You are on page 1of 4

5.

Menggunakan Hukum Newton pertama, kedua dan ketiga untuk menyelesaikan masalah Hukum Newton terdiri daripada Hukum Newton Pertama, Hukum Newton Kedua dan Hukum Newton Ketiga.

5.1.1

Hukum Newton Pertama Jasad berada dalam keadaan rehat atau dalam keadaan pergerakan yang sekata dalam satu garis lurus kecuali apabila terdapat daya luar yang bertindak ke atas jasad tersebut.

5.1.2

Hukum Newton Kedua Jika satu daya bersih, F bertindak pada satu jasad yang mempunyai jisim m, maka jasad akan mengalami suatu pecutan sama dengan arah daya tersebut. a F

Rajah 1 Contoh: Dua daya bertindak ke atas sebuah objek yang mempunyai jisim 5.0 kg yang berada di atas permukaan mendatar yang licin. Hitung pecutan objek tersebut. Lihat rajah di bawah.

8N 60

a 15 N 30

Rajah 2 Masalah ini melibatkan daya-daya yang bertindak pada suatu objek dan objek itu akan bergerak dengan mengalami pecutan. Ini berkaitan dengan hukum Newton ketiga, F=ma. Daya adalah suatu vektor oleh itu ia boleh diuraikan kepada komponen-komponennya. Untuk mengira daya bersih yang bertindak pada objek, kita hendaklah mengambil komponen vektor yang selari dengan arah pecutan objek. 8N
60

15 N
30

8 kos 60 Rajah 3

15 cos 30

http://badafizik.wordpress.com/

Daya bersih, F = 15 cos 30 - 8 kos 60 = 12.99 - 4 = 8.99 N menurut hukumNewton ketiga, objek yang bergerak dalam keadaan memecut, memenuhi F=ma. Oleh itu, 8.99 = 5.0 a a = 8.99 m/s2 gerakan arah ke kanan

5.1.3 Hukum Newton ketiga Apabila dua jasad A dan B berinteraksi, daya yang dikenakan oleh A ke atas B ialah sama dengan daya yang dikenakan oleh B ke atas A, tetapi kedua-dua arahnya bertentangan. Ahli karate menendang bola dengan magnitiud daya F dan arah vektor ke kanan. Tindakan ini dipanggil tindakan. Bola pula mengenakan magnitiud daya F ke atas kaki ahli karate dengan magnitiud yang sama besar juga iaitu F tetapi dalam arah ke kiri. Tindakan ini dipanggil tindakbalas. Rajah 4 5.1.4 Penggunaan Hukum Newton Contoh 1: Sebuah kiub kayu 15 N berada dalam keadaan rehat di atas satah condong 45 dengan permukaan datar seperti dala rajah 5. Satu daya 15 N dalam arah mendatar bertindak pada kiub. Hitung daya normal yang dikenakan oleh satah kepada kiub.

15 N

45

Rajah 5

http://badafizik.wordpress.com/

Jawapan Contoh 1: Lukis rajah bebas-jasad (free-body diagram). Mula-mula lukis dulu satah condong dan tandakan sudut 45, Kemudian masukkan vektor daya F, daya berat, W dan daya normal, R.

R F

W 45

Rajah 6 Daya normal (ialah daya tindak balas) yang dihasilkan oleh daya tindakan (berat) kiub ke atas satah. Magnitiud daya tindakan ini sama dengan magnitiud daya tindakbalas, tetapi arah berlawanan. Berikut dilukiskan kedudukan daya tindakan tersebut.

R F
45 45

F kos 45 Daya tindakan W kos 45

W 45

Rajah 7: Rajah jasad-bebas Oleh itu hitung komponen daya F dan daya W yang selari dengan daya tindakan.

. Daya normal ialah 21.22 N

http://badafizik.wordpress.com/

Berikut adalah rajah tambahan sekiranya masih belum faham lagi. Cubalah fahamkan kalau boleh.

15 N
45 45

15 cos 45 15 N

15 cos 45

45

Daya normal yang dikenakan oleh satah kepada kiub, ditunjukkan oleh garisan berwarna coklat, putus-putus dan tebal. Kedua-dua garisan adalah berasal daripada daya yang dikenakan kepada kiub dan daya berat objek. Kemudian, dapatkan komponen daya yang selari dengan daya normal. Dari rajah di atas:

http://badafizik.wordpress.com/

You might also like