You are on page 1of 2

Terima kasih tuan pengerusi majlis

Assalamualiakum, Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang di hormati, Naib Yang dipertua persatuan ibu bapa dan guru Tuan Haji Rashid bin Wahab, Yang berusaha, Guru Besar Sekolah Kebangsaaan Felcra Bukit Kepong, Tuan Haji Mohd Nor bin Samingin, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Cikgu Shahbani bin Salim, dif dif terhormat, guru-guru, staf sokongan dan rakan-rakan sekalian. Saya Nur Faqihah Nisa binti Jumraizan selaku ketua pengawas Sekolah Kebangsaan Felcra Bukoit Kepong bagi sesi 2012 ingin mengambil kesempatan di hari yang berbahagia ini untuk mengucapkan setinggi-tinggipenghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua guru yang telah berusaha keras mendidik dan membimbing kami agar kami menjadi insan yang berguna pada suatu hari nanti. Harapan saya kepada rakan-rakan ddan adik-adik sekalian, hormatilah dan dengarlah nasihat nasihat daripada guru agar kita akan terus berjaya. Hargailah jasa dan sumbangan guru kita dengan menghadiahkan keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik danbergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum. Bersyukur kepada Tuhan kerana pada tahun yang cemerlang ini, kita warga Sekolah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong berpeluang lagi untuk menyambut Sambutan Hari Guru bersama-sama untuk meraikan jasa dan pengorbanan guru-guru yang bertungkus-lumus untuk menjadikan sekolah kita sebagai antara sekolah terbaik di daerah Muar dan negeri Johor.

Sebelum meneruskan ucapan saya, dengarkan pantun ini A-B-C dan alif ba ta Satu dua tiga dan empat Selalu cikgu ajar kita Ditubi-tubi sampai dapat

Pantun tersebut menggambarkan kegigihan guru-guru mengajar kami yang serba kerkurangan di sini tanpa kenal penat dan lelah. Gurulah yang mengenalkan kami huruf A-Z dan angka 1 hingga 100. Mengajar kami mengenal suku kata hinggalah dapat membaca dan mengajar kami operasi-operasi matematik hingga kami dapat mengira. Tanpa guru-guru mengajar kami, kami mungkin gagal dalam pelajaran, seterusnya dalam hidup. Kami amat terharu akan jasa dan pengorbanan guru-guru. Komitmen guru-guru amat tinggi dalam memastikan kecemerlangan kami hingga sanggup mengorbankan wang ringgit, masa dan tenaga dengan mengadakan kelas tambahan, kelas intensif dan pelbagai program untuk membimbing kami.

Selain dalam bidang pelajaran, guru juga berperanan membentuk peribadi mulia di kalangan kami. Supaya apabila kami cemerlang dalam bidang pelajaran kami juga cemerlang dalam akhlak kami. Cuba fikirkan sejenak, adakah selama ini kita berbuat sesuatu untuk guru-guru kita? Adakah kita sentiasa mendengar nasihat mereka? Oleh itu saya menyeru kepada rakan sekalian sentiasa menghargai guru dan mengenang jasa mereka yang ibarat ibu bapa kita di sekolah. Setidak-tidaknya jadilah manusia yang berguna kepada bangsa dan negara pada masa hadapan sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka.

Akhir sekali, sekali lagi saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran, saya berdoa agar SK Sekolah Kebangsaaan Felcra Bukit Kepong terus cemerlang dan lebih gagah menghadapi cabaran serta mencapai matlamat menjadi sekolah terbaik bukan sahaja peringkat daerah, tetapi peringkat negeri. Semoga dengan keizinan Tuhan, guru-guru kita sentiasa diberkati, sihat dan sejahtera. Sebelum saya mengundur diri, ini ada sebuah pantun daripada saya.

Lima enam tujuh lapan Rajin belajar cepat maju Bila dapat maju ke depan Terima kasih banyak, Cikgu!

You might also like