You are on page 1of 25

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Didorong melalui gagasan ketiga ucapan Dasar oleh Y.A.B.

Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006. Di dalam ucapannya beliau menuntut supaya pendidikan negara memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, penghasilan pelajar celik minda, pembentukan warganegara yang menguasai ilmu, kemahiran dan maklumat serta program yang membangunkan akal manusia dalam melahirkan insan Ulul al-bab. Matlamatnya adalah supaya ianya dapat memastikan anak bangsa Malaysia dipupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi menerap nilai. Oleh itu, semakan KBSR telah dibuat pada tahun 2003 dan hasilnya pada tahun 2011, KSSR mula dilaksanakan di semua sekolah rendah melibatkan murid Tahun Satu pada awal sesi persekolahan 2011. Penambahbaikan daripada KBSR kepada KSSR KSSR mempunyai beberapa penambahbaikan dengan menjadikan kurikulum negara maju sebagai rujukan. Antara pembaharuan dilaksanakan adalah: 1. Memberi penekanan kepada pendekatan pembelajaran secara langsung, di samping keupayaan berbahasa serta pembelajaran berasaskan projek. 2. Menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P)bahkan, KSSR sesuai dengan murid yang kini lebih aktif dan pintar di samping bersemangat untu belajar kerana KSSR merangkumi semua aspek pembelajaran. 3. Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M. 4. Segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio perkembangan dan pameran untuk rujukan guru dan ibu bapa serta membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan dan teratur. 5. Proses penilaian KSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yang ditonjolkan murid dalam kelas selain memastikan kecemerlangan pelajar dalam pendidikan. 6. Kementerian memutuskan Pendidikan seks yang diajar bermula awal tahun 2011 di sekolah rendah dan menengah akan menggunakan istilah Pendidikan Kesihatan

Reproduktif dan Sosial (PEERS), menerusi transformasi KSSR selain diajar secara berasingan tanpa menumpang mata pelajaran lain. PEERS merangkumi aspek lebih luas termasuk soal nilai, sikap dan proses sepanjang hayat mencakupi 75 peratus daripada kurikulum pendidikan kesihatan.

Tajuk: Kumpulan: Hari: Tarikh: Masa:

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 5 Isnin 28/2/2011 8.00 11.00 a.m

ISI-ISI PENTING 1. KSSR merupakan transformasi kurikulum yang terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif. 2. KSSR digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran. Salah satu sebab istilah standard digunakan adalah untuk memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. 3. Pendidikan seks telah diterapkan dalam subjek pendidikan kesihatan iaitu terdiri daripada perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan & kekeluargaan, kemahiran kendiri dan kesihatan & tingkah laku seksual. 4. KSSR menekankan 4M iaitu membaca, mengira, menulis dan menaakul. Jika dibandingkan KBSR hanya menekankan 3M iaitu membaca, mengira dan menulis. 5. Penaakulan ialah mengembangkan fikiran, membuat pertimbangan dan penilaian dengan menggunakan akal yang logik.

SOALAN 1. Apakah kelebihan KSSR dan apakah kelemahan KBSR sehinggakan perlu dilakukan perubahan kurikulum? 2. Bagaimanakah guru hendak pastikan bahawa KSSR yang dijalankan berjaya dilaksanakan? Adakah dengan melihat prestasi murid dalam ujian? 3. Adakah kelemahan yang ada pada KBSR sudah diatasi sepenuhnya sebelum melaksanakan KSSR? 4. Apakah jaminan KSSR akan berjaya dilaksanakan jika kelemahan KBSR pun tidak berjaya diatasi? 5. Adakah dengan penerapan pendidikan seks dalam subjek pendidikan kesihatan dapat mengurangkan masalah sosial dalam kalangan murid terutama masalah pembuangan bayi yang semakin berleluasa sekarang?

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 5 poin:

1.

KSSR mementingkan 4M iaitu menulis, mengira, membaca dan menaakul. Elemen penaakulan ditambah dalam kurikulum baru ini kerana penaakulan penting untuk membantu pelajar membuat pertimbangan dan juga mengembangkan kapasiti pemikiran. Penaakulan dalam matematik tidak hanya memerlukan pelajar menguasai konsep matematik, tetapi mereka perlu berfikir secara mendalam terhadap sesuatu konsep tersebut.

2.

Dalam kurikulum baru ini, pentaksiran formatif berasakan sekolah dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Terdapat tiga jenis pentaksiran iaitu pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kumpulan. Pentaksiran dijalankan oleh pelbagai pihak dan dari sudut yang berbeza.

3.

Trends pendidikan di sekolah pada zaman ini adalah mengaplikasi amalan industri atau perniagaan di sekolah. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kecekapan pengurusan.

Namun, amalan ini tidak sesuai kerana setiap individu beremosi dan mempunyai kemahiran dan tahap pemahaman yang berbeza. 4. Kurikulum baru tidak semestinya lebih baik daripada kurikulum lama. Transformasi pendidikan perlu mengambil kira punca masalah di bilik darjah seperti saiz kelas. Jika masalah tersebut tidak diselesaikan, kurikulum baru tidak akan dilaksanakan dengan efektif kerana punca masalah tidak diselesaikan. 5. Kurikulum bukan faktor terpenting dalam membentuk pendidikan yang berkualiti. Tidak kira bagaiamana sesuatu kurikulum berubah, faktor utama yang mempengaruhi kualiti pendidikan ialah guru. Perkara yang penting sekali di bilik darjah adalah bagaimana seseorang guru mengajar. Guru yang baik akan terus belajar cara untuk memperbaiki kelemahannya mengajar, cara berinteraksi dengan pelajar dan cara memahami mereka.

5 soalan:

1.

Adakah pendidikan lebih berkualiti dan pencapaian pelajar akan meningkat dengan pelaksanaan KSSR?

2.

Sebab yang diberi untuk pelaksanaan KSSR adalah kerana terdapat banyak kelemahan pada KBSR. Apakah kelemahan yang ada pada KBSR yang menyebabkan keperluan untuk mengubah kurikulum kepada KSSR?

3.

Adakah kelemahan yang wujud disebabkan kurikulum tidak baik?

4.

Bagaimana menjamin bahawa KSSR boleh dilaksanakan dengan efektif dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaan KBSR tidak akan berulang?

5.

Adakah semua pelajar boleh melepasi standard KSSR yang ditetapkan dalam masa yang singkat sedangkan tahap pemahaman dan pembelajaran setiap pelajar adalah berbeza?

KSSR lengkapi kemahiran hadapi cabaran


Nasional
28 Dis 2011- KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha

menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Berikut adalah soal jawab KSSR bagi membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran. Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR? KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu? Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi pengurusan kurikulum lebih berkesan. Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?

Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains. Adakah murid akan bosan di dalam kelas dengan penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bahasa Inggeris? Tidak. Kaedah dan teknik yang pelbagai diperkenalkan oleh guru untuk menarik minat murid. Modul Language Arts yang menekankan pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. P&P bahasa yang menarik dan efektif dijalankan melalui aktiviti menyanyi, jazz chants, choral speaking, drama, muzik dan bahan bantu mengajar lain yang sesuai. Apakah usaha dilakukan bagi menyediakan guru bagi pelaksanaan KSSR? KPM menjalankan kursus penyebaran KSSR kepada semua guru terbabit dalam pelaksanaan KSSR. Guru juga dibekalkan bahan sokongan dan boleh mengakses maklumat daripada laman web di KPM seperti berikut: http://www.moe.gov.my/bpk atau menghubungi Bilik Gerakan KSSR di nombor telefon 03-88842283. S: Adakah KSSR mampu mendorong kreativiti guru dan murid dalam P&P? J: KSSR mampu mendorong meningkatkan kreativiti guru dan murid melalui pendekatan P&P seperti didik hibur dan elemen nilai tambah merentas kurikulum. Guru dibekalkan dengan buku panduan kreativiti untuk membantu pelaksanaan P&P. S: Dalam tahap 1, setakat manakah pendidikan seks diajarkan? J: Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) tidak diajar sebagai satu mata pelajaran tetapi sebagai komponen yang besar (75%) dalam mata pelajaran Pendidikan Kesihatan.

Original post: KSSR lengkapi kemahiran hadapi cabaran

Share Kata Kunci:

kelebihan kssr berbanding kbsr

peralihan KBSR kepada KSSR peralihan dari kbsr kepada kssr perubahan kurikulum kbsr kepada kssr kebaikan kssr kelebihan elemen yang ada dalam kssr perbezaan kbsr dan kssr matematik perkaitan kssr dengan kbsr PERUBAHAN KBSR KE KSSR perubahan kurikulum (peralihan daripada kbsr kepada kssr)

http://beritaharian.org/kssr-lengkapi-kemahiran-hadapi-cabaran-2.html

PERBEZAAN ANTARA KBSR DAN KSSR http://panitiapjksktdh2.blogspot.com/2011/01/perbezaan-antara-kbsr-dan-kssr.html Aspek KBSR KSSR

Bentuk

Organisasi

Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Komunikasi Kemanusiaan Manusia Dengan Alam Sekelilingnya Keterampilan Diri Perkembangan Diri Individu Perkembangan Fizikal dan Estetika Sains dan Teknologi Tahap I Modul Teras Asas Modul Teras Tema Modul Elektif Tahap II Berasaskan mata pelajaran Modul Komunikasi Modul Komunikasi Elektif Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai Modul Fizikal dan Estetika Modul Sains dan Teknologi Modul Kemanusiaan Berlaku perubahan kandungan kepada semua mata pelajaran

Kandungan

Kemahiran Berfikir dalam P&P Penegasan dan penekanan kepada Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam pendekatan berikut: P&P Kemahiran Berfikir dalam P&P Penggunaan TMK Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam P&P Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Penggunaan TMK Pedagogi Depan Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Konstruktivisme Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Secara Kontekstual Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran Masteri Pembelajaran Masteri Belajar Cara Belajar Belajar Cara Belajar Berlaku perubahan pada peruntukan masa kepada beberapa mata pelajaran Peruntukan Masa khususnya Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Dijalankan secar a berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran Penekanan yang ketara kepada Kaedah Pentaksiran pentaksiran sumatif Menggunakan kaedah pentaksiran pelbagai Bersifat autentik dan holistik Sukatan Pelajaran Dokumen Kurikulum Standard Kandungan Huraian Sukatan Pelajaran Bahan Standard Pembelajaran Kandungan Hasil Pembelajaran Buku Teks

Aspek

KBSR

KSSR

Pengurusan Kurikulum

Cadangan Aktiviti P&P Buku Teks Semua perubahan dalam aspek-aspek di atas menyebabkan berlaku perubahan kepada pengurusan kurikulum di pelbagai peringkat.

Posted by PANITIA PENDIDIKAN JASMANI SKTDH2 at 7:10 PM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

BM - KURIKULUM STANDARD BERTARAF DUNIA


1) Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bermula pada tahun 2011. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Kali terakhir Kurikulum Pendidikan Malaysia mengalami perubahan adalah pada tahun 2003, iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan sejak 1993. Tambahan pula, jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Transformas i kurikulum itu pula digubal berasaskan dua standard utama, iaitu pertama: Standard Kandungan yang merujuk kepada penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Kedua: Standard Pembelajaran yang merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Jadi, adalah diharapkan pelaksanaan KSSR ini dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa. KSSR lebih luas berbanding KBSR. Jika KBSR, hanya 3 utama aspek diberi penekanan, iaitu Komunikasi, Perkembangan Diri Indivdu dan Manusia dengan alam sekelilingnya, tetapi kurikulum KSSR member penekanan kepada 6 elemen, iaitu: Komunikasi; Kerohanian, sikap & nilai; Kemanusiaan, Ketrampilan diri; Perkembangan Fizikal & Estetika; Sains & Teknologi; dari segi kandungan dan sistem penilaian: Isi kandungan pembelajaran memiliki standard tertentu yang perlu dicapai oleh setiap pelajar. Pencapaian itu boleh diukur menggunakan sistem penilaian yang juga disediakan bersama.. KSSR lebih melihat kepada kualiti pencapaian murid berdasarkan standard kandungan yang ditetapkan. Dari segi tumpuan/kandungan kurikulum: KSSR memberi tumpuan kepada penguasaan 4M Tahap satu (tahun 1 3) perlu menguasai kemahiran asas 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Tahap dua (tahun 4 6) member tumpuan kepada pengukuhan dan apliasi 4M juga kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai. Tumpuan pembelajaran Prasekolah melibatkan perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan kemahiran 3M dan menaakul. Secara keseluruhannya, pelaksanaan KSSR amat bersesuaian dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana pendidikan untuk semua tanpa mengira bangsa, keturunan, jantina dan sebagainya bagi membentuk insan atau rakyat Malaysia yang seimbang dari pelbagai aspek yang akan

mencorak masa depan negara amnya. Dengan cara ini, maka lahirlah rakyat Malaysia yang bertaraf dunia dalam bidnag pendidikan khususnya. 2) Kurikulum merupakan suatu elemen terpenting dalam sistem pendidikan.Ia merupakan nadi kepada sistem pendidikan yang mencorakkan generasi akan datang.Bagi menjana suatu sistem pendidikan yang berkualiti,kurikulum itu sendiri perlu bersifat dinamik dan relevan dengan kehendak semasa mahupun keperluan pada masa akan datang.Kurikulum di Malaysia ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, dan nilai-nilai kebudayaan serta kepercayaan untuk membantu perkembangan potensi seseorang murid secara seimbang dari segi JERI. Bermula tahun 2011,semua sekolah menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini dijalankan secara berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011.Kurikulum ini selaras dengan perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti sejajar dengan arus kemodenan sekarang ini.Membangunkan modal insan adalah merupakan teras kedua dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 Melalui KSSR ini, tahap satu sekolah rendah (1-3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca,menulis,mengira,menaakul) serta kemahiran asas teknologi, komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi,kerohanian,fizikal,kognitif,sikap dan nilai.Sementara bagi murid tahap dua(4-6) akan tertumpu kepada pengukuhan 4M,kemahiran asas ICT,perkembangan sosioemosi,kerohanian,fizikal,sikap dan nilai. Kesimpulannya,KSSR yang diperkenalkan ini amat bersesuaian untuk membangunkan modal insan bertaraf dunia.

3)Assalamualaikum dan salam sejahtera... Kurikulum standard merupakan satu transformasi atau perubahan yang berlaku dalam pendidikan di Malaysia.Kali terakhir kurikulum pendidikan mengalami perubahan adalah pada tahun 2003 iaitu semakan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilaksanakan pada tahun 1993. Kurikulum Standard ini mula diperkenalkan pada tahun 2011 dan ia merupakan satu bentuk transformasi yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.Kurikulum Standard Sekolah Rendah ini mengalami transformasi mulai tahun ini dengan pelaksanaan kepada murid tahun 1.Ia dijalankan

secara berperingkat-peringkat. Diharap perubahan Kurikulum Standard ini dapat memberi lebih banyak kebaikan kepada tahap pendidikan pelajar-pelajar. Oleh itu untuk menjayakan transformasi ini, semua pihak terutama ibubapa harus memainkan peranan penting dan tidak menyerahkan 100% kepada guru dan pihak sekolah dalam memberi pendidikan dan pelajaran kepada anak-anak mereka.
4) Bermula tahun 2011, semua sekolah di negara kita akan menggunakan satu kurikulum baru
yang dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat-peringkat bermula tahun 1 (2011) .Kurikulum ini diselaras dengan perkembangan dan permintaan globalisasi semasa yang menuntut modal insan yang akan dilahirkan berkualiti dan bertaraf dunia selari dengan arus perdana yang serba maju dan mencabar ini, Kurikulum Standard ini bertujuan meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Bagi melahirkan modal insan yang bertaraf dunia ini seseorang individu mesti mempunyai nilai-nilai murni dan moral yang tinggi , beretika, progresif, dan sentiasa berdaya saing serta memiliki personaliti yang unggul kerana mereka yang akan menentukan hala tuju negara pada masa hadapan .Bagaimana kurikulum standard ini dapat membangunkan modal insan yang bertaraf dunia adalah melalui bentuk kurikulum transformasi yang dicadangkan dalam kurikulum standard ini. Nilai moral yang tinggi diterapkan melalui aspek kerohanian dan sikap yang mana murid didedahkan dengan nilai keagamaan serta pegangan terhadap norma- norma hidup yang positif. Dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan nilai kerohanian ini dijelaskan melalui aspek "Rohani".Contohnya kurikulum standard mendidik murid-murid berakhlak mulia serta bersahsiah tinggi dalam membentuk nilai - nilai murni dan moral yang tinggi . Kurikulum Standard juga membentuk murid-murid supaya sentiasa beretika dan prograsif . Nilai ini diterapkan dalam transformasi keterampilan diri. Ketrampilan modal insan ini dapat ditonjolkan melalui sikap keperihatinan serta bertanggungjawab membangunkan negara untuk kesejahteraan hidup. Contohnya melalui aktiviti bersukan dan kemasyarakatan yang lain. Murid dilatih sebagai pemimpin dan mereka bertanggungjawab terhadap tugas dan tanggungjawab sebagai ketua.Disebabkan mereka sudah dilatih menjadi pemimpin di peringkat rendah, maka hala tuju negara kelak akan dapat dirancang dan tentukan dengan lebih progresif, kreative serta cemerlang dan membawa negara ke mata dunia. Inilah yang dikatakan kurikulum standard ini mampu membangunkan modal insan yang bertaraf dunia dan seimbang sama ada aspek jasmani, rohani emosi, dan sosial. Melalui transformasi perkembangan fizikal dan nilai estetika, perkembangan potensi individu itu dapat dibangunkan dengan lebih kreative. Contohnya melalui PJK bakat serta potensi muridmurid dapat dicungkilkan dan dapat dikembangkan agar menjadi satu aset penting dalam melahirkan modal insan yang berdaya saing. Banyak lagi transformasi yang diterapkan dalam kurikulum standard ini bagi membangunkan modal insan yang bertaraf dunia seperti dunia sains teknologi dan nilai komunikasi. Melalui transformasi ini, modal insan yang dilahirkan adalah bersifat proaktif, berinovasi dan sentiasa berfikiran terbuka serta kritis.

Isnin, 31 Januari 2011


Laporan Khas: Murid Tahun Satu tiada masalah pelajari reproduktif manusia

Oleh Mohd Feroz Abu Bakar, Mohd Idris Sulaiman, Hazwan Faisal Mohamad dan Shah Che Ahmad upen@bharian.com.my 2011/01/30
Perancangan rapi mudahkan pelaksanaan KSSR SELEPAS empat minggu sesi baru persekolahan bermula, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berjalan lancar. Tinjauan Berita Harian di beberapa sekolah dan makluman Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menunjukkan tidak banyak rungutan sama ada daripada guru, murid atau ibu bapa. Ini berikutan perancangan teliti Kementerian Pelajaran ketika menggubal, melatih guru dan melaksanakan sukatan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang inovatif itu. Majlis Permuafakatan PIBG Nasional, Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, berkata pihaknya juga tidak menerima aduan mengenai pelaksanaan KSSR, setakat ini. Namun, katanya, ada penjaga mempersoal tindakan sesetengah sekolah yang hanya menawarkan satu mata pelajaran elektif iaitu Bahasa Arab menyebabkan murid tiada pilihan. Secara idealnya, murid keturunan India atau Cina berhak mempelajari bahasa ibunda mereka. Pengenalan subjek elektif bahasa juga menggalakkan ibu bapa India dan Cina menghantar anak ke sekolah kebangsaan dan ini baik untuk perpaduan, katanya. Antara elemen baru yang dimasukkan dalam KSSR ialah Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial dalam subjek Pendidikan Kesihatan di bawah Modul Teras Asas bagi Tahap Satu (Tahun Satu hingga Tiga). Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, Lekir, Sitiawan, Perak, Rosnaini Hashim, berkata elemen perkembangan manusia itu bermaksud pendedahan mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia manakala perhubungan (sosial) mendedahkan sifat kasih sayang dan persahabatan. Katanya, pendedahan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa turut diajar kepada murid, manakala kebolehan untuk membuat keputusan pula menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.

Kesihatan dan tingkah laku seksual menyentuh amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelak hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh isu seks dan masyarakat. Hal berkaitan perundangan turut diberi penekanan. Stigma masyarakat yang menganggap pendidikan seks tidak sesuai untuk golongan bawah umur harus dikikis supaya pemahaman asas itu dapat diserap kanak-kanak seterusnya mendidik mereka dengan betul, katanya. Rosnaini berkata, pendedahan awal seperti ini perlu bagi perkembangan mental kanak-kanak agar mereka membesar dengan pengetahuan penting yang diperlukan dan seterusnya mampu menghindari mereka daripada gejala sosial. Beliau berkata, guru yang terbabit untuk pengajaran subjek berkenaan diberi kursus, manakala bahan pengajaran disediakan bagi memudahkan murid. Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Zakaria Kasa, berkata topik Pendidikan Kesihatan, Reproduktif dan Sosial dalam KSSR berjaya mengurangkan kegusaran ibu bapa yang sebelum dikatakan menentang pendidikan seks di sekolah. Ibu bapa diberi persediaan mental bahawa elemen ini bukan mengajar seks tetapi lebih kepada aspek kesihatan diri dan sosial, katanya. Menyokong dasar pendidikan baru itu, Guru Besar SK Bukit Damansara, Zarina Jamil, berkata KSSR bersifat lebih menyeluruh daripada sukatan kurikulum sebelum ini kerana KSSR bukan saja cuba menerapkan aspek pendidikan akademik, malah kemahiran dan penaakulan maklumat. KSSR, katanya, sesuai dengan murid yang kini lebih aktif dan pintar di samping bersemangat untuk belajar. KSSR merangkumi semua aspek pembelajaran, selain memastikan kecemerlangan murid dalam pendidikan. Kurikulum terbaru ini turut melatih kemahiran insaniah murid sejak kecil. Sesetengah masa mata pelajaran kelas dikurangkan manakala diselitkan dengan subjek berbentuk kemahiran, katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini . Beliau berkata, sukatan kemahiran yang diperkenalkan dalam KSSR termasuk komunikasi, Sains dan Teknologi, kerohanian, kemanusiaan, ketrampilan diri dan perkembangan fizikal. Zarina berkata, murid didedahkan dengan asas teknologi maklumat (IT) dalam mata pelajaran Sains dan Teknologi bagi membuka minda mereka celik IT dan berfikiran lebih saintifik manakala tambahan

penghayatan amalan agama, sikap dan nilai dalam subjek keterampilan diri. Murid berpeluang memilih bahasa diminati sama ada Bahasa Cina, Tamil dan Arab dalam subjek elektif bagi penguasaan bahasa dalam kemahiran berkomunikasi, katanya. Zarina berkata, hampir semua guru Tahun Satu sekolah itu menghadiri kursus KSSR anjuran Kementerian Pelajaran tahun lalu. Berita Harian Online: 31 Januari 2011 Dicatat oleh GURU_CIKGU di 10:05 PTG 3 ulasan Label: Kurikulum, motivasi/kemajuan/perubahan http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2011_01_01_archive.html

Sunday, 11 December 2011


ASPEK DAN KELEBIHAN KSSR

1.0 PENGENALAN
Menurut Ornstein dan Hunkin (1988), kurikulum merupakan satu rancangan tindakan atau satu dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajati. Manakala menurut Mohd Daud (1995), kurikulum ialah satu budaya atau ilmu pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu. Kamus Dewan edisi keempat pula mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau senarai kesemua mata pelajaran di sekolah. Menurut Akta Pendidikan 1996, kurikulum pula merupakan satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental, dan emosi serta untuk menyampaikan pengetahuan. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend pengetahuan semasa.

Pembangunan kurikulum merupakan satu proses yang dinamik dan berterusan. Kurikulum sekolah rendah mula diperkenalkan pada tahun 1983 dengan menggunakan nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Pada tahun 1993, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan dan telah disemak semula pada tahun 2003 kerana dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dan seterusnya digubal semula menjadi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) iaitu merupakan satu bentuk perubahan holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah yang dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2011 selaras dengan teras kedua Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni sepertimana yang dituntut oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung UMNO 2006. 2.0 ASPEK-ASPEK TRANSFORMASI KSSR Faktor kepelbagaian murid merupakan pencetus kepada pengubahsuaian kurikulum dilaksanakan secara berpusat yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara aspek transformasi KSSR adalah : 2.1 Komunikasi Komunikasi merupakan suatu medium pengantara yang digunakan dalam perbualan seharian di sekolah sama ada di dalam kelas mahupun luar kelas. Perbezaan kumpulan umur dan tahap kefahaman muridmurid menyebabkan timbulnya pelbagai variasi bahasa pertuturan di sekolah. Hal ini memerlukan para guru untuk lebih memahami kepelbagaian cara berinteraksi dan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan murid-murid mengikut tahap umur mereka supaya aktiviti pembelajaran dapat dijalankan

dengan lebih berkesan dan bersifat kondunsif. Selain itu, murid-murid juga dapat mengikuti aktiviti pembelajaran dengan seronok dan tidak bosan kerana mereka berlaku satu proses komunikasi yang berkesan antara guru dan murid. Komunikasi terbuka dapat mendorong perkembangan dan kemajuan organisasi pembelajaran. Komunikasi terbuka membolehkan maklumat diperoleh dengan mudah tanpa banyak halangan birokrasi. Maklumat yang diperoleh dari luar organisasi dapat digunakan untuk membantu perkembangan kreativiti dan inovasi serta meningkatkan produktiviti dan kreativiti di kalangan pelajar. Maklumat yang diperoleh bukan sahaja mengalir daripada atas ke bawah tetapi juga dari bawah ke atas. Ia juga dapat menggalakkan pencarian fakta dan maklumat terkini berhubung perkembangan organisasi. Maklumat yang pantas dan terkini boleh mempengaruhi keputusan yang dibuat bagi menangani berbagai perkembangan organisasi pembelajaran.

2.2 Kerohanian, Sikap Dan Nilai Aspek ini melibatkan perasaan dalaman atau naluri seseorang pelajar itu sendiri seperti penghayatan dalam melaksanakan amalan-amalan agama, kepercayaan kepada Tuhan dan dapat memupuk akhlak yang baik serta nilai-nilai murni di dalam diri setiap individu. Penghayatan ini akan haruslah diaplikasikan menerusi Modul Asas Teras melalui mata pelajaran Pendidikan Islam bagi murid yang beragama Islam dan Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam kerana ianya akan menyedarkan murid-murid tentang kepentingan dan kelebihan mempercayai dan mensyukuri kepada Tuhan, berakhlak dengan akhlak yang mulia dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti nilai-nilai Islam serta nilai murni bagi masyarakat berbilang kaum supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab, saling hormat menghormati dan berjaya mencapai kebahagiaan diri, keluarga dan masyarakat.
Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum. 2.3 Kemanusiaan Aspek ini menekankan tentang penguasaan ilmu dan amalan tentang nilai kemasyarakatan dan alam flora dan fauna setempat, negara dan global supaya murid dapat dilatih untuk sentiasa memulihara dan memelihara alam sekitar. Ini juga akan mewujudkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam kalangan murid sejak dari kecil lagi supaya mereka dapat menjadi individu yang bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar pada masa akan datang. Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Peribahasa ini haruslah lebih ditekankan dalam pengaplikasian kurikulum baru ini bagi memastikan setiap individu menerima pendidikan dan ilmu yang secukupnya sesuai dengan tahap kumpulan umur, kecerdasan emosi dan perkembangan fizikal murid itu sendiri. Nilai kemanusiaan yang sebati dengan jiwa seseorang individu juga haruslah disemai supaya segala ilmu yang telah dipelajari dan didapati dapat diaplikasikan melalui nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian

seorang murid sama ada tanggungjawab sebagai seorang anak, seorang pelajar ataupun seorang warga masyarakat. 2.4 Keterampilan Diri Keterampilan murid yang berkepimpinan dan bersahsiah diri juga dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah seperti yang telah termaktub dalam aktiviti sekolah. Penglibatan murid yang aktif dalam bepersatuan dan unit beruniform dapat melatih peribadi murid-murid menjadi lebih matang dan meningkatkan keyakinan diri murid serta dapat menjadi sebagai persediaan kepada mereka untuk menghadapi cabaran dalam proses pengajian ke tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang. Kaliber inilah yang perlu ada bagi seseorang pemimpin. Inilah juga yang dikatakan sebagai membina keterampilan diri yang berkesan. Seorang pemimpin haruslah sentiasa menonjolkan kebaikan dan melakukan perkara yang baik pada setiap masa. Ini kerana pemimpin adalah contoh teladan kepada setiap orang yang dipimpin. Pemimpin terunggul yang wajar dicontohi segala cara pelaksanaan dan juga kehidupannya adalah Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W. baginda menunjukkan ciri yang terbaik dari segala aspek. Tiada cacat cela dalam segala urusan kepimpinan, ketegasan, kelembutan dan ketabahan baginda amat sempurna. Bagindalah contoh utama yang diikuti oleh setiap sahabat. Baik Saidina Abu Bakar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan Saidina Umar semuanya mengikuti dan mencontohi gaya kepimpinan Rasulullah. Memimpin untuk dipimpin dan dipimpin untuk memimpin. Jika diambil kata-kata sebegini, semestinya tiada pertelingkahan yang berlaku. Sememangnya memimpin dan juga dipimpin mempunyai kaitan antara satu sama lain. Apabila seseorang pemimpin itu mempunyai keterampilan diri yang baik, sudah pasti dirinya akan dihormati. Bahkan dirinya akan menjadi contoh serta ikutan untuk generasi yang akan datang. Pemimpin itu juga haruslah sentiasa memotivasikan dirinya menjadi lebih baik dengan mempamerkan tingkah laku yang baik dan secara tidak langsung, orang di bawah tampuk kepimpinannya juga akan sentiasa bermotivasi menjadi lebih baik. 2.5 Fizikal Dan Etestika Murid-murid di sekolah terbahagi kepada pelbagai peringkat umur yang mempunyai tahap daya kreativiti yang menunjukkan hasil yang berbeza setiap mereka. Kreativiti merupakan sesuatu proses tetapi bukanlah dilihat daripada penghasilannya. Oleh itu, setiap hasil karya yang dihasilkan oleh murid adalah berdasarkan tahap perkembangan fizikal dan nilai etestika murid itu sendiri yang meliputi perkembangan jasmani dan kesejahteraan diri. Kesihatan jasmani atau fizikal adalah amat penting untuk dititikberatkan dan diberi penekanan kerana menerusi badan yang cergas, kita dapat melahirkan minda yang cerdas, badan cergas, otak cerdas . Kecergasan tubuh badan juga amat penting kerana ianya akan dapat menyerapkan nilai-nilai positif dalam pemikiran seseorang individu dan ini secara tidak langsung akan dapat menjadikan seseorang murid itu sebagai individu yang sentiasa berfikiran positif dan bepengetahuan luas serta jauh. Selain itu, pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi juga amat penting dalam proses berlakunya transformasi di dalam bidang pendidikan ini. Apabila badan murid cergas dan sihat, otak dan

pemikiran mereka juga dapat diasah menjadi lebih kreatif dan berinovasi berbanding sekiranya badan kita lemah dan tidak bermaya. Sekiranya otak mereka menjadi lebih kreatif, secara tidak langsung kita juga akan dapat mengasah bakat yang sedia ada mahupun tersimpan dalam diri murid melalui pelbagai aktiviti yang diceburi oleh mereka sama ada di dalam sekolah ataupun di luar sekolah. 2.6 Literasi Sains Dan Teknologi Pengetahuan dan penguasaan sains, kemahiran dan sikap saintifik serta pengetahuan dan kemahiran matematik merupakan pengetahuan dan kemahiran yang berasaskan kepada perkembangan teknologi yang wajib bagi murid-murid untuk menguasainya bagi mengembangkan pemikiran para murid mengenai ilmu-ilmu yang lebih luas supaya mereka dapat mengaplikasikan penggunaannya dalam kehidupan mereka pada zaman globalisasi yang jauh lebih mencabar. Secara lebih spesifik, PISA (Programme for International Student Assesment) 2006 menyatakan bahawa literasi sains adalah kemampuan menggunakan pengetahuan sains untuk mengidentifikasikan permasalahan dan membuat kesimpulan berdasarkan bukti-bukti dalam rangka memahami serta membuat keputusan tentang alam dan perubahan yang dilakukan terhadap alam melalui aktiviti manusia. Teknologi pula dapat diertikan sebagai kemampuan untuk menerapkan pengetahuan sains dalam rangka membuat perubahan alam untuk memudahkan aktiviti manusia. Dengan berkembangnya sains dan teknologi dalam kalangan masyarakat, maka peranan pendidikan diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan masyarakat untuk memiliki literasi sains dan teknologi. Berdasarkan hal tersebut, (Poedjiadi, 1996) menjelaskan bahawa literasi sains dan teknologi adalah kemampuan menyelesaikan masalah dengan menggunakan konsep sains, menenal teknologi serta kesannya, mampu mempergunakan produk teknologi dan memeliharanya, kreatif dalam menghasilkan produk teknologi yang sederhana dan mampu mengambil keputusan berdasarkan nilai. 3.1 Meningkatkan Penguasaan Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris Pada pandangan saya, pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah adalah sangat bertepatan dan sesuai pada zaman era globalisasi yang mencabar ini. Melalui pendekatan ini, teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan interaktif di mana ia akan melibatkan penggunaan dua bahasa yang berbeza iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta secara tidak langsung, ianya juga dapat meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan yang mana sebelum ini mengamalkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Hal ini kerana kerajaan telah menggariskan penekanan untuk memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris selaras dengan pemansuhan dasar PPSMI. Selain itu, ianya juga dapat membantu meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris apabila mereka didedahkan secara langsung dan biasa dengan penggunaan dua bahasa utama negara ini di dalam proses pembelajaran mereka saban hari. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan menggantikan tetapi akan beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Saya berpendapat bahawa

KSSR adalah lebih baik dijalankan sejajar dengan perubahan arus dan permodenan zaman. Kita perlu bergerak maju ke hadapan dan tidak hanya bergantung pada kurikulum sedia ada kerana manusia pasti akan berubah dari segi pemikiran dan sosial. Lebih-lebih lagi pada zaman serba canggih ini, penggunaan bahasa Inggeris juga menjadi suatu bahasa komunikasi yang amat penting dalam setiap urusan seharian. 3.2 Penggunaan Portfolio

Tambahan pula, segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam portfolio. Dokumen ini merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa dan turut membolehkan semua pihak termasuk ibu bapa menilai perkembangan pembelajaran anak dengan tepat, mengesan kekuatan atau kelemahan murid secara berterusan serta mengenal pasti bakat dan minat murid. Melalui pendekatan baru ini, ia membolehkan guru menilai murid dengan lebih berkesan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam secara teratur. Setiap band memiliki penilaian bermula band satu bermaksud murid tahu, band dua (tahu dan faham), band tiga (tahu, faham dan boleh buat), band empat (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab), band lima (tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji) serta band enam (murid tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali. Band satu merupakan peringkat paling asas dan menjadi kayu ukur sama ada murid berjaya menguasai sukatan pembelajaran atau tidak sebelum beralih ke band berikutnya. Hal ini juga memudahkan dan memberi ruang kepada para guru untuk menyemak rekod pembelajaran murid serta mengetahui kelemahan setiap mereka dan cara-cara mengatasi kelemahan mereka dengan cara yang berkesan. Hal ini dapat diibaratkan seperti sesuatu perindustrian. Sesebuah perindustrian biasanya akan ada satu standard yang perlu dicapai. Sebagai contoh, dalam pembuatan kereta Proton akan ada standard dalam pemasangan bahagian-bahagian kereta yang perlu dicapai. Begitu juga dalam KSSR , yang mana pihak kementerian ingin mewujudakan satu standard yang perlu pelajar dicapai dalam sesi pembelajaran terutamanya dalam sudut perkembangan murid-murid. 3.3 Mengambil Kira Bakat Dan Kemahiran Murid-Murid Walaupun ujian bertulis masih lagi dilaksanakan seperti dulu, proses penilaian KSSR amat mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan bakat yang ditonjolkan murid dalam kelas. Oleh sebab sebahagian proses penilaian ini dilakukan oleh pihak sekolah, murid akan sentiasa berusaha untuk bersaing dengan rakan lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka. Mereka akan sentiasa berasa tercabar dengan kehebatan pencapaian rakan-rakan yang lain. Mereka akan bersaing dengan murid lain untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di samping meningkatkan pencapaian mereka.
Murid-murid juga tidak akan menjadi terlalu tertekan sekiranya mereka kurang menguasai sesuatu teori atau fakta yang diberikan oleh guru mereka di dalam kelas, akan tetapi, mereka dapat menggunakan teori tersebut sebagai panduan dalam mengerjakan sesuatu amali berdasarkan kebolehan, kemampuan dan bakat mereka terhadap sesuatu perkara yang semulajadi ada dalam diri mereka. Murid-murid juga akan dapat mengeksploitasikan diri mereka menjadi lebih berdaya kritis dan kreatif kerana mereka dapat melakukan sesuatu yang mereka

minati secara menyeluruh dan tidak tersekat dengan apa yang ditetapkan untuk mereka oleh guru sahaja. Setiap individu akan mempunyai minat dan penguasaan yang menyeluruh dan lebih terhadap sesuatu yang mereka sukai dan gemari dan ini akan menjadikan murid lebih bertenaga dalam melaksanakan sesuatu kerja atau tugasan yang diberikan. Hal ini dapat memberikan keupayaan kepada murid untuk melakukan sesuatu yang baru bagi mereka dari segi konsep dan pengetahuan sedia ada yang mana pada masa yang sama, secara tidak langsung, ianya juga memberi peluang yang luas buat murid-murid untuk memperoleh ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam pelbagai bentuk yang boleh diukur melalui bahan standard pembelajaran yang telah ditetapkan.

3.4 Menerapkan Elemen Kreativiti Dan Inovasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu melancarkan "Malaysia Inovatif 2010" menyatakan bahawa "kunci kejayaan kepada negara-negara maju adalah inovasi dan kreativiti, dan untuk itu Malaysia memerlukan rakyat yang berupaya berfikir secara inovatif dan kreatif". Kenyataan tersebut menunjukkan bahawakeupayaan negara untuk bersaing di peringkat global dalam abad ke 21 kini memerlukan masyarakat yang berupaya berfikir secara kreatif dan inovatif agar dapat menghasilkan idea-idea atau penemuan-penemuan baru supaya berupaya berada dibarisan hadapan dalam perlumbaan mengejar kemajuan. Maka dalam usaha untuk "mengarusperdanakan" inovasi tersebut merentasi semua lapisan masyarakat, usaha ini perlulah di mulakan dari peringkat awal bermula dengan sistem pendidikan.
Sekiranya guru tidak mengamalkan budaya inovasi dalam pengajarannya dan hanya mengamalkan strategi pengajaran tradisional yang sama sepertimana yang biasa terdapat di dalam buku teks atau buku latihan, maka pelajar juga akhirnya tidak akan terdorong untuk melakukan inovasi. Tetapi sekiranya pengajaran guru berbeza dari kebiasaan (ada elemen inovasi) maka pelajar akan melihat bahawa kaedah yang digunaka oleh guru berbeza dari apa yang biasa mereka ikuti, maka ini akan mendorong pelajar untuk turut melakukan inovasi dalam kehidupannya . Guru tersebut akan secara tidak langsung menjadi "role model" untuk mendorong pelajar melakukan inovasi dalam aktiviti sehariannya. Apabila seseorang guru itu inovatif, maka produktivitinya juga akan meningkat. Ini akhirnya akan memungkinkan seseorang guru itu meng"hasil"kan sesuatu yang luar dari kebiasaan. Dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berfikiran inovatif, elemen kreativiti dan inovasi perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains supaya proses pengajaran dan pembelajaran sains menjadi lebih dinamik dan menarik kepada pelajar. Sekiranya elemen inovasi ini tidak diterapkan atau terjelma dalam amalan pengajaran dan pembelajaran sains, maka sudah tentu pelajar akan mula hilang minat terhadap matapelajaran tersebut. Pelajar masa kini di lihat sangat terdedah kepada maklumat berikutan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pelajar kini lebih terbuka minda kerana mereka boleh mengakses maklumat tanpa had. Dengan melalui enjen carian "Google" misalnya, mereka boleh mendapat pelbagai maklumat. Jika dalam kurikulum tidak ada elemen kreativiti dan inovasi, mereka akan jemu untuk belajar. Jika guru tidak menerapkan elemen inovasi dalam pengajarannya dan mengekalkan cara pengajaran tradisional yang membosankan sudah tentu akhirnyapelajar akan hilang minat terhadap sains dan melihat sains sebagai subjek yang kurang menarik.

3.5 Pengenalan Mata Pelajaran Baru Yang Bermanfaat Kepada Murid-Murid Selain itu, melalui mata pelajaran baru yang diperkenalkan kepada murid-murid seperti mata pelajaran sejarah, ianya dapat mendidik jiwa murid-murid dengan semangat patriotik dan kenegaraan yang secara tidak langsung akan melahirkan individu yang sentiasa cinta dan setia akan tanah air. Semangat perpaduan dan kekitaan antara kaum juga dapat dipupuk apabila murid-murid diberi pendedahan awal tentang sejarah yang berlaku di negara kita. Murid-murid akan menjadi individu yang lebih menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang tanah air dulu serta sentiasa berusaha menjaga dan mempertahankan keharmonian dan kesejahteraan negara ini. Konsep 1 Malaysia juga dapat diaplikasikan dan diterapkan di sekolah kerana murid-murid dapat bekerjasama dan menyesuaikan diri sesama mereka meskipun berbeza dari aspek bangsa, agama dan warna kulit dalam setiap aktiviti yang dijalankan di sekolah. Selain itu, murid dalam Tahap Satu iaitu murid Tahun 1 hingga Tahun 3 juga akan diajar mengenai pendidikan seks. Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr, Julaihi Bujang, berkata pendedahan pendidikan seks akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan. Melalui subjek ini, murid-murid akan diberi pendedahan awal mengenai perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya. Murid-murid akan menjadi lebih berhati-hati dalam setiap pergaulan seharian mereka di sekolah mahupun di luar kerana mereka sudah mengetahui sekiranya berlaku pergaulan bebas, ia akan menyebabkan natijah yang buruk dan akan mencemarkan maruah individu tersebut. Secara tidak langsung juga, ianya menjadikan mereka sentiasa berakhlak mulia dan menjaga peribadi mereka untuk kesejahteraan dan kebahagiaan keluarga. Guru yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan juga telah diberi kursus yang khusus manakala bahan pengajaran turut disediakan bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berlaku. 3.6 Penggabungan Beberapa Mata Pelajaran Melalui penggabungan mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi, ianya akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on kepada muridmurid. Murid akan mempelajari sesuatu yang baru dengan lebih mudah seperti Microsoft Word, diikuti Microsoft Power Point dan Painting. Penguasaan kemahiran ICT ini tidak akan dinilai sebagai subjek peperiksaan, sebaliknya didedahkan kepada murid Tahun Satu untuk menyuntik nilai tambah dari segi kreativiti dan inovasi murid-murid terhadap bidang teknologi moden dan perubahan-perubahan dalam sistem teknologi. Tambahan pula, sains hayat berperanan untuk mendedahkan murid-murid kepada pembelajaran objek hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang ada disekeliling kita supaya murid-murid menjadi lebih akrab dan dapat memahami alam persekitaran atau flora dan fauna untuk memupuk semangat cinta kepada alam sekitar flora dan fauna seterusnya dapat melatih murid-murid agar sentiasa memelihara dan memuluhara flora dan fauna. Sains fizikal pula adalah berkaitan dengan semua jenis

deria kurniaan Illahi kepada kita dalam kehidupan, dan sains bahan pula membabitkan teknologi serta kehidupan lestari yang merangkumi cipta bahan dan reka bentuk bercorak sebuah inovasi baru yang membantu memudahkan segala kerja dan aktiviti seharian kita dalam zaman yang lebih mencabar ini. Pengajaran ini memberi peluang kepada mereka pendedahan kepada proses pembelajaran menyeronokkan menerusi kaedah inkuiri, iaitu secara dapatan dan penemuan menarik iaitu secara praktikal terus dan ini dapat membantu perkembangan minda murid-murid menjadi lebih kreatif dan sentiasa dapat menghasilkan idea-idea yang bernas dan bijak. 3.7 Penggunaan Modul Perubahan atau transformasi yang berlaku dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dapat dikesan melalui aspek pembelajaran yang digunakan. KSSR telah menggunakan proses pembelajaran berasaskan modul. Justifikasi Penggunaan Modul adalah bersifat dinamik. Sebarang pertambahan dan pengurangan kandungan boleh dilakukan tanpa menjejaskan keseluruhan modul dan secara tidak langsung, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel juga dapat berlaku. Hal ini kerana setiap guru ada pilihan untuk menggunakan modul mengikut kesesuaian kaedah pengajaran mereka yang sepadan dengan tahap pemikiran dan kebolehan murid. Penggunaan modul secara menyeluruh telah dilaksanakan akan menggantikan penggunaan buku teks. Modul-modul ini dapat menarik minat para murid untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di sekolah. Pelbagai aktiviti yang seronok dan dapat mengembangkan minda serta menajamkan fikiran murid-murid menjadi lebih kreatif dan kritis dilaksanakan seperti melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak hanya tertumpu kepada penggunaan akal, tetapi ianya melibatkan perbuatan yang aktif daripada pelajar. Murid-murid juga akan mudah untuk mempelajari dan memahami serta mengingati sesuatu sekiranya pembelajaran mereka disertai dengan aktiviti-aktiviti amali dan praktikal. Ianya juga dapat menarik minat murid untuk terus meminati sesi pembelajaran dan sentiasa berusaha menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi dengan cara dan langkah yang terbaik. Pengaplikasian KSSR ini juga banyak membantu memudahkan perjalanan dalam pengajaran guru-guru dan pembelajaran murid-murid yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya. Melalui cara seperti ini, para murid tidak akan merasa tertekan dalam menjalani proses pembelajaran di sekolah. Bahkan mereka sentiasa berasa seronok dan tertarik dengan teknik pengajaran guru-guru selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak . 4.0 PENUTUP Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21.

Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. Semoga bermula dari tahun 2011 ini, industri pendidikan akan menjanjikan perkembangan terbaru dalam bidang pendidikan di negara ini, khususnya bagi melahirkan contoh modal insan dalam kalangan masyarakat yang beriman, berakhlak dan mempunyai jati diri yang unggul. Hanya di bahu merekalah kepimpinan negara pada masa depan terpikul dengan penuh tanggungjawab dan bijaksana. Oleh itu, peribahasa melentur buluh biarlah daripada rebungnya haruslah diberi penekanan dalam bidang pendidikan negara bagi memastikan setiap individu mendapat taraf dan nilai pendidikan yang sama rata dan bersesuaian mengikut tahap umur dan fizikal mereka.

You might also like