You are on page 1of 66

PERUNDANGAN KESIHATAN

KPKP2113

AKTA MAKANAN 1983


(AKTA 281)

Mazlan Mansor Pengajar Penyelaras Subjek KPKP2113 KSKB, Sg. Buloh

Apa yang perlu untuk diperhatikan bagi mengetahui keselamatan produk..?

AKTA MAKANAN 1983


Selepas menamatkan kuliah ini, pelajar sepatutnya berupaya 1. Menerangkan tujuan Akta diadakan. 2. Menerangkan perkaitan akta dengan perundangan kesihatan yang lain 3. Menerangkan tafsiran yang terdapat di dalam akta 4. Menerangkan perlantikan Pegawai Berkuasa 5. Menerangkan kuasa-kuasa Pegawai Berkuasa 6. Menerangkan kesalahan-kesalahan yang melanggari akta 7. Menerangkan penalti yang dikenakan ke atas pesalah 8. Menerangkan kaedah pengimpotan, waranti dan pelabelan menurut akta 9. Menerangkan kaedah mengkompaun kesalahan yang dikenakan ke atas pesalah

Pengenalan
Undang-undang dan garis panduan yang mengawal keselamatan makanan dari segi kualiti dan juga kebersihan makanan. Dari segi kualiti, makanan dikawal oleh Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Untuk mengawal keselamatan makanan dari segi kebersihan, Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 telah diguna pakai. Peraturan ini diwujudkan bagi mengawal kualiti makanan dan juga kebersihan makanan. Terdapat juga beberapa garis panduan tentang pemprosesan makanan tertentu yang digunakan untuk memastikan makanan yang diproses mematuhi piawai tertentu. Untuk kuasa tempatan, terdapat undang-undang kecil yang mengawal keselamatan makanan yang digunakan khas untuk kuasa tempat masing-masing bersama Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pada masa kini semua pindaan Akta dan Peraturan Makanan hingga Januari 2010.

Penguatkuasaan Akta Makanan 1983 pada mulanya cuma menumpu kepada makanan sahaja.

Tetapi menteri TELAH diberi kuasa untuk


membuat Peraturan-Peraturan lain jika perlu. Oleh itu Akta Makanan 1983 (Akta 281) merangkumi:
Akta Makanan 1983 Peraturan-Peraturan Makanan 1985 Peraturan-Peraturan (Perluasan Pemakaian Akta Makanan 1983 bagi Tembakau dan lain-lain) Makanan 1993 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004

Objektif.
Tujuan utama ialah melindungi pengguna dari bahaya:
Kesihatan Penipuan terhadap penyediaan Penjualan Penggunaan makanan dan Perkara-perkara sampingan/yang berkaitan dengannya

Kandungan
Akta Makanan 1983 mengandungi bahagian bahagian seperti berikut; BAHAGIAN 1 Permulaan yang mengandungi tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa dan Tafsiran BAHAGIAN 2 - Pentadbiran dan Penguatkuasaan BAHAGIAN 3 - Kesalahan dan Keterangan BAHAGIAN 4 - Pengimpotan, Waranti dan Pembelaan BAHAGIAN 5 - Peruntukan Pelbagai

Bahagian 1 - PERMULAAN
1. TAJUK RINGKAS, PEMAKAIAN DAN MULA BERKUATKUASA. (1) Akta ini dinamakan sebagai Akta Makanan 1983 dan terpakai di seluruh Malaysia. (2) Akta mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahu dan Warta. Menteri boleh menetapkan tarikh berlainan mula berkuatkuasa untuk negeri berlainan dan peraturan-peraturan berlainan.

Bahagian 1 - PERMULAAN
2. TAFSIRAN.
(1) KETUA PENGARAH Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan. (2) PENGARAH [Pind. Akta A1117/2001] Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan. (3) PEGAWAI DIBERI KUASA [Pind. Akta A1266/2006] Mana-mana pegawai kesihatan perubatan atau mana-mana penolong pegawai kesihatan persekitaran dari Kementerian Kesihatan atau dari mana-mana pihak berkuasa tempatan, atau manamana orang berkelayakan yang sesuai, yang dilantik oleh Menteri menjadi seorang pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 3.

2. TAFSIRAN.
(4) JURUANALISIS
Seseorang juruanalisis yang dilantik di bawah seksyen 3.

(5) PENYEDIAAN [Pin. Akta A1117/2001]


Meliputi pengilangan, pembungkusan, pemprosesan dan apa jua bentuk pengawetan.

(6) PERKAKAS [Pin. Akta A1117/2001] Meliputi kesemua atau mana-mana bahagian apa-apa alat perkakas, jentera, instrumen, radas atau barang yang digunakan bagi atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan.

2. TAFSIRAN. (7) MAKANAN Meliputi setiap barang yang dikilang, dijual atau diberi gambaran untuk digunakan sebagai makanan atau minuman untuk kegunaan manusia atau yang masuk pada atau digunakan dalam campuran, penyediaan, pengawetan apa-apa makanan atau minuman dan meliputi gulagula, benda-benda kunyahan dan apa-apa ramuan bagi makanan, minuman, gulagula atau benda-benda kunyahan itu.

2. TAFSIRAN.
(8) MENJUAL atau PENJUALAN [Pin. Akta A1117/2001]
Penjualan untuk dimakan atau digunakan oleh manusia Tukar barang dan tukar ganti, Menawarkan atau cuba untuk menjual, Menyebabkan atau membenarkan untuk dijual, Mendedahkan bagi penjualan, Menerima, menghantar, mengirim atau menghantar serah bagi penjualan atau tukar ganti atau menurut penjualan atau tukar ganti itu, Membekalkan apa-apa makanan apabila balasan akan diterima oleh pembekal bagi pembekalan itu sama ada secara khusus atau sebagai sebahagian daripada perkhidmatan yang dikontrakkan bagi penjualan, atau Memiliki apa-apa makanan bagi penjualan atau tukar ganti, atau Memiliki apa-apa makanan atau perkakas dengan mengetahui bahawa makanan atau perkakas itu

2. TAFSIRAN.
(9) PREMIS
a. apa-apa bangunan atau khemah atau struktur lain, kekal atau sebaliknya berserta dengan tanah di mana terletaknya bangunan, khemah atau struktur dan tanah bersempadanan yang digunakan berkaitan dan kenderaan, pengangkutan, vesel atau pesawat udara dan, b. bagi maksud seksyen 4, sesuatu lebuh, tanah lapang atau tempat peranginan awam atau basikal atau apa-apa kenderaan yang diguna untuk atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan.

2. TAFSIRAN.
(10) PREMIS MAKANAN [Pin. Akta A1117/2001]
digunakan atau berkaitan dengan penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan apaapa makanan, atau pelabelan semula, pemprosesan semula atau pembaikan semula apa-apa makanan.

(11) LABEL
tek, janama, tanda, benda bergambar atau lain-lain perkara perihalan, yang bertulis, bercetak, berstensil, bertanda, bercat, bercetak timbul atau dicap pada apa-apa makanan atau diletakkan pada makanan atau dimasukkan ke dalam makanan menjadi sebahagian daripada makanan atau

2. TAFSIRAN.
(12) LAK Meliputi penahanan secara pukal apaapa makanan yang sampelnya telah diambil untuk analisis, sementara menanti keputusan analisis itu. (13) BINATANG Meliputi apa-apa jua binatang berkaki empat atau burung sama ada peliharaan atau sebaliknya, ikan, haiwan reptilia atau serangga, kesemua atau sebahagiannya diguna untuk makanan manusia.

2. TAFSIRAN.
(14) BUNGKUSAN [Pind. Akta A1117/2001]
Meliputi apa-apa benda atau apa-apa cara yang makanan dikotak, ditutup, dimasukkan, diisi, diletakkan atau selainnya dipekkan dengan apa jua cara seluruhnya atau sebahagiannya dan meliputi apa-apa jua jenis bakul, baldi, dulang atau bekas sama ada terbuka atau tertutup.

(15) MAKMAL DILULUSKAN [Pind. Akta A1117/2001]


Sesuatu makmal yang diluluskan oleh

2. TAFSIRAN.
(16) IKLAN
Meliputi apa-apa gambaran dengan apa jua cara bagi maksud memajukan secara langsung atau secara tak langsung penjualan atau lain-lain pelupusan akan apa jua makanan.

(17) KESALAHAN BOLEH DIKOMPAUN [Mas. Akta A1266/2006]


Kesalahan di bawah Akta ini atau manamana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini sebagai kesalahan boleh dikompaun.

BAHAGIAN 2 - PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN


1. PERLANTIKAN JURUANALISIS DAN PEGAWAI BERKUASA [SEKSYEN 3]
(1) Menteri boleh melantik seberapa ramai juruanalisis yang diperlukan dan boleh membuat peraturan mengenai kelayakan, kelakuan dan tugas mereka. Satu senarai juruanalisis perlu disediakan dan disemak semula mengikut keadaan. [SEKSYEN 3(1)] (2) Menteri boleh melantik seberapa ramai pegawai berkuasa yang diperlukan dan setiap pegawai berkuasa perlu diberi Perakuan Kuasa dan perakaun boleh diterima sebagai keterangan dan hendak menjadi keterangan prima facie mengenai fakta-fakta yang diperakui itu. [SEKSYEN 3 (2)] (3) Menteri boleh beri kuasa kepada mana-mana pegawai awam untuk mendapatkan sampel makanan bagi maksud analisis. Pegawai tersebut hendak mempunyai segala kuasa yang dipunyai

BAHAGIAN 2 - PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN


2. MAKMAL

YANG DILULUSKAN (SEKSYEN 3A) [Mas. Akta A1117/2001]

(1) Menteri boleh luluskan seberapa banyak makmal yang difikirkan perlu. [Seksyen 3A(1)]

(2) Makmal yang dilulus perlu diberi Perakuan Kelulusan dan perakuan ini hendaklah diterima sebagai keterangan dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang
diperakui itu. [Seksyen 3A (2)] (3) Menteri hendaklah menyediakan atau menyebabkan supaya disediakan senarai makmal diluluskan dan menyemaknya mengikut kehendak hal keadaan. [Seksyen 3A(3)]

BAHAGIAN 2 - PENTADBIRAN DAN PENGUATKUASAAN


3. PERUNTUKAN KUASA-KUASA (1) Kuasa Pegawai berkuasa SEKSYEN 4 (1) Seseorang pegawai berkuasa boleh pada bila-bila masa bagi melaksanakan dengan patut dan lebih baik kewajipannya - [Gan. Akta A1117/2001] (a) memasukki mana-mana premis dan memeriksa makanan dan mengambil makanan, [Seksyen 4(1)(a)] [Gan. Akta A1117/2001] (b) minta berhenti, menggeledah atau menahan manamana pesawat udara, kapal atau kenderaan untuk memeriksa makanan dan mengambil sampel makanan kecuali pesawat udara, kapal atau kenderaan yang membuat pelayaran antarabangsa, [Seksyen 4(1)(b)]

(c) Membuka dan memeriksa bungkusan mempercayai mengandungi makanan, [Seksyen 4 (1) (c)] (d) Memeriksa buku, dokumen atau rekod berkenaan makanan dan membuat salinan atau mengambil cabutan daripadanya dalam manamana premis makanan, [Seksyen 4 (1) (d)] [Gan. Akta A1117/2001] (e) Minta kad pengenalan, sijil pendaftaran perniagaan atau dokumen relevan, [Seksyen 4 (1) (e)] (f) Menyita dan menahan makanan atau perkakas yang dipercayai melanggar Akta, [Seksyen 4 (1) (f)] [Mas. Akta A1117/2001] atau

SEKSYEN 4 (1A) [Mas. Akta A1117/2001] Memeriksa secara lisan [Seksyen 4 (1A)] SEKSYEN 4 (5) Menangkap tanpa waran orang-orang yang dipercayai: tidak memberi maklumat tentang nama dan alamat atau dipercayai memberi nama dan alamat palsu atau mungkin akan melarikan diri.

SEKSYEN 4 (8) [Mas. Akta A1117/2001] Mengarahkan pemusnahan atau pelupusan makanan atau apa-apa perkakas yang disita selepas mendapat persetujuan secara bertulis pemunya atau orang yang memiliki makanan dan jika tidak bersetuju boleh memohon kepada mahkamah SEKSYEN 4 (11) Memusnahkan makanan yang; busuk, berbau atau membahayakan kesihatan atau pengimpotannya dilarang atau diserahkan oleh pemunya apabila bayaran berpatutan dibayar

SEKSYEN 4 (13) Makanan disita boleh disimpan atau distor dalam premis di mana makanan disita atau dialihkan ke mana-mana tempat lain yang patut. SEKSYEN 4 (14) Boleh menghantar makanan disita atau apa-apa sampel darinya atau apa-apa sampel lain yang diambil ke mana-mana makmal yang diluluskan untuk analisis.

SEKSYEN 5 a) Meminta, memilih dan mengambil sampel untuk analisis


Penjual makanan, ejen atau pengkhidmat dengan bayaran nilai pasaran [subseksyen
(1)] atau Pengilang, pengimport, ejen atau penghidmat tanpa bayaran [subseksyen (2)]

b) Menghendaki menunjukkan dan membenarkan pemeriksaan bungkusan di mana makanan disimpan dan ambil sampel [Subseksyen (3)]
Penjual makanan, ejen atau pengkhidmat

SEKSYEN 8 Meminta maklumat secara;


Memeriksa buku, dokumen, rekod atau maklumat lain tentang pengimportan, penyediaan, penerimaan, pemilikan, pembelian, penjualan atau penyerahan makanan atau lain bahan atau apa jua perkakas [Subseksyen (1)] [Mas. Akta A1117/2001] Membuat atau disebabkan membuat salinan, cabutan daripada buku, dokumen atau rekod atau apa-apa maklumat lain dan diperakui oleh pegawai berkuasa. Maklumat yang diperakui hendaklah disifatkan sebagai benar dan betul. [Subseksyen (2)]

SEKSYEN 19
a) Menjalankan pendakwaan apabila perakuan juruanalisis menunjukkan makanan yang dianalisis melanggar Akta, tertakluk kepada Seksyen 377 Kanun Tatacara Jenayah dan Seksyen 32A. [Subseksyen 1] [Mas. Akta 1117/2001] b) Perakuan juruanalisis perlu dihantar ke Pengarah atau pegawai berkuasa dalam tempuh 90 hari dari tarikh makanan itu dihantar untuk analisis. [Subseksyen 1A] [Mas. Akta A1117/2001] c) Tiada prosiding berkenaan dengan penjualan makanan untuk analisis atau pemeriksaan

(2) KUASA KETUA PENGARAH


SEKSYEN 9 Setelah mendapat kelulusan secara bertulis daripada Menteri, mendapatkan butir-butir mengenai komposisi dan penggunaan bahan dalam makanan tertentu

(3) KUASA PENGARAH


SEKSYEN 10 Pengarah boleh memerintahkan supaya premis makanan atau perkakas berada dalam keadaan bersih dan suci. [Mas. Akta A1117/2001]
SEKSYEN 10 (1) [Gan. Akta A1117/2001] Memerintah melalui surat secara bertulis supaya premis atau perkakas dibersihkan/disucikan SEKSYEN 10 (2) [Pind. Akta A1117/2001] Melalui suratcara secara bertulis mengarahkan bahawa:
(a) premis makanan tidak boleh disenggarakan dan (b) perkakas tidak boleh digunakan sehingga diberi perakuan secara bertulis menyatakan semuanya telah dibersihkan atau disucikan

SEKSYEN 11
Perintah secara bertulis penutupan serta merta tidak lebih dari 14 hari mana-mana premis tidak dibersihkan dan disucikan SEKSYEN 13C Melalui notis secara menulis memerintahkan supaya memanggil balik, memindahkan atau menarik balik daripada penjualan makanan yang didapati melanggar atau disyaki melanggar Akta. [Subseksyen 1]

SEKSYEN 29 (5) - Pengimportan Menghendaki pengimport supaya melabelkan semula atau memproses semula atau memperbaiki mutu makanan supaya mematuhi peruntukan Akta
SEKSYEN 32B [Mas.Akta A1266/2006] Menyampaikan kepada orang yang dipercayai telah melakukan satu kesalahan satu notis yang memerintahkan orang itu supaya hadir di Mahkamah Majisteret paling hampir pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis.

SEKSYEN 33 Kuasa untuk mengkompaun


a) Dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun kesalahan boleh kompaun yang dilakukan oleh orang dengan membuat tawaran bertulis kepada orang itu dengan mengutip daripada orang itu amaun yang tidak melebihi 50% amaun maksimum denda kesalahan itu. [Subseksyen (1)][Gan. Akta A1266]

4) KUASA MENTERI
SEKSYEN 3 (1)

Melantik juruanalisis dan membuat


peraturan-peraturan mengenai kelayakan, kelakuan dan tugas mereka SEKSYEN 3 (2) Melantik pegawai berkuasa SEKSYEN 3 (3) Memberi kuasa mana-mana pegawai awam untuk mendapatkan sampel bagi maksud analisis

SEKSYEN 3A [Mas. Akta A1117/2001]


a) Menteri boleh meluluskan apa-apa bilangan makmal yang perlu [Subseksyen 1] b) Menteri menyediakan senarai makmal diluluskan dan menyemaknya mengikut kehendak hal keadaan. [Subseksyen 3]

SEKSYEN 29 (6) Mengecualikan mana-mana makanan atau kelas makanan daripada peruntukanperuntukan Seksyen 29

SEKSYEN 34 Membuat peraturan-peraturan [merujuk subseksyen (1) (a x)] [subseksyen (1) (h), (I), (r), dan (w) Akta A1117/2001]

(5) KUASA MAHKAMAH


SEKSYEN 4 (8) [Pind. Akta A1117/2001] Membuat perintah memusnahkan makanan yang disita atau apa-apa perkakas apabila dimohon oleh pegawai berkuasa SEKSYEN 4 (10) [Pind. Akta A1117/2001] Mengarahkan pemusnahan atau pelupusan makanan atau perkakas yang disita selepas pemunya disabitkan kesalahan SEKSYEN 12 Mahkamah boleh memerintah penyiaran maklumat orang yang disabitkan kesalahan diakhbar di Malaysia dan yang disabit kesalahan

SEKSYEN 18 (1) Perintah pembatalan apa-apa lesen apabila seseorang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan
SEKSYEN 18 (2) Apabila seseorang telah disabitkan atas sesuatu kesalahan, mahkamah boleh memerintah supaya makanan dari jenis yang serupa yang dipunyai atau dimiliki dilucuthak dan makanan tersebut dilupuskan

SEKSYEN 21 a) Memerintahkan juruanalisis bebas membuat analisis [subseksyen (1)] dan b) Memerintah pihak membuat permintaan analisis membayar kos bagi analisis makanan. [subseksyen (2)]

SEKSYEN 32B Mengeluarkan waran tangkap untuk seseorang yang enggan hadir mahkamah Majisteret seperti diarahkan oleh Pengarah atau mana-mana pegawai berkuasa diberi kuasa atas kesalahan yang dilakukan melainkan orang itu telah dibenarkan mengkompaunkan kesalahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.

BAHAGIAN 3 - KETERANGAN DAN


KESALAHAN 1) KETERANGAN SEKSYEN 19 PENDAKWAAN [Pind. Akta A1117/2001] a) Perakuan juruanalisis yang menyatakan sesuatu kesalahan telah berlaku di bawah Akta ini maka pegawai berkuasa boleh menjalankan prosiding di bawah Akta ini berdasarkan seksyen 377 Kanun Tatacara Jenayah dan seksyen 32A (Subseksyen 1)

b) Perakuan juruanalisis hendaklah diberikan kepada Pengarah atau pegawai berkuasa dalam tempuh 90 hari dari tarikh makanan itu dihantar untuk analisis. (Subskesyen 1A) c) Pendakwaan cuma boleh dijalankan dalam tempuh 150 hari dari masa makanan dibeli atau didapati (Subseksyen 2)

SEKSYEN 20 - PERAKUAN JURUANALISIS


Perakuan juruanalisis hendaklah menjadi keterangan PRIMA FACIE dengan syarat: a) pihak dituduh ingin kehadiran juruanalisis untuk pemeriksaan balas telah menghantar notis yang menghendaki kehadiran juruanalisis telah dihantar ke pihak pendakwa 3 hari sebelum perbicaraan dan b) pihak pendakwa perlu memberitahu orang yang dituduh bahawa beliau ingin menggunakan perakuan juruanalisis sebagai keterangan di mahkamah secara bertulis bersama dengan perakuan juruanalisis 10 hari sebelum

SEKSYEN 6 PROSEDUR MENGAMBIL SAMPEL


a) Pegawai Berkuasa memberitahu penjual atau agen atau pengkhidmatnya yang menjual makanan tujuan pembelian atau mendapatkan sampel adalah untuk tujuan analisis [Seksyen 6 (1)] b) Prosedur pengambilan dan pengurusan sampel hendaklah seperti yang ditetapkan melalui peraturan-peraturan [Seksyen 6 (2)]

2) KESALAHAN DAN PENALTI

2) KESALAHAN DAN PENALTI

BAHAGIAN 4 - PENGIMPORTAN, WARANTI DAN PEMBELAAN.


SEKSYEN 29 (Pengimportan) i) Pengimpotan makanan yang tidak mematuhi peruntukan Akta dan peraturan dilarang (Subseksyen 1) ii) Perlabelan semula makanan diproses dalam bentuk sempurna. (Subseksyen 2) iii) Pemprosesan semula atau memperbaiki mutu makanan mentah atau separa proses untuk mematuhi standard. (Subseksyen 3) iv) Tempoh pelabelan semula, pemprosesan semula atau perbaikan mutu ialah 3 bulan. (Subseksyen 4) v) Melabel semula, memproses semula atau memperbaiki mutu makanan dilakukan di bawah penyeliaan pegawai berkuasa. (Subseksyen 5)

SEKSYEN 30 SEKSYEN 32 1) SEKSYEN 30 - (Waranti)


i) Pengesahan waranti samada secara bertulis atau lain-lain pernyataan bertulis bahawa makanan

mematuhi undang-undang tentang makanan yang ditetapkan oleh Menteri. (Subseksyen 1)


ii) Sesiapa yang melanggar peruntukan-peruntukan Subseksyen 1 boleh dipenjarakan selama tidak

lebih dari 3 tahun, denda atau kedua-duanya.


(Subseksyen 2)

2) SEKSYEN 31 - (Waranti bertulis menjadi


pembelaan yang memadai)
i) Waranti menjadi pembelaan atas syarat-syarat defendan buktikan:
berdasarkan waranti bertulis atau pernyataan bertulis dan ditadatangani pembekal [Subseksyen 1(a)] tiada sebab mempercayai makanan tidak menepati waranti atau pernyataan [Subseksyen 1(b)] makanan sebenarnya menepati waranti atau pernyataan [Subseksyen 1(c)]

ii) Waranti bertulis atau pernyataan bertulis diberi atau dibuat oleh orang bermastautin di luar Malaysia tidak boleh menjadi pembelaan. (Subseksyen 2)

iii) Waranti boleh menjadi pembelaan melainkan defendan :


dalam tempoh 14 hari selepas penerimaan waranti atau pernyataan memberi satu salinan kepada Pengarah atau pegawai diberi kuasa [Subseksyen 3(a)] dalam tempoh 7 hari selepas penyampaian saman menyerah kepada pendakwa satu salinan waranti atau pernyataan dengan notis bertulis menyatakan ingin bergantung kepadanya dan sebutkan nama dan alamat pembekal dan hantar satu notis serupa kepada pembekal tersebut melalui pos berdaftar. [Subseksyen 3(b)]

3) SEKSYEN 32 - (Penalti kerana waranti palsu)


i) Waranti palsu secara bertulis melanggar seksyen ini. Defendan boleh dipenjarakan tidak lebih dari 2 tahun atau denda atau kedua-duanya. (Subseksyen 1)
ii) Tempoh 150 hari tidak terpakai berhubung dengan waranti palsu. (Subseksyen 2) [Pind. Akta A1117/2001]

BAHAGIAN 5 PERUNTUKKAN PELBAGAI


SEKSYEN 32A Pendakwaan [Mas. Akta A1117/2001] Pendakwaan kesalahan perlu dapat keizinan Pendakwa
Raya.

SEKSYEN 32B Kuasa untuk memerintahkan kehadiran di mahkamah [Mas. Akta A1266/2006] (1) Orang yang dipercayai telah melakukan satu kesalahan
boleh diberi satu notis yang memerintahkan orang itu supaya hadir di Mahkamah Majisteret paling hampir pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis. [Seksyen 32B(1)] (2) Sekiranya orang yang telah diberi notis ini tidak menghadiri mahkamah pada tarikh dan masa yang ditetapkan maka waran tangkap boleh dikeluarkan oleh Mahkamah kecuali tidak semudahsabah bagi orang itu untuk menghadiri mahkamah atau bagi kesalahan yang boleh dikompaun di

SEKSYEN 33 Kuasa untuk mengkompaun


[Gan. Akta A1117/2001] dan [Gan. Akta A1266/2006] a) Dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya,

mengkompaun kesalahan boleh kompaun yang dilakukan oleh orang dengan membuat tawaran bertulis kepada orang itu dengan mengutip daripada orang itu amuan yang tidak melebihi 50% amaun maksimum denda kesalahan itu. (Subseksyen 1) [Gan.
Akta A1266/2006]

b) Kompaun perlu dijelaskan oleh orang yang kena dikompaun dalam tempoh yang ditetapkan dalam notis termasuk tempoh perlanjutan. (Subseksyen 2) [Gan. Akta A1266/2006] c) Apabila kesalahan dikompaunkan di bawah subseksyen (1), a.tiada pendakwaan boleh dibuat dalam tempoh kompaun [subseksyen 3 (a)]
b. perkakas atau makanan yang disita dilucuthakkan, dimusnahkan atau dipulangkan kepada orang itu mengikut Pengarah atau pegawai berkuasa selepas pertimbangan.

SEKSYEN 34 Kuasa membuat PeraturanPeraturan


i) Menteri boleh membuat peraturanperaturan bagi mana-mana perkara berikut. (Subseksyen 1) a) Menetapkan standard, komposisi, kekuatan,
potensi, ketulenan, kualiti, berat, kuantiti, tempoh penggunaan atau lain-lain sifat makanan atau apaapa ramuan atau komponennya. [Subseksyen 1(a)]
b) Melarang penambahan apa-apa bahan tertentu. [Subseksyen 1(b)] c) Melarang penambahan bahan tertentu lebih daripada kuantiti tertentu yang dibanarkan. [Subseksyen 1(c)]

e)

Melarang apa-apa cara penyediaan

atau pengawetan makanan. [Subseksyen 1(e)] f) Berkenaan penggunaan apa-apa bahan sebagai ramuan makanan yang dapat

menahan pengguna atau pembeli dari terpedaya atau terkeliru tentang kualiti,
kuantiti, sifat, nilai, komposisi, efek, merit atau keselamatannya atau untuk mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan pengguna atau pembeli. [Subseksyen 1(f)] g) Menjamin kebersihan dan bebas dari pencemaran atau pengadukan makanan semasa menyediakan, mengawet, membungkus, menyimpan, mengangkut, mengedar, atau menjual dan kebersihan tempat, bekas, perkakas dan kenderaan.

h) Mengawal selia premis makanan dan orang yang bekerja atau memberikan perhatian dalam aktiviti berhubung dengan premis makanan atau yang ambil kerja di premis itu. [Subseksyen 1(h)] [Gan. Akta A1117/2001] j) Berkenaan pengangkutan termasuk pelesenan kenderaan untuk mengangkut makanan. [Subseksyen 1(j)] k) Menetapkan cara melabelkan makanan. [Subseksyen 1(k)] l) Menetapkan saiz, dimensi dan lain-lain spesifikasi bungkusan makanan.

n) Menetapkan standard-standard dan syaratsyarat yang hendak dipatuhi oleh makmal berkenaan dengan analisis makanan. [Subseksyen 1(n)]

o) Mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran dan pelesenan makmal dan juruanalisis dan menetapkan fee. [Subseksyen 1(o)] p) Menetapkan fee yang kena dibayar bagi menganalisis makanan oleh juruanalisis dan salinan keputusan analisis dan lesen yang dikeluarkan atau pendaftaran yang dilakukan termasuk lesen atau pendaftaran berhubung dengan pengimportan dan pengeksportan makanan. [Subseksyen 1(p)]

SEKSYEN 34 Kuasa membuat Peraturan-Peraturan

(Kuasa Menteri)
q) Menetapkan fee yang kena dibayar bagi sesuatu lesen atau perakuan yang dikeluarkan atau pendaftaran yang dilakukan berhubung dengan pengimpotan, pengeksportan, penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan, pengedaran atau penjualan makanan. [Subseksyen 1(q)] r) Melarang atau mengawalselia penjualan, pengiklanan, pengimpotan atau pengeksportan makanan. [Subseksyen 1(r)]
ra) Mengadakan peruntukan tentang perkara yang berhubung dengan pemanggilan balik, pemindahan atau menarik balik daripada penjualan makanan dari premis makanan [Subseksyen 1 (ra)] [Mas. Akta a1117/2001]

SEKSYEN 34 Kuasa membuat Peraturan-Peraturan

(Kuasa Menteri)
t) Melarang penjualan makanan tertentu dengan apa jua cara lain daripada mengikut berat. [Subseksyen 1(t)] u) Menghendaki orang-orang yang menjual makanan supaya menyenggara buku dan rekod. [Subseksyen 1(u)] v) Menetapkan kehendak-kehendak mengenai pembungkusan makanan dan untuk melarang meletakkan apa-apa patung, duit atau lain-lain benda dalam makanan untuk dijual atau dalam bungkusanbungkusan makanan. [Subseksyen 1(v)] w) Menetapkan penalti denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak lebih daripada 2 tahun kerana melanggar mana-mana peraturan. [Subseksyen 1(w)] [Gan. Akta A1117/2001] x) Menetapkan apa-apa jua yang hendak ditetapkan atau boleh ditetapkan melalui peraturan.

SEKSYEN 34 Kuasa membuat Peraturan-Peraturan

(Kuasa Menteri)
SEKSYEN 35 (1) Pemansuhan dan kecualian
Ordinan-ordinan berikut adalah dimansuhkan setakat yang berkaitan dengan makanan:
(a) Ordinan Jualan Makanan dan Dadah 1952 (No.28 tahun 1952) (b) Ordinan Kesihatan Awam (Sabah No. 7 tahun 1960) dan (c) Ordinan Kesihatan Awam (Sarawak No. 24 tahun 1962)

SEKSYEN 36 Pemakaian bagi tembakau dsb. [Gan.


Akta A1117/2001]

1) Peruntukan-peruntukan Akta ini boleh diperluaskan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya untuk meliputi tembakau, cerut, rokok, tembakau sedut dan bahanbahan lain.

2) Menteri boleh membuat peraturanperaturan yang mengadakan peruntukan bagi semua atau mana-mana berikut:
a) pengawalselia atau larangan terhadap pengiklanan atau penajaan hasil tembakau b) cara pelabelan bekas rokok c) tatacara pengambilan sampel hasil tembakau untuk analisis d) larangan terhadap merokok hasil tembakau dalam bangunan tertentu dan perisytiharan tempat sebagai tempat larangan merokok e) larangan terhadap penjualan hasil tembakau kepada orang di bawah umur 18 tahun dan f) perkara yang difikirkan suaimanfaat atau perlu oleh menteri

Sekian, TQ

You might also like