You are on page 1of 5

Laporan amali 1 Mengkaji struktur sel tumbuhan dan sel haiwan

Objektif : Pelajar dapat : a) Melukis dan melabel gambarajah struktur sel yang lazim bagi tumbuhan dan haiwan b) Memerhati, mengenalpasti dan melabel struktur sel dengan menggunakan mikroskop electron c) Menyenaraikan struktur dan fungsi setiap bahagian sel yang berikut : i. ii. iii. iv. v. vi.
vii.

Membaran sel Dinding sel Nucleus Mitokondrian Kloroplas Vakuol sitoplasma

Radas/Bahan: (i) Memerhati sel tumbuhan

Mikroskop cahaya Jarum pembelahan Slaid dan kaca penutup Pipet penitis Piring petri Bikar 50ml Mata pisau cukur/scalpel Gunting kecil

Penyepit Jubin putih Kertas turas Larutan iodine Daun sisik bawang Daun elodea

(ii) Memerhati sel pipi manusia Mikroskop cahaya Jarum pembelahan Slaid dan kaca penutup Pipet penitis Piring Petri Bikar 50ml Jubin putih Kertas Turas Metilena biru Spatula/kayu aiskrim/pencungkil gigi Sel pipi

Kaedah: 1. Dengan menggunakan scalpel, sehelai daun sisik sukulen berukuran 1 cm dikeluarkan daripada sebiji bawang besar.

2. Menggunakan forsep, epidermis lutcahaya ditanggalkan dari sebelah dalam sisik itu
3. Setitik air diletakkan di bahagian tengah sekeping slaid yang bersih.

4. Eperdemis bawang diletakkan di atas titisan air itu dengan cermat, supaya epidermis tidak terlipat. 5. Selepas itu, epidermis bawang ditutup dengan kaca penutup. 6. Slaid itu diperiksa menerusi kuasa tinggi sebuah mikroskop cahaya
7. Kemudian, sehelai kertas turas diletakkan disalah satu pinggir kaca yang

bertentangan . Teknik ini membenarkan larutan iodine meresap ke dalam sel epidermis bawang lalu mewarnakan bahagian tertentu di dalam sel itu. Teknik ini dikenali sebagai teknik pengairan. 8. Slaid itu diperiksa semula menerusi kuasa tinggi. 9. Aktiviti ini diulangi dengan menggunakan daun Elodea 10. Lengkapkan lukisan anda.

(iii) Memerhati sel pipi (Haiwan)

1. Sebelah dalam pipi dikikis secara perlahan-lahan dengan menggunakan sebatang pencungkil gigi 2. Setitik air diletakkan di bahagian tengah sekeping slaid yang bersih. 3. Selepas itu, hasil kikis diletakkan di atas titisan air itu 4. Hasil kikisan itu ditutup dengan kaca penutup. 5. Slaid itu diperiksa menerusi kuasa tinggi sebuah mikroskop cahaya

6. Kemudian sel pipi manusia diwarnakan dengan larutan metilena biru melalui teknik pengairan. 7. Lengkapkan lukisan anda.

Soalan

1. Lukis satu sel epidermis bawang seperti yang diperhatikan menerusi kuasa tinggi mikroskop. Sel epidermis yang anda lukis itu hendaklah kira-kira 10cm 2. Kenalpasti dan labelkan struktur-struktur yang berikut : dinding sel, nucleus, sitoplasma, membrane sel, membrane nucleus, vakuol.
3. Huraikan bentuk sel epidermis bawang itu

4. Bagaimanakah susunan sel epidermis bawang antara satu sama lain? 5. Huraikan kedudukan nucleus di dalam sel. Mengapakah kedudukan nucleus di dalam sel tidak tetap? 6. Huraikan bagaimana penggunaan pewarna boleh membantu anda mengkaji sel dengan lebih terperinci. 7. Apakah bentuk sel epithelium pipi tunggal? 8. Apakah bentuk sel pipi dalam sekumpulan sel yang berjiranan? 9. Mengapakah sel epithelium pipi tidak mempunyai bentuk sekata seperti yang terdapat dalam sel tumbuhan
10. Bahagian sel pipi manakah yang paling banyak menyerap warna

11. Kenapakah kloroplas tidak terdapat dalam sel haiwan, contohnya sel pipi? 12. Adakah sel pipi mempunyai vakuol pusat besar seperti yang terdapat dalam sel tumbuhan?

13. Sediakan satu senarai sifat umum yang terdapat dalam kedua-dua sel tumbuhan dan sel haiwan 14. Senaraikan lima perbezaan yang anda perhatikan antara sel tumbuhan dan sel haiwan

You might also like