You are on page 1of 12

Konsep Ibadah Dalam Islam

Kandungan. 1.0 mukadimmah 2.0 Pengertian ibadah 3.0 Pembahagian Ibadah 3.1 Ibadah khusus. 3.2 Ibadah umum. 4.0 Kriteria kesempurnaan Ibadah. 4.1 Faham sebelum amal 4.2 Ikhlas 4.3 Mengikut syariat. 5.0 Bidah 5.1 Pengertian bidah 5.2 Amaran Allah dan rasul kepada pengamal bidah. 6.0 Kesan kesempurnaan ibadah.

Konsep Ibadah dalam Islam. 1.0 Mukadimah. Hidup manusia dibumi ini bukanlah suatu kehidupan yang tidak mempunyai tujuan dan matlamat dan bukanlah mereka boleh melakukan sesuatu mengikut kehendak perasaan dan keinginan tanpa ada batas dan tanggungjawab. Tetapi penciptaan makhluk manusia di bumi ini adalah mempunyai suatu tujuan dan tugas risalah yang telah ditentu dan ditetapkan oleh Allah Tuhan yang menciptanya. Tugas dan tanggungjawab manusia sebenarnya telah nyata dan begitu jelas sebagaimana terkandung di dalam al-Quran iaitu tugas melaksanakan ibadah mengabdikan diri kepada Allah dan tugas sebagai khalifah-Nya dalam makna mentadbir dan mengurus bumi ini mengikut undang-undang Allah dan peraturan- Nya. Firman Allah swt. maksudnya: 56. dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Az-Zaariyaat: 56)

Firman Allah swt. bermaksud: 165. dan Dia lah Yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya Yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa Yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya, dan Sesungguhnya ia Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Anaam: 165)

Tugas sebagai khalifah Allah ialah memakmurkan bumi ini dengan mentadbir serta mengurusnya dengan peraturan dan undang-undang Allah. Tugas beribadah dan mengabdi diri kepada Allah dalam rangka melaksanakan segala aktiviti pengurusan bumi ini yang tidak terkeluar dari garis panduan yang datang dari Allah swt. dan dikerjakan segala kegiatan pengurusan itu dengan perasaan ikhlas kerana mencari kebahagian dunia dan akhirat serta keredaan Allah. Allah swt. telah menyediakan garis panduan yang lurus dan tepat kepada manusia dalam rangka pengurusan ini. Allah dengan rasa kasih sayang yang bersangatan kepada manusia diturunkannya para 2

rasul dan bersamanya garis panduan yang diwahyukan dengan tujuan supaya manusia itu boleh mengurus diri mereka dengan pengurusan yang lebih sempurna dan bertujuan supaya manusia itu dapat hidup sejahtera dunia dan akhirat. 2.0 Pengertian Ibadah1 Perkataan asal bahasa arab- Abada, Yabudu, Ibadah. Ibadah dari segi bahasa bererti patuh, taat, setia, tunduk, menyembah dan memperhambakan diri kepada sesuatu. Di sudut istilah menurut Ibnu Taimiyyah meliputi apa sahaja yang dicintai dan diredhai oleh Allah, mengikut seluruh ucapan dan perbuatan yang tidak nampak mahupun yang nampak seperti solat, zakat , puasa, haji,berkata benar, menunaikan amanah,berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturrahim,menunaikan janji, amar makruf nahi mungkar dan berperang melawan kemungkaran. Pandangan Dr Yusuf Qardhawi ialah bahawa ibadah ialah ketundukan yang tiada layak menerimanya melainkan Allah SWT. (antara dua pendapat ini, ana lebih sukai pendapat yang dikeluarkan oleh ibnu tamiyyah rahimahumullah dan tidaklah menolak pendapat yang dikeluarkan oleh dr yusuf qardawi- (penyusun). Dengan memahami istilah yang dikeluarkan oleh dua orang tokoh besar dalam islam ini dan berbeza pula zamannya keduanya, maka dapatlah kita faham bahawa ibadah bukan sekadar solat dan puasa sahaja, atau zakat serta naik haji sahaja, tetapi ibadah adalah lebih jauh daripada itu semua, mencakupi seluruh perjalanan dan aktiviti kita sebagai insan selagi mana perbuatan itu diredhai oleh Allah dan rasulnya. Perintah Allah dan Rasul-Nya ini hendaklah ditunaikan dengan perasaan penuh sedar, kasih dan cinta kepada Allah, bukan kerana terpaksa atau kerana yang lain dari cintakan kepada-Nya. Para Nabi dan Rasul merupakan hamba Allah yang terbaik dan sentiasa melaksanakan ibadah dengan penuh kesempurnaan di mana setiap arahan Tuhannya, mereka patuhi dengan penuh perasaan cinta dan kasih serta mengharap keredaan dari Tuhannya. Mereka menjadi contoh teladan yang paling baik kepada kita semua dalam setiap pekerjaan dan amalan sebagaimana yang dianjurkan oleh al-Quran itu sendiri.

3.0 Pembahagian Ibadah

Untuk setiap pengertian, didalam tradisi ulama2 islam, setiap pengertian dibahagikan kepada dua iaitu dari segi lughatan dan istilahan: iaitu lughah yakni bahasa dan istilahan yakni istilah, dua pengertian itu adalah berbeza, contohnya, untuk pengertian dari segi bahasa, kedai kopi, ditafsirkan sebgai kedai yang hanya menjual kopi, tetapi dari segi istilahnya kedai kopi ialalah kedai minum atau kedai makan yang tidak menjual kopi sahaja. (penyusun)-

Untuk memudahkan bahasan dan perbincangan kita berhubung dengan ibadah ini, ulamak-ulamak Islam membahagikan ibadah kepada dua bahagian sebagai berikut: 1. Ibadah khusus 2. Ibadah Umum Ibadah khusus ialah semua amalan yang tercantum dalam bab al-Ibadaat yang utamanya dan mempunyai dalil-dalil yang jelas dalam al-quran dan sunnah seperti solat, zakat, puasa dan haji dan ada pula ancaman dari Allah dan rasulnya jika kita tidak membuatnya. Contoh: solat. Suruhan Allah untuk setiap muslim nyata dalam Al-Quran surah Al-ankabut, ayat 45. 45. bacalah serta Ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa Yang diwahyukan kepadamu dari AlQuran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan Yang keji dan mungkar; dan Sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa Yang kamu kerjakan. Dan pada surah yang lain. (Al-Baqarah ayat 45 dan 46) Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) Dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan Sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang Yang khusyuk; (Iaitu) mereka Yang percaya Dengan yakin Bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan Bahawa mereka akan kembali kepadaNya. Dan dari hadith Nabi Sollallahualaihi wa ali wassallam yang diriwayatkan dalam bukhari, muslim dan ahmad. "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat"

Ancaman Allah kepada orang-orang yang tidak solat Surah Al-Muddatsir : 42-43 Penduduk Syurga bertanya kepada ahli neraka; Kenapa kamu sampai masuk ke dalam neraka Saqar?. Mereka menjawab; Kerana dahulu kami tidak mengerjakan solat. Dan ancaman dari Nabi Muhammad Sollallahualaihi wa ali wassallam adalah Pertama. Perbedaan antara seseorang dengan kekafiran ialah meninggalkan shalat. (HR. Muslim, Abu Daud, Turmuzi, Ibnu Majah dan Ahmad) Kedua.

Perjanjian yang menjadi pembeda antara kita dengan mereka (orang kafir) ialah shalat, maka siapa-siapa yang meninggalkannya berarti ia benar-benar kafir. (HR. Ahmad dan Ashabussuman) Dan berdasarkan faham ulama terhadap ancaman Allah dan rasulnya terhadap orang yang meninggalkan solat maka mereka telah mengeluarkan fatwa mengancam orang-orang yang sengaja meninggalkan solat sepertimana fatwa yusuf qardawi dalam fatwa ketemporarinya iaitu. Tidak berhak menyandang sebutan muslim dan tidak boleh berlindung dibawa panjinya karena sudah dianggap merosak amalan seorang muslim yang asas.

Ibadah Umum pula ialah segala amalan dan segala perbuatan manusia serta gerak-geri dalam kegiatan hidup mereka yang memenuhi syarat-syarat berikut: 1) Amalan yang dikerjakan itu di akui oleh syarak dan sesuai dengan Islam. 2) Amalan tersebut tidak bercanggah dengan syariat, tidak zalim, khianat dan sebagainya 3) Amalan tersebut dikerjakan dengan niat ikhlas semata-mata keranaAllah swt. tidak riak, ujub dan umah. 4) Amalan itu hendaklah dikerjakan dengan sebaik-baiknya 5) Ketika mengerjakan amalan tersebut tidak lalai atau mengabaikan kewajipan ibadah khusus seperti sembahyang dan sebagainya.

4.0 Kriteria kesempurnaan ibadah. . faham sebelum amal. . ikhlas. . mengikut syariat.

1. Faham sebelum amal.


Antara kriteria kesempurnaan ibadah adalah, seseorang mestilah mempunyai ilmu dan kefaham terhadap sesuatu ibadah yang hendak dilakukan samaada ibadah khusus dan umum. Kerana ilmu adalah petunjuk dan pembimbing segala amalan, kerana dengan ilmulah kita dapat membezakan kesempurnaan dan ketertiban dan mematuhi syariat setiap ibadah yang dilakukan. Dalam sebuah hadith dari muaz bin jabal ra. berkata

Ilmu adalah pemimpin, dan amalan adalah pengikutnya2 Malah kerana keutamaan ilmu, al imam al bukhari meletakkan sebuah tajuk dalam kitab sahihnya yang khusus tentang ilmu, perbuatan dan perkataan iaitu Bab: Ilmu sebelum perkataan dan perbuatan dan para ulama berkata, yang dimaksudkan imam al-bukhari adalah ilmu adalah syarat sah satu-satu perkataan dan perbuatan, kedua: perkataan dan perbuatan adalah tidak akan bererti tanpa adanya ilmu dan ianya mesti diutamakan diantara keduanya kerana dengan ilmu dapat mengesahkan niat dan memperbetulkan amal dan para ulama menambah lagi bahawa imam bukhari sengaja untuk mengingatkan kita mengenai pentingnya ilmu sehingga tidak akan ada orang berkata bahawa ilmu itu tidak berguna, kecuali apabila disertakan dengan amal yang kata-kata ini hanya lahir dari hawa nafsu yang malas menuntut ilmu dan boleh melemahkan semangat untuk menuntut ilmu pengetahuan kepada yang mempercayainya. Dan tidaklah rugi jika kita mempunyai kefahaman dan ilmu dalam satu-satu perkara kerana firman Allah dalam surah fatir ayat 28 Hanya sanya mereka yang takut kepada Allah daripada hambaNya adalah orang-orang yang berilmu. Dan pada ayat yang lain iaitu surah Al Mujadalah ayat 11 Allah meninggikan darjat orang-orang Yang beriman di antara kamu, dan orang-orang Yang diberi ilmu pengetahuan ugama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan kata ibnu abbas dalam mentafsirkan ayat ini, bagi ulama (orang-orang yang berilmu) itu beberapa darjat dari orang mukmin dengan tujuh ratus darjat dan antara satu darjat dengan darjat yang lainnya adalah lima ratus tahun perjalanan.

2. Ikhlas. Ikhlas merupakan salahsatu amal hati. Malah ikhlas berada dibarisan permulaan dari amal-amal hati. Ikhlas boleh ditakrifkan dengan mengkehendaki keredaan Allah dengan satu amalan, dan boleh membersihkan dari segala noda individu dan dunia. Ikhlas juga adalah buah tauhid yang murni. Iaitu menuggalkan ibadah dan istianah (memohon pertolongan) hanya kepada Allah sahaja. Malah Allah sendiri mengajar kita supaya mengikhlaskan diri dalam beribadah dan memohon tempat bergantung dengan firmannya dalam surah al-fatihah ayat 5. . Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja Kami memohon pertolongan. Perkataan ini diulang-ulang dalam solat lima waktu dan dengan permohonan ikhlas inilah kita dapat membebaskan diri daripada mengharapkan sesuatu selain Allah dalam amalan kita. Malah Allah juga mengajar kita supaya sentiasa mengucapkan dan sekaligus menanam diri kita bahawa segala perjalanan hidup kita adalah hanya untuk Allah bukan untuk sesiapa iaitu dalam surah al-anam ayat 162-163.
2

Diriwayatkan oleh ibn abdul al-barr.

162. katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. tiada sekutu bagiNya, dan Dengan Yang demikian sahaja Aku diperintahkan, dan Aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam Yang awal pertama - (yang berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)". Maka saudara-saudara sekelian, inilah kiteria terpenting dalam kesempurnaan ibadah selepas daripada daripada kefahaman dan ilmu.

5.0 Bidaah. Tarif Bidah Dari Segi Bahasa Bidah dari segi bahasa diambil dari kata . Berkata Ibn Manzur ( ) rahimahullah

. :
Telah membuat sesuatu bidah (past tense), sedang membuatnya (present tense) dan badan (masdar/ kata terbitan) bererti mengadakan dan memulakan. Berkata Muhammad bin Abi Bakr al-Razi rahimahullah

. :
Membuat bidah sesuatu bermaksud mengadakannya tanpa ada suatu contoh. Dalam al-Mujam al-Wajiz disebutkan hampir sama seperti di atas iaitu mengadakan sesuatu tanpa contoh sebelumnya. Demikian kesemua mujam bahasa arab menyebut makna yang hampir sama. Inilah bidah dari segi bahasa iaitu membuat sesuatu yang belum ada contoh sebelumnya. Tarif Bidah Dari Segi Istilah Tarif (definisi) yang baik bagi perkataan bidah dari segi istilah ialah tarif yang dikemukakan oleh alImam Abu Ishaq al-Syatibi ( )rahimahullah (790H) dalam kitabnya yang masyhur berjudul alItishom ( .)Kebanyakan para pengkaji bersetuju bahawa al-Syatibi telah mengemukakan tarif jami dan mani ( .) Antaranya Dr. Ibrahim bin Amir al-Ruhaili dalam tesis Ph.Dnya ketika membandingkan beberapa tarif yang dibuat oleh beberapa tokoh terdiri daripada Ibn Taimiyyah al-Syatibi, Ibn Rajab dan al-Sayuti rahimahumullah, menyimpulkan bahawa tarif al-Syatibi adalah yang paling terpilih. al-Syatibi menarifkan bidah sebagai:


Jalan yang direka di dalam agama, yang menyerupai syariah, tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Huraian al-Imam al-Syatibi Terhadap Tarif Bidah al-Imam al-Syatibi rahimahullah setelah memberikan tarif ini, tidak membiarkan kita tertanya-tanya maksudnya, sebaliknya beliau sendiri telah menghuraikan maksud tarif ini. Di sini dinyatakan beberapa poin penting huraian al-Imam al-Syatibi: Pertama: Dikaitkan jalan ( )dengan agama kerana rekaan itu dilakukan dalam agama dan perekanya menyandarkan kepada agama. Sekiranya jalan rekaan hanya khusus dalam urusan dunia ia tidak dinamakan bidah, seperti membuat barangan dan kota. Oleh kerana jalan rekaan dalam agama terbahagi kepada apa yang ada asalnya dalam syariat dan kepada apa yang tiada asalnya dalam syariat, maka dimaksudkan dengan tarif ini ialah bahagian rekaan yang tiada contoh terdahulu daripada al-Syari (Pembuat syariat iaitu Allah Subhanahu wa Ta'ala).

Ini kerana ciri khas bidah ialah ia terkeluar daripada apa yang digariskan oleh al-Syari. Dengan ikatan ini maka terpisahlah (tidak dinamakan bidah) segala yang jelas sekalipun bagi orang biasa rekaan yang mempunyai kaitan dengan agama seperti ilmu nahu, saraf, mufradat bahasa, Usul al-Fiqh, Usul al-Din dan segala ilmu yang berkhidmat untuk syariat. Segala ilmu ini sekalipun tiada pada zaman yang awal, tetapi asas-asasnya ada dalam syarak. Justeru itu, tidak wajar sama sekali dinamakan ilmu nahu dan selainnya daripada ilmu lisan, ilmu usul atau apa yang menyerupainya yang terdiri daripada ilmu-ilmu yang berkhidmat untuk syariat sebagai bidah. Sesiapa yang menamakannya bidah, sama ada atas dasar majaz (bahasa kiasan) seperti Umar bin al-Khattab radhiallahu 'anh yang menamakan bidah solat orang ramai pada malam-malam Ramadhan, atau atas dasar kejahilan dalam membezakan sunnah dan bidah, maka pendapatnya tidak boleh dikira dan dipegang. Kedua: Maksud ( ) ialah menyerupai jalan syarak sedangkan ia bukanlah syarak pada hakikatnya. Bahkan ia menyanggahi syarak dari beberapa sudut:

Antaranya: Meletakkan batasan-batasan[seperti seseorang yang bernazar untuk berpuasa berdiri tanpa duduk, berpanas tanpa berteduh, membuat keputusan mengasing diri untuk beribadah, menghadkan makanan dan pakaian dari jenis tertentu tanpa sebab. Antaranya: Beriltizam dengan cara (kaifiyyat ) dan bentuk (haiat ) tertentu. Ini seperti zikir dalam bentuk perhimpunan dengan satu suara, menjadikan perayaan hari lahir Nabi 8

shallallahu 'alaihi wasallam dan seumpamanya.

Antaranya: Beriltizam dengan ibadah tertentu dalam waktu tertentu sedangkan tidak ada penentuan tersebut dalam syarak. Ini seperti beriltizam puasa pada hari Nisfu Syaban dan bersolat pada malamnya

Kemudian bidah-bidah tersebut disamakan dengan perkara-perkara yang disyariatkan. Jika penyamaan itu adalah dengan perkara-perkara yang tidak disyariatkan maka ia bukan bidah. Ia termasuk dalam perbuatan-perbuatan adat kebiasaan. Ketiga: Maksud ( :) Tujuan mengamalkannya untuk berlebihan dalam mengabdikan diri kepada Allah ialah menggalakkan ibadah. Ini kerana Allah berfirman:


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [al-Zariyat 51:56] Seakan-akan pembuat bidah melihat inilah tujuannya. Dia tidak tahu bahawa apa yang Allah tetapkan dalam undang-undang dan peraturan-peraturan-Nya sudah memadai. Seterusnya al-Imam al-Syatibi menjelaskan: Telah jelas dengan ikatan ini (yang dijelaskan) bahawa bidah tidak termasuk dalam adat. Apa sahaja jalan yang direka di dalam agama yang menyerupai perkara yang disyariatkan tetapi tidak bertujuan beribadah dengannya, maka ia terkeluar dari nama ini (bidah). Kesimpulan Tarif al-Imam al-Syatibi Daripada apa yang ditarifkan dan dihuraikan oleh al-Imam al-Syatibi rahimahullah, dapat dibuat beberapa kesimpulan: 1. Bidah ialah jalan syarak yang baru di reka dan dianggap ibadah dengannya. Adapun membuat perkara baru dalam urusan dunia tidak boleh dinamakan bidah. 2. Bidah ialah sesuatu yang tidak ada asal dalam syariat. Adapun apa yang ada asalnya dalam syariat tidak dinamakan bidah. 3. Ahli bidah menganggap jalan, bentuk, cara bidah mereka adalah satu cara ibadah yang dengannya mereka mendekatkan diri kepada Allah.

4. Bidah kesemuanya buruk. Apa yang dinamakan Bidah Hasanah yang membabitkan perkaraperkara duniawi bukanlah bidah pada istilahnya.

Amaran Allah dan rasulnya kepada mereka yang suka membuat bidah


Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan - mana-mana bahagian dari ugama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? [al-Syura 42:21]


Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti (yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya. [al-Araaf 7:33] Amaran dari assunnah. Pertama: riwayat oleh Abu Daud dan al-Tirmizi,

. .
Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diadaadakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bidah dan setiap bidah adalah sesat. Maksud gigitlah ianya dengan geraham ialah peganglah ianya dengan bersungguh-sungguh serta bersabarlah dengannya.(almubarakfuri) 10

Kedua. riwayat oleh al-Bukhari dan Muslim. hadith no: 1718

.
Sesiapa yang membuat perkara baru dalam urusan kami ini (Islam) apa yang bukan daripadanya maka ianya tertolak 6.0 Kesan kesempurnaan ibadah. Kelazatan beribadah ini dapat digambarkan dari beberapa peristiwa yang berlaku kepada baginda Rasulullah saw. para sahabat, tabiin dan para solihin, kelazatan ini akan timbul apabila adanya hubungan hamba dengan Tuhannya yang begitu erat dan di mana seorang hamba begitu gembira dan begitu senang memuji-muji kebesaran Allah swt. ini semua berlaku dari sebab makrifat-nya (kenalnya) seseorang hamba itu kepada Tuhannya sehingga hamba itu merasa rindu apabila ia tidak dapat menghadap Tuhannya, dan merasa gelisah kerana tidak dapat bertemu dengan yang dicintai dan dikasihinya. begitu juga apabila seorang hamba mengalami sedikit kesusahan tentulah ia akan mengadu ketempat yang dapat menerima pengaduan dan boleh menyelesaikan masalah dan kesusahannya. Tiada tempat yang layak untuk berbuat demikian melainkan kepada Yang Maha Agung dan Maha Berkuasa. Firman Allah swt. maksudnya: Demi sesungguhnya Kami mengetahui bahawa engkau (Muhammad) bersusah hati dengan apa yang mereka katakan maka hendaklah engkau bertasbih memuji Tuhanmu serta jadilah dari golongan orangorang yang sujud beribadah dan sembahlah Tuhanmu sehingga tiba kepadmu perkara yang tetap (iaitu mati). (al-Hijr: 97-99) Begitu juga di waktu orang-orang mukmin mendapat kurnia ia bersyukur seterusnya memuji kepada Allah swt. Firman Allah swt. maksudnya: Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan (pembukaan Makkah) dan engkau lihat manusia berduyun-duyun masuk agama Allah swt. maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya, sesungguhnya Dia suka menerima taubat. (an-Nasr: 1-4)

11

Rujukan. Al-quran. Sahih bukhari. Sahih muslim. Syeikh Yusuf Qardawi, Fiqh Keutamaan Syeikh Idris Al-Marbawi, Bahrul Mazi, Juz 19 Syeikh Yusuf Qardawi, Konsep Niat Dan Ikhlas Menurut Islam. Syeikh Daud fatani, Furu Masail Wa Usul Al Wasail Dr Asri Zainal Abidin, http://www.hafizfirdaus.com/ebook/BidahHasanah/index.htm

Jika ada pertanyaan/tidak faham ttg kertas kerja ini, sila hubungi muhammad humam nor azmi/Abdullah khairulazam al-hana, 0134655161..

Alfaqir illa afwi rabbih Muhammad Humam Nor Azmi.

12

You might also like