You are on page 1of 24

TUGASAN : 1) PEMBENTANGAN : 2) PENULISAN ILMIAH

17 MAC 2010 26 MAC 2010

TAJUK : APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KURIKULUM? BINCANGKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TENTANG KURIKULUM.

NAMA : 1) UMMUKULSUM BINTI SHAPIE 2) AHMAD FAUZI BIN SIHABUDDIN 3) NURUL FARHANA BINTI SAPAE 4) NURUL IKHSAN BINTI SOIF 5) NORALIZA BINTI JAMRI

FAKULTI : SENI DAN MUZIK JABATAN : TEKNIK DAN VOKASIONAL TEMPAT : DEWAN TAMAN BERNAM 8,UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) SEMAKAN : ENCIK KAMARUL AZMAN BIN ABD. SALAM

NAMA DAN KOD KURSUS ASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (SHV 4193) KUMPULAN KULIAH A KUMPULAN 7 TUGASAN KUMPULAN TAJUK : APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KURIKULUM? BINCANGKAN PENDAPAT DAN PANDANGAN TENTANG KURIKULUM NAMA : AHMAD FAUZI B. SIHABUDDIN NURUL FARHANA BINTI SAPAE NURUL IKHSAN BINTI SOIF UMMUKULSUM BINTI SHAPIE NORALIZA BINTI JAMRI

NAMA PENSYARAH : EN. KAMARUL AZMAN BIN ABD SALAM


1

ISI KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.0 2.0 3.0

PENGENALAN

....................................... 2-3

DEFINISI KURIKULUM ........................................... 4-6 MAKSUD PERUBAHAN DALAM KURIKULUM ............................................................ 6-10

4.0

PENDAPAT PAKAR DAN TOKOH MENGENAI KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK ................................................ 11-16

5.0

KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA ......................... 17-18

6.0 7.0

KESIMPULAN ........................................................ BIBLIOGRAFI ........................................................

20 21

1.0 PENGENALAN Pengalaman kanak-kanak pada peringkat awal mempengaruhi pembelajaran dan perkembangan mereka seterusnya. Pengalaman yang dilalui merangkumi semua aspek perkembangan iaitu fizikal, intelek, bahasa, sosial, emosi dan nilai. Apabila salah satu aspek perkembangan diketepikan, adalah sukar bagi mereka mengatasi kelemahan itu kerana mereka sudah jauh ketinggalan dalam perkembangan tersebut. Oleh yang demikian, kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal perlu seimbang dan memberi peluang kepada kanak-kanak mencapai perkembangan yang menyeluruh (Rohani Abdullah et.al 2004). Kurikulum merupakan satu perkataan yang tidak asing lagi terutamanya dalam dunia pendidikan. Terdapat pelbagai andaian dan definisi yang boleh dibuat berdasarkan perkataan ini kerana kurikulum mempunyai pengertian yang sangat luas. Menurut kajian Kamarudin & Siti Hajar (2004), kurikulum sebenarnya berasal daripada perkataan Latin curere yang bermaksud laluan atau jejak. Dalam bahasa Inggeris pula kurikulum membawa maksud jelmaan. Paduan daripada kedua-dua kata ini telah menghasilkan kurikulum yang bermaksud laluan dari satu peringkat ke satu peringkat. Dalam sejarah perkembangan pendidikan awal kanak-kanak, pengaruh dan tokoh-tokoh awal kanak-kanak, pada masa dahulu dan masa kini mempunyai implikasi pada keputusan pendidik dalam memilih kurikulum dan strategi pengajaran. (Brewer 1992) Pengaruh Islam dalam pendidikan awal kanak-kanak juga perlu diberi penekanan dan keutamaan menerusi kurikulum dan strategi pengajaran (Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah 2003).
3

. Memandangkan kurikulum mempunyai pengertian yang luas, maka banyak definisi yang boleh dibuat berdasarkan perkataan ini. Namun, sehingga ke hari ini ahli pendidikan masih belum mencapai kata sepakat dalam memberikan definisi tentang perkataan ini. Justeru, pelbagai definisi telah diberikan oleh beberapa golongan yang cerdik pandai untuk menghuraikan maksud sebenar perkataan kurikulum ini. Kepelbagaian definisi ini wujud dalam kalangan pengkaji kerana latar belakang yang berbeza daripada pelbagai segi seperti etnik, bahasa serta kebudayaan (Kamarudin & Siti Hajar 2004). Manakala pengertian menurut pandangan Hilda Taba dalam bukunya Curriculum Development menyatakan bahawa curriculum is,after all,a way of preparing young people to participate as productive members of our culturer (Taba, 1962). Hal ini, kurikulum yang dibina boleh membawa kepada persediaan pelajar dalam kehidupan sosial secara produktif. Kurikulum didefinisikan sebagai pelajaran yang diajarkan di sekolah, Menurut Nasution 1993 kurikulum ialah pelajaran yang harus di hadapi oleh siswa untuk ke peringkat lebih tinggi (ijazah). Pengertian kurikulum merujuk kepada kegiatan pendidikan yang berbentuk interaksi akademik antara pelajar, guru, sumber dan persekitaran (Ahmad Sudrajat, 2008).

2.0 DEFINISI KURIKULUM Kurikulum pada dasarnya berasal daripada perkataan curere yang merupakan perkataan latin yang membawa maksud jejak atau laluan. Selain itu, kurikulum dalam bahasa inggeris memberi maksud jelmaan. Kurikulum dapat didefinisikan sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah, senarai kesemua mata pelajaran (kursus pengajian) di sekolah dan institusi pendidkan (Kamus Dewan Edisi Keempat 2007). Manakala definisi kurikulum mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua ialah semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, kolej dan lain-lain institusi pendidikan. Merujuk kepada definisi tersebut, jika sesuatu program pendidikan hendak dirancang dan bertujuan untuk mendapatkan kemajuan yang berterusan diperlukan, maka konsep tentang sesuatu kurikulum adalah amat penting untuk dijadikan landasan kepada perlaksanaan sesuatu kurikulum tersebut (Ralph W. Tyler 1990). Terdapat pelbagai definisi terhadap kurikulum yang diberikan oleh pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat kurikulum merupakan satu

pengalaman. Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakan (2004) kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah yang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil pembelajaran yang telah ditetapkan mengikut keupayaan masing-masing. Saylor dan Alexander

mendefinisikan kurikulum sebagai rancangan dalam menyediakan kesempurnaan pembelajaran bagi mencapai tujuan secara menyeluruh dan objektif yang spesifik. Kurikulum dapat dibahagikan kepada dua reka bentuk kurikulum iaitu reka bentuk kurikulum yang berasaskan standard dan kurikulum berbentuk modular.
5

Kurikulum yang berbentuk standard adalah berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid. Manakala kurikulum yang berbentuk modular mengandungi kandungan yang telah diorganisasi dan disampaikan dalam bentuk bahagian atau unit dan bahagian unit inilah yang dinamakan modul. (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Oleh yang demikian, Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dibangunkan

berasaskan kedua-dua rekabentuk kurikulum tersebut. Tujuan utama penetapan standard dalam Kurikulum Prasekolah Kebangsaan adalah untuk ekuiti dan kualiti. Peluang pendidikan yang sama akan diberikan kepada semua murid untuk tujuan ekuiti bagi penetapan standard pendidikan prasekolah. Kualiti pula membawa maksud bahawa semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Standard kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid perlu ketahui dan boleh dilakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Manakala aspek pembelajaran pula adalah merupakan satu penetapan kriteria atau indikator pencapaian dalam bentuk objektif tingkahlaku (behavioural) untuk memastikan pencapaian setiap standard kandungan (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009). Dengan ini, kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan (Kurikulum PERMATA Negara) dijadikan Kurikulum Kebangsaan. Skop yang

terkandung di dalam Kurikulum PERMATA adalah meliputi 6 bidang pembelajaran dan mengandungi aspek pengasuhan yang lengkap iaitu perkembangan sosio-emosi, sahsiah dan kerohanian, perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal,
6

perkembangan

pra-matematik dan

pemikiran

logik, perkembangan

deria

dan

pemahaman dunia persekitaran, perkembangan fizikal dan kemahiran mengurus diri, perkembangan estetika dan daya kreatif serta aspek pengasuhan yang meliputi aspekaspek keselamatan, pemakanan seimbang, penjagaan bayi dan kanak-kanak dan amalan pengasuhan. Manakala kurikulum yang berbentuk modul mengandungi dua jenis modul iaitu Modul Asas dan Modul Bertema. Modul Asas pula terdiri daripada Komponen Bahasa (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil) Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Permainan Luar dan Matematik. Modul Bertema pula merupakan modul bersepadu yang mengandungi unsur-unsur dalam keenam-enam tunjang dan unsur kreatif, kritis dan inovatif. Modul Bertema ini juga dibina dengan menggunakan isu kehidupan seharian kanak-kanak (Kementerian Pelajaran Malaysia 2009).

3.0 PERUBAHAN DALAM KURIKULUM Perubahan dalam kurikulum bermakna kurikulum itu boleh diubah kepada yang lebih baik ataupun mungkin kepada yang lebih buruk lagi. Ini disebabkan konsep perubahan kurikulum membawa erti yang umum dan tidak khusus. Memanglah tidak boleh kita terima hakikat bahawa sesuatu perubahan itulah yang membawa kepada yang lebih buruk lagi. Tetapi ini tidak pula bermakna yang ianya tidak boleh berlaku ataupun dilakukan (Razali Arof 1991).

Setiap perubahan yang dilaksanakan mempunyai objektif dan bentuknya tersendiri. Ini bermakna bahawa ahli-ahli pembentuk kurikulum perlu mengetahui tujuan dan bentuk perubahan yang hendak dilakukan. Apabila kita berbincang mengenai tujuan dan bentuk perubahan, sebenarnya kita menyentuh tentang jenis-jenis perubahan. perubahan. Dalam bidang literatur terdapat adalah sekurang-kurangnya bercorak empat jenis

Perubahan

tersebut

perubahan

hemeostatik,

perkembangan, neomobilistik dan metamorphistik. Perubahan homeostatik adalah perubahan yang dibuat tanpa memasukkan elemen-elemen pembaharuan yang bermakna. Perubahan yang dibuat hanyalah pertukaran atau gentian-gantian yang biasa sahaja (Razali Arof 1991). Contohnya ialah Guru Besar B menggantikan Guru Besar A disebabkan Guru Besar A telah bersara. Demikianlah keadaan seterusnya supaya semua aktiviti yang terlibat dapat berjalan seperti biasa. Dengan kata lain, perubahan jenis homeostatik ini membawa perubahan yang berciri atau bersifat kebiasaan. Perubahan perkembangan bererti wujudnya unsur atau elemen perubahan dalam sesuatu kurikulum itu tetapi perubahan itu adalah bercorak pembaharuan kepada yang lama dan dalam konteks bentuk kurikulum yang telah dibentuk. Ini bermakna ciriciri dan sifat-sifat kurikulum yang ada masih dikekalkan. Cuma yang berubah mungkin dari segi teknik yang digunakan ataupun alat-alat yang digunakan. Selalunya perubahna jenis perkembangan ini dilaksanakan untuk mengatasi aktiviti-aktiviti yang lemah setelah dikenal pasti. Contohnya perubahan dalam isi disebabkan cara-cara yang digunakan dalam pemilihan isi itu didapati telah tidak sah. Ataupun penukaran
8

dalam beberapa objektif kurikulum tersebut disebabkan kaedah yang digunakan untuk memilih atau mengenal pasti objektif-objektif untuk kurikulum itu adalah tidak tepat. Dalam keadaan seperti contoh di atas, maka sesuatu kurikukum itu akan diubah bagi mewujudkan pembaharuan untuk menjadikan sesuatu kurikulum itu lebih berkesan (Razali Arof 1991). Seperti juga dengan perubahan perkembangan, perubahan neomobilistik juga membawa unsur atau elemen pembaharuan kepada kurikulum itu. Tetapi ia berbeza dengan perubahan perkembangan disebabkan perubahan neomobilistik wujud berdasarka faktor-faktor luaran seperti perkembangan ilmu dan penemuan teori baru serta prinsip baru. Dengan demikian, idea-idea atau pengetahuan baru itu sudah tentulah perlu diambil kira atau dimasukkan ke dalam kurikulum yang ada. Kalau perubahan itu tidak dilakukan, kurikulum tersebut tidak akan membawa faedah kerana ia mengandungi idea-idea yang tidak boleh diterima lagi. Dengan demikian kurikulum tersebut perlu diubah atau lebih tepat diperbaharui dengan memberi perhatian atau memasukkan idea-idea yang baru ke dalamnya (Razali Arof 1991). Oleh itu, kurikulum tersebut akan selari dengan keadaan semasa serta lebih berfaedah. Namun demikian, perlulah diingat bahawa perubahan neomobilistik ini tidak membawa pembaharuan yang sangat besar kepada kurikulum. Perubahan metamorphistik pula wujud disebabkan oleh kemasukan idea-idea baru kepada kurikulum. Perubahan metamorphistik membawa perubahan yang sangat besar kepada sesuatu kurikulum sehingga sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada elemen-elemen dalam kurikulum itu terpaksa ditukar. Bukan sahaja bahagian
9

rasional dan objektifnya perlu diperbaharui, tetapi juga isi kurikulum tersebut, pendekatan dalam penyusunan isi, pengajaran dan penilaian kurikulum juga perlu diperbaharui sesuai dengan kehendak baru mengenai fungsi dan objektif pendidikan (Razali Arof 1991). Terdapat berbagai-bagai faktor yang membawa kepada perubahan sesuatu kurikulum. Kadang-kadang faktor-faktor itu bergerak sendirian dan kadang-kadang bergabung. Antara faktor-faktor itu ialah kewujudan atau perkembangan ilmu-ilmu yang baru. Seperti yang kita maklum, kedudukan ilmu adalah sentiasa berkembang. Kita sering terbaca dalam akhbar, majalah atau mendengar melalui radio atau melihat melalui kaca televisyen tentang berbagai-bagai ilmu baru telah berjaya ditemui oleh para saintis terutamanya mengenai berbagai-bagai aspek yang bersangkutan dengan kehidupan seharian. Kurikulum yang telah dibentuk perlulah sentiasa dikemaskini supaya dengan demikian pelajar-pelajar atau penerima kurikulum itu akan mempelajari ilmu-ilmu yang mutakhir dan tidak mempelajari ilmu yang sudah ketinggalan zaman atau lapuk yang tidak boleh digunakan lagi. Seterusnya ialah kehendak masyarakat yang berubah. Kehendak masyarakat bukan sahaja bermacam ragam tetapi sentiasa berubah. Begitu juga dengan keadaan sesuatu benda, tidak ada yang kekal dan pasti mengalami perubahan. Itulah sebabnya kehendak yang timbul pada suatu zaman itu berbeza dengan zaman yang sebelumnya atau yang akan datang. Banyak perkara yang boleh mempengaruhi perubahan dalam kehendak masyarakat. Misalnya elemen pendewasaan ahli-ahli masyarakat itu sendiri. Kehendak pelajar remaja adalah berbeza dengan kehendak pelajar di peringkat kanak10

kanak. Dengan itu kurikulum yang dibentuk untuk kanak-kanak perlulah diperbaiki sekiranya kurikulum tersebut ingin pula diberikan kepada pelajar-pelajar yang telah dewasa. Perubahan kurikulum juga boleh berlaku disebabkan oleh perkembangan dasar kerajaan. Sebagai contoh, di Malaysia beberapa tahun yang lalu, Bahasa Inggeris menjadi bahasa perantara di pejabat kerajaan dan swasta, dan juga bahasa pengantar dikebanyakan sekolah khususnya sekolah Inggeris. Tetapi menjelang tahuntahun 1970-an, pihak kerajaan telah mengesyorkan penggunaan Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi, bahasa urusan, bahasa perhubungan dan juga bahasa pengantar dari peringkat sekolah rendah sehinggalah ke peringkat universiti (Hendyat Soetopo dan Wasty Soemanto 1991). Selain itu, idea-idea baru yang diperkenalkan ke dalam bidang pendidikan juga boleh mendorong ahli-ahli pembentuk kurikulum melakukan perubahan terhadap kurikulum yang telah sedia ada. Seterusnya, kurikulum itu juga boleh dilakukan perubahan dengan memperkenalkan pendekatan dalam bidang-bidang lain ke dalam bidang pendidikan. Contohnya, ilmu-ilmu dalam bidang penilaian diperkenalkan ke dalam bidang kurikulum bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses perkembangan kurikulum. Keadaan ini sudah tentulah boleh mencetuskan usaha bagi memperbaharui kurikulum yang sedia ada.

11

4.0 TOKOH KURIKULUM KANAK-KANAK PERINGKAT AWAL Terdapat pelbagai falsafah dan pendekatan bagi mengendalikan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak pada peringkat awal. Ahli falsafah yang mempengaruhi

pembentukkan untuk kanak-kanak pada peringkat awal antaranya terdiri daripada John Comenius, Jean-Jacques Rousseau, Johann Heinrich Pestalozzi, Friedrich Froebel, Maria Montessori, Rachel dan Margaret McMillan, Jean Piaget, Howard Gardner dan Lev Semanovich Vygotsky. Comenius dilahirkan di Moravia dalam wilayah Czechoslovakia dan merupakan salah seorang menteri. Beliau banyak menghabiskan masa berkhidmat sebagai paderi, mengajar di sekolah dan menulis. Di antara bukunya ialah The Great Didactic dan The Orbis Pictus (The World in Picture), yang dianggap sebagai buku bergambar yang pertama untuk kanak-kanak (Azizah 2002). Menurut Comenius (1592-1670) dalam Rohani Abdullah et.al (2004), mempercayai semua kanak-kanak perlu menghadirikan diri ke sekolah. Mereka belajar berkomunikasi melalui aktiviti lisan, menulis melalui aktiviti penulisannya dan berfikir melalui aktiviti yang membenarkan mereka berfikir dan belajar secara aktif. Rousseau (1712-1778), melihat perkembangan kanak-kanak sebagai suatu proses yang tidak boleh dipaksa ataupun dikawal. Menurut Rousseau, pendidikan kanak-kanak ada kaitan dan berasaskan ciri-ciri semula jadi kanak-kanak. Berdasarkan teori beliau, perkembangan kanak-kanak berlaku secara berperingkat iaitu yang pertama kanak-kanak yang baru lahir hingga lima tahun belajar melalui aktiviti fizikal

12

dan kedua kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun belajar melalui penerokaan persekitaran dan pengalaman (Rohani Abdullah et.al 2004). Kanak-kanak perlu dibesarkan mengikut rentak ada kala laju, ada kala lambat dan mengikut kebolehan semula jadi mereka. Peranan guru adalah menyokong kecenderungan perkembangan seseorang kanak-kanak, tanpa menukar arah

kecenderungan ini. Guru boleh menggalakkan perkembangan semulajadi kanak-kanak dengan menyediakan persekitaran yang kaya dengan pengalaman di samping memberi kasih sayang, penerimaan dan kemesraan (Rohani Abdullah et.al 2004). Menurut Pestalozzi (1746-1827) dalam Rohani Abdullah et. al (2004), yang terpengaruh dengan falsafah Rousseau, juga menyarankan pendidikan awal kanakkanak adalah berasaskan persekitaran semula jadi. Beliau berusaha menghapuskan pendekatan pengajaran melalui hukuman dan pembelajaran berbentuk penghafalan. Oleh itu Pestalozzi bendapat, kanak-kanak perlu mengambil bahagian dalam aktiviti yang bermakna dan berasaskan pengalaman hidup yang sebenar. Kaedah pengajaran Pestalozzi menitikberatkan penerokaan melalui pengalaman deria. Cara terbaik untuk kanak-kanak belajar adalah melalui pengalaman merasa, menghidu, menyentuh, mendengar dan melihat. Contohnya, proses pembelajaran kanak-kanak adalah melibatkan aktiviti seperti melihat , menyentuh, dan menghidu bau bunga mawar melalui deria memberi impak yang lebih berkesan kepada kanak-kanak jika dibandingkan dengan aktiviti pengajaran melalui gambar ataupun perbualan sahaja. Beliau juga menggalakkan aktiviti yang berbentuk kumpulan yang terdiri daripada kanak-kanak yang berbeza dari segi umur. Dalam kumpulan, kanak-kanak yang lebih
13

besar dapat membantu kanak-kanak yang lebih kecil. Pada masa yang sama, untuk mengajar kanak-kanak yang kecil dalam sesuatu kemahiran, kanak-kanak yang besar merasa terdorong untuk mengukuhkan penguasaan mereka dalam kemahiran tersebut. Bagi tokoh kurikulum yang seterusnya pula ialah Montessori yang merupakan wanita pertama yang berkelulusan dalam bidang perubatan dari sebuah universiti di Itali. Pada tahun 1906, beliau menubuhkan satu sekolah untuk kanak-kanak istimewa, yang terkenal sebagai Sekolah Montessori. Montessori menyokong pendapat Froebel dengan membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain. Menurut beliau, dalam keadaan bermain, kanak-kanak sebenarnya bekerja bersungguh-sungguh bagi menguasai sesuatu kemahiran. Seperti Pestalozzi , beliau juga menyarankan supaya kanak-kanak digalakkan menggunakan alat deria yang sedia ada pada mereka bagi meneroka persekitaran dan menambah pengetahuan mereka (Rohani Abdullah et. al 2004). Montenssori mempercayai kanak-kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti pembelajaran apabila mereka cukup matang dan bersedia

mempelajarinya. Guru merupakan pemudah cara dalam proses pembelajaran kanakkanak. Guru menyokong kanak-kanak apabila mereka menunjukkan kesediaan mempelajari sesuatu, suka bertanyakan soalan-soalan kepada guru dan bertindak untuk membantu kanak-kanak jika bantuan diperlukan. Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukkan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antara konsep berikut iaitu minda yang mudah menyerap, persekitaran yang tersedia, didikan diri, bahan pembelajaran,
14

tempoh sensitif. Menurut Montessori dalam Rohani Abdullah et. al (2004),

minda

kanak-kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk menerima pengajaran daripada guru. Manakala konsep persekitaran yang tersedia pula menggalakkan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu, persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan menyokong pembentukkan konsep dan pengetahuan kanak-kanak perlu disediakan. Berkenaan tentang konsep didikan diri, Montessori berpendapat kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai apabila persekitaran mereka disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang baik. Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat dengan sesuatu aktiviti. Melalui konsep bahan pembelajaran pula, terdapat empat jenis bahan pembelajaran yang telah dikemukakan oleh Montessori. Empat bahan pembelajaran tersebut ialah bahan untuk latihan dalam kemahiran hidup, bahan sensori, bahan akademik dan bahan seni dan budaya. Tempoh sensitif pula adalah tempoh yang paling sesuai untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat di kesan apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu kemahiran dengan sentiasa bertanyakan soalan dan sentiasa tertarik untuk memerhati dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran. Froebel (1782-1852) dalam Rohani Abdullah et. al 2004), berpendapat semua benda dalam dunia berfungsi memenuhi kehendak tuhan. Setiap manusia juga berfungsi memenuhi kehendak ini. Menurut beliau, pendidikan membimbing manusia ke
15

arah memahami dan menerima diri sendiri, serta menyatukannya dengan alam semula jadi dan tuhan. Froebel percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu yang berlaku dalam keadaan yang menggembirakan. Bermain adalah suatu aktiviti pilihan sendiri untuk kanak-kanak. Apabila kanak-kanak memilih sesuatu aktiviti bermain, mereka pasti akan memilih sesuatu yang menggembirakan. Beliau menegaskan dua ciri yang penting dalam pembentukkan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal iaitu kebebasan dan kreativiti. Setiap kanak-kanak itu unik. Oleh yang demikian, mereka harus diberi kebebasan memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan semasa dan minat mereka. Apabila mereka dibenarkan membuatkan pilihan sendiri ini, mereka lebih cenderung menghasilkan sesuatu yang istimewa dan mengalami proses pembelajaran yang bermakna. Menurut Froebel dalam Rohani Abdullah et. al (2004) bagi mengajar kanak-kanak secara berkesan, seseorang guru perlu menarik minat dan perhatian kanak-kanak. Apabila perhatian dan perasaan ingin tahu kanak-kanak terusik, secara tidak langsung mereka terdorong belajar sesuatu yang baru misalnya aktiviti menghafal lagu atau pun puisi dapat membantu kemahiran berbahasa. Selain daripada ahli pemikir dan cendikiawan di barat, Islam sendiri tidak ketinggalan dalam memberi panduan dari segi bimbingan dan pendidikan kanak-kanak pada peringkat awal. Islam menekankan perkembangan seseorang kanak-kanak itu secara seimbang dari segi duniawi mahupun segi ukhrawi. Terdapat ramai pemikir Islam yang memberi sumbangan dalam pendidikan, terutama pendidikan awal kanak16

kanak. Pandangan Islam dalam pembentukkan kurikulum jelas sekali termaktub dalam pesanan Saidina Ali ra. yang bermaksud,didiklah anak-anakmu supaya mereka boleh hidup di zaman yang amat berlainan sekali dengan zamanmu. Antara pandangan tokoh Islam ialah menurut Iman al-Ghazali dalam Rohani Abdullah et. al (2004), yang menekankan bahawa kanak-kanak perlu didik sejak lahir dan mengenal huruf, menulis dan membaca. Pendidikan agama diberi berlandaskan alQuran dan hadis yang bertujuan untuk membentuk keperibadian yang mulia. Selain itu, latihan jasmani ditekankan oleh Iman Al-Ghazali bagi membina kekuatan tubuh badan, kecerdasan minda dan mengelakkan kemalasan. Kanak-kanak dilatih mengamalkan budi pekerti yang mulia dan tabiat yang baik. Ibnu Khaldun berpendapat kanak-kanak perlu menggunakan pancaindera dan diberi contoh yang mudah dan konkrit dalam pembelajaran mereka, perlu didedahkan dengan contoh teladan yang baik, diajar membaca al-Quran sebelum menghafalnya, menerima bimbingan dengan lemah lembut bukan melalui kekerasan dan mudah keliru apabila diajar dua perkara dalam masa yang sama. Oleh yang demikian, hanya ajar satu perkara pada satu jangka masa (Rohani Abdullah et. al 2004).

17

5.0 KURIKULUM AWAL KANAK-KANAK YANG TERDAPAT DI MALAYSIA Di Malaysia kurikulum awal kanak-kanak telah mengalami perubahan dan

perkembangan dalam membina dan meningkatkan kualiti kurikulum dalam pendidikan prasekolah. Kurikulum akan digubal untuk membentuk kurikulum supaya

penyeragaman kurikulum dapat dilaksanakan. Hal ini berlaku apabila masyarakat mulai sedar tentang kepentingan pendidikan pada peringkat umur awal kanak-kanak sebelum melangkah masuk ke sekolah rendah. Kurikulum awal kanak-kanak ini digubal bagi bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap positif, meningkatkan kecerdasan dan kesihatan ke arah penyuburan optimum. Perancangan dan penggubalan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan

berlandaskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai pendokong matlamat dan wawasan negara. Perancangan dan penggubalan kurikulum ini mengambil kira pandangan dan falsafah serta teori pendidikan awal kanak-kanak serta cara pembelajaran terkini seperti teori pelbagai kecerdasan, teori kecerdasan emosi dan konsep e-pembelajaran (Pusat Perkembangan Kurikulum 2003). Pelaksanaan kurikulum di Malaysia adalah bersepadu dan terancang melalui Amalan Bersesuaian Dengan Perkembangan Kanak-Kanak (ABP). ABP ialah satu pendekatan yang menekankan kepada penggunaan kaedah pengajaran dan

pembelajaran yang bersesuaian dengan umur, perkembangan diri, kebolehan, bakat serta minat murid. Kurikulum ini berfokus kepada hasil pembelajaran iaitu memberi

18

penekanan kepada apa yang murid perlu faham, tahu dan buat serta amalkan (Prasekolah Bestari Institut Perguruan Keningau Sabah 2008). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah merupakan salah satu kurikulum yang terdapat di Malaysia yang telah digubal buat pertama kali semasa projek imbuhan dijalankan pada tahun 1973 hingga 1983. Sempena dengan perlaksanaan program pendidikan prasekolah annex iaitu penubuhan tadika di sekolah rendah seluruh negara maka garis panduan yang sedia ada pada masa itu disemak semula mengikut perkembangan semasa dan keperluan agensi yang menjalankan pendidikan

prasekolah. Garis panduan itu telah diterbitkan pada tahun 1993. Akta Pendidikan 1996 telah menaikkan martabat pendidikan prasekolah dengan memasukkan pendidikan prasekolah ke dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Sehubungan dengan itu satu garis panduan kurikulum prasekolah yang juga dipanggil kurikulum prasekolah telah diterbitkan pada tahun 1998 dan dikuatkuasakan penggunaannya mulai 1 Januari 1999 untuk semua tadika di negara ini. Hal ini, bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah (Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia 1993). Selain itu, kurikulum PERMATA juga merupakan kurikulum yang digunapakai dalam rujukan pengajaran di prasekolah yang telah dibentuk oleh pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak dari kalangan pensyarah-pensyarah universiti. Ia dibentuk bagi memberi panduan kepada pendidik-pendidik mengenai pengurusan taska atau Pusat Anak Permata Negara (PAPN) mengenai pedagogi pendidikan dan asuhan
19

kanak-kanak yang terbaik bagi meningkatkan kecemerlangan potensi kanak-kanak. Kurikulum ini mencakupi aspek-aspek kaedah berinteraksi dengan kanak-kanak yang boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang maksimum, kaedah pegasuhan secara holistik, di samping panduan merancang aktiviti untuk menaksir perkembangan kanak-kanak, merefleks dan mengadakan kerjasama pintar dengan ibubapa dan ahli keluarga serta masyarakat (Aminah Ayob et al. 2008). Kurikulum standard prasekolah kebangsaan merupakan kurikulum yang terbaru digubal dengan memberi penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang patut diketahui dan boleh dilakukan oleh kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun. Kurikulum ini berfokuskan kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuri penemuan dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran persepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan

pembelajaran berasaskan projek (Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009). Secara keseluruhan, kurikulum pendidikan prasekolah di Malaysia memberi fokus kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pendekatan pembelajaran yang fleksibel dan suasana pembelajaran yang selesa, selamat dan ceria dapat menggalakkan naluri ingin tahu, perasaan suka meneroka dan menjelajah serta memberi pengalaman baru kepada kanak-kanak (Pusat Perkembangan Kurikulum 2003).

20

6.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, kurikulum ialah rancangan yang dilakukan dengan terancang dalam pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum boleh dibina dan digubal semula untuk kesesuaian dalam pengajaran dan pengajaran berlandaskan kepada Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara. Guru menjadikan kurikulum sebagai panduan bagi merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mengikut mata pelajaran yang diajar. Kandungan kurikulum membantu guru dalam membina perancangan pengajaran dan menyusun aktiviti pelajar supaya matlamat dan objektif pengajaran dapat dicapai. Perubahan kurikulum berlaku dari semasa ke semasa bagi meningkatkan kualiti pendidikan negara. Perubahan yang dilakukan bergantung kepada perubahan dan kepentingan semasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa jenis perubahan kurikulum iaitu bercorak Oleh itu, hemeostatik, pusat perkembangan, kurikulum neomobilistik berperanan dan dalam

metamorphistik.

perkembangan

membentuk kurikulum supaya dapat diseragamkan di seluruh sekolah. Segala perubahan kurikulum mestilah berdasarkan kepada falsafah pendidikan untuk memperkembangkan potensi dan keupayaan individu (Azizah Lebai Nordin et al. 1999). Oleh itu, perkembangan kurikulum di Malaysia semakin berkembang kini. Hal ini, selaras dengan perubahan kurikulum yang mewajibkan untuk pendidikan prasekolah bagi kanak-kanak yang berusia 4 hingga 6 tahun. Konsep kurikulum yang dibina tidak hanya memfokus kepada akademik semata-mata tetapi juga kepada kerohanian dan kemahiran serta perkembangan pelajar dalam membentuk insan yang berketrampilan.
21

BIBLIOGRAFI

Ahmad Durajat. 2008. Pengertian Kurikulum Tersedia. http;//akhmadsudrajat.wordpress.com/2008/01/31/teori-pendidikan dankurikulum/ . (22 Februari 2010) Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin Dan Mahani Razali 2008. Kurikulum Permata. Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim,Perak. Azizah Lebai Nordin dan Zainun Ishak, 1999. Pendidikan Pra Sekolah Untuk Guru. Selangor : Penerbitan Universiti Malaya. Azizah Lebai Nordin, 2002. Pendidikan Awal Kanak-kanak Teori dan Amali. KualaLumpur : Penerbitan Universiti Malaya. Bahagian Pembangunan Kurikulum 2009:Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. Berita Harian. Halaman 4. 2007. Penggunaan Free Draw Dalam ICT. Kuala Lumpur. Berita Harian. Halaman 5 2009. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Standart Akan Dirintis. Kuala Lumpur. Dasar Cetak (M) Sdn Bhd. Garis Panduan Pendidikan Prasekolah di Malaysia 1993.

http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com pada 3 Januari 2010 Hendyat Soetopo Dan Wasty Soemanto.1991.Pembinaan Dan Pengembangan Kurikulum Sebagai Subtansi Problem Administrasi Pendidikan. Jakarta : PT. Bumi Askara Ibrahim Awang Putih dan Aminah Abdullah, 2004. Media Dalam Pendidikan. Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia.

22

Kamarudin Hj. Husin & Siti Hajar Abd Aziz, 2004. Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur : Karyazano Enterprise. Nasution.S .2006. Asas-asas kurikulum. Jakarta: PT Bumi Aksara Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah, 2003. Panduan Pendidikan Pra Sekolah. Shah Alam : Malindo Printers Sdn. Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum. 2003. Kurikulum Prasekolah Kebangsaan:

Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur. Ralph W. Tyler terjemahan Haji Kamaruddin Hussin dan Hazil Abdul Hamid, 1991. Prinsip Asas Kurikulum dan Pengajaran. Muar : Percetakan Pesta Sdn. Bhd. Razali Arof, 1991. Pengantar Kurikulum. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Rohani Abdullah, Nani Menon dan Mohd. Sharani Ahmad, 2004. Panduan Kurikulum Prasekolah. Shah Alam : Malindo Printers Sdn. Bhd. Taba, Hilda. 1962. " Currikulum Development" In Evaluation in the Eight Year Study. Columbus, OH: Progressive Education Association. http://www.answers.com/topic/hilda-taba

23

You might also like