You are on page 1of 2

Bahan Kimia dan Kesan Info 7 Bahan Kimia Yang Berbahaya

Di zaman sekarang, bahan kimia digunakan secara meluas di dalam semua perkara, daripada sector pembinaan hinggalah makanan yang kita makan, namun begitu terdapat kesan bahan kimia yang berbahaya yang perlu kita ambil tahu. Di sini, ada info mengenai kesan 7 bahan kimia yang selalu berada bersama kita.

1) Karbon Monoksida Gas yang datang daripada pembakaran tidak lengkap oleh kenderaan dan pembakaran terbuka. Gas ini berbahaya kerana ianya mengganggu system pernafasan kita dengan mengurangkan pengambilan oksigen oleh sel darah merah di dalam badan. Banyak kes kematian anak-anak berlaku akibat kealpaan ibu bapa sendiri dengan membiarkan anak-anak terlalu lama di dalam kereta di mana kes ini ada dilaporkan di akhbar Kosmo pada tahun 2011. 2) Plumbum (Lead) Plumbum boleh dijumpai di dalam permainan di mana ia digunakan sebagai cat. Kebanyakan negara telah mengharamkan penggunaan plumbum dalam permainan tetapi The New York Times, banyak kilang yang menggunakan plumbum terutamanya dari China. Plumbum boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya kepada kanak-kanak, sawan, koma dan kematian. 3) Particulate Matter 10 (PM10) PM10 atau lebih senang disebut debu ada di mana-mana tetapi ianya lebih tertumpu di kilang pembinaaan dan kilang kayu. PM10 menyebabkan asma dan kanser paru-paru apabila terdedah dalam jangka masa yang lama

4) Benzene Bahan kimia ini ada di dalam asap rokok dan minyak petrol di mana ianya lebih mudah masuk ke dalam badan melalui asap rokok kepada orang yang berdekatan dengan perokok atau dikenali sebagai perokok sekunder. Kajian Agensi Kanser Antarabangsa (IARC,2012) menyokong benzene sebagai carcinogen iaitu bahan yang menggalakkan pertumbuhan sel kanser di dalam badan. Kajian terhadap haiwan dan manusia menunjukkan pertumbahan tumor akibat pendedahan kepada benzene.

5) Kerosene Kerosene atau minyak tanah mudah diperolehi di kedai runcit, di dalam botol kaca. Namun dengan kelalaian kita,ia boleh menyebabkan kebakaran kerana kerosene adalah bahan mudah terbakar. Kerosene boleh menyebabkan iritasi kulit kepada orang yang sensitive dan beracun sekiranya ditelan oleh kanak-kanak. Simpan di tempat yang tinggi dan jauh daripada sumber api untuk keselamatan. 6) Melamine Tiada siapa yang kenal bahan kimia ini sehingga kes melibat skandal export susu China ke seluruh dunia. Melamine digunakan oleh syarikat kerana ianya boleh meningkatkan isipadu susu di samping meningkatkan protein. Melamine berbahaya ianya menyebabkan penghasilan Kristal di dalam buah pinggang terutamanya kanak-kanak. Kebanyakan negara menarik balik eksport susu China oleh kerana kes melamine . Kesimpulan -Pengetahuan mengenai mengenai bahan kimia dapat menyelamatkan anda dan keluarga anda - Ambil perhatian kepada makluman tentang sesuatu produk makanan atau permainan, di televisyen atau di surat khabar, terutamanya daripada kerajaan atau persatuaan pengguna. - Kelekaan terhadap penyimpanan bahan kimia boleh membawa padah

Abu Ali merupakan seorang penulis bebas yang mempunyai pengalaman dalam alam sekitar. Kunjungi alamsekitar.my di http://alamsekitar.my untuk lebih tips dan informasi mengenai alam sekitar.

You might also like