You are on page 1of 34

BELAH PAKAIAN

( OPENING )

OBJEKTIF
OBJEKTIF AM : Di akhir modul ini, pelajar-pelajar akan dapat : Mengetahui dan memahami definisi belah dengan tepat. Memahami dan mengaplikasikan teknik-teknik menjahit belah pada pakaian.

OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini, pelajar-pelajar akan dapat : Menyenaraikan jenis-jenis belah. Menyatakan dengan jelas faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan belah pada pakaian. Menerangkan ciri-ciri belah dengan tepat. Menyatakan dan menerangkan langkah-langkah membuat belah dengan jelas. Menjahit belah dengan elok dan kemas.

Belah memainkan peranan tersendiri pada pakaian. Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk memakai sehelai pakaian yang ketat dan sendat tanpa belah pada pakaian? Di dalam bab ini kita akan belajar apakah belah dan bagaimana ia dibuat. Belah hendaklah teguh supaya tahan lasak. Keteguhan belah bergantung kepada panjangnya, jenis belahnya dan jahitan pada pangkalnya. Belah biasanya dibuat pada leher pakaian, pergelangan tangan, pinggang dan lain-lain.

PENGENALAN

CONTOH BELAH PAKAIAN ( OPENING )

Fungsi Belah
Fungsi belah pada pakaian Belah dibuat untuk memudahkan pakaian dipakai dan dilucutkan. Belah diperlukan terutamanya untuk pakaian yang ketat atau sama muat dengan badan si pemakai. Sebagai stail pada pakaian seperti cheongsam, baju Punjabi, blaus dan sebagainya.

JENIS-JENIS BELAH
Jenis belah yang boleh digunakan pada pakaian adalah
belah belah belah belah kelepet sama lebar berkun lapik kain selari berzip

Faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan belah pada pakaian


jenis pakaian yang dibuat sama ada kemeja, baju kurung, skirt, blaus, baju melayu dan sebagainya jenis fabrik yang digunakan seperti nipis dan jarang, tebal dan berat dan fabrik sederhana stail pakaian seperti longgar, ketat, kembang, A line kedudukan belah sama ada di GTH, GTB, rusuk, hujung lengan dan lain-lain

CIRI-CIRI BELAH
belah mestilah rata dan kukuh belah mestilah cukup panjang supaya senang memakai dan melucutkan pakaian tepi kedua-dua belah mesti sama panjang lapik untuk sesuatu belah mesti cukup lebar supaya tidak renggang pangkal belah atau hujung yang tertutup mestilah kukuh untuk mengelakkannya dari mudah koyak jika belah dibuat pada kelim, ia mesti dipotong mengikut ira fabrik

LANGKAH MEMBUAT BELAH


A. Belah Kelepet Sama Lebar

Belah kelepet sama lebar ialah sejenis belah di mana fabrik di ambil daripada pakaian itu sendiri. Ia adalah belah yang teguh dan ringkas. Bagi pakaian wanita, belah di buat pada bahagian kanan menindih bahagian kiri. Manakala bagi pakaian lelaki pula,bahagian kiri menindih bahagian kanan. Antara ciri-ciri belah kelepet sama lebar ialah : ia sesuai untuk kebanyakan pakaian. kancing yang sesuai pada belah ini ialah butang dan lubang butang atau butang katup. lapik pada belah dipotong sekali dengan bahagian hadapan atau bahagian belakang pakaian. lapik ini kemudian dilipat ke sebelah dalam pakaian mengikut garis lipatan pakaian sebelah kanan dan kiri.

LANGKAH MEMBUAT BELAH KELEPET SAMA LEBAR Langkah 1 Jelujur garis tengah hadapan dan garis lipatan pada badan. Kemaskan tepi lapik. Lipatkan lapik mengikut garis lipatan dengan sebelah luar lapik berhadapan dengan sebelah luar bahagian badan. Jelujur lipatan.

Belah Kelepet Sama Lebar

Langkah 2 Jika tidak menggunakan kolar atau lapik Jelujur dan mesin di sepanjang leher. Gunting tepi basi sehingga 6 mm dan snip.

Belah Kelepet Sama Lebar

Langkah 3 Sembat tepi bahu bahagian lapik kepada kelim bahu yang telah dijahit di sebelah dalam. Ulang langkah 1-3 untuk bahagian sebelah kiri pakaian

Jelujur dan mesin di sepanjang garis leher

B. BELAH BERKUN Belah ini sesuai untuk fabrik yang nipis. Jika belah dibuat di leher, kun biasanya mengelilingi tepi leher. Ia dikancing dengan butang dan gelung atau pita rulo.

Belah berkun

LANGKAH MEMBUAT BELAH BERKUN


Langkah 1 Tandakan belah di pakaian dan gunting lurus hingga ke pangkal. Langkah 2 Sediakan jalur serong tepat ( 2 kali panjang belah + 2 lipatan + 13 mm) dan (4 kali lebar yang siap). Lipat dua jalur serong tepat itu dan tekan dengan seterika, kemudian lipat empat ke sebelah dalam.

Langkah 3

Letakkan sebelah luar jalur ke sebelah luar belah. Bahagian tepi disamakan. Semat, jelujur dan mesin 3 mm dari belah. Tiruskan jahitan mesin ke satu atau dua urat benang di pangkal belah (X). Lipatan pada jalur mestilah sama di sepanjang belah itu.3 mm Cabutkan jelujur.
3 mm

Langkah 4 Lipatkan kelepet jalur itu ke sebelah dalam. Letakkan lipatan itu ke atas jahitan mesin. Semat, jelujur dan sembat dengan menyusup di bawah tiap-tiap mata jahitan mesin.

atau Jalur dilipat ke S.D. dan menutupi bahagian jahitan mesin, belah ini boleh dimesin di S.L. mengikut tepi sepanjang jalur. Cabut benang dan tekan.

Belah Berkun

C. BELAH LAPIK KAIN SELARI Belah lapik kain selari boleh dibuat sama ada di bahagian slit atau di bahagian kelim. Slit untuk belah itu hendaklah digunting dahulu atau kelimnya disiapkan terlebih dahulu. Belah lapik kain selari ini digunakan pada fabrik yang nipis kerana fabrik yang lebih tebal akan menjadikan belah ini terlalu tebal. Belah jenis ini boleh di dapati pada seluar pendek, skirt, kain dalam, seluar dalam, belah dipergelangan lengan bagi lengan pakaian yang panjang, leher blaus, gaun kanak-kanak dan lain-lain lagi.

LANGKAH MEMBUAT BELAH LAPIK KAIN SELARI Langkah 1 Sediakan lapik mengikut ira fabrik (panjang 2 kali panjang belah + 25 mm).

Lapik

Lapik Kain Selari

Langkah 2 Tandakan garis tengah dengan jelujur Buat satu lipatan 3 mm ke sebelah dalam Langkah 3 Letakkan sebelah luar lapik ke sebelah luar belah. Bahagian tepi disamakan. Semat, jelujur dan mesin 3 mm dari belah. Tiruskan jahitan mesin ke satu atau dua urat benang di pangkal belah (X). Lipatan pada lapik mestilah sama di sepanjang belah itu. Cabutkan jelujur.

Lapik Kain Selari

Langkah 4 -Lipatkan lapik itu ke sebelah dalam. Letakkan lipatan itu ke atas jahitan mesin -Semat, jelujur dan jahit. -Cabut benang dan tekan.

Lapik Kain Selari

Atau Lipat lebih di atas jahitan mesin, jelujur dan mesin di tepi S.L. lapik.

Jahit ulat-ulat

D. BELAH BERZIP
Di gunakan pada pakaian seperti seluar, skirt, pakaian kanak-kanak, beg dan artikel rumahtangga. Belah ini menggunakan zip sebagai kancing. Zip dibuat dengan berlainan berat, lebar, panjang dan warna untuk disesuaikan dengan fabrik pakaian.

Langkah membuat belah berzip (Cara Welt Tunggal) Langkah 1 Susup jahitan mesin di pangkal belah. Buka dan tekan kelim sama rata.

Belah Berzip (cara welt tunggal)

Langkah 2 Semat dan jelujurkan zip rapat pada tepi lipatan bahagian belakang belah sampai ke hujungnya. Atas zip diletak di garisan pemadan (G.P).

Belah Berzip (cara welt tunggal)

Langkah 3 Temu, semat dan jelujur tepi belah bahagian hadapan. Pastikan ia bertindih sedikit pada tepi bahagian belakang.

Jelujur 1 cm ke bawah zip

Langkah 4 Mesin kan zip rapat di tepi belah belakang, melintang di bawah dan terus mesin 1 cm lebarnya ke atas dengan penekan zip. Cabut jelujur Jahit ulat-ulat pada pangkal zip dengan jahit silang pangkah pada pita zip di sebelah dalam. Tekan.

Jahit mesin 0.1 cm Jahit mesin 1 cm

Jahitan ulat-ulat pada pangkal zip

Langkah membuat belah berzip (Invisible Zip) Langkah 1 Jelujur di garisan pemadan Mesin di garisan pemadan hingga 10 cm sebelum panjang belah. Terbalikkan ke sebelah dalam dan kemaskan tepi kelim.

Langkah 2 Letakkan zip yang terbuka, S.L. zip bertemu S.L. pakaian dengan gigi zip di garisan pemadan. Semat dan jelujur. Dengan menggunakan tapak zip invisible, acu tapak di atas gigi zip dan jahit mesin.

- Belah Berzip

Langkah 3 Buat seperti langkah 2 di sebelah lagi. Pastikan pita zip adalah di atas basi kelim.

Belah Berzip

Langkah 4 Tutupkan zip. Dengan menggunakan tapak zip biasa, dan letakkan di sebelah kiri jarum mesin. Semat dan jelujur kelim di sepanjang garisan pemadan yang belum dijahit. Masukkan jarum ke hujung jahitan dan jahit hingga bertemu dengan jahitan yang terakhir. Kukuhkan benang.

Basi kelim Tapak zip biasa

TUGASAN 2
Penghasilan contoh-contoh belah Pelajar diminta mengaplikasi apa yang telah diajar bagi menghasilkan contoh-contoh belah pada fabrik berdasarkan langkah-langkah yang telah diajar sebelum ini. Contoh belah tersebut adalah i. belah kelepet sama lebar ii. belah berkun iii. belah lapik kain selari iv. belah berzip (cara welt tunggal) v. belah berzip menggunakan invisible zip

PERHATIAN : Sila dapatkan tunjuk ajar daripada pensyarah sekiranya ada keraguan atau kemusykilan.

You might also like