian method ini, merupakan peringkat kelancaran setelah melalui urutan-urutan method yang sedia ada. Proses method ini, adalah untuk merealisasikan setiap apa yang telah dipelajari dan menambahkan lagi kemahiran dengan cuba menyelami gaya sebutan dan lafaz asal Arab. Pada peringkat ini juga, perlu disemaikan semangat mencintai bahasa kedua terutamanya Bahasa Arab. e. Sosial Intensif ( Mukatthaf al-Ijtimai ). Pemakaian method ini adalah satu perancangan susulan, inisiatif daripada audien sendiri dalam mengusai Bahasa Arab. Ini termasuk dengan program social, kelab Bahasa Arab dan melakukan aktiviti yang membabitkan penggunaan bahasa Arab seperti mengadakan lawatan serta mententatifkan minggu Bahasa Arab. Pendekatan Method Pengukuhan Peringkat Kedua a. Pembacaan ( Qiraah ) Pemakaian method ini adalah sama tidak berbeza, cuma ianya terdapat perubahn dan penambahan dari perspektif silibus atau kandungan modul. Ini bertujuan menyerapkan audien melalui proses pengukuhan yang sebenar.

Peringkat ini. Pembacaan lebih ditekankan kepada gaya tatabahasa ( Nahu ) dan pendekatan perubahan kalimah ( Sorof ). Ini amat penting, untuk memberitahu audien perubahan sentiasa berlaku, penambahan dari segi struktur dan konteks ayat agar audien dapat mengikuti pelajaran dengan mudah dan baik disamping menghindarkan kekeliruan. b. Mendengar ( istima ) Pemakaian method ini seterusnya menggabungkan kemahiran mendengar kaset dan mencatit keperluan tertentu semasa menonton filem dokumentari yang diarahkan oleh fasilitator. Ini bertujuan merangsangkan lagi keupayaan mengesan dan mengarahkan proses pembelajaran Bahasa Arab. c. Menulis ( Kitabah ) Pemakaian method ini, lebih menjuruskan kepada cara menjawab latihan karangan dan juga menulis esei ( Insy ) pendek dan mudah. Proses ini bertujuan mendedahkan kepada audien mengenalpasti penggunaan dari segi perkataan disamping mengintegritikan pemakaian tatabahasa ( Nahu ) yang tepat dan betul. d. Bertutur ( Muhadathah ) Pemakaian method ini seterusnya difokuskan kepada aktiviti-aktiviti di dalam kelas sesama audien dan dibantu oleh fasilitator bagi memastikan penggunaan perkataan semasa berdialog dan berkomunikasi yang memberi impak yang baik dengan mengambil kira kekerapan pertuturan mereka. Ini bermakna bertutur dengan menggunakan Bahasa Arab diwajibkan semasa berada di dalam kelas atau kursus. Peringkat pengukuhan ini perlu kepada pemantauan oleh fasilitator bagi mengemaskinikan kelancaran dan keberkesanan pembelajaran. Manakala pemakaian Method Sosial Intensif pada peringkat ini mengikut keperluan kerana ia juga masih menyumbang kearah pengukuhan pembelajaran Bahasa Arab seterusnya. Pendekatan Method Pemantapan Peringkat Ketiga a. Pembacaan ( Qiraah ) Pemakaian method ini, akan menditilkan dari segi kepelbagaian buku-buku rujukan agar audien tidak begitu terikat dengan satu gaya bahasa yang menarik

minat dan penambahan baru seperti pembelajaran ilmu retorika ( balaghah) termasuk badi, bayan dan juga pembelajaran berkaitan dengan syair, qasidah dan seumpamanya. Sesuatu yang lebih menarik juga pada peringkat ini, pengkaiaan bahasaArab di dalam al-Quran juga akan ditekan memandangkan ia memberikan keistimewaan dalam memperkatakan kehebatan mukjizat al-Quran yang diturunkan dalam Bahasa Arab.

b. Menulis ( Kitabah ) Pemakaian method ini lebih menekankan penulisan karangan dan surat berserta dengan jumlah perkataan yang sesuai agar dapat dianalisa kemahiran dan keupayaan dalam tempoh masa yang telah ditentukan oleh fasilitator kepada setiap audien. c. Mendengar ( Istima ) Pemakaian method ini perlu dikekal dan diteruskan dengan memperkenalkan system mendengar dan menulis dari unkapan yang diucapkan samada dari fasilitator, kaset, dan filem. Ini termasuk mendengar pada jangka masa tertentu dan menjawab soalan secara terus, hasil dari program tersebut. Ini akan memberi kekuatan ingatan dan keupayaan berfikir menggunakan perkataan yang sesuai dan tidak lari dari maksud yang diperlukan. d. Bertutur ( Muhadathah ) Sekalipun pemakaian method ini penting dan berkesan terhadap audien, namun pada peringkat ini juga perlu bertutur sambil menekankan pengimplimentasian tatabasa dan juga perlu membaiki gaya pembawaan pertuturan agar ia lebih mudah difahami dan jelas. Seterusnya, Method Sosial Intensif juga dilihat kepada keperluan, bagi membuka minda audien supaya lebih teles dan berkeyakinan dengan pertuturan mereka. Program beramah mesra dengan tenaga pengajar IPTS samada tempatan mauhupun luar negara dan seumpamanya dapat memberi peluang kepada mereka yang berminat mengembangkan lagi penggunaan Bahasa Arab . Tambahan dari itu,

progran di radio dan telivisyen juga dapat menghubungkan audien dengan dunia Bahasa Arab. Penutup Pembelajaran dan pendekatan yang berkesan Bahasa Arab Moden pada hari ini sering diperkata dan dibincangkan setiap masa oleh mereka yang prihatin dan cintakan budaya dan peradaban bahasa tersebut. Pendekata, kebanyakan rakyat Malaysia sudah lama menjiwai bahasa Arab bahkan Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri telah mewajibkan di sekolah-sekolah subjek Bahasa Arab. Namun begitu langkah atau pendekatan dari segi modul dan fasilitator yang menyeliakan program perlu peka agar dapat memberi nafas baru yang lebih berkesan dan dapat dijiwai kehebatannya. Bertitik tolak dari ungkapan ini, tercetuslah buah fikiran untuk merealisasikan pembelajaran dan penghayatan Bahasa Arab yang berkesan melalui pendekatan method-method seperti yang telah dihuraikan di atas. Saya percaya, sekiranya ia berjaya dilaksanakan hasil integriti antara teori dan praktikal akan melahirkan kredibiliti dan abiliti yang akan mereformasikan lagi tesaurus perbendaharaan Bahasa Arab Moden.

You might also like