You are on page 1of 26

3.

3 KONSEP KETUMPATAN

KONSEP KETUMPATAN
Semasa di sekolah rendah, anda telah mempelajari bahawa terdapat sesetengah objek terapung dan sesetengahnya tenggelam di dalam air. Mengapakah fenomena ini berlaku???

Dapatkah anda nyatakan sebab2 batu kecil tenggelam di dalam gelas yang berisi air manakala ais terapung di permukaan air??

Jawapan

Keapungan sesuatu objek itu bergantung pada ketumpatannya. Bahan yang berbeza mempunyai ketumpatan yang berbeza

Ketumpatan

Ketumpatan boleh dinyatakan sebagai jisim seunit isi padu objek berkenaan

Ketumpatan= jisim / isi padu


Unit bagi ketumpatan ialah kg/m3 atau g/cm3. sebagai contoh, jika 1cm3 tembaga berjisim 9 g, ini bermakna ketumpatan tembaga ialah 9g/cm3

Ketumpatan

Pada jisim yang tetap, semakin kecil isi padu sesuatu bahan, semakin besar ketumpatan bahan itu

Pada isi padu yang tetap, semakin besar jisim suatu bahan semakin besar ketumpatan bahan itu

Contoh pengiraan
Sebuah silinder penyukat berjisim 250 g. Setelah 50 cm3 cecair X dituang ke dalamnya, jisim silinder penyukat dan cecair X menjadi 315 g. berapakah ketumpatan cecair X? Jisim cecair X= 315g 250g = 65 g Ketumpatan = jisim / isi padu Oleh itu, ketumpatan cecair X = 65g / 50 cm3 = 1.3 g/cm3
1.

Contoh 2
2. Tembaga mempunyai ketumpatan 8.9 g/cm3. Berapakah jisim seketul tembaga yang berukuran 3 cm x 3 cm x 3 cm? Ketumpatan= Jisim/ isi padu Maka, jisim = isi padu x ketumpatan Oleh itu, jisim tembaga = (3 x 3 x 3) x 8.9 = 240.3 g

Contoh 3
3. Jisim bagi 50 cm3 cecair ialah 240 g. hitungkan ketumpatan cecair tersebut. Ketumpatan= jisim / isi padu =240g / 50cm3 =4.8g/ cm3

Contoh 4
4. Ketumpatan sebiji sfera logam yang berisi padu 12 cm3 ialah 8 g/cm3. berapakah jisim sfera logam itu? Jisim= ketumpatan x isi padu = 8 g/cm3 x 12 cm3 = 96 g

Contoh 5
5. Sebuah kubus 250 g mempunyai ketumpatan 2 g/cm3. hitungkan isi padu kubus tersebut. Isi padu= jisim ketumpatan = 250 g 2 g/cm3 =125 cm3

Keapungan

Keapungan ialah perihal timbul atau tenggelamnya sesuatu bahan dalam cecair Keapungan bahan bergantung pada ketumpatan bahan-bahan yang dibandingkan Bahan yang lebih tumpat tenggelam dalam cecair yang kurang tumpat daripadanya Bahan yang kurang tumpat timbul di atas permukaan cecair yang lebih tumpat daripadanya.

Contoh
Jadual berikut menunjukkan ketumpatan bagi lima jenis bahan BAHAN KETUMPATAN (g/cm3)
Ais Besi Minyak Merkuri Air 0.92 7.90 0.81 13.6 1.00

Bahan manakah yang akan timbul di atas air? Jawapan: Bahan yang kurang tumpat akan timbul di atas cecair yang lebih tumpat. Oleh itu, ais dan minyak akan timbul di atas air.

Aplikasi Keadaan jirim


1.

2.

3.

Penyimpanan dan pengangkutan gas adalah sukar kerana gas mempunyai isi padu yang tidak tetap Jadi gas dimampat menjadi cecair untuk dimuatkan ke dalam bekas yang kecil supaya mudah disimpan dan mudah diangkut Contohnya gas memasak dimampat menjadi cecair yang mudah disimpan di dalam silinder gas.

Aplikasi Keadaan jirim


4. Pepejal mempunyai bentuk yang tetap dan tidak dapat dimampatkan. Oleh itu, pepejal seperti keluli digunakan untuk membuat kerangka jambatan, bangunan dan kenderaan.

Aplikasi konsep ketumpatan


1.
a.

Rakit
Rakit diperbuat daripada batang buluh atau kayu yang diikat bersama. Batang buluh mempunyai rongga yang berisi udara Oleh sebab udara dan kayu kurang tumpat daripada air, rakit dapat timbul di atas air

b.

c.

Aplikasi konsep ketumpatan 2. Pelampung


a. Pelampung ialah tiub berbentuk donat yang berisi udara b. pelampung membolehkan pemakainya timbul di permukaan air kerana udara di dalamnya kurang tumpat daripada air.

Aplikasi konsep ketumpatan 3. Kapal Selam


a. b.

c.

Kapal selam mempunyai tangki balast yang diisi air atau udara Apabila kapal selam hendak diselamkan ke dalam laut, air dipam masuk ke dalam tangki balast untuk menambahkan ketumpatannya Sebaliknya air dipam keluar daripada tangki balast bagi membolehkan kapal selam timbul di permukaan air

Aplikasi konsep ketumpatan


4. Belon Udara Panas
a.

b.

c.

Belon udara panas beroperasi berdasarkan prinsip bahawa udara panas adalah kurang tumpat daripada udara biasa Untuk menaikkan belon udara, suhu udara di dalam belon ditinggikan. Maka belon menjadi kurang tumpat daripada udara di persekitaran Untuk menurunkan belon udara, suhu udara di dalam belon di rendahkan, maka belon menjadi lebih tumpat daripada udara di persekitaran

Aplikasi konsep ketumpatan

5. Boya
a. b.

c.

Boya mempunyai sebuah silinder yang berisi udara Boya ialah objek yang timbul di laut untuk menanda kawasan yang berbahaya kepada kapal Boya timbul di permukaan laut untuk memberi panduan pelayaran kepada anak kapal.

You might also like